kertas kerja bahasa inggeris ting4

6
KERTAS KERJA PROGRAM BERFOKUS BAHASA INGGERIS TINGKATAN 4 SMK TUN SULAIMAN NINAM SHAH, MUAR, JOHOR Anjuran Panitia Bahasa Inggeris

Upload: selva-raj

Post on 02-Feb-2016

338 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

fdwds

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Bahasa Inggeris Ting4

KERTAS KERJA PROGRAM BERFOKUS

BAHASA INGGERIS TINGKATAN 4

SMK TUN SULAIMAN NINAM SHAH, MUAR, JOHOR

Anjuran Panitia Bahasa Inggeris

Page 2: Kertas Kerja Bahasa Inggeris Ting4

KERTAS KERJA PROGRAM BERFOKUSBAHASA INGGERIS

TINGKATAN 4SMK TUN SULAIMAN NINAM SHAH, MUAR, JOHOR

1.0 Pengenalan :

Kecemerlangan akan dapat dicapai apabila pelajar mempunyai kesungguhan dan kemahuan diri yang tinggi di samping mendapat bimbingan dan sokongan yang padu sejak awal lagi. Justeru itu perhatian dan bimbingan yang sewajarnya perlulah diberikan pada peringkat Tingkatan 4. Dasar Wajib lulus Kertas Bahasa Inggeris SPM 2016

2.0 Rasional :

Panitia Bahasa Inggeris yakin dan percaya bahawa ada sekelompok pelajar di sekolah ini yang mampu mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM kelak. Lantaran itu program berfokus ini dirancang untuk memberi bimbingan dan motivasi kepada mereka membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan Bahasa Inggeris SPM 2016 yang sangat penting demi menentukan masa hadapan mereka.

3.0 Matlamat :

Adalah menjadi impian serta harapan pihak sekolah untuk melahirkan kuantiti dan kualiti pelajar yang Lulus Kertas Bahasa Inggeris SPM dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah seiring dengan sekolah-sekolah lain yang terkenal dengan tradisi kecemerlangannya.

4.0 Objektif :

Pada akhir program diharapkan dapat :

4.1 Menyuntik motivasi kendiri yang kental di kalangan pelajar yang berpotensi cemerlang bagi memastikan mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan BAHASA INGGERIS SPM kelak.

4.2 Melahirkan kuantiti dan kualiti pelajar cemerlang dengan lebih ramai lagi dalam peperiksaan BAHASA INGGERIS SPM

Page 3: Kertas Kerja Bahasa Inggeris Ting4

4.3 Memberi bimbingan dan panduan yang sewajarnya kepada kelompok pelajar berpotensi cemerlang membuat persiapan menghadapi peperiksaan BAHASA INGGERIS SPM

5.0 Sasaran :

5.1 58 orang pelajar Tingkatan 4 .

6.0 Personalia :

6.1 Pengetua

6.2 Penolong Kanan Pentadbiran

6.3 Guru-guru Kanan

6.4 Guru-guru mata pelajaran

6.6 Guru Bimbingan Dan dan Kaunseling

7.0 Jangka masa :

2 Julai 2015

Masa: Kumpulan 1: 8.00pagi-9.00pagi

Kumpulan 2 : 9.00pagi-10pagi

8.0 Kos :

RM 100 (Saguhati Penceramah )

9.0 Sumber :

Peruntukan PIBG

10.0 Cara Pelaksanaan :

10.1 Perbincangan dalam mesyuarat kurikulum untuk melaksanakan Program.

10.2 Mendapat kelulusan dari pihak pengurusan.

10.4 Mengadakan perjumpaan pertama dengan kelompok pelajar tersebut untuk mengetahui permasalahan mareka.

10.5 Pelajar akan diberi bimbingan yang mereka lemah untuk dibimbing oleh Guru mata pelajaran.

10.6 Membuat post mortem berdasarkan peperiksaan percubaan dan sebenar BAHASA INGGERIS SPM untuk menilai keberkesanannya.

Page 4: Kertas Kerja Bahasa Inggeris Ting4

11.0 Penutup :

Adalah menjadi harapan dan cita-cita kami untuk melahirkan pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dari segi kuantiti dan kualitinya setanding dengan sekolah-sekolah lain. Kerjasama dan komitmen yang padu daripada semua pihak akan berhasillah segala impian dan cita-cita murni ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

________________________(Subramaniam A/L Seenivasan)Ketua Panitia Bahasa InggerisSMK Tun Sulaiman Ninam ShahMuar, Johor