kawasan pertanian sabak bernam

6
Kawasan Pertanian Terdapat banyak kawasan pertanian yang terdapat di Sabak Bernam antaranya adalah ladang mangga, ladang koko, ladang kelapa sawit, ladang getah, ladang kelapa serta kebun pisang. Menurut Majlis Daerah Daerah Sabak Bernam, 43,799.58 hektar tanah bersamaan 48.93% daripada tanah di Sabak Bernam digunakan untuk kawasan pertanian. Kawasan tanah pamah ini banyak mempengaruhi dan menyumbang kepada aktiviti dan ekonomi penduduk tempatan Sabak Bernam. Hasilnya, mulai Januari sehingga Disember 2009, Sabak Bernam telah berjaya memperolehi RM1,189,544.00 bagi nilai bersih pengeluaran. a) Tanah Liat dan Berpasir Ladang mangga merupakan contoh ciri budaya yang sesuai ditanam di tanah lempung berpasir di Sabak Bernam. Ladang Mangga ini terletak di Kg. Sungai Limau, Sungai Besar dan kesemuanya diusahakan oleh penduduk tempatan yang bumiputera. Mangga yang ditaman menghasilkan buah yang manis sebanyak dua kali setahun. Pengusaha-pengusaha ladang ini berperanan sebagai pengeluar bahan makanan di mana buah yang dihasilkan

Upload: farahdila-asaad

Post on 31-Oct-2015

125 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Kawasan Pertanian

TRANSCRIPT

Page 1: Kawasan Pertanian SABAK BERNAM

Kawasan Pertanian

Terdapat banyak kawasan pertanian yang terdapat di Sabak Bernam

antaranya adalah ladang mangga, ladang koko, ladang kelapa sawit, ladang getah,

ladang kelapa serta kebun pisang. Menurut Majlis Daerah Daerah Sabak Bernam,

43,799.58 hektar tanah bersamaan 48.93% daripada tanah di Sabak Bernam

digunakan untuk kawasan pertanian. Kawasan tanah pamah ini banyak

mempengaruhi dan menyumbang kepada aktiviti dan ekonomi penduduk tempatan

Sabak Bernam. Hasilnya, mulai Januari sehingga Disember 2009, Sabak Bernam

telah berjaya memperolehi RM1,189,544.00 bagi nilai bersih pengeluaran.

a) Tanah Liat dan Berpasir

Ladang mangga merupakan contoh ciri budaya yang sesuai ditanam di tanah

lempung berpasir di Sabak Bernam. Ladang Mangga ini terletak di Kg. Sungai

Limau, Sungai Besar dan kesemuanya diusahakan oleh penduduk tempatan yang

bumiputera. Mangga yang ditaman menghasilkan buah yang manis sebanyak dua

kali setahun. Pengusaha-pengusaha ladang ini berperanan sebagai pengeluar

bahan makanan di mana buah yang dihasilkan sangat manis dan digemari sekaligus

memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk sekitar.

Selain itu, ladang mangga ini turut berperanan sebagai pengeluar bahan

mentah di mana mereka dianggap sebagai pembekal mangga kepada pengusaha

atau peniaga-peniaga kecil jus mangga. Pada musimnya, pemilik ladang sering

menawarkan kepada para pengunjung untuk berkunjung ke ladang mangga mereka

untuk menikmati sendiri buah mangga yang dipetik sendiri dari pokoknya. Secara

tidak langsung, ia dapat menarik minat baik pelancong tempatan mahupun

pelancong asing ke Sabak Bernam. Ini membuktikan, dengan kewujudan ladang

Page 2: Kawasan Pertanian SABAK BERNAM

mangga ini sedikit sebanyak mempengaruhi aktiviti ekonomi penduduk di kawasan

ini.

Kebun Pisang juga sesuai ditanam di kawasan tanah lempung berpasir.

Kebanyakan ladang pisang yang diusahakan terletak berhampirann dengan

kediaman penduduk tempatan bagi memudahkan mereka mengusahakan dan

memantau kawasan kebun daripada sebarang ancaman atau gangguan. Antara

jenis pisang yang ditanam di ladang pisang ini adalah pisang tanduk, berangan dan

nangka. Hasil yang diperolehi akan dijual kepada pemborong-pemborong di sekitar

Selangor dan beberapa daerah di Negeri Perak. Selain itu, penduduk tempatan turut

mempelbagaikan kegunaan buah pisang iaitu pisang masak boleh dimakan segar

atau diproses menjadi berbagai-bagai produk seperti puri, hirisan dalam sirap atau

buah koktel, pisang kering atau salai, makanan bayi, kerepek, keropok, jem, jeli,

serbuk, minuman dan juga cuka.  Manakala pemprosesan buah pisang di peringkat

matang terhad kepada pengeluaran produk kerepek dan tepung pisang. Ini

menunjukkan wujudnya peluang pekerjaan di dalam kumpulan utaman pekerjaan

dalam bidang pertanian pisang ini. Ia termasuklah kumpulan pengeluaran,

perkhidmatan serta pembuatan.

Page 3: Kawasan Pertanian SABAK BERNAM

b) Tanah Laterit

Ladang Koko sesuai ditanam di tanah laterit selain ia menyumbang kepada

pertumbuhan ekonomi penduduk di Sabak Bernam. Begitu juga dengan petumbuhan

ekonomi Malaysia di mana sambutannya yang menggalakkan dan permintaannya

yang semakin meningkat menjadikan Malaysia sebagai pengeluar koko keempat

terbesar di dunia. Turut dijangkakan permintaan ini akan kekal pada paras tinggi

untuk tempoh lama berikutan situasi tidak stabil di Ivory Coast iaitu pengeluar koko

terbesar dunia. Keluasan ladang koko yang rata yakni kawasan tanah pamah di

Sabak Bernam ini mampu menempatkan 1000 buah pokok bagi setiap 1 hektar

tanah serta menghasilkan 30-45 biji buah bagi setiap pokok.

Page 4: Kawasan Pertanian SABAK BERNAM

c) Tanah Berpasir

Industri kelapa masih memain peranan penting dalam perdagangan negara.

Pada tahun 2006, Malaysia telah mengeksport kelapa dan produk kelapa bernilai

RM466,210,137 manakala import kelapa dan produk kelapa bernilai

RM429,139,342. Begitu juga dengan ladang kelapa yang terdapat di Sabak Bernam

yang memberikan keuntungan kepada penduduk sekitar baik dari segi ekonomi

mahupun peluang pekerjaan. Oleh sebab itu, pengusaha-pengusaha ladang ini

berhasrat untuk meluaskan kawasan ladang disebabkan oleh permintaan terhadap

buah kelapa yang semakin meningkat serta nilainya yang semakin tinggi.

Antara hasil eksport terdiri daripada minyak kelapa dara, kelapa parut kering

dan santan manakala import utama terdiri daripada minyak kelapa, karbon teraktif,

dan kelapa segar dan nata de coco.