keledek gendut, telong & jalomas

20

Click here to load reader

Upload: joeharry77

Post on 05-Jul-2015

412 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

PENILAIAN IMPAK PENGGUNAAN KELEDEK VARIETI GENDUT, TELONG DAN JALOMAS DI KALANGAN PETANI DI MALAYSIA

Mohd Johaary Abdul Hamid, Norhafizah Abd Karim & Abu Kasim AliEconomics & Technology Management Research Centre, MARDI

ABSTRACT

A study of 25 farmers on the impact of technology utilization on sweet potato varieties (Gendut, Telong and Jalomas) had indicated that only 36 % of them had made use of the technology for these varieties on their farms. The farmers had been aware of these varieties and had accepted them to be grown on their farms. A majority of them had started growing the sweet potatoes in the years 2005 and 2006 (especially for the varieties Telong and Jalomas). It was found that the information on the varieties had come from government agencies, with 28% coming from MARDI, 24 % from DOA, 12 % from LPP and 4% from other sources. Whilst, 40% of the respondents quoted other sources comprising information from friends and neighbors. DOA had given advisory services to 28% of the farmers, whilst MARDI and LPP both contribute 16 % for this. Problem solving services by these agencies made up 28%, 12.0% and 8.0%, respectively for the respondents. A statistical Chi-Squared test of proportions showed a non-significant result on the number of farmers that were satisfied with increased production. The assessment of the varieties showed that the strength of the production technology lay in the prevention of pests and diseases when planted rotation with other short-term crops (82.1%), harvestable at 3.5 - 4 months (78.6%) after planting, damage-resistant seeds (77.5%), the variety easily managed (76.0%), marketable (75.0%), the seeds easily obtainable (69.6%) and reasonably priced (66.7%). The variety also fetched a quality is better than others (64.2%) and high price in the market (57.7%). However, the weaknesses of these sweet potatoes lay in the high cost of production (56.0%), low yield (56.0%) and its low resistant to pests and diseases (52.0%). These setbacks were the main reasons for the farmers discontinuing their planting of the varieties. Thus, researchers must come up with a new variety with the potential to be cost and production efficient, high yielding, and has a high resistance to pests and diseases. Currently, sweet potato has a great potential of replacing tobacco as a cash crop. Hence, the agencies and the public sector must collaborate to overcome the setbacks involve and build factories which can add value to the commodity.

Key word: impact study, technology, sweetpotato variety, farmer

1

Page 2: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

ABSTRAK

Kata penunjuk : kajian impak, teknologi, varieti keledek, petani

2

Page 3: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

PENGENALAN

Keledek (Ipomoea batatas (L.) Lam.) merupakan sejenis tanaman singkat

masa (short-term crops) yang ditanam sama ada secara komersial atau kecil-

kecilan. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh FAO, pengeluaran ubi

keledek dunia pada tahun 2004 adalah berjumlah 127,000,000 tan metrik.

Daripada jumlah itu, negara China merupakan negara pengeluar utama iaitu

sebanyak 83.0% daripada pengeluaran keledek dunia.

Di Malaysia, negeri-negeri pengeluar utama keledek ialah negeri Perak

diikuti oleh Johor dan Kelantan. Pada tahun 2004, jumlah pengeluaran ubi

keledek negara adalah 16,958 metrik/tan yang bernilai RM 17,975 (Jabatan

Pertanian Malaysia, 2004). Walaupun jumlah pengeluaran keledek pada tahun-

tahun selepas itu agak stabil, tetapi jumlah import keledek masih lagi tinggi iaitu

7,830 metrik/tan berbanding dengan jumlah eksportnya iaitu 2,061 metrik/tan

(Global Trade Atlas, 2007). Negara utama pengimport keledek daripada

Malaysia ialah Singapura, manakala negara pengeksport keledek utama ke

Malaysia ialah Thailand dan Indonesia.

Menurut Tan (1999), kemerosotan hasil keledek di Malaysia disebabkan

oleh beberapa faktor di antaranya : serangan kumbang perosak, penyakit,

bengkak akar (nematod), allelopathy serta faktor-faktor lain yang tidak dapat

dipastikan. Di antara beberapa varieti keledek yang telah mengalami

kemerosotan hasilnya adalah daripada varieti Gendut, Bukit Naga dan Kuala

Bikam 1 (Chung 1998).

