keindahan tengkolok warisan kesultanan perak darul ridzuan

12
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 748 KEINDAHAN TENGKOLOK WARISAN KESULTANAN PERAK DARUL RIDZUAN Salina Abdul Manan, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Noor Hafiza Ismail, Norlelawaty Bt Haron, Ahmad Helmi Bin Mohd Mukhtar, Mohd Rohaizat Bin Abdul Wahab & Hasnira Hassan Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] Azni Hanim Hamzah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Unniversiti Teknologi MARA, Kampus Melaka [email protected] ABSTRAK Tengkolok merupakan salah satu hiasan kepala lelaki Melayu yang amat terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini. Keunikan tengkolok ini terletak pada bentuk soleknya. Setiap negeri memiliki reka bentuk tengkolok yang berbeza walaupun mempunyai nama yang sama. Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebahagian negeri di tanah Melayu yang memiliki reka bentuk tengkoloknya yang tersendiri. Persoalannya apakah jenis-jenis reka bentuk tengkolok dan bagaimanakah reka bentuk tengkolok di negeri Perak itu dihasilkan? Bagi menjelaskan perkara ini penulis menggunakan penelitian kualitatif dengan pendekatan kebudayaan. Data bertulis ataupun visual dikumpul dengan menggunakan kaedah wawancara dan observasi. Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat empat jenis reka bentuk tengkolok sahaja yang masih diguna pakai di negeri Perak pada masa kini dan proses pembuatan tengkolok di negeri Perak dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahan yang digunakan dan teknik lipatan. Penulisan mengenai analisis penghasilan reka bentuk tengkolok ini dapat memberi peluang kepada generasi muda dalam mengenali dan memahami warisan seni budaya Melayu. Di samping itu ia dapat memelihara budaya Melayu daripada terus pupus ditelan zaman. Kata Kunci: Reka bentuk, Tengkolok, Warisan Perak ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Fesyen pakaian pada masa kini telah berkembang mengikut arus kemodenan. Namun fesyen pakaian Melayu masih terpelihara dan diguna pakai sehingga ke hari ini. Budaya tempatan ini adalah warisan seni Melayu yang mesti dijaga dan dipelihara dengan baik. Hiasan kepala orang Melayu merupakan salah satu warisan seni budaya tempatan yang harus dijaga untuk bekalan generasi muda akan datang. Hiasan kepala orang Melayu ini khususnya tengkolok adalah penutup kepala yang digunakan oleh lelaki Melayu pada masa dahulu (Mohd Kassim Hj. Ali, 1990). Pakaian seseorang lelaki Melayu tidak akan lengkap jika hanya berbaju Melayu dan bersamping tanpa memakai tengkolok (Roslan Bidin, 1996). Bagi kesultanan Perak Darul Ridzuan, terdapat beberapa jenis tengkolok yang diguna pakai pada zaman dahulu. Menurut Wan Yahya Abdullah (2006) negeri Perak memiliki beberapa jenis tengkolok seperti Ayam Patah Kepak, Patah Kepak, Belah Mumbang, Balung Ayam, Mumbang Belah Dua, Pucuk Pisang Patah, Anak Gajah Menyusu, Lang Menyongsong Angin, Menyongsong Angin, Lang Sioh, Tengkolok Sering, Helang Mengeram, Getam Pekasam, Megat Terawis, Destar Kreatif, Sekalung Bunga Selingkar Rotan dan Alang Iskandar. Namun, menurut Mohamad Dzulkarnain Osman (2014), temu bual peribadi pada 6 Mac 2014 bahawa pada masa kini kesultanan

Upload: vanquynh

Post on 15-Jan-2017

305 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: keindahan tengkolok warisan kesultanan perak darul ridzuan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 748

KEINDAHAN TENGKOLOK WARISAN KESULTANAN PERAK DARUL RIDZUAN

Salina Abdul Manan, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Noor Hafiza Ismail, Norlelawaty Bt Haron, Ahmad Helmi Bin Mohd Mukhtar, Mohd Rohaizat Bin Abdul Wahab & Hasnira Hassan

Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Azni Hanim Hamzah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

