kerajaan malaysia kementerian pendidikan …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnict2019/... ·...

21
KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PENYENGGARAAN PERALATAN ASET ICT SEKOLAH-SEKOLAH DAN KOLEJ VOKASIONAL DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Upload: lengoc

Post on 09-Aug-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYENGGARAAN PERALATAN ASET ICT SEKOLAH-SEKOLAH DAN

KOLEJ VOKASIONAL DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

Page 2: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2019

Garis Panduan

Penyenggaraan Peralatan ICT

Di Sekolah, KPM

Page 3: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2019

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Garis Panduan ini adalah mengenai tatacara operasi

penyenggaraan peralatan ICT (Aset Alih Kerajaan) di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

1.2 Kerja penyenggaraan peralatan ICT (Aset Alih Kerajaan) ini bagi semua sekolah KPM dilaksanakan menggunakan kontrak bermasa oleh syarikat yang dilantik mengikut Zon seperti Jadual di Bawah

Zon Negeri Tempoh Kontrak Syarikat

1 Johor, Melaka & Negeri Sembilan

01 Jun 2019 - 31 Mei 2021

PC-SOFT SDN. BHD

2 Perlis, Kedah & Kelantan

01 Jun 2019 -

31 Mei 2021

PNQ GOLD SDN. BHD

3 Pahang & Terengganu

01 Jun 2019 -

31 Mei 2021

BAYUTRONIK SDN. BHD

4 Pulau Pinang & Perak

01 Jun 2019 - 31 Mei 2021

KEY TWO COMMUNICATIONS SDN. BHD

5 Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya

01 Jun 2019 -

31 Mei 2021

ADAMMO RESOURCES

6 Sabah, WP Labuan 01 Jun 2019 -

31 Mei 2021

MHS RESOURCES SDN. BHD

7 Sarawak 01 Jun 2019 -

31 Mei 2021

REAL TIME TECHNOLOGY

1.3 Garis Panduan ini hendaklah dirujuk bersama dengan Surat Setuju Terima (SST) dan Kontrak Perjanjian antara KPM dengan Syarikat Pembekal Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah mengikut zon masing-masing.

2.0 LATAR BELAKANG

Pada 23 Januari 2019, Mesyuarat Perpindahan Fungsi Teknikal Teknologi Maklumat BTP ke BPM yang dihadiri oleh pegawai BPM, serta wakil BPSM telah bersetuju bagi perolehan, penggantian dan kontrak penyenggaraan peralatan ICT sekolah yang baharu akan diuruskan oleh pihak BPM.

Program Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah merupakan satu kaedah penggantian dan baik pulih peralatan ICT sedia ada sekolah bagi menyokong keperluan PdP (pengajaran dan pembelajaran) untuk pelaksanakan

Page 4: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2019

kurikulum. PdP abad ke-21 Kumpulan Fokus 12, strategi 2 :Peningkatan Infrastuktur Digital | BPM berperanan untuk melaksanakan penggantian komputer makmal komputer sekolah bagi memastikan keberhasilan jangka masa pendek 2019 – 2020 serta mewujudkan bilik darjah pintar BDP sekurang-kurangnya satu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah bagi setiap daerah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membolehkan Sekolah melaporkan aduan kerosakan peralatan ICT ke dalam STS (Support Ticketing System) di alamat URL http://sts.moe.edu.my

3.2 Memastikan Makmal Komputer Sekolah Berfungsi | sekurang-kurangnya 10 unit PC sekolah boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP).

3.3 Mematuhi tatacara pengurusan aset ICT (Aset Alih Kerajaan) dan prosedur kewangan yang sedang berkuatkuasa.

3.4 Memastikan Kontrak perjanjian dipatuhi semasa pelaksanaan kerja penyenggaraan.

3.5 Semua agensi terlibat memainkan peranan masing-masing bagi memastikan peralatan ICT di sekolah disenggara dan boleh diguna pakai.

4.0 TAKRIFAN

4.1 Penyenggaraan Pembaikan Membaiki Kerosakan / Corrective Maintenance (CM) ialah tindakan membaiki atau mengganti komponen apabila berlaku kerosakan / kegagalan supaya peralatan ICT dapat berfungsi semula mengikut piawaian yang ditetapkan.

