kementerian perdagangan antarabangsa dan ... release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan...

15
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020 PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA PRESTASI PERDAGANGAN LUAR BAGI BULAN OGOS 2020 DAN TEMPOH JANUARI-OGOS 2020 # Lebihan Dagangan Ogos Catat Pertumbuhan Dua Digit Tahun ke Tahun Pada Ogos 2020, lebihan dagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 19.7% kepada RM13.23 bilion berbanding Ogos 2019. Ini merupakan kali ketujuh nilai lebihan dagangan melebihi RM10 bilion direkodkan pada tahun 2020. Jumlah perdagangan bernilai RM145.06 bilion, menyusut 4.6% berbanding Ogos 2019. Perdagangan yang rendah direkodkan terutamanya dengan Thailand, Bangladesh, Indonesia dan Jepun. Walau bagaimanapun, perdagangan yang lebih tinggi telah dicatatkan dengan Amerika Syarikat (AS), China dan Arab Saudi. Eksport berjumlah RM79.14 bilion, menurun 2.9% manakala import menguncup 6.5% kepada RM65.92 bilion. Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masing- masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%.

Upload: others

Post on 16-Nov-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

MALAYSIA

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA

PRESTASI PERDAGANGAN LUAR BAGI BULAN OGOS 2020 DAN TEMPOH

JANUARI-OGOS 2020#

Lebihan Dagangan Ogos Catat Pertumbuhan Dua Digit Tahun ke Tahun

Pada Ogos 2020, lebihan dagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua digit

sebanyak 19.7% kepada RM13.23 bilion berbanding Ogos 2019. Ini merupakan kali

ketujuh nilai lebihan dagangan melebihi RM10 bilion direkodkan pada tahun 2020.

Jumlah perdagangan bernilai RM145.06 bilion, menyusut 4.6% berbanding Ogos

2019. Perdagangan yang rendah direkodkan terutamanya dengan Thailand,

Bangladesh, Indonesia dan Jepun. Walau bagaimanapun, perdagangan yang lebih

tinggi telah dicatatkan dengan Amerika Syarikat (AS), China dan Arab Saudi. Eksport

berjumlah RM79.14 bilion, menurun 2.9% manakala import menguncup 6.5% kepada

RM65.92 bilion.

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masing-

masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun

47.5%.

Page 2: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

2

Bagi 8 bulan pertama 2020, lebihan dagangan meningkat 2.9% kepada RM102.98

bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2019. Jumlah perdagangan bernilai

RM1.138 trilion, menyusut sebanyak 6.5% disebabkan terutamanya oleh

perdagangan yang lebih rendah dengan Thailand, Singapura, India dan Jepun.

Namun begitu, kenaikan perdagangan telah direkodkan dengan Republik Korea

(ROK), AS, Bahrain dan China. Eksport pada tempoh ini bernilai RM620.64 bilion,

berkurang 5.8% dan import berjumlah RM517.66 bilion, turun 7.3%.

Prestasi Eksport Sektor Utama

Barangan E&E dan Keluaran Getah Sokong Eksport Barangan Perkilangan Eksport barangan perkilangan pada Ogos 2020 bernilai RM68.57 bilion atau

merangkumi 86.6% daripada jumlah eksport, mengurang secara marginal sebanyak

0.1% tahun ke tahun. Penurunan ini adalah disebabkan terutamanya oleh eksport

yang lebih rendah bagi barangan perkilangan logam serta kimia dan bahan kimia.

Namun begitu, pengurangan ini telah diimbangi oleh peningkatan eksport bagi

barangan elektrik dan elektronik (E&E) serta keluaran getah.

Eksport keluaran pertanian (syer 7.2%) bernilai RM5.71 bilion, menyusut 4.5%

disebabkan terutamanya oleh pengurangan eksport kayu gergaji dan kumai serta

getah asli. Namun begitu, eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan

minyak sawit merekodkan peningkatan.

