kberfikir

16
http://www.teachersrock.net/masteri4.htm Apakah Kemahiran Berfikir? 1. Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek. 2. Terdapat beberapa istilah berikut yang biasa digunakan untuk mengkelaskan kemahiran berfikir: Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi: Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat. Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjanakan idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang. Perkataan kemahrian berfikir yang biasa digunakan bermaksud kemahiran berfikir aras tinggi. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK): KBKK adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat. KBKK adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran berfikir secara kreatif. Pemikiran ‘Vertical’ dan ‘Lateral’: Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik dan kritis. Contoh: Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku? Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik; pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif. Contoh: Bagaimanakah kita boleh ukur tinggi sesuatu pokok? Pemikiran Bertumpu dan Bercapah: Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menganalisis sesuatu data atau maklumat. Contoh: Ali deman. Dia tidur di bilik darjah. Mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu mengajar? Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan? Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan melalui mana-mana istilah tersebut di atas harus dikuasai oleh pelajar anda: 1. Membuat kaitan: Pelajar anda harus boleh mengaitkan dengan cepat dan luas mengenai sesuatu. Contoh: Apakah boleh dikaitkan dengan BUKU ? 2. Membanding dan membeza: Pelajar anda harus boleh membanding dan membezakan dua atau lebih benda, cerita, atau cara dengan mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan serta membuat huraian atau kesimpulan. Contoh: Banding dan

Upload: grace-teng

Post on 30-Sep-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KBERFIKIR

TRANSCRIPT

http://www.teachersrock.net/masteri4.htmApakah Kemahiran Berfikir?1. Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek.2. Terdapat beberapa istilah berikut yang biasa digunakan untuk mengkelaskan kemahiran berfikir:Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi: Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat. Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjanakan idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang. Perkataan kemahrian berfikir yang biasa digunakan bermaksud kemahiran berfikir aras tinggi.Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK): KBKK adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat. KBKK adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran berfikir secara kreatif.Pemikiran Vertical dan Lateral: Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik dan kritis. Contoh: Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku? Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik; pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif. Contoh: Bagaimanakah kita boleh ukur tinggi sesuatu pokok?Pemikiran Bertumpu dan Bercapah: Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menganalisis sesuatu data atau maklumat. Contoh: Ali deman. Dia tidur di bilik darjah. Mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu mengajar? Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan? Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan melalui mana-mana istilah tersebut di atas harus dikuasai oleh pelajar anda:

1. Membuat kaitan:Pelajar anda harus boleh mengaitkan dengan cepat dan luas mengenai sesuatu. Contoh: Apakah boleh dikaitkan dengan BUKU?2. Membanding dan membeza:Pelajar anda harus boleh membanding dan membezakan dua atau lebih benda, cerita, atau cara dengan mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan serta membuat huraian atau kesimpulan. Contoh: Banding dan bezakan dua cerita: "Sang Kancil dan Buaya" dengan "Anjing dengan Bayang-bayang".3. Mengkelaskan:a) Pelajar anda harus boleh mengkelaskan pelbagai benda, cerita dan cara di dalam kelas-kelas yang sesuai.b) Kemahiran ini melibatkan kemahiran membanding dan membezakanciri-cirinya serta mengkelaskannya di dalam kelas-kelas yang sesuai. Contoh: Kumpulkan yang berikut ke dalam kelas-kels yang sesuai: buku, anjing, pokok bunga raya, harimau, Ahmah.4. Menilai:Pelajar anda harus boleh menilai sesuatu benda, tindakan, watak, cerita, atau cara untuk menentukan sama ada baik, menarik, kelebihannya, akan berjaya, atau kreatif. Contoh: Ali terlupa bawa pensel ke sekolah. Ahmad meminjamkan penselnya kepada Ali. Nilaikan perbuatan Ali dan Ahmad.5. Menyusun atur:Pelajar anda harus boleh menyusun atur perkataan, ayat, idea, tugas, tindakan, atau cara mengikut sesuatu urutan, pola, hierarki atau keutamaan yang dikehendaki. Contoh: Susunkan tugas berikut mengikut keutamaan: a) Siram pokok bunga. b) Baiki tayar basikal yang bocor. c) Buat latihan matematik.6. Mengenal pasti pernyataan benar dan palsu:Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataanbenar dan palsu dengan menggunakan pengetahuannya atau dengan menaakul secara logik. Contoh: Yang manakah pernyataan benar?a) Matahari terbit di Barat.b) Lembu makan rumput.7. Mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat:a) Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapatb) Pernyataan berasaskan fakta senang dibuktikan sama ada benar atau salahc) Pernyataan berasaskan pendapat adalah pandangan seseorang dan pernyataan itu susah dibuktikan sama ada benar atau salah.Contoh: Sekolah Ali mendapat 75% kelulusan dalam Peperiksaan PMR pada tahun ini. (Pernyataan berasaskan fakta; faktanya ialah 75% kelulusan dalam Peperiksaan PMR pada tahun ini) Pelajar akan belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka belajar dengan muzik. (Pernyataan berasaskan pendapat; pendapat ialah sekiranya mereka belajar dengan muzik.)