Unniversiti Teknologi MARA, Kampus Melaka [email protected]

ABSTRAK

Tengkolok merupakan salah satu hiasan kepala lelaki Melayu yang amat terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini. Keunikan tengkolok ini terletak pada bentuk soleknya. Setiap negeri memiliki reka bentuk tengkolok yang berbeza walaupun mempunyai nama yang sama. Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebahagian negeri di tanah Melayu yang memiliki reka bentuk tengkoloknya yang tersendiri. Persoalannya apakah jenis-jenis reka bentuk tengkolok dan bagaimanakah reka bentuk tengkolok di negeri Perak itu dihasilkan? Bagi menjelaskan perkara ini penulis menggunakan penelitian kualitatif dengan pendekatan kebudayaan. Data bertulis ataupun visual dikumpul dengan menggunakan kaedah wawancara dan observasi. Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat empat jenis reka bentuk tengkolok sahaja yang masih diguna pakai di negeri Perak pada masa kini dan proses pembuatan tengkolok di negeri Perak dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahan yang digunakan dan teknik lipatan. Penulisan mengenai analisis penghasilan reka bentuk tengkolok ini dapat memberi peluang kepada generasi muda dalam mengenali dan memahami warisan seni budaya Melayu. Di samping itu ia dapat memelihara budaya Melayu daripada terus pupus ditelan zaman.

Kata Kunci: Reka bentuk, Tengkolok, Warisan Perak

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Fesyen pakaian pada masa kini telah berkembang mengikut arus kemodenan. Namun fesyen pakaian Melayu masih terpelihara dan diguna pakai sehingga ke hari ini. Budaya tempatan ini adalah warisan seni Melayu yang mesti dijaga dan dipelihara dengan baik. Hiasan kepala orang Melayu merupakan salah satu warisan seni budaya tempatan yang harus dijaga untuk bekalan generasi muda akan datang. Hiasan kepala orang Melayu ini khususnya tengkolok adalah penutup kepala yang digunakan oleh lelaki Melayu pada masa dahulu (Mohd Kassim Hj. Ali, 1990). Pakaian seseorang lelaki Melayu tidak akan lengkap jika hanya berbaju Melayu dan bersamping tanpa memakai tengkolok (Roslan Bidin, 1996). Bagi kesultanan Perak Darul Ridzuan, terdapat beberapa jenis tengkolok yang diguna pakai pada zaman dahulu. Menurut Wan Yahya Abdullah (2006) negeri Perak memiliki beberapa jenis tengkolok seperti Ayam Patah Kepak, Patah Kepak, Belah Mumbang, Balung Ayam, Mumbang Belah Dua, Pucuk Pisang Patah, Anak Gajah Menyusu, Lang Menyongsong Angin, Menyongsong Angin, Lang Sioh, Tengkolok Sering, Helang Mengeram, Getam Pekasam, Megat Terawis, Destar Kreatif, Sekalung Bunga Selingkar Rotan dan Alang Iskandar. Namun, menurut Mohamad Dzulkarnain Osman (2014), temu bual peribadi pada 6 Mac 2014 bahawa pada masa kini kesultanan

Page 2: keindahan tengkolok warisan kesultanan perak darul ridzuan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 749

Perak Darul Ridzuan hanya mengguna pakai empat jenis tengkolok sahaja iaitu Ayam Patah Kepak, Helang Menyusur Angin, Dendam Tak Sudah dan Getam Pekasam.

Hiasan kepala warisan Melayu ini memiliki rupa dan bentuk yang teristimewa. Keistimewaan ini menjadikan tengkolok salah satu hiasan kepala lelaki Melayu yang terkenal sehingga kini walaupun pemakaiannya tidak sekerap zaman dahulu. Hiasan kepala orang Melayu ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu cucuk sanggul, sikat atau sisir rambut, penutup kepala dan mahkota (Kassim Mohd Ali, 1990). Tengkolok merupakan sebahagian daripada penutup kepala. Penutup kepala ini terbahagi kepada dua itu untuk lelaki dan wanita Melayu. Jika lelaki Melayu bertengkolok maka wanita Melayu pula berselendang sebagai penutup kepala dan digunakan ketika keluar dari rumah. Hiasan kepala ini direka adalah untuk memelihara kekemasan rambut. Kekemasan rambut orang Melayu dijaga dengan begitu indah sekali. Seterusnya adalah cucuk sanggul di mana ia digunakan sebagai hiasan kepala agar rambut kelihatan kemas dan cantik. Penggunaan cucuk sanggul telah berkembang kerana pereka cucuk sanggul telah membuat rekaan pada bahagian atas cucuk sanggul agar kelihatan menarik ketika digayakan.

