karnival sains 2012

17
FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 Festival ini akan diadakan pada jam 8.00 pagi (pendaftaran) di 2 lokasi iaitu di : a. SMK TAMAN UNIVERSITI (28 April 2012) - Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket - Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah - Pertandingan “Solar Car Race” - Pertandingan “Solar Boat Race” - Pertandingan “Portable Cooking With Nature” - Pertandingan Pembentangan Topik Sains dan Teknologi (Kumpulan / Individu) b. SK (P) Sultan Ibrahim (28 April 2012) - Pertandingan Saintis Muda Sekolah Rendah - Pertandingan Bercerita Sains (Tahap 1 - tahun3 shj) Bahasa Inggeris - Pertandingan Eureka Reee Beach House Oleh itu, pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam festival ini diminta berada di lokasi yang betul selewat-lewatnya 30 minit sebelum pertandingan-pertandingan dimulakan untuk sesi pendaftaran. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja untuk pertandingan yang akan mereka sertai. Pastikan umur peserta dan bilangan peserta mematuhi syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan. Setiap peserta mestilah memakai pakaian uniform lengkap sekolah. Untuk makluman semua sekolah, Pertandingan Amali Sains akan diadakan untuk kategori Menengah Rendah sahaja. Oleh itu, sekolah-sekolah yang telah memilih Pertandingan Amali Sains Menengah Atas akan dimasukkan ke dalam kategori Pertandingan Amali Sains Menengah Rendah. 1

Upload: michelle-chin

Post on 12-Aug-2015

70 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Karnival Sains 2012

TRANSCRIPT

Page 1: Karnival Sains 2012

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012

Festival ini akan diadakan pada jam 8.00 pagi (pendaftaran) di 2 lokasi iaitu di :

a. SMK TAMAN UNIVERSITI (28 April 2012)- Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket- Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah- Pertandingan “Solar Car Race”- Pertandingan “Solar Boat Race”- Pertandingan “Portable Cooking With Nature”- Pertandingan Pembentangan Topik Sains dan Teknologi (Kumpulan / Individu)

b. SK (P) Sultan Ibrahim (28 April 2012)- Pertandingan Saintis Muda Sekolah Rendah- Pertandingan Bercerita Sains (Tahap 1 - tahun3 shj) Bahasa Inggeris- Pertandingan Eureka Reee Beach House

Oleh itu, pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam festival ini diminta berada di lokasi yang betul selewat-lewatnya 30 minit sebelum pertandingan-pertandingan dimulakan untuk sesi pendaftaran.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja untuk pertandingan yang akan mereka sertai. Pastikan umur peserta dan bilangan peserta mematuhi syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan. Setiap peserta mestilah memakai pakaian uniform lengkap sekolah. Untuk makluman semua sekolah, Pertandingan Amali Sains akan diadakan untuk kategori Menengah Rendah sahaja. Oleh itu, sekolah-sekolah yang telah memilih Pertandingan Amali Sains Menengah Atas akan dimasukkan ke dalam kategori Pertandingan Amali Sains Menengah Rendah.

Terdapat beberapa perubahan dalam peraturan bagi beberapa pertandingan. Oleh itu, semua sekolah dikehendaki memastikan peraturan baru dipatuhi.

Borang pendaftaran ada di laman web berikut : http://ppdjb.edu.my/jbdat/fst/index.php. Pihak sekolah dikehendaki mengisi borang-borang tersebut mengikut pertandingan yang akan disertai dan memastikan borang-borang tersebut disahkan oleh pihak Pengetua / Guru Besar sekolah masing-masing. Mohon kerjasama pihak sekolah menguruskan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk menjalankan aktiviti diluar kawasan sekolah. Guru pengiring diminta memastikan keselamatan pelajar semasa dan selepas aktiviti dijalankan.

Kerjasama dari semua pihak dipohon untuk menjayakan festival ini dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor Bahru 2012 mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan majlis ini.

1

Page 2: Karnival Sains 2012

PERUBAHAN DALAM PERATURAN PERTANDINGAN

Berikut adalah beberapa perubahan yang perlu dilakukan dalam pertandingan-pertandingan berikut. Peraturan-peraturan lain tidak mengalami sebarang perubahan dan masih mengikut syarat dan peraturan peringkat kebangsaan. Setiap pasukan diminta mematuhi peraturan-peraturan ini.

1. PERTANDINGAN PELANCARAN ROKETa. Roket mestilah siap dibina oleh setiap pasukan sebelum pertandingan

diadakan. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori sahaja iaitu,R2 – Sasaran Terbaik (Best Target)R3 – Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)

b. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan untuk pemasangan roket untuk pertandingan ini.

