karan gan

23
SEORANG KAWAN KAMU TELAH MENJADI JOHAN DALAM PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT NEGERI. PADA WAKTU REHAT, KAMU BERBUAL – BUAL DENGANNYA TENTANG KEJAYAANNNYA ITU. KARANGAN (Kamal sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah pada waktu rehat) Azaman : Tahniah Kamal kerana kamu berjaya dalam pertandingan bercerita peringkat negeri. Kamal : Terima kasih. Saya berharap kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar – pelajar lain untuk mempelajari Bahasa Melayu. Azman : Saya kagum melihat kebolehan kamu itu. Apakah perasaan kamu setelah memenangi gelaran johan peringkat negeri? Kamal : Terima kasih, di atas pujian kamu itu. Sudah semestinya saya berasa amat gembira dan bangga kerana berjaya mengharumkan nama sekolah kita. Azman : Apakah hadiah yang kamu perolehi, Kamal? Kamal : Saya memperolehi sekeping sijil dan sebuah piala. Azman : Bagaimanakah kamu dapat membahagikan masa berlatih kamu dengan pelajaran? Tidak ke ianya menjadi suatu bebanan kepada kamu sebagai pelajar tahun 6 ?

Upload: nithia-rajah

Post on 05-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Karan Gan

SEORANG KAWAN KAMU TELAH MENJADI JOHAN DALAM PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT NEGERI. PADA WAKTU REHAT, KAMU BERBUAL – BUAL DENGANNYA TENTANG KEJAYAANNNYA ITU.

KARANGAN

(Kamal sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah pada waktu

rehat)

Azaman : Tahniah Kamal kerana kamu berjaya dalam pertandingan bercerita

peringkat negeri.

Kamal : Terima kasih. Saya berharap kejayaan ini akan menaikkan

semangat pelajar – pelajar lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Azman : Saya kagum melihat kebolehan kamu itu. Apakah perasaan kamu

setelah memenangi gelaran johan peringkat negeri?

Kamal : Terima kasih, di atas pujian kamu itu. Sudah semestinya saya berasa

amat gembira dan bangga kerana berjaya mengharumkan nama

sekolah kita.

Azman : Apakah hadiah yang kamu perolehi, Kamal?

Kamal : Saya memperolehi sekeping sijil dan sebuah piala.

Azman : Bagaimanakah kamu dapat membahagikan masa berlatih kamu

dengan pelajaran? Tidak ke ianya menjadi suatu bebanan kepada

kamu sebagai pelajar tahun 6 ?

Kamal : Semestinya tidak, Azman. Saya belajar pada waktu pembelajaran

dengan sepenuhnya semasa di sekolah. Masa berlatih saya ,

hanyalah selepas waktu persekolahan tamat iaitu dari pukul 2 petang

hingga 5 petang.

Azman : Adakah kamu berlatih seorang diri sahaja, Kamal?

Kamal : Eh, tidak. Guru Bahasa Malaysia , Puan Azilah banyak

saya dengan melatih saya untuk pertandingan bercerita ini. Setiap

petang beliau juga akan tunggu bersama saya dan melatih saya.

Selain itu, Puan Azilah juga menunjukkan pelbagai tayangan video

peserta – peserta pertandingan bercerita sebelum ini. Beliau juga

sering memberikan kata – kata perangsang kepada diri saya.

Azman : Selain Puan Azilah , siapakah lagi yang memberikan kepada

dorongan kepada kamu?

Kamal : Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku – buku Bahasa

Melayu yang bermutu. Ibu saya juga sentiasa bersama saya semasa

Page 2: Karan Gan

menjalani latihan dan beliau juga sering melatih saya di rumah. Saya

juga melatih diri saya menggunakan bahasa baku apabila membaca

atau bercakap bersama ahli keluarga saya , bak kata “alah bisa tegal

biasa”. Kawan – kawan saya juga sering memberikan pendapat dan

komen selepas mendengar saya bercerita. Biasanya komen – komen

mereka membantu saya untuk memperbaiki kelemahan saya. Di

samping itu, saya juga mempelajari tatabahasa dengan baik. Saya

selalu membuka kamus untuk mempelajari ejaan dan makna kata –

kata yang saya baca.

