kepimpinan menurut perspektif islam

11
Kepimpinan Menurut Perspektif ISLAM Posted on Nov 08, 2009 - 01:56 AM by syababkenyir Oleh: Lajnah Tarbiah dan Akademik PERMAYA 09-10. PENGENALAN Secara tabie, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang sentiasa wujud di alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah SWT terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil- kecilnya iaitu kepimpinan individu. Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri. Firman Allah SWT Maksudnya : “ Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. (al- Baqarah : 30) DEFINISI Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Kedudukan kepimpinan adalah sangat penting dalam Islam. Para sahabat dan tabi’in telah berijmak bahawa amanah ini adalah tuntutan syarak selepas daripada kewafatan Rasulullah SAW. Para sahabat telah berbaiah kepada Abu Bakar untuk menjadi khalifah dengan tidak membiarkan masyarakat tanpa ada pemimpin meskipun pada ketika itu jenazah baginda belum lagi disemadikan. Oleh itu, kepimpinan dalam Islam bukan sahaja merupakan satu TASHRIF tetapi juga lebih daripada itu kerana ianya merupakan satu TAKLIF yang amat besar kepada insan yang

Upload: mubarak-ahmad

Post on 27-Jan-2016

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kepimpinan Menurut Perspektif ISLAM

TRANSCRIPT

Page 1: Kepimpinan Menurut Perspektif ISLAM

Kepimpinan Menurut Perspektif ISLAMPosted on Nov 08, 2009 - 01:56 AM by syababkenyir

Oleh: Lajnah Tarbiah dan Akademik PERMAYA 09-10.

PENGENALAN

Secara tabie, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang sentiasa wujud di alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah SWT terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu.

Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri. Firman Allah SWT Maksudnya : “ Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. (al- Baqarah : 30)

DEFINISI

Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.

Kedudukan kepimpinan adalah sangat penting dalam Islam. Para sahabat dan tabi’in telah berijmak bahawa amanah ini adalah tuntutan syarak selepas daripada kewafatan Rasulullah SAW. Para sahabat telah berbaiah kepada Abu Bakar untuk menjadi khalifah dengan tidak membiarkan masyarakat tanpa ada pemimpin meskipun pada ketika itu jenazah baginda belum lagi disemadikan.

Oleh itu, kepimpinan dalam Islam bukan sahaja merupakan satu TASHRIF tetapi juga lebih daripada itu kerana ianya merupakan satu TAKLIF yang amat besar kepada insan yang terpilih. Ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi prasyarat kepimpinan untuk dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tawakkal kepada Allah SWT.

Rasulullah pernah menegaskan : “ Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua”.(al-Hadith)

Inilah perintah baginda terhadap perlantikan ketua (pemimpin) walaupun dalam situasi yang kecil (bermusafir) dan maka apatah lagi dalam kumpulan yang besar atau organisasi yang khusus dan mempunyai tugas, sudah pasti keperluan terhadap pemimpin adalah terserlah.

Page 2: Kepimpinan Menurut Perspektif ISLAM

KEPENTINGAN DAN MATLAMAT

Dalam perjalanan hidup insan, matlamat yang jelas merupakan satu elemen yang sangat penting kerana ia akan mendasari tindakan-tindakan yang dilaksanakan.Islam telah menggariskan beberapa matlamat utama yang perlu dicapai dan ia memerlukan satu bentuk kepimpinan bagi memastikan perlaksanaan yang syarie dan jelas.