2. PERTANDINGAN “SOLAR CAR RACE”a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu :

i. Persembahan Multimedia (10 minit)ii. Pertandingan Kelajuan

b. Kereta solar perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan untuk

pemasangan kereta untuk pertandingan ini.

3. PERTANDINGAN “SOLAR BOAT RACE”a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu :

i. Persembahan Multimedia (10 minit)ii. Pertandingan Kelajuan

b. Bot solar perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan untuk

pemasangan bot untuk pertandingan ini.

4. PERTANDINGAN “PORTABLE COOKING WITH NATURE”a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu :

i. Persembahan Multimedia (10 minit)ii. Pengujian suhu dalam tempoh masa 1 jam

b. Dapur solar perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan untuk

pemasangan dapur solar untuk pertandingan ini.

2

Page 3: Karnival Sains 2012

5. PERTANDINGAN AMALI SAINS (SAINTIS MUDA) MENENGAH DAN RENDAHa. 5 stesen yang akan dipertandingan adalah di dalam makmal sahaja.b. Masa yang diperuntukkan untuk setiap stesen adalah sebanyak 10 minit sahaja.c. Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta “Lab Coat”

semasa pertandingan dijalankan

6. PERTANDINGAN EUREKA REEE BEACH HOUSEa. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu :

i. Persembahan Multimedia (10 minit)ii. Penghakiman model yang dibina

b. Model rumah perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan

untuk pemasangan Model Rumah untuk pertandingan ini.

BILANGAN PESERTA SETIAP PASUKAN

BIL JENIS PERTANDINGAN BIL PESERTA PELAJAR

1 Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2 orang2 Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah 2 orang3 Pertandingan ”Solar Car Race” 3 orang4 Pertandingan ”Solar Boat Race” 3 orang5 Pertandingan ”Portable Cooking With Nature” 3 orang6 Pertandingan Pembentangan Topik Sains dan Teknologi 3 orang7 Pertandingan Saintis Muda Sekolah Rendah 2 orang8 Pertandingan EUREKA REEE Beach House 4 orang9 Pertandingan Bercerita Sains (Tahap 1 – Tahun 3 Sahaja Bahasa

Inggeris1 orang

3

Page 4: Karnival Sains 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGISYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SOLAR CAR COMPETITION

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 .2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang

peserta dengan seorang guru pembimbing. 3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera

kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan

hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama.5 Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik.

Saiz dan berat model Solar Car Competition adalah bebas.6 Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman.

Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model Solar Car Competition, adalah tidak dibenarkan.

7 Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Car Competition tidak boleh melebihi 1 watt.

8 Hanya 1 sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model Solar Car Competition. Jenis alat adalah bebas.

9 Rekabentuk asas kereta terbahagi kepada 3 komponen iaitu: a) binaan badan b) chasis c) tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit)

10 Pertukaran hanya dibenarkan untuk komponen tayar dan motor sahaja.11 Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model Solar Car Competition turut diambil

kira. 12 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari masa

ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan.

13 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:a) Persembahan multimedia – 10 minitb) Pertandingan Kelajuan

4

Page 5: Karnival Sains 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGISYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SOLAR BOAT COMPETITION

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 .2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang

peserta dengan seorang guru pembimbing. 3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera

kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan

hendaklah terdiri daripada sekolah yang sama.5 Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. 6 Saiz dan berat model Solar Boat Competition adalah bebas.7 Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman.

Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model bot, adalah tidak dibenarkan.

8 Kuasa maksima setiap rekabentuk model tidak boleh melebihi 1 watt.9 Hanya 1 alat tambahan elektronik sahaja dibenarkan dipasang pada model bot. Jenis

alat adalah bebas.10 Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model akan diambil kira.11 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari masa

ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan.

12 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:a) Pembentangan persembahan multimedia – 10 minit b) Pertandingan Kelajuan

5

Page 6: Karnival Sains 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGISYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PORTABLE COOKING WITH NATURE

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1 Pertandingan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah rendah Tingkatan 1 hingga 3.

2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dan seorang guru pembimbing.

3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.

4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada sekolah yang sama.

5 Peserta bebas menentukan rekabentuk, saiz atau bahan yang hendak digunakan.6 Bekas yang direka mestilah boleh menampung isipadu air sebanyak 500ml (air).7 Alat yang dibina haruslah berkemampuan memasak air atau makanan pejal. 8 Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga solar sahaja tanpa sebarang

sokongan komponen elektrik tambahan untuk meningkatkan suhu.9 Hasil ciptaan hendaklah didokumentasikan dalam bentuk persembahan Multimedia

Power Point yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris. 10 Persembahan perlulah mengandungi butiran seperti jenis bahan, kecekapan menyerap

tenaga solar, kebaikan dan sebagainya.11 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari masa

ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan.