4.2 Gantian Baharu PP 1PP merupakan CM menggunakan kaedah Penggantian Aset Alih Melalui Perjanjian set peralatan ICT yang rosak dan tidak ekonomi dibaiki supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan dengan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia.

4.3 Peralatan ICT adalah peralatan elektronik yang memerlukan sambungan ke komputer untuk berfungsi dan tidak boleh berfungsi dengan sendiri tanpa bantuan atau sokongan komputer.

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN

5.1 Bahagian Pengurusan Maklumat mencadangkan pelaksanaan

penyenggaraan peralatan ICT melalui subwaran kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berdasarkan Sebutharga yang diperolehi daripada Syarikat Penyelenggaraan.

5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja penyenggaraan dilaksanakan.

Page 5: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2019

5.3 Kerja-kerja penyenggaraan perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pesanan tempatan (LO) dikeluarkan.

5.4 Penyenggaraan ke atas peralatan ICT dibekalkan selepas tahun 2011 dan ke atas dicadangkan menggunakan kaedah tukar alat ganti. Alat ganti dan komponen yang dibekal hendaklah mempunyai jaminan sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh Sijil Akuan Penerimaan (SAP) ditandatangani dan disahkan. Pertukaran alat ganti hendaklah direkodkan pada Bahagian B Borang Pendaftaran Harta Modal (KEW PA-3) atau Aset Bernilai Rendah (KEW PA-4).

5.5 Penyenggaraan ke atas peralatan ICT yang dibekalkan pada dan sebelum tahun 2010 dicadangkan menggunakan kaedah Penggantian Aset Alih Melalu Perjanjian (Gantian Baharu PP) selaras dengan perenggan 6, Perkara 2.5, Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset dan dengan syarat mendapat kebenaran Ketua Jabatan.

5.6 Pelaksanaan menggunakan kaedah gantian baharu PP (Penggantian Peralatan Melalui Perjanjian) perlu merujuk kepada Tatacara Penyenggaraan Peralatan ICT Menggunakan Kaedah Gantian Baharu (PP) yang disertakan di bahagian akhir garis panduan ini.

6.0 SKOP PELAKSANAAN 6.0 Skop pelaksanaan hanya kepada Penyenggaraan Pemulihan

(corrective maintenance_CM)

6.1 Penyenggaraan peralatan ICT dilaksanakan berdasarkan aduan yang diterima daripada pihak sekolah melalui STS (Support Ticketing System) di alamat URL http://sts.moe.edu.my

6.2 Kerja-kerja penyenggaraan ini melibatkan semua kategori sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah KPM termasuk: -

Kolej Teknik / Vokasional

Kolej Tingkatan 6 6.3 Peruntukan untuk penyenggaraan peralatan ICT di sekolah adalah

terhad berbanding dengan jumlah aduan kerosakan diterima. Keutamaan adalah kepada kerosakan peralatan ICT di tahap kritikal yang boleh melumpuhkan pelaksanaan PdP di sekolah.

6.4 Peralatan ICT yang layak disenggara ialah: -

Komputer Peribadi Komputer Riba Projektor Pencetak Peralatan rangkaian (LAN)

6.5 Peralatan ICT berikut juga termasuk dalam skop penyenggaraan:

Peralatan ICT yang digunakan untuk Pengurusan dan

Page 6: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2019

Pentadbiran sekolah (PdT).

Peralatan ICT yang digunakan di asrama sekolah

Peralatan ICT yang digunakan untuk Pra-sekolah

6.6 Syarat peralatan ICT layak disenggara adalah:

Peralatan ICT telah didaftarkan sebagai Aset Alih Kerajaan dan mempunyai nombor siri Daftar Harta Modal (DHM).

Peralatan ICT telah tamat tempoh jaminan (warranty). Peralatan ICT belum mendapat Sijil Pelupusan.

7.0 PROSES PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH KPM

7.1 Aduan kerosakan perlu dibuat oleh Juruteknik Komputer (JTK) / Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru Penyelaras ICT (GPICT) di sekolah melalui STS (Support Ticketing System) di alamat URL http://sts.moe.edu.my

7.2 GPB /GPICT /JTK di sekolah perlu bekerjasama dengan PPD/PKG dalam kelompok sekolah masing-masing untuk verifikasi aduan dengan mengenal pasti punca masalah, kaedah penyelesaian dan implikasi kos yang diperlukan.