3

Page 4: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

Komoditi keledek sesuai di tanam di atas tanah bris, tanah mineral, bekas

tanah lombong, tanah asid sulfat serta tanah gambut. Keledek boleh dibiakkan

melalui dua cara iaitu melalui ubi dan keratan. Kebiasaannya, petani

menggunakan kaedah keratan kerana ia mudah dan murah. Bagi mendapatkan

hasil tanaman yang terbaik, amalan-amalan seperti penanaman di ladang,

kawalan rumpai serta pembajaan perlu diberi penekanan yang sewajarnya oleh

petani. Dengan mengamalkan teknik yang betul, hasilnya boleh dituai dalam

masa tiga setengah hingga empat bulan selepas penanaman (MARDI 2006).

Di antara beberapa varieti keledek yang popular pada masa kini di negara

kita adalah Gendut, Jalomas, Telong, Bukit Naga, Kuala Bikam 1, Susu Lembu,

Ubi Biru, Jepun serta Pahang (Ubi Merah). Terkini, varieti keledek baru yang

diisytiharkan oleh MARDI adalah VitAto yang telah disempurnakan oleh Y.B Tan

Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Stesen MARDI

Telong, Kelantan pada tanggal 12 Jun 2007 yang lalu.

Varieti keledek Gendut merupakan keledek yang telah di isytihar oleh

MARDI pada tahun 1994, manakala varieti Telong dan Jalomas pula di isytihar

pada 9 Oktober 2000. Keistimewaan varieti Gendut adalah ciri-ciri kulitnya

berwarna perang kekuningan, licin dan isi ubi yang berwarna kuning serta

mempunyai rasa yang kurang manis yang amat bersesuaian untuk

menggantikan ubi kentang dengan dijadikan sebagai jejari goreng (french fries).

Di samping itu, varieti ini juga sesuai dijadikan sebagai inti kuih karipap dan

kegunaan yang lain kerana salah satu ciri keledek ini ialah isinya tidak mudah

kembang apabila direbus. Ia boleh dituai selepas 3.5 hingga 4 bulan dengan

memberi hasil ubi basah sebanyak 20 hingga 25 t/ha.

4

Page 5: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

Bagi varieti Telong dan Jalomas pula, keistimewaannya ialah ia

mempunyai kandungan kanji yang tinggi (Telong – 27% kanji dan Jalomas –

25% kanji), dan sesuai diproses untuk dijadikan makanan ternakan. Selain itu,

kedua-dua varieti keledek ini juga boleh diproses menjadi tepung pra-campur

(pre-mix) kerana ia mengandungi kadar penukaran daripada ubi kepada tepung

yang lebih tinggi berbanding varieti tempatan yang lain. Tepung pra-campur

boleh diproses menjadi produk makanan yang bertambah nilai (value-added)

seperti roti, bahulu, snek semperit, ubi keledek bersalut, jejari (fries), kaya, tapai

dan kanji. Selain itu, varieti ini juga menunjukkan kerentanan sederhana

terhadap penyakit keruping (scab) yang dibawa oleh kulat Elsinoe batatas. Di

samping itu, di antara kelebihan varieti Jalomas adalah ia mengandungi

kandungan karotena yang sederhana tinggi. Ciri ini amat dikehendaki oleh

sistem badan manusia kerana sistem antioksidanya amat berfaedah kepada

kesihatan.

Memandangkan varieti keledek ini sudah di isytihar lebih kurang sepuluh

tahun, kajian terhadap varieti keledek ini telah dilakukan bagi menilai maklum

balas daripada penanam. Kajian ini dijalankan untuk (i) menilai prestasi

teknologi-teknologi keledek di peringkat pengguna berbanding potensi yang

dijangkakan; (ii) menentukan kepuasan petani terhadap prestasi teknologi ini dan

peningkatan terhadap pengeluaran hasil; (iii) mengukur tahap penerimaan

teknologi keledek ke atas pengguna; (iv) mengumpul maklum balas berkenaan

kekuatan dan kelemahan keledek dan (v) mencadangkan strategi meningkatkan

penanaman keledek di negara ini bagi mencapai sasaran imbangan

5

Page 6: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

perdagangan keledek seperti yang digariskan dalam Pelan Imbangan Dagangan

(BOT) 2010.

