kementerian pendidikan malaysia · 2018-11-22 · aras 1-3, blok 2250 ... 18 jam modul 40% 7 jam...

33
i KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL KOKURIKULUM MPUD2081 KOKURIKULUM PERSATUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018 PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Upload: lekien

Post on 09-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

i

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL KOKURIKULUM

MPUD2081

KOKURIKULUM PERSATUAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)

MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Page 2: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak Pengarang

ii

Kandungan iii Panduan Pelajar iv Pengenalan vi Agihan Tajuk dan Unit vii

UNIT 1 PENUBUHAN PERSATUAN STRUKTUR JAWATANKUASA

1

UNIT 2 JENIS-JENIS PERSATUAN / KELAB MENGENAL PASTI CIRI-CIRI AKTIVITI BERPERSATUAN

7

UNIT 3 PENGURUSAN PERSATUAN (PENGURUSAN KEWANGAN) 13 UNIT 4 PEKELILING BERKAITAN KOKURIKULUM PERSATUAN 14 UNIT 5 KAEDAH PENUBUHAN PERSATUAN 15

UNIT 6 LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN

17

Bibliografi 22 Panel 23 Simbol 24

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 4: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

iv

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar

lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan

matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut

Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran

yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan

sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan

bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran

bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dilaksanakan

secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka

dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara

bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan

20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran

pelajar melalui modul pembelajaran.

PANDUAN PELAJAR

Page 5: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

v

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah

dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam

talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat Kursus (MK) mengikut

kursus dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang

konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit

2. Sinopsis

3. Kandungan Unit

4. Penulisan berkaitan kandungan unit

5. Latihan

6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media

yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada

sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PENTAKSIRAN

Pentcapaian pelajar di dalam kursus ini ditentukan menerusi pentaksiran kerja kursus 100%.

Page 6: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

vi

PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan pengurusan dan pelaksanaaan kokurikulum persatuan untuk diaplikasikan di sekolah. Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan definisi, konsep, identiti dan pengurusan sesuatu persatuan.

2. Menghasilkan kertas cadangan penubuhan persatuan mengikut tatacara yang ditetapkan.

3. Membentangkan kertas cadangan penubuhan persatuan.

Page 7: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

vii

AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

JAM

KREDIT

ASAL

100%

18 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA

60%

18 JAM MODUL

40%

7 JAM

(KULIAH/

TUTORIAL/AMALI)

40%

7 JAM

DALAM

TALIAN

20%

4 JAM

1. Pengenalan, Definisi dan Kepentingan Persatuan

Definisi Persatuan (B)

Ciri-ciri Persatuan (B)

Konsep / Teori (B)

1 1

2. Pengurusan Persatuan

Pengurusan Mesyuarat (B)

Sistem Fail dan Surat menyurat (B)

Pengurusan Kewangan (DT)

Pengurusan Risiko (B)

6 4 2

3. Tatacara dan Kaedah Penubuhan Persatuan

Penubuhan Persatuan (M)

Struktur Jawatankuasa (M)

Jenis persatuan/kelab (M)

Mengenalpasti ciri-ciri berpersatuan (M)

Peraturan penubuhan persatuan (B)

9

1

3

Page 8: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

viii

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

JAM

KREDIT

ASAL

100%

18 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA

60%

18 JAM MODUL

40%

7 JAM

(KULIAH/

TUTORIAL/AMALI)

40%

7 JAM

DALAM

TALIAN

20%

4 JAM

Pekeliling berkaitan kokurikulum persatuan (DT)

Kaedah penubuhan persatuan (M)

Langkah-langkah penubuhan persatuan (M)

Carta alir penubuhan persatuan (M)

Perlembagaan dan peraturan persatuan (Artikel 1hingga16) (B)

1

4

4. Identiti Persatuan

Prinsip-prinsip membentuk identiti persatuan (B)

Mereka cipta identiti persatuan seperti logo, moto dan lagu persatuan (DT)

2 1

1

JUMLAH 18 JAM 7 JAM 4 JAM 7 JAM

Nota: Bersemuka (B), Modul (M) dan Dalam Talian (DT)

Page 9: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

1

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan persatuan.

ii Menjelaskan faktor yang mempengaruhi penubuhan persatuan.

iii Menghuraikan struktur jawatankuasa dalam sesuatu persatuan berserta spesifikasi

tugas setiap jawatankuasa.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai penubuhan persatuan

dan struktur jawatankuasa yang sesuai mengikut keperluan persatuan yang ditubuhkan.

