karan gan

5
Pengalaman Memancing Pada minggu lepas, Boon Seng mengikut ayahnya memancing ikan. Mereka memancing ikan di sebuah tasik yang berhampiran dengan rumah mereka. Air tasik di situ sangat jernih. Sebelum ke sana, ayah menyuruh Boon Seng mencangkul tanah untuk mendapatkan cacing. Cacing – cacing itu akan digunakan sebagai umpan.Selain itu, mereka juga membawa joran, mata kail, bakul, serta sedikit bekalan makanan dan minuman. Setibanya di sana, mereka pun mula memancing ikan. Sementara menunggu ikan memakan umpan mereka, mereka berbual – bual sambil memakan bekalan yang dibawa. Tidak lama kemudian, Boon Seng mendapat seekor Ikan sepat. Walaupun tidak besar, tetapi dia rasa gembira kerana umpannya mengena. Kemudian, ayahnya pula mendapat seekor ikan haruan yang agak besar. Mereka memasukkan ikan – ikan yang diperoleh itu ke dalam bakul yang dibawa. Setelah lewat petang, mereka bersiap – siap untuk pulang. Ayah Boon Seng berjanji akan membawanya memancing lagi pada cuti yang akan datang. Kebakaran BUTTERWORTH, 13 Mei – Satu kebakaran besar berlaku awal pagi ini memusnahkan dua buah rumah kedai di Jalan Bagan Luar di sini. Kerugian dianggarkan lebih

Upload: menulis-dengan-hati

Post on 17-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Pengalaman MemancingPada minggu lepas, Boon Seng mengikut ayahnya memancing ikan. Mereka memancing ikan di sebuah tasik yang berhampiran dengan rumah mereka. Air tasik di situ sangat jernih.Sebelum ke sana, ayah menyuruh Boon Seng mencangkul tanah untuk mendapatkan cacing. Cacing cacing itu akan digunakan sebagai umpan.Selain itu, mereka juga membawa joran, mata kail, bakul, serta sedikit bekalan makanan dan minuman.Setibanya di sana, mereka pun mula memancing ikan. Sementara menunggu ikan memakan umpan mereka, mereka berbual bual sambil memakan bekalan yang dibawa.Tidak lama kemudian, Boon Seng mendapat seekor Ikan sepat. Walaupun tidak besar, tetapi dia rasa gembira kerana umpannya mengena. Kemudian, ayahnya pula mendapat seekor ikan haruan yang agak besar. Mereka memasukkan ikan ikan yang diperoleh itu ke dalam bakul yang dibawa.Setelah lewat petang, mereka bersiap siap untuk pulang. Ayah Boon Seng berjanji akan membawanya memancing lagi pada cuti yang akan datang.

KebakaranBUTTERWORTH, 13 Mei Satu kebakaran besar berlaku awal pagi ini memusnahkan dua buah rumah kedai di Jalan Bagan Luar di sini. Kerugian dianggarkan lebih sejuta ringgit. Benarlah, Api, ketika kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan .Kedua dua buah kedai yang musnah itu ialah sebuah kedai gambar dan sebuah kadai ubat. Semua yang tinggal di dalam kedua dua buah rumah kedai tersebut Berjaya menyelamatkan diri. Sementara itu, pemilik kedai ubat, Encik Yong Hup Seng, memberitahu bahawa dia terjaga daripada tidur apabila badannya terasa bahang panas dan terhidu bau asap. Sebaik sahaja melihat api sedang marak membakar bumbung kedainya, dia pun segera mengejutkan isteri dan anak anaknya lalu keluar menyelamatkan diri.Pemilik kedai gambar pula, Encik Lim Kim Hock, memberitahu bahawa dia juga terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi letupan kecil. Dengan pantas, dia menyuruh isteri, anak dan para pekerjanya keluar dengan segera. Pasukan bomba yang tiba bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu. Menurut jurucakap pihak bomba, punca kebakaran masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Surat Untuk SuhadaMenemui kembali sahabatku, Suhada, yang kini berada di Segamat, Johor, semoga dalam keadaan sihat dan gembira selalu.