12 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:a) Persembahan multimedia – 10 minitb) Pengujian suhu dalam tempoh masa 1 jam

6

Page 7: Karnival Sains 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGISYARAT- SYARAT PERTANDINGAN SAINTIS MUDA SEKOLAH MENENGAH

DAN SEKOLAH RENDAH

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN :

1 Peserta pertandingan adalah daripada pelajar-pelajar:a. Sekolah Rendah - Tahun 4 - 6 b. Sekolah Menengah - Tingkatan 1 – 3

2. Soalan tugasan, jawapan atau keputusan eksperimen adalah dalam Bahasa Inggeris.3. Setiap pasukan akan diwakili oleh 2 orang peserta.4. Setiap kumpulan peserta adalah dari sekolah yang sama. Setiap pasukan diiringi oleh

seorang guru pembimbing.5. Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta “Lab Coat”

semasa pertandingan dijalankan.6. Peserta tidak dibenarkan membawa peralatan atau bahan dari luar selain daripada

peralatan dan bahan yang disediakan oleh penganjur.7. Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang nota, buku atau apa-apa bahan sumber ke

tempat pertandingan.8. Peserta hanya dibenarkan membawa alat tulis dan kalkulator (bukan saintifik) sendiri.9. Guru Pembimbing tidak dibenarkan berada bersama peserta semasa pertandingan

dijalankan.10. Setiap pasukan akan melakukan amali dalam 5 stesen secara berterusan dengan masa

10 minit bagi stesen didalam makmal. 11. Peserta perlu berhenti menulis atau menjalankan amali selepas loceng penamat

dibunyikan menandakan tamat pertandingan.12. Penilaian dibuat berdasarkan kemahiran pengendalian radas dan juga keputusan amali

mengikut stesen.13. Keputusan hakim adalah muktamad.

7

Page 8: Karnival Sains 2012

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGISYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (BAHASA INGGERIS)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

a) Pertandingan ini dibuka kepada murid sekolah rendah Tahap 1 sahaja (tahun 3 sahaja).

b) Setiap sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja dengan seorang guru pengiring.

c) Pertandingan ini adalah secara individu dan hanya seorang peserta sahaja yang dibenarkan berada di pentas untuk mempersembahkan ceritanya.

d) Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains Sekolah Rendah. e) Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris. f) Skrip cerita hendaklah diserahkan kepada urus setia pada hari pertama karnival.g) Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan ialah 5 minit.

Loceng akan dibunyikan seperti berikut :-i Permulaan - 1 kaliii Minit keempat - 1 kaliiii Minit kelima - 2 kaliMarkah tidak akan diberikan selepas loceng terakhir dibunyikan.

h) Peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah sistem pembesar suara dengan clip microphone.

i) Penggunaan komputer dan LCD, OHP atau bahan sokongan lain untuk membantu persembahan adalah tidak dibenarkan.

j) Peserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak atau cerita yang dibawa atau dipersembahkan. Props tambahan tidak dibenarkan.

k) Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut :-i Mesej dan isi fakta sains 40%ii Penyampaian/Persembahan 20%iii Bahasa 20%iv Kreativiti 15%v Penghayatan dan penampilan 5%

l) Keputusan hakim adalah muktamad.

8

Page 9: Karnival Sains 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGISYARAT-SYARAT PERTANDINGAN EUREKA RE & EE BEACH HOUSE

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tahun 4 dan 5. 2 Setiap sekolah dibenarkan menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 4 orang peserta. 3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera

kecuali pasukan dari sekolah rendah jenis kebangsaan.4 Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 murid

perempuan kecuali sekolah yang hanya terdiri dari 1 jantina.5 Peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing. 6 Tema projek adalah Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE) atau Tenaga

Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (TDKT). 7 Tajuk projek ialah Energy Efficient Beach House. 8 Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah di tepi pantai yang

mengaplikasikan konsep-konsep Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE).9 Model rumah perlu disiap pasang dengan LED menggunakan panel solar yang

ditempatkan di bahagian tertentu di dalam atau di luar rumah dan mestilah boleh menyala atau berfungsi dengan baik.

11 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan persembahan multimedia yang disediakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris..

12 Semasa pertandingan dijalankan, guru pembimbing dibenarkan berada berhampiran pasukannya pada jarak yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur tetapi tidak dibenarkan menyentuh sebarang bahan atau alatan yang digunakan.