KERANGKA TAJUK

1.1 Matlamat dan tujuan penubuhan persatuan

1.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi penubuhan persatuan

1.3 Senarai Jawatankuasa Induk

1.4 Spesifikasi Tugas Jawatankuasa

UNIT 1 Penubuhan Persatuan

Struktur Jawatankuasa

Page 10: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

2

1.1 Matlamat dan tujuan penubuhan Persatuan

Inisiatif dan usaha menubuhkan persatuan yang dipimpin, diangotai dan

digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan hasrat menggiatkan lagi

pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara.

Malah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah )

1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan Malaysia Perundangan (A):

P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau

Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan

persatuan sekolah dari kategori yang berikut:-

1.1.1 Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan

dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,

1.1.2 Hobi dan rekreasi;

1.1.3 Sukan dan permainan;

1.1.4 Badan beruniform; atau

1.1.5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

Usaha menubuhkan persatuan di sekolah adalah juga usaha kependidikan

yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan

kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka

menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan

murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sehingga kini inisiatif dan usaha sekolah menubuhkan kelab atau persatuan

yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlah

menggalakkan. Inisiatif dan usaha ini akan memberi impaks yang lebih besar

kepada penyemarakkan kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada

program pendidikan di sekolah, apabila pengetahuan, kesungguhan dan

kemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan persatuan

yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan.

Matlamat utama kokurikulum Persatuan di sekolah ialah untuk melahirkan

murid-murid yang berkeyakinan tinggi; kreatif; yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan;

dan yang dapat menghayati nilai-nilai murni. Murid-murid yang mempunyai kesemua

sifat yang tersebut akan menjadi warganegara yang berguna dan produktif. Untuk

Page 11: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

3

mencapai matlamat setiap aktiviti yang dirancang dan dikelolakan haruslah

mempunyai objektif khusus yang boleh membawa kepada pencapaian matlamat

utama. Sehubungan itu, semua aktiviti persatuan yang dirancang mestilah

mempunyai arah tuju yang spesifik yang menuju kepada pencapaian matlamat pada

akhirnya.

Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan

kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:

a. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan

b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang dminati dan

digemari.

c. Berkongsi sumber dan peralatan.

d. Ada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke

peringkat yang lebih tinggi.

1.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi Penubuhan Persatuan

Penubuhan sesuatu persatuan perlu mengambil kira beberapa faktor. Antaranya adalah

seperti berikut:

1.2.1 Faedah yang diperolehi oleh murid

‘Sekolah-sekolah digalakkan menubuh persatuan atau kelab yang boleh

mendatangkan faedah kepada pelajar. Pemilihan persatuan atau kelab

yang hendak ditubuhkan itu hendaklah berasaskan kepada kemudahan

yang ada dan kesesuaian dengan suasana dan persekitaran serta

keperluan tempatan.’

(Laporan JK Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979)

1.2.2 Perlu mengambil kira keperluan setempat

[ (Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”) ]

1.2.3 Kemudahan Infrasturktur

Page 12: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

4

Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini

hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-

kerja amal untyk masayarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah;

gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan

sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.

