kertas 3 sejarah jawapan bab 5 ting 4 piagam madinah

10
1.Pengenalan Madinah terletak antara Makkah dan Syam. Laluan pedagang . Tempat persinggahan. Penduduknya terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan Arab. Yahudi Bani Quraizah, Bani Nadhir, Bani Qunaiqa’ , Arab – Aus dan Khazraj. Kehidupan kurang sebab pergeseran kabilah dan penguasaan ekonomi oleh Yahudi. Aus dan Khazraj jemput Nabi saw wujud Aqabah 1 pada 621M. Madinah Bandar bercahaya. Dikenali juga dengan Yathrib. Terletak di wilayah Hijjaz. Suku Aus di Selatan dan Timur, Khazraj di tengah Madinah, Yahudi pertama hijrah ke Madinah ialah Qinuqa’. 2.Konsep Hijrah Maknanya: Maksud perkataan Arab berpindah. Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah. Bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi penyebaran. Pengertian lain Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan. Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan spt perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku. Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian. Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam spt berikut: Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah. Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela. Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal. Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah. Cara penghijrahan Nabi Muhamad saw. Setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan Ali Abu Talib menggantikan nabi saw untuk tidur di tempat nabi. Bersama Abu bakar meninggalkan Makkah . Bersembunyi di gua Thur = Dibantu oleh Abdullah bin Abu bakar intip kegiatan orang Quraish, Asma binti Abu Bakar menghantar makanan, Amir bin Fuhairah gembala kambing agar susu kambing diberi kepada baginda. 5. Dipandu oleh Abdullah bin Arqat waktu itu belum Islam lagi Sebab dan Tujuan Hijrah Perintah Allah swt menerusi wahyu. Firman spt: Surah al- Anfal. Meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah Islam diancam.

Upload: nur-ameera

Post on 01-Jul-2015

10.640 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

JAWAPAN KERTAS 3 SEJARAH COMPLETE!

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS 3 SEJARAH JAWAPAN BAB 5 TING 4 PIAGAM MADINAH

1.Pengenalan

Madinah terletak antara Makkah dan Syam. Laluan pedagang . Tempat persinggahan.

Penduduknya terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan Arab. Yahudi – Bani Quraizah, Bani

Nadhir, Bani Qunaiqa’ , Arab – Aus dan Khazraj. Kehidupan kurang sebab pergeseran

kabilah dan penguasaan ekonomi oleh Yahudi. Aus dan Khazraj jemput Nabi saw – wujud

Aqabah 1 pada 621M.

Madinah – Bandar bercahaya. Dikenali juga dengan Yathrib. Terletak di wilayah Hijjaz.

Suku Aus di Selatan dan Timur, Khazraj di tengah Madinah, Yahudi pertama hijrah ke

Madinah ialah Qinuqa’.

2.Konsep Hijrah

Maknanya:

1. Maksud perkataan Arab – berpindah.

2. Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke

Madinah. Bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi penyebaran.

3. Pengertian lain – Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau

kejahatan.

4. Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan spt perubahan sikap,

cara berfikir, dan tingkah laku.

5. Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian. Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep

Hijrah Barat dan Islam spt berikut:

a. Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.

b. Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela.

c. Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal.

d. Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua

golongan penduduk Madinah.

Cara penghijrahan Nabi Muhamad saw.

1. Setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan

2. Ali Abu Talib menggantikan nabi saw untuk tidur di tempat nabi.

3. Bersama Abu bakar meninggalkan Makkah .

4. Bersembunyi di gua Thur = Dibantu oleh Abdullah bin Abu bakar – intip kegiatan orang

Quraish, Asma binti Abu Bakar – menghantar makanan, Amir bin Fuhairah – gembala

kambing agar susu kambing diberi kepada baginda.

5. Dipandu oleh Abdullah bin Arqat – waktu itu belum Islam lagi

Sebab dan Tujuan Hijrah

1. Perintah Allah swt menerusi wahyu. Firman spt: Surah al- Anfal.

2. Meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah Islam diancam.

Page 2: KERTAS 3 SEJARAH JAWAPAN BAB 5 TING 4 PIAGAM MADINAH

3. Satu strategi bukan kekecewaan penyebaran.

4. Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam.

5. Jemputan daripada penduduk Madinah yang menghadapi pelbagai konflik. Memerlukan

pemimpin dan mendamaikan ketegangan.

Kepentingan Hijrah

1. Dakwah Islamaiah dapat dilakukan dengan aman. Dan dilakukan secara terangan.

2. Peluang untuk mendamaikan masyarakat Arab di madinah.

3. Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam makkah dan Madinah.

4. Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini berseteru.

5. Wujud golongan Muhajirin dan Ansar.Muhajirin bermaksud – berpindah. Ansar bermaksud

– menolong ( Nasara ) Golongan ansar membantu Muhajirin dengan cara:

a. Menjaga keselamatan

b. Menyediakan modal untuk berniaga

6. Kemanan dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain dalam sejahtera

sebagai sebuah negara.

