faktor motivasi ke atas pelajar beraliran agama dalam pembelajaran kemahiran hidup bersepadu (khb)...

35
Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK & KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA GROUP MEMBERS Merija Bt. Kadir Nazifah Bt. Muhamad Amin

Upload: 761117105188

Post on 18-Jul-2015

127 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran AgamaDalam Pembelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK & KEJURUTERAAN

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GROUP MEMBERSMerija Bt. Kadir

Nazifah Bt. Muhamad Amin

Page 2: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenal pastikesan motivasi ke atas pelajar sekolah beraliran agama dalammata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)berdasarkan dua persoalan kajian iaitu aspek motivasiintrinsik (motivasi dalaman) dan motivasi ekstrinsik (motivasiluaran). Motivasi Instrinsik merangkumi faktor sikap,kemahiran, minat, kecerdasan dan keseronokan. ManakalaMotivasi Ekstrinsik pula merangkumi faktor popular, mobilitisosial, kepujian, dorongan dan ganjaran. Kajian ini pentinguntuk membantu semua pihak terutamanya para guru untukmenghasilkan kumpulan pelajar yang berkualiti danbermotivasi tinggi dalam proses pembelajaran seterusnyamampu untuk menunjukkan daya kreativiti.

ABSTRAK

Page 3: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

PENGENALAN

• Sebelum merdeka – penglibatan Majlis Agama Islam Negeri dalam memajukan Sek. Agama Rendah (SAR) dan Sek. Agama Negeri (SAN) .

• 1959 – Kerajaan Persekutuan memberi bantuan per-kapita untuk menaiktaraf prasarana.

• 1977 – Sebahagian sekolah dijadikan sekolah agama kerajaan berdasarkan Akta Pelajaran 1961.

• 2005 – Penubuhan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK) yang bertujuan untuk memperkasa sekolah-sekolah agama di setiap negeri seluruh negara.

Page 4: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

• Mula ditubuhkan seawal tahun 1950-an.

• Dulu dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Rendah (SAMR) Parit Baru dandiganti kepada SAM Parit Baru bermula tahun1994.

• Menyediakan dua aliran – Bidang Akademikdan Bidang Agama (Sukatan Al-Azhar).

LATAR BELAKANG SAM PARIT BARU

Page 5: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN* Kamaruddin Kachar (1984), didapati 96% pelajarbumiputra tidak berminat untuk belajar dan 73% sukabelajar pada saat-saat akhir terutama menjelangnyapeperiksaan.

* Aminah (2008) yang mendapati sikap pelajar Melayuterhadap pembelajaran kurang menggalakkan apabila73% tidak suka membuat latihan tambahan, 50% gagalmenyelesaikan kerja rumah dan 48% terlalu bergantungkepada guru.

Page 6: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

* Jamilah (2000) dalam kajian Azizi, Halimah danMohamad Hasan (2011) bahawa tahap pencapaianakademik pelajar bumiputera pada tahap sederhana .Kefahaman dan minat pelajar terhadap akademik padatahap yang sangat rendah.

* Lima sebab kemunduran dalam kalangan bumiputramenurut Kamarudin (1989) iaitu kurang semangatkesedaran, kurang tekun dan usaha, kurang menyedarikeadaan bumiputra yang serba ketinggalan, kurangmemahami konsep dunia persaingan dan kurangmemberi tumpuan kepada isu pokok.

Sambungan….

Page 7: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

* Atan (1984) mengatakan bahawa tanggapan golonganbumiputra memang semulajadi mewarisi kelemahan dalampelajaran adalah tidak benar kerana telah terbukti ramai darigolongan ini berjaya dalam pelajaran dan mencapai kelulusantinggi dalam pelbagai bidang ilmu.

* Keats, Keats dan Mohammad (1975) untuk melihat atribusipencapaian pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia danAustralia mendapati remaja Melayu mengatribusikankejayaan di sekolah kepada usaha sendiri, remaja Australiakepada kebolehan sendiri, sementara remaja India kepadaguru, dan remaja Cina kepada usaha dan kebolehan sendiri.

Sambungan…

Page 8: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

• Keputusan peperiksaan Percubaan PMR tahun 2013, peratus kelulusandan GPS tidak mencapai sasaran.