Sikat atau sisir rambut pula adalah kemahiran yang berasal dari orang asli sekitar 5000 tahun yang lalu di Persia. Kehidupan mereka yang bergantung sepenuhnya kepada alam semula jadi telah menjadikan mereka antara kaum yang mempunyai daya pemikiran kreatif. Ini kerana mereka adalah antara kaum yang terawal dalam mereka bentuk sikat untuk kegunaan menyisir atau menyikat rambut. Pada mulanya mereka menggunakan kayu untuk menghasilkan sikat atau sisir rambut. Hiasan kepala yang seterusnya adalah penutup kepala. Penutup kepala ini terdapat untuk lelaki dan wanita. Penutup kepala bagi lelaki Melayu adalah tengkolok atau tanjak. Manakala wanita Melayu pula adalah selendang. Siti Zainon Ismail (1997) menyatakan bahawa kelengkapan busana Melayu adalah digayakan dengan kain panjang yang dikenali sebagai selendang. Terdapat pelbagai jenis reka bentuk selendang serta pelbagai gaya. Selendang juga dikenali sebagai selempang, tetampan, wali atau sebai. Ia dipakai untuk pakaian seharian atau menghadiri upacara adat sama ada lelaki atau perempuan Melayu. Tujuan utama pemakaian selendang adalah untuk menutup kepala bagi wanita Melayu.

2. Proses Pembuatan Tengkolok Perak Darul Ridzuan

Penghasilan sesebuah tengkolok memerlukan penelitian yang khusus terutama dalam pemilihan bahan serta penggunaan teknik yang betul. Proses pembuatan tengkolok ini akan memberikan penelitian dalam penyediaan bahan dan peralatan yang digunakan. Penelitian yang baik bagi kedua-dua bahagian tersebut mampu menghasilkan sebuah tengkolok yang kemas dan menarik.

2.1. Bahan dan Peralatan

Bahan yang digunakan untuk membuat tengkolok adalah kain songket, pelapik tanpa gam yang sederhana tebal dan jarum peniti. Kain songket Terengganu menjadi pilihan utama kerana kualitinya yang baik. Kain songket yang digunakan sekitar harga RM300.00 sehingga RM400.00. Terdapat dua jenis kain songket yang digunakan untuk membuat tengkolok iaitu kain samping dan kain tengkolok. Kain samping boleh digunakan dalam membuat tengkolok kerana daripada sehelai kain samping itu dapat dijadikan dua helai kain tengkolok yang berbentuk segi empat tepat sebelum dilipat menjadi bentuk segi tiga (Mohamad Dzulkarnain Osman 2014, temu bual peribadi 6 Mac 2014). Kain tengkolok adalah kain songket yang ditempah khusus mengikut ukuran saiz tertentu seperti 33 inci x 33 inci, 34 inci x 34 inci dan 36 inci x 36 inci. Ukuran ini bergantung kepada saiz kepala si pemakai yang membuat tempahan (Toh Pekerma Wati Datin Seri Zabidatul Alipiah 2014, temu bual peribadi 28 April 2014).

Page 3: keindahan tengkolok warisan kesultanan perak darul ridzuan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 750

Kain samping Lapik tanpa gam Jarum peniti

Gambar 1: Bahan-bahan penyediaan kain tengkolok

2.2 Langkah kerja penyediaan kain tengkolok

Dalam menghasilkan reka bentuk tengkolok yang kemas dan cantik, terdapat beberapa langkah kerja yang perlu diikuti. Langkah kerja penyediaan kain tengkolok ini penting dalam menghasilkan sebuah tengkolok yang baik. Langkah kerja ini dimulai dengan sehelai kain samping sehingga ia menjadi sehelai kain tengkolok berbentuk tiga segi (Mohamad Dzulkarnain Osman 2014, temu bual peribadi 6 Mac 2014). Turutan langkah kerja ini adalah khusus bagi tengkolok yang disediakan bagi kesultanan negeri Perak Darul Ridzuan sahaja.

