kandungan muka surat -...

23

Upload: hoangdiep

Post on 07-Feb-2018

320 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana
Page 2: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

2

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Syarat – syarat Tawaran Kemasukan 3

2. Peraturan Pembayaran Pelajar 5

3. Arahan Pembayaran Yuran 9

4. Kalendar Akademik Sesi 2017/2018 10

5. Maklumat Keperluan Siswa 12

6. Senarai Semak Set Tawaran Pelajar 13

7. Tindakan yang perlu diambil oleh calon jika menerima tawaran ini 15

8. Perkara – perkara penting untuk diambil perhatian/ tindakan oleh pelajar 16

9. Jadual Bayaran Yuran Pengajian 17

10. Kaedah Bayaran Yuran 19

Page 3: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

3

SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN *Catatan : Syarat-syarat Tawaran Kemasukan ini hendaklah dibaca bersama-sama Surat Tawaran Kemasukan ke UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

1. Pengesahan oleh Senat, Universiti Malaysia Kelantan. 2. Segala maklumat yang saudara/i kemukakan dalam borang permohonan kemasukan ini hendaklah benar.

Jika terdapat maklumat palsu, Universiti berhak menarik balik tawaran ini atau menamatkan pengajian saudara/i dengan serta-merta pada bila-bila masa.

3. Saudara/i diwajibkan menyertai program Minggu Mesra Mahasiswa sesi 2017/2018 yang bermula pada 5 September 2017 hingga 7 September 2017 (tertakluk kepada perubahan) pada minggu tersebut,

saudara/i diwajibkan menandatangani ‘Surat Aku Janji’ yang disertakan.

4. Yuran semester pertama hendaklah dijelaskan dengan menggunakan Slip Pembayaran yang disediakan di setiap cawangan Bank Islam di setiap negeri selewat-lewatnya sehari sebelum pendaftaran. Sila bayar atas nama Universiti Malaysia Kelantan, No Akaun: 03036010016919. Jika anda menghadapi masalah pembayaran, sila hubungi pihak Universiti (Unit Kewangan Pelajar) melalui telefon (09-7717105 / 7194). Bagi pelajar yang akan mendapat tawaran biasiswa/pinjaman/bantuan, sila bawa bersama salinan surat tawaran semasa pendaftaran untuk permohonan penangguhan pembayaran.

5. Saudara/i pada setiap masa adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971,

Perlembagaan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN, Kaedah-kaedah UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2007, Statut, Akta, Peraturan, Pekeliling dan lain-lain peraturan serta pindaan yang berkuatkuasa dan diterima pakai di UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

6. Selama tempoh pengajian di Universiti ini, saudara/i juga adalah wajib mematuhi:

a. Keputusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dari Senat Universiti serta keputusan Fakulti yang

berkenaan dengan saudara/i. b. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta kemudahan

perkhidmatannya daripada dirosakkan oleh sesiapa juga. c. Menghormati para pegawai dan pensyarah Universiti. d. Mematuhi peraturan Lalulintas Universiti dan Akta Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) 1987. e. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, kebudayaan, sukan, sosial, khidmat

masyarakat dan aktiviti lain yang dilaksanakan oleh Universiti. f. Patuh kepada etika pemakaian.

7. Jika saudara/i adalah seorang guru/kakitangan kerajaan, kebenaran dan pelepasan daripada majikan

hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

Page 4: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

4

8. Sila mendaftarkan diri pada tarikh dan tempat yang ditetapkan seperti berikut:

FAKULTI TEMPAT MASA

Fakulti Keusahawanan & Perniagaan

Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan

Fakulti Perubatan Veterinar

Kolej Kediaman, UMK Kampus Kota, Taman Bendahara Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan

8.30 pagi Hingga

4.30 petang

Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan

Fakulti Senibina dan Ekistik

Laman Permai FTKW, UMK Kampus Bachok Kelantan

Fakulti Industri Asas Tani

Fakulti Sains Bumi

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi

Dewan UMK Kampus Jeli Kelantan.

9. Tempoh Pengajian

a) Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian - 4 tahun b) Doktor Perubatan Veterinar - 5 tahun

10. Saudara/i diwajibkan untuk menghadiri kursus Bina Negara anjuran Biro Tatanegara yang akan ditetapkan, jika perlu.

11. Sila jawab sama ada TERIMA atau TOLAK tawaran berserta syarat-syarat seperti di atas sebelum atau

pada tarikh yang telah dinyatakan di muka hadapan surat tawaran ini melalui laman web http://admissionintake.umk.edu.my. Sekiranya pihak Universiti tidak menerima jawapan pada tarikh tersebut, tawaran ini terbatal dengan sendirinya. Jika saudara/i menerima tawaran ini, sila uruskan perkara-perkara yang diperlukan seperti dalam senarai semakan set tawaran yang disertakan bersama-sama ini.

12. Jika saudara/i menerima tawaran ini dan kemudiannya menarik balik penerimaan itu selepas tarikh

pendaftaran, anda layak mendapat pemulangan sebahagian daripada yuran pengajian tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuatkuasa pada ketika ini. Pemulangan tidak akan dipertimbangkan selepas tarikh tersebut. Resit bayaran asal dan surat tawaran hendaklah dikemukakan bersama apabila memohon pemulangan yuran pengajian.

13. Universiti berhak menarik balik tawaran ini atau menggugurkan saudara/i sebagai pelajar Universiti ini jika

mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana-mana peringkat pengajian saudara/i didapati melanggar mana-mana syarat seperti perkara (1) hingga (12) seperti di atas.

