kenyataan media muzium petaling jaya telah...

1
KENYATAAN MEDIA MUZIUM PETALING JAYA TELAH BEROPERASI Muzium Petaling Jaya kini dibuka semula kepada orang ramai. Datuk Bandar MBPJ, Dato’ Hj Mohamad Roslan Sakiman berkata muzium yang berkonsepkan dalam taman ini mempunyai enam galeri pameran utama. Antaranya Galeri A Sejarah Kelahiran Petaling Jaya, Galeri B Pentadbiran Awal Petaling Jaya (Dahulu hingga Kini), Galeri C Pameran Khas (Pameran Berkala), Galeri D Hall of Fame, Galeri E Kaum di Petaling Jaya, dan Galeri F Perkembangan dan Pembangunan Petaling Jaya. Kos baikpulih muzium yang menelan belanja sebanyak RM 200,000 itu bakal menjanjikan pengalaman menarik untuk semua pengunjung. Mereka akan dapat lebih banyak informasi serta dapat melihat artifak berkaitan Petaling Jaya yang bermula sejak 50 tahun yang lalu. Muzium yang berada dibawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan turut menubuhkan Kelab Warisan yang sehingga kini mempunyai 280 ahli yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. MBPJ akan menjalankan pelbagai program yang mana ianya turut akan melibatkan muzium-muzium lain di seluruh negara. Buat permulaan pihak Majlis mengalukan-alukan mana-mana pihak yang berminat mahu menggunakan kawasan sekitar muzium sebagai tempat menganjurkan aktiviti dan pelbagai program lain yang berkaitan dengan sejarah, penyelidikan dan juga persekitaran. Pihak Majlis juga turut bercadang menyediakan sistem wifi dan basikal eletrik untuk kemudahan orang ramai bersiar di sekitar taman dan hanya dikenakan bayaran RM 5 untuk setengah jam. Sebarang maklumat layari laman web www.mbpj.gov.my. Di sediakan Oleh: UNIT PERHUBUNGAN AWAN DAN KORPORAT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Upload: trantruc

Post on 09-Feb-2018

216 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN MEDIA MUZIUM PETALING JAYA TELAH …eps.mbpj.gov.my/kenyataanakhbar/KAMuziumOpening.pdf · muzium-muzium lain di seluruh negara. Buat permulaan pihak Majlis mengalukan-alukan

KENYATAAN MEDIA

MUZIUM PETALING JAYA TELAH BEROPERASI

Muzium Petaling Jaya kini dibuka semula kepada orang ramai. Datuk Bandar MBPJ,

Dato’ Hj Mohamad Roslan Sakiman berkata muzium yang berkonsepkan dalam taman

ini mempunyai enam galeri pameran utama. Antaranya Galeri A Sejarah Kelahiran

Petaling Jaya, Galeri B Pentadbiran Awal Petaling Jaya (Dahulu hingga Kini), Galeri C

Pameran Khas (Pameran Berkala), Galeri D Hall of Fame, Galeri E Kaum di Petaling

Jaya, dan Galeri F Perkembangan dan Pembangunan Petaling Jaya.

Kos baikpulih muzium yang menelan belanja sebanyak RM 200,000 itu bakal

menjanjikan pengalaman menarik untuk semua pengunjung.

Mereka akan dapat lebih banyak informasi serta dapat melihat artifak berkaitan

Petaling Jaya yang bermula sejak 50 tahun yang lalu. Muzium yang berada dibawah

seliaan Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan turut menubuhkan Kelab Warisan

yang sehingga kini mempunyai 280 ahli yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

MBPJ akan menjalankan pelbagai program yang mana ianya turut akan melibatkan

muzium-muzium lain di seluruh negara.

Buat permulaan pihak Majlis mengalukan-alukan mana-mana pihak yang berminat

mahu menggunakan kawasan sekitar muzium sebagai tempat menganjurkan aktiviti

dan pelbagai program lain yang berkaitan dengan sejarah, penyelidikan dan juga

persekitaran.

Pihak Majlis juga turut bercadang menyediakan sistem wifi dan basikal eletrik untuk

kemudahan orang ramai bersiar di sekitar taman dan hanya dikenakan bayaran RM 5

untuk setengah jam. Sebarang maklumat layari laman web www.mbpj.gov.my.

Di sediakan Oleh: UNIT PERHUBUNGAN AWAN DAN KORPORAT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.