kata penguat

2
KATA PENGUAT Kata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu kata adjektif. Kata penguat ini boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat. Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:- Perhatikan penerangan di bawah ini. Jenis Penggunaan dan Contoh Ayat Contoh Kata penguat hadapan Digunakan di hadapan kata adjektif dalam ayat. Contoh: agak, paling dan terlalu 1. Fikirannya agak buntu apabila memikirkan masalah yang dihadapinya itu. 2. Rumah banglo itu terlalu besar baginya. Kata penguat belakang Digunakan di belakang kata adjektif dalam ayat. Contoh: benar, betul, nian dan sekali 1. Petah nian pelajar itu berpidato. 2. Sukar sekali baginya untuk memahami pelajaran yang diajar oleh gurunya itu. Kata penguat bebas Boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat. Contoh: amat, sangat dan sungguh 1.a) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu sangat panjang. b) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu panjang sangat. 2.a) Potongan badan peragawati itu sungguh menarik. b) Potongan badan peragawati itu manarik sungguh. Dalam penulisan atau binaan ayat, kata penguat hadapan atau kata penguat belakang, kedudukannya tidak boleh diubah. Contoh: 1.a) Bunyi letupan meriam itu benar kuat. (X) b) Bunyi letupan meriam itu kuat benar. (√) 2.a) Baju yang dipakai oleh adik Salim itu besar terlalu. (X) © Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu 1 1. Kata penguat hadapan 2. Kata penguat belakang

Upload: sazmani

Post on 14-Jun-2015

5.893 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

KATA PENGUAT

Kata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu kata adjektif. Kata penguat ini boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat.

Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:-

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Jenis Penggunaan dan Contoh Ayat Contoh

Kata penguat hadapan

Digunakan di hadapan kata adjektif dalam ayat.Contoh: agak, paling dan terlalu

1. Fikirannya agak buntu apabila memikirkan masalah yang dihadapinya itu.2. Rumah banglo itu terlalu besar baginya.

Kata penguat belakang

Digunakan di belakang kata adjektif dalam ayat.Contoh: benar, betul, nian dan sekali

1. Petah nian pelajar itu berpidato.2. Sukar sekali baginya untuk memahami pelajaran yang diajar oleh gurunya itu.

Kata penguat bebas

Boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat.Contoh: amat, sangat dan sungguh

1.a) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu sangat panjang. b) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu panjang sangat.2.a) Potongan badan peragawati itu sungguh menarik. b) Potongan badan peragawati itu manarik sungguh.

Dalam penulisan atau binaan ayat, kata penguat hadapan atau kata penguat belakang, kedudukannya tidak boleh diubah.

Contoh:1.a) Bunyi letupan meriam itu benar kuat. (X) b) Bunyi letupan meriam itu kuat benar. (√)2.a) Baju yang dipakai oleh adik Salim itu besar terlalu. (X) b) Baju yang dipakai oleh adik Salim itu terlalu besar. (√)

Dalam penulisan atau binaan ayat, kata adjektif hanya boleh menerima satu kata penguat sahaja. Contoh:

a) Jalan raya itu terlalu licin sekali terutama selepas hari hujan. (X) b) Jalan raya itu terlalu licin terutama selepas hari hujan. (√) c) Jalan raya itu licin sekali terutama selepas hari hujan. (√)

Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata penguat seperti yang berikut:-

1. Kesalahan menggunakan kata penguat kepada kata adjektif yang telah sedia berimbuhan ter. Contoh:

a) Aliah mendapat markah penulisan yang tertinggi sekali di dalam kelasnya. (X) b) Aliah mendapat markah penulisan yang tertinggi di dalam kelasnya. (√)

2. Kesalahan menggunakan dua kata penguat sekali gus bagi kata adjektif dalam ayat. Contoh:

a) Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan betul daripada orang

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu1

1. Kata penguat hadapan2. Kata penguat belakang3. Kata penguat bebas

ramai. (X) b) Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada orang ramai. (√) c) Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang menggalakkan betul daripada orang ramai. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu2