kerja-kerja pengorekan dan penggalian peparit/lurangndsabah.com/eaks/download/3. aks kerja...

11
Arahan Kerja Selamat : ND-OSH-AK-GALI Kerja-Kerja Pengorekan dan Penggalian Peparit/Lurang Versi: 1.2 Tarikh: 26/05/14 ` OSH/AK-GALI Terhad Muka 1 dari 11 MAKLUMAT DOKUMEN Tajuk Dokumen Arahan Kerja Selamat Kerja Pengorekkan dan Penggalian Peparit/Lurang Pemilik Proses Pengurus FJM ND Selatan Dokumen Versi No 1.0 Pengarang Dokumen Penolong Pengurus FJM, ND Selatan Tarikh Dikarang 13/12/13 Pelulus Dokumen VP RD, ND Tarikh Kelulusan SENARAI VERSI No Versi Tarikh Versi Muka Surat Perubahan Dokumen Disahkan Oleh 1.0 01/08/11 Semua DCA 1.1 13/12/13 5 Item 6.2.3 1.2 19/05/14 5, 6, 7 Item 6.2.4, 6.3.6 6.3.11, 6.5.3 1.3 26/05/14 7 Item 8.0

Upload: buithuan

Post on 25-May-2019

298 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Arahan Kerja Selamat : ND-OSH-AK-GALI

Kerja-Kerja Pengorekan dan Penggalian Peparit/Lurang

Versi: 1.2 Tarikh: 26/05/14

`

OSH/AK-GALI Terhad Muka 1 dari 11

MAKLUMAT DOKUMEN

Tajuk Dokumen Arahan Kerja Selamat Kerja Pengorekkan dan Penggalian Peparit/Lurang

Pemilik Proses Pengurus FJM ND Selatan Dokumen Versi No

1.0

Pengarang Dokumen Penolong Pengurus FJM, ND Selatan Tarikh Dikarang 13/12/13

Pelulus Dokumen VP RD, ND Tarikh Kelulusan

SENARAI VERSI

No Versi

Tarikh Versi Muka Surat Perubahan Dokumen Disahkan Oleh

1.0 01/08/11 Semua DCA

1.1 13/12/13 5 Item 6.2.3

1.2 19/05/14 5, 6, 7 Item 6.2.4, 6.3.6 – 6.3.11, 6.5.3

1.3 26/05/14 7 Item 8.0

Arahan Kerja Selamat : ND-OSH-AK-GALI

Kerja-Kerja Pengorekan dan Penggalian Peparit/Lurang

Versi: 1.2 Tarikh: 26/05/14

`

OSH/AK-GALI Terhad Muka 2 dari 11

MAKLUMAT DOKUMEN ........................................................................................................................................ 1

SENARAI VERSI .................................................................................................................................................... 1

1.0 TUJUAN ........................................................................................................................................................ 3

3.0 SINGKATAN ................................................................................................................................................. 3

4.0 DEFINISI ........................................................................................................................................................ 3

5.0 TANGGUNGJAWAB ....................................................................... ERROR! BOOKMARK NOT DEFINED.

6.0 ARAHAN KERJA .......................................................................................................................................... 5

7.0 RUJUKAN ...................................................................................................................................................... 7

LAMPIRAN B : ........................................................................................................................................................ 9

Arahan Kerja Selamat : ND-OSH-AK-GALI

Kerja-Kerja Pengorekan dan Penggalian Peparit/Lurang

Versi: 1.2 Tarikh: 26/05/14

`

OSH/AK-GALI Terhad Muka 3 dari 11

1.0 TUJUAN

1.1 Arahan kerja ini menggariskan langkah-langkah yang perlu digunapakai dan dipatuhi oleh semua pekerja dan kontraktor TM bagi:

a) Melindungi dari hazard atau risiko semasa kerja – kerja pengorekkan dan penggalian peparit/lurang dijalankan.

b) Memastikan keselamatan dan kesihatan semua pekerja dan kontraktor di tempat kerja serta orang awam yang berkemungkinan mengalami kesan akibat kerja yang dijalankan.

2.0 SKOP

2.1 Arahan kerja ini terpakai untuk semua pekerja dan kontraktor untuk semua kerja-kerja pengorekkan dan penggalian peparit/lurang serta lain-lain kerja yang berkaitan.

3.0 SINGKATAN

TM Telekom Malaysia

PPE Personal Protective Equipment (Kelengkapan Pelindung Diri)

HDD Horizontal Directional Drilling machines

PE Professional Engineer

SPV Supervisor

PBT Pihak Berkuasa Tempatan

TNB Tenaga Nasional Berhad

4.0 DEFINISI

4.1 Civil Work Tapak kerja yang melibatkan kerja – kerja pengorekan dan penggalian

peparit atau lurang.

