kertas 2 pdg

5
BAHAGIAN A ( 75 markah) Jawab tiga soalan sahaja. 1.(a) Gambar 1 menunjukkan satu aktiviti pengeluaran. Huraikan tiga faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti itu. (9 markah) (b) Terangkan bagaimana aktiviti perniagaan dalam negeri boleh dibantu oleh bantuan perniagaan berikut: (i) Perbankan (5 markah) (ii) Promosi (5 markah) (c) Terangkan tiga sebab pasar raya menjadi pilihan pengguna. (6 markah) 2.(a) Jelaskan setiap perkara berikut: (i) Jualan tunai (3 markah) (ii) Jualan prabayar (3 markah) (iii) Jualan sewa beli (4 markah) 1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAWAU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008 PERDAGANGAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 MASA: 2 JAM ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan soalan wajib pada

Upload: ikan-otek

Post on 14-Dec-2014

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Perdagangan Ujian

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas 2 PDG

BAHAGIAN A( 75 markah)

Jawab tiga soalan sahaja.

1.(a) Gambar 1 menunjukkan satu aktiviti pengeluaran.

Huraikan tiga faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti itu. (9 markah)

(b) Terangkan bagaimana aktiviti perniagaan dalam negeri boleh dibantu oleh bantuan perniagaan berikut:(i) Perbankan (5 markah)(ii) Promosi (5 markah)

(c) Terangkan tiga sebab pasar raya menjadi pilihan pengguna. (6 markah)

2.(a) Jelaskan setiap perkara berikut:(i) Jualan tunai (3 markah)(ii) Jualan prabayar (3 markah)(iii) Jualan sewa beli (4 markah)

1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAWAUPEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008

PERDAGANGAN TINGKATAN 5KERTAS 1

MASA: 2 JAMARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan soalan wajib pada Bahagian B.

Page 2: Kertas 2 PDG

(b) Perbualan berikut adalah di antara Fariz dengan ayahnya, Encik Kamarol.

Berdasarkan perbualan itu, mengapakah Encik Kamarol begitu yakin hendak menubuhkan perniagaan pasar raya? (8 markah)

(c) Pengusaha Sinaran Siber Cafe ingin menambah 30 unit komputer di premisnya. Beliau mempertimbangkan dua cara untuk mendapatkan komputer tersebut iaitu pembelian melalui syarikat pajakan atau membeli secara tunai.

Tentukan cara pembelian yang sesuai dipilih oleh pengusaha tersebut.Berikan alasan anda. (7 markah)

3.(a) Bezakan ciri syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad. (8 markah)

(b) Pernyataan berikut berkaitan dengan harta peninggalan mendiang Encik Lim kepada 3 orang anaknya.

(i) Tentukan pulangan yang diterima oleh Aaron, Ben dan Cindy. (3 markah)

(ii) Kenalpasti tahap risiko setiap jenis pelaburan itu dan berikan alasan. (6 markah)

(c) Encik Syamsul seorang kontraktor binaan dan Cik Suria seorang guru adalah adik-beradik. Mereka telah membeli insurans endowmen bernilai RM100 000 daripada Syarikat Insuran Maju Jaya. Dialog di bawah merujuk kepada kekeliruan mereka apabila menerima polisi insurans daripada syarikat itu.

2

En. Kamarol : Ayah rasa elok kita menubuhkan pasar raya.Fariz : Eh, bukankah perniagaan pasar raya ni banyak masalah?

Lagi pun ayah dah berumur dan kurang sihat.En. Kamarol : Kalau kita menubuhkan pasar raya, ayah berasa yakin

perniagaan kita lebih maju.Fariz : Sama sahaja ayah. Perniagaan runcit sedia ada ini pun

maju juga.

Aaron, Ben, dan Cindy masing-masing menerima RM200 000 tunai seperti yang telah diwasiatkan oleh mendiang bapa mereka. Aaron telah melaburkan wang tersebut dalam gilts. Ben menyimpan wang tersebut dalam akaun simpanan tetap. Manakala Cindy melaburkan semua wang tersebut untuk membeli saham syarikat berhad.

Page 3: Kertas 2 PDG

Mengapakah premium yang perlu dibayar oelh Encik Samsul dan Cik Suria berbeza? (8 markah)

4.(a) Pernyataan berikut berkaitan dengan seorang pengguna kad kredit.