7.3 JPN akan menyalurkan aduan STS kepada syarikat untuk menentusahkan punca kerosakan.

7.4 Pihak syarikat dikehendaki mengeluarkan sebutharga kos peralatan ICT yang perlu disenggara tidak melebihi harga dalam SST/kontrak.

7.5 Syarikat perlu melengkapkan dokumen berikut untuk permohonan Pesanan Tempatan (LO) kepada JPN:-

(a) Sebutharga Kontraktor (1 salinan asal ); (b) Daftar Harta Modal (KEW.PA-2/KEW.PA-3/ KEW.PA-4) - Lampiran

A (1 salinan yang telah disahkan) (c) Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-10) –

Lampiran B (1 salinan asal) (d) Rekod Penyelenggaraan Harta Modal/Rekod Penyelenggaraan

Aset Alih Bernilai Rendah (KEW.PA-14/KEW.PA-15) - Lampiran C (1 salinan yang telah disahkan)

(e) Borang Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT (PPP) - Lampiran D (1 salinan asal)

7.6 Pihak JPN hendaklah membuat semakan dan pengesahan dokumen sebelum LO dikeluarkan.

7.7 Hanya dokumen-dokumen yang lengkap sahaja akan diproses untuk pengeluaran LO

7.8 Kerja penyenggaraan akan bermula selepas LO dikeluarkan. 7.9 Borang Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT (PPP) -

Lampiran D perlu dilengkapkan sekiranya pihak syarikat perlu membawa keluar peralatan ICT dari lokasi.

7.10 Tempoh kerja-kerja penyenggaraan peralatan adalah 30 hari bermula dari tarikh LO dikeluarkan.

7.11 Syarikat yang membawa keluar peralatan dari premis kerajaan mesti menyelesaikan penyenggaraan dan memulangkan peralatan ICT yang

Page 7: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2019

telah disenggara dalam tempoh tujuh (7) hari. Sekiranya gagal, pihak syarikat akan dikenakan denda. (Rujuk Kontrak)

7.12 Maklumat peralatan ICT yang telah disenggara hendaklah direkodkan dan borang (KEW.PA-15/KEW.PA-15(A)) - Lampiran C peralatan tersebut perlu dikemaskini.

7.13 Apabila kerja penyenggaraan telah selesai dilaksanakan, syarikat perlu melengkapkan dokumen berikut kepada JPN untuk proses pembayaran :

(a) LO yang telah lengkap ditandatangani (b) Inbois (c) Sijil Akuan Penerimaan (SAP) - Lampiran E (1 salinan asal) (d) Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) - Lampiran F (1 salinan

asal) (e) Borang Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT (PPP) -

Lampiran D yang lengkap 7.14 Syarikat perlu mengemukakan dokumen lengkap dengan

tandatangan, cop rasmi, nama dan jawatan serta tarikh dari pihak sekolah sebagai pengesahan kerja penyenggaraan telah selesai dilaksanakan.

7.15 Pihak JPN pula perlu menyemak dan mengesahkan dokumen adalah lengkap sebelum pembayaran dibuat.

7.16 Pembayaran akan diproses dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh dokumen keperluan pembayaran yang lengkap diterima

.

8.0 PERANAN AGENSI TERLIBAT

8.1 SEKOLAH

8.1.1 Melaporkan semua kerosakan peralatan ICT ke dalam STS (Support Ticketing System) melalui http://sts.moe.edu.my

8.1.2 Aduan hendaklah dibuat oleh JTK, GPB atau GPICT di sekolah 8.1.3 Memastikan semua peralatan ICT di sekolah yang hendak

disenggara mempunyai Kad Daftar Harta Modal (KEW.PA-2/KEW.PA-3) - Lampiran A yang lengkap dan dikemaskini.

8.1.4 Memastikan borang Aduan Kerosakan Harta Modal Kerajaan / Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-10) - Lampiran B lengkap diisi.

