keputusan mesyuarat jawatankuasa …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/6043... ·...

4
LAMPIRAN A KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM NEGERI PERAK Nama Mesyuarat : MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM NEGERI PERAK BIL.4/2017 Tarikh : 14 DISEMBER 2017 (KHAMIS) Tempat : BILIK SERI BUDI, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK BIL PERKARA TINDAKAN 1 I. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah perlu membincangkan segala perancangan kurikulum dan membuat keputusan terutama dalam penentuan dasar. Pengetua dan Guru Besar 1.2 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah perlu melibatkan Pengetua dan Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan dan Kaunselor. Pengetua dan Guru Besar 1.3 Sekolah perlu membuat analisis setiap peperiksaan termasuk peperiksaan awam secara terperinci mengikut aliran SK, SJK(C) dan SJK(T). Pengetua dan Guru Besar 1.4 Sekolah perlu membuat Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dengan secara menyeluruh. (kurikulum dan kokurikulum) Pengetua dan Guru Besar

Upload: doanbao

Post on 17-Mar-2018

238 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/6043... · pelajaran Matematik. ... STATUS PENCAPAIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2017

LAMPIRAN A

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM NEGERI PERAK

Nama Mesyuarat : MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM NEGERI PERAK BIL.4/2017 Tarikh : 14 DISEMBER 2017 (KHAMIS) Tempat : BILIK SERI BUDI, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

BIL

PERKARA

TINDAKAN

1

I. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah perlu

membincangkan segala perancangan kurikulum dan membuat

keputusan terutama dalam penentuan dasar.

Pengetua dan Guru Besar

1.2 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah perlu melibatkan

Pengetua dan Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan dan

Kaunselor.

Pengetua dan Guru Besar

1.3 Sekolah perlu membuat analisis setiap peperiksaan termasuk

peperiksaan awam secara terperinci mengikut aliran SK, SJK(C)

dan SJK(T).

Pengetua dan Guru Besar

1.4 Sekolah perlu membuat Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah

(PPSR) dengan secara menyeluruh. (kurikulum dan kokurikulum)

Pengetua dan Guru Besar

Page 2: KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/6043... · pelajaran Matematik. ... STATUS PENCAPAIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2017

1.5 Penganjuran SUKMA 2018 di negeri Perak akan menyebabkan

Perancangan kerja terganggu terutama peperiksaan UPSR.

Sekolah perlu ada perancangan kerja yang tersusun agar tidak

menimbulkan isu.

Pengetua dan Guru Besar

2

ANALISIS PENCAPAIAN TAHUN 5/2017 DAN INISIATIF MENINGKATKAN PENCAPAIAN TAHAP PENGUASAAN MINIMUM MURID TAHUN 6 (2018) 2.1 Sekolah rendah perlu membuat kajian kes tentang mata pelajaran Matematik.

Guru Besar

3

LAPORAN INSTRUMEN KESEDIAAN MURID PRASEKOLAH (5+) KE TAHUN SATU 2017 (IKMTS) 3.1 Mesyuarat Kurikulum Peringkat Sekolah perlu membincang isu- isu berkaitan Prasekolah dan data IKMTS.

Guru Besar

3.2 Semua Guru Besar perlu memahami Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (KSPK Semakan 2017)

Guru Besar

3.3 Sekolah perlu memberi perhatian dan menjalankan intervensi kepada murid prasekolah yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan bertutur terutama dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.

Guru Besar

3.4 Sekolah perlu menyediakan Laporan tahap penguasaan murid berdasarkan Instrumen Prasekolah Kebangsaan (IPPK) dan Instrumen Kesediaan Murid ke Tahun 1 (IKMTS) dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah.

Guru Besar

Page 3: KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/6043... · pelajaran Matematik. ... STATUS PENCAPAIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2017

4

STATUS PENCAPAIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2017 4.1 Semua Pengetua dan Guru Besar (PGB) perlu menguasai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan memastikan standard kualiti sekolah berdasarkan SKPMg2 serta kemenjadian murid diberi perhatian.

Pengetua dan Guru Besar

5

INISIATIF JANGKA SEDERHANA BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN PENGUASAAN MINIMUM MURID 2018 - 2020 (TINGKATAN 1 - TINGKATAN 3) 5.1 Sekolah perlu membuat pelunjuran headcount untuk murid tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

Pengetua

6

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK21) DAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 6.1 Semua sekolah menengah perlu membuat penataran PAK21 kepada semua guru.

Pengetua

6.2 Pentadbir sekolah rendah perlu bersedia untuk menghadiri Bengkel PAK21 yang akan dilaksanakan oleh PPD pada awal tahun 2018.

Guru Besar

7

PELAPORAN PENCAPAIAN j-QAF 2017 7.1 Sekolah perlu memastikan murid mula diajar membaca Al Quran

mulai di Tahun Dua (2).

Guru Besar

7.2 Sekolah perlu memastikan peruntukan waktu dan nisbah guru bagi pelaksanaan PdP Pendidikan islam dan Program j-QAF seperti yang

Guru Besar

Page 4: KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/6043... · pelajaran Matematik. ... STATUS PENCAPAIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2017

telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2015 dan Buku garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF.

8.

HAL-HAL LAIN 8.1 Peperiksaan Awal Tahun (PAwT) digantikan dengan pelaksanaan Ujian 1.

Pengetua

8.2 Sekolah berkuasa penuh dalam menentukan bentuk Rancangan Mengajar Harian (RPH) dan ianya perlu dipantau.

Pengetua dan Guru Besar

8.3 Pentadbir perlu memahami dengan jelas Standard 4 semasa pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran. (PdP)

Pengetua dan Guru Besar

8.4 Kandungan poster SKPMg2 yang telah diedarkan oleh Sektor Jaminan Kualiti perlu difahami dan dipamerkan.

Pengetua dan Guru Besar

Disediakan oleh: Sektor Pengurusan Akademik Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri Perak Bilangan 4 Tahun 2017 Jabatan Pendidikan Negeri Perak