kertas kerja adab makan

8
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA II JITRA KEDAH KERTAS KERJA BENGKEL ETIKET DAN SOSIAL TERTIB / ADAB DI MEJA MAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN KEBANGSAAN JITRA II Adab di meja makan agak kurang diberi perhatian terutama kepada kanak-kanak. Mereka sering tidak mengendahkan tatatertib apabila sudah nampak makanan di depan mata. Perlakuan yang kurang sopan dan makan dengan gelojoh merupakan fenomena biasa bagi kanak-kanak ketika menjamu selera. Dalam usia sebeginilah, mereka seharusnya didedahkan dengan adab yang boleh mencerminkan kelakuan dan taraf seseorang itu supaya apabila dewasa kelak, adab ini boleh diwarisi kepada anaknya pula. Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka selain guru yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan memimpin pelajar ke arah perubahan dalam kehidupan dengan lebih baik. Antara rumah dan sekolah maka rumah merupakan tempat yang paling lama pelajar berada dan di situ terdapat peranan ibubapa yang mesti dijalankan selepas guru menjalankan amanah dan tugasnya di sekolah. Bengkel Etiket dan Sosial : Tertib/ Adab di meja makan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar PPG : 2.1 Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 1.0 Muqadimah 2.0 Objektif

Upload: kbx8876

Post on 21-Dec-2015

146 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Adab Makan

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSEKOLAH KEBANGSAAN JITRA II

JITRA KEDAH

KERTAS KERJABENGKEL ETIKET DAN SOSIALTERTIB / ADAB DI MEJA MAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN KEBANGSAAN JITRA II

Adab di meja makan agak kurang diberi perhatian terutama kepada kanak-kanak.

Mereka sering tidak mengendahkan tatatertib apabila sudah nampak makanan di depan

mata. Perlakuan yang kurang sopan dan makan dengan gelojoh merupakan fenomena biasa

bagi kanak-kanak ketika menjamu selera. Dalam usia sebeginilah, mereka seharusnya

didedahkan dengan adab yang boleh mencerminkan kelakuan dan taraf seseorang itu

supaya apabila dewasa kelak, adab ini boleh diwarisi kepada anaknya pula. Ibu bapa

mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan terhadap anak-anak di bawah jagaan

mereka selain guru yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan memimpin pelajar

ke arah perubahan dalam kehidupan dengan lebih baik. Antara rumah dan sekolah maka

rumah merupakan tempat yang paling lama pelajar berada dan di situ terdapat peranan

ibubapa yang mesti dijalankan selepas guru menjalankan amanah dan tugasnya di sekolah.

Bengkel Etiket dan Sosial : Tertib/ Adab di meja makan ini adalah untuk

memberi peluang kepada pelajar PPG :

2.1 Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada

keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.

2.2 Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,

amalan atau aktiviti.

2.3 Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi

kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

2.4 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab

dalam melaksanakan tugasan secara berkumpulan.

2.5 Berupaya berfikir secar reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan

1.0 Muqadimah

2.0 Objektif

Page 2: Kertas Kerja Adab Makan

dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara

berterusan.

“Bersama Mendidik Anak Bangsa”

’BERADAP DAN BERSOPAN BUDAYA KITA’.

JAWATANKUASA PENINGKATAN UPSR SKJ 2.

Cadangan Perasmian ialah:

Encik Zahir Ahmad bin Rafik Ahmad. ( PK Pentadbiran SK Jitra 2 )

Program ini akan diadakan pada:

Tarikh : 01 Oktober 2013

Hari : Selasa

Masa : 8.30 – 10.30 pagi

Program ini akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Jitra II

Semua murid Tahun 6.

1. Taklimat kumpulan

2. Pertandingan

3. Taklimat ’Tertib dan adab di meja makan’

3.0 Tema

4.0 Anjuran

5.0 Perasmi

6.0 Tarikh

7.0 Tempat

8.0 Sasaran

9.0 Jadual Program

Page 3: Kertas Kerja Adab Makan

4. Perasmian dan penyampaian hadiah.

AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI : Pn.Rosma binti Hamid (Guru Besar, SK. Jitra 2 )

TIMB. PENGERUSI I : En. Zahir Ahmad bin Rafik Ahmad ( PK Pentadbiran )

SETIAUSAHA : Wan Khairul Asri B Wan Ibrahim

BENDAHARI : Shahirah binti Harun

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT

PENYELARAS PROGRAM : Kamariah binti Abdul Ghafar

PENYELARAS TEKNIKAL : Wan Khairul Asri bin Wan Ibrahim

PENYELARAS PERALATAN : Azizah bt Ismail

PENYELARAS JAMUAN : Nurhaslinda bt Ishak

PENYELARAS CENDERAMATA : Norafidah bt Hanafi

PENYELARAS PUBLISITI : Syahrul Rizan bin Salim

PENYELARAS DEWAN : Sazali bin yahya

PENYELARAS PERTANDINGAN : Shaharuddin bin Ismail.

1. PENGERUSI Membentuk jawatankuasa pelaksana Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat

2. NAIB PENGERUSI Membantu pengerusi Mengendali dan mempengerusikan mesyaurat semasa ketiadaan pengerusi

3. SETIAUSAHA Menguruskan surat menyurat Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa

10.0 Struktur Organisasi

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

Page 4: Kertas Kerja Adab Makan

Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program Menyediakan laporan penuh program

4. BENDAHARI Menyediakan anggaran perbelanjaan Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan Menyediakan laporan perbelanjaan

5. UNIT PROGRAM DAN PENDAFTARAN Menyediakan borang penghakiman setiap pertandingan Menyediakan pamphlet aturcara program Menguruskan pertandingan Mengatur jadual hakim pertandingan

6. UNIT TEKNIKAL DAN PERALATAN Menyedia dan menyusun tempat pertandingan Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada kegunaan Menyenaraikan senarai barangan keperluan peserta

7. UNIT JAMUAN Menyediakan anggaran perbelanjaan Menyediakan tempat jamuan dan menguruskannya Menguruskan bil pembayaran tempahan makanan melalui bendahari

01 Oktober 2013 ( Selasa )

8.00 pg -- Pendaftaran kumpulan

8.30 pg -- Taklimat Pertandingan Membuat Sandwich

8.40 pg -- Pertandingan dalam kumpulan

-- Taklimat :

-- ’Tertib dan Adab di meja makan ’

-- Pengendalian majlis

-- Etika berpakaian

10.00 pg -- Rehat

10.30 pg -- Perasmian dan Penyampaian Hadiah

11.00 pg -- Penutup

11.0 Aturcara Program

Page 5: Kertas Kerja Adab Makan

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bahan bercetak RM 20.00

Bahan dan alatan pertandingan RM 100.00

Cenderahati RM 50.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 170.00

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan

dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang

cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan

manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang

diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan

pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar

berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh: :

...........................................Wan Khairul Asri B Wan Ibrahim

Disemak oleh

..........................................Mohd Zaini Bin Said YDP PIBGSK JITRA II

13.0 Penutup

12.0 Anggaran Belanjawan

Page 6: Kertas Kerja Adab Makan