kaunseling krisis: kecekapan kaunselor · pdf file95 kaunseling krisis: kecekapan kaunselor...

13
95 KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA 1 Norazura Ahmad, 2 Norhayati Mohd Noor & 3 Salleh Amat 1,2, 3 Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] norhayati@ukm,edu.my [email protected] ABSTRAK Kertas ini bertujuan utk menerangkan secara konseptual berkaitan aspek kecekapan kaunselor dalam mengendalikan kaunseling krisis bencana. Proses ini melibatkan kecekapan berkaitan dengan kompetensi yang dimiliki oleh kaunselor dalam melaksanakan kaunseling krisis bencana. Kecekapan kaunselor ini dipengaruhi oleh sikap dalam menentukan setiap tindakan sepanjang proses dijalankan. Dalam pengurusan krisis melibatkan persediaan sebelum krisis, semasa krisis dan selepas krisis yang mana selari dengan kajian Minton & Pease Carter (2011); Morris & Minton (2012), kaunselor memerlukan kemahiran intervensi krisis seawal fasa kaunseling dijalankan Kecekapan kaunselor ini juga selari dengan penyataan Nash & Watson (2012), dalam tempoh empat hari perlu dilaksanakan Psychological First Aid (PFA) dalam usaha untuk menstabilkan individu dan memastikan keperluan asas serta keselamatan mereka terjaga. Ini kerana PFA menurut Litz, (2008), pertolongan cemas dari aspek psikologi adalah satu pendekatan perbualan fleksibel yang memberikan keselesaan, sokongan, hubungan kepercayaan, maklumat, dan menggalakkan menghadapi situasi krisis dalam tempoh terdekat. Dalam keadaan krisis, klien akan mengalami kejutan, kekeliruan, tidak teratur, dan ketidakseimbangan individu, keluarga serta kegagalan organisasi untuk berfungsi namun keadaan akan kembali seperti sediakala apabila wujudnya sokongan daripada individu, keluarga, kumpulan dan persekitaran serta budaya dalam sesebuah masyarakat tersebut. Ini bermakna bukan hanya aspek material malahan juga aspek psikologi sangat penting bagi mempercepatkan klien krisis dapat kembali seperti sediakala. Omar (2015) menyatakan kejadian banjir besar meninggalkan kesan yang besar kepada penduduk kerana menyebabkan kemusnahan harta benda bukan sahaja rumah malah pertanian, penternakan, kemudahan infrastruktur seperti jalanraya, jalan keretapi, bekalan elektrik dan telefon turut terjejas. Bekalan air bersih juga mengalami kekurangan. Tambah beliau lagi, kejadian ini turut memberi kesan kepada mental dan fizikal penduduk yang terlibat dengan banjir. Oleh itu, berdasarkan kajian lepas, Davenport (2015) mencadangkan kajian lanjutan untuk menilai kecekapan latihan krisis kaunseling, kecekapan semasa latihan dan kecekapan dalam amalan klinikal dalam mengendalikan kaunseling krisis. Kata kunci: kaunseling krisis, kecekapan kaunselor, kaunselor krisis, kompetensi, krisis bencana ABSTRACT This paper aims to explain conceptually about aspects of counselor's efficiency in handling disaster crisis counseling. This process involves the competency associated with the competence of the counselor in implementing disaster crisis counseling. The efficiency of this counselor is influenced by the attitude in determining each action throughout the process. In crisis management involves pre-crisis preparations, during the crisis and after the crisis which is parallel to the study of Minton & Pease Carter (2011); Morris & Minton (2012), counselors need crisis intervention skills as early as the counseling phase. The efficiency of the counselor is also parallel to the statement of Nash & Watson (2012), within four days to implement Psychological first aid (PFA) in order to stabilize the individual and ensure the need. Their basic and safety are awake. This is because PFA according to Litz, (2008), psychologist's first aid is a flexible conversation approach that provides comfort, support, trust, information, and encouraging crisis situations in the near future. In the event of a crisis, the client will experience shock, confusion, irregularity, and the imbalance of the individual, family and the failure of the organization to function but the situation will come back as long as there is support from individuals, families, groups and the environment and culture of the community. This means that not only the material aspect but also the psychological aspect is very important to expedite the crisis clients can be as normal as ever. Omar (2015) said the massive floods caused a huge impact on the population as the destruction of property not only houses, but farming, infrastructure facilities such as roads, railways, electricity and phones were also affected. The supply of clean water is also underdeveloped. He added that this incident also affected the mental and physical impact of the flood victims. Therefore, based on past studies, Davenport (2015) proposes further studies to evaluate the efficiency of counseling crisis training, efficiency during training and efficiency in clinical practice in handling crisis counseling. Keywords: crisis counseling, counselor efficiency, crisis counselor, competence, crisis disaster

Upload: duonghanh

Post on 25-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR · PDF file95 KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA 1Norazura Ahmad, 2Norhayati Mohd Noor & 3Salleh

95

KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI

MALAYSIA

1Norazura Ahmad, 2Norhayati Mohd Noor & 3Salleh Amat 1,2, 3 Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

norhayati@ukm,edu.my

[email protected]

ABSTRAK Kertas ini bertujuan utk menerangkan secara konseptual berkaitan aspek kecekapan kaunselor dalam

mengendalikan kaunseling krisis bencana. Proses ini melibatkan kecekapan berkaitan dengan kompetensi yang dimiliki oleh kaunselor dalam melaksanakan kaunseling krisis bencana. Kecekapan kaunselor ini dipengaruhi oleh sikap dalam menentukan setiap tindakan sepanjang proses dijalankan. Dalam pengurusan krisis melibatkan persediaan sebelum krisis, semasa krisis dan selepas krisis yang mana selari dengan kajian Minton & Pease Carter (2011); Morris & Minton (2012), kaunselor memerlukan kemahiran intervensi krisis seawal fasa kaunseling dijalankan Kecekapan kaunselor ini juga selari dengan penyataan Nash & Watson (2012), dalam tempoh empat hari perlu dilaksanakan Psychological First Aid (PFA) dalam usaha untuk menstabilkan individu dan memastikan keperluan asas serta keselamatan mereka terjaga. Ini kerana PFA menurut Litz, (2008), pertolongan cemas dari aspek psikologi adalah satu pendekatan perbualan fleksibel yang memberikan keselesaan, sokongan, hubungan kepercayaan, maklumat, dan menggalakkan menghadapi situasi krisis dalam tempoh terdekat. Dalam keadaan krisis, klien akan mengalami kejutan, kekeliruan, tidak teratur, dan ketidakseimbangan individu, keluarga serta kegagalan organisasi untuk berfungsi namun keadaan akan kembali seperti sediakala apabila wujudnya sokongan daripada individu, keluarga, kumpulan dan persekitaran serta budaya dalam sesebuah masyarakat tersebut. Ini bermakna bukan hanya aspek material malahan juga aspek psikologi sangat penting bagi mempercepatkan klien krisis dapat kembali seperti sediakala. Omar (2015) menyatakan kejadian banjir besar meninggalkan kesan yang besar kepada penduduk kerana menyebabkan kemusnahan harta benda bukan sahaja rumah malah pertanian, penternakan, kemudahan infrastruktur seperti jalanraya, jalan keretapi, bekalan elektrik dan telefon turut terjejas. Bekalan air bersih juga mengalami kekurangan. Tambah beliau lagi, kejadian ini turut memberi kesan kepada mental dan fizikal penduduk yang terlibat dengan banjir. Oleh itu, berdasarkan kajian lepas, Davenport (2015) mencadangkan kajian lanjutan untuk menilai kecekapan latihan krisis kaunseling, kecekapan semasa latihan dan kecekapan dalam amalan klinikal dalam mengendalikan kaunseling krisis. Kata kunci: kaunseling krisis, kecekapan kaunselor, kaunselor krisis, kompetensi, krisis bencana

ABSTRACT This paper aims to explain conceptually about aspects of counselor's efficiency in handling disaster crisis counseling. This process involves the competency associated with the competence of the counselor in implementing disaster crisis counseling. The efficiency of this counselor is influenced by the attitude in determining each action throughout the process. In crisis management involves pre-crisis preparations, during the crisis and after the crisis which is parallel to the study of Minton & Pease Carter (2011); Morris & Minton (2012), counselors need crisis intervention skills as early as the counseling phase. The efficiency of the counselor is also parallel to the statement of Nash & Watson (2012), within four days to implement Psychological first aid (PFA) in order to stabilize the individual and ensure the need. Their basic and safety are awake. This is because PFA according to Litz, (2008), psychologist's first aid is a flexible conversation approach that provides comfort, support, trust, information, and encouraging crisis situations in the near future. In the event of a crisis, the client will experience shock, confusion, irregularity, and the imbalance of the individual, family and the failure of the organization to function but the situation will come back as long as there is support from individuals, families, groups and the environment and culture of the community. This means that not only the material aspect but also the psychological aspect is very important to expedite the crisis clients can be as normal as ever. Omar (2015) said the massive floods caused a huge impact on the population as the destruction of property not only houses, but farming, infrastructure facilities such as roads, railways, electricity and phones were also affected. The supply of clean water is also underdeveloped. He added that this incident also affected the mental and physical impact of the flood victims. Therefore, based on past studies, Davenport (2015) proposes further studies to evaluate the efficiency of counseling crisis training, efficiency during training and efficiency in clinical practice in handling crisis counseling. Keywords: crisis counseling, counselor efficiency, crisis counselor, competence, crisis disaster