Mengapakah Puan Rahamah menggunakan kaedah pembayaran tersebut? (6 markah)

(b) Syarikat Indah Travel Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat pelancongan tempatan yang sedang mempromosikan program “Cuti-cuti Malaysia”.

Terangkan kegunaan alat komunikasi berikut kepada syarikat tersebut:(i) Telefon(ii) Telefaks(iii) Internet (9 markah)

(c) Puan Julita ialah pemilik kilang makanan dan minuman berasaskan kacang soya di Tampin, Negeri Sembilan. Penduduk tempatan telah membuat pelbagai aduan kepada pihak Majlis Berkuasa Tempatan terutamanya tentang bau yang tidak menyenangkan hasil pembuangan sisa kacang soya. Puan Julita menafikan tuduhan itu. Beliau menegaskan kilangnya sentiasa bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar.

Selain tanggungjawab di atas, terangkan tanggungjawab Puan Julita kepada masyarakat. (10 markah)

3

Puan Rahamah ialah seorang perunding imej yang berjaya di Kuala Lumpur dan sering menghadiri persidangan di luar negara. Beliau memilih menggunakan kad kredit untuk membuat pembayaran dalam urursan harian.

Page 4: Kertas 2 PDG

BAHAGIAN B( 25 markah)

Soalan ini wajib dijawab

5. Pemborong Ali menjalankan aktiviti mengimport buah-buahan dan daging. Beliau mendapat bekalan buah-buahan dari negara China dan bekalan daging dari Britain. Pada 20 Jun 2004, Encik Ali telah memesan 500 tan metrik pelbagai jenis buah-buahan bernilai RM1.5 juta dan 600 tan metrik daging lembu bernilai RM2.4 juta untuk memenuhi cita rasa pengguna dalam negeri.

Walau bagaimanapun selepas dua bulan pesanan dibuat, berita tentang penyakit lembu gila di luar negara telah tersebar. Keadaan ini mendorong kerajaan bertindak segera dengan menyekat kemasukan daging import. Langkah berjaga-jaga ini bukan sahaja meninggalkan kesan kepada perniagaan Encik Ali tetapi juga pelanggannya, kerajaan dan penternak lembu tempatan.

Akibatnya Encik Ali terpaksa bergantung kepada aktiviti mengimport buah-buahan dan beliau juga menghadapi masalah kewangan. Encik Ali bercadang mendapatkan pembiayaan sebanyak RM2 juta daripada bank tempatan untuk menampung aktiviti perniagaannya. Sebanyak dua buah bank telah bersetuju menawarkan pakej pinjaman yang menarik dan Encik Ali diberi tempoh seminggu untuk membuat keputusan.

Butiran pakej adalah seperti berikut:

Butiran Bank Maju Bank Jaya

Jumlah Pembayaran RM2 juta RM2 juta

Kadar faedah 2 tahun pertama - 1%Tahun berikutnya - 5.5%

Tahun pertama - 1,5%Tahun berikutnya - 5%

Cagaran Bangunan bernilai RM500 000

Deposit simpanan tetapRM500 000

Penjamin 2 orang 2 orang

Tempoh Bayar Balik 10 Tahun 6 tahun

Memandangkan Encik Ali telah berusia, keluarganya tidak bersetuju beliau meminjam daripada bank. Sebaliknya mendesak beliau membawa masuk rakan kongsi supaya perniagaannya dapat diuruskan secara bersama, tetapi Encik Ali menolak desakan keluarganya itu. Beliau tetap bertegas mahu mengekalkan milikan tunggalnya itu.

Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

4

Page 5: Kertas 2 PDG

(a) Huraikan kesan tindakan kerajaan menyekat kemasukan daging import kepada pihak-pihak berikut:(i) Pelanggan (3 markah)(ii) Penternak lembu tempatan (3 markah)(iii) Kerajaan (3 markah)

(b) Andaikan anda sebagai Encik Ali, tentukan bank yang anda pilih.

Terangkan alasannya. (8 markah)

(c) Mengapakah Encik Ali bertegas mahu mengekalkan perniagaan milikan tunggalnya dan enggan menerima rakan kongsi? (8 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

5

Disediakan oleh:

……………………(En. Yusuf Hasni)(Puan Fatimang Palan)Guru Perdagangan

Disemak oleh:

……………………(Pn Siti Nor Bte Hasan) Ketua Panitia PP, Perakaunan & Perdagangan

Disahkan oleh:

……………………(En. Mohd Nasir Che Ali)Ketua Bidang Teknik& Vokasional