Eksport hasil galian (syer 5.8%) berjumlah RM4.55 bilion, menurun 25.9% tahun ke

tahun berikutan eksport yang lebih rendah bagi gas asli cecair (LNG).

Barangan eksport utama pada Ogos 2020:

Barangan E&E bernilai RM31.93 bilion dan merangkumi 40.3% daripada jumlah

eksport, meningkat 7.6% berbanding Ogos 2019;

Keluaran petroleum, RM4.57 bilion, 5.8% daripada jumlah eksport, berkurang

15.9%;

Page 3: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

3

Minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, RM4.1 bilion, 5.2%

daripada jumlah eksport, meningkat 0.4%;

Keluaran getah, RM3.74 bilion, 4.7% daripada jumlah eksport, naik sebanyak

66.8%; dan

Kimia dan bahan kimia, RM3.65 bilion, 4.6% daripada jumlah eksport, menurun

23.4%.

Berbanding Julai 2020, eksport barangan perkilangan, keluaran pertanian dan hasil

galian masing-masing mencatatkan penyusutan sebanyak 15.3%, 13% dan 2.7%.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2020, eksport bagi barangan perkilangan menyusut

3.7% kepada RM533.38 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2019, berikutan

pengurangan eksport barangan E&E, kimia dan bahan kimia, barangan perkilangan

logam serta keluaran petroleum. Walau bagaimanapun, peningkatan eksport telah

dicatatkan bagi keluaran getah, barangan perkilangan lain terutamanya solid-state

storage devices (SSD), kelengkapan pengangkutan serta barangan optik dan saintifik.

Eksport keluaran pertanian turun 0.6% kepada RM43.96 bilion disebabkan

terutamanya oleh penurunan eksport kayu gergaji dan kumai serta getah asli,

manakala eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit

mencatatkan peningkatan. Eksport hasil galian berkurang 27.2% kepada RM40.46

bilion berikutan pengurangan eksport LNG, petroleum mentah serta petroleum

kondensat dan minyak petroleum lain.

Prestasi Perdagangan dengan Pasaran Utama

Eksport Barangan E&E dan Keluaran Petroleum ke ASEAN Terus Meningkat

pada Ogos 2020

Perdagangan dengan ASEAN pada Ogos 2020 bernilai RM35.64 bilion atau 24.6%

syer kepada jumlah perdagangan Malaysia, turun 10.4% berbanding Ogos 2019.

Eksport berjumlah RM21.09 bilion, menyusut 8% berikutan pengurangan eksport

petroleum mentah, barangan perkilangan logam, kimia dan bahan kimia serta jentera,

kelengkapan dan peralatan. Namun begitu, pertumbuhan eksport telah dicatatkan

Page 4: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

4

bagi barangan E&E dan keluaran petroleum. Import dari ASEAN mengurang 13.7%

kepada RM14.55 bilion.

Pecahan eksport ke negara ASEAN:

Singapura RM11.03 bilion, meningkat 0.8%

Thailand RM3.27 bilion, ↓23.0%

Viet Nam RM2.77 bilion, ↓6.4%

Indonesia RM2.06 bilion, ↓20.8%

Filipina RM1.43 bilion, ↓4.3%

Myanmar RM225.0 juta, ↑21.8%

Brunei RM184.7 juta, ↓8.9%

Kemboja RM116.5 juta, ↓59.7%

Lao PDR RM3.5 juta, ↑23.6%

Eksport ke pasaran ASEAN yang mencatatkan peningkatan termasuklah ke

Singapura, yang naik sebanyak RM90.4 juta berikutan kenaikan eksport barangan

E&E, Myanmar (↑RM40.3 juta, kimia dan bahan kimia) dan Lao PDR (↑RM0.7 juta,

tekstil, pakaian dan kasut).

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masing-

masing mencatatkan penurunan 13%, 17.7% dan 5.3%.

