kenyataan media yb menteri kerajaan tempatan dan … · 2021. 4. 10. · negeri sabah. sop pkpp...

16
KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II NEGERI SABAH A LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVID-19 1 Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 71 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,557 kes. Dua (2) kes kematian dilaporkan hari ini iaitu di daerah Kota Kinabalu dan Keningau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat. 2 Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital/ sembuh ialah 129 menjadikan jumlah kumulatif 52,290 orang. Manakala, pesakit sedang menerima rawatan merangkumi 594 orang iaitu 220 orang di hospital, 372 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 25 orang dan 11 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Upload: others

Post on 09-Jun-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,

KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN

DAN MENTERI KEWANGAN II

NEGERI SABAH

A LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVID-19

1 Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu

COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 71 kes, menjadikan jumlah kumulatif

sebanyak 53,557 kes. Dua (2) kes kematian dilaporkan hari ini iaitu di daerah Kota

Kinabalu dan Keningau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

2 Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital/ sembuh ialah 129 menjadikan jumlah

kumulatif 52,290 orang. Manakala, pesakit sedang menerima rawatan merangkumi

594 orang iaitu 220 orang di hospital, 372 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan

Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang di Pusat Tahanan Sementara

(PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 25 orang dan 11 orang pula

memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Page 2: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,

3 Kes-kes jangkitan COVID-19 pada hari ini mengikut daerah adalah seperti berikut:

Daerah Beluran bertukar dari zon jingga ke zon kuning,

Kinabatangan berubah dari zon merah ke zon jingga manakala Putatan berubah dari zon kuning ke zon jingga.

4 Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.

5 Daripada 71 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 34 kes (47.9%) adalah

berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala tiga (3) kes (4.2%), saringan

kluster sedia ada 26 kes (36.6%) dan lapan (8) kes (11.3%) adalah dari lain- lain

kategori.

Page 3: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,

6 Jumlah kapasiti katil 5,001 unit

Hospital 744 unit

Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam 3,767 unit

Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara 490 unit.

Peratus penggunaan katil 11.88%.

B ARAHAN KEHADIRAN BERTUGAS PENJAWAT AWAM KERAJAAN NEGERI SABAH

MULAI 09 MAC 2021.

1 Selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri Sabah untuk melaksanakan Perintah

Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 05 Mac 2021, semua Ketua

Organisasi hendaklah memastikan keberadaan penjawat awam ke pejabat mencapai

tahap 90 peratus pada waktu bekerja manakala 10 peratus dibenarkan bekerja dari

rumah dengan kelulusan Ketua Organisasi.

2 Kerajaan Negeri sekali lagi mengingatkan semua penjawat awam supaya mematuhi

sepenuhnya peraturan-peraturan semasa dan SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) atau Pihak Yang Berkuasa.

C PELANJUTAN PKPD DI KAMPUNG TANAH MERAH, KOTA MARUDU

1 Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

(PKPD) di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu dan dijadualkan tamat pada

08 Mac 2021.

2 Sehingga kini KKM telah melaksanakan 319 ujian saringan dan daripada jumlah itu

sebanyak 26 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

3 KKM mengesahkan masih terdapat 181 baki sampel saringan yang sedang menunggu

keputusan dan kes-kes positif masih dilaporkan di lokaliti ini.

4 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa

Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di

Kampung Tanah Merah, Kota Marudu bermula 09 Mac 2021 hingga 22 Mac 2021.

Page 4: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,

D SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) BAGI SELURUH

NEGERI SABAH.

SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A.

E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH

Setakat ini, seramai 2,520 orang telah menerima suntikan vaksin harian

Dos 1 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12,049 orang.

F BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)

Sejumlah 283,785 bakul makanan diagihkan pada hari ini kepada golongan yang

terkesan di bawah Program Bantuan Prihatin COVID-19 2.0.

G LAPORAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR), PENGUATKUASAAN PERAIRAN

SABAH, SANITASI DAN HEBAHAN UMUM INFO ON WHEELS

1 Sejumlah 25 SJR dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 9,973

buah kenderaan. Daripada jumlah tersebut, sembilan (9) buah kenderaan diarah

berpatah balik. Pada hari ini, PDRM melaksanakan 67 hebahan melalui kereta

peronda dengan tiada tangkapan dibuat.

2 Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dan

pemakaian pelitup muka semasa berada di premis-premis perniagaan untuk mengelak

daripada dikompaun. Sebanyak tiga (3) kompaun dikeluarkan pada hari ini:

Kota Kinabalu : 2 orang – seorang tiada penjarakan fizikal dan seorang lagi tidak

mengimbas QR Code / tidak mencatit nama memasuki premis

Papar : 1 orang tidak mengimbas QR Code / tidak mencatit nama memasuki

premis

Page 5: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,

3 Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis

Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 69

pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 41 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu

dan Labuan. Hasil pemeriksaan, tiga (3) tangkapan telah dibuat masing-masing di

bawah Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63.

4 Rondaan Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan

SOP Peringkat Komuniti oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah dilaksanakan di 482 lokasi melibatkan

seramai 191 anggota APM dan 68 anggota RELA.

5 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah melaksanakan

sanitasi awam di tiga (3) premis, melibatkan tiga (3) buah daerah iaitu daerah

Sandakan, Kota Kinabalu, dan Semporna.

6 Sejumlah 79 hebahan awam dibawah program Info On Wheels Jabatan Penerangan

Malaysia Sabah dilaksanakan di 12 daerah pada hari ini. Hebahan dibuat dalam

Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris dan pelbagai bahasa etnik

Sabah.

7 Hebahan umum turut dilaksanakan oleh Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan

Negeri Sabah sebanyak 134 hebahan di seluruh Sabah.

Page 6: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,

H KADAR PEMATUHAN PENDUDUK TERHADAP SOP PERINTAH KAWALAN

PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

1 Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP PKPP pada hari ini ialah 95.2%.

Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:

BIL DAERAH PERATUS

1 Sipitang 96%

2 Kinabatangan 96%

3 Semporna 96%

4 Beluran 96%

5 Kunak 96%

6 Tenom 96%

7 Beaufort 96%

8 Ranau 96%

9 Kota Belud 95%

10 Kota Marudu 95%

11 Kudat 95%

12 Tuaran 95%

13 Kota Kinabalu 95%

14 Penampang 95%

15 Papar 95%

16 Lahad Datu 94%

17 Sandakan 94%

18 Tawau 94%

19 Keningau 93%

2 Ayuh, daftarkan diri anda untuk vaksin COVID-19 melalui MySejahtera.

Sekian.

#LindungDiriLindungSemua

YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN

DAN

MENTERI KEWANGAN II

08 Mac 2021

Page 7: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,

LAMPIRAN A

Page 8: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,
Page 9: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,
Page 10: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,
Page 11: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,
Page 12: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,
Page 13: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,
Page 14: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,
Page 15: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,
Page 16: KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … · 2021. 4. 10. · NEGERI SABAH. SOP PKPP Negeri Sabah seperti dalam LAMPIRAN A. E STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH Setakat ini,