14. Pelajar diwajibkan menjelaskan yuran pada setiap semester sebelum membuat pra pendaftaran bagi

semester berikutnya. Kegagalan pelajar berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan dikenakan ke atas pelajar mengikut peraturan yang berkuatkuasa pada masa ini.

15. Penangguhan pendaftaran hanya akan diluluskan atas sebab yang difikirkan munasbah oleh pihak

Universiti. Pihak Universiti berhak membatalkan tawaran ini atas keingkaran saudara/i menghadirkan diri pada tarikh pendaftaran pelajar baharu yang ditetapkan tanpa sebarang permohonan atau alasan yang munasabah.

Page 5: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

5

PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR 1.0 Tujuan

1.1 Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menerangkan Peraturan Pembayaran Pelajar yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa Universiti.

1.2 Pembayaran yang dimaksudkan adalah meliputi semua bayaran yang diwajibkan ke atas pelajar

seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

2.0 Kaedah Bayaran 2.1 Pelajar Baharu

2.1.1 Pelajar baharu peringkat Sarjana Muda wajib menjelaskan semua bayaran yang telah

ditetapkan selewat-lewatnya sehari sebelum hari pendaftaran. 2.2 Pelajar Kanan 2.2.1 Pelajar peringkat Sarjana Muda

Semua pelajar kanan yang berpenaja, tiada berpenaja atau menerima wang tajaan penuh dari penaja dan tidak melalui Pejabat Bendahari diwajibkan menjelaskan semua bayaran dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula.

Pelajar yang gagal mematuhi peraturan di atas akan digugurkan status pendaftaran kursus pada semester berkenaan.

2.2.2 Pelajar Yang Tamat Biasiswa atau Sedang Memohon Perlanjutan Biasiswa.

Pelajar yang ditamatkan biasiswa atau sedang memohon perlanjutan biasiswa diwajibkan menjelaskan semua yuran pengajian dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula.

2.2.3 Pelajar berpenganjur yang tidak ditaja sepenuhnya oleh penaja di mana wang tajaan

dibayar melalui Pejabat Bendahari.

Pelajar-pelajar berkenaan hendaklah menjelaskan perbezaan yang tidak ditaja oleh penaja dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula.

3.0 Tindakan Terhadap Pelajar Yang Gagal Menjelaskan Pembayaran

3.1 Pelajar seperti di para 2.1.1, 2.2.1, 2.2.2 dan 2.2.3 yang gagal menjelaskan semua bayaran atau mendapatkan pengecualian selepas tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tindakan seperti berikut :-

3.1.1 Digugurkan status pendaftaran kursus bagi pelajar yang telah mendaftar

3.1.2 Tidak dibenarkan daripada membuat pendaftaran kursus

Page 6: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

6

3.1.3 Ditahan daripada menghadiri kuliah 3.1.4 Ditahan daripada menduduki peperiksaan 3.1.5 Ditahan keputusan peperiksaan 3.1.6 Digantung pengajian 3.1.7 Diberhentikan 3.1.8 Tidak akan digraduankan 3.1.9 Ditahan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil 4.0 Pelajar Sarjana Muda Dalam Semester Lanjutan

4.1 Pelajar Sarjana Muda yang mengikuti semester lanjutan (jika berkaitan; melebihi tempoh pengajian) dikenakan separuh yuran pelajaran dari kadar biasa manakala lain-lain yuran perlu dijelaskan sepenuhnya.

4.2 Pelajar Sarjana Muda yang berdaftar tahun akhir (semester lanjutan) yang telah menyempurnakan

syarat-syarat kursus kecuali syarat latihan praktikal dikecualikan daripada membayar yuran pelajaran manakala lain-lain yuran perlu dijelaskan sepenuhnya.

5.0 Peraturan Umum 5.1 Penarikan Diri Dari Asrama Semasa Pengajian

5.1.1 Untuk pelajar baharu yang diluluskan penangguhan atau tarik diri dari pengajian dan menduduki asrama dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh pendaftaran pelajar perlu menjelaskan bayaran yuran asrama secara prorata seperti di lampiran II.

5.1.2 Pelajar yang tinggal di asrama semasa cuti hendaklah menjelaskan yuran asrama

mengikut hari pelajar menduduki asrama dan mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak asrama. Yuran asrama tersebut hendaklah dijelaskan di Kaunter Pejabat Bendahari sebelum menduduki asrama.

5.2 Tuntutan Yuran Pengajian Bagi Kes Khas 5.2.1 Tindakan Tatatertib

Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib sama ada diberhentikan atau digantung pengajian dikehendaki menjelaskan semua bayaran bagi semester di mana tarikh hukuman dikuatkuasakan.

5.2.2 Menarik Diri Dari Mengikuti Kursus

Bagi pelajar baharu yang tidak mampu untuk menjelaskan bayaran penuh yuran semasa

hari pendaftaran, pelajar perlu menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum

merangkumi yuran tidak berulang berjumlah RM1,325.00.

Page 7: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

7

Sementara pelajar yang menarik diri dalam tempoh tiga (3) minggu dan hanya

menjelaskan sebahagian daripada bayaran yuran keseluruhan yang sepatutnya dibayar

semasa hari pendaftaran atau dalam tempoh pelajar berada di kampus sehingga pelajar

menarik diri adalah tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan pengembalian yuran.

Pelajar juga dikecualikan daripada menjelaskan baki daripada bayaran minimum Yuran

Sekali Sepanjang Pengajian berjumlah RM1,325.00 sebelum kelulusan dikeluarkan.

Tiada pemulangan yuran akan dibuat kepada pelajar yang memohon dan menghantar

borang tarik diri selepas tiga (3) minggu daripada tarikh pendaftaran atau tarikh pelajar

melapor diri.

Pelajar baharu yang diluluskan berhenti pengajian oleh Universiti dan telah menjelaskan

yuran penuh semasa hari pendaftaran akan mendapat pemulangan 50% daripada yuran

keseluruhan yang terdiri daripada ; 50% daripada RM2,305.00 bagi Yuran Sampingan

dan 50% daripada Yuran pengajian (Mengikut Program Pengajian). Sila rujuk Jadual

Bayaran Untuk Pelajar Lepasan STPM/Matrikulasi/Lepasan Diploma Setaraf Bagi

Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda seperti Lampiran II.

5.2.3 Penangguhan Pengajian/Cuti Sakit

Pelajar yang mendaftar dan diluluskan permohonan penangguhan pengajian/cuti sakit oleh pihak berkuasa Universiti pada sesuatu semester dikehendaki menjelaskan yuran seperti berikut:-

a. Jika kelulusan diberi sebelum cuti pertengahan semester berakhir, pelajar

dikehendaki menjelaskan separuh dari yuran pelajaran. b. Sekiranya kelulusan diberi setelah cuti pertengahan semester berakhir, pelajar

dikehendaki menjelaskan keseluruhan yuran pelajaran. c. Pelbagai yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya untuk perkara (a) dan (b) di atas

manakala yuran asrama mengikut kiraan sebenar menduduki asrama.

d. Pelajar baharu yang ingin membuat penangguhan pendaftaran (atas alasan yang difikirkan mkunasabah sahaja) perlu memaklumkan kepada pihak Bahagian Pentadbiran Akademik UMK sebelum hari pendaftaran. Kegagalan pelajar berbuat demikian akan dianggap menolak tawaran dan tidak akan dipertimbangan untuk mendaftar.

6.0 Peringatan Kepada Pelajar

Pelajar adalah diminta menyedari akan tanggungjawab serta kesan Perlaksanaan Pekeliling ini seperti yang dinyatakan di atas dan di Lampiran I.

7.0 Kadar Yuran Pengajian

Kadar yuran pengajian adalah berdasarkan kadar yang sedang berkuatkuasa.

Page 8: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

8

8.0 Kuatkuasa Pekeliling Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Pejabat Bendahari, Universiti Malaysia Kelantan

Page 9: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

9

ARAHAN PEMBAYARAN YURAN 1. ARAHAN BAYARAN PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA

(a) Semua pelajar diwajibkan menjelaskan keseluruhan bayaran yuran seperti di (Lampiran II) melalui kaedah bayaran yuran seperti di (Lampiran III).

(b) Jumlah bayaran yang ditetapkan adalah seperti yang dinyatakan pada Jadual Bayaran Untuk Pelajar Lepasan STPM/Matrikulasi/Setaraf Bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda di Lampiran ll. Sila bawa bersama Bukti Pengesahan Pembayaran dan diserahkan di Kaunter Pejabat Bendahari pada hari pendaftaran.

(c) Pelajar yang baru mendapat tajaan/biasiswa dikehendaki memberikan satu salinan surat tajaan

semasa hari pendaftaran dan hendaklah menjelaskan semua yuran yang ditetapkan dalam slip penyata yuran yang disertakan kecuali yuran pelajaran pada hari pendaftaran.

2. LAIN-LAIN ARAHAN BAYARAN

(a) Sekiranya kemudahan Bank Islam Malaysia Berhad tiada/sukar diperolehi, pelajar boleh membuat bayaran melalui Bank Draf/Kiriman Wang atas nama “UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN” dengan menggunakan alamat seperti di bawah dan membawa Bank Draf/Kiriman Wang tersebut pada hari pendaftaran.

Bendahari Universiti Malaysia Kelantan Karung Berkunci 36 Kampus Kota 16100 Pengkalan Chepa NEGERI KELANTAN DARUL NAIM 3. LAIN-LAIN MAKLUMAT

Bagi pelajar baharu Universiti Malaysia Kelantan, mereka dikehendaki membuka akaun di mana-mana cawangan di Bank Islam Malaysia Berhad sebelum mendaftar dan mengisi borang permohonan mengkredit bayaran melalui Borang ABPB. Borang yang lengkap diisi dan salinan buku bank yang mengandungi maklumat nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank hendaklah diserahkan di Kaunter Pejabat Bendahari ketika pendaftaran.

Page 10: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

10

KALENDAR AKADEMIK SESI 2017/2018

SEMESTER SEPTEMBER

KALENDAR AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN SESI AKADEMIK 2017/2018

TARIKH PERKARA TEMPOH

5 SEPT 2017 (Selasa) Pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar Baharu 1 hari

6 SEPT – 9 SEPT 2017 (Selasa-Sabtu) Minggu Mesra Mahasiswa Pelajar Baharu 4 hari

6 SEPT – 7 SEPT (Rabu - Khamis) Pendaftaran Kursus Pelajar Kanan (Pendaftaran Wajib) 2 hari

10 SEP (Ahad) Cuti Gantian sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

1 Hari

SEMESTER SEPTEMBER SESI 2017/2018 (11 SEPT 2017 – 18 JAN 2018)

TARIKH PERKARA TEMPOH

MULA AKHIR

11 SEP (Isnin) 26 OKT (Khamis) Kuliah Semester September (Bahagian Pertama) 7 Minggu

16 SEP (Sabtu) 16 SEP (Sabtu) Hari Malaysia 1 Hari

17 SEP (Ahad) 17 SEP (Ahad) Cuti Gantian Hari Malaysia* 1 Hari

21 SEP (Khamis) 21 SEP (Khamis) Cuti Awal Muharram* 1 hari

18 OKT (Rabu) 18 OKT (Rabu) Hari Deepavali* 1 hari

27 OKT (Jumaat) 4 NOV (Sabtu) Cuti Pertengahan Semester September 9 hari

5 NOV (Ahad) 21 DIS (Khamis) Kuliah Semester September (Bahagian Kedua) 7 Minggu

11 NOV (Sabtu) 12 NOV (Ahad) Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan** 1 hari

17 DIS (Ahad) 23 DIS (Sabtu) Pra Pendaftaran Kursus Semester Februari Sesi 2017/2018

7 Hari

22 DIS (Jumaat) 30 DIS (Sabtu) Cuti Ulangkaji (Hari Krismas : 25 Disember 2017) 9 hari

31 DIS (Ahad) 18 JAN (Khamis) Peperiksaan Akhir Semester September Sesi 2017/2018 3 Minggu

19 JAN (Jumaat) 18 FEB (Ahad) Cuti Akhir Semester September Sesi 2017/2018 (Tahun Baru Cina 16 – 18 Februari 2017)

4 Minggu

31 JAN (Rabu) 31 JAN (Rabu) Mesyuarat J/Kuasa Tetap Senat Peperiksaan Semester September Sesi 2017/2018

1 hari

14 FEB (Rabu) 15 FEB (Khamis) Pendaftaran Kursus Semester Februari Sesi 2017/2018 (Pendaftaran Wajib)

2 hari

Nota : ( * ) Hari-hari cuti umum / negeri sepanjang Kuliah Bahagian Pertama ( ** ) Hari-hari cuti umum / negeri sepanjang Kuliah Bahagian Kedua

16 September 2017 – Hari Malaysia

11 November 2017 – Hari Keputeraan Sultan Kelantan

1 Disember 2017 – Maulidur Rasul

Page 11: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

11

a) SEMESTER FEBRUARI

SEMESTER FEBRUARI SESI 2017/2018 (19 FEB – 10 JULAI 2018)

TARIKH PERKARA TEMPOH

MULA AKHIR

19 FEB (Isnin) 5 APR (Khamis) Kuliah Semester Februari (Bahagian Pertama) 7 Minggu

6 APR (Jumaat) 14 APR (Sabtu) Cuti pertengahan Semester Februari 9 hari

15 APR (Ahad) 7 JUN (Khamis) Kuliah Semester Februari (Bahagian Kedua) 8 Minggu

1 MEI (Selasa) 1 MEI (Selasa) Cuti Hari Pekerja** 1 hari

29 MEI (Selasa) 29 MEI (Selasa) Cuti Hari Wesak** 1 hari

27 MEI (Ahad) 2 JUN (Sabtu) Pra Pendaftaran Kursus Semester September Sesi 2018/2019 (Pelajar Kanan)

7 hari

8 JUN (Jumaat) 18 JUN (Isnin) Cuti Ulangkaji / Cuti Hari Raya Aidilfitri 11 Hari

20 JUN (Rabu) 10 JUL (Selasa) Peperiksaan Akhir Semester Februari Sesi 2017/2018 3 Minggu

11 JUL (Rabu) 1 SEPT (Sabtu) Cuti Akhir Semester Februari Sesi 2017/2018 7 Minggu

15 JUL (Ahad) 15 JUL (Ahad) Mesyuarat J/Kuasa Tetap Senat Peperiksaan Semester Februari Sesi 2017/2018

1 hari

29 OGO (Rabu) 30 OGO (Khamis) Pendaftaran Kursus Semester Februari Sesi 2017/2018 (Pendaftaran Wajib)

2 hari

Nota : ( * ) Hari-hari cuti umum / negeri sepanjang Kuliah Bahagian Pertama ( ** ) Hari-hari cuti umum / negeri sepanjang Kuliah Bahagian Kedua

Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong – 28 Julai 2018 (Sabtu)

SEMESTER TAMBAHAN : 15 JULAI – 6 SEPTEMBER 2018 (8 Minggu)

TARIKH PERKARA TEMPOH

MULA AKHIR

17 JUN (Ahad) 18 JUN (Isnin) Pendaftaran Kursus Semester Tambahan Sesi 2017/2018 2 Hari

15 JUL (Ahad) 6 SEP (Khamis) Kuliah Semester Tambahan Sesi 2017/2018 (Termasuk Peperiksaan)

8 Minggu

Permulaan Sesi Akademik 2018/2019

2 SEP (Ahad) 2 SEP (Ahad) Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2018/2019

9 SEP (Ahad) 9 SEP (Sabtu) Pendaftaran Pelajar Kanan dan Kuliah Sesi 2018/2019

Page 12: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

12

MAKLUMAT KEPERLUAN SISWA APA YANG PERLU ANDA BAWA 1. Gambar berukuran passport sebanyak 4 keping. 2. Pakaian harian dan pakaian sukan yang sesuai dan tidak menjolok mata. 3. Keperluan kolej kediaman : 2 helai cadar berukuran katil bujang, 2 helai sarung bantal, bantal dan selimut. 4. Keperluan untuk solat termasuk sejadah, baju melayu kebangsaan lengkap bersampin dan songkok berwarna

hitam atau biru tua (pelajar lelaki Islam sahaja) 5. Pakaian sukan yang sesuai termasuk seluar panjang sukan (track bottom), ‘t-shirt’ berlengan pendek (lelaki),

‘t-shirt’ berlengan panjang (perempuan), kasut sukan dan stokin. 6. Kasut berwarna gelap dan stokin hitam untuk upacara rasmi. 7. Digalakkan menggunakan beg beroda untuk membawa barang-barang keperluan ke Pusat Pendaftaran dan

ke bilik kediaman. 8. Untuk setiap upacara rasmi Universiti pada waktu siang, semua pelajar lelaki diwajibkan memakai kemeja

putih berlengan panjang, bertali leher dan berseluar gelap. Manakala pelajar wanita beragama Islam berpakaian baju kurung putih, kain labuh berwarna gelap dan bertudung putih. Bagi pelajar wanita bukan Islam dikehendaki berpakaian baju lengan panjang putih berkolar dan memakai kain labuh berwarna gelap.

9. Pelajar lelaki hendaklah membawa :-

Kemeja lengan panjang berwarna cerah (sekurang-kurangnya 3 helai)

Seluar warna gelap

Stokin gelap, kasut kulit dan tali leher 10. Pelajar perempuan Islam, hendaklah membawa:-

Baju kurung

Tudung

Kasut bertumit dan bertutup yang selesa

Inner (baju) berwarna hitam 11. Pelajar perempuan bukan Islam :-

Baju lengan panjang yang labuh melepasi paras punggung

Kain labuh berwarna gelap

Kasut bertumit dan bertutup yang selesa

Page 13: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

13

SENARAI SEMAKAN SET TAWARAN UMK SESI AKADEMIK 2017/2018

ARAHAN : SILA BUAT SEMAKAN SEBELUM PENDAFTARAN KOLEJ, PROGRAM DAN KURSUS

BIL.

PERKARA

TINDAKAN

TANDAKAN ( / ) SEKIRANYA

TINDAKAN TELAH DIAMBIL

1.

A. DISERAHKAN SEMASA PENDAFTARAN KOLEJ Borang Maklumat Peribadi Pelajar (Kolej) (UMK 5)

a. Serahkan borang di kaunter yang berkenaan semasa pendaftaran

2.

3.

4.

B. DISERAHKAN SEMASA PENDAFTARAN PROGRAM

Pengesahan Bayaran Yuran Pengajian (Bukti Pengesahan Pembayaran)

Borang Butir-Butir Rekod Pelajar (UMKP1) *Cetakan 1 salinan daripada portal semakan setuju / terima http://admissionintake.umk.edu.my Borang Perakuan dan Permohonan Bayaran Melalui Bank

a. Telah dibuat pembayaran melalui BIMB

b. Sila serahkan salinan kedua

berwarna biru ke Kaunter Bendahari.

a. Telah disemak, diisi serta dibuat pembetulan (sekiranya ada).

a. Telah diisi dan ditandatangani

5.

6.

C. DISERAHKAN SEMASA PENDAFTARAN KURSUS

(FAKULTI) Sijil Asal dan satu salinan semua dokumen berikut:

i) Salinan Sijil SPM/SPMV atau setaraf ii) Salinan Sijil STPM iii) Salinan Sijil MUET iv) Salinan Kad Pengenalan v) Salinan Surat Beranak Pemohon, Ibu, Bapa

dan Penjaga vi) Salinan Sijil Berhenti Sekolah vii) Salinan Sijil UiTM, Matrikulasi/PASUM/Tahun

Asas UMK/Politeknik/IKM/Pertanian/Sijil-Sijil lain yang setaraf termasuk salinan transkrip semester akhir.

viii) Salinan Sijil Kegiatan Ko-Kurikulum ix) Surat Pengalaman Kerja (jika berkaitan)

Borang Maklumat Peribadi Pelajar (Fakulti) – (UMK 6)

a. Sila pastikan semua salinan

fotostat dokumen telah disah dan ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar, Pegawai Kerajaan Kumpulan 1, Wakil Rakyat, Jaksa Pendamai (JP), Ketua Jajahan, Ketua Bahagian atau Ketua Kampung.

a. Telah diisi dengan lengkap.

Page 14: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

14

PERINGATAN : Sila pastikan semua borang yang dinyatakan di atas dilengkapkan sebelum pendaftaran.

7.

8.

9.

10.

11.

Borang Perakuan Pelepasan Tanggungan – (UMK2a) Borang Ikrar Pelajar (UMK 4) Borang Jaminan Kewangan Bagi Penjamin Pertama (UMK 3a) dan Penjamin Kedua (UMK 3b) Surat Aku Janji Pelajar Pengakuan Mengenai Penyalahgunaan Dadah (UMK2)

a. Telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani ibu/bapa/ penjaga.

a. Telah diisi dan ditandatangani

di hadapan Pegawai Universiti – serahkan di Kaunter Fakulti.

i. Telah diisi dengan lengkap.

ii. Telah di’Matikan’ setem (calon

adalah bertanggungjawab untuk mematikan Setem Hasil di sudut kanan muka hadapan tiap-tiap Surat Jaminan Kewangan di mana-mana Pejabat Cukai sebelum mendaftar).

iii. Telah diserahkan ke Fakulti.

a. Telah ditandatangani (2 salinan)

(Satu versi bahasa)

b. Serahkan 1 salinan ke Fakulti a. Telah diisi dan ditandatangani.

Page 15: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

15

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON JIKA MENERIMA TAWARAN 1. Pemeriksaan Kesihatan Untuk Semua Pelajar a. Perkara Umum Untuk Makluman Dan Tindakan Semua Pelajar

(i) SEMUA pelajar adalah diwajibkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi

kemasukan ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

(ii) Bagi memudahkan dan mengurangkan kos urusan kemasukan ke Universiti, pemeriksaan

kesihatan akan dilakukan di Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Kelantan selepas anda

mendaftar sebagai pelajar di UMK.

(iii) Bayaran perkhidmatan ini hanyalah sebanyak RM40.00 sahaja dan dibayar pada tarikh

temujanji yang akan diberikan selepas proses pendaftaran selesai.

(iv) Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi 09 7717075 / 7079 pada waktu

bekerja.

2. Borang Slip Wang Tunai Masuk

a. Semua pelajar dikehendaki menggunakan borang slip wang tunai masuk BIMB dan membayar jumlah yang telah ditetapkan pada borang slip penyata yuran di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad atau menggunakan kaedah lain seperti di lampiran III.

b. Borang Slip Wang Tunai Masuk ini mengandungi 3 salinan:

(i) Salinan pertama berwarna putih (untuk pihak bank) (ii) Salinan kedua berwarna biru/merah (untuk salinan Pejabat Bendahari UMK) dan dibawa

pada hari pendaftaran. (iii) Salinan ketiga berwarna kuning (untuk simpanan pelajar)

c. Penerimaan dianggap sah dengan cetakan komputer cawangan BIMB pada borang wang tunai masuk.

d. Tarikh akhir bayaran melalui bank ialah sehari sebelum tarikh mendaftar seperti yang dinyatakan

dalam surat tawaran kemasukan. e. Pertanyaan mengenai pembayaran boleh dibuat melalui telefon 09-7717105 / 09 - 7717111.

Page 16: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

16

LAMPIRAN I PERKARA-PERKARA PENTING UNTUK DIAMBIL PERHATIAN/TINDAKAN OLEH PELAJAR 1. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar menjelaskan semua bayaran bagi setiap semester pada tarikh yang

ditetapkan mengikut Peraturan Pembayaran Pelajar sehinggalah mereka menamatkan pengajian di UMK. 2. Pengeluaran bil tuntutan kepada pelajar merupakan proses pentadbiran sahaja. Sekiranya pelajar tidak

menerima bil tuntutan, mereka masih tertakluk kepada tindakan mengikut Peraturan Pembayaran Pelajar para 3 yang telah diedarkan kepada pelajar.

3. Bil tuntutan pembayaran akan dikemukakan kepada pelajar selewat-lewatnya seminggu sebelum semester

bermula. Pelajar boleh menyemak senarai hutang berkenaan melalui portal pelajar. 4. Bil tuntutan pembayaran juga akan dikeluarkan kepada pelajar berpenganjur jika biasiswa/pinjaman mereka

belum diterima, untuk makluman/semakan/tindakan pembayaran (jika berkenaan). 5. Pelajar juga boleh meminta Pejabat Bendahari (Bahagian Terimaan dan Kewangan Pelajar) memberikan

maklumat keberhutangan mereka dengan bertanya di kaunter pelajar lebih awal atau sekiranya bil tuntutan hilang/tidak diterima.

6. Yuran/hutang yang perlu dijelaskan oleh pelajar meliputi semua bayaran termasuk yuran pengajian (Yuran

Pelajaran, Yuran Asrama, Yuran Perkhidmatan, Yuran Aktiviti, Yuran Khidmat Pelajar, Yuran Minggu Mesra Mahasiswa, Yuran Ko-Kurikulum, Yuran Pendaftaran, Yuran Alumni, Yuran Peperiksaan, Yuran Perkhidmatan Komputer, Yuran Khairat dan lain-lain termasuk Pinjaman Tabung).

7. Pelajar berpenganjur yang menerima biasiswa pelajaran mereka terus dari Penganjur akan dianggap sebagai

pelajar persendirian bagi maksud bayaran yuran yang ditetapkan dan tertakluk kepada tindakan yang dinyatakan terdahulu.

8. Pelajar yang memohon perlanjutan biasiswa melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan kelulusan

mengenainya tidak diperolehi sehingga tempoh pembayaran yang telah ditetapkan tamat, dianggap pelajar persendirian dan mereka dikehendaki menjelaskan sendiri semua yuran pengajian dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula.

9. Pelajar yang digantung pengajian dianggap telah menggunakan satu semester pengajian dan mereka

dikehendaki menjelaskan semua bayaran semester di mana pelajar telah mendaftar kursus, sebelum diterima meneruskan pengajian pada semester berikutnya.