Azman : Nampaknya, kamu telah berusaha bersungguh – sungguh Kamal.

Jadi apakah harapan kamu selepas ini?

Kamal : Tempat pertama yang saya perolehi telah melayakkan saya

menyertai pertandingan bercerita peringkat kebangsaan yang akan

berlangsung pada bulan hadapan. Saya akan buat sebaik yang boleh

dalam pertandingan tersebut dan akan mengharumkan nama sekolah

kita dan juga keluarga saya di persada kebangsaan.

Azman : Bagus Kamal. Saya akan berdoa agar kamu perolehi kejayaan dalam

pertandingan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kamal : Ya, Azman. Harapan saya juga begitu . Marilah kita masuk ke kelas.

Loceng telah berbunyi.

Azman : Ya, mari kita masuk.

________________________________________________________________________

_FAEDAH MEMBAWA BEKAL KE SEKOLAH

Bekal makanan merupakan makanan yang disediakan di rumah dan dibawa ke sesuatu

tempat . Dewasa ini sukar untuk melihat murid – murid membawa bekal makanan ke

sekolah. Ramai murid pada masa kini tidak suka membawa bekal makanan ke alma meter

mereka dengan alasan malu, berat dan sebagainya. Tambahan pula, pada era globalisasi ini

ibubapa yang sibuk pula tidak dapat menyediakan bekalan makanan untuk anak – anak

mereka. Budaya ini patut digalakkan kerana terdapat banyak faedah melalui amalan ini.

Seperkara yang nyata ialah makanan yang disediakan dari rumah adalah lebih berkualiti

serta berkhasiat. Manakala makanan yang disediakan di kantin mengandungi bahasa perisa

yang tinggi. Tambahan pula, di kantin juga terdapat banyak bahan makanan ringan yang

kurang berkhasiat. Bekalan makanan yang disediakan oleh ibu di rumah seperti nasi lemak

dan lain – lain pasti lebih seimbang dan berkualiti.

Page 3: Karan Gan

Secara perbandingan, makanan yang disediakan di rumah lebih bersih. Lumrahnya, ibu atau

bapa yang menyediakan makanan sendiri akan mementingkan aspek kebersihan ketika

menyediakan makanan. Sering terdapat kes keracunan makanan menimpa yang makan di

luar. Dengan kata lain, membawa bekalan makanan dari rumah akan mengelakkan diri

daripada menjadi mangsa keracunan makanan.

Selain itu, dengan membawa bekal makanan murid-murid dilatih untuk berjimat cermat.

Wang saku yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan untuk masa depan. Wang tersebut

dapat digunakan apabila berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading tanpa perlu

membebankan ibu bapa.

Di samping itu, amalan membawa bekal makanan ini juga dapat menjalin hubungan rapat

dengan keluarga. Sebagai contoh, anak-anak yang makan makanan ibu atau ayah akan

merasai kasih sayang keluarga. Ini secara tidak langsung akan melahirkan anak-anak yang

tahu menghayati dan menghargai jasa ibu bapa.

Seterusnya, amalan membawa bekal ke sekolah dapat menjimatkan masa. Murid-murid

tidak perlu ke kantin dan berbaris bagi membeli makanan. Masa yang lebih ketika waktu

rehat ini boleh digunakan untuk aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan

menyiapkan kerja sekolah.

Konklusinya, jelaslah bahawa amalan membawa bekal makanan ke sekolah banyak

memberikan faedah kepada murid. Oleh itu, amalan ini perlulah diterapkan kepada semua

murid agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat senantiasa dalam kehidupan mereka.

_____________________________________________________________

CARA – CARA MENJADI MURID / PELAJAR YANG CEMERLANG

Kecemerlangan merupakan keinginan setiap insan yang digelar sebagai pelajar. Namun

demikian, kecemerlangan tersebut tidak datang dengan sendirinya. Sebaliknya, perlu

disusuli dengan usaha yang bersungguh – sungguh oleh setiap murid.

Seseorang pelajar haruslah memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar . Hal ini

kerana perhatian yang diberikan akan membolehkan seseorang pelajar dapat memahami

dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru. Ini kerana, guru – guru sering

Page 4: Karan Gan

memberi penekanan pada topik – topik yang sukar. Kesannya, pemahaman terhadap

sesuatu pelajaran itu akan meningkat.

