keberkesanan pendekatan belajar melalui … filedata pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca...

16
422 KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN DALAM KEMAHIRAN MEMBATANG SUKU KATA Noor Azlinna Yasir & Jamaludin Badusah Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] ABSTRAK: Pelaksanaan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan Pendekatan Belajar Melalui Bermain (PBMB) merupakan pendekatan kreatif yang menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam merealisasikan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) sesuai dengan sistem pendidikan bertaraf global. Pelaksanaan PdPc yang menepati keperluan dan kehendak PAK21 memberikan impak terhadap pencapaian, minat, dan motivasi belajar murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran bermakna di sekolah. PBMB dalam kemahiran membatang suku kata sesuai dan seiring dengan keperluan asas literasi membaca dalam kalangan murid sekolah rendah khususnya tahap satu. Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan PBMB dalam kemahiran membatang suku kata murid tahun tiga. Kajian berbentuk kuasi-eksperimental yang mengambil kira aspek pencapaian murid dalam kemahiran membatang suku kata ini dijalankan melalui pendekatan kuantitatif. Ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk membandingkan pencapaian murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas PdPc melalui PBMB. Seramai 60 orang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di daerah Kuching, Sarawak dipilih sebagai sampel kajian yang terdiri daripada 31 orang kumpulan rawatan dan 29 orang kumpulan kawalan. Data pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 23.0. Analisis data dibuat melalui analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara markah pencapaian murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kemahiran membatang suku kata selepas sesi pembelajaran dengan PBMB dijalankan. Kesimpulannya, PBMB memberi kesan kepada peningkatan pencapaian murid dalam kemahiran membatang suku kata dalam asas literasi membaca Bahasa Melayu. Kata kunci: Pendekatan Belajar Melalui Bermain, kemahiran membatang suku kata, asas literasi membaca Abstract: The implementation of Fun and Learning (F&L) method in learning and facilitating (L&F) sessions is a creative approach that had been highlighted by the Ministry of Education (MOE) in Malaysia in implementing the 21st Century learning method in line with the global education system. The implementation of F&L methods that meets the needs and demands of 21st Century Teaching and Learning methods shows impact on student’s achievement, interest, and motivation towards cultivating a meaningful learning environment in schools. This fun and learning method in teaching syllable-reading skills are able to sharpen pupil’s reading skills especially for the level one pupil. The purpose of this study is to identify the effectiveness of F&L methods in Year Three student’s syllabus especially in spelling the syllables. Quasi-experimental research that measure student’s achievement in syllable-reading skills had been conducted through quantitative approaches. Pre and post test were conducted to compare the achievement of both treatment and control groups; especially before and after the learning and facilitating process through F&L method. A total of sixty Year Three pupils from a primary school in Kuching, Sarawak were selected as a sample of the study which consisted of 31 pupils in treatment group and 29 pupils in the control group. The data shown in pre and post-test were analyzed by using the Statistical Packages for Social Science (SPSS) software version 23.0. Data analysis is made through descriptive statistical analysis and inferential statistics. The findings showed that there was a significant difference (p<0.05) between the score of the treatment group and the control group in syllable reading skills after F&L method applied. As conclusion, F&L did affects pupils' achievement in syllable reading skills in Malay Language as their basic reading skills. Keywords: Fun and Learning Method, syllable-reading skills, basic literacy reading.

Upload: trancong

Post on 23-Mar-2019

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

422

KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN DALAM KEMAHIRAN

MEMBATANG SUKU KATA

Noor Azlinna Yasir & Jamaludin Badusah

Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]

ABSTRAK: Pelaksanaan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan Pendekatan Belajar Melalui Bermain (PBMB) merupakan pendekatan kreatif yang menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam merealisasikan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) sesuai dengan sistem pendidikan bertaraf global. Pelaksanaan PdPc yang menepati keperluan dan kehendak PAK21 memberikan impak terhadap pencapaian, minat, dan motivasi belajar murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran bermakna di sekolah. PBMB dalam kemahiran membatang suku kata sesuai dan seiring dengan keperluan asas literasi membaca dalam kalangan murid sekolah rendah khususnya tahap satu. Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan PBMB dalam kemahiran membatang suku kata murid tahun tiga. Kajian berbentuk kuasi-eksperimental yang mengambil kira aspek pencapaian murid dalam kemahiran membatang suku kata ini dijalankan melalui pendekatan kuantitatif. Ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk membandingkan pencapaian murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas PdPc melalui PBMB. Seramai 60 orang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di daerah Kuching, Sarawak dipilih sebagai sampel kajian yang terdiri daripada 31 orang kumpulan rawatan dan 29 orang kumpulan kawalan. Data pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 23.0. Analisis data dibuat melalui analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara markah pencapaian murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kemahiran membatang suku kata selepas sesi pembelajaran dengan PBMB dijalankan. Kesimpulannya, PBMB memberi kesan kepada peningkatan pencapaian murid dalam kemahiran membatang suku kata dalam asas literasi membaca Bahasa Melayu. Kata kunci: Pendekatan Belajar Melalui Bermain, kemahiran membatang suku kata, asas literasi membaca Abstract: The implementation of Fun and Learning (F&L) method in learning and facilitating (L&F) sessions is a creative approach that had been highlighted by the Ministry of Education (MOE) in Malaysia in implementing the 21st Century learning method in line with the global education system. The implementation of F&L methods that meets the needs and demands of 21st Century Teaching and Learning methods shows impact on student’s achievement, interest, and motivation towards cultivating a meaningful learning environment in schools. This fun and learning method in teaching syllable-reading skills are able to sharpen pupil’s reading skills especially for the level one pupil. The purpose of this study is to identify the effectiveness of F&L methods in Year Three student’s syllabus especially in spelling the syllables. Quasi-experimental research that measure student’s achievement in syllable-reading skills had been conducted through quantitative approaches. Pre and post test were conducted to compare the achievement of both treatment and control groups; especially before and after the learning and facilitating process through F&L method. A total of sixty Year Three pupils from a primary school in Kuching, Sarawak were selected as a sample of the study which consisted of 31 pupils in treatment group and 29 pupils in the control group. The data shown in pre and post-test were analyzed by using the Statistical Packages for Social Science (SPSS) software version 23.0. Data analysis is made through descriptive statistical analysis and inferential statistics. The findings showed that there was a significant difference (p<0.05) between the score of the treatment group and the control group in syllable reading skills after F&L method applied. As conclusion, F&L did affects pupils' achievement in syllable reading skills in Malay Language as their basic reading skills. Keywords: Fun and Learning Method, syllable-reading skills, basic literacy reading.

Page 2: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

423

PENGENALAN Pendidikan Abad ke-21 (PAK21) berupaya memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa akan datang. Transformasi pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 perlu dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan sesuai dengan keperluan yang dapat membantu dalam memastikan wujudnya perkembangan kognitif murid. PAK21 menuntut keupayaan kanak-kanak mengikuti program pendidikan awal dengan lebih komited dalam pembelajaran mereka. Hal ini demikian kerana, dalam PdPc di sekolah khususnya PdPc tahap satu (tahun 1 hingga tahun 3) membolehkan guru-guru mengenal pasti murid yang mempunyai masalah penguasaan asas 3M (Roslan & Nurahimah 2017). Proses mengenal pasti masalah dalam kalangan murid harus dilakukan kerana kanak-kanak mudah menerima ilmu pengetahuan secara lebih efektif ketika awal usia sesuai dengan perkembangan kognitif mereka dan lebih bersedia menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan bertaraf global.

