kementerian pelajaran malaysia jemaah nazir dan jaminan

9
1 “1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj. Kami : KP (JNJK) 600-60/B/1/4 (11) Tarikh : 5 Januari 2010 Semua Ketua Jabatan/ Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia Semua Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Pengarah Institut Aminuddin Baki Semua Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Semua Pengarah Kolej Matrikulasi Semua Pegawai Pelajaran Daerah Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG44, GRED DG48, GRED DG52, GRED DG54 DAN GRED KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan mengenai perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang daripada Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP), Gred DG48 ke Gred DG52 (KUP), Gred DG52 ke Gred DG54 (KUP) dan Gred DG54 ke Gred Khas C (KUP) di sekolah-sekolah menengah, Institut-institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan di Kolej-kolej Matrikulasi (KM). Jumlah kekosongan kuota Guru Cemerlang bagi gred-gred tersebut di institusi berkenaan adalah seperti di Jadual 1 berikut: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI ARAS 3-6, BLOK E15 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA Telefon : +603-8884 4181 Faks : +603-8888 6867 Website : www.moe.gov.my/jns

Upload: ziehan995610

Post on 14-Jun-2015

10.176 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kementerian Pelajaran Malaysia Jemaah Nazir Dan Jaminan

1

“1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj. Kami : KP (JNJK) 600-60/B/1/4 (11)

Tarikh : 5 Januari 2010

Semua Ketua Jabatan/ Bahagian

Kementerian Pelajaran Malaysia

Semua Pengarah Pelajaran

Jabatan Pelajaran Negeri

Pengarah Institut Aminuddin Baki

Semua Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia

Semua Pengarah Kolej Matrikulasi

Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

SISWAZAH (PPPS) GRED DG44, GRED DG48, GRED DG52, GRED DG54 DAN GRED

KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN

PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg.

Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan mengenai perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan

melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang daripada Gred DG41 ke Gred DG44

(KUP), Gred DG48 ke Gred DG52 (KUP), Gred DG52 ke Gred DG54 (KUP) dan Gred DG54 ke

Gred Khas C (KUP) di sekolah-sekolah menengah, Institut-institut Pendidikan Guru Malaysia

(IPGM), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan di Kolej-kolej Matrikulasi (KM). Jumlah kekosongan

kuota Guru Cemerlang bagi gred-gred tersebut di institusi berkenaan adalah seperti di Jadual 1

berikut:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI ARAS 3-6, BLOK E15 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

Telefon : +603-8884 4181

Faks : +603-8888 6867

Website : www.moe.gov.my/jns

Page 2: Kementerian Pelajaran Malaysia Jemaah Nazir Dan Jaminan

2

Jadual 1 : Kekosongan Kuota Guru Cemerlang PPPS

di Sekolah Menengah/ IPGM/ IAB/ KM

Bil Gred Kekosongan Kuota

1. DG44 (KUP) 1,125

2. DG52 (KUP) 28

3. DG54 (KUP) 23

4. Khas C (KUP) 13

3. Manakala jumlah kekosongan kuota Guru Cemerlang bagi Gred DG44 (KUP) dan Gred

DG48 (KUP) di sekolah-sekolah rendah adalah seperti di Jadual 2 berikut:

Jadual 2 : Kekosongan Kuota Guru Cemerlang PPPS di Sekolah Rendah

Bil Gred Kekosongan Kuota

1. DG44 (KUP) 1,708

2 DG48 (KUP) 173

4. Merujuk kepada para 2 dan 3 di atas, permohonan adalah terbuka kepada PPPS di

sekolah rendah dan sekolah menengah seperti berikut:

4.1 Bagi kuota Guru Cemerlang seperti di Jadual 1, permohonan adalah terbuka

kepada PPPS Gred DG41, Gred DG48, Gred DG52 dan Gred DG54 yang

berkhidmat di sekolah-sekolah menengah, IPGM, IAB dan KM.

4.2 Bagi kuota Guru Cemerlang Gred DG44 (KUP) di sekolah rendah adalah terbuka

kepada PPPS Gred DG41 yang sedang berkhidmat di sekolah rendah. Bagi

kuota Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP) di sekolah rendah, tawaran adalah

terbuka kepada PPPS Gred DG44 di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Walau bagaimanapun, jawatan Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP) di sekolah

rendah hanya ditawarkan kepada PPPS Gred DG44 ex-PPPLD sahaja.

5. Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus urusan

pemangkuan pada kali ini.