Selain itu, kita juga perlu mengulangkaji pelajaran. Contohnya, apabila di rumah, kita perlu

membaca nota – nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Dengan demikian, nota – nota

tersebut semestinya akan kekal dalam ingatan dan minda kita. Kita juga akan dapat

menghadapi peperiksaan dengan tenang dan penuh keyakinan.

Pelajar juga harus mempunyai disiplin diri yang tinggi jikalau hendak menjadi pelajar yang

cemerlang. Pelajar mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik

mungkin. Oleh itu, sewajarnya pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka

mesti mematuhi jadual tersebut. Pada masa lapang pula, pelajar – pelajar mesti melakukan

aktiviti yang berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi

menambahkan lagi pengetahuan mereka.

Lain daripada itu, pelajar mestilah sentiasa menghormati ibubapa dan guru – guru. Pelajar

juga mesti mendengar nasihat ibubapa dan para guru. Pelajar juga mesti menerima teguran

ibubapa dan guru – guru dengan fikiran yang terbuka dan positif. Para pelajar juga mesti

menyayangi ibubapa dan para guru agar pelajar sentiasa disayangi dan diberkati.

Intihanya, para pelajar haruslah mengaplikasikan pelbagai kaedah dalam kehidupan mereka

agar menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Melalui ini mereka akan menjadi insan yang

berjaya dan berguna kepada masyarakat dan juga negara.

_________________________________________________________________________

UCAPAN SAMBUTAN HARI KANAK - KANAK

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Tuan Haji

Alimudin, Guru – guru Penolong Kanan, guru – guru dan rakan – rakan yang dikasihi

sekalian. Selamat sejahtera dan Salam Satu Malaysia saya ucapkan. Selaku wakil murid,

saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah

dua kata dalam majlis sambutan Hari Kanak – kanak yang diadakan secara gilang –

gemilang ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Page 5: Karan Gan

Hari ini, 17 Oktober merupakan hari yang amat bermakna kepada kita. Hari masyarakat di

seluruh dunia akan meraikan dan mengadakan sambutan Hari Kanak – kanak. Tujuan

sambutan Hari Kanak-kanak diadakan adalah untuk meraikan kanak-kanak iaitu terdiri

daripada murid-murid sekolah ini. Hari Kanak-kanak amat besar maknanya kepada saya

dan rakan-rakan. Hal ini kerana alam kanak-kanak merupakan alam pertama bagi kami

sebelum menempuh alam remaja dan dewasa.

Hari Kanak-kanak disambut sebagai tanda penghargaan orang dewasa terhadap kita.

Penghargaan ini terdapat dalam pelbagai bentuk seperti kasih sayang, perhatian dan

hadiah. Oleh itu, sewajarnya penghargaan yang diberikan ini kita balas dengan berjanji

untuk menjadi kanak-kanak yang baik dan berbudi bahasa. Janganlah kita jadikan segala

nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh orang yang disayangi bagaikan mencurah air ke

daun keladi.

Hadirin yang dikasihi,

Dalam majlis ini, kami memohon kepada guru-guru agar menjadikan kami sebagai kanak-

kanak yang berjaya dalam pelajaran. Kami memohon kepada guru-guru agar mendidik kami

dengan penuh kasih sayang. Jika kami ada melakukan kesilapan, tegurlah kami seperti

menegur anak sendiri.

Hadirin yang dikasihi,

Pada kesempatan ini juga, saya mewakili rakan-rakan berjanji untuk menjadi anak

murid yang baik dan berhemah tinggi. Segala teguran dan nasihat cikgu akan kami

sematkan di dada. Kami juga berikrar akan menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran

dan seterusnya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Sekian sahaja ucapan saya untuk kali ini. Sebelum saya mengundurkan diri, terimalah

serangkap pantun; 

Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong tunjukkan,

Kami budak baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan.

Page 6: Karan Gan

 Sekian, terima kasih.