Amalan pendekatan konvensional dalam PdPc tidak lagi menjadi medium terbaik dalam merealisasikan matlamat PAK21 di mana murid harus menguasai kemahiran literasi dengan sempurna. Bagi memenuhi matlamat ini, perubahan sistem pendidikan dari aspek strategi, kaedah, pendekatan mahupun teknik yang dinamik dan kreatif dengan kandungan pembelajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa pada peringkat awal persekolahan murid amat diperlukan bagi menjamin penguasaan literasi yang baik. Pernyataan ini sejajar dengan pendapat Zinitulniza (2011), penguasaan literasi amat penting agar murid-murid celik huruf dan seterusnya berjaya dalam bidang pendidikan. Kemahiran ini mesti dikuasai melalui sistem persekolahan formal di mana institusi pendidikan memainkan peranan penting (White, P & Cranitch, M 2010).

Kemahiran membatang suku kata dalam asas literasi membaca merupakan salah satu kemahiran yang harus dikuasai oleh semua murid. Membaca adalah keupayaan kanak-kanak mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan, jeda, dan kelancaran yang betul (See Bee Ean 2008). Penguasaan kemahiran asas ini seharusnya dikuasai seawal mungkin terutamanya semasa murid menerima pendidikan awal di sekolah. Kecekapan membatang suku kata merupakan asas dalam proses awal membaca. Oleh itu, pendidikan awal di sekolah harus menggalakkan perkembangan kognitif individu secara optimum sehingga mereka dapat menguasai bahasa sesuai dengan tahap perkembangan mereka kerana bahasa dipelajari melalui peniruan dan diserap dalam ingatan sebagai hasil interaksi pembelajaran.

Penguasaan asas literasi membaca dalam kalangan murid bertitik tolak daripada keupayaan mereka menguasai kemahiran membatang pelbagai suku kata membentuk perkataan yang bermakna. Kemahiran membatang suku kata merupakan kemahiran asas membaca dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Rancangan Tahunan Pemulihan Khas, KPM). Kemahiran ini seharusnya dikuasai bagi meningkatkan mutu bacaan murid. Menurut Nazatul Azlin (2009), membatang suku kata atau perkataan bermaksud menyebut terus sesuatu suku kata atau perkataan dengan betul. Sehubungan itu, kemahiran membatang suku kata perlu dikuasai bagi memenuhi matlamat pengajaran Bahasa Melayu di sekolah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Justeru, program pendidikan yang dilaksanakan di sekolah rendah seharusnya berperanan memperbaiki, memperbaharui, dan mengembalikan sesuatu kepada keadaan atau kegunaan semula. Dalam erti kata lain, keterlibatan murid dalam apa-apa program pendidikan bahasa di sekolah memerlukan pembelajaran yang membantu mereka menguasai kemahiran asas bahasa bagi menghindar masalah terus ketinggalan dalam proses pendidikan yang sepatutnya dicapai oleh mereka. Di samping itu, program pendidikan bahasa ini juga mendorong murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran 3M agar dapat bergerak seiring dan setaraf dengan rakan yang seusia mereka.

Jelasnya, setiap murid daripada pelbagai latar belakang akademik seharusnya menerima pendidikan awal literasi asas membaca melalui pelaksanaan pelbagai pendekatan PdPc yang berkesan. Dalam konteks pelaksanaan PdPc ini, setiap murid akan didedahkan dengan pelbagai pengalaman bahasa dan aktiviti yang mendorong mereka dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran bagi membentuk paradigma membaca yang merefleksi momentum pencapaian yang baik dalam kalangan murid.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian dijalankan kerana masih terdapat murid yang tidak menguasai kemahiran membatang suku kata dengan baik dalam pembelajaran asas literasi membaca setelah suatu tempoh pembelajaran tertentu. Isu kegagalan menguasai asas literasi merupakan isu global yang menjadi dilema dalam dunia pendidikan

Page 3: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

424

(Sharon & Stockall 2012). Agenda pendidikan oleh negara-negara di dunia sentiasa memberikan fokus terhadap isu ini (Rancangan Malaysia ke-10 2010). Berdasarkan kajian, seramai 45% murid di Arab Saudi mengalami buta huruf (2012), 16% kanak-kanak Australia tidak boleh membaca dan menulis (Griffin & Patrick 2012), 8% hingga 12% kanak-kanak prasekolah, dan 12% kanak-kanak tahun satu menghadapi masalah penguasaan kemahiran mendengar dan membaca di Amerika Syarikat dan Kanada (Jamiesan 2007), manakala 69% golongan dewasa Nigeria buta huruf (Menefee, Trey, Bray & Mark 2012).

Isu literasi asas membaca dalam kalangan murid sekolah rendah juga wujud dalam beberapa buah negara maju seperti Brunei Darussalam (Tamam, Zamri, Nik Mohd. Rahimi & Jamaludin 2010). Seramai 302 juta penduduk India dewasa menghadapi masalah buta huruf manakala 40 juta kanak-kanak tidak menguasai literasi (PG 2011). Di Malaysia, isu murid tidak menguasai literasi dan numerasi telah wujud sejak awal penggubalan sistem pendidikan Malaysia dan menjadi semakin serius sekitar tahun 1960-an (Laporan Keciciran Murid 1972). Isu yang semakin meruncing ini telah mendorong Analisis Jawatankuasa Kabinet mengusulkan agar pendidikan rendah menekankan penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis, dan mengira (Zinitulniza 2011). Namun, sehingga ke hari ini isu penguasaan asas literasi membaca masih menjadi satu masalah yang besar dalam dunia pendidikan khususnya kepada warga pendidik di sekolah rendah disebabkan murid belum menguasai kemahiran membatang suku kata sepenuhnya.

Seramai 54,000 murid tahun satu tidak menguasai kemahiran literasi pada tahun 2008 (Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan 2010). Berdasarkan analisis KPM mendapati purata murid tidak menguasai literasi pada peringkat sekolah rendah adalah 0.3 peratus bagi murid lelaki dan 0.2 peratus bagi murid perempuan (Rancangan Malaysia ke-10 2010). Justeru, dasar NKRA Pendidikan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara / National Key Result Areas (NKRA) telah diperkenalkan oleh KPM melalui pelaksanaan Program LINUS / Literacy and Numeracy Screening (Saringan Literasi dan Numerasi). Sebelum dasar baharu ini diperkenalkan dalam sistem pendidikan, banyak program lain seperti Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M), Program 3M (PROTIM) iaitu membaca, menulis, dan mengira yang dijalankan selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), dan Program Bimbingan Matematik (PROBIM) untuk murid-murid tingkatan satu telah diperkenalkan.

Program LINUS dilaksanakan untuk memastikan semua murid yang mengikuti program ini berkeupayaan menguasai literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti program tersebut. Namun, pelaksanaan program ini tidak memberi kesan terhadap penguasaan literasi dalam kalangan murid sekiranya perancangan dan pelaksanaan PdPc tidak berjalan seiring dengan perkembangan kognitif individu yang sangat ditekankan dalam Program LINUS. Guru harus memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan matlamat Program LINUS untuk memastikan murid dapat menguasai asas literasi dengan baik agar mereka berpeluang menghadapi cabaran dunia pendidikan global dengan sebaiknya.

Kefahaman asas dalam pendidikan awal kanak-kanak merupakan aspek penting yang harus diketahui oleh guru sebelum mengaplikasikan sebarang kaedah, pendekatan, strategi mahupun teknik dalam PdPc untuk tujuan mendidik di sekolah. Kesesuaian amalan PdPc dengan perkembangan pembelajaran kanak-kanak perlu mengambil kira pelbagai aspek kerana amalan PdPc yang sesuai dan efektif berupaya meningkatkan kualiti PdPc dalam usaha merealisasikan PAK21.