5.1 Syarat-Syarat Umum

5.1.1 Telah disahkan dalam perkhidmatan (bagi pemohon Guru Cemerlang ke

Gred DG44 (KUP) sahaja);

Page 3: Kementerian Pelajaran Malaysia Jemaah Nazir Dan Jaminan

3

5.1.2 Telah menerima surat kenaikan pangkat ke gred semasa (bagi

permohonan ke Gred DG48 (KUP), Gred DG52 (KUP), Gred DG54 dan

Gred Khas C (KUP);

5.1.3 Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan Nilaian

Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2006, 2007

dan 2008;

5.1.4 Bebas daripada tindakan tatatertib dan mahkamah (rujuk Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009);

5.1.5 Telah mengisytiharkan harta (tempoh sah laku 5 tahun);

5.1.6 Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM);

5.1.7 Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;

5.1.8 Lulus PTK yang ditetapkan mengikut gred-gred yang berkaitan seperti

berikut:

(a) Pemangkuan ke Gred DG44 (KUP): Lulus TK 1 atau TK 2 di Gred

DG41 (Keseluruhan Aras III atau IV);

(b) Pemangkuan ke Gred DG48 (KUP): Lulus TK 3 di Gred DG44

(Keseluruhan Aras III atau IV);

(c) Pemangkuan ke Gred DG52 (KUP): Lulus TK 4 di Gred DG48

(Keseluruhan Aras III atau IV); dan

(d) Pemangkuan ke Gred DG54 (KUP) : Lulus TK 5 di Gred DG52

(Keseluruhan Aras III atau IV).

Nota: Urusan pemangkuan GC akan diberi keutamaan kepada

calon lulus PTK. Walau bagaimanapun JPA melalui surat bil.

JPA(S) NP.134/8/3 Klt.14 (30) bertarikh 9 Ogos 2007 telah

memberi kelonggaran kepada calon-calon yang belum memenuhi

syarat lulus PTK boleh memohon urusan pemangkuan GC. Jika

calon-calon yang tidak lulus PTK itu ditawarkan pemangkuan GC

kelak, mereka perlu lulus PTK dalam tempoh dua (2) tahun

daripada tarikh pemangkuan. Jika tidak, pemangkuan mereka

akan ditarik balik.

5.1.9 Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Page 4: Kementerian Pelajaran Malaysia Jemaah Nazir Dan Jaminan

4

5.2 Syarat-syarat Khusus

5.2.1 Syarat-syarat khusus permohonan urusan pemangkuan bagi Guru

Cemerlang adalah seperti di Lampiran A1 bagi PPPS di sekolah rendah

dan Lampiran A2 bagi PPPS di sekolah menengah/ IPGM/ IAB/ KM.

6. Borang Permohonan

6.1 Pegawai-pegawai yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan

pemangkuan ini ataupun pegawai-pegawai yang telah dicalonkan oleh Ketua

Jabatan masing-masing untuk urusan pemangkuan ini hendaklah mengisi

Borang Permohonan Guru Cemerlang JNJK/PKIP/ 36/ 10 seperti di Lampiran

B. Maklumat lanjut mengenai pihak yang boleh memohon dan pihak yang boleh

membuat pencalonan adalah seperti di Jadual 3 berikut:

Jadual 3: Senarai Calon dan Pencalon

Bil Pihak yang

boleh

memohon

Pihak yang menjadi pencalon

1. Guru Sekolah Guru Besar/ Pengetua/ Pegawai Pelajaran Daerah

(PPD)/ Ketua Nazir Negeri, Jemaah Nazir dan

Jaminan Kualiti (JNJK)/ Pengarah Jabatan

Pelajaran Negeri (JPN)/ Ketua Nazir JNJK

2. Pensyarah KM Pengarah KM/ Pengarah Bahagian Matrikulasi/

Ketua Nazir JNJK

3. Pensyarah IPGM Pengarah IPGM/ Pengarah Bahagian Pendidikan

Guru (BPG)/ Ketua Nazir JNJK

4. Pensyarah IAB Pengarah IAB/ Ketua Nazir JNJK

6.2 Selain daripada itu, calon juga perlu mengemukakan satu (1) salinan dokumen

sokongan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing seperti

berikut:

6.2.1 Kad Pengenalan;

6.2.2 Surat kenaikan pangkat Gred DG44/ DG48/ Gred DG52/ Gred DG54

yang dikeluarkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan

Pelajaran (LKPPP);