_________________________________________________________________________

BERITA : HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH

Selayang, 23 November – Pada 20 November 2014 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Mutiara

telah mengadakan Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah buat kali ke – 100 di

Dewan Muhibbah.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pelajar – pelajar

yang telah memperoleh kecemerlangan samada dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan

kesahsiahan diri. Selain itu, majlis ini juga dapat memberikan galakan kepada murid – murid

yang lain supaya lebih berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang

dalam dunia pendidikan.

Majlis ini bermula tepat pada jam 9.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan

Haji Halimi, tetamu kehormat. Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah ini telah mendapat

sambutan yang hangat daripada para ibubapa. Ramai antara mereka hadir untuk

menyaksikan kejayaan anak – anak mereka dalam majis tersebut. Kehadiran ibubapa

menjadikan suasana majlis lebih meriah lagi.

Nyanyian lagu “Negaraku” dan “SK Mutiara Harapan Kami” memulakan tirai. Seterusnya

majlis diserikan dengan ucapan alu – aluan oleh pengetuan sekolah, Yang Berusaha Tuan

Haji Jamaluddin. Dalam ucapan, beliau senantiasa menggalakkan anak – anak murid

supaya berusaha untuk meningkatkan prestasi akademik, kokurilum dan kesahsiahan diri

pelajar.

Selepas persembahan oleh murid – murid seperti caklempong, drama, tarian dan lain – lain

lagi, majlis penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya telah dijalankan. Majlis ini

dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya dalam

peperiksaan akhir tahun 2014 menurut kelas masing – masing. Kemuncak majlis ini adalah

penyampaian hadiah penghargaan kepada pelajar – pelajar yang telah berjaya dalam

peperiksaan awam seperti UPSR 2014. Di samping itu, murid – murid yang berjaya dalam

bidang kokurikulum juga telah diberi penghargaan.

Majlis ini berakhir pada pukul 1.00 tengah hari dengan persembahan koir oleh pelajar –

pelajar sekolah yang diketuai oleh Saudara Mohd Hilman bin Yassin. Sebelum majlis

Page 7: Karan Gan

bersurai, para hadirin telah dijemput untuk menjamu selera di dewan makan. Ringkasnya ,

majlis penuh gemilang ini telah berjaya dilangsungkan dalam suasana yang meriah dan

mencapai objektifnya.

_________________________________________________________________________

FAEDAH KE PERPUSTAKAAN

Dalam era pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita ini, jelas menekankan

bahawa penggunaan perpustakaan amat penting kepada semua orang dan perlu diberi

perhatian. Perpustakaan juga dikenali sebagai pusat sumber atau kutubkhanah. Gedung

ilmu ini biasanya mempunyai pelbagai bahan bacaan seperti buku cerita, novel, majalah,

buku rujukan dan sebagainya. Sememangnya kewujudan perpustakaan memberikan banyak

faedah kepada kita.

Antara faedah mengunjungi kutubkhanah ialah kita dapat mengisi masa senggang dengan

aktiviti yang berfaedah. Aktiviti – aktiviti yang membuang masa dan merugikan dapat kita

elakkan apabila kita mengunjungi perpustakaan. Masa kita dapat diisi dengan aktiviti yang

bermanfaat kerana “masa itu emas”. Kita perlulah menggunakan setiap detik dengan

sebaiknya agar tidak terjebak dengan sebarang aktiviti yang tidak sihat. Sebagai misalan,

bergaul dengan abu dajal dan sebagainya.

Di samping itu, kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan adanya

perpustakaan. Kita boleh membaca pelbagai jenis buku di perpustakaan. Bagi mereka yang

ulat buku, perpustakaan ialah tempat untuk menimba ilmu. Hasil pembacaan, ilmu

pengetahun kita akan bertambah baik dalam semua bidang. Segala pengetahuan yang

diperolehi dapat dimanfaatkan dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan ini, kita akan

menjadi manusia yang berpengetahuan dan menjadi murid yang cemerlang dalam

pelajaran.

Lain daripada itu, membaca buku – buku yang terdapat di perpustakaan dapat memberikan

hiburan kepada diri kita. Misalnya, kita akan terhibur dengan cerita – cerita lucu yang dibaca.

Kita juga boleh mendapat pengajaran dan iktibar daripada cerita tersebut. Hati kita juga

akan tenang dan gembira selepas penat belajar dan mengulang kaji pelajaran.