Page 2: KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR · PDF file95 KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA 1Norazura Ahmad, 2Norhayati Mohd Noor & 3Salleh

96

PENGENALAN Kaunselor perlu mempunyai sifat yang direktif sebagai pemandu arah serta meneroka setiap isu yang dibincangkan agar klien akan dapat mencari jalan penyelesaian dengan cepat dan sesuai dengan dirinya. Ini bermakna kecekapan kaunselor sangat penting untuk menilai dan mengenalpasti alternatif yang sesuai dengan diri klien dan membawa klien memahami mengikut kesesuaian dirinya (Butcher & Maudal, 1976). Butcher & Koss (1978) telah menegaskan kaunselor mestilah bersifat terbuka, berupaya menggunakan kemahiran yang teraputik mengikut kesesuaian dengan klien dalam membantu klien krisis. Langsley & Kaplan (1968) juga menyatakan apa sahaja bentuk pertolongan yang sesuai dengan bantuan kepada klien krisis mestilah berbentuk hubungan teraputik. Ini kerana dalam keadaan masa yang terhad kaunselor perlu cekap menggunakan sumber yang ada agar klien selesa apabila dibantu dan apa yang dilaksanakan. Klien akan yakin dengan bantuan yang diberikan oleh kaunselor apabila kaunselor mampu mewujudkan hubungan teraputik (Bellak & Small, 1965). Ini bermakna kepercayaan lahir daripada hubungan teraputik yang wujud sepanjang proses intervensi dijalankan. Dalam memastikan keberkesanan dalam proses intervensi krisis, kaunselor menggunakan refleksi isi, refleksi perasaan untuk memberi peluang kepada klien meluahkan perasaannya dan memberi fokus setiap apa yang dibincangkan (France,1982). Kaunselor juga membuat interpretasi setiap apa yang diperkatakan selari dengan matlamat klien (Small, 1972). Selain itu, kaedah dan teknik penyelesaian masalah amat penting digunakan dalam proses ini khususnya dalam menganalisis dan mengenalpasti pilihan terbaik oleh klien. France (1982) telah menyatakan bahawa intervensi krisis yang paling berkesan apabila klien dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh klien. Secara asasnya individu yang berkesan dalam intervensi krisis ini akan cuba meningkatkan semangat dan mengubah kehidupannya dan menjadikan pengalaman lepas sebagai panduan untuk membangunkan kehidupan baru (Butcher & Koss, 1978). Lindemann (1944) menyatakan kesedihan yang dialami oleh individu sama ada satu atau lebih daripada gejala iaitu kesusahan somatik, mengalami kesedihan yang melampau, rasa bersalah, reaksi seolah-olah ingin bermusuhan, ketidakstabilan tingkah laku dan dipengaruhi oleh pemikiran yang tidak rasional. Lindemann juga menyatakan bahawa kesedihan disebabkan kehilangan nyawa memberi kesan kepada penyesuaian dalam persekitaran dalam kehidupan seharian.

Faktor penting dalam menentukan berlakunya krisis disebabkan ketidakseimbangan antara kesukaran yang dilihat dan kepentingan keadaan yang mengancam serta memerlukan tindakan segera bergantung kepada kesediaan klien untuk menghadapi situasi yang dialaminya (Caplan, 1964). Selain itu, krisis merujuk kepada reaksi emosi seseorang dengan keadaan yang mengancam dirinya. Ini kerana menurut Caplan lagi, klien sukar untuk mencari jalan penyelesaian segera dan menentukan jangka masa untuk kembali seperti sediakala malah memerlukan kaedah khusus untuk penyelesaian masalah yang dialaminya. Klien akan mengalami tempoh kecewa dan ketegangan serta klien perlu berulangkali mencuba untuk menyelesaikan masalahnya. Akhirnya, beberapa jenis penyesuaian dan keseimbangan emosi, kognitif serta tingkahlaku akan dicapai lebih baik atau lebih buruk daripada sebelum krisis bergantung kepada penerimaan klien menerima situasi krisis yang dialami dan kecekapan kaunselor yang membantu klien.Oleh yang demikian, amalan di Malaysia mengikut Jabatan Perdana Menteri melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengambil tugas dan tanggungjawab dalam pengurusan bencana. MKN mendefinisikan bencana adalah suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif untuk membantu klien yang mengalami krisis. Kolaborasi semua agensi amat penting dalam membantu mengembalikan seperti sediakala.

FENOMENA PENGURUSAN KRISIS Beberapa kajian yang dijalankan untuk memastikan pengurusan banjir lebih efisyen yang mana banjir merupakan salah satu bencana yang menimbulkan krisis kepada rakyat Malaysia. Kajian yang dijalankan oleh Lariah M. Sidek, Kaoru Takara, Nor Azazi Zakaria, Aminuddin A. Ghani dan Rozi Abdullah (2004) berkaitan dengan sistem saliran bagi tujuan melihat faktor polisi dan tindakan pengurusan dalam masalah pengurusan banjir di Malaysia. Antara faktor-faktor yang mempunyai kaitan dalam pengurusan banjir yang efektif adalah kakitangan yang mencukupi, projek mengikut prosedur yang ditetapkan, keperluan kepada peraturan dan undang-undang berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA, 2013 dan 2015) serta jaringan kerjasama dari pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan sistem pengairan yang terlibat.

Berdasarkan kepada faktor di atas, mereka merumuskan bahawa dari segi polisi dan tindakan undang-undang yang berkaitan dengan pelaksanaan MSMA perlu kepada tindakan yang lebih berkesan kerana berdasarkan kepada analisa kajian yang dijalankan didapati tahap persetujuan pihak yang melaksanakan MSMA adalah berada pada tahap yang sederhana sahaja. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab perlu merancang, dan melihat kepada keperluan semasa bagi memastikan MSMA dapat dilaksanakan sepenuhnya dan masalah pengurusan banjir dapat diatasi. Contohnya dalam MSMA, 2013 yang telah dikemaskini pada 14 September 2016 muka surat 37-1 dan 37-2 menyatakan terdapat kandungan tajuk pendidikan masyarakat meliputi aspek motivasi, kesedaran dan tanggungjawab dalam membantu kelicinan sistem pengairan dalam penjagaan alam sekitar yang selamat. Ini bermakna MSMA dari masa ke semasa telah ditambah baik jika dibandingkan pada MSMA tahun 2013 serta memperincikan setiap topik yang berkaitan.

Page 3: KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR · PDF file95 KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA 1Norazura Ahmad, 2Norhayati Mohd Noor & 3Salleh

97

Penambahbaikan dari semasa ke semasa oleh pihak MSMA bagi memastikan pengurusan banjir dan saliran lebih efisyen dan sekaligus dapat menangani krisis bencana dengan cekap.

Kajian yang dijalankan oleh Khalid, Mohamad Sukeri, Anuar, Abdul Rahim. Mohd Jalil, Mohd Razani (2010)

pula memperjelaskan isu berkaitan sistem penyampaian bantuan oleh pihak berkuasa terhadap mangsa banjir di Malaysia. Berdasarkan kajian yang dijalankan ketika bencana banjir di Kedah digunakan sebagai kajian kes untuk menentukan kecekapan sistem pengurusan bencana. Justeru pengalaman dan pandangan mangsa banjir mereka di 12 daerah di negeri Kedah dengan responden kajian seramai 534 keluarga mangsa banjir daripada populasi kajian 3,674 keluarga mangsa banjir (atau 15 peratus daripada populasi kajian) telah diperolehi melalui survei dan temubual kumpulan sasaran secara bersemuka dengan mangsa banjir untuk menilai sistem penyampaian bantuan yang dipratikkan oleh pihak berkuasa apabila berlaku bencana. Berdasarkan penilaian yang dijalankan, dapatan kajian menunjukan bahawa mangsa banjir berpuas hati terhadap keseluruhan sistem penyampaian bantuan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa khususnya di bawah kawalan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memastikan pelaksanaan di peringat agensi yang terlibat dilaksanakan mengikut prosedur. Namun jika dilihat kajian oleh Lariah M. Sidek, Kaoru Takara, Nor Azazi Zakaria, Aminuddin A. Ghani dan Rozi Abdullah (2004) menyatakan penyampaian perkhidmatan oleh pihak yang terlibat hanyalah di tahap sederhana dan perlu di tambahbaik dari semasa ke semasa untuk memantapkan penyampaian perkhidmatan kepada mangsa banjir.

Seperti yang diperjelaskan melalui MSMA, Chan Ngai Weng (2011) menyatakan kemanusiaan persekitaran

mempunyai hubungkait dalam pengurusan banjir dan beberapa masalah alam sekitar terhasil akibat interaksi antara manusia dan alam semula jadi yakni di pengaruhi oleh aktivivti manusia. Oleh itu, peranan dan tanggungjawab manusia perlu dikenalpasti dan difahami untuk pengurusan banjir yang lebih berkesan. Sumbangan kemanusiaan persekitaran adalah penting untuk membantu kefahaman bahawa masalah banjir adalah suatu fenomena pelbagai penyebab, dan untuk membentuk kemahiran manusia yang penting dalam membantu pengurusan banjir di semua peringkat. Oleh itu, kajian yang dijalankan oleh Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Hamidi Ismail (2011) menyatakan kesejahteraan alam sekitar adalah bergantung kepada cara manusia menggunakannya. Sekiranya, manusia sangat aktif menggunakan sumber alam tanpa memikirkan keseimbangannya maka, sudah tentu bencana alam akan berlaku. Berdasarkan hasil kajian mendapati, peranan manusia merupakan salah satu faktor terpenting yang menyumbang kepada kekerapan dan peningkatan intensiti banjir di sesebuah kawasan. Ini kerana sebarang aktiviti pembangunan yang dijalankan oleh manusia mampu menyebabkan pertambahan kadar luahan melalui pemendapan sedimen di sungai yang berhampiran.