METODOLOGI

Temu bual bersemuka dengan petani yang pernah atau sedang mengusahakan

varieti keledek ini telah dilakukan pada pertengahan tahun 2006 hingga awal

tahun 2007 dengan menggunakan soal-selidik berstruktur. Soal selidik

merangkumi lima bahagian iaitu profil teknologi, kefahaman teknologi, penilaian

teknologi, profil responden dan profil ladang / kebun.

Definisi ‘teknologi’ keledek bagi kajian impak ini hanya tertumpu pada

varieti keledek Gendut, Telong dan Jalomas sahaja dan bukan kepada

keseluruhan pakej teknologi yang digunakan. Penilaian terhadap prestasi

keledek diukur dengan menemu ramah petani yang masih menanam serta tidak

lagi menanam varieti keledek tersebut dengan mengukur tahap kepuasan hati

mereka mengenai potensi yang dimilikinya. Perbandingan di antara ciri-ciri

keledek itu dengan keledek jenis lain juga turut dinilai bagi mengetahui tahap

prestasinya sama ada ianya lebih baik atau kurang baik. Di samping itu,

prestasinya turut diukur sejauh mana kemahuan petani untuk terus menanam

keledek pada masa hadapan atau pun mahu bertukar kepada tanaman lain.

Responden dipilih berdasarkan pensampelan rawak mudah terhadap

semua pengguna teknologi ini yang berjumlah 46 orang. Sumber maklumat

mengenai bilangan petani yang mengusahakan penanaman varieti keledek ini

diperoleh daripada pejabat MARDI negeri, Jabatan Pertanian serta rakan-rakan

atau jiran petani yang menanam keledek.

6

Page 7: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

PENEMUAN & PERBINCANGAN

Purata responden berumur dalam lingkungan 54.5 tahun dan purata mereka

terlibat dengan aktiviti pertanian pula ialah selama 14.6 tahun. Kebanyakan

responden melakukan aktiviti pertanian menanam keledek secara sepenuh masa

(60.0%). Majoriti petani terdiri daripada bangsa Melayu (72.0%), Cina (24.0%)

dan lain-lain (4.0%) di mana lelaki (96.0%) dan perempuan (4.0%). Daripada

aspek tahap pendidikan, majoriti responden memiliki kelulusan minimum

sekurang-kurangnya tamat sekolah rendah (80.0%) dan sekolah menengah

(20.0%). Anggaran purata pendapatan responden pula adalah RM 909.17 di

mana kebanyakan mereka memperoleh modal hasil daripada simpanan sendiri

(84.0%).

Prestasi Keledek Varieti Gendut, Telong dan Jalomas

Responden telah ditanya mengenai tahap prestasi keledek varieti ini dengan

mengukur sama ada mereka masih menggunakan teknologi keledek ini atau

tidak. Tahap kepuasan hati responden terhadap keledek ini juga turut diukur

untuk menentukan prestasinya. Perbandingan ciri-ciri keledek ini dengan keledek

daripada jenis lain turut disoal untuk mengetahui tahap prestasinya sama ada

ianya lebih baik ataupun kurang baik. Di samping itu, kemahuan petani sama

ada hendak terus menanam keledek varieti ini pada masa hadapan ataupun

tidak turut dinilai bagi mengetahui sejauh mana tahap prestasinya.

Kebanyakan responden (60.9%) sudah tidak lagi menggunakan varieti

keledek ini, berbanding yang masih menggunakannya (39.1%). Walaupun

majoriti pengguna varieti ini sudah tidak lagi menanamnya, tetapi kebanyakan

7

Page 8: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

responden berpuas hati dengan prestasi teknologi keledek ini (79.2%)

berbanding responden yang tidak berpuas hati (20.8%). Justeru itu, tidak

hairanlah mengapa responden berhasrat untuk menggunakan varieti keledek ini

pada masa-masa akan datang (62.5%). Hanya 29.2% sahaja yang tidak mahu

menggunakannya lagi, manakala 8.3% masih belum pasti.