Melalui buku – buku yang dipinjam dan dibaca dari perpustakaan juga akan dapat

meningkatkan penguasaan bahasa kita. Contohnya, kita dapat mempelajari kosa kata

baharu yang boleh digunakan semula dalam penulisan karangan. Jika kita tidak mengetahui

Page 8: Karan Gan

makna sesuatu perkataan pula, bolehlah dirujuk dalam kamus. Secara tidak langsung, kita

boleh menambahkan perbendeharaan kata.

Di samping itu, kita juga dapat kemudahan pinjaman buku di perpustakaan. Kita dapat

meminjam pelbagai jenis buku seperti buku rujukan, buku cerita, majalah dan sebagainya.

Bagi murid – murid dari keluarga yang berkain tiga hasta tidak perlu menghabiskan wang

untuk membeli buku – buku yang ingin dibaca.

Intihanya, gedung ilmu ini sememangnya memberikan banyak pro berbanding dengan

kontra kepada semua penggunanya. Oleh itu, janganlah kita mensia – siakan kemudahan

yang ada diperpustakaan.

_________________________________________________________________________

CARA – CARA UNTUK MEWUJUDKAN KECERIAAN DI BILIK DARJAH

Setiap murid ingin memilik bilik darjah yang bersih, kemas dan ceria agar sesi

pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam iklim yang selesa. Pelbagai inisiatif perlu

digembleng untuk merealisasikan kelas impian ini.

Panel khas biasanya ditubuhkan untuk menyeleraskan aktiviti keceriaan ini. Panitia

yang bertanggungjawab untuk membuat pembahagian kumpulan tenaga kerja dan

pengagihan tugasan harian ini perlu memastikan bahawa setiap murid akan memainkan

peranan seperti yang diamanahkan.

Antara pengisian dalam slot jadual tugas harian ini termasuklah tanggungjawab

untuk menyapu lantai, mengelap dan membersihkan tingkap serta mengenyahkan habuk

dan sawang pada kipas dan lampu.

Bagi menonjolkan kelainan dan keunikan panorama hiasan dalam, kedudukan susun

atur perabot seperti almari dan kerusi meja juga mestilah dalam penampilan malar ceria.

Budaya tampalan carta, gambar rajah atau poster tertentu yang sarat dengan input

mutakhir pada dinding juga akan menambahkan keindahan kelas. Penyediaan sudut bacaan

yang dilengkapi dengan pelbagai sumber teks pastinya memeriahkan personality bilik

darjah. Malah, kelas juga akan menjadi lebih versatile sekiranya setiap jendela dihiasi oleh

langsir yang menepati trend fesyen terkini.

Page 9: Karan Gan

Justeru, seandainya semua usaha ini dapat disempurnakan semaksimum mungkin,

maka sudah pasti suasana di bilik darjah akan sentiasa menjadi lebih bersih, ceria, kemas

dan selesa.

_________________________________________________________________________

FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM

Kokurikulum ialah aktiviti lur darjah yang bermanfaat dan begitu berkesan untuk membentuk

pelajar kreatif, progresif, dinamis, berdaya saing dan berwawasan. Kegiatan yang

merangkumi persatuan, unit uniform serta permainan ini dijalankan selama dua jam

seminggu.

Tidak dapar dinafikan bahawa penyertaan dalam kegiatan kokurikulum ini banyak

faedahnya. Aktiviti kokurikulum menekankan amalan bekerja secara berpasukan. Hasilnya,

setiap agenda yang diusahakan akan menjimatkan masa, tenaga dan material.

Ditinjau daripada aspek pembentukan sahsiah, selain membolehkan pelajar memartabatkan

ilmu dan mendominasikan kemahiran mekanikal, keaktifan dalam kegiatan kokurikulum juga

akan melahirkan individu yang tegas, beretika dan cekal dalam menangani kelemut dalam

kehidupan seharian.

Penglibatan dalam aktiviti ini juga membolehkan masa kita terisi dengan tugasan yang

memanfaatkan , lantas menghindari kita daripada sebarang pengaruh negarif melepak,

ponteng, bohjan, bohsia dan sebagainya.