• Hasil keputusannya ialah daripada 48 orang pelajar yang mengambilaliran Kemahiran Teknikal, hanya 40 orang yang lulus dengan peratuspencapaian 85.1% manakala 38 orang pelajar yang mengambil aliranPertanian, hanya 37 orang lulus dengan peratus dicapai sebanyak 97.4%.

• Bilangan pelajar yang mendapat Gred A adalah tidak ada denganpencapaian tertinggi Gred B seramai 8 orang. Ini bermakna,pencapaian pelajar masih di tahap kurang memuaskan berdasarkanreputasi mata pelajaran dalam peperiksaan sebenar dua tahunsebelumnya adalah sangat cemerlang.

• Persoalannya ialah adakah keputusan tersebut memberi gambaransebenar tentang tahap kemampuan pelajar untuk menguasai matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) .

Sambungan…..

Page 9: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

• Masalah pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran kemahiran hidup

bersepadu perlu diberi perhatian sewajarnya. Kelemahan dalam mata

pelajaran ini boleh mengakibatkan kurangnya kemahiran di dalam bidang

ekonomi, keusahawanan, pertanian dan bidang lain yang berkaitan.

• Justeru, pengkaji cuba merungkai apakah terdapat hubungan antara

motivasi instrinsik dan ekstrinsik dengan pencapaian pelajar tingkatan 3

SAMPB dalam pembelajaran mata pelajaran KBH.

• Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi

dalam pembelajaran bari para pelajar (Yong dan Biraimah, 1996).

PERNYATAAN MASALAH

Page 10: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

KERANGKA KAJIAN

MOTIVASI INTRINSIK

- Minat- Cenderung

- Azam

MOTIVASI EKSTRINSIK- Ganjaran

- Pujian- Desakan

PENCAPAIAN PELAJAR

Page 11: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

“Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik KeAtas Penglibatan Para Pelajar Terhadap AktivitiPendidikan Luar-Satu Kajian” hasil kajian Mohd AnizuMohd Noor dan Siti Salwa Mohamad , FakultiPendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Hasil daripada kajian tersebut para pengkajimerumuskan bahawa tahap faktor motivasi intrinsikadalah lebih berpengaruh berbanding motivasiekstrinsik berdasarkan kepada data responden yangmenunjukkan mereka cenderung untuk memilih aktivitiluar .

TINJAUAN LITERASI

Page 12: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

“Kesan Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik Ke AtasPencapaian Pelajar Tingkatan 5 SMK Khir Johari SungaiSumun” yang dilakukan oleh Khairuddin Nisa. FakultiPendidikan Dan Pembangunan Manusia, UPSI. Hasilkajian beliau menunjukkan terdapat bukti bahawaterdapat perhubungan yang positif antara motivasiintrinsik dengan pencapaian pelajar. Daripada data yangtelah diperolehi, hasilnya menunjukkan semakin tinggidorongan motivasi intrinsik, semakin meningkatkeputusan pelajar.

Page 13: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Kajian Mohd Rizal Bin Mohd Sain dan Rehan Binti Mohd

Taha yang bertajuk “Tinjauan Terhadap Faktor-faktor Yang

Memberi Motivasi Kepada Kreativiti Guru Dalam

Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Enam

Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor

Bahru”. Dapatan kajian menunjukkan faktor instrinsik paling

berkesan dalam memberi motivasi kepada para pendidik atau

guru yang sentiasa menitiberatkan kualiti dalam pengajaran

supaya dapat membantu pelajar menguasai kemahiran yang

dipelajari melalui kreativiti guru dala penyampaiannya.

Page 14: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Kajian yang telah dihasilkan oleh Nik Mohd Rahimi Nik

Yusoff, Zamri Mahamod dan Kamarulzaman Ab. Ghani

yang bertajuk “Motivasi Pembelajaran Kemahiran

Mendengar Bahasa Arab dan Hubungannya dengan

Pencapaian Pelajar”. Melalui kajian ini dapat

dirumuskan bahawa motivasi yang tinggi dalam

pembelajaran kemahiran mendengar bahasa Arab

sebagai bahasa kedua mempunyai hubungan yang

signifikan dengan pencapaian pelajar.

Page 15: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Teori Motivasi

Motivasi bermaksud kesungguhan kearah mencapai usaha .

Kesungguhan pula merujuk kepada kuantiti usaha yang dibuat,

manakala kea rah untuk mencapai merujuk kepada apa yang akan

dikehendaki. (McCullagh,2005).