7. Wujud takwim Hijrah. Mula digunakan pada zaman Khulafa Ar Rasyidin kedua – Umar al

Khatab.

8. Wujud masjid Nabawi . Masjid pertama dalam perkembangan Islam ialah Masjid Quba’.

Fungsi mnasjid pelbagai seperti:

a. Beribadat

b. Belajar

c. Tempat bertemu dan berbincang akan masalah

d. Aktiviti jual beli.

9. Pertukaran nama Madinah Al Munawarah daripada Yathrib. Pusat tamadun islam dan

agama.

10. Menunjukkan sikap toleransi dan tolong menolong ke arah kecemerlangan.

11. Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi. Menggadai nyawa, harta. Abd

rahman Auf menyumbangkan hartanya untuk Islam.

12. Memperlihatkan wanita beperanan menggerakkan kemajuan negara. Cth puteri Abu bakar

Assiddiq – Asma’ – menghantar makanan dan berita semasa persembunyian Nabi di Gua

Thur.

13. Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan kampung

halaman.

14. Kebijaksanaan nabi mengatur strategi untuk berhijrah.

15. Kewujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah dariapda

Quraish.

Page 3: KERTAS 3 SEJARAH JAWAPAN BAB 5 TING 4 PIAGAM MADINAH

3. Aspek-aspek penting Piagam Madinah

1. Perlembagaan atau undang-undang bertulis pertama di dunia yang dirangka Nabi pada

622M- berpandukan wahyu.

2. Asas pemerintahan Kerajaan Islam yang terdiri daripada masyarakat Islam dan Bukan

Islam.

3. Mencatatkan tentang tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya

4. Dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam.

5. 47 fasal . 23 fasal membincangkan hubungan orang Islam dan tanggungjawab mereka. 24

fasal tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah.

6. Boleh dirumus kepada 7 aspek penting yg merangkumi politik, ekonomi, sosial spt

a. Pentadbiran

i. Nabi Muhamad pemimipin di Madinah

ii. Sebagai hakim menyelesaikan masalah antara Islam dan Bukan Islam

b. Agama

i. Bebas mengamalkan sebarang agama

ii. Bebas mengamalkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam.

c. Sosial

i. Masyarakat sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama

terhadap negara

ii. Tidak boleh bermusuhan

d. Perundangan

i. Undang-undang Islam diguna pakai, tetapi undang-undang kekeluargaan dalam

kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam

ii. Undang-undang Islam menekankan pengingsafan dan bukannya jatuhan

hukuman.

iii. Menetapkan syarat jatuh hukuman seperti saksi yang dapat mengesahkan

jenayah.

e. Pertahanan

i. Semua anggota masyarakat dikehendaki pertahankan negara

f. Kedudukan kaum Yahudi

i. Keselamatan terjamin selagi mematuhi perlembagaan Madinah

g. Ekonomi

i. Kerjasama dituntut bagi memajukan ekonomi negara

ii. Unsur tipu dan riba dihapuskan.

Kepentingan Piagam Madinah

1. Model kerajaan Islam yang unggul

Page 4: KERTAS 3 SEJARAH JAWAPAN BAB 5 TING 4 PIAGAM MADINAH

2. Unsur Islam boleh digunakan dalam negara pelbagai agama dan kaum

3. Perlembagaan yang mengandungi unsur dunia dan akhirat.

4. Menunjukkan sistem ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam

perniagaan.

5. Berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah – hidup dalam bersatu padu dan aman

menerusi semangat ukhuwah Islamiah – iaitu semangat persaudaraan sesama Islam. Aspek

Ukhwah dapat dilihat menerusi:

a. Keadilan sosial

b. Persamaan hak dan persaudaraan Islam

c. Tiada perbezaan taraf

6. Mempamerkan undang-undang yang lengkap dan sempurna berasaskan undang=undang

syariah.

7. Negara diwujud atas dasar pelembagaan terlebih dahulu.

8. Berjaya menyusun masyarakat kehidupan yang sistematik berasaskan undang-undang bukan

nafsu dan kekuatan kaum.

9. Wujudkan semangat kerjasama dan sama-sama bertanggungjawab menjaga keselamatan

negara hingga menjadikan kerajaan Islam kuat dan disegani.