Malahan , kegiatan kokurikulum juga berpaksikan semangat berdikari dan jati diri, yang

memungkinkan seorang pelajar bertindak secara bersendirian. Dengan demikian, pelajar

tersebut akan menjadi seorang pemimpin yang terunggul dengan kewibawaan yang dimiliki.

Menyedari hakikat tersenarai, jelaslah bahawa selain menjana idea dan kemahiran kreatif,

penglibatan dalam aktiviti kokurikulum mampu membentuk personality dan sahsiah diri

setiap pelajar untuk mengharungi pelbagai aral terkedepan.

Page 10: Karan Gan

UCAPAN PERPISAHAN TAHUN ENAM

Salam pertemuan di barisan ini saya warisi untuk Encil Abdul Yazid bin Rahman, Guru

Besar Sekolah Kebangsaan Mutiara, yang berusaha guru – guru penolong kanan, guru –

guru tersayang dan seterusnya teman seperjuangan . Salam sejahtera untuk kalian.

Pertama – tamanya, marilah kita panjatkan syukur kepada Yang Maha Esa kerana atas

kurniaanya, maka majlis ini dapat kita sempurnakan. Jutaan penghargaan juga saya

rakamkan kepada pihak majlis kerana memilih saya untuk menyampaikan ucapan ini bagi

mewakili murid tahun enam.

Hadirin sekalian,

Minggu ini ialah minggu terakhir kami di sekolah ini. Sesungguhnya, kami akan

meninggalkan sekolah ini dengan himpunan kesedihan, Simbiosis ini, amat berat hati kami

untuk melangkah keluar dari halaman sekolah ini,

Jadi, pada kesempatan ini, kami mengucapkan tinggian terima kasih atas jasa dan

sumbangan semua guru dalam usaha mencanai kami menjadi insan yang kamil. Selama

belajar di sini, kami telah dididik, diasuh dan dibimbing oleh para guru tanoa mengambil kira

erti jemu. Keringat kalian tidak akan kami lupakan.

Barisan guru tersayang,

Kami berharap agar cikgu akan kekal telus untuk memartabatkan imej dan prestasi murid –

murid sekolah ini. Semoga institusi ini akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam

segala aspek.

Sebagai penutup bicara, kami pohon ampun maaf atas sebarang kekasaraan kata,

keterlanjuran bahasa dan kelancangan tingkah laku kami selama ini. Doakannya kejayan

kami di sekolah menengah dan seterusnya hingga ke menara gading.

Kalau ada sumur di ladang,

Izikan kami menumpang mandi;

Kalau ada usia yang panjang,

Pasti kita ketemu kembali.

Sekian. Terima kasih.

Page 11: Karan Gan

UCAPAN PERPISAHAN GURU KESAYANGAN

Salam pertemuan saya warisi untuk yang muliai, Tuan Haji Abdul Hassna, Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Mutiara , yang kita raikan Cik Nur Aisyah binti Mohammed Hamzah,

barisan guru tersayang dan seterusnya teman seperjuangan sekalian. Salam sejahtera dan

Salam 1 Malaysia.

Hadirin yang saya hormati,

Pertama – tamanya, saya merakamkan untaian terima kasih kepada pihak majlis atas

kesudian memberi saya kesempatan berucap bagi mewakili murid – murid tahun enam.

Seperti yang kita sedia maklum, majlis ini kita adakan untuk meraikan Cikgu Nur Aisyah

yang akan melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya.

Sesungguhnya, penghijrahan Cikgu Nur Aisyah merupakan satu kerugian dan tamparan

kerana beliau ialah tunggak kejayaan kita. Cikgu Hidayah juga seorang guru yang dedikasi,

bertanggungjawab dan begitu prihatin terhadap masalah pelajarnya. Kendatipun beliau

tegas, namun kekarismaan etika yang dimilikinya menyebabkan kita sering tertunggu –

tunggu akan kehadirannya ke kelas.

Cikgu Nur Aisyah yang kami kasihi,

Kami panjatkan doa semoga cikgu akan menempa kejayaan di sana. Kalau kelapangan ,

jenguk – jenguklah kami di sini. Biarpun cikgu tiada di sisi untuk memantaui kami, kami

berikrar akan melipatgandakan usaha untuk menjaring kecemerlangan dalam UPSR nanti.

