kekal dilindungi. hanya tekan sahaja....hendaklah dipasang berdekatan kotak gear, pada cermin...

6
SmartDrive Safe ialah insurans motor telematik pertama yang dilengkapi dengan Microtag. Hanya tekan sahaja untuk bantuan segera jalan raya semasa kerosakan atau kecemasan. Perlindungan jalan raya dengan satu butang sentuhan. SmartDrive Safe Motor Kekal dilindungi. Hanya tekan sahaja.

Upload: others

Post on 20-Oct-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • SmartDrive Safe ialah insurans motor telematik pertama yang dilengkapi dengan Microtag. Hanya tekan sahaja untuk bantuan segera jalan raya semasa kerosakan atau kecemasan.

    Perlindungan jalan raya dengan satu butang sentuhan.

    SmartDrive Safe

    Motor

    Kekal dilindungi.Hanya tekan sahaja.

  • 10:30 AM

    85%Last Paired Location

    eCall - Penggera Kemalangan Automatik & Respon Bantuan KecemasanApabila kenderaan anda terlibat dalam kemalangan yang teruk dan mencetuskan penggera, anda akan menerima panggilan segera untukbantuan serta-merta seperti ambulans jika perlu.

    bCallSekiranya berlaku kerosakan kenderaan atau kecemasan, tekan butangSOS pada Microtag untuk mendapatkan bantuan. Pusat Panggilan 24/7kami akan menghubungi anda dan menyediakan bantuan dengan segera.

    Penggera Pemanduan Selamat - Safe Driving Alert (SDA)Aktifkan SDA untuk menerima amaran ‘bip’ masa nyata yang mesra sebagaiperingatan kepada pemandu mengenai keadaan yang tidak selamat, untukmengelakkan gangguan telefon dan pemanduan melebihi had laju sementaramemastikan keselamatan penumpang anda.

    Manfaat UtamaMicrotagDisambungkan secara automatik dengan aplikasi mudah alihSmartDrive Safe melalui Bluetooth untuk Pengecaman PemanduAutomatik.

    Dapatkan bantuan dengansatu butang sentuhan,dan lebih lagi!SmartDrive Safe ialah pelan insuransmotor inovatif yang menggalakkanamalan pemanduan selamat denganmengurangkan gangguan kepada pemandudi jalan raya serta menjamin pengalamanpemanduan yang lebih baik.

    Ia dilengkapi dengan Microtag tanpa wayar dan berkuasa sendiriuntuk menyediakan bantuan kecemasan jalan raya dengan hanya satu butang sentuhan.

    SmartDrive Safe menawarkan perlindungan motor komprehensif yang melindungi andadaripada Kerosakan Akibat Kemalangan atau Terbalik, Kerosakan Niat Jahat,Kecurian, Kebakaran, Letupan atau Kerosakan Akibat Kilat, Kecederaan Pihak Ketiga atau Kerosakan Harta dan banyak lagi.

    Aplikasi Mudah AlihSmartDrive Safe

    Mengesan lokasi terakhir kenderaananda, memaparkan skor pemanduan,

    menyemak perjalanan, menetapkanmod privasi, amaran kelajuan dangangguan telefon, menyemak dan

    menebus Mata Pemanduan Selamat,memaparkan maklumat polisi,

    memfailkan tuntutan dan banyak lagi.

    Tambah pemandu dalam akaun anda,agar ahli keluarga anda dapat menikmati

    ciri-ciri keselamatan yang sama semasamereka memandu kenderaan anda.

    Boleh didapati di

    Safe DrivingPoints

    REDEEM

    50RM

    Mata Pemanduan SelamatNikmati ganjaran apabila anda memandu dengan selamat! Lebih baik anda memandu, lebih banyak mata ganjaran yang anda akan perolehi. Gunakan mataganjaran untuk menebus e-baucar. Mata ganjaran percuma akan diberikanapabila anda berjaya menyambung dan mengaktifkan Microtag. Dapatkan matatambahan sepanjang tempoh polisi dengan melengkapkan cabaran permainan.Pastikan anda mengaktifkan Bluetooth pada telefon pintar anda untuk menikmatimata ganjaran.

    Perlindungan Penjagaan KunciKami melindungi kehilangan atau kerosakan kunci kereta anda akibat daripadakecurian/cubaan mencuri, rompakan atau pecah masuk. Kami akan membayarbalik kos penggantian dan pembaikan sehingga RM1,500. Kerja-kerja pembaikanatau penggantian kunci kereta mesti dilakukan di bengkel berdaftar.

    Elaun Bantuan BanjirSehingga RM1,500 sekiranya kereta anda rosak akibat banjir.