4.2 Pilot Hole Proses penggalian untuk menentukan laluan/kedudukan kawasan pembinaan peparit/lurang tiada halangan perkhidmatan lain. Kawasan pembinaan harus digali pada kedudukan yang dipilih oleh SPV, biasanya one per sectional length untuk memastikan kedudukan yang paling sesuai.

4.3 Shoring Sebuah alat mekanikal dengan rekabentuk yang diperlukan untuk digunakan pada setiap penggalian atau lubang untuk mengelakkan dinding dari terkikis. Lubang-lubang atau parit yang terbentuk hasil daripada kerja-kerja pembinaan berpotensi mendatangkan bahaya kepada pekerja serta mesin yang digunakan semasa di tapak.

4.4 Prefabricated Manhole

Lurang jenis pasang siap.

4.5 Kontraktor Orang yang telah mengikat kontrak secara bertulis, untuk tujuan menjalankan apa–apa kerja yang berkaitan termasuk kontraktor utama atau subkontraktor.

Arahan Kerja Selamat : ND-OSH-AK-GALI

Kerja-Kerja Pengorekan dan Penggalian Peparit/Lurang

Versi: 1.2 Tarikh: 26/05/14

`

OSH/AK-GALI Terhad Muka 4 dari 11

4.6 PPE Sebarang kelengkapan yang bertujuan untuk dipakai atau digunakan oleh orang ditempat kerja yang mana melindungi beliau daripada satu atau lebih risiko kepada keselamatan atau kesihatannya.

4.7 Penyelia Anggota yang dilantik untuk menyelia sesuatu projek dan bertanggungjawab keatas projek tersebut.

4.8 Hazard Satu punca atau situasi yang berpotensi yang mendatangkan kemudaratan kepada manusia, kerosakan kepada harta benda, kemusnahan alam kepada alam sekitar atau kombinasi diantaranya.

4.9 Project Manager Pegawai teratas didalam sesuatu unit yang bertanggungjawab keatas projek.

4.10 Bahaya Pendedahan relatif kepada hazard

5.0 TANGGUNGJAWAB

5.1 Pekerja

5.1.1 Memberi perhatian kepada keselamatan dan kesihatan diri dan juga orang lain semasa atau setelah kerja siap seperti ;

a) Memaklumkan supervisor tentang keadaan kesihatan sebelum menjalankan tugas. b) Memaklumkan kepada Penyelia tentang keperluan membaiki atau menggantikan PPE

yang rosak

5.1.1 Bekerjasama dengan majikan dalam menunaikan kewajipan keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

5.1.2 Memakai atau menggunakan kelengkapan dan juga PPE yang dibekalkan oleh majikan.

5.1.3 Mematuhi arahan atau langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikan atau dibawah keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seperti :

a) Menghadiri sessi latihan penggunaan dan penjagaan PPE yang diperlukan.

b) Menjaga dan menyelenggara PPE sebagaimana yg diperlukan.

c) Peraturan keselamatan majikan, dan lain-lain.

5.2 Kontraktor TM

5.2.1 Memberi perhatian keselamatan dan kesihatan diri dan juga orang lain yang mungkin terjejas berpunca daripada tindakan atau peninggalan pekerja semasa atau setelah bekerja.

5.2.2 Memaklumkan penyelia tentang keadaan kesihatan sebelum menjalankan tugas.

5.2.3 Bekerjasama dengan majikan dan TM dalam menunaikan kewajipan keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

5.2.4 Memakai atau menggunakan kelengkapan dan juga PPE yang dibekalkan oleh majikan dan yang telah ditetapkan oleh TM.

Arahan Kerja Selamat : ND-OSH-AK-GALI

Kerja-Kerja Pengorekan dan Penggalian Peparit/Lurang

Versi: 1.2 Tarikh: 26/05/14

`

OSH/AK-GALI Terhad Muka 5 dari 11

5.2.5 Mematuhi arahan atau langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikan dan TM atau dibawah keperluan Akta Keselamatan san Kesihatan Pekerjaan.

5.2.2 Mematuhi keperluan kontrak seperti:

i. Melapurkan sebarang kecederaan dan kemalangan pekerjaan kepada pengurusan TM.

5.3 Penyelia Kontraktor (SO)

5.3.1 Memastikan pekerja-pekerja yang melaksanakan kerja berada di dalam keadaan sihat tubuh badan dan fizikal yang memuaskan sebelum memulakan tugas.