Akhir kata, sebagai penutup bicara, kami menyusun sepuluh jari, mohon ampun maaf atas

kekasaran kata, keterlanjuran bahasa dan kelancangan tingkah laku kami lakukan selama

ini.

Kota Melaka diperang dibedil,

Mengamuk panglima dalam baran,

Guru ibarat pelita kerdil,

Penyuntik cahaya dalam kesamaran.

Page 12: Karan Gan

DIALOG : TOKOH PELAJAR / TOKOH MURID / PELAJAR CEMERLANG

Najla : Selamat Sejahtera, apa khabar?

Salina : Selamat Sejahtera, khabar baik.

Najla : Saya Najla dari bulletin sekolah ingin menemuramah saudari kerana saudari

di nobatkan sebagai tokoh murid 2014.

Salina : Boleh apa salahnya.

Najla : Pertama sekali, saya dengan besar hatinya ingin mengucapkan tahniah

kepada saudari kerana telah berjaya menjadi tokoh murid 2014.

Salina : Terima kasih.

Najla : Bolehkah saudari menceritakan serba sedikit tentang latar belakang saudari?

Salina : Baiklah. Nama penuh saya Salina bt Halim berasal dari Ipoh, Perak. Saya

merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik. Ayah saya bekerja

sebagai pemandu di sebuah syarikat lori dan ibu saya hanyalah seorang suri

rumah tangga.

Najla : Apakah perasaan saudari apabila digelar tokoh murid ?

Salina : Semestinya saya berasa bangga dan gembira. Saya amat bersyukur kerana

dipilih sebagai tokoh murid . Kejayaan ini merupakan sesuatu yang tidak

diduga oleh saya.

Najla : Siapakah yang telah memberikan dorongan kepada saudari sehingga

mencapai tahap ini ?

Salina : Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada keluarga saya, guru – guru dan

juga rakan – rakan saya kerana tidak jemu memberi semangat kepada saya

untuk terus berusaha sehingga mencapai tahap kecemerlangan ini.

Najla : Apakah rahsia kecemerlangan saudari sehingga berjaya menjadi tokoh

murid?

Salina : Sebenarnya sesiapapun boleh menjadi tokoh murid. Semuanya bergantung

kepada prinsip masing – masing iaitu usaha yang gigih.

Najla : Bolehkah saudari ceritakan kejayaan yang telah saudari capai dalam bidang

kokurikulum pula?

Salina : Saya memang suka bergiat aktif dalam aktiviti – aktiviti kokurikulum.

Kokurikulum sebenarnya banyak membantu mencerdaskan pemikiran kita di

samping mencergaskan tubuh badan kita. Saya merupakan wakil sekolah

bagi Pertandingan Pidato sehingga menjadi johan di peringkat negeri.

Najla : bolehkah saudari memberikan serba sedikit nasihat patut diteladani oleh

semua murid ?

Page 13: Karan Gan

Salina : Seseorang pelajar itu haruslah melakukan semua perkara yang baik dan

menghingdari segala yang buruk. Selain itu, mereka juga harus aktif dalam

semua kegiatan di sekolah. Kita jangan sesekali mengamalkan sikap bagai

enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing – masing.

Najla : Akhir sekali, apakah harapan saudari untuk masa hadapan?

Salina : saya berharap akan terus berjaya dan maju ke hadapan sehingga mencapai

cita – cita saya di kelak hari nanti.

Najla : Baiklah setakat ini sahaja temu ramah kita pada hari ini. Terima kasih

kepada saudari kerana sudi diwawancara.

Salina : Sama – sama. Saya gembira kerana dapat membantu.

_________________________________________________________________________

SYARAHAN = CARA – CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI

Parang bukan sebarang parang,Parang jawa tidak bertuan,Datang bukan sebarang datang,Datang membawa salam perpaduan.

Sekalung aspirasi saya hulurkan buat pengerusi majlis, kombinasi intelektual kehakiman yang penuh berintegriti, rakan – rakan seperjuangan yang cukup berkredidibiliti, seterusnya warga dewan yang dekat di hati, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Berbungakan kemesraan arena pada hari ini, saya warnai dengan syarahan yang bertajuk “Cara – cara Menjaga Kesihatan Diri.”