Merujuk kepada Gambar 2, Langkah A adalah menyediakan sehelai kain samping. Langkah B adalah menetaskan atau membuka jahitan kelim pada kain samping supaya menjadi sehelai kain panjang. Setelah ditetas, Langkah C adalah melipatkan bahagian hujung kedua-dua bahagian kain sehingga memperlihatkan bentuk segi tiga. Keadaan ini menunjukkan bahawa daripada sehelai kain samping dapat dijadikan dua bentuk segi tiga. Dua bentuk segi tiga ini bermaksud akan terhasilnya dua helai kain tengkolok. Lipatan segi tiga ini akan memperlihatkan bahagian kepala pada kain songket tidak digunakan. Kebiasaannya, bahagian kepala kain songket ini akan dijadikan sehelai kain bengkong. Setelah itu, kain samping dipotong mengikut bentuk segi tiga. Langkah E pula adalah daripada bentuk segi tiga tadi, apabila dibuka kain samping akan menjadi bentuk segi empat tepat dan Langkah F adalah bentuk segi tiga akan terhasil daripada bentuk segi empat tepat tadi. Kemudian, kain tengkolok yang telah dilipat menjadi segi tiga dijahit dan ukuran sepanjang lima inci atau satu jengkal bahagian hujung kain ditinggalkan dengan tidak berjahit.

Seterusnya adalah Langkah G iaitu proses penyediaan lapik tanpa gam. Kain tengkolok yang telah siap perlu diacukan pada lapik untuk mendapatkan ukuran segi tiga. Setelah ukuran segi tiga kain tengkolok telah diambil, Langkah H adalah lapik dipotong mengikut saiz kain tengkolok itu. Maka lapik akan mempunyai saiz yang sama dengan kain tengkolok segi tiga tadi. Seterusnya adalah Langkah J, lapik digulung dan dimasukkan pada bahagian hujung kain tengkolok yang tidak berjahit seperti gambar Langkah K. Setelah itu, ratakan lapik di dalam kain tengkolok sehingga tiada kesan gelembung. Keadaan ini bagi memastikan kain tengkolok mempunyai permukaan yang rata dan kemas sebelum hujung kain tengkolok itu dijahit sembat. Oleh itu, kain tengkolok yang disediakan mengikut langkah kerja berikut akan menghasilkan kain tengkolok yang baik dan berkualiti. Kualiti kain tengkolok ini harus dijaga agar lipatan dan solekan tengkolok akan menjadi kemas dan menarik apabila diikat.

Page 4: keindahan tengkolok warisan kesultanan perak darul ridzuan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 751

1

Gambar 2: Langkah kerja penyediaan kain tengkolok.

Langkah A Langkah B Langkah C

Langkah D Langkah E Langkah F

Langkah G Langkah H Langkah I

Langkah J Langkah K Langkah L

Langkah M Langkah N

Page 5: keindahan tengkolok warisan kesultanan perak darul ridzuan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 752