[ (Rujuk Perkara 5.3 Suray Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985, KP(BS)8591/Jld.(929) ]

1.2 Struktur Jawatankuasa

Setiap persatuan/kelab yang ditubuhkan perlu digerakkan oleh sekumpulan

jawatankuasa pengurusan induk yang dilantik oleh ahli-ahli persatuan. Pelantikan

jawatankuasa ini dibuat semasa berlangsungnya mesyuarat agung tahunan ataupun

mesyuarat agung dwitahunan. Senarai jawatankuasa induk terdiri daripada :

1.2.1 Pengerusi

1.2.2 Naib Pengerusi

1.2.3 Setiausaha

1.2.4 Bendahari

1.2.5 Ahli Jawatankuasa

1.3 Spesifikasi tugas Jawatankuasa

1.3.1 Pengerusi

o Mengurus dan mentadbir persatuan mengikut perlembagaan.

o Melaksanakan keputusan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa

kecil.

o Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas

kesempurnaan semua mesyuarat.

o Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang

diputusan diambil tindakan sewajarnya.

o Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan.

o Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam

perlembagaan.

1.3.2 Naib Pengerusi

o Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

Page 13: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

5

diberi dan boleh membuat keputusan jika perlu.

o Memangku tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.

o Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi.

o Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan.

o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa

ke semasa.

1.3.3 Setiausaha

o Menguruskan hal-hal surat menyurat dengan ahlipersatuan, pentadbir sekolah

dan badan luar.

o Menjemput dan mengedar surat panggilan semua jenis mesyuarat.

o Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan.

o Menyimpan pendaftaran keahlian.

o Mencatat kehadiran ahli.

o Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

o Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus persatuan.

o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa

ke semasa.

1.3.4 Bendahari

o Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.

o Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan

bertanggungjawab di atas kesahihannya.

o Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta

menandatanganinya.

o Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli

jawatankuasa

o Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam

Mesyuarat Agung.

o Menyimpan rekod dan stok harta persatuan.

o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa

ke semasa.

1.3.5 Ahli Jawatankuasa

o Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang

dilaksanakan.

Page 14: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

6

o Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa

ke semasa.

1. Huraikan faktor-faktor yang menjadi pemangkin kepada penubuhan sesuatu persatuan. 2. Bincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Pengerusi untuk mengaktifkan sesebuah persatuan demi manfaat semua ahli.

TUGASAN

Page 15: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

7

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Mengenal pasti jenis-jenis persatuan / kelab yang boleh ditubuhkan di sekolah.

ii Menghuraikan ciri-ciri aktiviti berpersatuan.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai jenis-jenis persatuan dan

mengenalpasti ciri-ciri aktiviti berpersatuan.

KERANGKA TAJUK

1.1 Jenis-jenis Persatuan / Kelab

1.2 Ciri-ciri aktiviti berpersatuan

1.1 Jenis-jenis Persatuan / Kelab

Persatuan yang dikendalikan di sekolah boleh dipecahkan kepada dua kategori utama seperti

berikut:

1.1.1 Persatuan Akademik

a. Persatuan Agama Islam b. Persatuan Bahasa

c. Persatuan Drama dan Kesusasteraan d. Persatuan Ekonomi Rumahtangga e. Persatuan Geografi / Sejarah f. Persatuan Kebudayaan g. Persatuan Kemahiran Hidup h. Persatuan Perdagangan i. Persatuan Persuratan & Bahas j. Persatuan Sains & Matematik k. Persatuan Sains Kemasyarakatan l. Persatuan Tingkatan Enam dan lain-lain.

UNIT 2 Jenis-jenis Persatuan / Kelab

Mengenalpasti ciri-ciri aktiviti berpersatuan

Page 16: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

8

1.1.2 Kelab Hobi dan Rekreasi

a. Kelab Alat Pandang Dengar b. Kelab Astronomi c. Kelab Bina Badan d. Kelab Binaan / Bangunan e. Kelab Elektronik f. Kelab Equestrian g. Kelab Kebajikan h. Kelab Keceriaan Sekolah i. Kelab Kembara j. Kelab Koir Sekolah k. Kelab Komputer l. Kelab Koperasi m.Kelab Memancing n. Kelab Menaip o. Kelab Motor Mekanik p. Kelab Muzik dan Seni Suara q. Kelab Pelancongan r. Kelab Pembimbing Rakan Sebaya s. Kelab Pencinta Alam t. Kelab Pengguna u. Kelab Permainan Tradisional v. Kelab Perpustakaan / Pusat Sumber w. Kelab Rekreasi x. Kelab Seni Foto y. Kelab Seni Tampak/Halus z. Kelab Seni Tari aa. Kelab Pandu Arah bb. Kelab Wayang Gambar. cc. Kelab Pencegahan Jenayah dd. Kelab Rukun Negara ee. Kelab Pelancongan dan lain-lain.