Berdasarkan jangkamasa dan tempoh yang lama akan memberikan kesan negatif kepada manusia iaitu dijelmakan

dalam bentuk bencana alam. Ini termasuklah bencana banjir, banjir lumpur, hakisan tanah, tanah runtuh dan sebagainya. Kerakusan manusia mengeksplotasi sumber alam secara aktif bagi memenuhi kehendak mereka dalam pelbagai bentuk sama ada aktiviti pertanian berskala besar, petempatan, pembalakan, penerokaan hutan dan sebagainya akan meninggalkan kesan negatif kepada manusia sendiri. Atau dengan kata lain perubahan guna tanah yang berlaku akan mengundang bencana kepada manusia yang mendiami lembangan tersebut dan risiko yang mengancam manusia juga adalah tinggi. Kesemua hal ini berlaku tanpa disedari oleh manusia sehinggalah berlakunya musibah itu dalam bentuk bencana yang mampu mengancam nyawa dan harta benda.

Oleh itu, Priscilla Dass-Brailsford & Rebecca S. Hage Thomley (2015) merumuskan bahawa sokongan individu

lain membantu klien krisis ke arah positif untuk berhadapan dengan situasi bencana. Kakitangan bantuan bencana juga perlu mengambil kira peranan khusus dan tanggungjawab ahli isi rumah secara individu bagi membolehkan mereka membuat perancangan yang sesuai dan tidak membebankan individu tersebut. Apa yang diperkatakan oleh Priscilla Dass-Brailsford & Rebecca S. Hage Thomley (2015) adalah selari dengan pengasas terdahulu dalam bidang krisis iaitu Parad & Caplan (1964) dan Rapoport (1962). Mereka juga menyatakan individu yang mengalami krisis mempunyai hubungkait dengan keluarga, persekitaran dan rangkaian sosial. Oleh itu penglibatan semua pihak amat penting semasa proses intervensi krisis dijalankan untuk membantu klien mempercepatkan penyelesaian masalah. Selaku pengendali intervensi krisis, sudah pastinya kaunselor perlu cekap dalam mewujudkan jaringan semua pihak agar intervensi yang dijalankan berkesan kepada klien.

Terdapat beberapa kajian luar negara melihat kepada kecekapan dalam mengurus bencana. Lauri Paltemaa (2011),

menyatakan individu yang menguruskan bencana banjir perlu cekap dan menguasi kemahiran membuat keputusan dalam masa yang terhad berdasarkan kajian beliau Maoist China melalui kes Banjir Besar Tianjin 1963. Donata Christiane Nilsen (2012) juga menyatakan walaupun sumber telah diperuntukkan untuk persiapan menghadapi bencana namun kolaborasi antara semua agensi yang terlibat perlu mantap dan seiring dengan keperluan mengikut seting bencana. Beliau juga menekankan pendekatan inovatif dan unik berasaskan komuniti setempat perlu diperkemaskan untuk membantu proses pemulihan agar komuniti mempunyai kapasiti yang mencukupi dalam persiapan menghadapi bencana serta membolehkan mereka meneruskan operasi sebelum, semasa dan selepas krisis dan bencana.

Sokongan Komuniti sangat penting dalam memastikan kecekapan dalam membantu bencana. Sekolah merupakan penginapan sementara apabila berlaku bencana. Charles (2012) menyatakan pentadbir sekolah dan masyarakat setempat perlu bersiap siaga menghadapi situasi krisis di sekolah mereka dan sentiasa berhubung dengan pihak polis kerana

Page 4: KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR · PDF file95 KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA 1Norazura Ahmad, 2Norhayati Mohd Noor & 3Salleh

98

persekitaran sekolah sentiasa berubah-ubah. Hubungan komunikasi yang baik dengan semua agensi yang terlibat juga sangat penting dalam membantu kecekapan menghadapi krisis bencana. Tindakan ini disokong oleh Alexander (2013) menyatakan bahawa perancangan pasca bencana mempunyai tiga matlamat utama iaitu pemulihan yang tepat pada masanya dengan melaksanakan aktiviti normal kehidupan seharian mereka, memberi perlindungan kepada klien yang menghadapi bencana akan masa depan mereka serta membawa klien menentukan halatuju kehidupan dengan bantuan pihak yang terlibat. Bantuan yamg cepat dan menepati keperluan klien semasa krisis sangat membantu dalam proses pemulihan krisis bencana.

PERKEMBANGAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA Kecekapan kaunselor sangat membantu perancangan yang rapi oleh kaunselor dalam menentukan intervensi kaunseling krisis yang sesuai kepada klien. Ini kerana berdasarkan kajian lepas didapati pelbagai jenis bencana yang perlu dibantu seperti mangsa bencana banjir kilat, tanah runtuh, kemalangan ngeri, kes keganasan rumah tangga, buli jalan raya dan sebagainya. Tsunami 2004 merupakan titik tolak minat pengkaji dalam meneroka pegendalian kes intervensi krisis. Pengkaji hari ke hari merasakan kes intervensi krisis perlu mempunyai model tersendiri bagi memastikan klien yang mengalami trauma dapat menerima situasi yang dialami dan mempunyai kekuatan untuk kembali pulih dalam kehidupan seperti sediakala secara beransur-ansur (Modul Pengurusan Kes Intervensi Krisis Bahagian Kaunseling dan Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2013)

Walaupun arahan kesiapsiagaan di dalam MKN (semakan semula) perkara ke sepuluh (10) dalam bab lima (v) bergantung kepada pengarahan oleh ketua di jabatan masing-masing namun semestinya perancangan dan penetapan dalam membantu pengurusan kes krisis kaunseling bergantung kepada rangka di jabatan atau agensi masing masing (Dokumen Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara Arahan No. 20 (Semakan Semula), 2012). Kecekapan kaunselor bergantung kepada pengetahuan yang dimiliki oleh kaunselor serta kursus-kursus dan latihan kepakaran yang dijalankan oleh agensi masing-masing. Contohnya, bagi kaunselor di bawah JKM mempunyai modul tersendiri iaitu Modul Pengurusan Kes Intervensi Krisis Bahagian Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diterbitkan pada 2013. Modul ini khusus sebagai garis panduan kepada kaunselor mengendalikan kaunseling krisis di peringkat negeri, daerah dan institusi. Keseragaman pelaksanaan modul ini memudahkan pemantauan dari pucuk pimpinan dari segi kecekapan kaunselor serta keseragaman di semua peringkat. Modul ini disertakan dengan Kit Krisis yang mana mengandungi peralatan penting untuk digunakan dalam membantu klien apabila berlaku krisis. Persediaan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Plan Tindakan Menghadapi Bencana (Banjir) (2005) KKM lebih memberi fokus kepada elemen kesihatan dan diletakkan di bawah Psychological First Aid (Dokumen Plan Tindakan Menghadapi Banjir (Ringkasan, 2005).

Sepanjang pengkaji meneliti tentang kaunseling krisis beberapa perkara yang dapat dikenalpasti ialah

keseragaman modul yang digunakan, latihan persediaan untuk kaunselor tidak standard dan pemahaman mengendalikan kaunseling krisis adalah berbeza berdasarkan skop agensi masing-masing. Ini kerana tragedi krisis semakin kompleks dan tidak memadai dengan keputusan yang biasa digunakan dalam membantu klien malah kaunselor memerlukan pengetahuan khusus agar bersedia untuk membuat keputusan jika memerlukan tindakan serta merta. Kaunselor perlu menggunakan pelbagai kaedah serta alat-alat dan amalan yang spesifik agar cekap dalam membantu klien krisis (Linda M. Murawski, 2011). Dalam hal ini kaunselor perlu bersiapsiaga untuk mengendalikan krisis apabila menerima arahan berkaitan dengan penugasan.

Sehingga kini tiada kajian berkaitan dengan kecekapan kaunselor dalam mengendalikan kaunseling krisis di

Malaysia namun terdapat beberapa kajian dari segi kecekapan pengurusan bencana. Berdasarkan kajian oleh Lariah M. Sidek, Kaoru Takara, Nor Azazi Zakaria, Aminuddin A. Ghani dan Rozi Abdullah (2004) menyentuh berkaitan penyampaian perkhidmatan oleh pihak yang terlibat hanyalah di tahap sederhana dan perlu di tambahbaik dari semasa ke semasa untuk memantapkan penyampaian perkhidmatan kepada mangsa banjir. Kenyataan ini menampakkan perubahan positif apabila kajian yang dijalankan oleh Khalid, Mohamad Sukeri and Anuar, Abdul Rahim and Mohd Jalil, Mohd Razani (2010) yang mana mangsa banjir berpuashati terhadap keseluruhan sistem penyampaian bantuan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Namun selepas itu, kajian yang dijalankan oleh Tuan Pah Rokiah, Abdul Rahim dan Hamidi (2014) masyarakat di Lembangan Sungai Kelantan masih berhadapan dengan masalah ketidakberkesanan sistem pengurusan banjir sebelum, semasa dan selepas kejadian walaupun kerajaan telah berusaha dengan pelbagai cara bagi melancarkan sistem pengurusan banjir. Mereka juga mendapati kebanyakan penduduk kurang berpuas hati dengan pengurusan banjir. Hal ini menunjukkan bahawa MKN selaku badan kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruskan bencana di Malaysia masih perlu meneliti proses pengurusan bencana banjir agar lebih cekap.