Motivasi juga adalah satu proses atau faktor yang mempengaruhi

manusia bertindak. Proses bermaksud membangkitkan dan

mengekalkan tingkah laku serta menyalurkan tingkah laku kea rah

tertentu. (Rahil Mahyuddin, Jami’ah Mohamad & Kasnani Ab. Karim,

2000).

KAJIAN LITERATUR

Page 16: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

• Motivasi Intrinsik ialah melakukan sesuatu aktiviti

kerana kepuasan, bukan disebabkan oleh faktor luaran.

Dorongan intrinsik akan menjadikan seseorang melakukan

sesuatu perkara kerana gembira, minat dan kepuasan

bukan kerana tekanan dan ganjaran .

• Motivasi Ekstrinsik pula bermaksud seseorang

melakukan sesuatu bukan kerana faktor-faktor dalaman

tetapi melakukannya kerana faktor luaran seperti tekanan

daripada pihak lain atau inginkan ganjaran.

(Ryan & Deci,2000)

Page 17: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Motivasi dalam pembelajaran adalah penting apabila dikaitkan dengan

keperluan pencapaian. Menurut Ausubel (1969), keperluan pencapaian

mengandungi tiga komponen :

Desakan kognitif ialah sesuatu yang berorientasikan tugas iaitu pelajar cuba

memahami keperluan untuk mengetahui dan memahami.

Peningkatan diri pula ialah keinginan menambahkan prestij dan status melalui

prestasi cemerlang yang membawa kepada penghargaan diri positif.

Afiliasi ialah keadaan yang bergantung atas pengiktirafan orang yang

signifikan.

RELEVENSI ANTARA MOTIVASI & PEMBELAJARAN

Page 18: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

• Proses perolehan maklumat, penguasaan kemahiran dan

tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.

• Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula dari

dalam kandungan melalui ransangan daripada si ibu dan

persekitaran.

• Pembelajaran membawa perubahan kepada manusia sama

ada kearah kebaikan atau keburukan bergantung kepada

penerimaan dan kecenderungan seseorang terhadap nilai

yang dipelajari.

KONSEP PEMBELAJARAN

Page 19: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Robert M Gagne (1970), pembelajaran adalah perubahan atau kemampuan seseorang

yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Menurut

Anita E.Woolfolk (2004) pula pembelajaran adalah proses apabila pengalaman

menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal. Menurutnya juga

pembelajaran ialah perubahan dalaman yang berlaku pada seseorang, mewujudkan perkaitan

serta potensi untuk menghasilkan tindak balas yang baru.

Morris L. Biggie (1991) menyatakan bahawa pembelajaran itu merujuk kepada

perubahan yang sistematik dalam tingkahlaku hasil daripada pengalaman dalam situasi yang

tertentu.

Kelvin Seifert (1983) juga menyatakan bahawa pembelajarn itu adalah perubahan

tingkahlaku yang agak kekal disebabkan pengalaman tertentu atau pengalaman berulang.

Sambungan…

Page 20: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

PEMBELAJARAN

RAJAH

MOTIVASI(INTRINSIK & EKSTRINSIK) PENCAPAIAN

DESAKANKOGNITIF

PENINGKATANDIRI

AFI

LIA

SI

Page 21: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Objektif kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk :

1. Apakah faktor motivasi intrinsik yang mempengaruhi

pelajar Tingkatan 3 dalam melakukan aktiviti

pembelajaran .

2. Apakah faktor motivasi ekstrinsik yang mempengaruhi

pelajar Tingkatan 3 dalam melakukan aktiviti

pembelajaran .

PERSOALAN KAJIAN

Page 22: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Sekolah

Menjadi panduan kepada pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah agar menyediakan

bengkel Kemahiran Hidup yang lebih kondusif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang

lebih berkesan.

Guru

Menjadi panduan kepada guru dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran

efektif yang dapat merangsang motivasi pelajar supaya sentiasa aktif dan memahami isi pelajaran

dengan baik.

Pelajar

Menjadi garis panduan pelajar supaya mempunyai tahap motivasi dan kesediaan yang

tinggi dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) . Hasilnya, matlamat

pengajaran dan pembelajaran akan tercapai untuk jangka masa panjang dan dilestarikan ketika

pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

KEPENTINGAN KAJIAN

Page 23: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Pemilihan sampel terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 yang

mengambil aliran Kemahiran Teknikal dan Pertanian dalam mata

pelajaran KHB. Rasional mereka dipilih adalah berdasarkan faktor

pendedahan yang telah diberi bermula daripada Tingkatan 1 tentang

komponen-komponen yang terkandung dalam mata pelajaran.