8.1.5 Memastikan kerja-kerja penyenggaraan ke atas peralatan ICT dilaksanakan oleh syarikat yang dilantik oleh KPM

8.1.6 Memastikan pihak syarikat mematuhi tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan.

8.1.7 Memastikan kerja penyenggaraan dilaksanakan dengan sempurna sebelum menandatangani Sijil Akuan Penerimaan (SAP) - Lampiran E, Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) - Lampiran F dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

8.1.8 Memastikan borang Rekod Penyelenggaraan Harta Modal (KEW.PA-15) - Lampiran C bagi semua peralatan ICT yang telah disenggara lengkap dan dikemaskini.

Page 8: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2019

8.1.9 Mendaftarkan Aset Alih yang baru dan Melabel nombor Daftar Harta Modal pada semua peralatan gantian baharu (Pengantian Melalui Perjanjian)

8.1.10 Aset Alih yang lama hendaklah dilupuskan dengan kaedah serahan bagi semua peralatan gantian baharu (Pengantian Melalui Perjanjian). Rujuk PP Tatacara Pengurusan Aset, Am 2.7 – Pelupusan.

8.2 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) / PUSAT KEGIATAN GURU

(PKG)

8.2.1 Memastikan semua sekolah dalam kelompok melaporkan aduan kerosakan ICT melalui STS supaya kerosakan dapat dibaikpulih.

8.2.2 Membuat verifikasi dan kenal pasti tahap kritikal kerosakan semua aduan yang dibuat oleh sekolah dalam kelompok masing-masing.

8.2.3 Memberi khidmat nasihat penggunaan STS dan pelaksanaan penyenggaraan peralatan ICT di sekolah.

8.2.4 Membuat pemantauan bagi memastikan kerja penyenggaraan peralatan ICT mematuhi tatacara dan prosedur dalam kontrak.

8.2.5 Memastikan peralatan ICT yang rosak di sekolah-sekolah bawah PPD/PKG masing-masing selepas disenggara dan berfungsi.

8.3 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN)

8.3.1 Memantau aduan kerosakan peralatan ICT sekolah melalui STS 8.3.2 Menyediakan senarai aduan kerosakan peralatan ICT sekolah

kepada pihak syarikat untuk dibaikpulih. 8.3.3 Menjadi pegawai penghubung antara syarikat yang dilantik

dengan sekolah. 8.3.4 Memastikan dokumen permohonan LO mematuhi kaedah yang

telah ditetapkan dalam kontrak perjanjian. 8.3.5 Mengeluarkan LO berdasarkan dokumen permohonan oleh

syarikat yang lengkap. 8.3.6 Memantau dan memastikan penyenggaraan peralatan ICT

mengikut tempoh dan ketetapan. 8.3.7 Mengesahkan kerja-kerja penyenggaraan oleh syarikat mematuhi

spesifikasi dan skop kerja dalam kontrak perjanjian 8.3.8 Memastikan dokumen permohonan pembayaran lengkap serta

mematuhi kaedah yang telah ditetapkan. 8.3.9 Membuat proses pembayaran berdasarkan dokumen

permohonan pembayaran oleh syarikat yang lengkap. 8.3.11 Menyediakan laporan bulanan prestasi perbelanjaan dan

analisa peralatan ICT yang disenggara bagi setiap sekolah

Page 9: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2019

yang terlibat kepada BPM menggunakan borang Laporan Status Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah-sekolah KPM seperti di Lampiran G

8.3.12 Peruntukan perlu digunakan untuk manfaat sekolah. Peruntukan penyenggaraan yang tidak dapat dibelanjakan pada tempoh yang ditetapkan akan ditarik balik.

8.3.13 Memastikan perlaksanaan penyenggaraan memenuhi objektif KPM

8.4 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT (BPM)

8.4.1 Memastikan bajet peruntukan tahun semasa diperoleh. 8.4.2 Menyediakan agihan waran peruntukan kepada JPN

berdasarkan jumlah peruntukan yang diterima. 8.4.3 Menyediakan Garis Panduan Operasi Pelaksanaan

Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah-Sekolah KPM. 8.4.4 Mengurus mesyuarat penyelarasan antara semua negeri bagi

memastikan penyenggaraan peralatan ICT di sekolah dapat dilaksanakan dengan mematuhi tatacara seperti dalam kontrak perjanjian. dalam tempoh yang ditetapkan

8.4.5 Memantau prestasi kerja bulanan syarikat. 8.4.6 Memantau on site secara rawak kerja penyenggaraan di sekolah

bagi memastikan skop kerja dan spesifikasi alat ganti peralatan dalam kontrak dipatuhi.

