kenyah

17
Kenyah Tarian Tradisional : “Ngajat”. Tarian ini terbahagi kepada “ngajat leto” iaitu tarian wanita dan “ngajat laki” iaitu tarian lelaki. Ngajat ini sebenarnya salah satu pergerakan untuk mempertahankan diri bagi tarian lelaki dan menunjukkan kelembutan serta keikhlasan bagi tarian wanita. Tarian Kenyalang : Menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran.

Upload: shaliny-linnie

Post on 21-Dec-2015

304 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

tradition

TRANSCRIPT

Page 1: Kenyah

Kenyah

Tarian Tradisional : “Ngajat”. Tarian ini terbahagi kepada “ngajat leto” iaitu tarian wanita dan “ngajat laki” iaitu tarian lelaki. Ngajat ini sebenarnya salah satu pergerakan untuk mempertahankan diri bagi tarian lelaki dan menunjukkan kelembutan serta keikhlasan bagi tarian wanita.

Tarian Kenyalang : Menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran.

Page 2: Kenyah

Pakaian Tradsisional

Kaum lelaki; Pakaian tradisional bagi lelaki bagi kaum Kenyah adalah seperti “abet”

iaitu cawat dan “tapung puk” atau juga “terega” iaitu topi yang dihiaskan dengan bulu

binatang atau bulu burung kenyalang serta “besunung” yang diperbuat daripada kulit

rusa ataupun beruang. Lelaki juga menggunakan gelang iaitu “gelam bete” untuk

gelang dipakaikan pada betis dan “gelam lengen” untuk gelang dipakaikan pada lengan.

Page 3: Kenyah

Kaum wanita; Pakaian tradisional bagi kaum wanita adalah seperti “ta’a” iaitu baju dan

skirt panjang disulam dengan ukiran menggunakan manik. Kaum wanita juga

menggunakan “lavung” sebagai hiasan kepala. Anting-anting yang digunakan oleh

kebanyakan kaum wanita dahulu dinamakan sebagai “belaong” yang khas untuk wanita

yang bertelinga panjang.

Perayaan - Kebiasaannya perayaan kaum Kenyah adalah lebih kepada “tau nugan” (hari menanam padi dan “tau majau” (hari menuai). Perayaan ini disambut besar-besaran dengan seluruh kampung merayakannya bagi memuja “ bali pa’dei” (roh padi) agar memberikan hasil yang baik kepada setiap keluarga. Pelbagai aktiviti dan upacara dibuat sempena perayaan ini seperti persembahan “”, lawak jenaka, minum “burak” serta “payuh” iaitu menguji kekuatan mempertahankan diri. Pada pagi keesokan selepas perayaan ini, seluruh ahli keluarga hingga ke anak cucu akan pergi ke sawah untuk menanam padi bagi mendapatkan rahmat serta rezeki yang baik agar tetap berkekalan.

Makanan Tradisional: Bung kampong, anye’, selukung, adut

Page 4: Kenyah

Perayaan : Krismas , Kebana (aktiviti yang biasa diadakan seperti pertandingan ngajat dan bersukan)

Perkahwinan : Perkahwinan - Kebiasaannya adat resam perkahwinan kaum Kenyah pada zaman dahulu adalah dimulai oleh pihak lelaki iaitu pergi "peteng" (meminang pihak wanita). Lelaki yang berkenan tersebut akan pergi bersama ibubapanya akan pergi ke rumah wanita untuk mendapatkan persetujuan daripada ibubapa wanita tersebut. Selalunya dasar perkahwinan adalah lebih mementingkan pangkat dan kemampuan antara kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh, pihak lelaki tersebut hendaklah dari keluarga “paren” (yang memiliki kedudukan yang tinggi dalam rumah panjang atau kawasan) atau tidak memperoleh sekurang-kurangnya satu kepala musuh maka pinangan selalunya akan ditolak. Sekiranya lelaki tersebut memperoleh satu kepala musuh, ini menunjukkan dia adalah seorang yang berani dan dapat melindungi bakal keluarga daripada apa-apa cabaran. Sekiranya perkara tersebut tidak dimiliki oleh pihak lelaki, lamaran atau pinangan akan ditolak kerana pihak ibubapa wanita akan merasa malu bermenantukan lelaki tersebut dan boleh berlaku penceraian setelah berkahwin. Pada zaman sekarang, adat resam adalah tidak berdasarkan kepada harta atau kedudukan tetapi berdasarkan kepada pekerjaan yang boleh menyara kehidupan kedua-dua pengantin. Berkenaan dengan hantaran pula, antaranya seperti “keluma” (kain sarung untuk perempuan dari wakil pengantin perempuan), “baing puk” (parang hulunya berhiaskan bulu), “tawek” (gong di mana kedua-dua pengantin akan duduk di atasnya), dan barang-barang lain yang ditetapkan oleh wakil pihak perempuan. Pondok kecil akan dibina seperti pelamin dinamakan “uma’ jakok” atau rumah rokok tradisional orang Kenyah. Pakaian pengantin pula ialah pakaian tradisional iaitu “ta’a” dan “avet”. Segala upacara perkahwinan pula berlangsung di rumah pengantin. Menurut adat resam dahulu, wakil pengantin perempuan akan menjaga pintu utama semasa pengantin lelaki serta wakilnya sampai dan akan membenarkan mereka masuk sekiranya semua permintaan hantaran adalah mencukupi untuk “penjaga pintu utama” itu. Ini adalah untuk menguji sama ada pengantin lelaki benar-benar mahu mengahwini pengantin perempuan. Upacara ini disambut dengan meriah dan seluruh kampung akan dijemput untuk bermain alat musik serta “ne’nak’ (seperti syair atau pantun) oleh kedua-dua pihak yang menunjukkan mereka rasa gembira atas perkahwinan tersebut.

