kertas bm _k1_ ujian pra upsr 2 _julai_ 2011z.pdf

Upload: mizan-sipek

Post on 05-Jul-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 Kertas BM _K1_ Ujian Pra UPSR 2 _JULAI_ 2011z.pdf

    1/14

    SULIT 2 011

    011 © 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    Soalan 1 – 17

     Isi tempat kosong dengan jawapan yang  paling sesuai. 

    Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

    1  Encik Nazim __________ keretanya di hadapan pejabat itu.

    A  menjalankan

    B mendedahkan

    C  meninggalkan

    D  mempamerkan

    2 Sarjan Rohimi seorang anggota polis yang tegas. ____________ tidak mudah disogok

    dengan wang.

    A  Beliau

    B  Kami

    C  Saya

    D  Dia

    http://gudangsoalan.blogspot.com

    http://gudangsoalan.blogspot.com

  • 8/16/2019 Kertas BM _K1_ Ujian Pra UPSR 2 _JULAI_ 2011z.pdf

    2/14

    SULIT 3 011

    011 © 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

    3  ______________ restoran itu sedang menghidangkan makanan kepada

     pelanggannya.

    A  Pramugara

    B  Pengacara

    C  Pengedar

    D  Pelayan

    4 Majlis perkahwinan penyanyi terkenal itu diadakan dengan __________ di sebuah hotel.

    A  bangga

    B  berjaya

    C  meriah

    D  menarik

    5  Rasa buah manggis yang mereka temui di dalam hutan itu sungguh __________.

    A  masam

    B  lunak

    C  pahit

    D  manis

    [Lihat halaman sebelah

    http://gudangsoalan.blogspot.com

    http://gudangsoalan.blogspot.com

  • 8/16/2019 Kertas BM _K1_ Ujian Pra UPSR 2 _JULAI_ 2011z.pdf

    3/14

    SULIT 4 011

    011 © 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

    6 Sambil menunggu bas di hadapan rumah, Rabiatul berbual-bual dengan Mariam

    kerana lama tidak ____________.

    A  bersua

    B  bercakap

    C  bermesra

    D  bersalam

    7  Marlia bangun __________ pada setiap pagi kerana rumahnya __________ dari

    sekolah.

    A  dekat…lambat

    B  lambat…jauh

    C  awal…dekat

    D  awal…jauh

    8  Baik Syukrin __________ adiknya memang tangkas bermain senjata.

    A  mahupun

    B  meskipun

    C  malahan

    D  kecuali

    http://gudangsoalan.blogspot.com

    http://gudangsoalan.blogspot.com

  • 8/16/2019 Kertas BM _K1_ Ujian Pra UPSR 2 _JULAI_ 2011z.pdf

    4/14

    SULIT 5 011

    011 © 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    9  Kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen ___________ usaha menangani

    kemalangan di jalan raya.

    A  oleh

    B  sejak

    C  antara

    D  dalam

    10  Sepak mula perlawanan itu dilakukan dari __________ padang.

    A  tepi

    B  tengah

    C  bawah

    D  penjuru

    Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

    11  Kayu yang berat itu tidak __________ oleh Pak Leman.

    A dipikul

    B  berpikul

    C  terpikul

    D  memikul

    [Lihat halaman sebelah

    http://gudangsoalan.blogspot.com

    http://gudangsoalan.blogspot.com

  • 8/16/2019 Kertas BM _K1_ Ujian Pra UPSR 2 _JULAI_ 2011z.pdf

    5/14

    SULIT 6 011

    011 © 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    12  __________ filem seram yang ditayangkan di pawagam itu sungguh menarik.

    A  Jalan mati

    B Jalan lakon

    C  Jalan cerita

    D  Jalan singkat

    13  Emak sedang __________ untuk menyambut tetamu yang datang dari jauh.

    A  bersapu-sapu

    B  berbasuh-basuh

    C  bercantik-cantik

    D  berkemas-kemas

    Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

    14  Ramuan yang __________ untuk membuat ubat tradisional itu ialah akar-akar kayu.

    A  memerlukan

    B  diperlukan

    C  diperlu

    D  perlu

    http://gudangsoalan.blogspot.com

    http://gudangsoalan.blogspot.com

  • 8/16/2019 Kertas BM _K1_ Ujian Pra UPSR 2 _JULAI_ 2011z.pdf

    6/14

    SULIT 7 011

    011 © 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    15  Ramesh dimarahi kerana dia __________ apabila ditanya oleh ayahnya tentang

    kehilangan duit tabung kakaknya.