Majoriti penanam yang menggunakan varieti ini pernah menggunakan

varieti daripada keledek jenis lain (56.0%). Setelah dibuat perbandingan di

antara keledek varieti ini dengan keledek daripada jenis lain yang pernah

ditanam oleh responden, didapati bahawa tiada perbezaan ketara di antara

keledek varieti ini dengan keledek daripada jenis lain. Ini menunjukkan secara

umumnya, keledek varieti ini dengan ciri-cirinya yang unik masih belum dapat

mempengaruhi minat orang ramai untuk menggunakannya.

Kepuasan Petani Terhadap Prestasi Teknologi Ini Dan Peningkatan

Terhadap Pengeluaran Hasil

Tahap perhubungan di antara kepuasan petani terhadap prestasi teknologi ini

dengan peningkatan terhadap peningkatan pengeluaran hasilnya diukur dengan

menggunakan alat statistik Chi-Square (Rujuk Jadual 1). Berdasarkan jadual,

didapati bahawa, tidak ada sebarang perhubungan yang signifikan di antara

kepuasan petani terhadap prestasi teknologi dengan peningkatan hasil

pengeluarannya. Ini kerana, peratusan bagi mereka yang berpuas hati terhadap

prestasi teknologi ini adalah tinggi iaitu 78.95% berbanding dengan peratusan

responden yang hasilnya meningkat yang menunjukkan bilangan yang rendah

8

Page 9: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

iaitu 31.58%. Oleh yang demikian, tiada sebarang perhubungan yang signifikan

di antara keduanya.

Jadual 1 : Perhubungan Di Antara Kepuasan Petani Terhadap Prestasi Teknologi Ini Dan Peningkatan Terhadap Pengeluaran Hasil

KEPUASAN

HASIL MENINGKAT

TIDAK YA JUMLAH & PERATUS

TIDAK 3 10 1368.42%

YA 1 5 631.58%

JUMLAH &PERATUS

421.05%

1578.95%

19100 %

Frequency Missing = 5

Tahap Penerimaan Keledek Varieti Gendut, Telong dan Jalomas

Tahap penerimaan keledek ini diukur berdasarkan tahun responden mula tahu

mengenainya serta tindakan untuk mula menanamnya. Di samping itu, sumber

atau saluran bagaimana maklumat berkaitan keledek diperoleh oleh petani turut

diukur penerimaannya melalui jabatan/agensi kerajaan serta sumber-sumber

lain. Penyampaian maklumat berkaitan dengan sumber benih diperoleh, khidmat

nasihat serta rujukan permasalahan yang ditimbulkan oleh petani turut diukur

melalui jabatan/agensi kerajaan yang berkaitan. Butiran responden yang mula

mengetahui mengenai keledek dan mula menanamnya seperti yang terdapat di

dalam Jadual 2.

9

Page 10: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

Jadual 2 : Kesedaran Mengenai Keledek Varieti Gendut, Telong dan Jalomas

MULA TAHU & MULA TANAM

TAHUNFrekuensi Peratus (%)

Peratus Kumulatif (%)

1994 – 1999 4 19.0 19.0

2000 – 2004 4 19.0 38.1

2005 – 2006 13 62.0 100

JUMLAH 21 100.0

Jadual ini menunjukkan bahawa, walaupun varieti ini diperkenalkan pada tahun

1994, selepas lima tahun (1999), peratus petani yang mengetahui varieti ini dan

mula menanamnya agak rendah (19.0%). Begitu juga pada tahun 2000 – 2004 ,

peratus yang menanamnya juga tiada peningkatan yang ketara (19.0%).

Peratusan yang rendah ini, memerlukan penelitian terperinci terhadap

keberkesanan sistem penyampaian sedia ada. Daripada tahun 2005 hingga

tahun 2006, hampir 62.0% responden daripada 25 petani yang dikaji telah

menanam varieti keledek ini. Kadar penerimaan yang tinggi ini menunjukkan

bahawa, varieti keledek ini sudah mula mendapat perhatian daripada kerajaan

kerana potensinya yang besar iaitu sebagai salah satu tanaman alternatif bagi

menggantikan industri tembakau yang semakin suram.

Jadual 3 memaparkan sumber atau saluran bagaimana maklumat

berkaitan keledek diperoleh.