Bagi tempoh 8 bulan pertama 2020, perdagangan dengan ASEAN berjumlah

RM285.93 bilion, menyusut 11.9% berbanding tempoh yang sama tahun 2019.

Eksport ke rantau ini menguncup 7.9% kepada RM174.91 bilion hasil penurunan

eksport petroleum mentah, barangan perkilangan logam serta kimia dan bahan kimia.

Namun begitu, pertumbuhan eksport telah direkodkan bagi kelengkapan

pengangkutan, barangan perkilangan lain (SSD) serta minyak sawit dan keluaran

pertanian berasaskan minyak sawit. Import turun 17.4% kepada RM111.02 bilion.

Eksport ke China Kekal Pertumbuhan Dua Digit bagi 3 Bulan Berturut-turut

Pada Ogos 2020, perdagangan dengan China meningkat 4.3% tahun ke tahun

kepada RM27.7 bilion, menyumbang 19.1% kepada jumlah perdagangan Malaysia.

Eksport ke China mencatatkan pertumbuhan dua digit bagi 3 bulan berturut-turut,

Page 5: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

5

berkembang 20.9% kepada RM13.97 bilion. Pertumbuhan ini telah dipacu oleh

kenaikan eksport barangan E&E, barangan besi dan keluli serta barangan perkilangan

lain (SSD). Import dari China turun 8.5% kepada RM13.73 bilion.

Berbanding Julai 2020, perdagangan, eksport dan import masing-masing menyusut

5.9%, 10.3% dan 1%.

Perdagangan dengan China bagi 8 bulan pertama 2020 meningkat 0.7% kepada

RM206.3 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2019. Eksport ke China

berkembang 9.9% kepada RM98.98 bilion disokong oleh kenaikan eksport barangan

besi dan keluli, barangan perkilangan lain (SSD), barangan perkilangan logam serta

minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Import dari China

menyusut 6.5% kepada RM107.32 bilion.

Permintaan yang Kukuh dari AS bagi Barangan Perkilangan pada Ogos 2020

Perdagangan dengan AS pada Ogos 2020 meningkat 8.2% tahun ke tahun kepada

RM15.63 bilion, merangkumi 10.8% daripada jumlah perdagangan Malaysia. Eksport

telah mencatatkan kenaikan bagi 3 bulan berturut-turut, merekodkan pertumbuhan

dua digit sebanyak 13.6% kepada RM9.46 bilion didorong terutamanya oleh kenaikan

eksport barangan perkilangan. Permintaan yang kukuh bagi barangan perkilangan

telah dicatatkan bagi keluaran getah, barangan kayu, barangan optik dan saintifik,

jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan perkilangan lain (SSD). Import

dari AS naik 0.9% kepada RM6.17 bilion.

Berbanding Julai 2020, perdagangan, eksport dan import masing-masing turun

10.6%, 15.3% dan 2.3%.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2020, perdagangan dengan AS meningkat 6.1%

kepada RM113.51 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2019. Eksport naik

7.3% kepada RM66.77 bilion berikutan permintaan yang lebih tinggi bagi keluaran

getah, barangan kayu serta barangan perkilangan lain (SSD). Import dari AS

berkembang 4.5% kepada RM46.74 bilion.

Page 6: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

6

Keluaran Getah dan Minyak Sawit Imbangi Pengurangan Eksport ke EU pada

Ogos 2020

Jumlah perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) yang mewakili 8.2% daripada

jumlah perdagangan Malaysia pada Ogos 2020, menguncup 9.1% tahun ke tahun

kepada RM11.93 bilion. Eksport bernilai RM6.96 bilion, turun 4.3% berikutan

pengurangan eksport barangan E&E serta barangan perkilangan logam. Walau

bagaimanapun, peningkatan eksport telah direkodkan bagi keluaran getah serta

minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Import dari EU

mengurang 15% kepada RM4.97 bilion.