Berdasarkan perspektif teori, kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan murid. Kreativiti dan pemikiran asal merupakan salah satu daripada faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing dalam dunia pendidikan global. Sistem pendidikan ini menitikberatkan pemupukan kreativiti sejak usia kanak-kanak kerana minda kanak-kanak belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Oleh itu, sebagai individu yang bertanggungjawab mengurus pembelajaran, guru perlu sentiasa menjana idea kreatif bagi mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid seterusnya mendorong perkembangan kognitif secara optimum melalui pendekatan berkesan seperti PBMB.

PERNYATAAN MASALAH

Isu membaca dalam kalangan murid sering menjadi kekangan kepada guru Bahasa Melayu tahap satu. Masalah ini telah menyebabkan murid tidak menguasai kemahiran asas literasi 4M iaitu membaca, menulis, mengira, dan menaakul. Permasalahan ini disebabkan oleh beberapa isu yang pada akhirnya mendorong kepada masalah buta huruf. Gunn, Vadasy, dan Smolkowski (2011) menyatakan bahawa pembangun program sering gagal menghasilkan panduan yang jelas bagaimana untuk melakukan aktiviti pengajaran

Page 4: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

425

dengan berkesan terutamanya bagi pengajaran bahasa yang memerlukan guru mengamalkan pengajaran yang lebih efisien.

Pengajaran literasi sebagai pendidikan awal secara formal harus dititikberatkan agar kanak-kanak menguasai kemahiran asas tersebut sebelum bermulanya sesi persekolahan di tahun satu sejajar dengan matlamat KPM untuk memastikan kelancaran sesi pembelajaran kerana kelemahan murid dalam menguasai kemahiran asas akan memberi kesan kepada proses pembelajarannya (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006). Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000 murid tahun satu belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Data PROTIM pada tahun yang sama pula menunjukkan sebanyak 48,233 murid tahun empat belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi) sementara sebanyak 117,000 murid tahun empat belum menguasai kemahiran asas mengira (numerasi). Menurut Malaysia Education Blueprint 2012-2025 (Malaysia Education Blueprint 2012-2025, 2011), lebih dua kali ganda jumlah pelajar Malaysia yang berada di bawah penilaian minimum TIMMS dalam kemahiran membaca berbanding negara-negara OECD.

Literasi membaca merupakan asas pembelajaran bahasa dalam pendidikan rendah dan tahap seterusnya. Tanpa penguasaan asas literasi yang baik melalui kemahiran membatang suku kata, keupayaan memperoleh pendidikan dan fungsi yang lebih tinggi adalah mustahil. Kemahiran membatang suku kata penting untuk membangunkan aspek kognitif individu dalam penguasaan literasi agar mereka dapat menjalani kehidupan yang bermanfaat dalam masyarakat. Pengajaran guru yang bersifat konvensional tidak dapat menarik minat murid untuk mempelajari bahasa. Menurut Ilangko Subramaniam (2014), murid sering menganggap pembelajaran bahasa amat membosankan disebabkan cara pengajaran guru dan aktiviti pembelajaran yang sama. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Abd. Aziz (2007), teknik pengajaran konvensional secara syarahan yang berpandukan buku teks, buku latihan topikal, dan nota guru masih menjadi amalan dan telah menyebabkan murid terpaksa melalui sesi pembelajaran yang kurang menarik. Amalan PdPc seperti ini secara tidak langsung menyukarkan murid untuk menguasai kemahiran asas literasi bahasa dengan sempurna.

Menurut Yahya, Aisah, Azmey, DK. Siti Ardiah, dan Maszuraimah (2012), untuk mencapai matlamat meningkatkan kemahiran bacaan kanak-kanak, kaedah mengajar yang sesuai perlu diamalkan oleh guru agar proses penguasaan kemahiran tersebut dapat berlaku dengan mudah dan berkesan. Namun, sehingga kini pertikaian idea dalam kalangan ahli akademik yang masih lagi mencari kaedah membaca yang berkesan untuk kanak-kanak pada peringkat awal ini belajar kemahiran membaca masih berlaku (Naimah 2011). Guru harus kreatif dalam mengenal pasti amalan pengajaran yang sesuai untuk mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid dengan mengambil kira pelbagai aspek untuk menentukan kaedah mahupun pendekatan pengajaran yang lebih sesuai selain pendekatan konvensional. Naimah (2011) melihat kebanyakan kaedah yang digunakan di sekolah pada hari ini adalah berasaskan Teori Behavioris yang mengutamakan hafalan dan ingatan. Justeru, guru perlu menentukan kaedah, pendekatan, strategi atau teknik pengajaran yang lebih kreatif di samping mengelakkan penggunaan pendekatan konvensional semata-mata dalam pengajaran mereka.

Alan Waters (2009) menjelaskan bahawa satu bentuk inovasi yang dirancang dan dilaksanakan mestilah lebih baik daripada gagasan idea atau kaedah yang lama dan diganti dengan kaedah yang lebih sesuai serta memberi impak yang lebih bermakna. Bahan pembelajaran dan pengajaran yang baik bukan sekadar berkesan, tetapi menarik dan memotivasikan murid untuk terus terlibat dengan pembelajaran Morrison (2011). Jelas bahawa, suasana pembelajaran bermakna harus diwujudkan dalam PdPc bahasa terutamanya pembelajaran yang berkaitan kemahiran membaca bagi meningkatkan pencapaian murid. Menurut Rodiah (2008), wujud hubungan yang signifikan antara komitmen murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu dengan amalan pengajaran guru dalam mata pelajaran tersebut. Ini bermakna, amalan kaedah, pendekatan, strategi, dan teknik pengajaran yang berkesan dapat membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran bermakna dan seterusnya mendorong meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran bahasa yang dipelajari.

Sehubungan itu, untuk mengatasi isu dan permasalahan ini, pendekatan pengajaran yang berkesan perlu diamalkan dalam sesi PdPc kemahiran membatang suku kata dalam asas literasi Bahasa Melayu. Justeru, PBMB dalam kemahiran membatang suku kata harus dilihat dari aspek pencapaian murid dengan mewujudkan ruang dan peluang belajar dalam suasana pembelajaran bermakna yang tidak membosankan agar minat dan motivasi belajar murid dapat dikekalkan dan seterusnya ditingkatkan dari semasa ke semasa. Masalah asas literasi membaca yang wujud dalam kalangan murid ini perlu diatasi dengan sebaik-baiknya demi membanteras masalah buta huruf dan seterusnya membantu mengatasi masalah penguasaan 4M secara berperingkat.

Page 5: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

426

ULASAN KEPUSTAKAAN Penguasaan kemahiran asas literasi bahasa sentiasa menjadi keutamaan dalam matlamat KPM sejak dahulu lagi. Hal ini kerana, kemahiran membaca sangat penting dan perlu dikuasai oleh murid bagi melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran (Abdul Rasid 2012). Menurut Schatschneider, Fletcher, Francis, Carlson, dan Foorman (2004), asas literasi membaca juga dapat membantu murid untuk berjaya dalam pembelajaran mereka. Selain itu, dengan menguasai kemahiran membaca akan menjadikan diri kanak-kanak lebih yakin, aktif, dan bertenaga (Zahir 2009).

Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa masalah penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid telah wujud sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Dapatan kajian Issah (1994) menunjukkan bahawa 3.2% murid-murid di sekolah tidak pandai membaca dan 7% daripada murid ini didapati sebagai pembaca yang lemah. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Faridah (1990) menunjukkan bahawa hanya 58% pelajar tingkatan satu mampu memberikan jawapan yang betul bagi soalan pemahaman Bahasa Melayu manakala selebihnya 42% memberikan jawapan yang salah. Sebahagian daripada pelajar ini tidak dapat memberikan jawapan yang betul walaupun jawapan tersebut ada di dalam teks yang diberikan.

