kertas cadngan projek

10
SCE 3114: SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT KERTAS CADANGAN PROJEK NAMA : KAITHERY A/P N. SUKUAMARAN MUHAMMAD SAFWAN BIN HARON NORFAZANA BINTI KAMARUDIN PROGRAM : PISMP AMBILAN JAN 2010 KUMPULAN AKADEMIK : T4/S2/SN1 PENSYARAH : DR YEOH POH CHOO

Upload: hegan22

Post on 18-Nov-2015

254 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kertas cadangan projek

TRANSCRIPT

SCE 3114:SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

KERTAS CADANGAN PROJEK

NAMA: KAITHERY A/P N. SUKUAMARAN MUHAMMAD SAFWAN BIN HARON NORFAZANA BINTI KAMARUDINPROGRAM: PISMP AMBILAN JAN 2010KUMPULAN AKADEMIK: T4/S2/SN1PENSYARAH: DR YEOH POH CHOO

PEMBINAAN PROTOTAIP JEJANTAS YANG STABIL

Oleh

KAITHERY A/P N. SUKUAMARAN(900711-14-5956)MUHAMMAD SAFWAN BIN HARON(910210-02-6245)NORFAZANA BINTI KAMARUDIN(891221-43-5000)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

DR YEOH POH CHOOT4/ S2/ SN1

1.0 TUJUAN

1.1 Untuk memudahkan para pejalan kaki untuk menyeberangi jalan yang sesak dengan kenderaan.1.2 Untuk membina struktur jejantas yang kuat; mampu menampung 2 kg beban (1 kg = 1000kg).1.3 Untuk menghasilkan struktur jejantas yang stabil; mampu menahan gegaran gempa bumi sebanyak 5 kali gegaran.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Jejantas sangat penting bagi pejalan kaki untuk menyeberangi jalan yang sesak dengan kenderaan yang lalu lalang.2.2 Ia merupakan kemudahan yang disediakan kepada para pejalan kaki.2.3 Struktur binaan jejantas yang selalu digunakan oleh orang ramai mestilah kukuh dan mampu menampung sejumlah bilangan pejalan kaki di atasnya.2.4 Faktor berat bebanan maksima perlu diambil kira sewaktu membina jejantas tersebut agar dapat menampung jumlah maksima pejalan kaki pada satu-satu masa.2.5 Sebuah prototaip dibina bagi menguji kestabilan struktur binaan jejantas yang sebenar.2.6 Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Yuvanalan A/P Govindasamy dalam bidang Kejuruteraan Awam , pemilihan bahan binaan untuk pembinaan struktur bangunan haruslah memenuhu kriteria-kriteria seperti tidak mudah pecah, tidak mudah rosak, mempunyai ketahanan yang tinggi, tidak mudah menyerap dan menyimpan air, tahan beban, geseran dan penggunaan berulang kali dan tidak mudah berkarat.2.7 Kestabilan sesuatu struktur banguanan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan struktur bangunan adalah seperti keluasan tapak, ketinggian struktur bangunan, kedudukan menara bangunan serta dasar bangunan yang kukuh. 2.8 Komponen tambahan yang dapat menguatkan struktur bangunan dan menyumbang kepada kestabilan struktur bangunan ialah pemasangan pengaku. Pemasangan pengaku dapat memastikan struktur bangunan yang dihasilkan adalah lebih rigid dan kukuh. Kehadiran pengaku dapat mengelakkan keruntuhan bangunan sekiranya didedahkan dengan rintangan dari luar.

3.0 PEMBOLEHUBAH3.1 Dimalarkan : Struktur binaan jejantas 3.2 Dimanipulasi : Jisim pemberat : Bilangan gerakan/gegaran 3.3 Bergerak balas : Keadaan jejantas (kekal/ runtuh)3.4 Definisi secara operasi: Jejantas yang stabil mampu menampung jisim pemberat sebanyak 2000g (2 kg) dan menahan gegaran maksimum sebanyak 5 kali. 4.0 HIPOTESIS4.1 Struktur jejantas yang stabil dan kuat dapat menampung beban 2000 g (l g = 1kg)4.2 Struktur jejantas yang stabil dan kuat dapat menahan gegaran gempa bumi sebanyak 5 kali gegaran.