Di antara 10 pasaran utama EU yang merangkumi 90.7% daripada jumlah eksport

Malaysia ke EU, eksport ke 7 negara telah mencatatkan peningkatan iaitu Jerman

(↑7.6%), Itali (↑24.9%), Sepanyol (↑4.9%), Slovenia (↑57.5%), Republik Czech

(↑27%) Poland (↑11.9%) dan Hungary (↑0.5%).

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan dan eksport masing-masing

menurun sebanyak 4.5% dan 9.8%, manakala import naik 4.1%.

Bagi tempoh 8 bulan pertama tahun 2020, perdagangan dengan EU berjumlah

RM91.7 bilion, mengurang 15.9% berbanding tempoh yang sama tahun 2019. Eksport

bernilai RM52.94 bilion, menguncup 12.4% disebabkan terutamanya oleh penyusutan

eksport barangan E&E. Namun begitu, peningkatan eksport telah dicatatkan bagi

keluaran getah serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.

Import dari EU berjumlah RM38.76 bilion, turun 20.2%.

Penyusutan Perdagangan dengan Jepun pada Ogos 2020

Pada Ogos 2020, perdagangan dengan Jepun yang merangkumi 6.4% daripada

jumlah perdagangan Malaysia telah mengurang sebanyak 10.5% tahun ke tahun

kepada RM9.23 bilion. Eksport turun 13.8% kepada RM4.31 bilion berikutan

pengurangan eksport LNG dan barangan perkilangan logam. Walau bagaimanapun,

pertumbuhan eksport telah direkodkan bagi petroleum mentah, barangan optik dan

Page 7: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

7

saintifik, keluaran getah serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan

minyak sawit. Import dari Jepun menurun 7.2% kepada RM4.92 bilion.

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan dan eksport masing-masing

mencatatkan pengurangan sebanyak 6.7% dan 17%, manakala import meningkat

4.7%.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2020, perdagangan dengan Jepun mengurang

7.9% kepada RM78.75 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2019. Eksport

menyusut 9.6% kepada RM40.39 bilion disebabkan terutamanya oleh penurunan

eksport LNG. Kenaikan eksport walau bagaimanapun telah dicatatkan bagi petroleum

mentah, keluaran getah, barangan optik dan saintifik serta minyak sawit dan keluaran

pertanian berasaskan minyak sawit. Import dari Jepun turun 6% kepada RM38.36

bilion.

Perdagangan dengan Rakan Dagang FTA

Pada Ogos 2020, perdagangan dengan rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas

(FTA) yang merangkumi 65.3% daripada jumlah perdagangan Malaysia telah

merekodkan pengurangan 5.5% tahun ke tahun kepada RM94.77 bilion. Eksport ke

negara rakan dagang FTA bernilai RM53.3 bilion, menurun 1.7% manakala import

menguncup 10% kepada RM41.47 bilion.

Kenaikan eksport walau bagaimanapun direkodkan ke ROK sebanyak 1.5% kepada

RM2.83 bilion dan Turki (↑6% kepada RM575.6 juta), berikutan peningkatan eksport

barangan E&E.

Berbanding Julai 2020, perdagangan, eksport dan import masing-masing menurun

9.8%, 15.1% dan 2%.

Perdagangan dengan rakan dagang FTA bagi tempoh 8 bulan pertama tahun 2020

yang merangkumi 66.5% daripada jumlah perdagangan Malaysia menyusut 6.4%

Page 8: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

8

kepada RM757.01 bilion. Eksport bagi tempoh ini berjumlah RM424.05 bilion,

menguncup 5.5% manakala import bernilai RM332.96 bilion, turun 7.5%.