Dapatan kajian-kajian ini menunjukkan bahawa antara punca utama murid mempunyai pencapaian rendah dalam membaca adalah disebabkan faktor pedagogikal (Suraya & O’Neill 2012) seperti pengajaran secara tradisional yang tidak menyeronokkan dan berkesan untuk murid (Aminah 1984; Azaharaini 1986; Ministry of Education (MOE) 1988; Attwood & Bray 1989). Secara khususnya, pencapaian yang rendah dalam membaca ini dikaitkan dengan kurangnya bahan-bahan bacaan, perbendaharaan kata, lemah dalam ejaan, ketidakmampuan untuk menyebutkan perkataan-perkataan yang dieja, dan kurangnya minat serta motivasi untuk membaca (Malai Rabiah 1997). Di samping itu, pengaruh dialek dan pedagogi turut menyumbang kepada berlakunya masalah ini (Sutinah 2011). Sehubungan itu, guru memainkan peranan penting dalam mempelbagaikan kaedah dan pendekatan dalam pengajaran mereka bagi mengatasi masalah ini dengan lebih berkesan.

Berdasarkan faktor-faktor tersebut, maka dalam konteks kajian ini pengkaji ingin melihat keberkesanan PBMB terhadap pencapaian kemahiran membatang suku kata dalam asas literasi membaca dalam kalangan murid tahun tiga. Hal ini demikian kerana, salah satu elemen penting dalam PdPc PAK21 adalah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif. Malah, elemen ini selaras dengan kehendak dan keperluan sistem pendidikan negara yang menuntut perkembangan holistik dalam kalangan murid yang meliputi aspek fizikal, kognitif, emosi, dan sosial. Di samping itu, amalan pengajaran yang berkesan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Hal ini secara tidak langsung dapat meminimumkan penggunaan buku teks yang penyampaiannya agak membosankan pelajar (Endah & Hanif 2010). Oleh hal yang demikian, melalui pendekatan pengajaran secara kreatif seperti PBMB, pembelajaran yang lebih bermakna dapat diwujudkan dan masalah membaca melalui kemahiran membatang suku kata mungkin dapat ditangani dengan lebih efektif. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan PBMB terhadap pencapaian kemahiran membatang suku kata dalam asas literasi membaca Bahasa Melayu antara murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas rawatan diberikan. OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya objektif kajian ini adalah: a) Mengenal pasti pencapaian kemahiran membatang suku kata murid kumpulan rawatan dan kumpulan

kawalan dalam ujian pra. b) Mengenal pasti pencapaian kemahiran membatang suku kata murid kumpulan rawatan dan kumpulan

kawalan dalam ujian pasca. c) Mengenal pasti perbezaan pencapaian kemahiran membatang suku kata murid kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca. PERSOALAN KAJIAN

Page 6: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

427

Beberapa persoalan kajian telah dikenal pasti berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Antara persoalan kajian ini adalah: a) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor pencapaian kemahiran membatang suku

kata murid yang mengikuti pembelajaran dengan PBMB dengan murid yang mengikuti pembelajaran secara konvensional dalam ujian pra?

b) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata murid yang mengikuti pembelajaran dengan PBMB dengan murid-murid yang mengikuti pembelajaran secara konvensional dalam ujian pasca?

c) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata bagi murid yang mengikuti pembelajaran dengan PBMB dalam ujian pra dan ujian pasca?

d) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata bagi murid yang mengikuti pembelajaran secara konvensional dalam ujian pra dan ujian pasca?

HIPOTESIS KAJIAN Kajian ini juga bertujuan menguji hipotesis nol yang berikut: a) H01 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian kemahiran membatang suku

kata antara murid yang mengikuti pembelajaran dengan PBMB dengan murid yang mengikuti pembelajaran secara konvensional dalam ujian pra.

b) H02 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata murid yang mengikuti pembelajaran melalui PBMB dengan murid yang mengikuti pembelajaran secara konvensional dalam ujian pasca.

c) H03 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata murid yang mengikuti pembelajaran dengan PBMB dalam ujian pra dan ujian pasca.

d) H04 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata murid yang mengikuti pembelajaran secara konvensional dalam ujian pra dan ujian pasca.

e) KEPENTINGAN KAJIAN Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan berguna kepada pengkaji serta semua pihak dan institusi yang terlibat untuk merangka langkah susulan dalam meningkatkan tahap penguasaan asas literasi membaca yang lebih baik dengan aplikasi pendekatan PdPc yang sesuai. Penyesuaian pendekatan PdPc yang digunakan dalam kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh mana-mana pihak untuk melaksanakan pengkajian seterusnya bagi mengembangkan kajian ini dalam pelbagai dimensi ilmu pengetahuan. Selain itu, kajian ini memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keberkesanan PBMB terhadap pencapaian murid dalam kemahiran membatang suku kata melalui pendekatan pembelajaran yang berbeza. Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat membantu guru Bahasa Melayu khususnya di sekolah rendah untuk meningkatkan kualiti PdPc bahasa melalui amalan pelbagai pendekatan pembelajaran secara kreatif dalam usaha mencapai objektif pembelajaran dan seterusnya merealisasikan matlamat PAK21. Perkongsian ilmu pengetahuan bernilai tinggi ini juga boleh dijadikan platform ke arah pembentukan sistem pendidikan melalui kepelbagaian sudut pandangan yang lebih kreatif. Di samping itu, melalui kajian ini diharap dapat memajukan tahap pendidikan murid dari semasa ke semasa sesuai dengan kehendak dan keperluan sistem pendidikan global. Justeru, penguasaan kemahiran membatang suku kata dalam asas literasi membaca akan bersifat lebih mantap dan berupaya membawa perubahan positif kepada pencapaian murid secara berterusan. BATASAN KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada pengaruh sekolah sahaja dan tidak mengambil kira pengaruh atau latar belakang ibu bapa serta persekitaran tempat tinggal responden. Kajian ini memberi fokus kepada persekitaran dan pembelajaran yang positif dan kondusif dalam membantu perkembangan kognitif murid menguasai kemahiran membatang suku kata dalam asas literasi membaca dengan lebih baik.

Dapatan kajian terbatas kepada kumpulan responden yang dikaji dan bukan bertujuan untuk digeneralisasikan kepada kumpulan murid yang lain. Tahap peningkatan pencapaian kemahiran membatang suku kata dalam asas literasi membaca yang dimaksudkan terbatas kepada pencapaian

Page 7: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

428

responden dalam ujian saringan membaca (lisan) yang telah dijalankan terhadap responden. Kajian ini melibatkan 60 orang murid daripada lingkungan umur lapan hingga sembilan tahun dan keputusan kajian adalah terhad kepada responden sahaja tanpa mewakili populasi yang lain.

Kajian dijalankan di sebuah sekolah di daerah Kuching, Sarawak dalam tempoh lapan minggu sahaja. Begitu juga kesesuaian waktu yang diberikan kepada pengkaji kerana proses pengkajian ini adalah pada akhir tahun. Pemilihan umur sampel disesuaikan dengan tempoh kajian dijalankan bagi mengumpul maklumat dengan lebih terperinci dan mendalam mengenai tahap penguasaan murid dalam kemahiran membatang suku kata. KERANGKA KAJIAN

POPULASI DAN PERSAMPELAN KAJIAN Sampel kajian terdiri daripada murid tahun tiga di sebuah sekolah bandar di daerah Kuching, Sarawak. Bilangan sampel yang dipilih adalah seramai 60 orang. Reka bentuk persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan. Menurut Silverman (2013), persampelan bertujuan sesuai digunakan seandainya pengkaji ingin memilih sampel dari kelas untuk melaksanakan kajian.