1.2 Ciri-ciri aktiviti berpersatuan

1.2.1 Pemilihan aktiviti

Aktiviti kokurikulum mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Pemilihan aktiviti yang

dibuat haruslah selari dengan keperluan memenuhi fungsi-fungsi tersebut secara

umumnya. Antara fungsi-fungsinya ialah:

a. Pengukuhan dan Pengayaan

Pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran akademik dapat

diperkukuhkan dan diamalkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini juga dapat

memberi peluang kepada murid-murid mamahami konsep latihan dalam bidang

tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih

bermakna dan realistik. Di samping itu, cara begini juga dapat memberi pengalaman

yang mungkin tidak terdapat di dalam bilik darjah.

Page 17: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

9

Segala aktiviti kokurikulum hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya

selaras dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh

membantu murid-murid meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran.

Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi bagi

pengukuhan dan pengayaan:

Kuiz:

Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid

menambah pengetahuan dalam mata pelajaran yang berkaitan.

Bahas dan Pidato:

Aktiviti ini antara lain memberi peluang kepada murid-murid

menggunakan kemahiran bahasa dalam memberi dan mematahkan

hujah dengan menggunakan fakta.

Projek Membuat Kincir Air:

Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid

menggunakan pengetahuan mereka dalam matematik, fizik dan geografi,

di samping dapat meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran hidup.

b. Khidmat Masyarakat

Murid, guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada

masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk hubungan

dua hala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat,

bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

Sumbangan Sekolah Kepada Masyarakat:

Sekolah dapat menggunakan aktiviti kokurikulum sebagai satu sumber

bagi murid-murid mempraktikkan dan mengukuhkan segala pengetahuan yang

diperolehi kepada masyarakat. Terdapat banyak aktiviti khidmat masyarakat yang

dapat menimbulkan suasana hubungan dua hala seperti bergotong royong,

membersihkan masjid/surau, kawasan perumahan/bandar, mengadakan minggu

kerja, ceramah, bimbingan dan latihan tertentu.

Sumbangan Masyarakat Kepada Sekolah

Masyarakat boleh memberi sumbangan dengan cara membantu sekolah

dalam bentuk material , tenaga, usaha , buah fikiran dan kepakaran.

Antaranya ialah :

Page 18: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

10

a. Mengutip derma dan mendapatkan kemudahan-kemudahan tertentu bagi

melengkapkan peralatan kokurikulum sekolah seperti peralatan sukan, pakaian,

komputer dan lain-lain;

b. Memberi ceramah, tunjuk ajar tentang perkara-perkara seperti dalam bidang

kerjaya, bimbingan dan latihan dalam kemahiran tertentu, seperti menganyam,

membuat tembikar, menjahit, menekat, silat, mengukir, membuat alat-alat permainan

tradisi dan sebagainya;

c. Memberi bantuan kepada murid;

d. Mengadakan projek anak angkat;

e. Mengadakan rumah terbuka pada hari-hari perayaan khusus untuk murid-murid

daripada pelbagai kaum;

f. Membantu sekolah dalam pengelolaan sukan, bergotong-royong,

membersih dan mengindahkan sekolah.

c. Hobi dan Rekreasi

Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat memperolehi

pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan

berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental.

Aktiviti ini juga dapat memberi keseronokan kepada murid. Antara contoh

aktiviti ialah membaca, bersukan, berternak, berkebun, menanam bunga,

menghias/menggubah, menyanyi, bermain alat-alat muzik, menulis sajak/

cerpen/syair/rencana, melukis kartun, mengumpul setem/daun-daun kayu/

keratan akhbar, membuat model, mengukir dan memancing.

d. Kerjaya

Aktiviti kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada murid. Ia juga dapat

membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat

menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya murid. Pengetahuan dan

kemahiran ini sangat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak.