Prestasi Import

Import pada bulan Ogos 2020 menurun 6.5% tahun ke tahun kepada RM65.92 bilion

berbanding RM70.46 bilion yang direkodkan pada Ogos 2019. Tiga kategori utama

import mengikut penggunaan akhir yang merangkumi 75.9% daripada jumlah

keseluruhan import adalah:

Barang pengantara, berjumlah RM36.86 bilion atau 55.9% syer daripada

jumlah import, mengurang 5.6%, berikutan penyusutan import bekalan

perindustrian diproses, terutamanya besi dan keluli;

Barang modal, bernilai RM6.81 bilion atau 10.3% daripada jumlah import,

menyusut 15.5%, berikutan pengurangan import barang modal (kecuali

kelengkapan pengangkutan), khasnya alat ganti bagi jentera dan kelengkapan

mekanikal; dan

Barang penggunaan, bernilai RM6.39 bilion atau 9.7% daripada jumlah

import, meningkat 2.9%, hasil kenaikan import barangan tahan lama,

terutamanya alat ganti bagi jentera dan kelengkapan mekanikal.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2020, import berjumlah RM517.66 bilion, menyusut

7.3% berbanding tempoh yang sama tahun 2019. Import barang pengantara bernilai

RM278.27 bilion, mengurang 9.3%, barang modal (RM59.93 bilion, ↓8.5%) dan

barang penggunaan (RM47.64 bilion, ↓1.7%).

Page 9: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

9

Nota:

Perlu diambil perhatian bahawa dari segi konsep, angka eksport dan import dalam perangkaan perdagangan

luar negeri adalah berbeza daripada apa yang terdapat dalam akaun barangan untuk perhitungan imbangan

pembayaran. Penyusunan perangkaan perdagangan antarabangsa biasanya dibuat berdasarkan rekod

kastam yang mencerminkan pergerakan barangan fizikal dari satu sempadan ke sempadan yang lain, dan

mengikut garis panduan antarabangsa mengenai konsepkonsep dan definisi-definisi contohnya International

Merchandise Trade Statistics: Concepts and Definitions 2010 (IMTS 2010) yang berbeza dengan prinsip-

prinsip Sistem Akaun Negara (SNA) dan perhitungan Imbangan Pembayaran (BOP). Dalam SNA, barangan

didefinisikan sebagai “barangan fizikal yang ada permintaan dan di mana hak milik boleh dikenal pasti serta

hak miliknya boleh dipindahkan dari satu institusi ke institusi lain melalui pasaran”.

Ini adalah keluaran awalan, keterangan terperinci akan diterbitkan dalam laporan “PERANGKAAN

PERDAGANGAN LUAR NEGERI BULANAN” yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia,

untuk kegunaan umum pada jam 1200, Jumaat, 2 Oktober 2020 dan boleh dimuat turun melalui eStatistik di

portal Jabatan Perangkaan Malaysia (https://newss.statistics.gov.my/newss-ortalx/ep/epLogin.seam).

+ Siaran media ini boleh diakses daripada portal Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

(http://www.miti.gov.my) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia

(http://www.matrade.gov.my).

# Data bulan Ogos 2020 adalah provisional dan tertakluk kepada semakan/pindaan dalam keluaran

berikutnya.

Mulai bulan rujukan April 2018, pemilihan kod untuk eksport dan import bagi minyak sawit dan keluaran

berasaskan minyak sawit telah dikaji semula serta dikemaskini untuk lebih mewakili barangan tersebut, dan ini

telah menyebabkan sedikit perubahan pada data.

19 rakan dagang FTA terdiri daripada China, Singapura, Jepun, Thailand, Republik Korea, Indonesia, India,

Australia, Viet Nam, Filipina, New Zealand, Turki, Pakistan, Myanmar, Kemboja, Brunei, Chile, Lao PDR dan

Hong Kong SAR.