Page 8: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

429

REKA BENTUK KAJIAN Dalam kajian ini, reka bentuk kuantitatif digunakan untuk menghasilkan sesuatu laporan ilmiah bagi menyelesaikan masalah mengikut disiplin-disiplin tertentu (Ghazali & Sufean 2016). Kajian ini menggunakan statistik yang bersifat numerikal dengan parameter yang boleh diukur bertujuan membuat penambahbaikan hubungan antara teori-teori pendidikan dengan perkembangan profesionalisme keguruan. Reka bentuk kuasi-eksperimental telah dipilih bagi menjawab persoalan kajian memandangkan persampelan rawak tidak dapat digunakan dalam konteks kajian ini. Sampel dari kelas-kelas sedia ada telah digunakan sebagai subjek kajian tanpa melakukan proses pemilihan responden secara rawak untuk mengelakkan penstrukturan semula kedudukan murid dalam kelas-kelas tersebut. Pemilihan reka bentuk kajian ini juga membantu pengkaji melihat dan menguji hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terlibat dalam kajian bagi mengenal pasti sama ada terdapat kesan terhadap sesuatu pencapaian (Creswell 2012). Pendekatan ini sesuai digunakan dalam konteks kajian dalam membuat perbandingan kesan pemboleh ubah tidak bersandar terhadap pemboleh ubah bersandar. Kajian berbentuk kuasi-eksperimental ini juga digunakan untuk menguji keberkesanan PBMB sebagai suatu program rawatan atau pendekatan PdPc yang dipilih oleh pengkaji terhadap pencapaian murid dalam kemahiran membatang suku kata dalam asas literasi membaca.

a) Kaedah Kajian Dalam konteks kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuasi-eksperimental yang bertujuan menguji keberkesanan PBMB terhadap pencapaian kemahiran membatang suku kata dalam kalangan murid tahun tiga. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan yang didedahkan dengan PBMB dan kumpulan kawalan yang didedahkan dengan pendekatan konvensional. Melalui kedua-dua pendekatan pembelajaran tersebut, pengkaji menggunakan data kuantitatif untuk membuat perbandingan kesan penggunaan antara kedua-dua pendekatan berkenaan. Cara kajian ini dipilih untuk membantu pengkaji mengawal pemboleh ubah ekstranaus melalui beberapa cara iaitu: (i) kelas yang mempunyai latar belakang yang sama; (ii) mata pelajaran yang sama; (iii) tajuk yang sama; (iv) soalan ujian pra dan ujian pasca yang sama; (v) tempoh mengajar yang sama; (vi) minggu yang sama; dan (vii) pencapaian yang sama (Ahmad Mahzan 2002). b) Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk set ujian lisan. Terdapat dua set ujian kemahiran membatang suku kata iaitu ujian pra dan ujian pasca. Butiran dalam ujian pra dan ujian pasca adalah sama. Ujian ini mengandungi 12 konstruk iaitu keupayaan (i) membunyikan huruf, (ii) membunyikan suku kata terbuka, (iii) membunyikan perkataan suku kata terbuka, (iv) membunyikan suku kata tertutup, (v) membunyikan perkataan suku kata tertutup, (vi) membunyikan perkataan suku kata tertutup ‘ng’, (vii) membunyikan perkataan diftong, (viii) membunyikan perkataan vokal berganding, (ix) membunyikan digraf dan konsonan bergabung, (x) membunyikan perkataan berimbuhan awalan dan akhiran, (xi) membunyikan ayat mudah, dan (xii) membaca petikan rangsangan. Skor keseluruhan ujian adalah 100 markah. Spesifikasi ujian secara keseluruhan dapat dilihat dalam Jadual 1.

Jadual 1: Taburan spesifikasi ujian membatang suku kata secara keseluruhan

Kemahiran Jumlah soalan Markah

Membunyikan huruf 15 15 Membunyikan suku kata terbuka 5 5 Membunyikan perkataan suku kata terbuka 5 11 Membunyikan suku kata tertutup 5 5 Membunyikan perkataan suku kata tertutup 5 7 Membunyikan perkataan suku kata tertutup ‘ng’ 5 5 Membunyikan perkataan diftong 5 5 Membunyikan perkataan vokal berganding 5 5 Membunyikan perkataan digraf dan konsonan bergabung 5 5 Membunyikan perkataan berimbuhan awalan dan akhiran 5 5 Membaca ayat mudah 3 16 Membaca petikan rangsangan 1 16

Page 9: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

430

ANALISIS DATA Data yang diperoleh daripada ujian lisan kemahiran membatang suku kata adalah berbentuk kuantitatif yang dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 23.0. Analisis data dilakukan untuk melihat kekerapan nilai min, median, dan sisihan piawai yang diperoleh dalam kajian ini bagi menjawab persoalan kajian. Analisis data melibatkan dua jenis statistik iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Demografi sampel kajian berkaitan jantina dan skor pencapaian dalam ujian dianalisis dalam bentuk deskriptif. Statistik deskriptif min kekerapan (frekuensi) turut digunakan untuk melihat taburan skor pencapaian kemahiran membatang suku kata murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca. Statistik inferensi digunakan untuk menguji hipotesis kajian tentang perbezaan pencapaian murid bagi kedua-dua kumpulan mengikut pendekatan yang digunakan. Perbandingan min skor pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dianalisis dengan menggunakan statistik inferensi ujian-t sampel tak bersandar dan ujian-t sampel berpasangan dengan aras signifikan bagi semua ujian adalah 0.05. DAPATAN KAJIAN a) Demografi

Sampel kajian terdiri daripada 60 orang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di daerah Kuching, Sarawak. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut kelas-kelas sedia ada iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Jadual 2 menunjukkan dapatan profil sampel kajian. Jadual 2: Dapatan profil sampel kajian

Kumpulan Demografi Kategori Bilangan Peratus (%)

Rawatan

Jantina Lelaki 14 45.16 Perempuan 17 54.84

Pencapaian Bahasa Melayu

A 4 12.90 B 8 25.81 C 8 25.81 D 3 9.68 E 8 25.81

Kawalan

Jantina Lelaki 18 62.07 Perempuan 11 37.93

Pencapaian Bahasa Melayu

A 5 17.24 B 10 34.48 C 7 24.14 D 4 13.79 E 3 10.34

Berdasarkan Jadual 2, jumlah sampel kumpulan rawatan adalah seramai 31 orang yang terdiri

daripada 14 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan. Kumpulan kawalan pula terdiri daripada 29 orang iaitu 18 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Dapatan profil pencapaian sampel kajian kumpulan rawatan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukkan keputusan A seramai 4 orang (12.90%), B, C dan E masing-masing seramai 8 orang (25.81%) manakala D seramai 3 orang (9.68%). Dapatan profil pencapaian sampel kumpulan kawalan pula menunjukkan seramai 5 orang (17.24%) memperoleh keputusan A, 10 orang (34.48%) memperoleh keputusan B, 7 orang (24.14%) memperoleh keputusan C, 4 orang (13.79%) mencapai keputusan D, dan 3 orang (10.34%) mencapai keputusan E.

Page 10: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

431

b) Dapatan Berdasarkan Persoalan Kajian

Persoalan 1: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata murid yang mengikuti pembelajaran dengan PBMB dengan murid yang mengikuti pembelajaran secara konvensional dalam ujian pra? H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian murid dalam kemahiran membatang suku kata antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra.

Sebelum sesi rawatan dimulakan, kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan telah diberikan ujian pra kemahiran membatang suku kata yang meliputi 12 keupayaan iaitu (i) membunyikan huruf, (ii) membunyikan suku kata terbuka, (iii) membunyikan perkataan suku kata terbuka, (iv) membunyikan suku kata tertutup, (v) membunyikan perkataan suku kata tertutup, (vi) membunyikan perkataan suku kata tertutup ‘ng’, (vii) membunyikan perkataan diftong, (viii) membunyikan perkataan vokal berganding, (ix) membunyikan digraf dan konsonan bergabung, (x) membunyikan perkataan berimbuhan awalan dan akhiran, (xi) membunyikan ayat mudah, dan (xii) membaca petikan rangsangan. Data yang diperoleh dalam ujian ini dianalisis bagi menentukan min skor pencapaian bagi kedua-dua kumpulan.