10

Page 11: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

Jadual 3 : Sumber atau saluran maklumat mengenai teknologi keledek ini diperoleh

Bil Jabatan / Agensi Kerajaan Peratus (%)1. MARDI 41.22. Jabatan Pertanian 35.33. LPP 17.64 Lain-lain 5.9Bil Sumber-Sumber Lain Peratus (%)1. Rakan/saudara 90.92. Lain-lain 9.1

Dalam kategori jabatan / agensi kerajaan didapati bahawa, MARDI telah

memainkan peranan yang begitu besar di dalam penyebaran maklumat teknologi

keledek ini di mana 41.2% responden memperoleh maklumat daripada mereka,

diikuti oleh Jabatan Pertanian (35.3%) dan LPP (17.7%) serta beberapa sumber

lain seperti yang ditunjukkan di dalam jadual.

Jadual 4 menunjukkan punca petani memperoleh sumber benih, khidmat

nasihat serta rujukan permasalahan berkaitan dengan keledek varieti ini.

Jadual 4: Sumber Memperoleh Benih, Khidmat Nasihat Serta Rujukan Permasalahan Bil Agensi / Jabatan Sumber

Memperoleh Benih (%)

Khidmat Nasihat (%)

Rujukan Permasalahan (%)

1 Jabatan Pertanian 17.6 50.0 53.82. MARDI 35.3 14.3 23.13. LPP 11.8 14.3 15.44. Lain-lain 35.3 21.4 7.7

Terdapat tiga agensi yang utama iaitu Jabatan Pertanian, MARDI dan LPP yang

menjadi tempat bagi responden memperoleh sumber benih, menerima khidmat

nasihat serta rujukan permasalahan berkaitan dengan keledek. Sumber benih

utama petani diperoleh daripada MARDI serta daripada sumber lain-lain (35.3%).

Ia diikuti Jabatan Pertanian (17.6%) dan LPP (11.8%). Daripada aspek khidmat

11

Page 12: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

nasihat pula, majoriti petani menggunakan khidmat daripada Jabatan Pertanian

(50.0%) berbanding MARDI dan LPP (14.3%). Jabatan Pertanian (53.8%) juga

merupakan sumber rujukan utama petani dalam mengatasi masalah mereka

diikuti MARDI (23.1%) dan LPP (15.4%).

Kekuatan dan Kelemahan Penggunaan Keledek Varieti Ini

Petani telah diajukan soalan-soalan sama ada mereka bersetuju dengan

pernyataan yang mewakili kekuatan dan kelemahan keledek varieti ini.

Penggunaan jadual berfrekuensi (kadar peratusan) telah digunakan bagi

mengukur tahap petani sama ada mereka bersetuju atau pun tidak bersetuju

dengan pernyataan yang diberikan. Kekuatan dan kelemahan keledek,

berdasarkan pendapat petani dipapar di Jadual 5 dan Jadual 6.

Jadual 5 : Kekuatan Keledek Varieti Ini Daripada Perspektif Responden

Perkara Kelebihan Peratus Responden (%)

1. Ditanam secara bergilir untuk mengelakkan serangan penyakit dan perosak

82.1

2. Hasil boleh dituai dalam masa 3.5 – 4 bulan 78.63. Benih tidak mudah rosak 77.54. Penjagaan ladang mudah 76.05. Senang di pasarkan / permintaan tinggi 75.06. Senang memperoleh benih 69.67. Harga benih berpatutan 66.78. Kualiti lebih baik daripada keledek jenis lain 64.29. Pendapatan memuaskan / harga tinggi 57.7

Berdasarkan Jadual 5, keledek varieti ini mempunyai banyak kelebihan dan

kekuatan menurut perspektif responden dan yang paling utama ialah ia ditanam

secara bergilir untuk mengelakkan daripada serangan penyakit dan perosak

(82.1%). Selain itu, responden menyatakan hasilnya boleh dituai dalam masa 3.5

12

Page 13: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

– 4 bulan (78.6%), benihnya tidak mudah rosak (77.5%) dan penjagaan ladang

juga adalah lebih mudah iaitu sebanyak 76.0%. Tambahan pula, hasilnya yang

senang di pasarkan / mendapat permintaan tinggi (75.0%) juga turut menjadi

faktor penggalak responden menanamnya.