8.4.7 Memberi khidmat nasihat kepada JPN/PPD/PKG dan sekolah (mengikut keperluan).

8.4.8 Menyediakan laporan status penyenggaraan peralatan ICT sekolah KPM kepada Pengurusan Tertinggi KPM (mengikut keperluan).

8.5 SYARIKAT

8.5.1 Melaksanakan kerja penyenggaraan peralatan ICT di sekolah dalam zon masing-masing selepas terima LO.

8.5.2 Melaksanakan kerja penyenggaraan dengan mematuhi tatacara dan prosedur dalam kontrak perjanjian yang ditandatangani.

8.5.3 Menyenaraikan nama kakitangan yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan beserta kad kuasa bergambar dan surat kebenaran.

8.5.4 Bersedia untuk dihubungi oleh JPN dalam zon masing-masing bagi menyelesaikan sebarang isu semasa pelaksanaan kerja penyenggaraan peralatan ICT di sekolah.

8.5.5 Wakil syarikat yang menjalankan kerja penyenggaraan peralatan ICT di sekolah mesti memaparkan kad pengenalan diri dan memakai uniform yang telah ditetapkan seperti dalam perjanjian kontrak.

Page 10: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2019

8.5.6 Wakil syarikat yang menjalankan kerja penyenggaraan juga mesti melapor diri dan mohon kebenaran daripada pentadbir sekolah. Gagal berbuat demikian, pihak sekolah berhak untuk tidak membenarkan syarikat menjalankan kerja penyenggaraan tanpa sebarang amaran.

8.5.7 Syarikat dikehendaki menyerahkan laporan bulanan kepada JPN mengenai status penyenggaraan peralatan ICT pada atau sebelum 5hb setiap bulan.

8.5.8 Syarikat dikehendaki melabel tanda ‘Hak Kerajaan Malaysia’ pada peralatan gantian baharu (Penggantian Melalui Perjanjian).

8.5.9 Pihak syarikat perlu memohon dan membawa keluar peralatan lama yang telah disenggara dengan gantian baharu 1PP (Penggantian Melalui Perjanjian).

9.0 PENUTUP

Keberkesanan perkhidmatan boleh dicapai dengan kerjasama oleh pelbagai

pihak yang terlibat. Masing-masing mempunyai peranan dan tugas yang

perlu dilaksanakan. Pengurusan aset ICT yang sistematik dan teratur

dapat membantu kecekapan proses penyenggaraan peralatan yang rosak.

Kaedah ini bagi memastikan penyenggaraan ICT di sekolah oleh syarikat

yang dilantik mencapai objektif yang ditetapkan. Perbelanjaan pula

digunakan secara berhemah dan mematuhi kontrak perjanjian yang sedang

berkuatkuasa.

Page 11: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

LAMPIRAN A KEW.PA-3

(No. Siri Pendaftaran: )

DAFTAR HARTA MODAL Kementerian/Jabatan : Bahagian/Cawangan :

BAHAGIAN A Kod Nasional

Kategori

Sub Kategori

Jenis/Jenama/Model

Buatan Harga Perolehan Asal

Jenis Dan No. Enjin Tarikh Diterima

No Casis/Siri Pembuat No. Pesanan Rasmi Kerajaan

No Pendaftaran (Bagi Kenderaan)

Tempoh Jaminan

Nama Pembekal Dan Alamat:

Spesifikasi : Komponen/ Aksesori:

………………………………….. *Tandatangan Ketua Jabatan

Nama : Jawatan : Tarikh : Cop :

PENEMPATAN

Lokasi

Tarikh

Nama Pegawai

Tandatangan

PEMERIKSAAN

Tarikh

Status Aset

Nama Pemeriksa

Tandatangan

PELUPUSAN/HAPUS KIRA

Rujukan Kelulusan Tarikh Kaedah Pelupusan Tandatangan

*Nota tandatangan Ketua Jabatan boleh ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Bahagian/ Seksyen/ Unit.