4. Langkah-langkah ke arah menjayakan konsep 1 Malaysia.

4. KONSEP SATU MALAYSIA Konsep Satu Malaysia telah diperkenalkan oleh Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak setelah beliau secara sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Pelbagai infrastruktur seperti Klinik 1 Malaysia telah disediakan. Jelaskan konsep-konsep Satu Malaysia. Pendahuluan : • Satu Malaysia - gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan 8 nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia: budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, pendidikan dan lain-lain. • Merupakan satu pelengkap - membantu negara mengorak langkah demi langkah dalam menuju ke arah kemajuan dan kemakmuran negara • Aspirasi negara, yakni Wawasan 2020 tercapai sekiranya konsep Satu Malaysia diterapkan ke dalam sanubari setiap rakyat dan diamalkan Isi-isi: 1: untuk mencapai status negara maju, seperti yang diilhamkan melalui Wawasan 2020 - Membentuk sebuah negara yang kukuh dan stabil tidak kira sama ada dari segi

Page 5: KERTAS 3 SEJARAH JAWAPAN BAB 5 TING 4 PIAGAM MADINAH

politik ataupun dari segi ekonomi. - Sejajar dengan tema Hari Kemerdekaan ke-53, iaitu Satu Malaysia Menjana Transformasi - menekankan transformasi/ perubahan terutamanya dalam aspek perindustrian dan pendidikan. - Untuk mencapai matlamat ini, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu - padan dengan tema Hari Kemerdekaan ke-52 iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' - Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju apabila rakyat memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi 2: Memupuk dan mengukuhkan perpaduan antara kaum serta mengelakkan perselisihan faham - kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar “Bangsa Malaysia” dan menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum - Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dengan konsep asimilasi di negara-negara lain di mana identiti kaum dan etnik akan lenyap dan diganti satu identiti nasional yang sama - Sebaliknya konsep Satu Malaysia menghargai, menghormati dan memelihara adat istiadat, budaya dan segala pantang larang setiap kaum - Selaras dengan salah satu nilai, iaitu penerimaan - sesuatu kaum sanggup menerima keunikan kaum yang lain, saling menghormati, bertolak ansur dan bertoleransi - agar mewujudkan keharmonian dan ketenteraman negara. 3: Aspek pendidikan dititikberatkan - Institusi-institusi pendidikan di Malaysia yang berlandaskan kurikulum seperti yang telah ditetapkan Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar - Konsep ini juga merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amnya. - Bermatlamat menghapuskan dasar pendidikan yang hanya berkepentinganan sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan tertentu - Pembentukan satu jenis sekolah - menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaum 4: Aspek agama dan kepercayaaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalam usaha menjayakan gagasan 1 Malaysia - Soal agama dan kepercayaan ini merujuk kepada sikap keterbukaan masyarakat dalam menerima serta menjunjungi prinsip dan amalan agama bangsa lain. - Agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian- agama yang dianuti sebahagian besar dalam masyarakat Malaysia - Sensitiviti agama dan perkauman perlu dipelihara serta tidak boleh dipermainkan bagi mengelakkan perselisihan faham dan ketegangan - Pengenalan konsep rumah terbuka dan kunjung- mengunjungi semasa musim perayaan oleh masyarakat tempatan- salah satu kaedah bagi mempelajari sesuatu adat dan memahami sensitiviti sesuatu kaum seterusnya memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain 5: Penubuhan Yayasan 1 Malaysia dan Klinik 1 Malaysia - Yayasan 1Malaysia menggerakkan, melaksanakan serta mendukung program yang dapat menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, kepercayaan

Page 6: KERTAS 3 SEJARAH JAWAPAN BAB 5 TING 4 PIAGAM MADINAH

agama dan kedudukan ekonomi. - mempromosikan 1Malaysia yang bersatu dalam kepelbagaian dengan menyediakan capaian, pembabitan dan sokongan kepada penyertaan sektor awam dan masyarakat madani dalam menangani isu sosial utama semua masyarakat. - Klinik 1 Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat seperti demam, batuk dan selesema. - Kebajikan dan kesihatan rakyat dijamin dan kehadiran klinik ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

5. Kejayaan Malaysia menerusi perpaduan kaum

Cth:-Kestabilan politik

-Kemajuan pendidikan

-Kebebasan beragama

-Kebebasan mengamalkan kebudayaan pelbagai kaum

(Mana-mana yang munasabah)

E.g:

Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk

berbilang kaumnya yang hidup aman & damai. Kaum yang terdapat di

Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27 etnik lagi Di kawasan Sabah

serta Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini menyebabkan

kerajaan perlu menjalankan dasar yang menyatupadukan rakyat di

negara ini supaya kestabilan negara dapat diperoleh.

Oleh itu, pelbagai dasar kerajaan yang dijalankan supaya masyarakat

sedar betapa pentingnya perpaduan dalam menjayakan misi negara.

Kita mesti bersatu padu dalam merealisasikan & menjayakan Wawasan

2020 yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai negara industri yang

maju setanding dengan negara-negara maju di dunia.