Ini dibuktikan dengan masalah kelewatan menyelamat mangsa banjir dari kawasan yang ditenggelami air untuk dipindahkan ke pusat pemindahan yang lebih selamat. Selain itu menurut dalam beberapa akhbar dan berita yang dinyatakan oleh Farisah Binti Ibrahim (2016) tentang masalah kelewatan penyampaian bekalan bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai (Astro Awani, 26 Disember 2014) pada fasa pengurusan semasa juga berlaku. Ini menunjukkan seolah-olah, Prosedur Operasi Standard (SOP) bencana sedia ada seperti tidak dapat menguruskan masalah dengan lancar. Hal ini dibuktikan dengan hasrat Kerajaan Pusat ingin memperkemaskan Prosedur Operasi Standard (SOP)

Page 5: KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR · PDF file95 KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA 1Norazura Ahmad, 2Norhayati Mohd Noor & 3Salleh

99

bencana dengan memberi fokus kepada aspek sistem, kaedah dan masyarakat (Sinar Online, 24 Mac 2015). Ketidakcekapan pengurusan juga dapat dilihat dalam fasa pengurusan selepas Bencana Banjir Besar 2014 di Kuala Krai. Sehubungan itu pengurusan bencana banjir besar di Kelantan sebagai contoh dapat dilihat sebagai kurang efisyen sedangkan Majlis Keselamatan Negara Arahan No. 20 (Semakan Semula) Dasar dan Mekanisme Pengurusan telah ada sebagai panduan bagi mengurus bencana sebelum, semasa dan selepas kejadian. Kekurangan dan ketidakcekapan pengurusan bencana banjir besar di fasa semasa dan selepas ini tidak boleh dipandang enteng kerana menurut Omar (2015) kejadian banjir besar ini meninggalkan kesan yang besar kepada penduduk kerana menyebabkan kemusnahan harta benda bukan sahaja rumah malah pertanian, penternakan, kemudahan infrastruktur seperti jalanraya, jalan keretapi, bekalan elektrik dan telefon turut terjejas. Bekalan air bersih juga mengalami gangguan. Tambah beliau lagi, kejadian ini turut memberi kesan kepada mental dan fizikal penduduk yang terlibat dengan banjir.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di atas jelas dilihat kecekapan pengurusan bencana perlu ditambahbaik untuk membantu mangsa bencana dalam semua aspek. Berdasarkan isu-isu yang diketengahkan oleh pengkaji sebelum ini. Pengkaji ingin meneroka dengan mendalam berkaitan dengan kecekapan kaunselor dalam mengendalikan kaunseling krisis bencana di Malaysia. Ini kerana menurut Omar (2015) kejadian ini turut memberi kesan kepada mental dan fizikal penduduk yang terlibat dengan banjir dan perlu dibantu dengan sewajarnya agar klien dapat merasai kesedihan hanya sementara dan dapat dibantu apabila wujudnya kefungsian dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah (Slaikeu. 1990). Ini kerana menurut Lazarus (1964), klien yang mengalami krisis perlu penyelesaian dari aspek emosi dan kognitif agar dapat membantu rangsangan kepada sekeliling. Ini bermakna bukan hanya aspek material sahaja perlu diperkemaskan dalam memberi bantuan namun aspek psikologi juga perlu dipertingkatkan untuk memastikan perkhidmatan dibantu secara menyeluruh.

Maka dengan itu, pengkaji akan meneroka pengalaman kaunselor yang mengendalikan kaunseling krisis untuk melihat aspek-aspek yang memberi kecekapan kaunselor dalam mengendalikan kaunseling krisis selaras juga dengan kajian di luar negara oleh Davenport (2015) yang mencadangkan kajian lanjutan untuk menilai kecekapan latihan krisis kaunseling, kecekapan semasa latihan dan kecekapan dalam amalan klinikal dalam mengendalikan kaunseling krisis. Cadangan ini selari dengan kajian yang telah dilaksanakan oleh Keller (2011) melihat aspek bidang latihan kaunselor dalam bidang krisis merupakan amalan terbaik dalam memastikan kecekapan kaunselor di sekolah.

Ekoran dari pelbagai isu banjir besar di pantai timur pada 2015 maka kerajaan telah mengambil inisiatif selaras dengan perkhidmatan antarabangsa iaitu dengan penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 17 November 2015 yang mana penubuhan ini adalah untuk mengambil alih peranan agensi peneraju dalam pengurusan di peringkat ASEAN, serantau dan antarabangsa daripada Majlis Keselamatan Negara berdasarkan surat pemakluman penubuhan pada 17 November 2015 (Surat Pemakluman Penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara Sebagai Agensi Peneraju Pengurusan Bencana (JPM.APBN.100-6/2 (12) bertarikh 17.11.2015). Pelbagai penambahbaikan dalam memastikan pengurusan bencana dilaksanakan dengan efisyen khususnya apabila berlaku bencana di Malaysia selari dengan misi NADMA untuk memastikan keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara dengan memupuk kerjasama pelbagai pihak sebagai satu pasukan untuk membina serta meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana. Sejajar dengan hasrat murni ini maka pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional pada 23 Oktober 2016.

PERBEZAAN KAUNSELING UMUM DENGAN KAUNSELING KRISIS Terdapat perbezaan yang signifikan antara kaunseling umum dan kaunseling krisis. Sebagai contoh, kaunseling krisis memerlukan masa terhad dan tindakan yang segera. Ini kerana seorang individu boleh hanya bertahan berada dalam ketidakseimbangan psikologi selama kira-kira empat hingga enam minggu tanpa sebarang bentuk bantuan (Kanel, 2007). Manakala kaunseling umum boleh dilakukan pada bila-bila masa tidak mementingkan dari segi masa. Kaunseling umum dan kaunseling krisis, kedua-dua menggunakan teknik kaunseling sama, hanya penekanan khusus mengenai masalah dan pengurangan aktiviti yang berbahaya untuk memisahkan tekanan yang dialami (Kanel, 2007). Tambahan pula, tugas-tugas kaunseling krisis termasuk memastikan klien mempunyai kekuatan fizikal, emosi dan kognitif dalam menentukan tindakan segera untuk kembali pulih akibat daripada krisis (Slaikeu, 1990). Ini kerana menurut Sifneos (1972) telah mengenalpasti empat (4) komponen krisis emosi iaitu aktiviti yang berbahaya disebabkan tindak balas yang membawa kepada krisis. Kadang-kadang peristiwa yang tidak dijangka atau secara mengejut berlaku namun adakalanya berguna pada masa akan datang. Selain itu, individu yang mengalami krisis perlu dibantu untuk membangunkan klien secara beransur-ansur agar klien dapat mengambil bahagian untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh klien yang mengalami krisis ini kerana keadaan krisis bersifat aktif. Pendekatan yang berbeza juga telah diambil oleh Jacobsen (1968) yang merujuk kepada komponen sosial, psikologi dalaman dan krisis somatik. Aspek sosial krisis termasuk apa-apa perubahan peranan atau perubahan lain dalam tingkah laku interpersonal yang berlaku semasa krisis, faktor psikologi dalaman ditekankan sama ada sedar atau tidak sedar bagi membantu proses perubahan.

Page 6: KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR · PDF file95 KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA 1Norazura Ahmad, 2Norhayati Mohd Noor & 3Salleh

100

KECEKAPAN DALAM KAUNSELING Berhadapan dengan klien dan situasi bahaya adalah perkara rutin yang dialami oleh kaunselor. Jika tidak di kawal atau diuruskan dengan cekap maka ia akan memberi kesan kepada klien dan juga kaunselor. Kemungkinan kaunselor akan burnout dan tidak dapat melaksanakan intervensi krisis dengan berkesan. Sekaligus kaunselor tidak dapat menjalankan kaunseling krisis dengan berkesan dan memberi kesan kepada tindakan dan membuat keputusan. Namun jika kaunselor mempunyai kemahiran dan sokongan yang baik dari pihak atasan maka kaunselor akan dapat melaksanakan intervensi krisis dengan cekap (Dupré, 2011; Pearlman & Saakvitne, 1995). Selain itu, garis panduan dan rangka kerja yang jelas tentang tanggungjawab selaras dengan konsep pengendalian krisis amat perlu untuk memastikan Kaunselor cukup bersedia dalam mengendalikan kaunseling krisis dengan cekap (Corey, Haynes, Moulton, & Muratori, 2010). Oleh itu, perlunya daya tahan dalam diri apabila berdepan dengan situasi krisis agar berupaya menghadapi krisis dan mempunyai kesedaran untuk kembali seperti sediakala. Ini kerana ketahanan dalam krisis merujuk kepada keupayaan untuk kembali menghadapi setelah berlaku bencana yang ketara dan mendatangkan risiko kepada klien walaupun dalam keadaan amat sukar. Kaunselor perlu mempunyai ketahanan dalam diri agar kaunseling krisis yang dilaksanakan adalah berkualiti dan sekaligus mengembalikan klien seperti sediakala (Echterling, Presbury, & McKee, 2005, p. 10). Apabila ketahanan diri dapat dipertingkatkan, maka perubahan positif dapat dilihat sama ada dari segi hubungan, keyakinan dan rasa mendalam tentang kerohanian yang berhubungkait dengan elemen yang perlu dimiliki oleh kaunselor untuk membantu klien krisis dengan berkesan (Tedeschi, Park, & Calhoun, 1998). Ini kerana mengikut Callahan (2009), konsep krisis melibatkan tragedi peribadi, peralihan pembangunan, tingkahlaku yang cemas dan boleh juga menjadi kronik iaitu psikatrik menyebabkan kecelaruan fikiran dan emosi yang tidak stabil stabil yang boleh mendatangkan stress dan kemurungan (Caplan, 1964; Echterling, Presbury, & McKee, 2005; Roberts, 2005) Everstine dan Everstine (2006). Keadaan ini memerlukan kepakaran dan kecekapan kaunselor dalam mengendalikan kaunseling krisis agar klien krisis dapat dibantu. Caplan (1964) memberi takrifan krisis sebagai tempoh masa yang terhad, kesusahan sengit, ketidakstabilan emosi yang mempunyai potensi untuk membentuk tingkahlaku yang positif mahupun negatif. Seiring dengan Callahan (2009) menyatakan krisis merujuk kepada kemerosotan atau ketidakfungsian seseorang individu untuk berfungsi pada kebiasaan malah memerlukan pertolongan strategi baru daripada orang lain untuk membolehkan menangani krisis yang dihadapi dengan bantuan sistem sokongan sosial (Aguilera, 1998; Callahan, 2009; Echterling, Presbury, & McKee, 2005). Jika tidak di pantau klien krisis, akan menyebabkan trauma, mimpi ngeri, kemarahan, gangguan emosi dan sering mengingati pristiwa yang berlaku (National Institute of Health, 2011). Oleh itu, kaunseling krisis perlu dijalankan kepada klien agar elemen yang menyebabkan ketidakfungsian dapat dibantu dengan berkesan dan klien akan kembali seperti sediakala.