Mulai bulan rujukan Februari 2020, Kesatuan Eropah (EU) adalah tidak termasuk United Kingdom

Page 10: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

10

Nota: Jumlah tidak semestinya terhasil disebabkan pembundaran

JADUAL 1: RINGKASAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA

Tahun /

Jumlah Eksport

Jumlah Import

Imbangan Perdagangan

Jumlah Perdagangan

Tempoh ( RM Juta ) ( RM Juta ) ( RM Juta ) ( RM Juta ) 2019f

Januari 86,340.8 73,921.7 12,419.2 160,262.5

Februari 67,683.1 55,567.2 12,115.8 123,250.3

Mac 85,677.0 69,681.4 15,995.6 155,358.4

April 86,227.9 74,376.8 11,851.0 160,604.7

Mei 84,678.6 75,108.5 9,570.0 159,787.1

Jun 76,690.9 65,630.3 11,060.6 142,321.2

Julai 89,764.9 73,796.3 15,968.6 163,561.2

Ogos 81,513.3 70,460.9 11,052.4 151,974.2

September 78,251.5 69,437.6 8,813.9 147,689.1

Oktober 90,861.0 73,288.8 17,572.2 164,149.7

November 80,947.4 74,261.1 6,686.2 155,208.5

Disember 86,435.7 73,880.2 12,555.6 160,315.9

2019 (Jan-Dis)f 995,071.9 849,410.8 145,661.1 1,844,482.7

2020p

Januari 84,114.1 72,081.0 12,033.1 156,195.1

Februari 74,451.0 61,831.6 12,619.4 136,282.6

Mac 80,118.9 67,804.8 12,314.1 147,923.7

April 64,786.6 68,420.2 -3,633.6 133,206.9

Mei 62,649.6 52,262.9 10,386.7 114,912.5

Jun 82,819.5 61,966.0 20,853.5 144,785.5

Julai 92,559.0 67,383.2 25,175.8 159,942.1

Ogos 79,143.4 65,915.3 13,228.0 145,058.7

Perubahan m-o-m (%) -14.5 -2.2 -47.5 -9.3

Perubahan y-o-y (%) -2.9 -6.5 19.7 -4.6

2019f (Jan-Ogos) 658,576.4 558,543.1 100,033.2 1,217,119.5 2020p (Jan-Ogos) 620,642.0 517,664.9 102,977.1 1,138,306.9 Perubahan (%) -5.8 -7.3 2.9 -6.5

Page 11: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

11

JADUAL 2: BARANGAN UTAMA EKSPORT (OGOS)

Barangan

Ogos 2020p

Jul 2020p

Ogos 2019f

Perubahan m-o-m

Perubahan y-o-y

RM Juta RM Juta RM Juta % %

Jumlah Eksport 79,143.4 92,559.0 81,513.3 -14.5 -2.9

Barangan E&E 31,933.2 39,540.4 29,666.7 -19.2 7.6

Keluaran Petroleum 4,568.8 6,004.0 5,431.2 -23.9 -15.9

Minyak Sawit & Keluaran Pertanian Berasaskan Minyak Sawit 4,098.0 4,756.4 4,079.9 -13.8 0.4

Keluaran Getah 3,735.6 4,008.0 2,239.7 -6.8 66.8

Kimia & Bahan Kimia 3,651.6 3,845.7 4,767.1 -5.0 -23.4

Barangan Optik & Saintifik 3,571.4 4,148.9 2,778.0 -13.9 28.6

Jentera, Kelengkapan & Peralatan 3,070.3 3,791.7 3,461.0 -19.0 -11.3

Barangan Perkilangan Logam 2,749.5 3,381.1 3,964.7 -18.7 -30.7

Barangan Besi & Keluli 2,080.2 2,031.4 1,686.5 2.4 23.3

Petroleum Mentah 1,968.4 1,973.8 1,968.6 -0.3 -0.01

JADUAL 3: PASARAN UTAMA EKSPORT (OGOS)