6.2.3 Kelulusan akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan

Kedoktoran (Ph.D);

Page 5: Kementerian Pelajaran Malaysia Jemaah Nazir Dan Jaminan

5

6.2.4 Kelulusan ikhtisas;

6.2.5 Slip keputusan PTK (TK 1/ TK 2/ TK3/ TK 4/ TK 5);

6.2.6 Kenyataan oleh Ketua Jabatan (seperti di Lampiran C);

6.2.7 Kenyataan Perkhidmatan terkini;

6.2.8 Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/ Tabung Pendidikan (seperti di

Lampiran D); dan

6.2.9 Borang Tapisan Keutuhan SPRM (seperti di Lampiran T1).

7. Pegawai yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus seperti di para 5.1 dan 5.2 di

atas sahaja layak memohon. Semua pemohon diingatkan supaya mengisi Borang

Permohonan Guru Cemerlang (JNJK/PKIP/36/10) dengan lengkap dan betul, disertakan

bersama dengan dokumen sokongan seperti yang dikehendaki.

7.1 Pemohon daripada sekolah rendah dan menengah hendaklah mengemukakan

permohonan melalui Pengetua/Guru Besar masing-masing dan dikemukakan

kepada Ketua Nazir Negeri sebelum atau pada jam 5.30 petang, Jumaat, 29

Januari 2010.

7.2 Pemohon daripada sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya, IPGM, IAB

dan KM hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-

masing dan dikemukakan kepada Ketua Nazir JNJK, Putrajaya sebelum atau

pada jam 5.30 petang, Jumaat, 29 Januari 2010.

8. Peranan Ketua Jabatan

8.1 Kerjasama Ketua Jabatan adalah dipohon untuk melaksanakan perkara-perkara

berikut:

8.1.1 Menghebah dan memaklumkan urusan pemangkuan ini kepada semua

pegawai di bawah penyeliaan masing-masing yang layak mengikut

syarat-syarat yang ditetapkan di para 5.1 dan 5.2 di atas;

8.1.2 Menyemak serta memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang

diberikan oleh calon;

8.1.3 Memastikan calon mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan

LNPT tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2006, 2007 dan 2008. Manakala

bagi pegawai yang cuti belajar, cuti tanpa gaji atau cuti sakit

berpanjangan melebihi 180 hari pada tahun berkenaan, Ketua Jabatan

diminta mengemukakan markah LNPT pada tahun sebelumnya;

8.1.4 Mengisi dan membuat ulasan secara terperinci mengenai keistimewaan

calon di ruangan perakuan Ketua Jabatan dalam borang permohonan;

Page 6: Kementerian Pelajaran Malaysia Jemaah Nazir Dan Jaminan

6

8.1.5 Mengemukakan hanya permohonan yang memenuhi syarat umum dan

syarat khusus seperti di para 5.1 dan 5.2 di atas;

8.1.6 Memastikan permohonan yang dikemukakan disertakan dengan

dokumen sokongan seperti di para 6;

8.1.7 Mengemukakan permohonan calon sekolah rendah dan sekolah

menengah kepada Ketua Nazir Negeri (rujuk Lampiran E);

8.1.8 Mengemukakan permohonan calon sekolah-sekolah Wilayah

Persekutuan Putrajaya, IPGM, IAB dan KM kepada Ketua Nazir JNJK,

Putrajaya (rujuk Lampiran E); dan

8.1.9 Calon yang memenuhi syarat di atas sahaja akan dinilai dan dipantau.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh

sembilan (9) bulan selepas iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka adalah tidak berjaya.

9. Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini

bolehlah dirujuk kepada pegawai-pegawai dari Unit Guru Cemerlang, JNJK, KPM seperti

berikut:

9.1 Puan Normah binti Ismail - 03-8884 4197 /03-8884 4268

9.2 Encik Zulkifli bin Nordin - 03-8884 4490

9.3 Encik Abd Aziz bin Ahmad - 03-8884 4249

10. Di atas segala kerjasama Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berikan dalam

melancarkan urusan ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t

(DATO’ MISRAH BIN HAJI IBRAHIM)

Ketua Nazir

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

b.p Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 7: Kementerian Pelajaran Malaysia Jemaah Nazir Dan Jaminan

7

Salinan Kepada:

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Menteri Pelajaran Malaysia Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia I Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia II

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan & Kewangan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Dasar & Pembangunan Pendidikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Pembangunan dan Profesionalisme Keguruan Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

12. SARAWAK TEACHERS’ UNION (STU) (Presiden) Encik William Ghani Bina 139A, Tingkat 1, Rock Road 93200 Kuching, Sarawak

13. MAJLIS PENGETUA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH CONFORMING (YDP) Encik Phang Yoon Ming SMJK Sam Tet, No. 5, Jalan Gereja 30300 Ipoh, Perak

14.

KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK (KGBS)

(Presiden) Encik Ahmad bin Malie

SMK DPHA Gapor, Jln Tun Jugah, 93350 Kuching, Sarawak

15. PERSATUAN PENGELOLA PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (PPPSM) (TYDP) Tn. Hj. Hussin bin Mustaffa PPD Kluang, No.424, Jalan Sekolah 86000 Kluang, Johor

Page 8: Kementerian Pelajaran Malaysia Jemaah Nazir Dan Jaminan

8

16. MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN (MGKK) (YDP) En. Zamzan bin Omar SMKA Pedas 71400 Pedas, Negeri Sembilan

17. KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN (KPPK/NUTP) (Presiden) Sdr.Lt.Kdr. Hashim bin Adnan 13 & 15 Jalan Murai Dua, Kompleks Batu off Jalan Ipoh 51100 Kuala Lumpur

18. KESATUAN GURU-GURU KERAJAAN SABAH (KGKS) (Presiden) Encik Mohd.Yussof bin Mattaim SK Kg. Contoh Petagas, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

19. BADAN PERHUBUNGAN PEGAWAI-PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH/ GABUNGAN KEBANGSAAN (YDP) Tn. Hj Khalid bin Ahmad PPD Utara/Tengah, Jalan Permatang Pasir 13500 Permatang Pauh, Seberang Prai, Pulau Pinang

20. KESATUAN KEBANGSAAN GURU BAHASA MELAYU SEMALAYSIA (KKGBMS) (Presiden) Tn. Hj. Megat Md. Salleh Bin Md. Arshad Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 5, Blok E15 Parcel E, 62604 Putrajaya

21. GABUNGAN PERSATUAN GURU-GURU SEKOLAH CINA MALAYSIA (GPGSCM) (Presiden) Encik Ong Chiow Chuen Lot 5, Seksyen 10, Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor

22. KESATUAN GURU-GURU SABAH (KGS) (Presiden) Encik Suhaimi bin Hj. Othman PPG Sandakan, Tingkat 5 Rumah Persekutuan, Beg Berkunci 02 90500 Sandakan, Sabah.

23.

KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU AGAMA MALAYSIA BARAT (KKGAMB)

Page 9: Kementerian Pelajaran Malaysia Jemaah Nazir Dan Jaminan

9

(Presiden) Tn. Haji Malek bin Hassan PPD Padang Terap/Pendang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

24. KESATUAN PEGAWAI-PEGAWAI SEMENANJUNG PERKHIDMATAN PELAJARAN SARAWAK(KPPS) (YDP) Tuan Haji Rahim bin Ibas SMK (BM) Saratok 95400 Sarawak.

25. KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH TAMIL MALAYA (KKGST) (Presiden) Encik P.Dharmalingam 38 Jalan, SG 8/5, Taman Sri Gombak 68100 Batu Caves, Selangor

26. PERSATUAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (PKPSM) (Presiden) Tuan Haji Azam Bin Md Atan Pengetua Kanan SMK Dato’ Abdul Razak, Sg. Gadut 71450 Seremban, N.Sembilan

27.

KESATUAN GURU-GURU MALAYA (KGM) (Presiden) Encik Wong Yow Pin SJK(C) Yin Sing 31700 Malim Nawar, Perak

28. PERSATUAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH SARAWAK (YDP) Pn. Hajah Mastura bt Haji Anuar SMK Tun Abang Haji Openg Jalan Demak Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak

29. PERSATUAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH SABAH (PPSMS) (Presiden) En. Liasin bin Kaloh SMK Sikuati, Kota Marudu Peti Surat 319, 89058, Kudat, Sabah

30.

PERSATUAN GURU BESAR SJK (TAMIL) MALAYSIA (Pengerusi) En. Dorasamy a/l Perumal SRJT Kajang, Jalan Kolam Air 43000 Kajang, Selangor

31. PERSATUAN GURU-GURU VOKASIONAL DAN TEKNIK MALAYSIA (PRESIDEN) En. Mohd. Mohradi bin Mohd. Mohlas d/a Sek. Men. Teknik Kajang, Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor