kelab seni & budaya smkptj_ gamelan melayu

5
8/10/2015 Kelab Seni & Budaya SMKPTJ: Gamelan Melayu http://senibudayasmkptj.blogspot.com/2012/06/gamelanmelayu.html 1/5 Kelab Seni & Budaya SMKPTJ Sunday, 17 June 2012 Gamelan Melayu Sejarah Gamelan Melayu Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke‐18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan. Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu. Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada Kelab Seni Budaya SMKPTJ Ditubuhkan pada tahun 2004, Nadi Penggerak : Murshidee Md Ramli, Zainol Hashim, Ahmad Firdaus Din, Wan Mohd Kamil Mohd Yusoff, Che Jamilah Abdul, Raziela Razali. View my complete profile Profil 2012 (11) June (11) Program Gala Ko Kurikulum Peringkat Kebangsaan 201... Lawatan Persembahan & English Camp ke Songkhla, Th... Lawatan Persembahan & English Camp ke Songkhla, Th... Kunjungan Tetamu dari Tessaban One School, Songkhl... Rakaman Program Dewan & Bahasa Kuala Lumpur Rakaman Boria RTM oleh Purnama Pictures Rakaman Boria Mutiara FM RTM Pulau Pinang KARNIVAL PEMBANGUNAN INSAN SEKOLAH‐SEKOLAH KLUSTER... Gamelan Melayu Sejarah & Tatacara Boria Pulau Pinang CARTA ORGANISASI PELAJAR TAHUN 2012 Blog Archive 0 More Next Blog» Create Blog Sign In

Upload: nur-syafiqah

Post on 12-Jan-2016

60 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

Page 1: Kelab Seni & Budaya SMKPTJ_ Gamelan Melayu

8/10/2015 Kelab Seni & Budaya SMKPTJ: Gamelan Melayu

http://senibudayasmkptj.blogspot.com/2012/06/gamelanmelayu.html 1/5

Kelab Seni & Budaya SMKPTJ

Sunday, 17 June 2012

Gamelan Melayu

Sejarah Gamelan Melayu

        Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkesgamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentukensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke‐18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.

        Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelandiperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telahmeningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku AmpuanMariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

        Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggalbersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada

Kelab Seni Budaya SMKPTJ

Ditubuhkan pada tahun 2004,Nadi Penggerak : Murshidee MdRamli, Zainol Hashim, AhmadFirdaus Din, Wan Mohd KamilMohd Yusoff, Che Jamilah Abdul,Raziela Razali.

View my complete profile

Profil

▼  2012 (11)

▼  June (11)

Program Gala Ko KurikulumPeringkat Kebangsaan201...

Lawatan Persembahan &English Camp keSongkhla, Th...

Lawatan Persembahan &English Camp keSongkhla, Th...

Kunjungan Tetamu dariTessaban One School,Songkhl...

Rakaman Program Dewan &Bahasa Kuala Lumpur

Rakaman Boria RTM olehPurnama Pictures

Rakaman Boria Mutiara FMRTM Pulau Pinang

KARNIVAL PEMBANGUNANINSAN SEKOLAH‐SEKOLAHKLUSTER...

Gamelan Melayu

Sejarah & Tatacara BoriaPulau Pinang

CARTA ORGANISASIPELAJAR TAHUN 2012

Blog Archive

0   More    Next Blog» Create Blog   Sign In

Page 2: Kelab Seni & Budaya SMKPTJ_ Gamelan Melayu

8/10/2015 Kelab Seni & Budaya SMKPTJ: Gamelan Melayu

http://senibudayasmkptj.blogspot.com/2012/06/gamelanmelayu.html 2/5

1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda‐pemudiTerengganu untuk bermain/menari gamelan.Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan denganmembawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh TengkuAmpuan Mariam sendiri.

       Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Trgyang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai‐bagailagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dansebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telahbertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu". Bagaimanapun gamelanTerengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. TengkuMariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd.

        Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar‐menawar yang tidak menyenangkan antarakerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dandipamerkan.

Alat Muzik Gamelan Melayu

      Dalam konteks muzik di Asia Tenggara perkataan gamelan boleh dilihat dalam dua konteks yang berbeza. Perkataan ‘gamel ‘ iaitu dalam perkataan Jawa bererti dipukul, diketuk atau ditabuh. Oleh itu, perkataan gamelan boleh diertikanbeberapa alat muzik yang diketuk, dipukul atau ditabuh untuk mengeluarkan suara‐suara muzik. Walau bagaimanapun dalampengertian yang lebih mendalam perkataan gamelan bererti satu orkestra yang mengandungi alat‐alat muzik berbentuk gongdan bilahan yang diperbuat daripada gangsa dan alat‐alat ini dipukul, diketuk atau ditabuh untuk mengeluarkan bunyi.