Page 12: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

KEW.PA-3

DAFTAR HARTA MODAL BUTIR-BUTIR ASAL/ PENAMBAHAN/ NAIK TARAF/ PENGGANTIAN

BAHAGIAN B

Bil. No.Siri

Pendaftaran Komponan

Jenis/ Jenama/

Model Kos (RM)

Tempoh Jaminan

Asal/ Tambah/

Naik Taraf/ Penggantian

Tarikh Catatan

Nama Pegawai

Dipasang Dikeluarkan Dilupus

Page 13: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

KEW.PA-4 (No. Siri Pendaftaran: )

DAFTAR ASET ALIH BERNILAI RENDAH

Kementerian/Jabatan : Bahagian :

BAHAGIAN A

Kod Nasional

Kategori

Sub Kategori

Jenis Harga Perolehan Asal

Kuantiti Tarikh Diterima

Unit Pengukuruan No. Pesanan Rasmi Kerajaan dan Tarikh

Tempoh Jaminan

Nama Pembekal Dan Alamat: ………………………………….. *Tandatangan Ketua Jabatan

Nama : Jawatan : Tarikh : Cop :

*PENEMPATAN

Kuantiti

No.Siri Pendaftaran

Lokasi

Tarikh

Nama Pegawai

Tandatangan

*PEMERIKSAAN

Tarikh

Kuantiti

Status Aset

Nama Pemeriksa

Tandatangan

*PELUPUSAN/ HAPUS KIRA/ PINDAHAN

Rujukan No.Siri Pendaftaran

Tarikh Kaedah Kuantiti Lokasi Tandatangan

`

*Nota : Ruangan tandatangan Ketua Jabatan boleh ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Bahagian/ Seksyen/ Unit.

Page 14: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

KEW.PA-4

ASET ALIH BERNILAI RENDAH BUTIR-BUTIR ASAL/ PENAMBAHAN/ NAIK TARAF/ PENGGANTIAN

BAHAGIAN B

Bil. No.Siri

Pendaftaran Komponan

Jenis/ Jenama/

Model Kos (RM)

Tempoh Jaminan

Asal/ Tambah/

Naik Taraf/ Penggantian

Tarikh Catatan

Nama Pegawai

Dipasang Dikeluarkan Dilupus

Page 15: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2019

LAMPIRAN B

KEW.PA-10

BORANG ADUAN KEROSAKAN ASET ALIH

Bahagian I (Untuk diisi oleh Pengadu)

1. Jenis Aset :

2. Nombor Siri Pendaftaran Aset/ :

Komponen

3. Pengguna Terakhir :

4. Tarikh Kerosakan :

5. Perihal Kerosakan :

6. Nama Dan Jawatan :

7. Tarikh :

Bahagian II (Untuk diisi oleh Pegawai Aset/ Pegawai Teknikal)

1.1 Jumlah Kos Penyelenggaraan Terdahulu:

1.2 Anggaran Kos Penyelenggaraan :

10. Syor Dan Ulasan :

11. Nama Dan Jawatan :

12. Tarikh :

Bahagian III (Keputusan Ketua Jabatan/ Bahagian/ Seksyen/ Unit)

Diluluskan/ Tidak Diluluskan*

Ulasan: ........................................................................................................................................

…………………………………………. Tandatangan

Nama: …………………………………

Jawatan:……………………………….

Tarikh:…………………………………. Nota: * Potong mana yang tidak berkenaan.

Page 16: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

LAMPIRAN C KEW.PA-15

REKOD PENYELENGGARAAN ASET ALIH

Sub Kategori : No. Siri Pendaftaran : Jenis : Lokasi :

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

Jenis

No. Pesanan Kerajaan/

Kos

Tarikh

Butir-butir Kerja

Nama Syarikat/

Nama dan

Penyelenggaraan

No. Kontrak

(RM)

Jabatan Yang Menyelenggara

Jawatan

dan Tarikh

Nota : a) Tarikh pembaikan/ penyelenggaraan yang telah dilakukan bagi Aset Alih berkenaan.

b) Jenis Penyelenggaraan Penyelenggaraan Pencegahan atau Penyelenggaraan Pembaikan

c) Butir-butir kerja

Keterangan mengenai kerja-kerja pembaikan termasuk alat ganti yang dibeli.

d) No. Pesanan Kerajaan/ No. Kontrak dan Tarikh

No. Rujukan Pesanan Kerajaan/ Nombor Kontrak berserta tarikh.

e) Nama Syarikat/Jabatan yang menyelenggara

Nama syarikat atau Jabatan yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.

f) Kos

Kos alat ganti atau kos pembaikan atau kedua-duanya sekali.

g) Nama dan Jawatan

Pegawai yang mengesahkan penyelenggaraan telah dilaksanakan.