8. Mengenal pasti pernyataan berat sebelah:Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan yang berat sebelah.Contoh: Kenal pasti sama ada pernyataan berikut adalah berat sebelah:1. Lebih daripada 90% pengguna termasuk Awie menggunakan sabun X berbanding dengan sabun Y.2. Makanan kesihatan X mengandungi lebih banyak Vitamin A tetapi harganya lebih tinggi berbanding dengan makanan kesihatan Y.9. Mengenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab:a) Pelajar harus boleh mengenal pasti sebab bagi sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Kenal pasti sebab daripada dua pernyataan berikut: Ali terlanggar kereta. Kakinya patah.b) Pelajar harus juga boleh menyatakan pelbagai sebab mengapa sesuatu tindakan atau kejadian berlaku. Contoh: Aminah menangis. Mengapa?10. Mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat:a) Pelajar harus boleh mengenal pasti akibat sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Kenal pasti akibat daripada dua pernyataan berikut: Ali tidak membuat kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Bapa Ali menasihatinya.b) Pelajar anda harus juga boleh meramal pelbagai akibat bagi sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Ahmad membandu keretanya dengan laju. Apakah yang mungkin akan terjadi?11. Membuat inferens atau kesimpulan awal:Pelajar anda harus boleh membuat generalisasi atau hipotesis dengan mendapatkan satu pola dan membuat satu pernyataan umum atau hipotesis. Contoh: Aminah boleh menjahit baju. Siti juga boleh menjahit baju. Apakah generalisasi atau pernyataan umum yang boleh dibuat?

12. Mentafsir:Pelajar harus boleh mentafsir perkataan, ayat, gambar, atau graf. Contoh: Mentafsirkan ayat berikut:a) Orang itu panjang tangan.b) Air tenang jangan disangka tiada buaya.13. Mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci:a) Pelajar harus boleh mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci untuk pemahaman yang lebih jelas.b) Idea utama dalam sesuatu perenggan menggambarkan isi kandungan di dalam perenggan itu.c) Idea sokongan menerangkan idea utama.d) Butir-butir terperinci menghuraikan dengan lebih mendalam tentang idea utama atau idea sokongan. Contoh: Kenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci di dalam maklumat berikut: Ali suka bermain bole sepak. Dia bermain dengan kawan-kawannya. Mereka bermain di padang kampung mereka. Padang itu kecil.14. Merujus atau meringkas:a) Pelajar harus boleh merumus atau meringkaskan sesuatu maklumat.b) Kemahiran merumus melibatkan kemahiran mengenal pasti dan menyusun idea utama dan idea sokongan yang penting dan kemudian menyatakannya secara ringkas. Contoh: Ringkaskan perenggan yang diberi di atas.15. Membuat keputusan:Pelajar anda harus boleh membuat keputusan mengikut langkah-langkah berikut:a) Janakan pelbagai pilihan.b) Ramalkan akibat untuk sesuatu pilihan.c) Tentukan kriteria seperti keselamatan, kos, masa, minat, atau kriteria lain tuk membuat pilihan.d) Pilih pilihan terbaik berasaskan kriteria.Contoh: Anda ingin membeli kasuk sukan. Apakah yang harus diambilkira untuk memilih jenis kasut sukan?16. Menyelesaikan masalah:a) Pelajar harus boleh menyelesaikan dua jenis masalah iaitu yang memerlukan idea baru dan memerlukan analisis.b) Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan idea baru dengan mengikut langkah berikut:i. Janakan cara atau idea untuk menyelesaikan masalah itu.ii. Pilih cara yang difikirkan baik.iii. Laksanakan cara yang telah dipilih itu.iv. Nilai sama ada cara itu berkesan.Contoh: Persatuan Pengakap bercadang membersihkah satu kawasan pantai yang tercemar tetapi menghadapi masalah kewangan. Bagaimanakah persatuan itu boleh mendapat wang?Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan analisis dengan mengikut langkah berikut:i. Tentukan faktor yang mungkin menyebabkan masalah itu berlaku.ii. Janakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah itu.iii. Pilih cara yang terbaikiv. Laksanakan cara yang telah dipilih itu.v. Nilai sama ada cara itu berkesan.Contoh: Kebanyakan pelajar di sekolah X lemah dalam mata pelajaran Matematik. Bagaimanakah masalah itu boleh diselesaikan?