       Pengertian ini menggambarkan penggunaan utama perkataan gamelan dalam konteks muzik di Asia Tenggara. OrkesGamelan telah mencapai tahap perkembangan yang sophisticated dalam tradisi di istana Jawa Tengah terutama di istana‐istana Jogjakarta dan Surakarta.

Sebahagian besar alat‐alat dalam Gamelan Melayu di Pahang dan di Terengganu adalah alat‐alat idiofon (idiophone) iaituyang diketuk dalam beberapa cara untuk mengeluarkan bunyi. Alat‐alat idiofon ini adalah diperbuat daripada gangsa dalambentuk mangkuk yang berpencu dan meallophones (sekiranya alat zilafon diperbuat daripada keping‐keping tembagadipanggil metalofon) yang diketuk dengan beberapa jenis palu dengan cara yang tertentu. Di samping itu satu alatmembranofon juga terdapat dalam orkestra ini dan alat ini adalah gendang yang mempunyai dua muka.

       Keterangan yang berikut tentang Gamelan Melayu diasaskan kepada alat Gamelan Melayu yang tertua di Malaysia yangterdapat dari istana Terengganu. Ia menggambarkan nilai rasa muzik dan rujukan pemain‐pemain Joget Gamelan daripadatradisi istana dalam akhir abad ke‐19 dan awal abad ke‐20.

      Hari ini alat gamelan Melayu dari istana Terengganu disimpan di Muzium Tokoh, Kuantan, Pahang. Sungguhpun GamelanMelayu yang digunakan pada awal tahun‐tahun dalam kurun ke‐19 ( Istana Pekan ) mungkin mengandungi banyak alat‐alattetapi tidak ada bukti‐bukti bertulis untuk menguatkannya.

1. Bonang

Dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'.Merupakan alat melodi utama. Bonang mengandungi 2 oktaf yang berlaras 'anhemitonic pentatonic'. Satu set Bonang terdiridaripada 10 biji gong kecil yang disusun mendatar dengan pencunya mengadap ke atas.

Sifat bunyi berprinsip kepada dengung secara dikotomi 'bonang' yang beroktaf rendah dikenalisebagai'wedok' (perempuan) danyang beroktaf tinggi sebagai 'lanang' (lelaki) mengikut bahasa Jawa.Bonang merupakan alat terpenting dalam essemble yangmenvariasikan melodi pokok ataupun satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai intro lagu khususnya untuk gendhingbonang (penghias lagu).

Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut. Bonang membunyikan bunga‐bunga melodidan dimainkan secara oktaf, ketukan bergilir nod pertama diketuk sebelum rentak dan kedua selepas rentak.

A [ 6 5 3 2 1 ]

‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐

B [ 1 2 3 5 6 ]

Bonang mempunyai 2 rancak, satu rancak adalah untuk bonang laras slendro yang berisi 12 pencon dan satu lagi adalah untuklaras pelog yang berisi 14 pencon. Slendro mempunyai 10 buah pencon yang setiap satunya berbeza nada yang diapung didalam ruang rak segiempat di atas dan mempunyai 2 baris atas(nada tinggi) dan bawah (nada rendah). Ia dimainkanmenggunakan 2 belah tanga, masing‐masing memgang alat pemukul.

2. Gambang

Page 3: Kelab Seni & Budaya SMKPTJ_ Gamelan Melayu

8/10/2015 Kelab Seni & Budaya SMKPTJ: Gamelan Melayu

http://senibudayasmkptj.blogspot.com/2012/06/gamelanmelayu.html 3/5

      Gambang dikategorikan dalam alat zilofon dan biasanya diperbuat dari kayu. Gambang kayu biasanya mengandungi 20nada suara yang diletakkan melintang di atas penyalun kotak kayu. Bilah‐bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diaturdiatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibongyang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikansebagai alat melodi. Ia dipalu dengan menggunakan dua alat pemukul yang berbentuk seperti piring kecil. Pemain gambangakan duduk di tengah‐tengah bahagian hadapan gambang.

3. Kenong

      Kenong adalah sejenis alat idiofon yang ditemui di Asia Timur Selatan. Kenong mempunyai satu set alat yang menyerupaigong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong yang berbentuk pipih dan lebih tebal. Alat ini diletakkan di atas tali tangdiikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan nada merdu setelah diketuk dengan menggunakanaalat pengetuk seperti alat pengetuk bonang.       Alat pengetuk kenong terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada bahagian atas kayu tersebut.Kenong dimainkandengan cara mengetuk sekali setiap not lagu. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyiyang dihasilkan oleh gong.Not pada alat kenong: 1 2 3 5 6 ‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐

4. Saron

    Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun 'slap‐type' yang diperbuat daripada perunggu (keping‐keping tembaga). Sarundikategorikan sebagai alat muzik metallophones.