Kepercayaan : Christian

Bahasa : kenyah contoh : siapa nama ( ek ngadan eko ? ) saya rindu awak ( ake bimpin eko)

Pantang larang 4.1 Berhuma/bersawah padi - Berhuma atau bersawah padi adalah kewajiban

bagi kaum Kenyah dari zaman dahulu dan masih diamalkan hingga ke hari ini. Berhuma atau

bersawah padi mempunyai pantang larang yang amat kuat dalam masyarakat kaum Kenyah.

Contohnya, jika tuan sawah pergi ke sawah dan dalam perjalanan ada terdengar atau

terserempak dengan burung pipit yang terbang melintasi jalan dengan bunyi yang kuat; maka

Page 5: Kenyah

itu adalah petanda yang sangat tidak baik. Oleh itu, tuan sawah terpaksa balik semula ke rumah

dan tidak boleh pergi ke sawah pada hari berkenaan. Sekiranya tuan sawah pergi juga ke

sawah, maka kecelakaan atau kemalangan akan menimpanya seperti pokok jatuh ke atasnya

ataupun diserang binatang liar dan buas tanpa disedarinya. Selain itu juga, sekiranya tuan

sawah meminta kerjasama orang kampungnya untuk menanam padi atau menuai; maka

pekerjanya tidak lebih awal berada di sawah daripada tuannya. Seandainya perkara ini berlaku,

maka hukuman akan dikenakan ke atasnya menurut kepada peraturan ketua kampung atau

penghulu.

4.2 Hutan - Pantang larang ke hutan selalunya diamalkan oleh pemburu atau pemungut hasil

hutan. Selalunya, sebelum pergi memburu; pemburu tidak boleh bercakap besar atau cakap

sombong kerana padahnya ialah tidak MENDAPAT  seekor pun binatang buruan. Selain itu,

pemburu juga tidak boleh pergi memburu dengan berlapar dan harus makan dahulu dengan

betul dan tidak tergopoh-gapah. Ini adalah mengelakkan pemburu berlapar ketika tersesat. Ada

juga yang membawa bekalan untuk pergi memburu pada jangka masa yang lama atau jauh

bagi mengelakkan lapar. Seterusnya ialah ketika dalam hutan iaitu tidak boleh menjerit atau

memanggil menggunakan nama sebenar. Ini mengelakkan “bali” iaitu roh hutan mengetahui

nama sebenar dan akan mengikuti balik ke rumah. Semasa di hutan juga, tidak boleh buang air

kecil atau besar sesuka hati tanpa mendapat kebenaran daripada “bali kayu” iaitu roh pokok

dan juga tidak boleh mengatakan sesuatu yang tidak baik.

India

Page 6: Kenyah

Pakaian : kaum wanita : sari, baju punjabi

Kaum lelaki : dhoti , kurta

Page 7: Kenyah

Tarian : bharatanatyam

Makanan tradisional : idli, tosai, idiyappam, vadai,

Page 8: Kenyah

Perayaan : deepavali,

Adat perkawinan : merisik, kunjungan ke rumah perempuan, ikat janji, parisam

Merisik :

Penekanan kepada aspek-aspek tertentu iaitu AGAMA, KASTA, SUB ETNIKPenekanan kepada faktor tertentu :STATUS EKONOMIETNIK & Kumpul maklumat daripada :- kawan2, saudara mara, orang tengahSTATUS SOSIAL

Kunjungan balas daripada pihak perempuan. Pengantin perempuan akan MELAYANI semua tetamu termasuk BAKAL SUAMInya. Kedatangan dengan membawa BUAH TANGAN tertentu (tujuan - niat baik) PEN PAARTTAL – melihat bakal isteri

Perbincangan hal-hal perkahwinan Bakal pengantin lelaki – LAFAZ IKAT JANJI (menukar sirih pinang – TAAMBUULAN MARRUTAL) Perbincangan (bapa-bapa) Niccayam – setelah capai persetujuan 1