Bagaimanakah Kemahiran Berfikir Boleh Dikembangkan?1. Guru harus mengembangkan kemahiran berfikir tersebut di atas dengan pendekatan penyerapan.2. Dalam pendekatan penyerapan, kemahiran berfikir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran dikembangkan.3. Pelajar perlu juga tahu akan jenis kemahiran berfikir yang digunakan serta langkah-langkah dalam proses berfikir.4. Dalam perkembangan kemahian berfikir, guru harus juga menegaskan proses berfikir iaitu langkah-langkah dalam kemahiran berfikir itu.5. Contoh: Dalam topik "Benda-benda Hidup", mata pelajaran Sains sekolah rendah, guru boleh mengembankan kemahiran membanding dan membeza sera mengkelaskan benda hidup selain daripada mengenal pasti pelbagai benda hidup.6. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berhubung dengan kemahiran membuat ayat yang mudah, anda boleh mengembangkan kemahiran menyusun atur dengan memberi perkataan dan meminta pelajar menyusunnya untuk mendapatkan ayat yang bermakna. Contoh: Susun perkataan berikut supaya menjadi ayat yang bermakna: Badminton dengan bermain Ali kawan-kawannya7. Apabila pelajar telah tahu tentang setiap kemahiran berfikir tersebut di atas, anda harus memperkukuhkan penguasaannya dengan menggunakan pelbagai aktiviti.8. Lihat contoh di bawah ini:Ali dan Ahmad nampak seorang tua sedang berdiri di tepi jalan. Orang tua itu hendak melintas jalan tetapi tidak berbuat demikian kerana rasa takut dan kereta terlalu banyak. Ahmad sendiri melintas jalan. Ali membantu orang tua itu melintas jalan.1) Guru boleh mengembankan kemahiran berfikir aras rendah dgn soalan berikut:a. Siapa yang nampak orang tua di tepi jalan?b. Apakah yang hendak dibuat oleh orang tua itu?c. Siapakah dibantu oleh Ali untuk melintas jalan?2) Guru boleh memperkembangkan kemahian berfikir aras tinggi dengan soalan atau aktiviti berikut:a. Mengapakah orang tua itu tidak melintas jalan?b. Apakah akan terjadi sekiranya Ali tidak membantu orang tua itu?c. Apakah pendapat anda tentang tindakan Ali dan Ahmad?d. Bandingkan watak Ali dengan watak Ahmad?e. Bagaimanakah orang tua itu boleh melintas jalan sekiranya tiada Ali?f. Tuliskan sepucuk surat kepada Majlis Bandaraya untuk memberi cadangan bagi orang awam melintas jalan yang sesak.g. Perbahasan: dua kumpulan akan bahaskan yang berikut: "Kereta persendirian harus tidak dibenarkan dibandar".h. Projek: Buat satu kajain tentang jalan raya yang sangat sesak dn menyusahkan orang awam melintas jalan raya berhampiran rumahanda.i. Melukis jejantas untuk orang tua melintas jalan.3) Aktiviti yang boleh digunakan tuk mengembangkan kemahiran berfikir termasuk:a. soal jawabb. sumbang saranc. permainand. pertandingane. kuizf. teka tekig. perbahasanh. projekmereka bentuk

mereka cipta

mengkaji

menyelidik

membuat eksperimen

menghasilkan sesuatu produk

menyelesaikan sesuatu masalah

Aktiviti untuk mengembangkan kemahiran berfikir yang tersebut di atas boleh dilakukan secara kelas, kumpulan atau perseorangan.