Jika dilihat dari segi teori kaunseling Everly, Lating (2017) melalui Cognitive Behavioral Therapy (CBT) menjadikan asas dalam mengendalikan intervensi. Ini kerana menurut beliau CBT sangat berkesan sepanjang beliau mengendalikan intervensi krisis. CBT yang diasaskan oleh Aaron Beck (1976) atau lebih dikenali sebagai Beck (1976) yang menjelaskan teori CBT memberi fokus kepada pemikiran yang negatif sama ada hasil daripada kepercayaan dan juga sangkaan. Melalui teknik relaksasi, pendedahan kawalan (controlled Exposure) terhadap isu dan latihan asetif untuk mencapai hasil yang diinginkan iaitu suatu perubahan yang lama. Teori CBT sangat sesuai dalam mengendalikan krisis bencana menurut Everly, Lating (2017) akan menghasilkan perubahan yang cepat dan tahan lama serta mengutamakan pemikiran yang perlu diubah walau situasi tidak berubah. Selain itu, menurut mereka lagi terapi ini menggunakan kaedah yang berstruktur dan sesuai digunakan di luar persekitaran kaunseling iaitu berdasarkan lokasi klien yang mengalami krisis.

Menurut mereka lagi, klien akan diberi bantuan untuk belajar dan bagaimana berfikir di luar kotak untuk

menyelesaikan masalah dirinya. Klien juga dapat belajar mengekalkan ketenangan apabila berhadapan dengan situasi tekanan atau sebaliknya kerana kaunselor akan membawa klien bertanya pada diri sendiri dan memberi fokus kepada matlamat yang ditetapkan. Dalam masa penetapan matlamat ini klien akan menyingkirkan perkara yang tidak diingini dan mengganggu klien. Kaunselor akan menggunakan persoalan bagaimana dan mengapa dalam membentuk pemikiran dan tingkahlaku baru berdasarkan fakta bukan menggunakan andaian. Sesi dijalankan agak lama kerana di ajar di dalam sesi dan dilakukan di luar sesi dan akan dibincang semula dalam sesi akan datang. Oleh itu, CBT memberi fokus kepada masa kini bagi mengenali kejadian yang menimbulkan ketidakseimbangan diri sama ada dari segi pemikiran yang tidak rasional dan mengubah pemikiran, sikap, cara serta idea dengan menghasilkan tingkahlaku yang diinginkan. Oleh sebab itu, kaunselor perlu mengenalpasti perlakuan masa lampau untuk memudahkan proses intervensi dijalankan (Beck, 1976).

Ini kerana dalam krisis, suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif (Dokumen Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara Arahan No. 20

Page 7: KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR · PDF file95 KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA 1Norazura Ahmad, 2Norhayati Mohd Noor & 3Salleh

101

(Semakan Semula), 2012). Oleh itu, kecekapan kaunselor dalam mengendalikan kes krisis memberi kesan kepada keberkesanan kaunseling krisis. Keupayaan kaunselor memandu arah klien untuk menyelesaikan masalah berdasarkan pendekatan.

KECEKAPAN DALAM KAUNSELING KRISIS Pengkaji mengambil pandangan Caplan (1964) sebagai asas dalam kajian ini. Menurut beliau dalam keadaan krisis masa sangat penting dalam membantu klien krisis. Klien dalam keadaan krisis perlu dibantu dalam keadaan serta merta. Situasi ini sangat berkait dengan kecekapan kaunselor dalam membantu klien untuk memastikan bantuan dilaksanakan dalam kadar segera. Kenyataan ini disokong oleh Rapoport (1967) menunjukkan bantuan yang diberikan melihat kepada tempoh masa akan memberi keberkesanan kepada intervensi krisis. Oleh itu France, (1982) dengan adanya intervensi krisis dalam tempoh 24 jam hubungan awal pelanggan telah dianggap sebagai optimum (Ewing, 1978). Kejayaan kaunselor membantu klien dapat dilihat dalam kajian Dupré (2011c) menjelaskan klien mula menyatakan sedikit kelegaan dan melalui bahasa badan serta anak mata dapat membayangkan kelegaan seolah-olah ada perkara telah diselesai dalam fikirannya. Oleh itu, Caplan (1964, 1974) menegaskan seseorang yang menghadapi masalah yang mana beliau tidak mengetahui jalan penyelesaian segera dan memerlukan kaedah yang khusus untuk menyelesaikan permasalahannya perlu dibantu dengan segera agar klien dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin. Oleh itu, dalam memastikan kecekapan dalam kaunseling krisis, satu rangka kerja perlu disediakan oleh kaunselor sebagai panduan melaksanakan kaunseling krisis (McAdams dan Keener, 2008).

Berdasarkan Corey, Haynes, Moulton, & Muratori, 2010; McAdams & Keener, (2008), hampir setiap kaunselor dapat bekerjasama dalam situasi krisis. Penyataan ini disokong oleh Dupré (2011c) mendapati bahawa kaunselor tidak mempunyai kesukaran dalam mengenalpasti keperluan dan bantuan kepada klien apabila berada dalam situasi krisis. Walaupun pendapat Presbury, Echterling dan McKee (2008) menyatakan berlaku ketidakseimbangan dalam kehidupan seharian namun klien akan menganggap cabaran baru dan mencari sumber untuk memulihkan seperti sediakala. Klien akan mendapatkan perkhidmatan kaunseling apabila peristiwa mengganggu kehidupannya. Sebahagian pengamal kaunseling melihat khidmat kaunseling adalah untuk memberi pendedahan dan mencari penyelesaian untuk mengatasi kesan krisis yang mengganggu kehidupan mereka (Presbury, Echterling, & McKee, 2008).

PENDEKATAN COGNITIF BEHAVIORAL THERAPY (CBT) DALAM KAUNSELING KRISIS Teori ini menjelaskan kecekapan kaunselor dalam menangani kaunseling krisis bencana berdasarkan kecekapan peribadi yang perlu dimiliki oleh seorang kaunselor dalam mengendalikan kes. See Cheng Mei (2009) berpendapat kaunselor perlu memainkan peranan yang aktif untuk dalam mengenalpasti isu-isu klien, merancang rawatan yang eksplisit, mudah difahami dan fleksibel yang dapat mencerminkan keperluan klien dengan tepat. Selain itu, menurut beliau lagi klien perlu berstruktur dan berfokus berdasarkan rawatan yang dirancang untuk klien dan klien akan diberi tugasan khas untuk memperkukuhkan matlamat yang ingin dicapai. Dalam hal ini juga menurut beliau lagi kaunselor perlu berusaha untuk membimbing klien untuk mengubah apa yang telah dikenalpasti untuk berubah iaitu memodel semula bentuk pemikiran, kepercayaan, idea, sikap, andaian tertentu untuk mengubah ke arah yang lebih selesa, sesuai dan positif.

Oleh itu, terapi ini memberi fokus kepada masa kini untuk membantu penyelesaian dari segi pemikiran, perasaan dan tingkahlaku yang dikehendaki. Oleh itu, Beck, (1976), Meichenbaum (1985), menjelaskan pendekatan kognitif dan tingkahlaku adalah pendekatan yang bertujuan untuk mengubah mood dan tingkahlaku dengan mempengaruhi pola pemikirannya. Mereka menjelaskan pendekatan CBT ini bertujuan untuk melihat dan mengenali kejadian memberi reaksi yang membawa ketidakseimbangan dalam diri seseorang; mengenali serta memantau distorsi-distorsi kognitif yang timbul akibat sesuatu insiden, kejadian dan peristiwa; proses pendekatan kearah untuk mengubah cara pemikiran semasa menginterpretasi dan menilai kejadian dan mengubah tingkahlaku untuk menangani kejadian atau peristiwa walaupun situasi masih belum berubah.