10. Pelajar yang telah membuat pra pendaftaran atau pendaftaran sebenar kursus dan layak meneruskan

pengajian pada semester berikutnya tetapi tidak bercadang meneruskan pengajian mereka kerana menarik diri atau memohon penangguhan pengajian, dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pentadbiran Akademik (BPA) dengan segera untuk pelarasan rekod serta tindakan berkaitan. Pelajar yang gagal berbuat demikian (sebelum semester bermula atau sebelum tarikh akhir pendaftaran matapelajaran) masih dianggap sebagai pelajar berdaftar dan dikehendaki menjelaskan semua bayaran untuk semester berkenaan.

11. Pelajar kanan (para 2.2) dikehendaki menjelaskan bayaran yuran pada setiap semester sebelum pra-

pendaftaran kursus bermula. Semua pembayaran yuran perlu dijelaskan mengikut kaedah yang diberikan seperti dilampiran III dan tertakluk kepada kelulusan Bendahari, Universiti Malaysia Kelantan.

Page 17: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

17

LAMPIRAN II

JADUAL BAYARAN YURAN PELAJAR BAHARU PERINGKAT PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA SESI 2016/2017

PERKARA JUMLAH

BAYARAN BALIK BAGI PELAJAR MENARIK

DIRI SEKIRANYA DILULUSKAN DALAM

TEMPOH TIGA MINGGU.

A. Yuran Sekali Sepanjang Pengajian (Tidak Berulang)

i) Wang Hemat Diri ii) Yuran Pendaftaran iii) Yuran Ko-kurikulum iv) Kad Matrik v) Minggu Orientasi vi) Alumni vii) Yuran Keusahawanan viii) Buku struktur Kursus ix) Graduasi

B. Yuran Berulang (Per Semester)

i) Yuran Pengajian Fakulti Keusahawanan & Perniagaan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan ~ SCK ~ SCW Fakulti Senibina dan Ekistik Fakulti Perubatan Veterinar Fakulti Industri Asas Tani Fakulti Sains Bumi Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi

ii) Insurans Kelompok iii) Tabung Kebajikan Pelajar iv) Persatuan Mahasiswa Pelajar (PMUMK) v) Kegiatan Kolej Kediaman vi) Pengangkutan vii) Penginapan Pelajar viii) Kegiatan Pemajuan Pelajar ix) Yuran Komputer dan ICT x) Perkhidmatan Kesihatan xi) Perpustakaan

RM 100.00 RM 100.00 RM 300.00 RM 50.00

RM 300.00 RM 50.00

RM 100.00 RM 25.00

RM 300.00

RM 1,325.00

RM 950.00 RM 950.00

RM 1,150.00 RM 1,000.00 RM 1,150.00 RM 1,462.00 RM 1,150.00 RM 1,150.00 RM 1,150.00

RM 25.00 RM 25.00 RM 30.00 RM 20.00 RM 100.00 RM 400.00 RM 100.00 RM 200.00 RM 30.00 RM 50.00

RM 980.00

50 %

50% 50%

Page 18: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

18

* Catatan :Yuran di atas adalah tertakluk kepada perubahan jika ada.

Jumlah perlu dibayar semasa pelajar mendaftar:-

1. Fakulti Keusahawanan & Perniagaan 2. Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan 3. Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan

SCK SCW

4. Fakulti Senibina dan Ekistik 5. Fakulti Perubatan Veterinar 6. Fakulti Industri Asas Tani 7. Fakulti Sains Bumi 8. Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi

RM 3,255.00 RM 3,255.00

RM 3,455.00 RM 3,305.00 RM 3,455.00 RM 3,767.00 RM 3,455.00 RM 3,455.00 RM 3,455.00

Page 19: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

19

LAMPIRAN III

KAEDAH BAYARAN YURAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) __________________________________________________________________________________

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari tidak lagi menerima bayaran yuran pelajar (prasiswazah dan

pascasiswazah) secara tunai di Kaunter Pejabat Bendahari. Pelajar-pelajar yang ingin membuat bayaran yuran

DIKEHENDAKI menggunakan kaedah pembayaran seperti berikut:-

1. Pembayaran bil IPT melalui perbankan internet Bank Islam Malaysia Berhad (bankislam.biz)

2. Pembayaran bil IPT melalui Automatic Teller Machine (ATM) Bank Islam Malaysia Berhad

3. Pembayaran bil IPT melalui kaunter Bank Islam Malaysia Berhad

Bagi pelajar baharu yang tiada data di Bank Islam, pelajar digalakkan membuat bayaran secara Bank Draft / Bankers

Cheque ke atas nama UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN dan hendaklah diserahkan di Kaunter Pejabat

Bendahari di setiap kampus cawangan.

Dalam tempoh 7 hari bekerja selepas pembayaran dibuat, bukti pembayaran hendaklah dikemukakan sama ada

melalui fax di talian 09-7717102 atau emelkan ke alamat emel [email protected] atau diposkan ke alamat

seperti berikut :-

BIL PELAJAR ALAMAT KAMPUS

1. PRASISWAZAH & PASCASISWAZAH (KOTA BHARU)

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN, KARUNG BERKUNCI 36, KAMPUS KOTA PENGKALAN CHEPA, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN.

2. PRASISWAZAH & PASCASISWAZAH (BACHOK & JELI)

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KAMPUS JELI, KARUNG BERKUNCI 100, 17600 JELI, KELANTAN. PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KARUNG BERKUNCI 01 16300 BACHOK KOTA BHARU, KELANTAN.