Soalan soal selidik yang disediakan adalah jenis tertutup yang

menggunakan skala lima mata dan responden dikehendaki memilih

jawapan berdasarkan skala yang telah disediakan .

METODOLOGI KAJIAN

Page 24: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

SAMPEL KAJIAN

Kelas Bidang Bil. Pelajar

Iman Kemahiran Pertanian 14

Amal Kemahiran Teknikal 5

Ihsan Kemahiran Teknikal 5

Jumlah Keseluruhan 24

Page 25: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Bil. Item STSBil./ (%)

TSBil./(%)

TPBil./(%)

SBil./(%)

SSBil./(%)

JUMBil.(%)

01 Meminati mata pelajaran danpendekatan PdP yangdilaksanakan.

0 313%

14%

833%

1250%

24100

02 Mempunyai keazaman untukmendapatkan keputusan yangbaik dalam mata pelajaran.

0 0 14%

1042%

1354%

24100

03 Cenderung untuk menyiapkantugasan yang diberi denganbersungguh-sungguh danbertanya.

0 521%

14%

417%

1458%

24100

04 Mahu belajar apabila diberiganjaran .

937%

1042%

14%

417%

0 24100

05 Bersungguh-sungguh apabiladiberi pujian.

1146%

625%

0 625%

14%

24100

06 Bersungguh-sungguh apabilamendapat desakan.

833%

833%

521%

313%

0 24100

ANALISA HASIL KAJIAN

Page 26: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Perhubungan motivasi intrinsik dengan penglibatanpelajar dalam pembelajaran mempunyai hubungan positif .

Manakala perhubungan motivasi ekstrinsik denganpenglibatan pelajaran dalam pembelajaran adalah negatif.Bagi ketiga-ketiga kelas, peratusan faktor motivasiintrinsik menunjukkan jumlah yang besar berbandingperatusan faktor motivasi ekstrinsik.

Hasil dapatan ini juga adalah seragam dengan hasil-hasilkajian lain yang menunjukkan kesan dominasi faktormotivasi intrinsik ke atas motivasi ekstrinsik.

HASIL KAJIAN

Page 27: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Meminati mata pelajaran dan pendekatan PdP yangdilaksanakan.

Peratusan pelajar yang memilih (SS) adalah 50%berbanding 13% yang memilih (TS). Pemilihan adalahberdasarkan minat pelajar terhadap mata pelajaran yangdisebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti pendekatan PdPyang menarik dan suasana pemebelajaran yang kondusif.

Noraini (2008) mengatakan bahawa pembelajaran yangberkesan wujud sekiranya ada minat dalam kalanganpelajar. Salah satu cara untuk menimbulkan minat pelajarialah melalui kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaranyang menarik

HURAIAN

Page 28: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Mempunyai keazaman untuk mendapatkan keputusanyang baik dalam mata pelajaran.

Peratusan pelajar yang memilih (SS) adalah 57% dan40% (S). Hasil kajian menunjukkan 97% daripadakeseluruhan 30 orang pelajar mempunyai keazaman dansasaran yang baik dalam mata pelajaran KHB.

Coopley (1997), dalam pengajaran berpusatkan pelajar,guru sangat menilai dan mempromosikan tingkah lakupelajar seperti ketekunan, ketabahan, semangat ingin tahu,suka menghadapi cabaran, mengambil risiko dankeazaman yang tinggi . Jelas menunjukkan pendekatanguru dalam PdP telah menggarap minat dan azam yangtinggi dalam mata pelajaran.

Sambungan…

Page 29: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Cenderung untuk menyiapkan tugasan yang diberidengan bersungguh-sungguh dan bertanya.

Bagi mengukur tahap kecenderungan untukmenyiapkan tugasan, hasil kajian mendapati peratuspelajar yang memilih (SS) ialah 58% dan 17% memilih(S). Jumlah peratusan tersebut menunjukkan motivasiintrinsik dalam kalangan pelajar adalah sangat tinggikerana hanya 21% yang memilih (TS).

Menurut Sulaiman Masri (1996) sikap pelajar yangbersungguh-sungguh terhadap pembelajaran adalahpendorong kearah pencapaian akademik yangcemerlang.