Kelebihan keledek varieti ini termasuklah senang memperoleh benih

(69.6%) serta harga benihnya yang berpatutan (66.7%). Di samping itu,

kualitinya yang lebih baik daripada keledek jenis lain (64.2%) seperti boleh

dijadikan jejari goreng (Gendut) dan sesuai diproses untuk dijadikan makanan

ternakan serta tepung pra-campur (Telong dan Jalomas). Pendapatan

memuaskan / harganya yang tinggi di pasaran (57.7%) juga turut mempengaruhi

pandangan responden mengenai kekuatan terhadap teknologi ini. Petani juga

berpendapat bahawa, keledek ini mempunyai kelemahannya (Jadual 6).

Jadual 6 : Kelemahan Keledek Daripada Perspektif Responden

Perkara Kelemahan Peratus Responden (%)

1. Kos pengeluaran tinggi 56.02. Hasil rendah 56.03. Tidak rintang terhadap penyakit dan

perosak52.0

Faktor utama kelemahan ialah kos pengeluaran yang tinggi serta hasilnya yang

rendah (56.0%). Di samping itu, ke tidak rintangan nya terhadap penyakit dan

perosak (52.0%) juga turut memberi dampak negatif. Di antara perosak yang

agak kerap menyerang keledek jenis ini ialah ulat pengorek tanah dan juga

kumbang keledek. Walau bagaimanapun, penyakit seperti keruping, rekahan,

lepuh daun dan akar membengkak (nematod) agak jarang menyerang keledek.

13

Page 14: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian serta analisis yang dilakukan, didapati bahawa majoriti

responden sudah tidak lagi menanamnya. Faktor-faktor kelemahan varieti inilah

yang menjadi penyebab utama mereka tidak menanam keledek varieti ini lagi.

Walau bagaimanapun, kebanyakan responden masih berpuas hati dengan tahap

prestasinya serta bercadang untuk menggunakannya lagi pada masa-masa akan

datang.

Kelemahan utama yang dikenal pasti bagi varieti ini ialah kos pengeluaran

yang tinggi, hasilnya yang rendah dan tidak rintang terhadap penyakit dan

perosak. Bagi mengatasi kos pengeluaran yang tinggi, penggunaan input yang

cekap serta peningkatan tahap produktiviti perlu dilakukan bagi mengurangkan

kos pengeluaran yang ditanggung oleh petani. Di antara salah satu faktor yang

boleh menjadi penyumbang kepada pengurangan kos pengeluarannya adalah

dengan pemberian subsidi baja dan racun ataupun memberi separuh harga

kepada petani bagi menampung kos racun dan baja yang ditanggung daripada

agensi-agensi yang berkaitan.

Bagi mengatasi masalah serangan penyakit dan perosak (MARDI 2006),

ia boleh diatasi dengan menggunakan bahan kimia seperti Benomyl bagi

mencegah penyakit keruping serta penyakit lepuh daun. Bagi mencegah perosak

seperti ulat pengorek tanah adalah disyorkan dengan menabur butiran racun

Carbofuran serta menyembur racun kulat (Benlate, Copper oxychloride &

Maneb) bagi mencegah perosak seperti kumbang keledek (Cylas formicarius).

Amalan kultur juga boleh dilakukan bagi mengawal serangan penyakit dan

14

Page 15: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

perosak ini seperti mengamalkan kebersihan ladang serta melakukan sistem

giliran tanaman dengan menanam tanaman singkat masa yang lain seperti cili,

sayur, jagung, tembakau dan sebagainya. Di samping itu, dengan menggunakan

keratan benih yang bebas daripada penyakit serta menghapuskan pokok yang

berpenyakit juga dapat mencegah keledek daripada diserang penyakit dan

perosak.

Varieti keledek ini juga boleh ditingkatkan lagi kualitinya melalui

penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan secara berterusan oleh

MARDI. Di antara beberapa kajian yang perlu dilakukan bagi meningkatkan daya

saing keledek dengan keledek daripada jenis lain adalah dengan menjadikan

saiznya yang lebih besar, rasanya yang lebih manis, kandungan kanji yang lebih

tinggi, kandungan karotenoid (vitamin A) yang lebih tinggi yang bermanfaat

kepada kesihatan serta hasilnya yang lebih tinggi dan cepat matang.

