kata alu

5
JEMPUTAN Bissmillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, Majllis Hari Anugerah Cemerlang yang ke- ______________ dapat diadakan. Syabas dan tahniah kepada anak-anak pelajar yang telah berjaya. Semoga kejayaan pelajar-pelajar pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada pelajar- pelajar yang lain. Sesungguhnya, usaha mencari ilmu memerlukan banyak kesabaran dan kesungguhan. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan yang mendatang. Anggaplah cabaran yang melanda kita umpama proses kejadian berlian di perut bumi. Semakin banyak proses alam dilalui, semakin bernilai harga berlian itu. Begitulah kita, semakin banyak dugaan dan ujian yang ditempuh dalam proses pencarian ilmu, semakin bernilailah ilmu yang diperoleh. Nescaya, keindahan cahaya kegemilangan pasti akan menerangi kehidupan setiap insan yang tidak jemu-jemu meneroka dunia ilmu. Akhir kata, saya berharap anak-anak pelajar akan terus mengorak langkah bagi menyemarakkan budaya ilmu dan seterusnya memartabatkan institusi pendidikan dalam usaha melahirkan generasi yang berwawasan. Semoga anak-anak pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah akan terus menerajui kecemerlangan.

Upload: faizal

Post on 29-Sep-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fddd

TRANSCRIPT

JEMPUTAN

BissmillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, Majllis Hari Anugerah Cemerlang yang ke- ______________ dapat diadakan. Syabas dan tahniah kepada anak-anak pelajar yang telah berjaya. Semoga kejayaan pelajar-pelajar pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain.Sesungguhnya, usaha mencari ilmu memerlukan banyak kesabaran dan kesungguhan. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan yang mendatang. Anggaplah cabaran yang melanda kita umpama proses kejadian berlian di perut bumi. Semakin banyak proses alam dilalui, semakin bernilai harga berlian itu. Begitulah kita, semakin banyak dugaan dan ujian yang ditempuh dalam proses pencarian ilmu, semakin bernilailah ilmu yang diperoleh. Nescaya, keindahan cahaya kegemilangan pasti akan menerangi kehidupan setiap insan yang tidak jemu-jemu meneroka dunia ilmu.Akhir kata, saya berharap anak-anak pelajar akan terus mengorak langkah bagi menyemarakkan budaya ilmu dan seterusnya memartabatkan institusi pendidikan dalam usaha melahirkan generasi yang berwawasan. Semoga anak-anak pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah akan terus menerajui kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

YDP

Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan taufik dan hidayah-Nya saya diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata untuk diabadikan dalam__________________sempena meraikan kecemerlangan yang dicapai.Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para pelajar kerana berkat kegigihan dan pengorbanan mereka selama ini telah membuahkan hasil yang membanggakan. Hari ini ialah hari yang sangat bererti dan mencatatkan satu memori indah kepada para pelajar dan waris mereka kerana kejayaan yang diperoleh telah mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada pihak sekolah. Sesungguhnya kejayaan ini diharapkan menjadi pemangkin yang akan membantu anak-anak sekalian mencapai kejayaan yang lebih besar dan bermakna pada masa hadapan.Dengan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), pastinya kita perlu lebih berusaha dan bekerja keras untuk menggandakan kejayaan yang telah ditempa. Oleh itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) KISAS akan sentiasa bekerjasama dan berganding bahu dalam menggerakkan usaha kearah kecemerlangan sekolah. Pihak PIBG juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengetua, barisan pentadbir dan guru-guru yang mendidik anak-anak kami sehingga berjaya. Semoga dengan musyawarah, kesepakatan dan semangat ukhuwah yang terjalin lebih menyemarakkan kecemerlangan KISAS.Akhir kata, saya dan ahli jawatankuasa PIBG sekolah ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga KISAS kerana berjaya menganjurkan _______________________________________

Tuan Pengetua

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS ) sekali lagi berjaya mengadakan ________________ke- _____________pada tahun ini.Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah. Saya percaya majlis ini bukan sekadar majlis tahunan, bahkan sebagai majlis meraikan kejayaan para pelajar, komitmen dan iltizam guru-guru serta ibu bapa dalam memastikan kejayaan yang berterusan. Tentunya kejayaan yang dicapai oleh anak-anak pelajar dalam peperiksaan SPM dan STAM serta diraikan dalam majlis seumpama ini menjadi memori yang sangat bermakna dan menjadi pembakar semangat untuk menempa kejayaan yang lebih cemerlang. Oleh itu, saya berharap agar anak-anak pelajar yang dikasihi menjadi kejayaan hari ini sebagai pentas awal dalam melakar kejayaan yang lebih membanggakan.Sesungguhnya sekolah telah diamanatkan untuk melahirkan dan membangunkan insan yang cemerlang dengan displin ilmu yang tinggi dan sifat-sifat yang terpuji. Sejajar dengan itu, warga sekolah perlu terus sentiasa bersiap siaga dan berswadaya tinggi dalam mendepani arus pendidikan arus pendidikan yang semakin mencabar. Selain, usaha barisan pendidik yang tidak mengenal putus asa dalam menggilap potensi anak didiknya, anak-anak pelajar pula haruslah memanfatkan peluang dan ruang yang terbentang lulas dengan mencipta kecemerlangan yang seterusnya berupaya menjadi generasi pewaris yang berkualiti.Akhir kata, sekali lagi ucapan tahniah saya ucapkan kepada penerima-penerima anugerah yang diraikan. Jutaan terima kasih kepada warga KISAS terutamanya guru-guru, ibu bapa dan para pelajar yang telah berpadu usaha dalam menjayakan agenda kecemerlangan Kolej Islam Sultan Alam Shah.