Saudari,Surat saudari bertarikh 16 Februari 2014 yang lalu telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan di atas kiriman setem setem saudari itu. Untuk pengetahuan saudari , hamper kesemuanya setem setem itu tiada dalam koleksi saya. Kini, kedua dua buah album setem saya sudah penuh. Saya bercadang untuk membeli sebuah lagi album setem pada minggu hadapan.Bagaimana pula dengan koleksi setem saudari? Saya berharap setem setem yang saya sertakan ini akan menambahkan koleksi setem saudari. Di sekolah, saya merupakan ahli kelab pengumpul setem yang aktif. Setiap ahli kelab sentiasa menunjukkan kesungguhan tidak seperti hangat hangat tahi ayam.Setakat ini sajalah yang dapat saya coretkan untuk kali ini. Jika ada kelapangan, kita akan bersua lagi di lain masa. Semoga saudari berjaya dalam bidang yang diceburi.Yang benar,Azhar

Amalan membacaMengapakah kita membaca?Kita akan mendapat pengetahuan dalam pelbagai aspek dengan membaca. Membaca juga menjadikan kita seorang yang berilmu dan tidak mudah diperbodohkan oleh orang lain. Melalui pembacaan yang luas, kita boleh bercakap tentang pelbagai topic dan tidak akan wujud rasa rendah diri.Pendapat umum mengatakan bahawa orang yang banyak membaca itu pandai dan tahu tentang banyak perkara. Walau bagaimanapun, pendapat ini tidak semestinya diguna pakai oleh semua orang. Memang ada orang yang rajin belajar tetapi tidak pandai. Ini berlaku kerana mereka membaca bahan bahan yang tidak bermutu dan tidak mengandungi ilmu pengetahuan.Kesimpulannya, untuk menjadi seorang yang berilmu, kita mesti banyak belajar dan membaca. Semasa belajar dan membaca, kita harus berfikir sama ada pengetahuan tersebut dapat digunakan dalam kehidupan atau tidak.

Aku Sebuah KeretaAku ialah sebuah kereta. Aku dibuat di sebuah kilang kereta di Shah Alam, Selangor. Tubuh aku mengandungi enjin dan besi. Terdapat tempat duduk berkusyen di dalam badan aku. Setelah siap, aku dicat dengan warna keperakan. Kemudian, aku diuji dengan dipandu terlebih dahulu sebelum diluluskan untuk dijual. Selesai menjalani beberapa pemeriksaan, aku lulus dan selamat digunakan.Seminggu kemudian, aku dihantar ke Seremban. Aku telah ditempah oleh seorang wanita tiga bulan yang lalu aku bernilai RM62 ribu dan telah didaftarkan. Selepas segala urusan jual beli selesai, aku dibawa pulang oleh wanita itu.Rupa rupanya, wanita itu bekerja sebagai pengurus kilang. Setiap hari, tuan aku akan membawa aku ke tempat kerjanya. Tuan aku menggunakan aku dengan cermat. Tuan aku gembira apabila ramai orang memuji kecantikan aku. Tuan aku berasa bangga dan selamat ketika memandu aku.Aku dijaga dengan baik oleh tuan aku. Tubuh aku sentiasa dicuci dan dikilatkan. Dua bulan sekali, aku akan dihantar ke pusat servis kereta. Mana mana bahagian aku yang rosak akan digantikan dengan yang baharu.Aku sangat sayang akan tuan aku. Walaupun usia aku sudah menjangkau empat tahun, aku masih lagi kelihatan seperti kereta baharu. Aku amat beruntung kerana mempunyai tuan sepertinya. Aku akan berkhidmat kepadanya selagi termampu.