1. MEMAKMURKAN BUMI DENGAN PERLAKSANAAN SYARIAT

Pengiktirafan manusia sebagai khalifah disertakan “peruntukan peruntukan kuasa” yang tertentu menjadikan tugas pemimpin untuk melaksanakan syariat merupakan satu tuntutan yang pasti. Pemimpin wajib melaksanakan syariat Allah SWT sepenuhnya, kerana dengan cara ini sahaja kemakmuran akan dapat dikecapi. Pemimpin mestilah yakin untuk mengaplikasi saranan-saranan Islam kerana ianya dijamin oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah Islam.(al-Imran : 19)

2. MENYAMBUNG TUGAS RASUL

Ketetapan bahawa Rasulullah SAW merupakan utusan terakhir menegaskan tiada lagi pemimpin umat bertaraf rasul yag akan dibangkitkan hinggalah kebangkitan semula Nabi Isa a.s, sedangkan tugas menegakkan syariat Allah SWT merupakan kewajipan sepanjang zaman .Oleh itu, perlulah wujud pemimpin di kalangan manusia itu sendiri untuk mengambil peranan baginda. Pemimpin yang dimaksudkan adalah pemimpin yang benar-benar berkelayakan dan bertaraf ulamak. Diiktiraf dan dia sendiri menerima wala’ daripada orang di bawah pimpinannya.

3. BUKTI KEPATUHAN KEPADA ALLAH

Setelah berjaya merealisasikan kedua-dua matlamat utama di atas secara tidak lansung terbuktilah kepatuhan insan muslim kepada Allah SWT, yang dipelopori oleh pemimpin-pemimpin yang berteraskan tauhid yang kukuh dan amalan yang benar. Masyarakat akan dibimbing supaya sentiasa taat kepada Allah dalam amalan seharian mereka dan mereka senantiasa diingatkan oleh pemimpin mereka agar sentiasa berlumba-lumba mencari keredhaan Allah SWT.

4. KEMASLAHATAN UMMAH

Kepimpinan yang wujud bertanggungjawab untuk memastikan hak-hak semua pihak terpelihara. Apabila keadaan ini dapat direalisasikan maka nasib ummat akan terbela dan maslahah akan terjaga. Ini adalah berdasarkan konsep keadilan di dalam Islam yang menuju ke arah keamanan sejagat dan kesejahteraan bersama.

CIRI-CIRI UTAMA PEMIMPIN MUSLIM SEJATI

Page 3: Kepimpinan Menurut Perspektif ISLAM

1. BERIMAN DAN ADIL

Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan pastinya dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Pemimpin yang beriman akan menghalakan orang-orang di bawah tanggungjawab ke arah matlamat yang benar. Keadilan pula, akan menjamin setiap hak individu terpelihara dan suasana yang murni akan dapat dibentuk untuk memastikan kesejahteraan bersama.

2. MENGENALI DAKWAH

Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah seorang daie yang bertanggungjawab untuk menyeru ummat ke arah penghayatan Islam yang sebenar dan menyeluruh. Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan imejnya sebagai daie dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan dan matlamatnya untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan hidup akan lebih mudah tercapai. Oleh itu,aktiviti perorganisasian dan gerakan dakwah perlu diselaraskan dan sebatikan dalam kepimpinannya.

3. MENGENALI JIWA

Di antara kewajipan pemimpin ialah mengetahui sudut kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-potensi dan keupayaan tidak akan dapat menjadi pemimpin yang berjaya. Malah barangkali akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemudharatan dan malapetaka terhadap dakwah dan kepimpinannya. Oleh itu seorang pemimpin mestilah :

a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya.b) Mencari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan memajukannya lagi.c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum dan banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam lapangan politik, sosial, ekonomi dan lain-lain.d) Memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan Islam serta mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan faktor kejayaan atau kegagalan mereka.

4. PERHATIAN KEPADA ORANG BAWAHAN

Perhatian yang diberikan kepada pengikutnya adalah dengan mengenali mereka sekadar yang perlu, mengambil tahu hal ehwal mereka, ikut serta bersama-sama merasai riang dan duka dan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian bagi masalah mereka. Semua ini dapat membantu pemimpin itu untuk mengawal serta membina thiqah orang bawahan terhadap dirinya seterusnya dapat mengambil faedah daripada suasana tersebut.

Pemimpin yang bersifat dingin terhadap orang bawahannya menyebabkan hubungan antara kedua-dua belah pihak tidak begitu intim. Anak buah yang berasa dipinggirkan

Page 4: Kepimpinan Menurut Perspektif ISLAM

mungkin akan mengambil sikap tak kisah sahaja kepada pemimpin mereka. Akibatnya sesuatu perencanaan yang telah disusun tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Walau bagaimanapun, seorang pemimpin janganlah keterlaluan dalam sikapnya untk mengambil perhatian orang bawahannya kerana ini juga membuatkan mereka berasa dikongkong dan tidak bebas.

Page 5: Kepimpinan Menurut Perspektif ISLAM

GAYA KEPIMPINAN1.0 Pengenalan1.1 Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”.Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi ertisebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju kesesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaanmemimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagaipemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994).1.2 Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaanmengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilihkriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi.Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut kriteriayang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di sampingdapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat(Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin 1960).1.3 Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepadasemua golongan masyarakat. Kepimpinan memberi gambaranindividu yang berkuasa dan dinamik, yang memerintah tenteraatau mengarah empayar korporat. Sejarah manusia penuh denganpemimpin tentera, politik, agama dan sosial. Perjuangan pemimpinyang berani dan bijaksana menjadi intipati legenda dan mitos.2.0 Konsep Kepimpinan2.1 Menurut Stodgill (1974), kepimpinan adalah satu konsepyang sukar dan kompleks. Dia melihat kepimpinan sebagai satufenomena manusia yang universal dan sukar difahami.2Dinyatakan disini lima definisi yang dianggap sesuai dengansesebuah organisasi.2.2 Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individudengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengankeseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yangterlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegangperanan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain.Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialahpengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikutmematuhi” (Gordon 1955).2.3 Seorang ahli pengurusan pula, mendefinasikan kepimpinansebagai “satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulandalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahliahliuntuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamatbersama” (Gribben 1972).2.4 Pemikir lain berpendapat bahawa “kepimpinan secaraamnya bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhimanusia supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arahmencapai matlamat bersama” (Koontz 1984).2.5 “Kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan ataukekuatan untuk meyakinkan orang lain supaya bekerja keras ke

Page 6: Kepimpinan Menurut Perspektif ISLAM

arah suatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untukmembantu mereka mencapainya” (Fulmer 1988).2.6 Dalam tulisannya “Leadership Dynamic”, Hollander (1978)mendefinasikan kepimpinan sebagai “ satu proses pengaruhmempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Meskipunpemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih

3bergantung kepada pujukan dari paksaan. Proses kepimpinanselalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arahdan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama”.Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan di atas maka dapatlahdirumuskan seperti berikut:i. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secararapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dantidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi.ii. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiapketua perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap.iii. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi:a. menetapkan matlamatb. menyusunc. mengarah dan menyelarasd. mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.iv. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orangbawahan dan merupakan satu proses yang berterusan.v. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinanyang sesuai untuk sesuatu keadaan. Oleh itu kepimpinan ialahfungsi yang bersifat khusus.4vi. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agardapat mendorong orang bawahan bekerja ke arah pencapaianmatlamat organisasi.vii. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepadapengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yangcemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehinggaobjektif organisasi tercapai. Tekanan dan hukuman hanya dapatmeningkatkan produktiviti dalam jangkamasa yang pendek, tetapidalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksinegatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikapmenentang. Mengadakan perbincangan dan membuka peluangkepada subordinate untuk mengemukakan idea-idea baru kepadasesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baikbagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan kerja. Pengikutatau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat danberdedikasi.3.0 Gaya KepimpinanGaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpinmenggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk

Page 7: Kepimpinan Menurut Perspektif ISLAM

mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapaiobjektif organisasi.Pada dasarnya stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada empatjenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu:3.1 Kepimpinan Autokratik5Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkanpelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakansumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail iniakan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas,mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi.Contoh kepimipnan seperti ini boleh dilihat di dalamindustri.3.2 Kepimpinan BerperikemanusiaanKepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minatyang lebih terhadap kakitangannya. Dia mementingkansuasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinanpersahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan.Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkanpermuafakatan.3.3 Kepimpinan DemokrasiStail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagaipemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannyamelibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepadasetiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat ataupandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.3.4 Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan)Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire,tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkankepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerjamahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak6digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semuakeputusan dibuat oleh orang bawahannya.Gaya kepimpinan yang agung sekali ialah seperti yang dibawa oleh NabiMuhammad S.A.W. yang diakui oleh seluruh umat sama ada Islam ataubukan Islam.Seorang ahli sejarah dan astronomi bernama Michael Hart telah menulisbahawa orang yang sangat berpengaruh di antara jutaan orang yanglahir iaitu Muhammad pemimpin Islam; sebab dialah satu-satunyaorang dalam sejarah yang berjaya gilang-gemilang dalam dua bidangsekali gus, iaitu kehidupan agama dan melaksanakan pengurusan umatdi dunia (Newsweek 1978). Sila rujuk LAMPIRAN A.4.0 Kepimpinan BerkesanPengikut menyumbang kuasa yang besar kepada pemimpin mereka dankepimpinan dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan sesebuahorganisasi.4.1 Drucker (1985) berpendapat kejayaan sesebuah organisasi

Page 8: Kepimpinan Menurut Perspektif ISLAM

adalah tanggungjawab eksekutif. Bagi organisasi seperti universiti,kejayaannya adalah tanggungjawab Kumpulan Pengurusan.Mereka bertanggungjawab terhadap prestasi sendiri, pekerja, hasilserta kualiti perkhidmatan.4.2 Edmond (1978) berpendapat “principals can make adifference”, yang membawa maksud bahawa sesebuah organisasiboleh dimajukan dan kemajuannya berpunca daripadakepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasamaantara pengurusan dan pekerja di dalam pelbagai aktiviti7organisasi merupakan prasyarat penting kepada kepimpinanberkesan.Penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar pengurusan menyatakanciri-ciri yang lazim ada pada kepimpinan yang berkesan ialah :i. Semangat – mereka mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan,tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya.ii. Kejujuran dan integriti- mereka mempunyai sikap terbuka,boleh dipercayai, jujur dan boleh diharapkan.iii. Dorongan kepimpinan- mereka mempunyai hasrat yang tinggimahu mempengaruhi individu lain supaya menyokong usahamencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan olehpemimpin.iv. Keyakinan diri- mereka sangat percaya pada keupayaan dirisendiri.v. Kepintaran- mereka berupaya menggabungkan danmentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak. Kajianmendapati otak yang sangat pintar belum tentu bolehmembuatkan seseorang itu menjadi pemimpin yang berjaya malahadakalanya menimbulkan kesan negatif pula.vi. Pengetahuan dalam bidang- mereka mempunyai ilmu dankepakaran yang cukup dalam bidang yang dipimpin.vii. Kreativiti- mereka berupaya mencipta idea-idea baru yangberguna.

8viii. Fleksibiliti- mereka berupaya menyesuaikan diri kepadakeperluan individu yang mereka pimpin dengan keperluan situasidan masa.5.0 Kesimpulan5.1 Daripada perbincangan di atas perlu saya tegaskan bahawakepimpinan adalah proses dimana seseorang individu itumempengaruhi anggota-anggota lain didalam kumpulannyakearah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu.5.2 Dalam erti kata yang lain, kepimpinan ialah proses yangsangat berkaitan dengan pengaruh dimana seseorang itu berjayamempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikapdan tingkah laku mereka.Tegasnya, pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga

Page 9: Kepimpinan Menurut Perspektif ISLAM

penting di sebalik kejayaan organisasi dan organisasi tidak bolehmencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.