Aktiviti ini boleh dijalankan secara kumpulan atau individu dan tidak hanya terbatas

kepada kemudahan dan peralatan atau kepakaran yang ada di sekolah itu sahaja.

Sekolah yang mempunyai masalah ini bolehlah berusaha mendapatkannya daripada

sekolah lain atau masyarakat setempat.

Contoh aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran

Kemahiran Hidup : seni bina, pertukangan, membaiki radio dan TV, mekanik,

kimpalan dan lain-lain.

Page 19: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

11

Sains Pertanian : berkebun, berternak dan lain-lain.

Ekonomi Rumah Tangga : gubahan, jahitan, memasak, perhiasan dan lain-lain.

Seni Lukis : seni lukis, tenunan, kraftangan, seni ukir, anyaman, membuat gasing,

wau, tembikar, papan congkak, sangkar burung, tudung saji dan lain-lain.

Aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan daya kreatif dan pengetahuan

murid terhadap aktiviti yang dijalankan oleh institusi luar sekolah dalam bidang-bidang

tertentu, di samping dapat menarik minat mereka terhadap aktiviti kokurikulum. Dalam

hal ini, pihak sekolah haruslah sentiasa berusaha mengadakan aktiviti yang baru dan

lebih menarik.

Contoh aktiviti yang berkaitan dengan pandangan dan pengetahuan bidang kerjaya:

Ceramah, pameran, kajian atau lawatan tentang jenis dan pekerjaan yang terdapat

dalam perkhidmatan separa kerajaan, swasta dan perseorangan. Ini termasuklah

bidang pekerjaan seperti pasukan polis, tentera ,bomba, pentadbiran, perusahaan,

perkilangan, perniagaan, dan lain-lain perkhidmatan sosial dan profesional.

e. Perkembangan Diri Individu

Semua aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid melatih diri

sendiri untuk kesihatan diri, berdisiplin, memupuk minat dan bakat serta

membina semangat untuk menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.

1. Pilih satu persatuan yang berasaskan hobi dan rekreasi. Rancang pelaksanaan satu aktiviti yang menarik dan berkesan untuk pelajar.

TUGASAN

Page 20: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

12

A. Media Digunakan

i. WhatsApp

ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi

satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelaran: Penubuhan Persatuan

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk)

i. Berdasarkan jenis persatuan yang dipilih cipta identiti persatuan tersebut (logo,

moto dan lagu).

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 21: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

13

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat :

i. Mengenal pastii sumber-sumber kewangan bagi aktiviti persatuan.

ii. Mengetahui prosedur kewangan yang standard bagi aktiviti-aktiviti kokurikulum.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, perbincangan berkisar kepada pelbagai sumber kewangan yang boleh

diperolehi bagi membantu pembiayaan aktiviti persatuan di sekolah tanpa mengabaikan

prosedur kewangan yang betul.

A. Media Digunakan

iii. WhatsApp

iv. Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi

satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelaran: Pengurusan Kewangan

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)

i. Sumber-sumber kewangan bagi aktiviti-aktiviti persatuan

ii. Prosedur kewangan.

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

v. Semakan kehadiran

vi. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

vii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

viii. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

UNIT 3

Pengurusan Persatuan (DT)

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 22: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

14

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Mengetahui pekeliling-pekeliling sedia ada tentang penubuhan persatuan.

ii Mencari dan mengemukakan pekeliling-pekeliling tentang pelaksanaan aktiviti

kokurikulum persatuan.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, perbincangan berkisar kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan

penubuhan persatuan.

A. Media Digunakan

i. WhatsApp

ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu

sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Pekeliling berkaitan kokurikulum persatuan

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajukl)

i. Pekeliling-pekeliling sedia ada tentang penubuhan persatuan

ii) Mengemukakan pekeliling-pekeliling tentang pelaksanaan aktiviti kokurikulum

persatuan.

