kertas 2(1)ea pertengahan tahun

9
SULIT 3757/2 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 Mei 2015 2 jam PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEK.MEN.KEB UNDANG REMBAU NEGERI SEMBILAN EKONOMI ASAS KERTAS 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B 2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan di Bahagian B 3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan 4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan 3757/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [ Lihat sebelah SULIT

Upload: tsm1006

Post on 05-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Soalan EA Pertengahan Tahun

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas 2(1)EA Pertengahan Tahun

SULIT 3757/2

3757/2Ekonomi AsasKertas 2Mei 20152 jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUNSEK.MEN.KEB UNDANG REMBAU

NEGERI SEMBILAN

EKONOMI ASASKERTAS 2

Dua Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B

2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan di Bahagian B

3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan

4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan

5. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

3757/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [ Lihat sebelahSULIT

Page 2: Kertas 2(1)EA Pertengahan Tahun

SULIT 3757/2

Bahagian A

[75 markah]

1 (a) Gambar 1 menunjukkan perbualan dua orang rakan kongsi berkaitan firma yang akan ditubuhkan.

Gambar 1 Jelaskan apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh firma yang bakal ditubuhkan oleh mereka. [7 markah]

(b) Maklumat berikut adalah berkaitan dengan perniagaan Encik Haniffirdaus.

Terangkan sumber-sumber ekonomi yang terlibat dalam perniagaan Encik Haniffirdaus. [10 markah]

(c) Bezakan barang ekonomi dengan barang percuma. [8 markah]

3757/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

2

Apa keluaran yang nak kita nak pilih ye, nak keluarkan sos cili ke atau kicap?

Aku pun tengah pening ni, modal kitapun kecil. Kalau tidak, boleh kita keluarkan kedua-dua sekali

Encik Haniffirdaus bercadang untuk membuka sebuah perniagaan menjual makanan segera. Sebagai seorang pengurus, beliau menyewa sebuah lot kedai dan menggaji 10 orang pekerja. Di samping itu beliau juga telah berjaya mendapatkan kemudahanpinjaman bank untuk dijadikan modal perniagaan.

Page 3: Kertas 2(1)EA Pertengahan Tahun

SULIT 3757/2

2 (a) Apakah masalah-masalah asas ekonomi yang telah dapat diselesaikan oleh Encik Ismadi? [6 markah]

(b) Gambar 2 menunjukkan perbualan antara 3 orang rakan lama berlainan negara.

Gambar 2

(i) Berdasarkan Gambar 2 di atas, namakan sistem-sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara Encik Chen, Encik Yusof dan Encik Alif [ 3 markah ]

(ii) Bezakan tiga ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara Encik Yusof dan Encik Chen. [ 6 markah ]

(iii) Huraikan dua ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara Encik Alif [ 4 markah ]

(c) Bagaimanakah sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah asas : (i) Apakah barang yang hendak dikeluarkan. [ 2 markah ]

(ii) Berapa barang hendak dikeluarkan [ 2 markah ]

(iii) Untuk siapa barang hendak dikeluarkan [ 2 markah ]

3757/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

3

Encik Ismadi telah membeli tanah seluas 3 hektar di kampungnya dan beliau telah menanam 300 batang pokok kelapa di atas tanah tersebut dengan menggunakan teknik pertanian moden.

Terima kasih Chen. Aku dengar di negara kau firma tidak bebas bersaing. Bagaimana dengan negara kamu Alif?

Tahniah Yusof,aku dengar kau dah jadi usahawan berjaya. Bertuahlah kau, negara kau beri kebebasan sepenuhnya untuk firma bersaing

Negara aku ada persaingan tetapi persaingan yang sihat. Kerajaan akan memastikan tiada golongan yang tertindas. Chen Yusof

Alif

Page 4: Kertas 2(1)EA Pertengahan Tahun

SULIT 3757/2

3 (a) Maklumat berikut merupakan senarai pendapatan dan perbelanjaan bagi Encik Samy pada satu bulan tertentu.

RM RMPendapatan bulanan 2000Bonus 250Elaun 250Sewa rumah 600Ansuran kereta 600Bil 120Hospital 70Makanan 500Wang saku 250Derma 60Akhbar dan majalah 60Lain-lain 160KWSP 160Cukai pendapatan 100

Berdasarkan maklumat di atas :

(i) Hitungkan pendapatan boleh guna individu Encik Samy dan terangkan keadaan perbelanjaannya. [ 5 markah ]

(ii) Sediakan penyataan anggaran belanjawan Encik Samy yang terancang untuk bulan seterusnya [ 5 Markah ]

(b) Terangkan kesan apabila perbelanjaan individu melebihi pendapatan . [ 8 markah ] ( c) Mengapa seseorang individu perlu membuat tabungan [ 7markah ]

3757/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

4

Page 5: Kertas 2(1)EA Pertengahan Tahun

SULIT 3757/2

4 (a) “Individu memperolehi pendapatan daripada pelbagai sumber” .Jelaskan. [10 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan tabungan dan pelaburan.