2.3 Teknik asas lipatan tengkolok

Bagi menghasilkan reka bentuk tengkolok di negeri Perak Darul Ridzuan, terdapat beberapa teknik asas lipatan tengkolok yang harus diketahui agar reka bentuk yang dibuat menghasilkan solek yang cantik dan kemas. Teknik asas lipatan tengkolok ini adalah teknik yang diguna pakai pada masa kini oleh pengikat tengkolok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Langkah A adalah menyediakan kain tengkolok yang mempunyai alas dalam iaitu lapik tanpa gam. Ratakan kain tengkolok segi tiga tadi agar semua permukaan dalam keadaan rata tanpa sebarang gelembung. Langkah B pula adalah ambil ukuran tiga jari dan acukan pada permukaan tengah kain tengkolok. Jika ukuran jari lelaki, ambil ukuran tiga jari manakala jika bagi wanita ambil ukuran empat jari kerana jari wanita lebih kecil berbanding dengan jari lelaki. Setelah ukuran tiga jari diambil, pastikan ukuran tiga jari itu dilurut sehingga ke hujung penjuru kain. Ini adalah bagi memastikan semua bahagian lipatan mempunyai ukuran yang sama. Langkah C adalah melipatkan saiz ukuran tiga jari tadi sehingga ke puncak kain. Lipatan mesti berbaki sejengkal daripada puncak kain seperti gambar pada Langkah D di bawah. Setelah selesai lipatan tadi, kain tengkolok diangkat, diterbalikkan dan diletakkan pada bahagian lutut. Ini adalah kerana ukur lilit lutut seseorang adalah sama dengan ukur lilit kepala.

Langkah A Langkah B

Langkah C Langkah D

Langkah E Langkah F

Gambar 3: Teknik lipatan asas tengkolok

Page 6: keindahan tengkolok warisan kesultanan perak darul ridzuan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 753

3. Reka bentuk tengkolok

Menurut Mohamad Dzulkarnain Osman (2014), temu bual peribadi pada 6 Mac menyatakan bahawa kesultanan Perak Daru Ridzuan pada masa kini hanya menggayakan empat jenis reka bentuk sahaja iaitu Ayam Patah Kepak, Helang Menyusur Angin, Dendam Tak Sudah dan Getam Pekasam. Namun menurut Wan Yahya Abdullah (2006) menyatakan kesultanan Perak Darul Ridzuan memiliki tujuh belas jenis reka bentuk tengkolok. Keadaan ini berlaku disebabkan pelbagai aspek. Antaranya adalah kemahiran mengikat tengkolok ini tidak dapat diwarisi dengan baik disebabkan berkemungkinan besar bahawa tukang ikat dahulu tidak sempat menurutkan kesemua ilmu kemahiran sebelum meninggal dunia. Keadaan ini memperlihatkan bahawa hanya terdapat beberapa reka bentuk tengkolok sahaja yang dapat diwarisi. Mohamad Dzulkarnain Osman (2014) berpendapat bahawa sekiranya koleksi reka bentuk tengkolok dahulu dapat diperoleh secara bergambar maka tidak mustahil reka bentuk tengkolok yang telah pupus dapat dihidupkan semula.

Seterusnya adalah pemakaian tengkolok di Istana Iskandariah adalah mengikut minat dan cita rasa Sultan yang memerintah. Sekiranya terdapat reka bentuk tengkolok yang tidak menarik minat Tuanku Sultan, maka reka bentuk tengkolok itu ditinggalkan. Maksud tidak menarik minat Tuanku Sultan ini adalah kerana ada terdapat reka bentuk tengkolok yang tidak cantik pada pandangan mata Tuanku Sultan. Jika dilihat ketika era pemerintahan sultan Perak ke-34 iaitu Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, tengkolok yang diguna pakai oleh Tuanku adalah tengkolok Ayam Patah Kepak. Tuanku meminati reka bentuk tengkolok Ayam Patah Kepak yang cantik dan segak apabila digayakan. Manakala ketika era pemerintahan sultan Perak ke-33, Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah II, tuanku mengguna pakai tengkolok Helang Menyusur Angin.

Rajah 1: Penggunaan tengkolok di negeri Perak Sumber Istana Iskandariah, 1985

Reka Bentuk Tengkolok Negeri Perak

Masih diguna pakai Tidak diguna pakai

Ayam Patah Kepak

Helang Menyusur Angin

Dendam Tak Sudah

Getam Perkasam

Pucuk Pisang Patah

Anak Gajah Menyusu

Balong Ayam

Page 7: keindahan tengkolok warisan kesultanan perak darul ridzuan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 754

Gambar 4: Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang menggayakan tengkolok Ayam Patah Kepak

Gambar 5: Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah II

yang menggayakan tengkolok Helang Menyusur Angin

Page 8: keindahan tengkolok warisan kesultanan perak darul ridzuan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 755