Sidang dewan yang dihormati,

   Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Sudah semestinya setiap individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing.Namun begitu,pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan kematian.Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.Pemakanan yang seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan.Kita disarankan supaya mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita.Di samping itu,kita mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak mendapat penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.

Page 14: Karan Gan

Sidang dewan yang dikasihi,

Kita juga mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam. Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang – kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi. Hal ini demikian kerana bersenam akan dapat menyihatkan tubuh badan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal , bak kata “otak cerdas, badan cergas.”

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Kita juga mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang – kurangnya dua kali dalam setahun. Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit. Pemeriksaan kesihatan mestilah kerap dilakukan supaya dapat memulakan rawatan di peringkat awal sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit .

Tuan – tuan dan puan – puan,

Setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya. Dalam kesibukan menjalani aktiviti harian, keperluan tubuh badan tidak wajar diabaikan. Tubuh badan kira memerlukan rehat yang secukupnya untuk berfungsi dengan baik. Tanpa rehat yang secukupnya, tubuh badan akan menjadi letih dan lesu sekaligus menyebabkan semua aktiviti tergendala. Oleh itu, rehat dan tidur yang cukup amat diperlukan.

Para pendengar yang budiman,

Intihanya, kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat awal lagi. Sesungguhnya, kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu dihargai. Oleh itu, kita bertanggungjawab memelihara kesihatan yang telah dikurniaakan kepada kita. Jangan nanti terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sekian , terima kasih.

_________________________________________________________________________

FAEDAH KOMPUTER

Dewasa ini, komputer merupakan  alat penting  yang  digunakan di kebanyakan sekolah di

negara kita. Sebagai contoh, komputer acapkali digunakan oleh guru-guru semasa

menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan

murid sekolah telah mahir dalam menggunakan computer seperti kata kata peribahasa alah bisa

tegal biasa. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer.

Page 15: Karan Gan

Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar  dapat berkongsi  maklumat

bersama-sama rakan. Hal ini demikian kerana rakan-rakan yang berkebolehan dalam

mengendalikan komputer akan saling menunjuk cara dan menyampaikan maklumat antara satu

sama lain. Sebagai contoh, memuat turun bahan pembelajaran daripada Internet dan lain-lain.

Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk perkongsian maklumat dalam

kalangan pelajar.

Di samping itu, belajar dengan menggunakan komputer akan menjadikan aktiviti  pembelajaran

lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana setiap pelajar akan berasa seronok dan

ingin melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Sebagai contoh, program Skor A

atau program interaktif yang memerlukan pelajar menyelesaikan tugasan secara langsung  atas 

talian. Sudah terang lagi bersuluh, belajar menggunakan komputer menjadikan suasana

pembelajaran akan lebih ceria.

 

Semenelahan itu pula, faedah belajar menggunakan komputer adalah dapat menjimatkan masa

sesi pembelajaran. Pada kebiasaannya  bahan-bahan pembelajaran  akan disediakan  terlebih

dahulu oleh guru atau pelajar.  Selain itu, tugasan  atau latihan  pelajar juga dapat dijawab atas

talian tanpa memerlukan bahan edaran bersesuaian dengan kata peribahasa, masa itu emas. 

Oleh itu, faedah belajar menggunakan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran

dan pengajaran di dalam kelas.

Selain itu, belajar menggunakan komputer  boleh meningkatkan prestasi akademik seseorang

pelajar  di sekolah.  Hal ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat terkini

boleh dijadikan sumber ilmu.  Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses internet

untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu.  Jika ini dilakukan, sudah tentu

pelajar-pelajar boleh meningkatkan kejayaan dalam peperiksaan seperti kata cogan kata , Usaha

Tangga Kejayaan.  Oleh itu, belajar menggunakan komputer akan memudahkan pelajar berjaya

dalam pelajaran.

 

Kesimpulannya, semua pihak perlu bersinergi bagai aur dengan tebing dan berganding bahu

untuk menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran.  Namun

begitu, perlu diingat jika komputer digunakan untuk tujuan yang tidak mendatangkan faedah,

maka implikasinya sangat buruk. Gunakanlah teknologi komputer sebaik-baiknya supaya kita

tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa ini.