Pasaran

Ogos 2020p

Jul 2020p

Ogos 2019f

Perubahan m-o-m

Perubahan y-o-y

RM Juta RM Juta RM Juta % %

Jumlah Eksport 79,143.4 92,559.0 81,513.3 -14.5 -2.9

China 13,974.8 15,574.5 11,557.9 -10.3 20.9

Singapura 11,030.5 12,889.7 10,940.1 -14.4 0.8

AS 9,455.1 11,159.6 8,323.5 -15.3 13.6

Hong Kong SAR 4,957.6 6,773.9 4,988.6 -26.8 -0.6

Jepun 4,310.6 5,196.1 5,003.5 -17.0 -13.8

Thailand 3,268.5 4,459.2 4,246.5 -26.7 -23.0

India 2,885.5 2,961.6 3,612.1 -2.6 -20.1

ROK 2,828.3 3,310.3 2,785.8 -14.6 1.5

Viet Nam 2,772.1 3,129.3 2,962.5 -11.4 -6.4

Taiwan 2,252.5 3,611.0 2,558.2 -37.6 -12.0

Page 12: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

12

JADUAL 4: BARANGAN UTAMA EKSPORT (JANUARI-OGOS)

Barangan

Jan-Ogos 2020p

Jan-Ogos 2019f

Perubahan

RM Juta RM Juta %

Jumlah Eksport 620,642.0 658,576.4 -5.8

Barangan E&E 237,847.0 247,757.2 -4.0

Keluaran Petroleum 43,774.3 47,071.8 -7.0

Kimia & Bahan Kimia 32,712.1 38,458.4 -14.9

Minyak Sawit & Keluaran Pertanian Berasaskan Minyak Sawit 31,421.0 29,569.7 6.3

Barangan Optik & Saintifik 25,913.5 24,592.3 5.4

Jentera, Kelengkapan & Peralatan 25,310.2 27,723.3 -8.7

Keluaran Getah 23,351.5 16,779.2 39.2

Barangan Perkilangan Logam 22,977.6 28,034.1 -18.0

LNG 21,147.6 28,763.9 -26.5

Barangan Besi & Keluli 15,706.4 14,471.7 8.5

JADUAL 5: PASARAN UTAMA EKSPORT (JANUARI-OGOS)

Pasaran

Jan-Ogos 2020p

Jan-Ogos 2019f

Perubahan

RM Juta RM Juta %

Jumlah Eksport 620,642.0 658,576.4 -5.8

China 98,983.4 90,087.7 9.9

Singapura 88,621.7 89,302.0 -0.8

AS 66,768.1 62,231.4 7.3

Hong Kong SAR 42,240.6 44,131.5 -4.3

Jepun 40,387.2 44,681.8 -9.6

Thailand 29,208.7 39,181.8 -25.5

ROK 23,565.8 22,178.2 6.3

Taiwan 22,030.8 23,613.7 -6.7

Indonesia 20,825.6 19,811.8 5.1

Viet Nam 19,738.8 23,633.0 -16.5

Page 13: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

13

JADUAL 6: BARANGAN UTAMA IMPORT (OGOS)

Barangan

Ogos 2020p

Jul 2020p

Ogos 2019f

Perubahan m-o-m

Perubahan y-o-y

RM Juta RM Juta RM Juta % %

Jumlah Import 65,915.3 67,383.2 70,460.9 -2.2 -6.5

Barangan E&E 21,781.4 23,469.3 20,858.9 -7.2 4.4

Kimia & Bahan Kimia 5,857.9 5,746.8 7,482.4 1.9 -21.7

Jentera, Kelengkapan & Peralatan 4,998.2 5,185.0 5,717.8 -3.6 -12.6

Keluaran Petroleum 4,409.2 5,082.4 5,679.7 -13.2 -22.4

Barangan Perkilangan Logam 3,877.6 4,367.7 3,562.9 -11.2 8.8

Kelengkapan Pengangkutan 2,017.8 1,662.9 3,565.6 21.3 -43.4

Barangan Optik & Saintifik 1,967.6 1,994.5 2,028.5 -1.4 -3.0

Barangan Makanan Diproses 1,896.7 1,716.9 1,735.1 10.5 9.3

Barangan Besi & Keluli 1,700.8 1,988.8 2,930.9 -14.5 -42.0

Petroleum Mentah 1,398.2 1,666.3 1,555.7 -16.1 -10.1

JADUAL 7: SUMBER UTAMA IMPORT (OGOS)