Page 17: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2019

KEW.PA-15(A)

REKOD PENYELENGGARAAN ASET ALIH BERNILAI RENDAH

(diisi oleh Pegawai Aset atau Wakil)

Sub Kategori :

Jenis :

Bil. (a)

Tarikh

(b)

No. Siri

Pendaftaran

(c)

Lokasi

(d)

Butir-butir kerja

(e)

No.Kontrak/

Pesanan Kerajaan

dan Tarikh

(f)

Nama Syarikat/

Jabatan Yang

Menyelenggara

(g)

Kos (RM)

(h)

Nama dan

Tandatangan

Nota :

a) Tarikh pembaikan/penyelenggaraan yang telah dilakukan. b) Butir-butir kerja Keterangan mengenai kerja-kerja pembaikan termasuk alat ganti yang dibeli c) No. kontrak/No. Pesanan Kerajaan beserta tarikh No. Rujukan Pesanan Kerajaan/ No.Kontrak berserta tarikh. d) Nama Syarikat/Jabatan yang menyelenggara Nama syarikat atau Jabatan yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. e) Kos Kos alat ganti atau kos pembaikan atau kedua-duanya sekali. f) Nama dan Tandatangan Pegawai Aset/ Wakil hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir-butir penyelenggaraan tersebut.

Page 18: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

LAMPIRAN F

SIJIL PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN

Nama dan Alamat Jabatan:

_______________________________

_______________________________

_______________________________

No. Rujukan: _____________

Nama Syarikat dan Alamat:

___________________________

___________________________

___________________________

Tuan,

KONTRAK PENYENGGARAAN PERALATAN ICT DI SEKOLAH-SEKOLAH DAN KOLEJ

VOKASIONAL DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

ZON: …………………………………………………….

No. Kontrak: …………………………………

Merujuk kepada kontrak tersebut di atas, dengan ini dimaklumkan bahawa peralatan di

bawah yang mana telah dibekalkan ke ……………………………………………………… pada

………………………………… dan telah berjaya dipasang, diujilari dan ditauliah

pada……………………………………….

Butiran Nama Peralatan, Jenama dan Model Kuantiti Catatan

2. Dimaklumkan juga bahawa dengan pengesahan kerja-kerja pemasangan, pengujian

dan pentauliahan oleh pihak jabatan seperti di bawah, tidak menghadkan pihak tuan untuk

membuat apa-apa tuntutan kepada kami seperti mana yang ditetapkan di dalam syarat-

syarat kontrak sekiranya berlaku apa-apa kerosakan terhadap peralatan tersebut.

…………………………………………………… Tarikh: …………………………….

Tandatangan dan Cop Syarikat

Pengesahan Jabatan

Dengan ini adalah disahkan bahawa peralatan seperti yang dinyatakan seperti di para 1 di

atas telah dipasang, diujilari dan ditauliah pada …………………………………… Disahkan juga di sini

bahawa segala perubahan dan pembetulan kepada mana-mana maklumat yang tercatat

sebelum ini telah diambil kira dan dipersetujui oleh saya pada tarikh pengesahan ini.

………………………………………………… Tarikh : ……………………………

Tandatangan Pegawai

Nama dan Jawatan/Cop Rasmi

(Diisi dengan 3 salinan)

Page 19: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2019

LAMPIRAN E

SIJIL AKUAN PENERIMAAN

KONTRAK PENYENGGARAAN PERALATAN ICT DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

ZON ………………………………………………………..

No. Kontrak: ……………………………………

Nama dan Alamat

Sekolah:

No. Rujukan sekolah:

…………………………………………………………………

………………………………………………………………..

…………………………………………………………………

…………………………………………………………………

Nama dan Alamat

Syarikat:

…………………………………………………………………

………………………………………………………………..