Self-efficacy atau personal competence sangat diperlukan untuk membantu kes sedemikian, Beck (1976) menjelaskan terdapat perkara utama yang perlu dimiliki oleh kaunselor dalam mengendalikan kes menggunakan pendekatan CBT iaitu prestasi pencapaian (perancangan, kesungguhan); pengalaman diri dan orang lain; komunikasi dan emosi, keeempat-empat perkara utama ini merupakan kecekapan personal yang perlu dimilki oleh kaunselor dalam memastikan kaunselor dapat menjalankan tugas dengan cekap dan efisyen. Diharapkan dengan meneroka kecekapan kaunselor yang mengendalikan kes kaunseling krisis di Malaysia akan menghasilkan tema-tema baru yang melambang kecekapan personal yang dimiliki oleh kaunselor dalam membantu kes krisis bencana.

Page 8: KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR · PDF file95 KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA 1Norazura Ahmad, 2Norhayati Mohd Noor & 3Salleh

102

GABUNGAN COGNITIF BEHAVIORAL THERAPY (CBT) KAEDAH JOHNS HOPKINS RAPID DALAM MEMASTIKAN KECEKAPAN DALAM KAUNSELING KRISIS Parker, Everly, Barnett, dan Links (2006) mencadangkan tingkah laku kecekapan tertentu diperlukan dalam menjalankan kecekapan Psychological First Aid (PFA) iaitu kemahiran mendengar secara aktif, memberi keutamaan dan bertindak balas terhadap keperluan manusia, mengiktiraf dan memberi maklumat reaksi tingkahlaku psikologi, mengajar teknik pengurusan stres, mengiktiraf dan mengurangkan faktor-faktor risiko yang wujud, mengiktiraf bagaimana dan bila untuk menggunakan sumber-sumber tidak rasmi dan rasmi untuk sokongan interpersonal serta kepada pakar perubatan apabila memerlukan penjagaan kesihatan mental mahupun penjagaan diri.

Apa yang diperkatakan oleh Parker, Everly, Barnett, dan Links (2006) adalah seiring dengan Everly, Lating (2017) menjelaskan PFA sebagai kehadiran sokongan seseorang yang penyayang untuk membantu menstabilkan kesusahan yang teruk melalui penjagaan yang berterusan. PFA telah wujud 100 tahun terdahulu dalam melaksanakan intervensi krisis psikologi. Matlamat PFA adalah i. memenuhi keperluan asas; ii. menstabilkan reaksi psikologi atau tingkahlaku; iii. mengurangkan tekanan yang teruk, memulihkan kefungsian diri dan membuat penyesuaian diri berdasarkan daya tahan; iv. memupuk semangat untuk menghadapi peristiwa yang berlaku dengan menggunakan daya tahan dan v. Memudahkan lain-lain sokongan berterusan untuk membantu klien yang mengalami krisis.

Berdasarkan matlamat PFA model maka intervensi kaunseling krisis sememangnya berkait antara satu dengan

lain. Ini dapat dilihat kepada singkatan Model RAPID yang dibangunkan oleh Everly, Lating (2017) merupakan pengkaji selanjutnya kepada iaitu R menunjukkan kepada Rapport iaitu mewujudkan hubungan interpersonal yang baik untuk membantu klien krisis melalui mendengar dengan reflektif dan berkesan. A pula mewakili Asessment iaitu menilai setiap apa yang diperkata oleh klien bukan menggunakan alat ujian malah menggunakan kemahiran mendengar apa yang diceritakan atau diluahkan kesusahan yang dialami. P adalah Prioritization dalam menentukan keperluan intervensi yang memerlukan tindakan segera perlu diutamakan untuk membantu saringan psikologi. I pula mewakili interventation yang mana setelah mendengar luahan klien maka usaha untuk menstabilkan mengurangkan tekanan melalui intervensi krisis yang bersesuaian dan yang terakhir D iaitu Disposition iaitu membawa klien apa yang seharusnya dilakukan untuk mengatasi masalah yang dialami ataupun perlu merujuk kepada pihak lain untuk membantu tindakan selanjutnya.

Di dalam PFA terdapat dua asas konseptual dan praktikal iaitu bantuan krisis psikologi dan bantuan pertolongan

cemas. Menurut Rapport (1970) bantuan lebih diberi tumpuan kepada emosi dalam masa yang strategik adalah lebih berkesan dalam membantu klien krisis. Ini terbukti kajian Lindermann's (1944) menyatakan proses kesedihan selepas kebakaran bencana memberi sumbangan penting kepada masyarakat dalam pemulihan psikologi yang disebut sebagai 'kerja kesedihan' yang ditakrifkan sebagai pembebasan dan penghambaan si mati Linderman (1944 page 190). Kesan krisis kepada manusia dapat dilihat dengan ketara apabila berlaku apa-apa bencana. Oleh itu, Caplan 1964 kemudian bersama Lindermann (1944) menekankan intervensi krisis kepada masyarakat selepas kejadian metopolitan bonston.

Berdasarkan American Psychiatric Association (1954) melalui monograf telah mengariskan PFA bukan sahaja

doktor kesihatan mental perlu dilatih malah semua pekerja bencana kerana menurut Raphael (1986) menyatakan dalam jam pertama sekurang-kurangnya 25% masyarakat akan terkejut, bingung, bersikap tidak peduli, berkeliaran dan pada ketika ini perlu saringan psikologi. Oleh itu, pengkaji menggunakan model RAPID PFA yang bangunkan oleh Everly, Lating (2017) sebagai model kecekapan mengendalikan krisis dan digabungkan dengan teori kaunseling untuk melihat keberkesanan kecekapan kaunselor dalam mengendalikan kaunseling krisis iaitu menggunakan terapi kognitif tingkahlaku (CBT).

George S. Everly, Jr., merupakan peneraju kaedah Johns Hopkins RAPID, dan Jeffrey M. Lating, merupakan

rakan penulis dalam pelaksanaannya kaedah ini. Prinsip-prinsip dan amalan-amalan yang menyokong model psikologi ini mudah untuk diikuti dan sangkat praktikal. Mereka menjelaskan sejarah PFA membuktikan kaedah yang boleh digunapakai bukan sahaja untuk pengamal kesihatan mental malah untuk kesihatan umum seperti insiden kritikal bertujuan untuk membina daya tahan masyarakat. PFA, direka untuk mengurangkan kesan-kesan tekanan dan trauma serta membantu mereka dalam krisis untuk menangani secara berkesan walaupun dalam situasi yang sukar. PFA direka untuk digunakan dalam keadaan kecemasan, termasuk bencana dan serangan pengganas.

Bagi memastikan pelaksanaan PFA dengan cekap maka Everly, Lating (2017) menyediakan pendekatan langkah

demi langkah termasuk suatu ringkasan perkara penting untuk menekankan elemen-elemen penting setiap fasa model RAPID. Oleh itu, Everly, Lating (2017) menyatakan PFA mempunyai dua konseptual secara praktikal iaitu psikologi intervensi krisis dan pertolongan cemas secara fizikal. Ini kerana mengikut pengkaji terdahulu seperti Rapport (1962) menyatakan bantuan perlu diberikan kepada mangsa bencana pada masa yang strategik iaitu dalam tempoh ketidakseimbangan emosi. Ini kerana menurut Swanson dan Carbon (1989) melalui penulisannya dalam American Psychiatric Association Task Forse Report on The Treatment of Psychiatric Disorders menyatakan intervensi krisis merupakan satu pendekatan yang terbukti untuk membantu kesakitan krisis emosi mangsa bencana. Begitu juga dengan pandangan Lindemann (1944) menyatakan intervensi krisis psikologi merupakan kaedah penting dalam mengurangkan kesedihan selepas bencana kebakaran.

Page 9: KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR · PDF file95 KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA 1Norazura Ahmad, 2Norhayati Mohd Noor & 3Salleh

103

Selain pengalaman kaunseling mereka di Kuwait selepas Perang Teluk dan di New York City selepas serangan 11

September 2001, Everly &Lating (2017) telah mengembara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk mengajar kaedah RAPID PFA dalam pelbagai kesihatan awam, bomba, polis, tentera, dan mana-mana agensi yang berkaitan untuk memberi manfaat kepada mereka dengan latihan kesihatan mental kerana RAPID PFA satu alat yang penting bagi seseorang yang mahu belajar, mengamalkan, atau untuk mengekalkan keupayaan mereka untuk menggunakan pertolongan cemas psikologi yang berkesan.

Wooding & Raphael (2010) menerangkan PFA memberi pemahaman yang jelas berkaitan dalam konteks bencana mengikut kompetensi yang diperlukan iaitu memahami situasi bencana yang berlaku, mempunyai keupayaan untuk kekal tenang dan fokus sekiranya berlaku bencana, kemahiran mendengar yang baik, kemahiran komunikasi yang berkesan, sentiasa bersiapsiaga untuk membantu orang lain, memiliki sikap keterbukaan, kemahiran menyelesaikan masalah, mempunyai pengetahuan dalam memberi bantuan, kawalan diri yang jitu untuk memberi bantuan kepada klien. Elemen yang dimasukkan dalam PFA akan dilihat untuk pengkaji meneroka dengan lebih lanjut berkaitan dengan kecekapan kaunselor kerana selari dengan pendapat Everly &Lating (2017) yang melihat intervensi perlu dibantu dari aspek psikologi dan fizikal berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kaunseling.

