kepentingan aktiviti luar darjah

6
JIKA ada pelajar sekolah rendah dan menengah yang menganggap kegiatan kokurikulum tidak penting, mereka harus memperbetulkan semula tanggapan itu kerana mulai tahun depan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula menilai dan memberi markah kepada mereka yang terbabit dalam kegiatan itu. Ini bermakna sekiranya pelajar berkenaan ingin mempunyai peluang cerah untuk menjejakkan kaki ke mana-mana institusi pengajian tinggi, mereka bukan saja perlu cemerlang dalam akademik tetapi perlu memastikan kegiatan kokurikulum turut seimbang. Langkah berkenaan selaras usaha kerajaan untuk melahirkan pelajar yang bukan saja berjaya dalam akademik tetapi aktif dalam kokurikulum bagi mengimbangi keperluan permintaan majikan dalam industri pekerjaan pada masa depan. Ternyata usaha KPM memberi penekanan terhadap usaha itu mencetuskan semangat baru kepada pelajar untuk aktif semula dalam kegiatan kokurikulum. Jika sebelumnya, mungkin ada yang beranggapan, kokurikulum tidak penting, stigma itu seakan-akan terhapus apabila mendengar pengumuman dikeluarkan KPM. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata markah yang diberikan bagi kegiatan kokurikulum itu akan diambil kira bagi kemasukan untuk program diploma dan ijazah sarjana muda universiti awam bagi Sesi Akademik Julai 2007/2008 dengan pemberatan 10 peratus, termasuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Nilai 10 peratus untuk kegiatan kokurikulum itu akan diperluas untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran dan sekolah berasrama penuh. Berikutan itu, pembabitan pelajar sama ada dalam kegiatan sukan, pakaian seragam atau kelab akan diberi merit mengikut peringkat diwakili (sekolah, daerah, negeri), jawatan (presiden, setiausaha, bendahari) dan tempoh kegiatan atau kehadiran.

Upload: kawie2020

Post on 03-Jul-2015

470 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Aktiviti Luar Darjah

JIKA ada pelajar sekolah rendah dan menengah yang menganggap kegiatan kokurikulum tidak penting, mereka harus memperbetulkan semula tanggapan itu kerana mulai tahun depan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula menilai dan memberi markah kepada mereka yang terbabit dalam kegiatan itu.

Ini bermakna sekiranya pelajar berkenaan ingin mempunyai peluang cerah untuk menjejakkan kaki ke mana-mana institusi pengajian tinggi, mereka bukan saja perlu cemerlang dalam akademik tetapi perlu memastikan kegiatan kokurikulum turut seimbang.

Langkah berkenaan selaras usaha kerajaan untuk melahirkan pelajar yang bukan saja berjaya dalam akademik tetapi aktif dalam kokurikulum bagi mengimbangi keperluan permintaan majikan dalam industri pekerjaan pada masa depan.

Ternyata usaha KPM memberi penekanan terhadap usaha itu mencetuskan semangat baru kepada pelajar untuk aktif semula dalam kegiatan kokurikulum. Jika sebelumnya, mungkin ada yang beranggapan, kokurikulum tidak penting, stigma itu seakan-akan terhapus apabila mendengar pengumuman dikeluarkan KPM.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata markah yang diberikan bagi kegiatan kokurikulum itu akan diambil kira bagi kemasukan untuk program diploma dan ijazah sarjana muda universiti awam bagi Sesi Akademik Julai 2007/2008 dengan pemberatan 10 peratus, termasuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Nilai 10 peratus untuk kegiatan kokurikulum itu akan diperluas untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran dan sekolah berasrama penuh.

Berikutan itu, pembabitan pelajar sama ada dalam kegiatan sukan, pakaian seragam atau kelab akan diberi merit mengikut peringkat diwakili (sekolah, daerah, negeri), jawatan (presiden, setiausaha, bendahari) dan tempoh kegiatan atau kehadiran.

Langkah yang diambil KPM mendapat reaksi positif daripada golongan pendidik kerana yakin ia mampu memberi pelbagai manfaat kepada pelajar.

Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor Roslan Yusop, berkata hasrat itu mencerminkan usaha KPM memberi kesedaran kepada pelajar kokurikulum juga penting bagi membantu mereka merencana masa depan dan bersaing dalam dunia globalisasi.

Menurutnya, ada pelbagai kebaikan sekiranya pelajar aktif dalam kokurikulum, terutama dalam membentuk pengukuhan jati diri serta semangat kepimpinan.

揂 pa yang diperoleh itu tidak boleh dipelajari dalam bilik darjah kerana dalam kelas, kebanyakan subjek

Page 2: Kepentingan Aktiviti Luar Darjah

semata-mata bersifat akademik. Tetapi apabila menyertai kegiatan kokurikulum, keadaannya berbeza sebab selain baik untuk membina sahsiah diri, ia membantu pelajar belajar bersaing dalam apa saja cabaran.