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

ix. Semakan kehadiran

x. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

xi. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

xii. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

UNIT 4

Pekeliling berkaitan kokurikulum persatuan (DT)

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 23: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

15

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Mengetahui kaedah penubuhan persatuan mengikut Prosedur Operasi Standard

yang telah ditetapkan.

ii Membezakan persatuan yang ada badan induk dan yang tidak ada badan induk

Sinopsis

Unit ini, memberi penekanan kepada pengetahuan tentang kaedah penubuhan persatuan di

sekolah mengikut Prosedur Operasi Standard.

.

KERANGKA TAJUK

1.1 Prosedur Operasi Standard persatuan yang ada badan induk

1.2 Prosedur Operasi Standard persatuan yang tidak ada badan induk

UNIT 5 Kaedah Penubuhan Persatuan

Page 24: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

16

1.1 Prosedur penubuhan persatuan yang mempunyai badan induk

• Pengetua atau guru berkenaan perlu mengadakan perbincangan dengan badan

induk yang berkaitan.

• Mengisi borang permohonan yang dikeluarkan oleh badan induk dan menyediakan

beberapa maklumat lain yang diperlukan mengikut peraturan badan induk

berkenaan. Maklumat lain ialah seperti permohonan tauliah pemimpin .

• Menghantar borang berkenaan kepada Setiausaha atau Pesuruhanjaya atau

pegawai penjaga di daerah atau negeri badan induk berkenaan untuk diproses.

• Pengumuman pendaftaran boleh dibuat kepada murid untuk menjadi ahli pertubuhan

berkenaan sementara mendapat kelulusan daripada ibu pejabat badan induk.

• Mendapat kelulusan atau sijil pendaftaran daripada badan induk dan mendaftar ahli

secara rasmi.

1.2 Prosedur penubuhan persatuan yang mempunyai badan induk

• Perundingan di antara Pengetua dengan guru yang terlibat sebagai penasihat atau

jurulatih.

• Pihak sekolah memberi maklumat kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah, jika

perlu.

• Guru berkenaan mencari ahli, mengadakan perjumpaan, melantik jawatankuasa dan

melaksanakan aktiviti.

1. Anda diarahkan oleh Guru Besar untuk menubuhkan Pasukan Tunas Pertahanan

Awam di sekolah. Nyatakan langkah-langkah yang perlu anda laksanakan.

TUGASAN

Page 25: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

17

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Mengetahui langkah-langkah yang perlu diikuti bagi prosedur tetap penubuhan

sesebuah persatuan.

ii Memahami peringkat-peringkat penubuhan persatuan mengikut carta alir yang betul.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai langkah-langkah

penubuhan persatuan dan carta alir penubuhan persatuan.

KERANGKA TAJUK

1.1 Prosedur Tetap Penubuhan Persatuan

1.2 Carta alir Penubuhan Persatuan

UNIT 6 Langkah-langkah penubuhan persatuan

Carta alir penubuhan persatuan

Page 26: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

18

1.1 Prosedur Tetap Penubuhan Persatuan

1.1.1 Penubuhan Jawatankuasa Penaja

1.1.2 Mensyuarat Jawatankuasa Penaja

1.1.3 Menyediakan Draf Perlembagaan

1.1.4 Menyediakan Draf Aktiviti Tahunan

1.1.5 Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan

1.1.6 Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Kelab dan Persatuan (Guru

Besar)

1.1.7 Mendaftar ahli- ahli Kelab & Persatuan

1.1.8 Pengendalian Mesyuarat Agung

1.1.8.1 Surat Panggilan / Notis Mesyuarat

1.1.8.2 Mesyuarat Agung :

i) memilih ahli jawatankuasa persatuan

ii) merancang aktiviti tahunan persatuan

iii) pengesahan dokumen peraturan-peraturan (perlembagaan)

persatuan

1.1.9 Surat pelantikan Penasihat Perstauan daripada Guru Besar

1.1.10 Mengoperasikan persatuan.

Page 27: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

19

1.2 Carta Alir Penubuhan Kelab dan Persatuan di Sekolah

GURU/MURID GURU PENASIHAT GURU BESAR NOTA

T

TT

TL

L

1. Mula 2. Tubuhkan sebuah Jawatankuasa Penaja 3. Adakan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja 4. Sediakan surat permohonan penibihan dan kemukakan kepada Guru Besar berserta semua dokumen sokongan 5. Terima surat permohonan dan pertimbangkan 6A. Sediakan surat Kelulusan penubuhan dan kembalikan kepada pemohon. 6B. Sediakan surat Pelantikan Guru Penasihat dan kemukakan kepada guru berkenaan. 7A. Terima dan kaji surat kelulusan 7B. Terima surat pelantikan dan pertimbangkan. 8A. Adakan Mesyuarat Agung Penubuhan. 8B. Sediakan Surat Penerimaan Lantikan dan kemukakan kepada Guru Besar.

