kejujuran pemuda miskin.docx

6

Click here to load reader

Upload: wida-wasli

Post on 03-Oct-2015

218 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

KEJUJURAN PEMUDA MISKIN

Pada zaman dahulu, di dalam sebuah kampung, tinggal seorang pemuda yang sangat miskin. Pemuda itu bernama Hang Jati. Walaupun hidupnya miskin, dia tidak pernah meminta belas kasihan daripada penduduk-penduduk kampung dan tidak pernah berbohong terhadap mereka. Hang Jati selalu mengambil upah bekerja membersihkan kebun atau ladang orang-orang kaya di dalam kampung itu.

Pada suatu hari, seorang pembesar istana, iaitu Laksamana Tun Razi datang ke pondoknya. Wahai Hang Jati ! Sesungguhnya aku diperintahkan oleh sultan negeri ini, iaitu Sultan Mustar Shah untuk membawa kamu menghadap baginda di istana, kata Laksamana Tun Razi.

Hang Jati tidak tahu apakah jasa atau kesalahannya sehingga sultan ingin bertemu dengannya.

Dalam perjalanan menuju ke istana, Hang Jati bertanya kepada Laksamana Tun Razi. Wahai tuan hamba, kenapakah sultan ingin bertemu hamba yang miskin lagi hina ini ?

Ohh itu hamba tidak tahu. Mungkin ada sesuatu yang menarik atau kelebihan pada diri kamu yang menjadikan Sultan Mustar Shah teramat ingin bertemu dengan kamu, wahai Hang Jati ! kata Laksamana Tun Razi.

Ampun tuanku, inilah Hang Jati yang tuanku ingin ketemu itu, kata Laksamana Tun Razi. Bagus dan terima kasih, Laksamana ! Baik, kamu semua keluar dari bilik balai penghadapan ini.

Apabila bilik penghadapan telah kosong, Hang jati bertanya, Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun. Apakah tujuan hamba dipanggil ke istana ini, wahai tuanku ?

Hahhahhah Sultan Mustar Shah tertawa sehingga menampakkan giginya yang putih itu. Sebenarnya tiada apa-apa, Cuma beta berasa kagum terhadap sikap kamu yang tidak mahu menerima bantuan orang lain, walaupun hidupmu susah dan miskin, kata sultan.

Ampun tuanku, jika hamba tidak diperlukan di istana ini, alangkah baiknya kalau hamba dibenarkan pulang dan membuat kerja hamba di ladang dan kebun.Sultan tidak membenarkannya. Sultan berharap Hang Jati menginap di istana untuk semalam.

Hang Jati bersetuju untuk bermalam di istana. Maka pada malam itu, Sultan Mustar Shah telah meminta Hang Jati untuk melakukan satu tugas rahsia iaitu mencari pokok delima emas.

Hang Jati amat terkejut. Sekiranya Hang Jati gagal, dia akan menerima hukuman yang berat daripada sultan. Hang Jati menjadi risau dan bimbang.

Pada keesokannya harinya, Hang Jati pun berangkat mencari pokok delima emas. Berbagai-bagai rintangan dan kesusahan yang dihadapinya. Akhirnya dia berasa kecewa dan putus asa.

Hang Jati berehat di bawah sebatang pokok lalu tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi, seorang lelaki tua berjubah pituh datang menemuinya dan berkata, Hei, Hang Jati ! Pokok delima emas yang kamu cari itu terdapat di alam bunian. Pergi dan mohon izin daripada Raja Bunian.

Hang Jati terjaga lalu meneruskan perjalanannya. Tiba-tiba Hang Jati ternampak sebuah perkampungan yang sungguh indah, cantik dan berbau harum.

Oleh sebab terlalu haus, Hang Jati minum seteguk air di sungai yang jernih itu. Tiba-tiba, datang dua orang pemuda yang lengkap bersenjata, berpakaian indah bagai panglima.

Hei ! Siapa kamu ? Bagaimana kamu boleh berada di kampung ini ? tanya salah seorang pemuda itu. Kedua-dua pemuda menangkap hang Jati dan membawanya menghadap Raja Bunian.

Wahai Raja Bunian, hamba tidak berniat jahat, sesungguhnya kedatangan hamba adalah mencari pokok delima emas untuk diberikan kepada sultan hamba, kata Hang Jati.

Raja Bunian tidak terkejut dengan permintaan Hang Jati. Wahai Hang Jati, kamu pemuda yang jujur dan tidak pernah berbohong. Walaupun miskin harta, tetapi hati dan jiwa kamu sangat kaya dengan pekerti yang mulia. Pergilah kau mengambilnya. Aku Raja Bunian tidak menghalang niat dan hajat kamu itu, kata Raja Bunian.

Akhirnya, Hang Jati dapat mengambil pokok delima emas itu. Dia memohon daripada Raja Bunian untuk kembali kea lam nyata. Raja Bunian membaca doa dan secara tiba-tiba, Hang Jati telah berada di dalam hutan semula.

Tanpa berlengah, hang Jati bergegas pulang menuju ke istana sultan. Apabila tiba di istana, Hang Jati terus menemui Sultan. Dia menyerahkan pokok delima emas itu kepada sultan. Alangkah terperanjatnya sultan apabila Hang Jati berjaya memperolah pokok delima emas yang dihajatinya itu.

Pokok delima emas ini tidak boleh diperoleh melainkan orang yang jujur dan amanah. Akhirnya Sultan Mustar Shah mengambil Hang Jati sebagi anak angkatnya. Hang Jati hidup aman dan bahagia di istana.