    A  bermundar-mandir

    B  berteka-teki

    C  berulang-alik

    D  berdolak-dalih

    Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

    16  Orang ramai telah menderma beberapa __________ beras kepada mangsa-mangsa

     banjir itu.

    A  genggam

    B  kampit

    C  buah

    D  bungkus

    17  Setelah penat bersawah , nenek berehat di pondok sambil makan _________ sirih.

    A  sekapur

    B  seikat

    C  sehelai

    D  sekeping

    [Lihat halaman sebelah

    http://gudangsoalan.blogspot.com

    http://gudangsoalan.blogspot.com

  • 8/16/2019 Kertas BM _K1_ Ujian Pra UPSR 2 _JULAI_ 2011z.pdf

    7/14

    SULIT 8 011

    011 © 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

    18  Kakak menjadi __________ apabila melihat pakaian yang dijual di kedai itu.

    A  rambang mata

    B  mata hati

    C  bidan terjun

    D  mata keranjang

    19  Ahmadi tidak menyangka bahawa dia akan mewarisi harta datuknya seperti

     ___________.

    A  rusa masuk ke kampung

    B  tikus jatuh ke beras

    C  cacing kepanasan

    D  pungguk rindukan bulan

    20  Mahadi menutup daun tingkap itu kerana hujan sangat lebat.

    Pilih perkataan berlawan bagi menutup.

    A  membawa

    B  menolak

    C  membuka

    D  membuang

    http://gudangsoalan.blogspot.com

    http://gudangsoalan.blogspot.com

  • 8/16/2019 Kertas BM _K1_ Ujian Pra UPSR 2 _JULAI_ 2011z.pdf

    8/14

    SULIT 9 011

    011 © 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    21 Kita hendaklah mencegah penyakit ini daripada merebak dan menyusahkan

    orang ramai.

    Pilih perkataan seerti bagi mencegah.

    A  menjaga

    B melawan

    C  mengelak

    D  menghalang

    Soalan 22 - 23 

     Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul .

    22  I Aziz hanya mengikut perintah ketuanya tanpa pernah membantah.

    II Oleh sebab jambatan itu telah roboh, dia terpaksa mengikut jalan jauh.

    III Pada setiap petang Sabtu, Syahmi mengikut kelas Bahasa Jepun.

    IV Azlin mengikut jawapan Nora dalam peperiksaan itu.

    A I dan II sahaja

    B II dan III sahaja

    C I, II, dan III sahaja

    D I, III, dan IV sahaja

    23 I Ibu memarahi adik kerana suka memotong cakap orang lain.

    II Pekerja-pekerja ladang itu menggunakan mesin untuk memotong rumput.

    III Encik Gopal memotong getah setiap hari jika keadaan cuaca baik.

    IV Pemandu dilarang memotong kenderaan lain di selekoh itu.

    A  I dan IV sahaja

    B  II dan III sahaja

    C  I, II dan IV sahaja

    D  I, II, III dan IV sahaja

    [Lihat halaman sebelah

    http://gudangsoalan.blogspot.com

    http://gudangsoalan.blogspot.com

  • 8/16/2019 Kertas BM _K1_ Ujian Pra UPSR 2 _JULAI_ 2011z.pdf

    9/14

  • 8/16/2019 Kertas BM _K1_ Ujian Pra UPSR 2 _JULAI_ 2011z.pdf

    10/14

    SULIT 11 011

    011 © 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    27  Emak sering membeli pelbagai makanan berkhasiat untuk hidangan kami sekeluarga.

    A  Pelbagai makanan berkhasiat sering membeli emak untuk hidangan kami

    sekeluarga.

    B  Kami sekeluarga sering membeli pelbagai makanan berkhasiat untuk hidangan

    emak.

    C  Pelbagai makanan berkhasiat sering dibeli oleh emak untuk hidangan kami

    sekeluarga.

    D  Hidangan untuk kami sekeluarga sering dibeli oleh emak dengan pelbagai makanan

     berkhasiat.

    Soalan 28 – 30

     Pilih ayat yang betul.

    28  A  Hang Jebat ialah pahlawan Melayu yang paling hebatnya.

    B  Encik Safri membeli kereta baharu yang berwarna hijau.

    C  Fahmi bersedih maka ibunya meninggal dunia.

    D  Mereka-mereka bermain lalu jatuh.

    29  I Acara sukan itu berlangsung selama tiga setengah jam.

    II Masa yang diperuntukkan kepada kami terlalu singkat.