Rumusan1. Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, guru harus megembangkan lapan kecerdasan dan kbkk di kalangan pelajar.2. Lapan kecerdasan yang dikemukakan oleh H. Gardner ialah bahasa, logik-matematik, ruang, muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan naturalistik.3. Anda harus tahu pelbagai istilah yang digunakan untuk mengkelaskan kemahiran berfikir seperti:a. Kemahiran berfikir aras rendah dan tinggib. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifc. Pemikiran vertical dan laterald. Pemikiran bertumpu dan bercapah Kemahiran berfikir yang harus dikuasi oleh pelajar adalah:a. membuat kaitanb. membanding dan membezac. mengkelaskand. menilaie. menyusun aturf. mengenal pasti pernyataan benar atau salahg. mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat.h. mengenal pasti pernyataan berat sebelahi. mengenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebabj. mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibatk. membuat inferens atau kesimpulanan awall. membuat generalisasi atau hipotesism. mentafsirn. mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperincio. merumus atau meringkasp. membuat keputusanq. menyelesaikan masalah5. Guru harus menggunakan pelbagai aktiviti untuk mengembangkan lapan kecerdasan dan kemahiran berfikir yang tersebut di atas.6. Dalam perkembangan kemahiran berfikir, guru harus memberi penegasan terhadap proses berfikir.

http://mahirkbkk.tripod.com/DefinisiDefinisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.Dapatlah dirumuskan bahawa:Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialamiTujuanAntara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar: mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.Jenis-Jenis Kemahiran BerfikirApakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)? Komponen utama KBKK: Berfikir secara kritis, Berfikir secara kreatif. Apakah kemahiran berfikir secara kritis? KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? Kecekapan menggunakan minda untuk: menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif. Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu? Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis: membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens Contoh kemahiran berfikir secara kreatif: mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora,Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah? Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.Bagaimanakah KBKK ini diajarkan dalam mata pelajaran sekolah? KBKK diajarkan secara: terpisah, penyebatian. separa penuh Ciri-Ciri Pemikir Bijak Cekal Luwes Reflektif Kurang impulsif Ingin tahu Mengambil risiko Mahir menyoal Tidak mudah putus asa Asertif Berkerjasama

Alat berfikirAlat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu: Soalan dan Penyoalan Peta minda Pengurusan Grafik CoRTAlat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.

Soalan dan Penyoalan Soalan mengikut aras taksonomi BloomSoalan bertumpu dan bercapahLingkaran soalan Peta minda DefinisiPanduan membina peta mindaContoh Pengurusan Grafik Definisi Jenis-jenis CoRT

Soalan dan Penyoalan Soalan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas,sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras , skop dan fokus Soalan mengikut aras taksonomi Bloom

Soalan bertumpu dan bercapah Soalan boleh dikategerikan kepada jenis bertumpu dan bercapah Soalan Bertumpu Soalan bercapah

Aras rendah Aras tinggi

Jawapan atau respon terhad Jawapan atau respon luas

Berbentuk tertutup Berbentuk terbuka

Sesusi menguji daya ingatan Sesuai menguji penaakulan dan penafsiran

Lebih bersifat objektif Lebih bersifat subjektif

Lingkaran soalan Soalan jenis ini mula diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994. Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus iaitu Perkara(P), Individu(I) dan Luar Individu(LI) , kombinasi tiga skop ini akan menjanakan lebih soalan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir

Kemahiran Berfikir Secara KreatifKemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan.Senarai kemahiran berfikir secara kreatif: mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora

http://mujahid.tripod.com/kbkk.htmlOleh:Tengku Zawawi bin Tengku ZainalUnit Matematik MPKTBR

Isi Kandungan :Definisi dan tujuan kemahiran berfikir Kesilapan dalam berfikir Perbezaan otak dan minda Jenis-jenis kemahiran berfikir Jenis bahan yang digunakan Bagaimana KBKK diajar Ciri-ciri pemikir yang bijak