…………………………………………………………………

PERINGATAN

Butiran Nama Peralatan Jenama dan Model Butir-Butir Penyenggaraan Kos (RM) Catatan

1. Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah

disediakan dalam 3 salinan untuk edaran berikut:

a. 1 salinan asal kepada Kontraktor

b. 1 salinan asal kepada Bahagian Teknologi

Pendidikan Negeri

c. 1 salinan asal kepada Sekolah

2. Hanya Pentadbir Sekolah sahaja yang dibenarkan

mengesahkan SAP.

Saya mengaku bahawa peralatan yang

tersebut di atas telah diterima dan

disemak betul pada………………………………….

……………………………………………………….

Tandatangan Pegawai Penyemak

Nama dan Jawatan/Cop Rasmi:

……………………………………………………….

Tarikh :………………………………………….

……………………………………………………….

Tandatangan Pentadbir Sekolah

Nama dan Cop:

……………………………………………………….

Tarikh :………………………………………….

Page 20: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

LAMPIRAN D

BORANG PPP

BORANG PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN PERALATAN ICT

MAKLUMAT SYARIKAT

Nama Syarikat

Nama Juruteknik/Wakil Syarikat

No.Telefon

No. Log Aduan Tarikh /Masa Hadir

MAKLUMAT SEKOLAH

Nama Sekolah dan Alamat

Kod Sekolah

Nama Pelapor No. Telefon

MAKLUMAT PEMERIKSAAN PERALATAN

Peralatan/Kategori No. Daftar/Siri

Jenama/Model Tahun / Fasa

Komponen Lokasi

Keterangan Kerosakan

Cadangan Tindakan (Nyatakan alat ganti yang perlu ditukar )

Cara Baikpulih ( Tandakan )

Di Lokasi (Sekolah) Catatan:

DiBawa Keluar *

Lain-lain (Nyatakan)

Maklumat Pinjaman (*Sekiranya peralatan dibawa keluar)

Jenama dan Model (unit pinjaman)

Catatan:

No. Siri (unit pinjaman)

Tarikh Bawa Keluar

Tarikh Pulang

PENGESAHAN PEMERIKSAAN

Pengesahan Sekolah Pengesahan Syarikat ____________________________ ____________________________ Tandatangan Pegawai Tandatangan dan Cop Syarikat Nama dan Jawatan/Cop Rasmi Tarikh: ______________________ Tarikh: ______________________

PEMULANGAN PERALATAN (*Sekiranya Peralatan Dibawa Keluar)

Pengesahan Sekolah Pengesahan Syarikat ____________________________ ____________________________ Tandatangan Pegawai Tandatangan dan Cop Syarikat Nama dan Jawatan/Cop Rasmi Tarikh: ______________________ Tarikh: ______________________

(Disi dengan 3 salinan)

Page 21: KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penygrnICT2019/... · 5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum kerja

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2019

LAMPIRAN G

LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM

BULAN __________________

Bulan RM0.00 #DIV/0!

RM0.00 #DIV/0!

Peratus #DIV/0!

RM0.00 #DIV/0!

RM0.00 #DIV/0!

RM0.00 #DIV/0!

Server PC NB Laser (M) Laser (C) Dot Mtrix PC NB Pencetak LCD (RM)

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 - -

*Mandatori - Wajib diisi

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Tandatangan: ___________________________ ___________________________

Nama Pelapor: Nama: BTPN /PTPB :

Jawatan: Cop Pejabat

Tarikh :

LAPORAN RINGKASAN STATUS PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM

Nama BTPN/ PTPB : Tarikh Baki Dibawa Hadapan

Jum. Tanggungan + Belanja Jumlah Dibayar Semasa

Daerah / Negeri Peruntukan Asal Tambahan - Belanja Dibawa Hadapan

No. Telefon Jumlah Peruntukan Jumlah Ditanggungan Semasa

Baki Tanggungan

Baki Peruntukan

Bil*Daerah

PKG

*Sekolah BILANGAN PERALATAN DISELENGGARA *Pastikan lengkapJumlah Kos

STATUS PERBELANJAAN *Wajib diisi

Jenis Komputer Pencetak

LCD

Jum. Dihantar balik ke BTP

JUMLAH

Tarikh

Baucer

No.

Baucer

Bayaran

Tandatangan:

Rangkaian Scanner1PP

Tarikh Keluar

LO No. LO Telah Dibayar Kod Nama