kertas kerja an mewarna 2

3
Pendahuluan Pertandingan mewarna diadakan bagi mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid Sekolah Kebangsaan Getang yang boleh ditonjolkan pada peringkat yang lebih tinggi. Pertandingan mewarna ini juga bertujuan bagi menyambut perayaan Sambutan Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2011. Objektif Pertandingan 1. Menonjol bakat kreatif murid-murid Seklah Kebangsaan Getang yang terpendam. 2. Memenuhi jiwa dan semangat kemerdekaan dalam diri murid- murid. 3. Salah satu pendekatan mewujudkan murid-murid yang peka kepada sejarah negara. Pelaksanaan 1. Pertandingan mewarna ini akan diadakan pada Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah. 2. Pertandingan ini terbuka kepada dua tahap, iaitu tahap satu dimana murid tahun 1,2,3,PRA dan PPKIBP manakala tahap dua adalah murid-murid tahun 4,5,dan 6. 3. Pertandingan mewarna ini adalah bertemakan kemerdekaan dengan tajuk lukisan adalah tertakluk kepada pihak urusetia pertandingan. 4. Kelengkapan mewarna akan disediakan oleh pihak sekolah bagi memastikan setiap murid mempunyai kelengkapan mewarna yang sama. 5. Keputusan adalah muktamad dan akan diadili oleh hakim yang akan dilantik oleh pihak urusetia. Penilaian Permarkahan 1. Kriteria penilaian : Bi l Kriteria Markah 1 Kesesuaian warna 30 markah 2 Kreativiti 50 markah 3 Kekemasan warna 20 markah Jumlah 100 markah

Upload: janarthanan-velayutham-jana

Post on 10-Feb-2016

262 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rtyt

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja an Mewarna 2

Pendahuluan

Pertandingan mewarna diadakan bagi mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid Sekolah Kebangsaan Getang yang boleh ditonjolkan pada peringkat yang lebih tinggi. Pertandingan mewarna ini juga bertujuan bagi menyambut perayaan Sambutan Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2011.

Objektif Pertandingan

1. Menonjol bakat kreatif murid-murid Seklah Kebangsaan Getang yang terpendam.2. Memenuhi jiwa dan semangat kemerdekaan dalam diri murid-murid.3. Salah satu pendekatan mewujudkan murid-murid yang peka kepada sejarah negara.

Pelaksanaan

1. Pertandingan mewarna ini akan diadakan pada Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah.

2. Pertandingan ini terbuka kepada dua tahap, iaitu tahap satu dimana murid tahun 1,2,3,PRA dan PPKIBP manakala tahap dua adalah murid-murid tahun 4,5,dan 6.

3. Pertandingan mewarna ini adalah bertemakan kemerdekaan dengan tajuk lukisan adalah tertakluk kepada pihak urusetia pertandingan.

4. Kelengkapan mewarna akan disediakan oleh pihak sekolah bagi memastikan setiap murid mempunyai kelengkapan mewarna yang sama.

5. Keputusan adalah muktamad dan akan diadili oleh hakim yang akan dilantik oleh pihak urusetia.

Penilaian Permarkahan

1. Kriteria penilaian :

Bil Kriteria Markah1 Kesesuaian warna 30 markah2 Kreativiti 50 markah3 Kekemasan warna 20 markah

Jumlah 100 markah

Borang Pemarkahan

Rujuk Lampiran

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah (RM)1 Pensil warna 3 x RM 19.80 RM 59.402 Buncho water color 3 x RM 14.90 RM 44.703 Kertas lukisan 1 x RM 16.90 RM 16.904 Berus lukisan 6 x RM 1.20 RM 7.20

Jumlah RM 128.20

Page 2: Kertas Kerja an Mewarna 2

Carta Organisasi Pertandingan

Penasihat : Guru Besar

Pengerusi : Pn Noor Fauziah Bt Samsudin

Naib Pengerusi I : En Kamaruddin B Said

Naib Pengerusi II : En Saidi B Mat Amin

Naib Pengerusi III : En Mahathir B Mustaffa Kamal

Setiausaha : En Mohd Faisal B Mustafa

AJK : Guru Kelas

Penutup

Pertandingan mewarna yang diadakan ini diharap dapat melahirkan murid yang mempunyai keperibadian yang cemerlang sesuai dengan tema mewarna yang dianjurkan iaitu Kemerdekaan. Selain itu juga, diharapkan objektif pertandingan iaitu bagi menonjolkan bakat terpendam dalam diri murid-murid akan berjaya.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

........................................... ...........................................

( Mohd Faisal B Mustafa ) ( Pn Noor Fauziah Bt Samsudin )

Setiausaha Pertandingan Pengerusi Pertandingan