2

3

4

5

6A

1

6B

7A

8A

1

8B

1

7B

Page 28: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

20

GURU/MURID GURU PENASIHAT GURU BESAR NOTA

TL

L TL : Tidak Lengkap L : Lengkap

TL

L TL : Tidak lulus L : Lulus

9A. Sediakan dokumen-dokumen penubuhan 9B. Terima Surat Penerimaan Lantikan dari guru. 10A. Sediakan Surat Permohonan Pengesahan penubuhan dan Pendaftaran Persatuan/ Kelab dan kemukakan kepada Guru Penasihat. 10B. Dokumetasikan surat penerimaan perlantikan daripada guru 11. Terima dan semak Surat Permohonan Pengesahan Penubuhan dan pendaftaran Persatuan/Kelab 12. Panjangkan surat permohonan kepada Guru Besar. 13. Terima surat permohonan dan pertimbangkan permohonan. 14. Sedia Surat Pengesahan Penubuhan dan Pendaftaran Persatuan/Kelab dan kemukakan kepada Guru Penasihat. 15. Terima surat, semak dan kaji.

1

9B

10B

13

14

1

10A

12

15

1

9A

11

Page 29: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

21

1. Anda dikehendaki menyediakan satu dokumen penubuhan persatuan.

GURU/MURID GURU PENASIHAT GURU BESAR NOTA

16. Minitkan tindakan-tindakan susulan berasakan Surat Pengesahan Penubuhan dan Pendaftaran Persatuan atau Kelab daripada Guru Besar dan kemukakan bersama-sama surat berkaitan kepada Setiausaha Persatua/Kelab. 17. Terima Surat Pengesahan Penubuhan dan Pendaftaran Persatuan 18. Adakan Mesyuarat Jawatankuasa untuk memulakan kegiatan, program atau aktivit persatuan/kelab. 19. Dokumentasikan semua keputusan, tindakan, dan maklumat penubuhan persatuan/kelab.

1

16

17

18

19

TUGASAN

Page 30: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

22

BIBLIOGRAFI

Amir Hamzah Aman.( 2014). Panduan Pengurusan Kokurikulum. Puchong: Multimedia Sdn Bhd. Zafir Mohd Makhbul. (2014). Pengurusan Organisasi Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Cengage Learning.

Shaharudin Ahmad, Khaidzir Hj Ismail. (2013). Mengurus Persatuan Proses Dan Kemahiran.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Fazli Yusof, Amrizal Anuar. (2005). Resepi Kejayaan Untuk Setiausaha Persatuan. Kuala Lumpur: PTS. Litera Utama. Ab. Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2010). Garis Panduan Penulisan Program Akademik. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Buku Panduan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum & Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. (2007). Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum & Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramlan Abdul Wahab(2004). Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah. Banter Sdn Bhd

Page 31: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

23

PANEL PENGGUBAL

MPUD2081 KOKURIKULUM PERSATUAN

Bil. Nama Kelayakan Akademik

1 Nazri bin Bedin

Sarjana Pendidikan sains Sukan, UPSI Sarjanan Muda Pendidikan Sains Sukan, UPSI

2 Mariani binti Ali

Sarjana Pengurusan Pendidikan, UPSI Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (Kepujian), USM

3

Noryati bt Ismail

Sarjana Pendidikan Bimbingan Kaunseling Bacelor Pendidikan Bimbingan Kaunseling Sijil Perguruan Asas Bahasa Inggeris

Page 32: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

24

SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Page 33: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM

25

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.