Cabaran bagi mengatasi masalah berkaitan keledek boleh dilakukan

melalui kerjasama yang mantap di antara agensi kerajaan seperti MARDI,

Lembaga Tembakau Negara (LTN), Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan

Peladang (LPP) serta sektor swasta. Di antara kerjasama yang boleh diwujudkan

adalah dengan melakukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara

berterusan bagi menghasilkan klon atau varieti keledek yang berkualiti yang

rintang terhadap penyakit dan perosak, mewujudkan sistem penghasilan benih

keledek yang lebih terancang bagi memudahkan benih diperoleh oleh petani

serta pemberian subsidi dalam bentuk benih, baja atau racun kepada petani bagi

mengurangkan kos pengeluaran yang dihadapi.

15

Page 16: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

Keprihatinan agensi kerajaan dalam melihat potensi tanaman keledek

yang begitu besar telah menjadikan ianya sebagai salah satu komoditi pilihan

yang sedang giat dibangunkan oleh Lembaga Tembakau Negara (LTN) selain

daripada komoditi kenaf, ubi kayu, ubi dan sebagainya. Ini kerana,

kemampuannya untuk ditambah nilai serta potensinya yang besar telah

menjadikan tanaman keledek amat sesuai untuk digantikan dengan tanaman

tembakau.

Inisiatif yang diambil oleh Lembaga Tembakau Negara (LTN) untuk

menambah nilai keledek varieti Gendut, Telong dan Jalomas adalah dengan

mendirikan kilang memproses keledek dan ubi kayu di Bachok, Kelantan. Ianya

terkandung di bawah polisi pertanian kerajaan negeri Kelantan untuk

membangunkan projek `inter-crop’ bagi tanaman keledek, ubi kayu dan ubi

dengan tanaman tembakau di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Sehubungan itu, sokongan teknikal daripada MARDI khususnya serta

penglibatan daripada agensi-agensi swasta lain seperti Shaari Food Sdn Bhd

dan Sweet Vision Sdn Bhd yang bersetuju untuk melabur bagi membangunkan

kilang di Bachok, Kelantan diharap dapat menjadi pemangkin terhadap

kebangkitan lebih ramai pengusaha keledek di Malaysia. Adalah menjadi

harapan, dengan terbinanya kilang ini nanti ia dapat memberi sinar baru kepada

aktiviti pertanian negara khususnya terhadap komoditi keledek yang semakin

dipandang sepi.

Sekiranya kilang keledek ini dapat direalisasikan serta memberikan

pulangan yang lumayan, kemungkinan besar ianya boleh dijadikan sebagai

16

Page 17: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

model terbaik yang dapat membuka mata banyak pihak terutamanya daripada

agensi swasta untuk melabur dalam sektor pertanian kerana potensinya yang

cukup besar. Ini secara tidak langsung dapat mengimbangi perdagangan

makanan (BOT 2010) yang ditanggung oleh negara kerana kebanyakan produk

ubi serta keledek yang diproses adalah di import dari negara luar.

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada Pengarah Pusat Penyelidikan

Ekonomi dan Pengurusan Teknologi (ET), YM Tengku Mohd Ariff Tengku Ahmad

serta Timbalan Pengarah ET01 & ET02 yang sudi membantu dan meneliti

laporan untuk kajian ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pembanci-

pembanci seperti saudara Arbain Ab Rahman dan Salam Ahmad yang

membantu melakukan survei serta Dr. Tan Siew Lian yang banyak memberi

input berguna kepada penulis.

17

Page 18: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

RUJUKAN

MARDI (2006) Anggaran Kos Pengeluaran dan Pendapatan Bagi Tanaman Kontan. Kuala Lumpur. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Tan,S.L (1999) Problems Related to Yield Performance Decline in Sweetpotato in Malaysia. Food & Industrial Crops Research Centre. Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI)

Chung,C.W (1998) Sweetpotato cultivation on tin-sailings: Kuala Bikam New Village, Batang Padang District, Perak State . Unit Pembangunan Teknologi Wilayah Utara. Pejabat Pertanian.

18

Page 19: Keledek Gendut, Telong & Jalomas

19