kertas keje sukan tahunan

4
KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PIBG BAGI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2015

Upload: lala-zahira

Post on 11-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh kertas kerja sukan tahunan sekolah

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

MEMOHON SUMBANGAN PIBG BAGI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2015

1.0 PENGENALANKejohanan Sukan Tahunan 2015 merupakan salah satu program yang telah termaktub didalam takwim Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh dan menjadi acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Kejohanan ini bertujuan bagi mengenalpasti potensi dan bakat pelajar didalam sukan disamping mempromosikan gaya hidup sihat kepada pelajar. Bagi memastikan perjalanan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar, pihak sekolah ingin meminta jasa baik pihak PIBG agar dapat memberikan sedikit sumbangan kepada pihak sekolah.

2.0 NAMA PROGRAM KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2015

3.0 MATLAMATMengenalpasti potensi diri pelajar dalam acara balapan disamping mempromosikan tentang gaya hidup sihat kepada pelajar.

4.0 OBJEKTIF Melahirkan pelajar yang sihat tubuh badan dan cerdas minda. Mendedahkan kepada pelajar kepentingan memiliki kecergasan fizikal yang baik. Memberi peluang kepada pelajar menonjolkan bakat dalam sukan. Menyemai sikap semangat kesukanan didalam diri pelajar.

5.0 MAKLUMAT PROGRAM 5.1 JANGKA MASA PROGRAM - 7.30 am 1.00 pm 5.2 KUMPULAN SASARAN - Semua pelajar 5.3 TEMPAT - SMK Temerloh 5.4 TARIKH - 8 Mac 2015

5.5 ANJURAN - Unit Kokurikulum SMK Temerloh

6.0 TENTATIF PROGRAM - Rujuk Lampiran

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM - Rujuk Lampiran

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN - Rujuk Lampiran

9.0 PENUTUP Adalah diharapkan semoga cadangan kertas kerja ini mendapat maklum balas yang baik daripada semua pihak bagi memastikan matlamat program ini akan tercapai.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

ABDUL RAHMAN BIN IBRAHIM, MOHD JAMRI BIN MD LELASETIAUSAHA SUKAN, PENGETUASMK TEMERLOH SMK TEMERLOH