    Perkhidmatan Tunda Percuma 24/7 Sehingga 200kmHubungi khidmat talian 24 jam kami di 1800-88-1033 untuk perkhidmatan tundasehingga 200km apabila kenderaan anda terlibat dalam kemalangan atau rosak.

    Perlindungan Tambahan Semua PemanduDapatkan pengecualian RM400 lebihan wajib sekiranya tuntutan dibuat apabilakenderaan anda dipandu oleh pemandu yang tidak dinamakan.

  • DELIVERY

    3bip

    DOWNLOAD

    Bagaimana saya boleh mendaftar untuk SmartDrive Safe?

    Aktifkan peranti dengan menekanseketika butang sehingga berbunyibip sebanyak 3 kali. Aktifkan Bluetoothpada telefon pintar anda, dan logmasuk aplikasi. Cari Microtag danhubungkan dengan telefon anda. Microtag anda kini telah diaktifkan.

    Peranti Microtag akan dihantar kepadaanda dalam masa tujuh hari bekerja.

    Anda akan menerima paparan notifikasiapabila peranti tersebut dikirimkan.

    Selepas anda menerima peranti tersebut, iahendaklah dipasang berdekatan kotak gear,pada cermin hadapan, atau di mana-manabahagian yang boleh dilihat dan mudahdicapai, untuk memastikan anda dapatmenekan butang SOS pada peranti denganmudah semasa kecemasan.

    Muat turun aplikasi mudah alih SmartDrive Safe dari

    Log masuk ke aplikasi dengan nombor kenderaan anda dan 6-digit terakhir pada nombor kad pengenalan/nombor pasport/nombor pendaftaran syarikat anda. Masukkan alamat penghantaran pilihan anda untuk menerimaperanti Microtag.

    Hubungi rakan kongsi AXA kami, hantar e-mel ke [email protected] atau hubungi Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2170 8282.

    Beli/perbaharui insurans motor anda dengan AXAdan mendaftar untuk SmartDrive Safe.

    10:30 AM

    85%

    AXA Partner

    Customer Servi

    ce

    Anda kini bersedia untuk memulakan perjalananyang selamat dan menikmati Mata GanjaranPemanduan Selamat.Ingat, bantuan boleh didapati hanya denganmenekan butang!

  • 1. Adakah saya layak untuk mendaftar SmartDrive Safe?Semua pemegang polisi kereta persendirian komprehensif adalah layak.

    2. Apa itu Microtag?Microtag ialah peranti tanpa wayar berkuasa sendiri yang menyediakan bantuan apabila berlaku kerosakan kenderaan atau kecemasan. Ia disambungkan secara automatik dengan aplikasi mudah alih SmartDrive Safe melalui Bluetooth untuk Pengenalan Pemandu Automatik.

    3. Adakah saya dikenakan caj untuk peranti Microtag?Kami menyediakan sebuah peranti secara percuma untuk setiap kereta anda yang diinsuranskan. Penghantaran kali pertama peranti ini juga akan dilakukan secara percuma. Sekiranya peranti hilang atau rosak, yuran penggantian sebanyak RM90 akan dikenakan.

    4. Adakah waranti peranti disediakan?Microtag menawarkan waranti selama 1 tahun dan ia termasuk kecacatan pembuatan. Sekiranya peranti hilang atau rosak, yuran penggantian sebanyak RM90 akan dikenakan.

    5. Adakah terdapat tarikh luput untuk pengaktifan Microtag saya?Untuk menikmati keseluruhan manfaat SmartDrive Safe, anda disarankan untuk melengkapkan kelengkapan dan mengaktifkannya dalam tempoh 30 hari setelah menerima peranti. Anda juga akan mendapat Mata Ganjaran Pemanduan Selamat secara percuma sebaik sahaja Microtag dipasang dan diaktifkan untuk mengimbangi masa yang diperlukan untuk penghantaran peranti.

    6. Bagaimana saya dapat memastikan bahawa telefon saya telah berjaya disambungkan dengan Microtag?

    Microtag disambungkan dengan aplikasi secara automatik. Anda akan dimaklumkan setiap kali melalui paparan notifikasi dan bunyi bip.

    7. Adakah notifikasi dihantar sekiranya saya terlupa memasang aplikasi dengan Microtag?Ya, anda akan dimaklumkan melalui paparan notifikasi sekiranya anda mula memandu dengan Bluetooth yang dimatikan.

    8. Sekiranya saya membatalkan polisi, perlukah saya mengembalikan peranti Microtag saya?Tidak. Anda tidak perlu mengembalikan peranti jika anda membatalkan atau memilih untuk tidak memperbaharui dengan kami.