    III Sekolah di kawasan pendalaman itu masih banyak kekurangannya.

    IV Pesta jualan murah itu diadakan selama sebulan.A  I dan II sahaja

    B  II dan III sahaja

    C  II dan IV sahaja

    D  I, III dan IV sahaja

    30  I Mereka berbual-bual mengenai kejadian rompakan itu.

    II Para penonton-penonton memenuhi stadium itu.

    III Mereka berdua meninggal sekampung.

    IV Kotak yang berat itu dihempasnya ke tanah.

    A  I dan II sahaja

    B  I dan IV sahaja

    C  II dan IV sahaja

    D  II dan III sahaja

    [Lihat halaman sebelah

    http://gudangsoalan.blogspot.com

    http://gudangsoalan.blogspot.com

  • 8/16/2019 Kertas BM _K1_ Ujian Pra UPSR 2 _JULAI_ 2011z.pdf

    11/14

    SULIT 12 011

    011 © 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    Soalan 31 - 35

     Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan

    Sekolah Kebangsaan Seri Jaya

    Pada 5 November 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Jaya mengadakan Majlis Hari Anugerah

    Kecemerlangan Ke-15. Tetamu kehormat yang merasmikan majlis tersebut ialah Pengarah

    Pelajaran Negeri.

    Tujuan utama majlis itu diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf kejayaan murid-

    murid dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2010. Selain itu, murid-

    murid yang berjaya dalam pelbagai aktiviti kokurikulum turut dihargai. Majlis itu juga

     berperanan untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.

    Pelbagai jenis hadiah telah disampaikan pada hari itu. Hadiah utama telah

    disampaikan kepada Azizan bin Ali. Azizan ialah murid terbaik dalam UPSR peringkat

    kebangsaan pada tahun 2010. Murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun

     pada tahun ini juga menerima hadiah masing-masing.

    Seorang lagi murid, Syaidatul binti Abdullah, telah menerima hadiah khas kerana

    menjadi juara dalam pertandingan badminton perseorangan bawah 12 tahun peringkat Zon

    Utara pada tahun 2010. Pemenang pelbagai pertandingan kokurikulum peringkat daerah dan

    negeri juga menerima hadiah.

    Persembahan pentas turut diadakan pada hari itu. Kumpulan koir, kumpulan tarian

    dan beberapa orang murid yang mempersembahkan nyanyian secara solo telah menghiburkan

    hadirin. Apabila selesai majlis di dewan, Pengarah Pelajaran Negeri menyaksikan pameran

    hasil kerja murid di pusat sumber sekolah. Kemudian, Pengarah Pelajaran Negeri turut

    merasmikan pondok bacaan yang kos pembinaannya dibiayai oleh bekas murid sekolah

    tersebut.

    Majlis pada hari itu tamat pada pukul 12:30 tengah hari. Pengarah Pelajaran Negeri

    memuji segala usaha murni pihak sekolah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Seri Jaya

    sebagai sekolah yang cemerlang.

    Laporan disediakan oleh, 10 NOVEMBER 2010

    Hanisah

    (HANISAH BINTI JAMAL)

    Ketua Pengarang,

    Sidang Redaksi Majalah Sekolah,

    Sekolah Kebangsaan Seri Jaya.

    http://gudangsoalan.blogspot.com

    http://gudangsoalan.blogspot.com

  • 8/16/2019 Kertas BM _K1_ Ujian Pra UPSR 2 _JULAI_ 2011z.pdf

    12/14

    SULIT 13 011

    011 © 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    31  Siapakah yang menulis laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan

    Seri Jaya kali ke-15 itu?

    A  Pengarang Majalah

    B  Ketua Pengarang Majalah

    C  Pengarah Pelajaran Negeri

    D  Sidang Redaksi Majalah

    32  Sambutan Hari Augerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Seri Jaya diadakan pada

    A  5 November 2010

    B  10 November 2010

    C  12 November 2010

    D  5 Disember 2010

    33  Tujuan majlis itu diadakan untuk

    A  mengharumkan nama serta meningkatkan prestasi sekolah.

    B  mengenang jasa murid-murid sekolah serta menghiburkan tetamu.

    C  memberi anugerah kepada murid-murid serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.

    D  menghargai kejayaan murid-murid serta menjalin silaturahim antara pihak sekolah

    dengan penjaga.

    34  Yang berikut bukan acara pentas yang dipersembahkan kecuali

    A  Lagu solo, tarian dan koir

    B  Tarian, nyanyian dan boria

    C  Koir, boria dan nyanyian duet

    D  Nyanyian, dikir barat dan silap mata

    35  Frasa kata merapatkan hubungan dalam petikan bermaksud

    A  mendekati diri orang lain.