Walaupun seseorang individu akan menerima pulangan melalui tabungan dan pelaburan,tetapi dari sudut ekonomi pulangan tabungan

adalah berbeza dengan pulangan pelaburan.

(i) Terangkan jenis-jenis pelaburan. [ 5 markah ]

(ii) Bezakan pulangan dari tabungan dan pelaburan. [ 6 markah ]

(c ) Berikan 4 kepentingan tabungan kepada individu. [ 4 markah ]

5 (a) Perbualan berikut tentang kerjaya dua orang sahabat.

Jamal : Arief…aku bangga engkau menjadi petani yang Berjaya.Arief : Engkau pun apa kurangnya….jadi pegawai bank.

Bezakan kerjaya yang dipilih oleh Jamal dan Arief berdasarkan factor pemilihan pekerjaan [ 6 m]

b. Maklumat berikut tentang pendapatan,pendapatan boleh cukai dan potongan wajib En Farish dalam tempoh setahun.

Pendapatan RM 48 000.00Pendapatan Boleh Cukai RM 33 000.00Zakat RM 600.00KWSP 10%PERKESO RM 240.00

Kadar cukai yang dibenarkan adalah seperti berikut :Pendapatan Boleh Cukai Kadar Cukai ( % ) Cukai ( RM )RM 5000 pertamaRM 10 000 berikut

01

0100

RM 15 000 pertamaRM 15 000 berikut

-3

100450

RM 30 000 berikutRM 20 000 berikut

-5

550

Hitungkan pendapatan boleh guna ( PBG ) En Farish. [10m]

c. Jelaskan empat kepentingan belanjawan peribadi [9m].

BAHAGIAN B3757/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

5

Page 6: Kertas 2(1)EA Pertengahan Tahun

SULIT 3757/2

[25 Markah]Soalan ini wajib dijawab

6. Encik Jasme yang baru bersara pada awal tahun 2008 telah menerima wang ganjaran sebanyak RM 150 000.00. Dengan wang ganjaran itu beliau bercadang untuk menjalankan perniagaan perabot jati dan kedai runcit. Walau bagaimanapun disebabkan masalah ekonomi yang dihadapinya beliau hanya boleh menumpukan kepada satu jenis perniagaan sahaja.

Setelah membuat pertimbangan dengan keadaan pasaran semasa, beliau telah memilih untuk menjalankan perniagaan perabot jati. Dengan berbekalkan modal yang sedia ada Encik Jasme telah menjalan perniagaannya dengan jayanya. Didalam negaranya Encik Jasme bebas mengeluar dan memasarkan perabotnya tanpa campur tangan daripada pihak kerajaan.

Perniagaan Encik Jasme telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna. Beliau bercadang untuk membesarkan lagi skala perniagaan dengan membuka cawangan baru. Walau bagaimanapun beliau menghadapi masalah dalam mendapatkan tambahan modal. Bagi menambahkan modal perniagaannya, beliau telah mendapatkan pinjaman daripada saudara mara.

Perkembangan ekonomi masa kini yang semakin baik telah menyebabkan taraf hidup dan pendapatan penduduk semakin meningkat dan seterusnya menggalakkan pengguna meningkatkan perbelanjaan mereka. Ini menyebabkan permintaan ke atas perabot jati meningkat secara mendadak. Situasi ini secara tidak langsung telah membantu perniagaan Encik Jasme meningkatkan keuntungannya.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Encik Jasme. [ 6 markah ]

(b) (i) Nyatakan sistem ekonomi negara Encik Jasme. [ 1 markah ]

(ii) Terangkan 3 ciri sistem ekonomi di (b) (i) [ 6 markah ]

(c) (i) Adakah anda setuju dengan sumber pinjaman yang dibuat oleh Encik Jasme?Berikan dua alasan. [ 3 markah ]

(ii) Terangkan dua sumber lain pinjaman yang boleh diperoleh oleh Encik Jasme.[ 4 markah ]

(d) Terangkan tiga jenis sumber pendapatan yang boleh diperolehi oleh En Jasme selain bekerja sendiri ?

[ 5 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

3757/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

6