Jadual 3: Min dan sisihan piawai ujian-t tak bersandar bagi pencapaian murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra

Kumpulan N Min Sisihan Piawai (SP) Nilai t Tahap

Signifikan Kumpulan Rawatan 31 71.03 3.497 0.540 0.591 Kumpulan Kawalan 29 71.45 3.450

Jadual 3 menunjukkan min skor dan sisihan piawai skor pencapaian kemahiran membatang suku

kata murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra. Jadual menunjukkan skor pencapaian murid bagi kedua-dua kumpulan tidak jauh berbeza. Ini dapat dilihat pada min skor pencapaian bagi kedua-dua kumpulan tersebut di mana min skor pencapaian murid kumpulan rawatan adalah 71.03 dengan sisihan piawai (SP) 3.497 manakala min skor pencapaian murid kumpulan kawalan adalah 71.45 dengan sisihan piawai (SP) 3.450.

Tafsiran daripada dapatan ujian-t yang dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min pencapaian murid kumpulan rawatan dengan min skor pencapaian murid kumpulan kawalan dalam ujian pra. Nilai t bagi kedua-dua kumpulan adalah 0.540, di mana nilai ini tidak signifikan pada aras 0.05 iaitu p>0.05 (0.591>0.05). Maka, dapatan analisis ujian-t bagi menguji hipotesis H01 adalah tidak dapat ditolak. Ini bermakna, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra. Data ini membuktikan bahawa murid bagi kedua-dua kumpulan (kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan) mempunyai tahap pencapaian yang sama sebelum rawatan diberikan. Persoalan 2: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata murid yang mengikuti pembelajaran dengan PBMB dengan murid yang mengikuti pembelajaran secara konvensional dalam ujian pasca? H02: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian murid dalam kemahiran membatang suku kata antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca.

Selepas pelaksanaan sesi rawatan dalam PdPc dijalankan, min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata bagi kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diukur dengan menggunakan ujian pasca. Min skor pencapaian dan sisihan piawai kemahiran membatang suku kata antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca ditunjukkan dalam Jadual 4. Jadual 4: Min dan sisihan piawai ujian-t tak bersandar bagi pencapaian murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca

Page 11: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

432

Kumpulan N Min Sisihan Piawai (SP) Nilai t Tahap

Signifikan Kumpulan Rawatan 31 84.58 6.071 9.354 0.000 Kumpulan Kawalan 29 72.48 4.657

Jadual 4 menunjukkan min skor pencapaian dan sisihan piawai skor pencapaian kemahiran

membatang suku kata murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Jadual menunjukkan min skor pencapaian bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan mempunyai perbezaan yang ketara di mana min skor pencapaian kumpulan rawatan adalah 84.58 dengan sisihan piawai (SP) 6.071 manakala min skor pencapaian kumpulan kawalan adalah 72.48 dengan sisihan piawai (SP) 4.657.

Apabila ujian-t ditafsirkan ke atas kedua-dua kumpulan murid, didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor pencapaian murid kumpulan rawatan yang mengikuti pembelajaran dengan PBMB dengan min skor pencapaian murid kumpulan kawalan yang mengikuti pembelajaran secara konvensional dalam ujian pasca. Nilai t bagi kedua-dua kumpulan adalah 9.354, di mana nilai ini signifikan pada aras 0.05 iaitu p<0.05 (0.000<0.05). Maka, dapatan analisis ujian-t bagi menguji hipotesis H02 adalah ditolak. Ini bermakna, pembelajaran dengan PBMB lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian kemahiran membatang suku kata berbanding pembelajaran secara konvensional. Persoalan 3: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata bagi kumpulan rawatan dalam ujian pra dan ujian pasca? H03: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor pencapaian murid kumpulan rawatan dalam ujian pra dan ujian pasca.

Bagi mengetahui kesan PBMB terhadap kemahiran membatang suku kata murid kumpulan

rawatan, analisis data dijalankan dengan cara membandingkan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian ini dapat dilihat dalam Jadual 5. Jadual 5: Perbandingan min dan sisihan piawai skor pencapaian murid kumpulan rawatan dalam ujian pra dan ujian pasca

Kumpulan Rawatan N Min Sisihan Piawai (SP) Nilai-t Tahap Signifikan

Ujian Pra 31 71.03 3.497 12.876 0.000 Ujian Pasca 31 84.58 6.071

Ujian Pra-Pasca 31 13.55 5.859

Bagi mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata murid kumpulan rawatan dalam ujian pra dan ujian pasca, analisis ujian-t berpasangan dilakukan. Berdasarkan Jadual 5, min skor pencapaian yang diperoleh kumpulan rawatan dalam ujian pra adalah 71.03 dengan sisihan piawai (SP) 3.497 manakala min skor pencapaian dalam ujian pasca adalah 84.58 dengan sisihan piawai (SP) 6.071. Berdasarkan min skor pencapaian tersebut, perbezaan min bagi kedua-dua ujian pra dan ujian pasca adalah sebanyak 13.55. Data ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam skor pencapaian kemahiran membatang suku kata bagi murid kumpulan rawatan dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Analisis ujian-t sampel berpasangan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata murid kumpulan rawatan dalam ujian pra dan ujian pasca. Tafsiran ujian-t juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (aras 0.05) bagi min skor pencapaian murid kumpulan rawatan yang mengikuti pembelajaran dengan PBMB dalam ujian pra dan ujian pasca.

Berdasarkan Jadual 5, nilai t bagi kumpulan rawatan dalam ujian pra dan ujian pasca adalah 12.876 iaitu p<0.05 (0.000<0.05). Analisis dapatan ini menunjukkan kumpulan rawatan mempunyai tahap pencapaian yang signifikan selepas mereka diberikan rawatan melalui pembelajaran dengan PBMB. Hal ini membuktikan bahawa rawatan yang diberikan kepada kumpulan rawatan iaitu pembelajaran dengan PBMB berkesan dalam meningkatkan pencapaian kemahiran membatang suku kata mereka. Maka, hipotesis nol yang ketiga dalam kajian ini iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata murid yang mengikuti pembelajaran dengan PBMB dalam ujian pra dan ujian pasca adalah ditolak.

Page 12: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

433

Persoalan 4: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata murid yang mengikuti pembelajaran secara konvensional dalam ujian pra dan ujian pasca? H04: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor pencapaian murid kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca.

Bagi mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata murid kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca, analisis ujian-t berpasangan dilakukan. Analisis dapatan kajian bagi menjawab persoalan ini dilakukan dengan cara membuat perbandingan min skor pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca. Analisis perbandingan ujian-t berpasangan dinyatakan dalam Jadual 6. Jadual 6: Perbandingan min dan sisihan piawai skor pencapaian murid kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca

Kumpulan Kawalan Bil Min Sisihan Piawai (SP) Nilai-t Tahap Signifikan

(P) Ujian Pra 29 71.45 4.657

2.637 0.013 Ujian Pasca 29 72.48 3.988 Ujian Pra-Pasca 29 1.03 2.113

Berdasarkan Jadual 6, min skor pencapaian yang diperoleh kumpulan kawalan dalam ujian pra

adalah 71.45 dengan sisihan piawai (SP) 4.657 manakala min skor pencapaian dalam ujian pasca adalah 72.48 dengan sisihan piawai (SP) 3.988. Terdapat perbezaan min skor pencapaian antara kedua-dua ujian bagi kumpulan kawalan iaitu sebanyak 1.03. Tafsiran analisis ujian-t sampel berpasangan telah dilakukan dan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min pencapaian kemahiran membatang suku kata bagi murid kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca dengan nilai t adalah 2.637 iaitu p<0.05 (0.013<0.05).