    B  menjalin hubungan mesra.

    C  mengeratkan kasih sayang.

    D  memperkukuh persahabatan.

    [Lihat halaman sebelah

    http://gudangsoalan.blogspot.com

    http://gudangsoalan.blogspot.com

  • 8/16/2019 Kertas BM _K1_ Ujian Pra UPSR 2 _JULAI_ 2011z.pdf

    13/14

    SULIT 14 011

    011 © 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    Soalan 36 – 40

     Baca petikan di bawah ini dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Sakit perut serta muntah adalah simpton keracunan makanan yang tidak dapat

    dielakkan. Andai makanan itu sudah tercemar sama ada pada peringkat penyediaannya atau

    setelah siap dimasak, kemungkinan kita akan mengalami keracunan makanan. Keracunan

    makanan boleh berlaku apabila seseorang mengambil makanan yang telah dicemari bakteria.

    Keadaan ini boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit. Lebih teruk lagi

    keadaan ini memberikan kesan kepada urat saraf yang mengawal pergerakan otot dan

    kesukaran untuk bernafas hingga membawa maut.

    Sebagai pengguna, kita mestilah mengambil tindakan untuk mengelakkan berlakunya

    keracunan makanan. Terdapat beberapa panduan keselamatan yang perlu dititikberatkan. Kita

    mestilah mematuhi tarikh luput pada label sesuatu makanan. Sekiranya tarikhnya sudah luput,

     jangan sekali-kali mengambil makanan tersebut. Selain itu, untuk mengelakkan keracunan

    makanan, simpan bahan mentah terutama daging, ikan dan makanan laut pada aras beku

    dalam peti sejuk. Pastikan makanan yang hendak disimpan dibungkus dan ditutup dengan

    ketat. Makanan yang terhidang hendaklah sentiasa ditutup untuk mengelakkan dihurungi 

    lalat.

    Sekiranya kita menyediakan makanan di rumah, peralatan memasak hendaklah bersih

    sebelum dan selepas digunakan. Jangan menyentuh makanan dengan menggunakan tangan.

    Gunakanlah senduk atau sudu untuk mengambil makanan. Makanan juga akan cepat basi jika

    kita menyentuhnya menggunakan tangan.

    Jika kita memilih untuk menikmati makanan di luar, pilihlah gerai yang bersih.

    Makanan yang disediakan hendaklah sentiasa ditutup. Pekerja-pekerja di gerai tersebut

    haruslah mengutamakan kebersihan. Justeru, kita perlulah bijak merancang dan mengurus

    makanan yang terbaik. Jika tersilap, kita akan mendapat kemudaratan.

    [Lihat halaman sebelah

    http://gudangsoalan.blogspot.com

    http://gudangsoalan.blogspot.com

  • 8/16/2019 Kertas BM _K1_ Ujian Pra UPSR 2 _JULAI_ 2011z.pdf

    14/14

    SULIT 15 011

    011 © 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    36  Apakah kesan buruk jika mengalami keracunan makanan?

    A  Gagal untuk bernafas

    B  Kesan baik kepada urat saraf

    C  Boleh menyebabkan kematian

    D  Pergerakan otot berjalan lancar

    37  Apakah tanda-tanda seseorang itu keracunan makanan?

    A  Mengalami sembelit semasa membuang air besar

    B  Mengalami sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit

    C  Menghadapi kesukaran untuk tidur dengan nyenyak

    D  Menghadapi masalah kegatalan kulit dan keguguran rambut

    38  Mengapakah kita perlu bijak merancang dan menguruskan makanan?

    A  Mengurangkan penyakit

    B  Mengekalkan keseimbangan badan

    C  Mendapat tahap kesihatan yang tinggi

    D  Supaya makanan itu tinggi khasiatnya

    39  Berikut merupakan cara-cara untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan kecuali 

    A  elakkan sentiasa makan di gerai-gerai

    B  memastikan makanan sentiasa ditutup

    C  patuhi tamat tempoh sesuatu makanan

    D  simpan bahan mentah di dalam peti sejuk

    40  Perkataan dihurungi dalam petikan bermaksud

    A  diharungi

    B  didatangi

    C  dihinggapi

    D  dikerumuni

    KERTAS SOALAN TAMAT

    http://gudangsoalan.blogspot.com

    http://gudangsoalan.blogspot.com