5.3.2 Memastikan semua peralatan yang diperlukan adalah mencukupi dan selamat untuk digunakan dan dibawa bersama.

5.3.3 Memastikan Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) dipakai semasa bertugas.

5.3.4 Memastikan pekerja telah menghadiri latihan penggunaan PPE dan juga latihan kerja yang berkaitan.

5.4 Penyelia Projek (SPV TM)

5.4.1 Mengawasi kontraktor yang bekerja berada di dalam keadaan sihat tubuh badan dan fizikal yang memuaskan sebelum memulakan tugas;

5.4.2 Memastikan kontraktor membekalkan semua peralatan yang diperlukan untuk kerja-kerja pengorekan dan penggalian peparit adalah mencukupi dan selamat untuk digunakan. Rujuk kepada Perjanjian Kontraktor JKH.

5.4.3 Mengawasi Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) dipakai semasa bertugas.

6.0 ARAHAN KERJA

6.1 Sebelum Memulakan Kerja

6.1.1 Periksa peralatan menggunakan Borang Senarai Semakan Peralatan Untuk Kerja Awam (ND-OSH-SSKA-SEMAK)

6.2 Sebelum Kerja – Kerja Pengorekan

6.2.1 Pastikan kawasan kerja bebas dari sebarang bahaya. Sekiranya kawasan kerja berada berdekatan atau di atas jalan, Sila rujuk kepada Prosedur Kerja-Kerja Di Atas Jalan Raya (ND-OSH-PR-WOR).

6.2.2 Pastikan pengendali backhoe mendapat lesen memandu yang sah bagi mengendalikan backhoe dalam melaksanakan kerja – kerja tersebut.

6.2.3 Pastikan pengendali lori kren mendapat lesen memandu yang sah dan sijil PMA dari DOSH untuk kren yang masih sah.

6.2.4 Pastikan pengendali mesin HDD tersebut mendapat latihan mengendalikan mesin HDD bagi melaksanakan kerja – kerja tersebut.

6.2.5 Pastikan lukisan plan bagi kerja pengorekan telah diluluskan oleh juruukur bertauliah.

Arahan Kerja Selamat : ND-OSH-AK-GALI

Kerja-Kerja Pengorekan dan Penggalian Peparit/Lurang

Versi: 1.2 Tarikh: 26/05/14

`

OSH/AK-GALI Terhad Muka 6 dari 11

6.2.6 Pastikan kebenaran kerja – kerja pengorekan mendapat kelulusan izinlalu (wayleave) dari pihak berkaitan. (PBT dan lain-lain)

6.2.7 Kenalpasti laluan utiliti seperti paip air/gas/kumbahan dan kabel letrik/telekomunikasi dengan merujuk pelan utiliti majlis tempatan atau menggunakan metal detector.

6.2.8 Tanda semua laluan utiliti sediaada yang telah dikenalpasti.

6.2.9 Kerja – kerja ”Pilot Hole” dilaksanakan bagi mengelakkan terkenanya laluan utiliti yang lain seperti paip air/gas/kumbahan dan kabel letrik/telekomunikasi.

6.2.10 Pastikan pekerja memakai topi keselamatan, kasut keselamatan dan vest pemantul cahaya.

6.3 Semasa Kerja - Kerja Pengorekan

6.3.1 Pastikan kawasan kerja diletak papan tanda amaran dan hadangan 6.3.2 Kerja – kerja pengorekan perlu diselia sepenuhnya. Orang yang tidak berkenaan tidak

dibenarkan berada dikawasan kerja. 6.3.3 Tanah yang dikorek dan bahan – bahan serta peralatan hendaklah diletakkan sekurang –

kurangnya 1 meter dari tebing peparit/lubang. 6.3.4 Lubang yang kedalaman melebihi 1.2 meter perlu mempunyai cara keluar masuk yang

selamat(menggunakan tangga).

6.3.5 Sekiranya kedalaman peparit/lurang yang digali berada di kedalaman 1.5 meter dan lebih, sistem shoring perlu digunakan semasa pekerja bekerja di kawasan kerja awam. Rujuk kepada Lampiran B , Rajah 1

6.3.6 Pastikan sebarang abnormaliti di tapak kerja (contoh : melibatkan talian elektrik) dimaklumkan

segera kepada pihak berkaitan. (contoh : TNB dan lain-lain)

6.3.7 Pastikan kerja tidak terlalu lama dengan postur badan tidak seimbang semasa memasang sesalur.

6.3.8 Pastikan prefabricated manhole diikat kemas untuk diangkat dengan menggunakan lori

kren/mobile crane ketika diturunkan atau dimasukkan kedalam lubang.