PARISAM BIASA & Dikalungkan bunga oleh saudara mara Bapa serah dulang –sari- kpd anak perempuan (bakal pengantin - beri restu) Hantaran (pihak lelaki – jumlah ganjil) UDAN PARISAM (Majlis Pertunangan)

Bertunang dan sembahyang menyuap kanl kande Sami memberikan ku'gumem

Semasa Mengandung -Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan

Page 9: Kenyah

- dipakaikan sebentuk gelang tangan baru, Suulkaappu - Suul – kandungan ibu - Diberi hadiah dikenali sebagai ciir - Kaappu – perlindungan diatur di dalam dulang - Upacara memandikan mutugu niir (kulittal) - lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan

 Menyapu kunyit pada tangan dan pipi Ibu mengelilingkan beras di atas kepala sebanyak tiga kali Suami menyuapkan manisan ke dalam mulut isteri

Selepas Bersalin - Waktu kelahiran dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu - menentukan mental, fizikal dan rohani bayi - Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sejenis - disapu maduTuhan akan minyak sapi telinga mantera bercampur dibisikkan di pada lidahnya bayi sebelum tali pusat dipotong - Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu akan disapu ke mulut bayi - Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga,

Bahasa : Bahasa Tamil

Kepercayaan : Hindu

Page 10: Kenyah

Melanau

Pakaian

Lelaki

Page 11: Kenyah

Wanita : Baju baban, baju baldu

Makanan : selisish, ulat mulong, tabaloi, pipuih dan sagok

Page 12: Kenyah

Perayaan : Kaul ( menjamu Ipok yang mengawal laut)

Page 13: Kenyah

Bahasa : Melanau

Pagi= song,, suab

Makan= keman

Minum= Tuteng

Air= Nya’am

>> Sewaktu Mengandung

Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat Melanau,

namun begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan

yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-

buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam seperti petai kerana badan akan menjadi busuk.

Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi

masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil

kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami juga

dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau

memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh

mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat

sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat

penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa

sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri

akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

>> Selepas Lahir

Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang melawat. Mereka

lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga dilarang daripada memuji bayi

yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya.

Selepas bersalin, ibu tersebut dikehendaki mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan

sembarangan. Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama

tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar, jika

tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.

Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas balik dari

hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di badannya sehingga boleh

menjejaskan kesihatan anak tersebut.

Page 14: Kenyah

Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak. Ini

bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di kalangan

masyarakat Melanau.

>> PERKAHWINAN

Pengenalan.

Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat

kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi

perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan

status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan

dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti

adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas

adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis

perkahwinan.

>> Merisik

Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama

dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali

sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui

lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada

gadis itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada

gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.

>> Meminang

Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan, maka

diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan

yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas,

sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan

barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka

rasmilah pertunangan itu. Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah

dipersetujui bersama. Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak

perempuan yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki

tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan.

>> Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis ‘peramas’ iaitu per-

kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk rnajlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal.

Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu ‘penyekab’ dan ‘berian’

Page 15: Kenyah

dan hadiah lain seperti ‘adat menuga’, ‘adat mebin’ dan ‘pakan’ sehari sebelum majlis itu diadakan.

Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi

keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah

kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara,

jiran dan sahabat handai.

Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari.

Persandingan pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan ini diikuti dengan persandingan

kedua di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan perempuan yang lengkap dengan

pakaian tradisional bersanding di atas pelamin untuk disaksikan oleh para jemputan. Pada hari yang

ditetapkan, bakal pengantin perempuan bersama-sama rombongan keluarganya pergi ke rumah

pengantin lelaki. Ketibaan mereka disambut oleh keluarga pengantin lelaki. Wakil keluarga

pengantin lelaki akan menghadiahkan ‘adat pahe’ kepada pengantin perernpuan. Penyerahan

hadiah ini sangat penting kerana selagi pengantin pe-rempuan belum menerima hadiah tersebut, dia

dilarang memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu.

Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah pengantin

perempuan untuk menjalani ‘adat petudui’ iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah

sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya

tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.

Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan.

Semasa ja-muan berlangsung upacara suap-menyuap antara kedua-dua pengantin itu dilakukan.

Selepas itu, diadakan pula upacara ‘begendang’, iaitu tari-menari. Hadirin dijemput untuk ikut serta

tetapi pasangannya mestilah daripada kaum sejenis yakni lelaki berpasangan sesama lelaki dan

perempuan dengan perempuan. Mereka menari hingga larut malam. Pada hari ketujuh, diadakan

upacara mem-bebaskan mereka daripada pantang yang dikenakan. Upacara membuang pantang ini

juga bertujuan untuk membuang ke laut segala bala atau bencana yang mung-kin mengancam

pasangan suami isteri itu. Upacara ini sebenarnya lebih merupakan upacara bersukaria dan mandi-

manda beramai-ramai di tepi pantai.