Analisis ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca iaitu p<0.05 (0.013<0.05). Ini bermakna, murid kumpulan kawalan mempunyai tahap pencapaian yang signifikan dalam ujian pra dan ujian pasca. Maka, rawatan atau pembelajaran secara konvensional yang diberikan kepada murid kumpulan kawalan berkesan dalam meningkatkan pencapaian kemahiran membatang suku kata. Oleh itu, hipotesis nol yang keempat bagi kajian ini iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata bagi murid yang mengikuti pembelajaran secara konvensional dalam ujian pra dan ujian pasca adalah ditolak.

Tafsiran ujian-t berpasangan yang dijalankan terhadap kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca menunjukkan bahawa rawatan yang diberikan ke atas kedua-dua kumpulan dapat meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membatang suku kata. Namun, PBMB yang didedahkan kepada murid kumpulan rawatan menunjukkan keberkesanan yang lebih tinggi berbanding pendekatan konvensional yang didedahkan kepada murid kumpulan kawalan. Hal ini demikian kerana, berdasarkan analisis ujian-t berpasangan, min skor pencapaian yang diperoleh kumpulan kawalan dalam ujian pra adalah 71.45 dengan sisihan piawai (SP) 4.657 manakala min skor pencapaian dalam ujian pasca adalah 72.48 dengan sisihan piawai (SP) 3.988 dengan perbezaan min sebanyak 1.03 berbanding min skor pencapaian yang diperoleh kumpulan rawatan dalam ujian pra adalah 71.03 dengan sisihan piawai (SP) 3.497 manakala min skor pencapaian dalam ujian pasca adalah 84.58 dengan sisihan piawai (SP) 6.071 dengan perbezaan min bagi sebanyak 13.55.

Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan perbezaan min antara kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca adalah ketara iaitu 13.55 berbanding 1.03. Tafsiran ini jelas membuktikan bahawa PBMB lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membatang suku kata berbanding pembelajaran secara konvensional. Walau bagaimanapun, kajian ini adalah terhad kepada jumlah sampel yang sedikit. Oleh itu, kajian selanjutnya dengan jumlah sampel yang lebih besar dan pelbagai adalah diperlukan bagi mendapatkan generalisasi kepada populasi sebenar yang lebih besar.

Page 13: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

434

PERBINCANGAN Kajian ini dijalankan bertujuan melihat kesan penggunaan PBMB terhadap pencapaian kemahiran membatang suku kata dalam asas literasi membaca murid. Kajian dijalankan ke atas 60 orang murid tahun tiga di sebuah sekolah di daerah Kuching, Sarawak. Kesan penggunaan PBMB dilihat menerusi perbezaan yang ketara terhadap min skor pencapaian kemahiran membatang suku kata murid dalam ujian pra dan ujian pasca.

Berdasarkan pencapaian kemahiran membatang suku kata antara murid kumpulan rawatan dan murid kumpulan kawalan dalam ujian pra tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Nilai t bagi kedua-dua kumpulan murid adalah 0.540, iaitu p>0.05 (p=0.591). Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa tahap pencapaian bagi kedua-dua kumpulan murid adalah sama sebelum mereka diberikan rawatan.

Dari segi pencapaian kemahiran membatang suku kata kumpulan rawatan dalam ujian pra dan ujian pasca menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian dengan nilai t 12.876, iaitu p<0.05 (p=0.000). Dapatan ini menunjukkan bahawa pencapaian kemahiran membatang suku kata murid kumpulan rawatan dalam ujian pra dan ujian pasca menunjukkan peningkatan setelah diberikan rawatan melalui PBMB.

Seterusnya, berdasarkan pencapaian kemahiran membatang suku kata murid kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kedua-dua ujian. Nilai t bagi murid kumpulan kawalan adalah 2.637 di mana p<0.05 (p=0.013). Tafsiran nilai t menunjukkan adanya tahap pencapaian yang signifikan selepas murid diberikan rawatan dengan pendekatan konvensional. Walau bagaimanapun, perbezaan min skor pencapaian hanyalah sebanyak 1.03 sahaja berbanding min skor pencapaian murid kumpulan rawatan yang mengikuti pembelajaran dengan PBMB dalam ujian pra dan pasca sebanyak 13.55.

Berdasarkan min skor pencapaian antara murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca, secara keseluruhannya menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan nilai t (60)=9.354 di mana p<0.05 (p=0.000). Dapatan ini menunjukkan bahawa pencapaian bagi sampel kumpulan rawatan yang didedahkan dengan PBMB adalah lebih tinggi berbanding sampel kumpulan kawalan yang didedahkan dengan pendekatan konvensional. Ini bermakna, PBMB dapat meningkatkan kemahiran membatang suku kata murid kumpulan rawatan berbanding pendekatan konvensional yang didedahkan kepada murid kumpulan kawalan. Jelasnya, PBMB dapat membantu meningkatkan kemahiran membatang suku kata dalam kalangan murid tahun tiga yang dijadikan sampel dalam konteks kajian ini. CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapat dirumuskan bahawa PBMB dapat memberi kesan terhadap peningkatan kemahiran membatang suku kata dalam kalangan murid tahun tiga. Namun, PBMB yang diamalkan dalam PdPc membatang suku kata dalam asas literasi membaca masih tidak dapat menjamin tidak berlakunya kesilapan-kesilapan dalam bacaan murid. Hal ini demikian kerana, murid tetap melakukan kesilapan demi kesilapan dalam bacaan semasa dan selepas mereka mengikuti pembelajaran melalui pendekatan kreatif ini. Justeru, berikut adalah cadangan untuk penambahbaikan bagi memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas literasi membaca dengan lebih baik yang berfokus kepada peranan dan tanggungjawab guru sebagai pemudah cara PdPc dalam PAK21. Antara cadangan tersebut adalah: a. Kajian ini hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja di daerah Kuching, Sarawak. Pengkaji

mengharapkan agar kajian lanjutan yang bakal dijalankan diperluas ke semua daerah dalam negeri Sarawak. Perluasan skop kajian ini membolehkan pengkaji membuat perbandingan antara beberapa buah sekolah yang mempunyai latar belakang yang hampir sama.

b. Kajian ini hanya melibatkan satu pendekatan kreatif dalam PdPc iaitu PBMB. Justeru, adalah lebih baik jika penambahbaikan ke atas kajian lanjutan dilakukan dengan mempelbagaikan kaedah, pendekatan, strategi, mahupun teknik PdPc di samping meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan guru bahasa bagi mendorong perkembangan kognitif murid yang positif secara berterusan.

c. Kajian ini hanya melibatkan kemahiran membatang suku kata. Skop kemahiran yang dikaji boleh diperluas melalui kaedah fonik atau pandang dan sebut sesuai dengan aras kognitif murid dengan mengambil kira pendidikan awal kemahiran bahasa yang diterima oleh mereka.

Page 14: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

435

d. Kajian ini hanya melibatkan kaedah kuantitatif melalui ujian pra dan ujian pasca. Justeru, adalah lebih baik jika kajian lanjutan dijalankan dengan menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kuantitatif yang disokong oleh dapatan melalui kaedah kualitatif seperti temu bual dan pemerhatian untuk melihat sejauh mana kekuatan dan kelemahan kemahiran membatang suku kata yang dikuasai oleh murid.

e. Kajian ini hanya melibatkan murid-murid tahun tiga. Oleh itu, pengkaji mengharapkan agar kajian lanjutan dijalankan ke atas murid-murid tahap dua iaitu tahun 4, 5, dan 6 yang kebanyakannya masih menghadapi masalah dalam kemahiran asas literasi membaca.