13 Model tersebut hendaklah berskala 1:25 atas tapak rumah di mana dimensinya adalah seperti berikut; a) Keluasan Rumah : seratus meter persegi (100 m2). b) Mempunyai kemudahan:

2 bilik tidur1 bilik air1 dapur1 ruang makan1 ruang tamu

14 Penilaian hasil adalah berdasarkan daya kreatif reka bentuk rumah dan rupa bentuk elemen-elemen KT & TD.

9

Page 10: Karnival Sains 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGISYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PEMBENTANGAN TOPIK SAINS DAN TEKNOLOGI

1. TAJUK :PERTANDINGAN PEMBENTANGAN TOPIK SAINS DAN TEKNOLOGI

2. TEMA :ISU-ISU SAINS DAN TEKNOLOGI

3. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:3.1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 4 dan 5.3.2 Pertandingan adalah secara berpasukan yang terdiri daripada 3 orang peserta.3.3 Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap.3.4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.3.5 Pembentangan adalah dalam Bahasa Inggeris sahaja.3.6 Tempoh yang diperuntukkan untuk setiap pembentangan adalah 7 minit. Loceng

pertama akan dibunyikan pada minit ke-6. Loceng kedua akan dibunyikan pada minit ke-7. Selepas minit ke-8, markah akan ditolak.3.7 LCD akan disediakan oleh urusetia. Komputer riba perlu dibawa oleh sekolah masing-masing. Bahan lain seperti model, carta dan lain-lain yang boleh membantu dalam pembentangan boleh dibawa.3.8 Pihak urusetia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta.3.9 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

4. KAEDAH PENGHAKIMANKriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:

4.1 Isi (50%)4.2 Kelancaran bahasa (20%)4.3 Penyampaian (20%)4.4 Penggunaan alat bantu pembentangan (10%)

10

Page 11: Karnival Sains 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGISYARAT-SYARAT TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET

PERATURAN UMUM

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah menengah Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk sekolah menengah agama bantuan kerajaan.

2. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang pelajar (berusia 12-16 tahun sahaja) dan diiringi oleh seorang guru pembimbing sahaja.

3. Pertukaran peserta dalam pasukan adalah TIDAK dibenarkan.4. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut:

a) Kateogri R2 - Sasaran Terbaik (Best Target)b) Kategori R3 - Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)

5. Festival Sains dan Teknologi menetapkan model roket siap bina sebelum pertandingan menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter. Penggunaan botol berjenama kickkapoo, 7up dan pepsi tidak digalakkan digunakan semasa pertandingan.

6. Setiap pasukan perlu kreatif dalam rekaan kon muncung dan sirip roket air dengan hanya menggunakan bahan yang berasaskan plastik dan bahan lembut sahaja.

7. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja.

8. Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja.

9. Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal.

10. Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan.11. Pihak urusetia tidak bertanggugjawab ke atas sebarang kehilangan yang disebabkan

oleh kecuaian peserta dan guru.

SYARAT KATEOGRI R2 - SASARAN TERBAIK (BEST TARGET)

1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air dan mengena sasaran untuk memperolehi markah maksimum.

2. Jarak sasaran, x dari tapak pelancar adalah ditetapkan 100m. Bagaimanapun, panel hakim pada hari pertandingan berhak menentukan jarak baru di antara 50m dan 100m.

3. Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh di sasaran, setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, tekanan udara dan sudut roket.

4. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.5. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat 2 kali pelancaran sahaja.6. Jarak roket air yang jatuh dalam zon-zon sasaran akan diambil dan markah akan

ditentukan berdasarkan jarak terdekat roket air dari sasaran (bull’s-eye).

11

Page 12: Karnival Sains 2012

7. Sekiranya roket air berpecah kepada 2 bahagian selepas pelancaran, percubaan tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan) dan hanya 1 percubaan lagi dibenarkan.

8. Gambarajah berikut menunjukkan rekabentuk tapak pelancaran, zon-zon sasaran dan markah bagi setiap zon:

Petunjuk:

SYARAT KATEGORI R3 - PAYUNG TERJUN TERBAIK (BEST PARACHUTE)

1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung terjun dan catatan masa roket di udara akan diambil.

2. Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air. Sila rujuk Komponen Utama Roket Air.

3. Komponen utama roket air harus jatuh bersama payung terjun ke permukaan Bumi.4. Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan

tekanan udara.5. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.6. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat 2 kali pelancaran sahaja.

12

Zon I : 100 mata Zon III : 60 mata

Zon V : 20 mata

Zon II : 80 mata Zon IV : 40 mata

7 m

9 m

5 m

3 m

Tapak Pelancar

50 m -100 m

1 m

II III IV VI

Page 13: Karnival Sains 2012

7. Masa akan mula diambil semasa roket air dilancarkan sehingga ianya:i. Jatuh ke permukaan Bumi; atauii. Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atauiii. Hilang dari pemerhatian para hakim; atauiv. Terbang di udara selama 15 minit*.

KOMPONEN UTAMA ROKET AIR

13