Georges. Everly JR and Jeffrey M. Lating (2017) melalui Cognitive Behavioral Therapy (CBT) menjadikan asas

dalam mengendalikan intervensi. Ini kerana menurut beliau CBT sangat berkesan sepanjang beliau mengendalikan intervensi krisis. CBT yang diasaskan oleh Aaron Beck (1976) atau lebih dikenali sebagai Beck (1976) yang menjelaskan teori CBT memberi fokus kepada pemikiran yang negatif sama ada hasil daripada kepercayaan dan juga sangkaan. Melalui teknik relaksasi, pendedahan kawalan (controlled Exposure) terhadap isu dan latihan asetif untuk mencapai hasil yang diinginkan iaitu suatu perubahan yang lama. Teori CBT sangat sesuai dalam mengendalikan krisis bencana menurut Georges. Everly JR and Jeffrey M. Lating (2017) akan menghasilkan perubahan yang cepat dan tahan lama serta mengutamakan pemikiran yang perlu diubah walau situasi tidak berubah. Selain itu, menurut mereka lagi terapi ini digunakan kaedah yang berstruktur dan sesuai digunakan di luar persekitaran kaunseling iaitu berdasarkan lokasi klien yang mengalami krisis.

Menurut mereka lagi, klien akan diberi bantuan untuk belajar dan bagimana berfikir di luar kotak untuk

menyelesaikan masalah dirinya. Klien juga dapat belajar mengekalkan ketenangan apabila berhadapan dengan situasi tekanan atau sebaliknya kerana kaunselor akan membawa klien bertanya pada diri sendiri dan memberi fokus kepada matlamat yang ditetapkan. Dalam masa penetapan matlamat ini klien akan menyingkirkan perkara yang tidak diingini dan mengganggu klien. Kaunselor akan menggunakan persoalan bagaimana dan mengapa dalam membentuk pemikiran dan tingkahlaku baru berdasarkan fakta bukan menggunakan andaian. Sesi dijalankan agak lama kerana diajar didalam sesi dan dilakukan di luar sesi dan akan dibingcang semula dalam sesi akan datang. Oleh itu, CBT memberi fokus kepada masa kini bagi mengenali kejadian yang menimbulkan ketidakseimbangan diri sama ada dari segi pemikiran yang tidak rasional dan mengubah pemikiran, sikap, cara serta idea dengan menghasilkan tingkahlaku yang diinginkan. Oleh sebab itu, kaunselor perlu mengenalpasti perlakuan masa lampau untuk memudahkan proses intervensi dijalankan (Beck, 1976).

Oleh itu, Everly & Lating (2017) menggabungkan model RAPID dan Cognitive Behavioral Therapy (CBT) dalam

melaksanakan intervensi kepada klien krisis bencana. Ini kerana Model John Hopkins RAPID Psychological First Aid mempunyai 5 peringkat dalam memastikan keberkesanan intervensi iaitu R-Rapport, A-Assesment, P-Prioritization, I-Interventation dan D-Disposition manakala dalam CBT menekankan kepada rasa keberkesanan dalam diri (Self enfficacy) dan kecekapan kendiri (Personal Competence) iaitu dari segi prestasi pencapaian, pengalaman diri dengan orang lain, komunikasi dan emosi yang dialami. Albert Bandura (1997) menyatakan faktor utama yang memainkan perana penting dalam menghadapi situasi tekanan adalah ketidakcekapan individu menangani dan mengawalnya seiring dengan pendapat Nystul, (1999) yang menjelaskan bagimana cara melihat, mentafsir kepada peristiwa atau situasi tertentu dan memberikan makna secara langsung kepada emosi dan tingkahlaku seseorang. Pegangan ini selaras dengan Beck (1976) dan Meichenbaum (1985) menjelaskan CBT menekankan bantuan untuk membantu pemikiran yang tidak realistik dan mengubahsuai tingkahlaku yang tidak berkesan kepada tingkahlaku yang baik dan berfungsi Weiten, (2013), Ellis (1999).

KESIMPULAN Bowman & Roysircar, (2011) pula menyatakan situasi krisis bencana alam, memerlukan bantuan di peringkat serantau dan antarabangsa yang berkaitan dengan trauma ekoran bencana atau malapetaka yang menimpa. Kaunselor mempunyai peranan dalam usaha membantu mangsa bencana kerana mereka memiliki nilai-nilai dan latihan khusus, terutamanya pengalaman bekerja dalam membantu klien yang hadir dari pelbagai persekitaran dan latar belakang. Tanpa kemahiran yang khusus bermakna kaunselor sukar untuk membantu klien yang mengalami ketidakseimbangan emosi, kognitif dan tingkahlaku.

Page 10: KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR · PDF file95 KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA 1Norazura Ahmad, 2Norhayati Mohd Noor & 3Salleh

104

Dengan kata lain dalam keadaan krisis, individu yang menguruskan krisis dapat menyediakan kestabilan, jaminan, keyakinan, dan mempunyai kawalan kendiri yang baik agar klien dapat kembali seperti sediakala (Lussier & Achua, 2004).Sudah pasti tanpa kemahiran yang dimiliki oleh kaunselor mahupun individu yang membantu sukar untuk membantu klien. Oleh itu Wiger & Harowski (2003) menekankan bahawa petugas krisis mempunyai tanggungjawab khusus dari segi rawatan atau intervensi mestilah dikendalikan dalam lingkungan latihan yang diperolehi dan pada masa yang sesuai semasa situasi krisis. Kecekapan kaunselor dalam menentukan bentuk intervensi yang bersesuaian amat penting dalam mengembalikan kestabilan klien yang mengalami trauma.

RUJUKAN

Alexander, D. (2013). Planning for post-disaster reconstruction. http://www.grif.umontreal.ca/ pages/papers2004/Paper%20-%20Alexander%20D. pdf (last accessed on 26 October 2016).

American Psychological Association (APA) (2008). Disaster Response Network Member Guidelines. APA Online. http://www.apa.org/practice/drnguide.html

Appelbaum, S., Keller, S., Alvarez, H., & Bedard, C.(2012). Organizational crisis: Lessons from Lehman Brothers and Paulson & Company. International Journal of Commerce and Management, 22(4), 286-305. doi:10.1108/10569211211284494

Arahan 20, Majlis Keselamatan Negara (2003). Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri Tandatangan Najib Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Merangkap Pengarah Gerakan Negara 30 Mac 2011 16.7028.19.1.43

Astro Awani. 2014.(26 Disember). Terdapat Kelemahan dalam Pengurusan Bantuan-Mustafa Mohamed. Diakses pada 15

Jun 2016 daripada http://www. astroawani.com/berita-malaysia/terdapat-kelemahan-dalam-pengurusan-bantuanmustapa-mohamed-50935

Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: Freeman.

Beck, A. T. (1976). Cognitive therapy and the emotional disorders. New York, NY: International Universities Press.

Beck, A. T. (1991). Cognitive therapy: A 30-years retrospective. American Psychologist, 46,368-337.

Bellak, & Small, L., (1965). Emergency Psychotherapy and Brief Psycho- therapy, Grune Stratton, New York.

Boin, A., & Lagadec, P. (2000). Preparing for the future: Critical challenges in crisis management. Journal of Contingencies and Crisis Management, 8(4), 185-191. doi:10.1111/1468-5973.00138

Bowman, S. L., & Roysicar, G., (2011). “Training and practice in trauma, catastrophes and disaster”, The Counseling Psychologist, Vol 38, 1160-1181

Butcher, J.N. & Koss, M.P., (1978). Research on Brief and Crisis Oriented Therapies)), In S.L. Garfield & A.E. Bergin (Eds.), Handbook Of Psycho- Therapy And Behavior Change, (2nd Ed.), John Wiley, New York.

Butcherj, N. & Maudal, G.R., (1976). Crisis Interventionn, In I.B. Weiner (Ed.), Clinical Methods in Psychology, John Wiley & Sons, New York.

Caplan (1974). Theory and Practice of Crisis Intervention Support Systems and Community Mental Health: Lectures on concept development, Behavioral Publications, New Y ork

Caplan, G. (1964). Principles of preventative psychiatry. New York: Basic Books.

Chan Ngai Weng (2011). Addressing Flood Hazards via Environmental Humanities in Malaysia. Malaysian Journal of Environmental Management 12(2) (2011): 11-22.

Charles V. Maida. (2012). Crisis Preparedness. ProQuest LLC.

Corey, G., Haynes, R., & Moulton, P., & Muratori, M. (2010). Clinical supervision in the helping professions (2nd ed.). Alexandria, VA: American Counseling Association.

Page 11: KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR · PDF file95 KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA 1Norazura Ahmad, 2Norhayati Mohd Noor & 3Salleh

105

Donata Christiane Nilsen (2013). Building & Enhancing Interorganizational Relationships for Disaster Preparedness and Response Capacity: A Study of Community-based Organizations Serving Vulnerable Populations; a Focus on the Homeless. UMI 3561193 Published by ProQuest LLC.

Dupré, M. A. (2011). Crisis supervision: Promoting counselor resilience. Virginia

Dupré, M. A. (2011c). [Crisis supervision: A focus group]. Unpublished raw data.

Echterling, L. G., Presbury, J. H., & McKee, J. (2005). Crisis intervention: Promoting ed.), London: Routledge/Falmer.

Ellis, A (1999). Why Rational-emotive therapy to rational emotive behavioral therapy? Psychotherapy, 36,154-159. Http://dx.doi.org/10.1037/h0087680.

Elizabeth A. Keller (2011). The Effectiveness of A Personalized School-Wide Crisis And Trauma Management Training Program On Sense Of Preparedness For School Counselors-In-Training. ProQuest LLC

Everstine DS, Everstine L (2006). People in crisis: Strategic therapeutic interventions. New York: Brunner/Mazel.