Sumber

Ogos 2020p

Jul 2020p

Ogos 2019f

Perubahan m-o-m

Perubahan y-o-y

RM Juta RM Juta RM Juta % %

Jumlah Import 65,915.3 67,383.2 70,460.9 -2.2 -6.5

China 13,728.2 13,863.0 14,998.5 -1.0 -8.5

Singapura 6,381.4 7,022.0 7,161.6 -9.1 -10.9

AS 6,171.1 6,313.6 6,113.2 -2.3 0.9

Taiwan 5,253.6 5,492.7 4,681.8 -4.4 12.2

Jepun 4,919.5 4,698.7 5,304.0 4.7 -7.2

Thailand 2,839.5 2,688.8 3,627.1 5.6 -21.7

Indonesia 2,601.3 2,969.2 3,206.8 -12.4 -18.9

India 2,390.7 2,602.4 2,155.6 -8.1 10.9

ROK 2,300.8 2,530.5 3,299.6 -9.1 -30.3

Jerman 1,966.0 1,932.9 2,294.8 1.7 -14.3

Page 14: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

14

JADUAL 8: BARANGAN UTAMA IMPORT (JANUARI-OGOS)

Barangan

Jan-Ogos 2020p

Jan-Ogos 2019f

Perubahan

RM Juta RM Juta %

Jumlah Import 517,664.9 558,543.1 -7.3

Barangan E&E 162,723.2 161,164.4 1.0

Kimia & Bahan Kimia 47,332.9 55,191.0 -14.2

Keluaran Petroleum 40,827.5 48,978.5 -16.6

Jentera, Kelengkapan & Peralatan 38,144.0 46,308.9 -17.6

Barangan Perkilangan Logam 29,023.7 29,399.0 -1.3

Kelengkapan Pengangkutan 25,248.1 27,324.6 -7.6

Barangan Besi & Keluli 16,127.2 20,236.3 -20.3

Petroleum Mentah 15,243.5 17,822.1 -14.5

Barangan Optik & Saintifik 14,575.9 15,607.0 -6.6

Barangan Makanan Diproses 14,220.2 13,384.4 6.2

JADUAL 9: SUMBER UTAMA IMPORT (JANUARI-OGOS)

Sumber

Jan-Ogos 2020p

Jan-Ogos 2019f

Perubahan

RM Juta RM Juta %

Jumlah Import 517,664.9 558,543.1 -7.3

China 107,317.4 114,834.2 -6.5

Singapura 48,268.3 57,144.8 -15.5

AS 46,741.2 44,714.4 4.5

Jepun 38,363.9 40,805.7 -6.0

Taiwan 37,566.3 38,376.4 -2.1

ROK 32,867.7 25,714.4 27.8

Indonesia 22,535.5 25,576.0 -11.9

Thailand 20,747.9 29,723.3 -30.2

India 16,678.2 14,913.5 11.8

Jerman 15,645.7 18,127.9 -13.7

Sumber : Jabatan Perangkaan, Malaysia Disediakan oleh: MATRADE Nota: p - data provisional f - data muktamad

Page 15: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... Release...masing mencatatkan penurunan 9.3%, 14.5% dan 2.2%. Lebihan dagangan turun 47.5%. Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September

Embargo sehingga jam 1200, Isnin, 28 September 2020

CARTA 1: PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA BULANAN, 2014 – OGOS 2020

15