    Microtag

    Polisi Motor

    Soalan-soalan Lazim

  • 9. Perlukah saya mengaktifkan aplikasi SmartDrive Safe setiap kali saya memandu?Tidak. Selagi telefon pintar dan Bluetooth anda aktif, aplikasi ini akan disambungkan secara automatik dengan Microtag dan berfungsi di belakang tabir.

    10. Perlukah saya mengaktifkan khidmat lokasi pada setiap masa?Ya. Aplikasi SmartDrive Safe perlu mengakses lokasi anda untuk mengenal pasti dan merekodkan perjalanan anda secara tepat semasa disambungkan dengan Microtag. Lokasi digunakan untuk mengenal pasti lokasi sebenar kenderaan anda apabila anda menekan butang SOS pada Microtag, untuk memberikan anda bantuan kecemasan. Sekiranya berlaku kemalangan yang teruk, ia akan memaklumkan secara automatik kepada pusat panggilan kami melalui telefon pintar anda.

    11. Adakah aplikasi SmartDrive Safe menyebabkan kehabisan bateri telefon saya? Berapa banyak data yang digunakan?

    Aplikasi ini direka untuk mengurangkan penggunaan bateri dengan cekap dan menggunakan data yang sangat minimum. Ia hanya akan merakam perjalanan setelah disambungkan ke Microtag anda.

    12. Bagaimana untuk saya memperoleh Mata Pemanduan Selamat?Dengan peranti Microtag diaktifkan dan dihubungkan ke telefon bimbit anda, anda dapat memperoleh Mata Pemanduan Selamat untuk setiap perjalanan anda yang telah selesai. Aplikasi SmartDrive Safe menggunakan lokasi, kelajuan dan gerakan untuk merekodkan perjalanan anda dan menentukan skor Pemanduan Selamat. Skor ditentukan berdasarkan tahap keselamatan semasa anda memandu, bagaimana anda mengendalikan selekoh, brek dan kelajuan dan kekerapan anda menggunakan telefon semasa memandu.

    Sekiranya terdapat lebih daripada seorang pemandu yang memandu kereta anda, anda boleh mengajak mereka menyambungkan peranti Microtag kereta anda dengan telefon pintar mereka untuk memperoleh dan mengumpul Mata Pemanduan Selamat daripada perjalanan mereka juga!

    13. Apa yang boleh saya lakukan dengan Mata Pemanduan Selamat yang telah diperolehi?Mata boleh digunakan untuk menebus e-baucar daripada mana-mana pedagang yang disenaraikan dalam aplikasi SmartDrive Safe pada bila-bila masa selagi mata masih sah.

    14. Apakah jenis maklumat yang diambil oleh Microtag dan apa yang akan dilakukan oleh AXA dengan data saya?

    Apabila disambungkan dengan aplikasi mudah alih SmartDrive Safe, lokasi, kelajuan dan gerakan anda direkodkan, terutamanya tahap keselamatan pemanduan, pengendalian selekoh, brek, kelajuan dan kekerapan menggunakan telefon semasa memandu.

    Data ini hanya akan digunakan untuk tujuan merekodkan perjalanan dan menentukan skor Pemanduan Selamat anda.

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk di www.axa.com.my/safe

    Aplikasi Mudah Alih SmartDrive Safe

  • Daftarlah SmartDrive Safe hari ini!

    AXA Affin General Insurance Berhad (197501002042)Ground Floor Wisma Boustead 71 Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur (603) 2170 8282 (603) 2031 7282 [email protected] www.axa.com.my

    Risalah ini bukan kontrak insurans. Terma, syarat dan definisi tepat dinyatakan secara khusus dalam polisi insurans.Sekiranya terdapat perbezaan antara versi Bahasa Inggeris dengan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris hendaklah digunapakai.

    Rujuk ejen insurans anda untuk butiran lanjut

    SDS/

    BR (M

    ) (06

    /20)

    Menyediakan penyelesaian komprehensif dan khusus untuk perlindungan peribadi dan keperluan perniagaan anda

    motorhartasantai & pelanconganpenjagaan kesihatankemalangan diripakej perniagaanliabilitimarin

    Untuk maklumat lanjut, hubungi ejen anda atauTalian Khidmat Pelanggan AXA (603) 2170 8282Waktu Bekerja: 8.30pg hingga 5.30ptg (Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)

    atau layari www.axa.com.my/safe

    SmartDrive Safe Brochure_BMAXA SmartDrive Brochure Full Color (FA)_BMSmartDrive Safe Brochure_BM