Page 7: KERTAS 3 SEJARAH JAWAPAN BAB 5 TING 4 PIAGAM MADINAH

6. Cabaran dan langkah untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian Negara

RUJUK HURAIAN IF NAK CARI ISI & IDEA

(i) cabaran

e.g: Tambahan pula, pihak polis telah berjaya memerangi pelbagai gejala sosial yang

melanda negara ini. Kejadian jenayah terutama jenayah berat telah dikawal dengan baik

oleh pihak polis yang bertugas tanpa mengenal penat untuk memastikan keselamatan

rakyat negara ini bertambah baik. Kejayaan mengawal jenayah di negara ini turut sama

memberikan satu suasana yang tenang dan meyakinkan kepada rakyat negara ini bahawa

Malaysia sebuah negara yang baik untuk terus didiami. Justeru, kejayaan pihak polis

menjalankan kewajipan mereka telah menjadikan aspek keamanan di negara ini terus

wujud.

ATAU

e.g Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yang

sudah mula menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya

telah berupaya dikurangkan sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk

menimbulkan sebarang masalah besar kelak. Perasaan kekitaan dan tidak berasa

ditinggalkan menjadi asas penting untuk mengekalkan keamanan di negara ini untuk satu

tempoh yang panjang kerana tidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa

masyarakat berbilang kaum di sini. Maka, usaha mengikis perbezaan pengagihan

kekayaan ini harus dilakukan secera berterusan untuk memastikan keamanan itu

berkekalan.

(ii) langkah

e.g

Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuan

ketenteraannya. Angkatan tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak remaja yang

berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan pembelian

peralatan ketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan memastikan tahap

keselamatan negara berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara

yang stabil. Jelaslah, negara menjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera

yang berkaliber dan berteknologi tinggi.

ATAU

e.g

Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara-negara jiran

terutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan

untuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh

berlaku pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara

ASEAN tidak mahu menganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak

Page 8: KERTAS 3 SEJARAH JAWAPAN BAB 5 TING 4 PIAGAM MADINAH

berlaku perselisihan faham yang boleh membawa permusuhan yang mengoyahkan

keamanan pula. Jadi, kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia

untuk menikmati satu tahap keamanan yang tinggi.

7. Nilai-nilai daripada aspek perpaduan kaum

RUJUK HURAIAN

e.g

Sebagai aspek utama dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyaat Malaysia,

saya harus mengamalkan nilai toleransi. Seperti yang kita sedia maklum,masyarakat

Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, cina, dan India, serta kaum-

kaum minoriti yang lain. Oleh itu, saya harus memahami sensitiviti kaum lain dari

segi kebudayaan, amalan keagamaan dan pantang larang kaum masing-masing.

Dalam sesetengah keadaan yang tertentu juga, saya wajar menerima pandangan

mereka dalam aspek kepercayaan dan pengamalan sosial. Tamsilnya, saya tidak

harus mempersoalkan laungan azan daripada orang Islam dan pembakaran kemenyan

daripada penganut agama Hindu.

ATAU

Di samping itu, saya mesti mengamalkan nilai bekerjasama untuk memupuk

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam melaksanakan tugasan-tugasan

sekolah atau kegiatan-kegiatan masyarakat dengan rakan taulan, saya mesti

memberikan sokongan yang padu dan sinergi yang berkekalan kepada mereka. Bak

kata pepatah, “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”. Saya tidak harus

memilih rakan untuk bekerjasama dengan saya berdasarkan kaum. Dari segi sosial

pula, saya akan membantu jiran tetangga dalam aktiviti gotong-royong dan

bekerjasama “bagai aur dengan tebing”.

ATAU

Seterusnya, saya mesti mempraktikkan nilai keadilan dalam sanubari agar perpaduan

dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dikekalkan. Saya tidak harus mengamalkan

sikap berat sebelah dalam apa-apa jua tindakan yang saya lakukan. Sebagai contoh,

apabila saya dipilih sebagai pengerusi persatuan atau ketua kumpulan, saya akan

memilih ahli jawatankuasa berdasarkan kebolehan masing-masing. Saya turut tidak

Page 9: KERTAS 3 SEJARAH JAWAPAN BAB 5 TING 4 PIAGAM MADINAH

akam mengemukakan komentar buruk terhadap hasil kerja daripada titik peluh

rakan-rakan daripada pelbagai kaum, apatah lagi memandang serong dan

memperlekehkan kemahiran mereka. Sekiranya saya dikehendaki menyelesaikan

sesuatu perbalahan, saya akan menilai masalah tersebut berdasarkan bukti yang

nyata dan bukannya berdasarkan warna kulit. Dengan langkah-langkah tadi,

perselisihan faham dan pertelingkahan antara kaum dapat dikurangkan.

8. Rumusan

*UBAH ADA KAITAN DGN HUBUNGKAIT PIAGAM MADINAH DGN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Page 10: KERTAS 3 SEJARAH JAWAPAN BAB 5 TING 4 PIAGAM MADINAH