kenyataan yang dipertua majlis · pdf filempsp telah menyediakan 25,000 buku kupon letak...

5
1 KENYATAAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI MESYUARAT MAJLIS PENUH 30 NOVEMBER 2012 1. CABUTAN BERTUAH DAN CENDERAHATI TAHUN 2013 Sukacita saya memaklumkan bahawa bil cukai taksiran telah dipos kepada semua pemilik premis di Seberang Perai mulai 15 November 2012 dan pembayaran perlu dibuat sebelum 28 Februari 2013. Bil tersebut juga boleh disemak di Kaunter Bayaran MPSP atau di laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my . Selain itu, pembayar cukai taksiran yang membayar keseluruhan cukai tahunan 2013 beserta tunggakan pada 1 Disember 2012 hingga 31 Disember 2012 akan diberi kupon letak kereta percuma sebagai cenderahati serta layak menyertai cabutan bertuah. Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter MPSP, laman web dan agen-agen yang sah dilantik oleh MPSP. MPSP telah menyediakan 25,000 buku kupon letak kereta dan ia boleh didapati di Kaunter Bayaran MPSP di Bandar Perda, Jawi dan Butterworth sementara stok masih ada. Manakala hadiah cabutan bertuah pula terdiri daripada Ipad3, notebook, smartphone, barangan elektrik, kamera dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut mengenai hadiah-hadiah yang disediakan boleh didapati di www.mpsp.gov.my .

Upload: ngokhanh

Post on 06-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN YANG DIPERTUA MAJLIS · PDF fileMPSP telah menyediakan 25,000 buku kupon letak kereta dan ia ... Restoran, Kedai Makan & Kopi, Pejabat-Pejabat Kerajaan dan Stesyen Minyak

1

KENYATAAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

MESYUARAT MAJLIS PENUH 30 NOVEMBER 2012

1. CABUTAN BERTUAH DAN CENDERAHATI TAHUN 2013

Sukacita saya memaklumkan bahawa bil cukai taksiran telah

dipos kepada semua pemilik premis di Seberang Perai mulai

15 November 2012 dan pembayaran perlu dibuat sebelum 28

Februari 2013. Bil tersebut juga boleh disemak di Kaunter

Bayaran MPSP atau di laman web MPSP iaitu

www.mpsp.gov.my.

Selain itu, pembayar cukai taksiran yang membayar keseluruhan

cukai tahunan 2013 beserta tunggakan pada 1 Disember 2012

hingga 31 Disember 2012 akan diberi kupon letak kereta percuma

sebagai cenderahati serta layak menyertai cabutan bertuah.

Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter MPSP, laman web

dan agen-agen yang sah dilantik oleh MPSP.

MPSP telah menyediakan 25,000 buku kupon letak kereta dan ia

boleh didapati di Kaunter Bayaran MPSP di Bandar Perda, Jawi

dan Butterworth sementara stok masih ada. Manakala hadiah

cabutan bertuah pula terdiri daripada Ipad3, notebook,

smartphone, barangan elektrik, kamera dan lain-lain. Untuk

maklumat lanjut mengenai hadiah-hadiah yang disediakan boleh

didapati di www.mpsp.gov.my.

Page 2: KENYATAAN YANG DIPERTUA MAJLIS · PDF fileMPSP telah menyediakan 25,000 buku kupon letak kereta dan ia ... Restoran, Kedai Makan & Kopi, Pejabat-Pejabat Kerajaan dan Stesyen Minyak

2

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 04-5497470 /

471/ 697/ 696/ 695/ 468 atau email ke [email protected].

2. PROGRAM SENAMROBIK BERSAMA MPSP

Dimaklumkan Program Senamrobik Bersama MPSP akan

diadakan di Taman Tunku, Seberang Jaya pada 02 Disember

2012 dan di Taman Tugu Kota Demokrasi Bagan pada 16

Disember 2012. Tuan-tuan dan puan-puan adalah dijemput untuk

turut serta bagi memeriahkan program ini.

3. PROGAM MPSP GREEN RIDE

Dimaklumkan bahawa program berbasikal MPSP Green Ride bagi

daerah Seberang Perai Selatan yang dirancangkan pada 9

Disember 2012 (Ahad), jam 7:00 pagi telah DITUNDA ke 16

Disember 2012 (Ahad). Acara pelepasan peserta (flag off) akan

disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ahli

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan

Lalulintas.

Tuan-tuan dan puan-puan yang berada di sini, dijemput hadir ke

program tersebut.