Ewing, C.P., (1978). Crisis Intervention as Psychotherapy, Oxford University Press, New York.

Farisah Ibrahim (2016). Strategi Penambahbaikan Pengurusan Bencana Banjir Besar di Kelantan. Universiti Teknologi Malaysia

France, K., (1982). Crisis Zntervention, Charles C. Thomas, Springfield, 111.Francisco, CA: Jossey-Bass.

Georges. Everly JR and Jeffrey M. Lating (2017). The John Hopkins Guide to Psychological First Aid. Johns Hopkins University Press.

Jacobsen, C.F., Strickler, M. & Morley, W. (1968). Generic and Indivi- Dual Approaches to Crisis Intervention, American Journal of Public Health 58 (1), PP. 338-343

Kanel, K. (2007). A guide to crisis intervention (3rd ed.). Belmont, CA: Thomson Brooks/Cole.

Khalid, Mohamad Sukeri, Anuar, Abdul Rahim, Mohd Jalil, Mohd Razani (2010).Sistem pengurusan bencana di malaysia: kajian kes banjir. In: International Seminar on Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau.

Kovoor-Misra, S., Clair, J., & Bettenhausen, K. (2001). Clarifying the attributes of organizational crisis. Technological Forecasting and Social Change, 67(1), 77-91. doi:10.1016/S0040-1625(99)00081-5

Langsley, D.G. & Kaplan, D.M. (1968). The treatment of families in crisis, Grune & Stratton, New York.

Lariah M. Sidek, Kaoru Takara, Nor Azazi Zakaria, Aminuddin A. Ghani & Rozi Abdullah. (2004). An assessment of storm water management practices using MSMA Manual in Malaysia. 1 st International Conferences on Managing Rivers in the 21st Century: Issues & Challenges.

Lauri Paltemaa (2011). The Maoist Urban State and Crisis: Comparing Disaster Management in the Great Tianjin Flood in 1963 and the Great Leap Forward Famine. Http://www.jstor.org/stable/41262804

Lazarus, R.S., (1968). (Emotions and adaptation: conceptual and empirical relations), in W.J. ARNOLD (ed.), Nebraska Symposium on Motivation 1968, University of Nebraska Press, Lincoln, Nebraska.

Lindemann (1944). Symptomatology and Management of Acute Grief. American Journal of Psychiatry 101, pp. 141 -

148. Lussier, R. N., & Achua, C.E. (2004). Leadership: Theory, application, skill development. Mason, OH: South-Western

Cengage Learning. Manktelow.

Litz, B. T. 2008). Early intervention for trauma: Where are we and where do we need to go? A commentary. Journal of Traumatic Stress, 21(6), 503-506. doi: 10.1002/jts.20373

Page 12: KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR · PDF file95 KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA 1Norazura Ahmad, 2Norhayati Mohd Noor & 3Salleh

106

Manual Saliran Mesra Alam Pengurusan Malaysia (MSMA) (2011).First Printing December 2011 Urban Stormwater Management Manual for Malaysia by Department of Irrigation and Drainage (DID) Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia All rights reserved. No part of this manual may be reproduced, in any form or by any means, without permission in writing from the publisher. ISBN 978-983-9304-24-4, Kali Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 05 Julai 2013 13:48

McAdams, C. R. III., & Keener, H. J. (2008). Preparation, action, recovery: A conceptual framework for counselor preparation and response in client crises. Journal of Counseling and Development, 86(4), 388-398.

McConnell, A., & Drennan, L. (2006). Mission impossible?:Planning and preparing for crisis. Journal of Contingencies and Crisis Management, 14(2), 59-70. doi:10.1111/j.14685973.2006.00482.x

Meichenbaum (1985). Stress Inncoulating Trainning. New York. NY. Pergamo

Merriam, S. B. (2012). Qualitative research and case study in practice. San Francisco.

Mitome, Y., Speers, K. D., & Swift, B. (2001). Embracing disaster with contingency planning. Risk Management, 48(5), 18-27. Retrieved from www.palgrave journals.com/rm/index.htm

National Institute of Mental Health. (2002). Mental health and mass violence: Evidenced based early psychological intervention for victims/survivors of mass violence. A workshop to reach consensus on best practices. Washington, DC: Government Printing Office

Modul Pengurusan Kes Intervensi Krisis Bahagian Kaunseling dan Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2013). Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Nash, W. P. M. D., & Watson, P. J. P. 2012. Review of VA/DOD Clinical Practice Guideline on management of acute stress and interventions to prevent posttraumatic stress disorder. Journal of Rehabilitation Research and Development, 49(5), 637-648

Nystul, M, S (1999). Introduction to Counseling: And Art and Science Perspective. Boston, MA: Allyn and Bacon.

Omar Osman. (2015). Resolusi Persidangan Pengurusan Bencana Banjir Kelantan 2015. Diakses daripada https://cgss.usm.my/images/Resolusi_BM_PDF.pdf.

Parker, C., Everly, Jr., G., Barnett, D., & Links, J. (2006). Establishing evidence-informed core intervention competencies in psychological first aid for public health personnel. International journal of Emergency Mental Health, 8(2), 83-92.

Pearlman, L. A., & Saakvitne, K. W. (1995). Trauma and the therapist: Countertransference and vicarious traumatization in psychotherapy with incest survivors. New York, NY: W.W. Norton.perspectives (6th ed.). New York, NY: Taylor & Francis Positive growth: Positive changes in the aftermath of crisis. Mahwah, NJ: Practices.Pearson Prentice Hall.

Plan Tindakan Menghadapi Bencana (Banjir) (2005). Cawangan Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia Urusetia Operasi Pengurusan Bencana Kementerian Kesihatan Malaysia Tarikh: November 2005

Priscilla Dass-Brailsford & Rebecca S. Hage Thomley (2015). Using Walk- In Counseling Services After Hurricane Katrina: A Program Evaluation, Journal of Aggression,Maltreatment &Trauma,24:4,419-432, OI:10.1080/10926771.2015.1022287 To link to this article: http://dx.doi.org/10.1080/10926771.2015.1022287 Published online: 04 Jun 2015. Submit your article to this journal Article views: 239 View related articles View Crossmark data Full

Raphael, B (1986). When Disaster Strikes – How Individuals and Communities Cope with Catastrophe, Basic Books, New York, USA.

Rapoport(1970). Crisis Intervention as a mode of brief treatment in R.W. ROBERTS & R.H. NEE (eds.), Theories of Social Casework, The University of Chica- go Press, Chicago.resilience and resolution in troubled times. Upper Saddle River, NJ: Merrill/Prentice Hall.

Page 13: KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR · PDF file95 KAUNSELING KRISIS: KECEKAPAN KAUNSELOR DALAM MENGENDALIKAN KRISIS BENCANA DI MALAYSIA 1Norazura Ahmad, 2Norhayati Mohd Noor & 3Salleh

107

RapoporT, L., (1962). The state of crisis: some theoretical considerationsn, Social Service Review 36 (2), pp. 21 1-217., 1967, ((Crisis-oriented short-term casework)), Social Service Review 41 (l), PP. 31-43.

Roberts, A. R.(2005). Crisis intervention handbook: Assessment, treatment, and research (3rd ed.). New York, NY: Oxford University Press.

Sameerah Sue Davenport (2015). The Efficacy of A Crisis Intervention And Resilience Building Training Program For Counselors-In-Training. ProQuest LLC

See Cheng Mei, Othman Mohamed, Suradi Salim, Md. Shuaib Che Din, Fatimah Yusof (2009). Pendekatan Kaunseling. Lembaga Kaunselor Malaysia Kual Lumpur.

Sifneos, P.E., (1972). A concept of emotional crisis. Mental Hygiene 44 (2), PP. 169-179

Sinar Online. (2005, 24 Mac). SOP Pengurusan Bencana Negara Diperkemas. Sinar Online. Diakses pada 23 Mac 2016 daripada http://www.sinarharian.com. my/nasional/sop-pengurusan-bencana-negara-diperkemas-1.372465

Slaikeu, K. A. (1990). Crisis intervention: A handbook for practice and research (2nd ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Small, L., (1972). Crisis Therapy: Theory and Method. In G.D. Goldman & D.S. Milman (eds.), Innovations in Psychotherapy, Charles C. Thomas, Springfield, 111.

Swanson, W.C. & Carbon, J.B. (1989). Crisis Interventation: Theory and Technique, (Task Force Report of The American Psychiatric Association). Treatment of psychiatric.

Tedeschi, R. G., Park, C. L. & Calhoun, L. G. (Eds.). (1998). Posttraumatic growth.

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Hamidi Ismail (2011). Land Use Changes Analysis for Kelantan Basin Using Spatial Matrix Technique “Patch Analyst” in Relation to Flood Disaster. Journal of Techno-Social | ISSN 2229-8940 | Vol. 3 No. 1 Universiti Utara Malaysia.

Weiten, W. (2013). Psychology: Themes and variations (9th ed). Belmot, CA: Wardsworth Cengage Learning.

Wiger, D. E., & Harowski, K. J. (2003). Essentials of crisis counseling and intervention. Hoboken, New Jersey: John Wiley & Sons.

Wooding, S & Raphael, B (2010). Psychological First Aid – Level 1 Intervention Following Mass Disaster, University of Western Sydney, Australia.

Yin, K. R. (2014). Case study research design and methods five edition. Sage Publications International Educational and Professional Publisher. Thausand Oaks, CA