3. PASCASISWAZAH (KUALA LUMPUR & SARAWAK)

MALAYSIAN GRADUATE SCHOOL OF ENTREPRENEURSHIP & BUSINESS(MGSEB) UNIVERSITY MALAYSIA KELANTAN KUALA LUMPUR CAMPUS LOT 1-3 ENTERPRISE 2 TECHNOLOGY PARK MALAYSIA

Page 20: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

20

BUKIT JALIL 57000 KUALA LUMPUR. (ATTN: FATIN HAMAMAH BINTI BURHANUDIN) MALAYSIAN GRADUATE SCHOOL OF ENTREPRENEURSHIP & BUSINESS (MGSEB) UNIVERSITY MALAYSIA KELANTAN LOT 12297, FIRST FLOOR JALAN SEMARAK PETRAJAYA 93050 KUCHING SARAWAK. (ATTN: MARILYNE KENDAWANG)

PERHATIAN !!! PEMBAYARAN MENGGUNAKAN SISTEM ‘CASH DEPOSIT MACHINE’ (CDM) DAN ‘INTERBANK GIRO’ (IBG) ADALAH TIDAK DIBENARKAN

Sekiranya pelajar mempunyai sebarang kemusykilan mengenai Penyata Kewangan, pelajar boleh berhubung

dengan kakitangan di Bahagian Terimaan dan Kewangan Pelajar di talian 09-7717105 / 7194.

Page 21: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

21

KAEDAH 1 : PEMBAYARAN BIL IPT MELALUI PERBANKAN INTERNET

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BANKISLAM.BIZ) __________________________________________________________________________________

LANGKAH 1 : Pelajar perlu mendaftar untuk mendapatkan akses ke bankislam.biz user

LANGKAH 2 : Layari laman web www.bankislam.biz dan klik ikon login untuk menggunakan

perkhidmatan internet.

LANGKAH 3 : Masukkan No. ID dan Password yang telah dipilih ketika mendaftar di medan yang

berkenaan. Tekan butang login.

LANGKAH 4 : Menu Internet Banking akan dipaparkan. Klik ikon “Bill Presentment” di menu utama

atau di menu “Payments / Services”.

LANGKAH 5 : Menu “Bill Presentment” akan dipaparkan untuk memasukkan maklumat pembayar

menerusi pilihan jenis ID / IC kepada ‘New IC Number” / “Passport Number” dan tekan butang

“Submit”.

LANGKAH 6 : Pilih nombor rujukan bayaran kepada UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN dari

senarai yang dipaparkan dan tekan butang “Pay” untuk menu seterusnya.

LANGKAH 7 : Semak semua maklumat pembayaran dan masukkan amaun yang ingin dibayar.

Setelah pasti semua maklumat adalah betul, tekan butang “Pay”.

LANGKAH 8 : Sahkan maklumat pembayaran sekali lagi dan tekan butang “confirm” untuk

mengesahkan pembayaran. Cetak skrin tersebut untuk disimpan sebagai rujukan

serta bukti pengesahan bayaran. Klik ikon logout untuk keluar dari laman web

setelah selesai membuat bayaran secara online.

LANGKAH 9 : Transaksi selesai dan dapatkan bukti urusniaga untuk simpanan dan emelkan ke

alamat emel [email protected] dalam tempoh 7 hari selepas pembayaran dibuat.

Page 22: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

22

KAEDAH 2 : PEMBAYARAN BIL IPT MELALUI AUTOMATIC TELLER MACHINE (ATM) BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD __________________________________________________________________________________ LANGKAH 1 : Lawati ATM Bank Islam

LANGKAH 2 : Masukkan kad ATM dan sahkan nombor PIN anda

LANGKAH 3 : Pilih menu “Lain-lain”

LANGKAH 4 : Pilih menu “Pembayaran Bil & Yuran IPT”

LANGKAH 5 : Pilih “Yuran IPT”

LANGKAH 6 : Pilih akaun pembayar (akaun yang akan didebitkan)

LANGKAH 7 : Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar

LANGKAH 8 : Pilih No. Bil (No. Matrik Pelajar)

LANGKAH 9 : Masukkan amaun dan sahkan amaun yang ingin di bayar.

LANGKAH 10 : Transaksi selesai dan dapatkan slip urusniaga untuk simpanan dan emelkan ke

alamat emel [email protected] dalam tempoh 7 hari selepas pembayaran dibuat.

Page 23: KANDUNGAN MUKA SURAT - admissionintake.umk.edu.myadmissionintake.umk.edu.my/attachment/SET_TAWARAN_KEMASUKA… · mengemukakan sebarang dokumen rasmi palsu dan pada mana -mana

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2017/2018

23

KAEDAH 3 : PEMBAYARAN BIL IPT MELALUI KAUNTER BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD __________________________________________________________________________________ Direktori: A = NAMA PELAJAR B = UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN C = YURAN PENGAJIAN

(TIDAK TERMASUK BAYARAN PELBAGAI / DENDA / YURAN PROGRAM / YURAN TESIS PERLU DIBAYAR DI KAUNTER PEJABAT BENDAHARI)

D = NO. KAD PENGENALAN E = JUMLAH

1. Slip pembayaran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan di kaunter Bank Islam untuk tujuan

pembayaran.

2. Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak Bank Islam sebanyak RM2.12

3. Peminjam perlu memastikan maklumat pembayaran adalah betul sebelum meninggalkan kaunter bank

terlibat.

4. Salinan pendua slip perlu disimpan dan emelkan ke alamat emel [email protected] dalam tempoh

7 hari selepas pembayaran dibuat.

A

B

D

C

E