5 BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN5.1 Paip PVC (lembut & keras) 5.2 Penyambung 'T' PVC5.3 Kadbod 5.4 Plastik lutsinar keras 5.5 Kotak 5.6 Polistirena 5.7 Span pencuci pinggan 5.8 Kad keras berwarna 5.9 Kertas warna 5.10 Dawai besi halus 5.11 Pita pelekat 5.12 Paku tekan 5.13 Plastisin 5.14 Pencungkil gigi 5.15 Gunting 5.16 'Cutter'5.17 Gam 5.18 Pembaris 5.19 Pemberat 200 g

6 PROSEDUR6.1 Bahagian A : Pembinaan Tapak Asas/Menara.

6.1.1 Tapak bagi jejantas dibina dengan menggunakan paip penyambung PVC berbentuk 'T' yang juga dikenal sebagai sendi saling bertaut untuk memegang tiang supaya kukuh. 6.1.2 Tiga tiang (column) utama (diameter =4.5 cm) bagi jejantas dibina menggunakan paip PVC keras yang dipotong sama panjang sebanyak 30 sentimeter. 6.1.3 Dua tiang penyokong (diameter =2 cm) bagi jejantas dibina menggunakan paip PVC lembut yang dipotong sama panjang sebanyak 40 sentimeter disambungkan dengan tiang utama (tengah) menggunakan dawai besi. 6.1.4 Tiang yang telah dibina akan disambungkan dengan paip penyambung berbentuk 'T' sebelum disambungkan pula kepada kerangka badan jejantas beserta rasuk (beam).6.1.5 Tiang yang siap dibina akan diperkukuhkan dengan pengaku yang akan membentuk 'X' pada kedua-dua belah bahagian.6.1.6 Menara yang dibina sebahagiannya akan dimasukkan ke dalam kotak dan dilekatkan menggunakan pita pelekat

6.2 Bahagian B : Pembinaan Kerangka/Struktur Utama6.2.1 Laluan pejalan kaki dibina dengan menggunakan beberapa kadbod yang dipotong secara memanjang (50 cm x 10 cm) dan dilekat supaya membentuk lapisan yang kukuh. 6.2.2 Penghadang tepi jejantas dibina menggunakan gabungan plastik lutsinar keras dan kad warna keras serta di lekat pada alas jejantas menggunakan paku tekan. 6.2.3 Dawai besi dipotong sama panjang kepada empat bahagian bagi membina kabel tambat bagi kedua-dua belah bahagian jejantas. 6.2.4 Dawai besi diikat tegang pada alas dan puncak jejantas membentuk reka bentuk bintang tunggal dan diperkukuhkan dengan plastisin. 6.2.5 Tangga jejantas dibina dengan menggunakan gabungan kad manila (alas) dan kadbod (rangka tepi/tempat pemegang). 6.2.6 Tangga yang dibina pula diletakkan di kedua-dua penghujung jejantas tersebut secara bertentangan untuk memberi keseimbangan. 6.3 Bahagian C: Hiasan6.3.1 Pokok di bahagian tengah iaitu pembahagi jalan dihasilkan menggunakan pencungkil gigi, plastisin dan span pencuci pinggan.6.3.2 Gambar kereta dan garis putus-putus jalan raya dilekat di atas permukaan yang diperbuat daripada gabungan polistirena dan kotak.6.3.3 Gambar pejalan kaki dibuat menggunakan kotak, pencungkil gigi sebelum didirikan di atas struktur utama menggunakan plastisin.6.3.4 4Di bahagian puncak jejantas, logo dan nama jejantas "Jejantas Impian"diletakkan. 6.4 Bahagian D: Pengujian Kestabilan6.4.1 Ujian 1: Pemberat yang berjisim 200 g setiap satu diletakkan secara satu persatu pada struktur utama.6.4.2 Ujian 1: Keadaan struktur jejantasa sama ada kekal pada posisinya atau runtuh diperhatikan sehinggalah 10 pemberat digunakan.6.4.3 Ujian 1: Pemerhatian dicatatkan dalam Jadual 1.

7.0KEPUTUSANJadual 1: Pemerhatian terhadap keadaan jejantas apabila pemberat diletakkan di atas jejantas. Berat beban (g)Keadaan jejantas

200

400

600

800

1000

1200

1400

1600

1800

2000

Jadual 1: Pemerhatian terhadap keadaan jejantas apabila jejantas digegarkan. Bilangan gerakanKeadaan jambatan

1

2

3

4

5