3.1 Tengkolok Ayam Patah Kepak

Pandangan hadapan Pandangan belakang

Gambar 6: Reka bentuk tengkolok Ayam Patah Kepak

Patah

Garam Sebuku

Kepak

Pucuk Rebung

Page 9: keindahan tengkolok warisan kesultanan perak darul ridzuan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 756

3.2 Tengkolok Helang Menyusur Angin

Pandangan hadapan Pandangan belakang

Gambar 7: Reka bentuk tengkolok Helang Menyusur Angin

3.3 Tengkolok Dendam Tak Sudah

Pandangan hadapan Pandangan belakang

Gambar 8: Reka bentuk tengkolok Dendam Tak Sudah

Page 10: keindahan tengkolok warisan kesultanan perak darul ridzuan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 757

z

3.4 Tengkolok Getam Perkasam

Pandangan hadapan Pandangan belakang

Gambar 9: Reka bentuk tengkolok Getam Pekasam

3.5 Tengkolok Balung Ayam

Pandangan hadapan Pandangan belakang

Gambar 10: Reka bentuk tengkolok Balong Ayam

Page 11: keindahan tengkolok warisan kesultanan perak darul ridzuan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 758

3.6 Tengkolok Anak Gajah Menyusu

Pandangan hadapan Pandangan belakang

Pandangan sisi kiri

Gambar 11: Reka bentuk tengkolok Anak Gajah Menyusu

Belalai Gajah (ibu)

Belalai Gajah (anak)

Page 12: keindahan tengkolok warisan kesultanan perak darul ridzuan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 759

4. Rumusan dan Cadangan

Melalui kajian yang telah dijalankan didapati bahawa tengkolok Perak memiliki reka bentuk tengkolok yang tersendiri. Reka bentuk tengkolok ini harus dipelihara dan diwarisi oleh generasi muda pada masa kini agar kelangsungan dalam kemahiran mengikat tengkolok ini akan terus diwarisi dari zaman ke zaman. Cadangan pada masa akan datang adalah pihak istana perlu mengadakan bengkel mengikat tengkolok yang dihadiri oleh semua kakitangan istana agar kemahiran ini diwarisi oleh semua kakitangan istana terutama kepada yang berminat. Minat penting kerana kemahiran mengikat tengkolok ini memerlukan seni lentuk tangan dan jari jemari dalam membentuk setiap solek yang dihasilkan. Bengkel tengkolok ini juga boleh dianjurkan di sekolah-sekolah di setiap negeri agar dari peringkat awal lagi dapat dikesan bakat-bakat muda yang meminati seni warisan orang Melayu ini. Reka bentuk tengkolok Perak ini mesti dipelihara dengan baik. Oleh itu semua pihak harus mengambil tanggungjawab dalam memelihara seni warisan Melayu khusus kepada pengikat tengkolok.

Rujukan

Nur Idrina Idris (2012). DYMM Sultan Perak. Kuala Lumpur. E1 Publication Sdn Bhd Wan Yahya Abdullah (2004). Destar Warisan Koleksi Terpilih. Kuala Lumpur. Jabatan Muzium dan

Antikuiti. Mohd Kassim Hj. Ali (1990). Barang Kemas Melayu Tradisi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Roslan Bidin (1996). Tengkolok Lambang Ketampanan Jejaka. Warisan Indera Kayangan, Jurnal

Jawatankuasa Gerakan Membaca Perlis, 21-22 Siti Zainon Ismail. (1997). Busana Melayu Johor. Shah Alam. Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd Haji Buyong Adil (1972). Sejarah Perak. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Maruwiah Ahmat (2010). Siri Budaya Warisan Malaysia: Pakaian Tradisional. Kuala Lumpur. Pustaka

Mawar ________ 1985. Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni

Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Ghafarullahu-Lahu Shah. Istana Iskandariah. Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

Mohamad Dzulkarnain Bin Osman. Penglima Perang Kanan Istana Iskandariah. 6 Mac 2014 Toh Pekerma Wati Datin Seri Zabidatul Alipiah. Pengikat Tengkolok. 28 April 2014