kaunselor kkm

3
Kaunselor KKM Unit Psikologi Kaunseling Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mula beroperasi dengan rasminya pada 3 Disember 2007. Unit Psikologi Kaunseling diwujudkan dengan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 1, 1999 yang memaklumkan kepada ketua jabatan mengenai kepentingan mewujudkan perkhidmatan kaunseling di agensi masing-masing. Visi Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan cekap sebagai pemangkin untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sihat dari segi emosi untuk mengatasi cabaran dan tekanan dalam menuju impian wawasan 2020. Misi Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia akan memberi perkhidmatan kaunseling dan psikologi profesional yang terkini, mesra klien, mesra teknologi, cekap dan efektif. Kepentingan Perkhidmantan Kaunseling Perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu fungsi pengurusan personel yang amat penting. Pengurusan kaunseling yang berkesan seharusnya mampu membantu seseorang anggota itu menghindarkan diri mereka daripada terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal, atau menyediakan program bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang telah terjebak dengan masalah tersebut. Perkhidmatan kaunseling yang berkesan juga dapat membantu anggota perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya meningkatkan pembangunan diri masing-masing bagi mencapai tahap kefungsian psikologi yang tinggi serta penghasilan kerja yang produktif dan berkualiti. Objektif Memberi perkhidmatan sesi kaunseling kepada personel kesihatan yang memerlukan ke arah mencapai kesedaran kendiri yang optimum. Membimbing klien untuk lebih terbuka dari aspek pemikiran dan tindakan agar dapat

Upload: afiqah-abdullah

Post on 10-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kaunselor kkm

TRANSCRIPT

Kaunselor KKMUnit Psikologi Kaunseling Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mula beroperasi dengan rasminya pada 3 Disember 2007. Unit Psikologi Kaunseling diwujudkan dengan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 1, 1999 yang memaklumkan kepada ketua jabatan mengenai kepentingan mewujudkan perkhidmatan kaunseling di agensi masing-masing.VisiPegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan cekap sebagai pemangkin untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sihat dari segi emosi untuk mengatasi cabaran dan tekanan dalam menuju impian wawasan 2020.MisiPegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia akan memberi perkhidmatan kaunseling dan psikologi profesional yang terkini, mesra klien, mesra teknologi, cekap dan efektif.Kepentingan Perkhidmantan KaunselingPerkhidmatan kaunseling merupakan salah satu fungsi pengurusan personel yang amat penting. Pengurusan kaunseling yang berkesan seharusnya mampu membantu seseorang anggota itu menghindarkan diri mereka daripada terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal, atau menyediakan program bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang telah terjebak dengan masalah tersebut. Perkhidmatan kaunseling yang berkesan juga dapat membantu anggota perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya meningkatkan pembangunan diri masing-masing bagi mencapai tahap kefungsian psikologi yang tinggi serta penghasilan kerja yang produktif dan berkualiti.Objektif Memberi perkhidmatan sesi kaunseling kepada personel kesihatan yang memerlukan ke arah mencapai kesedaran kendiri yang optimum. Membimbing klien untuk lebih terbuka dari aspek pemikiran dan tindakan agar dapat digunakan untuk membangunkan potensi yang ada ke arah kemajuan diri dan organisasi. Merangka dan mengendalikan program / aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri bagi membolehkan individu menguruskan emosi, pemikiran dan tingkahlaku dengan lebih efektif.Siapa yang memerlukan kanselor Bukan untuk yang bermasalah Bukan gila, tetapi individu normal yang ingin mengenali dan memahami diri Mahu memahami realiti diri dan kehidupan Ingin meningkatkan potensi diri Mengalami gangguan fikiran dan emosi Keliru dengan masalah diri dan kehidupan Menghadapi konflik perhubungan sosial Memerlukan tempat untuk mengadu Dan lain-lainTugas dan Peranan Pegawai1. Mengambil langkah dan tindakan yang sesuai untuk memaklum dan mempromosikan perkhidmatan kaunseling yang disediakan kepada semua anggota di jabatan ini.2. Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi 4 aspek: Pertumbuhan Pencegahan Intervensi Pemulihan1. Menjalankan sesi kaunseling secara individu dan berkelompok, kaunseling keluarga, perkahwinan, tele-kaunseling, khidmat perundingan dan intervensi krisis.2. Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkembangan kaunseling.3. Menyimpan semua fail/rekod/sesi kaunseling (sulit) untuk tujuan tindakan susulan dan statistik.4. Membantu membina modul program pembangunan insan.5. Membantu melaksanakan aktiviti pemantauan, penyelidiakn, dan kajian pembangunan insan.6. Membantu memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan.7. Membantu menguruskan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah.8. Menyediakan laporan pemantauan dan siasatan bagi tujuan rekod, laporan dan penambahbaikan kualiti perkhidamatan kaunseling sedia ada.9. Menyelenggara, menyimpan, mengedar alat-alat ujian dan inventori psikologi dan menyediakan cadangan keperluan alat-alat ujian dan inventori psikologi yang sesuai.10. Melaksanakan aktiviti/program latihan dalam urusan pentadbiran alat ujian dan ineventori psikologi.11. Membantu menjalankan ujian/inventori psikologi, analisis dan kaji selidik.12. Bertanggungjawab melaporkan aktiviti kaunseling sekurang-kurangnya 6 bulan sekali kepada Bahagian Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi, Kementerian Kesihatan Malaysia.Kod Etika Kerja Kaunselor Menjaga Kerahsiaan Menjaga Hak Klien Menerima Klien Tanpa Syarat