    Bilah‐bilah tadi disusun di atas tapak kayu penyalun secara selari dan disokong oleh bahan pengalas sebagai memenuhiprinsip ekustiknya. Pada tapak berkenaan satu ruang udara telah dibuat bagi mengimbangi suaranya dan sekaligus bertindaksebagai ruang gema bagi alat saron berkenaan.

       Bilahan bagi alat saron lazimnya dibuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa. Sarun diketuk ataudipalu dengan menggunakan pemalu yang diperbuat daripada kayu .

i. Saron Demong

      Saron demong berperanan sebagai alat yang membawa melodi

Page 4: Kelab Seni & Budaya SMKPTJ_ Gamelan Melayu

8/10/2015 Kelab Seni & Budaya SMKPTJ: Gamelan Melayu

http://senibudayasmkptj.blogspot.com/2012/06/gamelanmelayu.html 4/5

pokok dan melodi cincang sebagai bunga‐bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalamkeluarga saron. Ianya dilaraskan mengikut sistem skala 'anhemitonic pentatonic'.Dalam proses penghasilan bunyi, kayupemukul khas digunakan lasimnya dari jenis yang lembut. 

ii. Saron Penerus

      Alat ini mempunyai oktaf tengah yang juga berperanan membawa melodi pokok dan cincang. Pada fizikalnya, bilah‐bilahbagi alat saron barung berukuran lebih kecil daripada saron demong dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaringdaripada saron demong.

      Dari segi pemakaian alat, teknik 'perdam' digunakan pada nada‐nada tertentu mengikut konteks lagunya. lni bagimengelakkan daripada berlakunya pencemaran bunyi setelah ianya dimainkan secara serentak.Alat pemukulnya yangberbentuk seperti penukul (hammer) diperbuat daripada jenis kayu yang lembut.

 iii. Saron Pekin

        Alat ini pula merupakan alat penambahan baru bagi essemble Gamelan Melayu. Teknik perdam juga diamalkan dalamkonteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantangdan nyaring.

       Dari segi fizikalnya, saron pekin mempunyai bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkandengan bilah yang ada pada saron penerus. Alat pemukul bagi saron pekin juga berbentuk penukul yang diperbuat daripadatanduk kerbau.

5. Gong

      Gong adalah sejenis alat muzik 'idiophone' berasal dari Asia Timur Selatan. Gong penting berperanan sebagai bunyi tulangbelakang dalam essemble persembahan muzik gamelan. Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yangberbeza setiap satunya dan dimainkan bersama‐sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkanserentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik.

      Gong telah banyak dijumpai di seluruh Malaysia sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muziktradisional. Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi.Alat ini diimport dari Indonesia, Filipina dan Brunei. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yangdihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

Dalam Ensenbel Muzik Gamelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan iaitu gong Agung dan gong Suwukan Kedua‐dua gongini bertugas sebagai penanda waktu yang utama dalam sistem muzik joget Gamelan. Kedua‐dua gong berukuran besar dalamgamelan ini adalah khusus kepada Asia Tenggara di mana gong‐gong besar diperbuat daripada tembaga dengan dinding‐dinding tebal dan bingkai yang dalam.

6.Gendang

Page 5: Kelab Seni & Budaya SMKPTJ_ Gamelan Melayu

8/10/2015 Kelab Seni & Budaya SMKPTJ: Gamelan Melayu

http://senibudayasmkptj.blogspot.com/2012/06/gamelanmelayu.html 5/5

Newer Post Older PostHome

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Posted by Kelab Seni Budaya SMKPTJ at 03:08

Labels: Gamelan Melayu

       Gendang merupakan salah satu alat yang perlu dimainkan dalam setiap persembahan gamelan.Tanpa pukulan gendang,irama gamelan akan menjadi tidak lengkap malah pincang. Gendang dalam gamelan mempunyai fungsi tersendiri yangsifatnya tiada pada alat‐alat lain. Gendang merupakan alat membraphone.

       Membraphone merupakan alat muzik yang terdiri daripada selaput‐selaput kulit. Alat‐alat membraphone dimainkandengan cara tabuhan.. Oleh itu gendang merupakan alat tabuhan yang istimewa yang mempunyai sejarah pembuatan yanlama dan berkembang kepada variasi alat‐alat tabuhan istimewa dan pelbagai.

      Gendang adalah alat penting di dalam memimpin rentak bunyian baik rendah ataupun tinggi. Ia dianggap alat yangpaling sukar dimainkan, dan memerlukan kemahiran yang tinggi di dalam permainan lantaran tidak mudah untuk diberinotasi

Recommend this on Google

Enter your comment...

Comment as:  Google Account

Publish   Preview

No comments:

Post a Comment

Travel template. Template images by i‐bob. Powered by Blogger.