Page 3: KENYATAAN YANG DIPERTUA MAJLIS · PDF fileMPSP telah menyediakan 25,000 buku kupon letak kereta dan ia ... Restoran, Kedai Makan & Kopi, Pejabat-Pejabat Kerajaan dan Stesyen Minyak

3

4. PROGRAM A MILLION APOLOGISE TO MOTHER EARTH 2012 Program A Million Apologise to Mother Earth 2012 akan diadakan

pada 8 Disember 2012 di Kolam Teratai, Taman Sri Rambai.

Program ini akan dirasmikan oleh Y.B Tuan Phee Boon Poh.

Semua adalah dijemput untuk menghadiri program untuk

memeriahkan lagi sambutan program.

5. KEMPEN TANDAS BERSIH NEGERI PULAU PINANG 2012

Tahap kebersihan tandas khususnya tandas awam masih lagi

menjadi perhatian dan sungutan umum. Kerajaan Negeri Pulau

Pinang telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen

tandas bersih dan pertandingan tandas bersih. Skop yang

ditekankan meliputi tandas di Sekolah, Kompleks Makanan,

Restoran, Kedai Makan & Kopi, Pejabat-Pejabat Kerajaan dan

Stesyen Minyak.

Untuk makluman semua, Majlis Perbandaran Seberang Perai telah

berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Kempen

Tandas Bersih Peringkat Negeri Pulau Pinang 2012 bagi Kategori

Jabatan Kerajaan.

Sementara tandas awam bagi kategori kompleks makanan / pasar

awam PBT di peringkat MPSP, 3 tandas di pasar awam telah

dinilai penel dan telah diberi anugerah. Pasar-pasar tersebut ialah:

Page 4: KENYATAAN YANG DIPERTUA MAJLIS · PDF fileMPSP telah menyediakan 25,000 buku kupon letak kereta dan ia ... Restoran, Kedai Makan & Kopi, Pejabat-Pejabat Kerajaan dan Stesyen Minyak

4

PERTAMA : PASAR AWAM TASEK GELUGOR

KEDUA : PASAR AWAM BUKIT PANCHOR

KETIGA : PASAR AWAM BAGAN AJAM

Hadiah telah disampaikan oleh Y.A.B Tuan Lim Guan Eng ketika

Majlis Penutupan Kempen Tandas Bersih Peringkat Pulau Pinang

2012 yang diadakan pada 23 November 2012 yang lalu bertempat

di Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya. Johan

berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.00 , sijil

beserta trofi. Saya berharap tandas di premis-premis dan

kompleks penjaja yang lain akan meningkatkan kebersihan tandas

masin-masing dengan kerjasama MPSP dan pengguna-pengguna

tandas.

MPSP akan meneruskan Kempen Tandas Bersih ini untuk tahun

2013. Seperti yang dimaklumkan oleh Y.A.B Ketua Menteri di

dalam ucapan untuk menjadikan kempen ini sebagai acara

tahunan.

6. ANUGERAH PENGHARGAAN PELAKSANAAN INISIATIF

HIJAU

Sempena sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia 2012

peringkat Persekutuan, MPSP telah mengambil bahagian dalam

Anugerah Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau.

Penyertaan terbuka kepada semua PBT seluruh Malaysia. MPSP

telah berjaya mendapat Anugerah Penghargaan Pelaksanaan

Inisiatif Hijau dalam kategori Laluan Pejalan Kaki sempena

sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia 2012 peringkat

Persekutuan pada 7 November 2012. MPSP mendapat hadiah

Page 5: KENYATAAN YANG DIPERTUA MAJLIS · PDF fileMPSP telah menyediakan 25,000 buku kupon letak kereta dan ia ... Restoran, Kedai Makan & Kopi, Pejabat-Pejabat Kerajaan dan Stesyen Minyak

5

wang tunai berjumlah RM5,000.00 dan Sijil Penghargaan.

Tahniah.

7. ANUGERAH PENGHARGAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN PRIHATIN OKU

MPSP telah menerima jemputan daripada Jabatan Kerajaan

Tempatan untuk mengambil bahagian dalam Anugerah

Penghargaan Pihak Berkuasa Tempatan Prihatin Orang Kurang

Upaya (OKU) sempena sambutan Hari OKU Kebangsaan 2012.

Penyertaan terbuka kepada semua PBT seluruh Malaysia.

MPSP telah mengambil bahagian dengan menghantar penyertaan

kepada urusetia anugerah berkenaan dan telah dipilih sebagai

salah satu daripada tiga penerima Penghargaan Pihak Berkuasa

Tempatan Prihatin OKU. Majlis penyampaian anugerah akan

diadakan pada 3 Disember 2012 di Kuala Lumpur.

Sekian, terima kasih