KESIMPULAN Kajian ini secara umumnya melihat keberkesanan PBMB dalam kemahiran membatang suku kata asas literasi membaca dalam kalangan murid tahun tiga. Keberkesanan dilihat dari aspek pencapaian dalam kemahiran membatang suku kata yang dikuasai oleh murid. Berdasarkan kajian terdahulu, didapati bahawa pelaksanaan PdPc kemahiran membatang suku kata dengan PBMB di sekolah tidak dilihat sebagai suatu aspek yang penting kerana pendekatan kreatif ini hanya diamalkan oleh segelintir guru bahasa dan sering dinafikan keberkesanannya dalam merealisasikan matlamat PAK21. Maka, wujud jurang yang nyata antara amalan PdPc ini dengan pencapaian murid.

Justeru, kajian ini dijalankan bagi melihat pencapaian kemahiran membatang suku kata dalam asas literasi membaca dengan aplikasi PBMB yang dikuasai oleh murid. Dapatan kajian memberikan bukti dan jawapan yang jelas bagi setiap persoalan yang dikemukakan dalam konteks kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis bagi membuktikan hipotesis-hipotesis yang dikemukakan berdasarkan persoalan kajian.

Kesimpulannya, secara keseluruhan kajian ini berjaya mengenal pasti keberkesanan PBMB dalam kemahiran membatang suku kata murid tahun tiga. Kajian diharapkan dapat menyumbang kefahaman, implikasi, dan cadangan yang positif kepada amalan PdPc yang kreatif seiring dengan perkembangan kognitif individu amnya kepada murid yang mengikuti pembelajaran di sekolah dan khususnya murid di sekolah rendah. RUJUKAN

Abd Aziz Abd Talib. 2007. Pedagogi Bahasa Melayu: prinsip, kaedah & teknik. Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. 2013. Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2): 49-63.

Ahmad Mahzan Ayob. 2002. Kaedah Penyelidikan Sosio-ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alan Waters. 2009. Managing Innovation In English Language Education Lang. Teach. 42:4, 421-458. Cambridge University Press doi:10.1017/S026144480 999005X. Lancaster University, United Kingdom.

Aliza Ali & Zamri Mahamod. 2014. Pembangunan modul pendekatan berasaskan bermain bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa kanak-kanak prasekolah. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Bahasa Melayu Kali ke-3, 253-266. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aliza Ali & Zamri Mahamod. 2016. Pembangunan dan kebolehgunaan modul berasaskan kemahiran Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1): 16-29.

Aminah Matzen. 1984. The development of reading competence in English in a Brunei upper primary school. Unpublished dissertation for the Bachelor of Education (In-service) degree, University of Wales.

Attwood, J. & Bray, M. 1989. Wealthy but small and young: Brunei Darussalam and its education system. Education Research & Perspectives, 16(1), 70-82.

Azaharaini Mohd. Jamil. 1986. Evaluation of science teaching in Brunei. Brunei Association for Science Education Bulletin, 4, 1986.

Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. 2006-2010. Dokumen Standard Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Creswell, J. W. 2012. Reka Bentuk Kajian Pendekatan Kualitatif, Kuantitatif dan Mixed Cetakan ke-2. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Page 15: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

436

Ean S.B. 2008. Ke arah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tingkatan 2. SMK Tunku Kurshiah. Negeri Sembilan.

Endah Arnitasari & Hanif Al Fatta. 2010. Aplikasi multimedia interaktif pembelajaran IPA untuk sekolah dasar kelas IV. Jurnal DASI. Indonesia.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. 2016. Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Gunn, B., Vadasy, P. & Smolkowski, K. 2011. Instruction to Help Young Children Develop Language and Literacy Skills: The Roles of Program Design and Instructional Guidance. NHSA Dialog, 14(3), 157-173.

Ilangko Subramaniam. 2014. Aktiviti permainan bahasa, wahana penguasaan kosa kata. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2): 1-9.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1983. Kurikulum Baru Sekolah Rendah Buku Panduan Am. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malai Rabiah Sheikh Nikman. 1997. L1 interference in L2 reading comprehension among form four students in SMJA secondary school, Bandar Seri Begawan. Unpublished project paper for the Degree of Masters in Education (Language Education). University Brunei Darussalam.

Morrison, G.R., Ross, S.M., Kempt, J.E. & Kalman, H.K. 2011. Designing Effective Instruction. New York: John, Wiley & Sons.

Muhammad Hafiz Bakar. 2009. Keberkesanan kaedah permainan bahasa dalam mempertingkatkan penguasaan kata kerja al-mudari dalam kalangan pelajar. Tesis Sarjana Pendidikan Sastera Bahasa Arab. Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Najeemah Mohd Yusof. 2011. Persekitaran sekolah dan peranan guru dalam meningkatkan interaksi sosial dalam kalangan murid di sekolah menengah kebangsaan. Jurnal Pendidikan Sosial, 11(2).

Nazatul Azlin Hamzah. 2009. Sejauh manakah keberkesanan kemahiran membatang perkataan KVK dalam bacaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid pemulihan di Sekolah Kebangsaan Segambut Makmur. Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Bahasa Melayu.

Paul White & Maya Cranitch. 2010. The Impact on Final Year Pre-Service Secondary. Australian Journal of Teacher Education, Vol. 35(7): 55-63.

Piaget, J. 1936. Origins of intelligence in the child. London: Routledge. Piaget, J. 1952. Play, dreams and imitation in childhood. London, UK: Routledge and Kegan Paul. Piaget, J. 1962. The language and thought of the child. New York: Routledge. Piaw, C. 2014. Kaedah dan statistik penyelidikan: Asas statistik penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill

(Malaysia) Sdn. Bhd. Mc-Graw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Rodiah Ahmad. 2008. Pengajaran guru, persekitaran pembelajaran dan sikap murid dalam pembelajaran

KOMSAS. Tesis Program Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, George Town. Roslan Chin & Nurahimah Yusoff. 2017. Penggunaan strategi pembelajaran bahasa untuk menguasai

kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan khas. Proceedings of ICSoTL, 4(7):27-39. Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. 2012. Persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum berasaskan bermain

bagi aspek perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1): 141-159.

Sharifah Nor Puteh, Manisah Mohd Ali, Norshidah Mohamad Salleh & Aliza Ali. 2009. Penggunaan Dan Pengurusan Bahan Pengajaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Fatimah Ali & Najeemah Mohd Yusof. 2012. Kemahiran membaca kanak-kanak dalam aplikasi pendekatan belajar melalui bermain. Jurnal Pendidikan Prasekolah, 12(1):4-9.

Suraya Tarasat & O’Neill, S. 2012. Changing traditional reading pedagogy: The importance of classroom interactive talk for year one Malay readers, International Journal of Pedagogies and Learning, 7 (3), 239-261.

Sutinah Muhd. Ali. 2011. The phonics approach to the teaching of Reading in government primary schools in Brunei Darussalam. South East Asia School Principals ForumSEASPF, dimuat turun dari http://www.seaspf.org/index.php/component/content/article/15-articles/17-sutinah-binti-haji-muhd-ali. [22 Jun 2018].

Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff & Jamaludin Badushah. 2010. Masalah membaca murid-murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam: Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2): 77-85.

Vygotsky, L. S. 1967. Play and its role in the mental development of the child. Journal of Russian and East European Psychology, 5(3): 6-18.

Page 16: KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI … fileData pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science

437

Vygotsky, L.S. 1978. Mind in society: The development of higher psychological process. Mashasscusett: Havard College.

Yahya Othman, Aisah Md. Daud, Azmey Othman, DK. Siti Ardiah PG. Mohiddin & Zamri Mahamod & Yahya Othman. 2017. Penulisan akademik dalam bidang Sains Sosial. Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia. Zamri Mahamod. 2012. Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung

Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zinitulniza Abdul Kadir. 2011. Sudut Pandang Muhyiddin Yassin. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan

Negara Malaysia.