揇 alam usaha melahir dan membentuk pelajar cemerlang, bukan saja perlu mementingkan akademik, kokurikulum juga harus dibawa bersama. Kita mahu membina generasi cerdas dan cergas untuk mencapai matlamat itu, penekanan terhadap dua aspek iaitu kokurikulum dan akademik perlu dititikberatkan,� katanya.

Pengenalan usaha itu juga dilihat banyak pihak sebagai satu langkah untuk mengisi masa lapang pelajar dengan lebih berfaedah terutama dalam membendung peningkatan pelajar terbabit dengan pelbagai gejala sosial.

Jika selama ini, pelajar yang kurang aktif kokurikulum tidak tahu bagaimana mahu menguruskan masa dengan berfaedah, penekanan terhadap langkah itu diharap dapat memberi arah tuju kepada pelajar untuk mengisi masa terluang.

Menurut Roslan, dengan memberi penekanan kepada kokurikulum, pelajar akan mempunyai fokus terhadap sesuatu bidang yang diminati.

揝 alah satu faktor gejala sosial hari ini berlaku kerana kebanyakan pelajar mempunyai banyak masa lapang. Jika tidak betul pengisiannya, itulah yang menimbulkan masalah terutama terjebak dengan pelbagai masalah sosial.

揓 usteru, apabila ditekankan mengenai kepentingan kokurikulum, sudah tentu masa mereka akan terisi, sekurang-kurangnya boleh mengurangkan masa berpeleseran atau merenggangkan perhubungan dengan rakan yang tidak baik.

揕 angkah KPM memang tepat pada masanya selain dapat membantu pelbagai pihak mendidik pelajar menjadi insan berguna. Dunia sedang menuju permodenan, manakala remaja juga mula terdedah dengan pelbagai anasir negatif. Untuk itu, persediaan awal memang perlu dilakukan,� katanya.

Pengetua SMK Victoria Kuala Lumpur, Muhamad Khailani Abdul Jalil, berkata dasar yang diperkenalkan kerajaan adalah dasar proaktif yang wajar dilaksanakan bagi memberi ruang keseimbangan kepada sistem pendidikan sedia ada.

Menurutnya, jika selama ini pelajar hanya memberi tumpuan pada akademik dan mempunyai pilihan sama ada ingin aktif atau tidak dalam kokurikulum, apa yang bakal dilaksanakan membuatkan mereka tiada pilihan.

揂 da pelajar hanya memberi tumpuan pada akademik semata-mata sebab sebelum ini ada pilihan, jika hendak aktif (dalam kokurikulum) atau tidak, terpulanglah. Namun apabila sudah diberi penekanan

Page 3: Kepentingan Aktiviti Luar Darjah

seperti itu, mahu tidak mahu mereka perlu aktif jika berhasrat memasuki institusi pengajian tinggi awam atau institusi pengajian lain.

揚 ada pendapat saya, langkah yang diambil KPM sangat positif, generasi muda masa kini perlu dipastikan mempunyai keselarian bukan saja dalam akademik tetapi juga aktiviti kokurikulum dan ketrampilan sahsiah. Ini bukan untuk membebankan tetapi demi kebaikan mereka pada masa depan.

揓 usteru, VI sangat menekankan semua aspek itu kerana percaya ia penting bagi menyokong keperluan antara satu sama lain dalam usaha menyediakan produk cemerlang pada masa depan,� katanya yang bangga dengan pencapaian VI apabila terpilih sebagai pemenang anugerah Pasukan Badan Beruniform Cemerlang Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan, baru-baru ini.

PENDAHULUAN

Kegiatan ko-kurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab dan persatuan serta sukan merupakan aktiviti luar bilik darjah.  Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.  Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pada masa ini sekolah menawarkan sebanyak 7 jenis pasukan pakaian seragam, 3 jenis separa seragam, 23 jenis kelab / persatuan dan 13 jenis sukan / permainan.  Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut.

Kegiatan ko-kurikulum sekolah ini dinilai secara standard kerana aspek ini diambil kira dalam proses pengambailan setiap pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.      

RASIONAL

Penilaian kegiatan ko-kurikulum boleh merangsangkan pelajar-pelajar untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.  Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara.  Bagi pelajar yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.      

Page 4: Kepentingan Aktiviti Luar Darjah

OBJEKTIF

Antara lain objektif kegiatan ko-kurikulum adalah: 1.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti ko-kurikulum yang boleh diterima pakai oleh semua sekolah 1.2 Membantu Bahagian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi. 1.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum.    

PENILAIAN AKTIVITI KO-KURIKULUM

Aspek-aspek yang dinilai adalah: 4.1 Dalam setiap jenis aktiviti ko-kurikulum yang dianggotai oleh seseorang pelajar ada empat aspek yang dinilai iaitu: a) kehadiran b) Pencapaian c) Penglibatamn d) Jawatan disandang 4.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:      

ASPEK PENILAIAN %  MARKAH

Kehadiran 50  % Pencapaian 20  % Penglibatan 20  % Jawataan disandang 10  % JUMLAH 100 %