1. 0Pengenalan- setiap orang berfikir- tidak perlu diajar seperti berjalan- mengapa perlu belajar/mengajar berfikir ? tidak berfikir seperti mana yg sepatutnya tidak membuat keputusan yang baik dan selesaikan masalah- Dalam Falsafah Pendidikan Negara : perkembangan daya intelek individu diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani.- memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah- Dalam KBSR : antara objektif- membolehkan pelajar menguasai KB, dan mengembangkan bakat serta kreativiti- Dalam KBSM : mengembang dan meningkatkan daya intelek, serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif.- Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan dilaksanakan oleh KPM, antaranya Sekolah Bestari- KB adalah elemen utama dalam kurikulum SB- diajar merentasi kurikulum- dengan harapan : kualiti pemikiran murid meningkat membuat keputusan dengan tepat menghasilkan idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yg kritis dan kreatif dapat membeza baik dan buruk menghadapi cabaran terkini2.0 Definisi Pemikiran " Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "3. 0Tujuan KBKK mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempit meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.4.0 Kesilapan Dalam Berfikiri. Berfikir secara terburu-buru beri masa untuk berfikirii.Fikiran yang sempit aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran latihan menggunakan penyusun grafik banding bezaiii. Fikiran yang kabur latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk penulisan latih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu objek/perkara membuat kerangka karanganiv. Fikiran yang bercelaru Latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan penulisan menyusun isi-isi penting untuk karangan carta aliran5.0 Perbezaan Antara Otak Dan Minda otak = organ yang terletak pada bahagian kepala yang mempunyai sistem-sistem tertentu minda = kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan otak ---> pisau , minda ---> ketajaman mata pisau pisau perlu sentiasa diasah agar penggunaannya berkesan hemesfera otak kiri (HOKI) ---> kritis hemesfera otak kanan (HOKA) ---> kreatif kedua-duanya perlu dikembangkan melalui rangsangan, bahan dan aktiviti berfikir dalam p & p.6.0 Jenis Kemahiran Berfikir- pelbagai jenis kemahiran berfikiranalitikal, logikal, kritikal, objektif, sistematik, pragmatik, positif, negatif, konstruktif, proaktif, projektif, kreatif, perspektif, lateral, emotif dsb.- secara amnya KB dibahagikan kepada 2 domain utama: KB secara kritis KB secara kreatifKB secara kritis = " kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah "contoh KB kritis : banding beza membuat kategori teliti bahagian kecil dan keseluruhan membuat sekuens menerang sebab membuat ramalan usul periksa andaian membuat inferens mengesahkan sumber maklumatKB secara kreatif = " kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan "contoh KB kreatif : menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai mencipta analogi mencipta metafora- kemahiran-kemahiran lain: kemahiran membuat keputusan kemahiran menyelesaikan masalah7.0 Jenis Bahan Yang Digunakan- Bahan merupakan rangsangan yang digunakan untuk melatih /mewujudkan suasana berfikir dikalangan pelajar- Bahan boleh berbentuk :i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, beritaii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik laguiii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun- Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada 4 kategori:i. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya imaginasi yang memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai-bagai " bagaimana jari anda ada 5 "ii. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman remaja/pelajar. Bahan ini datang dari dunia orang dewasa." Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang menunggang motor dengan laju "iii. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka alami dan gemari." Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin tanpa membayarnya. Apa yang kamu akan lakukan ? "iv. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan remaja." Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu menentang. Apa yang patut kamu buat ? "- Bahan ini hendaklah digunakan mengikut tujuan/objektif, isi pelajaran serta KB yang hendak diajar 8.0 Bagaimana KBKK Diajar- KBKK bukan satu mata pelajaran khusus ( Dr. De Bono merancang satu sukatan khas untuk KBKK )- Ia diajar secara penyebatian- Penyebatian = strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam mata pelajaran yang diajar.- 2 kaedah penyebatian :i. Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenalpasti. Terdapat 2 cara :a) kenalpasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya tentukan KBKKb) kenalpasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai serta bahanii. Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai - unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuian- penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah mengikut penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran yang lepas.- Proses berfikir berlaku dalam dua tahap :i. apabila minda membuat persepsiii. dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal- mengajar berfikir juga beerti mengajar pelajar membuat persepsi, i.e menajam dan mendalamkan daya persepsi- kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat- KB hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka cipta- apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea, yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan- reka cipta :- konkrit - teknikal spt membina sesuatu model- abstrak - spt merancang/merangka strategi, taktik9.0 Ciri-Ciri Pemikir Yang Bijak/Baik cekal melaksanakan tugas mendengar secara aktif/pendengar yang baik bekerjasama dengan orang lain jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain ) peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan sekuen yang digunakan mahir dalam menyoal dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang berlainan sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi kesediaan mengambil risiko dan cabaran