6.3.9 Pakai sarung tangan sesuai ketika kerja penyambungan sesalur.

6.3.10 Pastikan jarak kerja selamat 10 kaki diantara mana-mana bahagian kren dengan talian voltan tanpa penebat.

6.3.11 Kerja – kerja penimbusan perlu diselia sepenuhnya. Orang yang tidak berkenaan tidak

dibenarkan berada dikawasan kerja.

Arahan Kerja Selamat : ND-OSH-AK-GALI

Kerja-Kerja Pengorekan dan Penggalian Peparit/Lurang

Versi: 1.2 Tarikh: 26/05/14

`

OSH/AK-GALI Terhad Muka 7 dari 11

6.4 Selepas Kerja Siap

6.4.1 Pastikan lebihan sesalur yang dipotong dan bahan berkaitan perlu dibersihkan dari kawasan kerja.

6.4.2 Peralatan kerja perlu dikemas dan disimpan semula kedalam kenderaan.

6.4.3 Tapak kerja perlu dikemas dan dibersihkan selepas kerja selesai dilaksanakan.

6.5 Semasa kecemasan

6.5.1 Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, situasi tanah runtuh atau banjir kilat pekerja perlu segera keluar dari kawasan pembinaan dan kerja pengorekan dan penggalian perlu dihentikan

6.5.2 Sekiranya didapati terdapat binatang berbisa seperti ular/kala jengking, minta bantuan BOMBA untuk mengeluarkan binatang tersebut.

6.5.3 Sekiranya terdapat sebarang abnormaliti di tapak kerja seperti melibatkan talian elektrik, kerja perlu dihentikan serta merta dan laporkan kepada pihak berkaitan. (TNB dan lain-lain)

6.5.4 Pastikan nombor-nombor kecemasan seperti Balai BOMBA/Hospital/Polis yang terdekat sentiasa ada didalam kenderaan.

6.5.5 Sekiranya terdapat pekerja tertimbus jangan gunakan jentera untuk mengeluarkan mangsa.

6.5.6 Laporkan kepada SPV berkenaan sebarang kejadian kecemasan / kemalangan yang berlaku di tempat kerja.

7.0 RUJUKAN

No

Rujukan No Dokumen

7.1 Malaysian Telecommunication Instruction WE 0304 – Specification For Civil Work WE 0305 – Specification For Shoring Sytem

7.2 Senarai Semakan Peralatan Kerja- Kerja Awam ND-OSH-SSKA-SEMAK

7.3 Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MKKP

7.4 Prosedur Kerja-Kerja Diatas Jalan Raya ND-OSH-PR-WOR

8.0 KELENGKAPAN PELINDUNG DIRI

Gambar Deskripsi Gambar Deskripsi

TOPI KESELAMATAN (Safety Helmet) Standard: Min- SIRIM EN397:1995 & MS183:2001

KASUT KESELAMATAN (Safety Shoe) Standard : Min-SIRIM Piawaian : MS EN 345 Steel Toe Cap : EN 12568

Arahan Kerja Selamat : ND-OSH-AK-GALI

Kerja-Kerja Pengorekan dan Penggalian Peparit/Lurang

Versi: 1.2 Tarikh: 26/05/14

`

OSH/AK-GALI Terhad Muka 8 dari 11

Vest Pemantul Cahaya Piawaian : BS EN 471:2003 Class 2 Standard: Min-SIRIM

Wellington Boots Piawaian : MS EN 345:1998 Standard : Min-Sirim Kegunaan: Dipakai semasa bekerja diatas menara.

Arahan Kerja Selamat : ND-OSH-AK-GALI

Kerja-Kerja Pengorekan dan Penggalian Peparit/Lurang

Versi: 1.2 Tarikh: 26/05/14

`

OSH/AK-GALI Terhad Muka 9 dari 11

Lampiran B :

1. Sistem shoring

2. Pengorekan dan Penggalian

Arahan Kerja Selamat : ND-OSH-AK-GALI

Kerja-Kerja Pengorekan dan Penggalian Peparit/Lurang

Versi: 1.2 Tarikh: 26/05/14

`

OSH/AK-GALI Terhad Muka 10 dari 11

Arahan Kerja Selamat : ND-OSH-AK-GALI

Kerja-Kerja Pengorekan dan Penggalian Peparit/Lurang

Versi: 1.2 Tarikh: 26/05/14

`

OSH/AK-GALI Terhad Muka 11 dari 11