Sambungan…

Page 30: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Mahu belajar apabila diberi ganjaran , pujian dandesakan.

Ganjaran, pujian dan desakan merupakan tiga elemenmotivasi ekstrinsik yang memberi kesan dalam pembelajaranpelajar. Berdasarkan kajian, peratus pelajar yang memilih(ST) masing-masing 0% untuk ganjaran, 1% untuk pujian dan0% untuk desakan.

Schunk (1983), dalam kajiannya mendapati hadiah yangdiberikan kerana prestasi sebenar meningkatkan motivasi,kepercayaan untuk berjaya dan kemahiran pelajar tetapihadiah yang diberikan kerana penyertaan pelajar tidakmendatangkan apa-apa manfaat.

Soh (2000), sebagai guru secara langsung menggalakkankreativiti melalui interaksinya dengan memberi ganjaranterhadap usaha pelajar

Sambungan…

Page 31: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Kaitkan aktiviti kelas kepada minat pelajar.

Minat pelajar mungkin dalam sukan, muzik, isusemasa atau televisyen . Sekiranya pelajarcenderung dalam muzik, maka guru bolehmenerangkan sesuatu fakta berkaitan matapelajaran KHB menggunakan rangkai katadaripada lagu yang diminati. Pelajar juga semakinberminat sekiranya diberi peluang memilih sendirikaedah pembelajaran mengikut kesesuaian.

CADANGAN KEPADA GURU

Page 32: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Bangkitkan perasaan ingin tahu.Semasa proses pembelajaran, guru boleh menarikperhatian pelajar kepada perbezaan antara kepercayaanpelajar dengan realiti. Contohnya, guru bertanyakansama ada mereka ingin melanjutkan pelajaran di bidangakademik atau kemahiran. Berdasarkan, pengetahuansedia ada mereka, pelajar pasti memberi respon yangberbeza berdasarkan berbagai faktor seperti galakanibu bapa, latar belakang keluarga dan sasaran yangingin dicapai apabila masuk ke alam pekerjaan kelak.Apa yang pelajar tahu dan jangkakan serta apa yangrealiti pasti akan mewujudkan perbincangan aktif danmerangsang proses pembelajaran.

Page 33: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Pengalaman pembelajaran secara realiti.Dalam mata pelajaran yang mengutamakan kemahiran ‘hands-on’,guru dicadangkan supaya mengadakan program eksplorasi ataulawatan ke pusat-pusat kemahiran seperti Pusat Giat Mara danKolej Komuniti sebagai pendedahan awal tentang suasanapembelajaran dalam bentuk kemahiran.

Pengalaman pembelajaran secara realiti dapat mencetus minatmereka supaya melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.Semasa lawatan juga, pelajar akan diterangkan tentang prospekbidang kemahiran dalam alam pekerjaan.

Menurut Maidin (1994), pelajar perlu diberi pendedahan kepadaperkara yang berkaitan . Usaha ini akan menggalakkan pelajarmencapai tahap kefahaman yang tinggi tentang sesuatu aspekserta menambahkan keyakinan mereka untuk melakukan kerjaamali dengan selamat.

Page 34: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa apabila pelajar diberimotivasi intrinsik maka semakin meningkat penglibatan pelajar dalampembelajaran. Sebaliknya apabila pelajar diberi motivasi ekstrinsikmaka semakin menurun penglibatan pelajar dalam pembelajaran.Pelajar yang sering diberi pujian dan ganjaran akan meningkat dari segiprestasinya tetapi kesan positif tersebut tidak memberi kesanberpenjangan sekiranya guru berhenti atau semakin kurang memberipujian dan ganjaran .

Kesannya, prestasi akan semakin merosot. Faktor motivasiekstrinsik memberi kesan positif tetapi untuk jangka masa pendeksahaja dan tidak mempengaruhi pencapaian pelajar sepenuhnya.

Manakala faktor intrinsik lebih memberi kesan positif untukjangka masa panjang kerana kecenderungan dan semangat pelajarlahir daripada kesedaran dan inisiatif sendiri berbanding faktorekstrinsik yang mengharapkan dorongan lain untuk meningkatkanprestasi dalam pembelajaran.

RUMUSAN

Page 35: Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di SAM Parit Baru, Sabak Bernam

SEKIAN..TERIMA KASIH