kanak-kanak kurang upaya di malaysia - · pdf filekeperluan khas dalam masyarakat. saya tidak...

28
Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia Kajian mengenai pengetahuan, sikap dan amalan

Upload: nguyenbao

Post on 12-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

Kanak-kanakKurang Upayadi MalaysiaKajian mengenai pengetahuan,sikap dan amalan

Page 2: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

www.unicef.org/malaysia/

Ibu bapa kepada kanak-kanak kurang upaya

Seorang remaja tanpa ketidakupayaan

“Kita tidak seharusnya memanggil mereka cacat. Bagi saya, sebagai ibu bapa, saya tidak suka kalau anak saya dipanggil begitu. Bukannya kita mahu mereka dilahirkan macam itu. Mereka sendiri pun tidak mahu menjadi begitu. Namun demikian, kita perlu menerimanya, tetapi janganlah panggil mereka cacat, kasihan mereka, saya tidak mahu. …”

“Saya rasa orang Malaysia mempunyai pandangan agak negatif terhadap orang kurang upaya dan orang yang mempunyai keperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai pandangan negatif terhadap mereka, malah terdapat sebilangan orang yang melihat mereka sebagai manusia biasa... tetapi saya nampak ada yang mempunyai pemikiran amat negatif. Saya rasa orang-orang seperti itu perlu mendapat lebih banyak maklumat. Mereka perlukan pengetahuan dan pendidikan bagi mengubah pandangan mereka dan melihat orang-orang kurang upaya sebagai manusia juga. ...”

GlosariOKU Orang kurang upayaCacat Kurang upaya atau cacatPBK Pemulihan berasaskan komunitiOBK Organisasi berasaskan komunitiPSA Pengetahuan, sikap dan amalanNGO Organisasi bukan kerajaan

Page 3: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

03

Membentuk strategi untuk mengubah tingkah lakudan norma-norma sosial.

Mengapakahkajian ini dijalankan?

Menilai kepuasan hidup dan tanggapan kanak-kanak kurang upaya.

Menilai pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat terhadap kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak kurang upaya sendiri, dan rakan sebaya mereka.

Menganalisis sebab-sebab utamastigma dan diskriminasi yangdihadapi oleh kanak-kanak kurangupaya, dan pendorong mereka.

BILA?

Kajian inidijalankan antara

JANUARI- SEPTEMBER

2016

Kaji SelidikPerbincanganBerkumpulan

BAGA

IMANA?DI MANA?Kajian ini

dijalankan diSelangor,

Kelantan, Sabahdan Sarawak

TemudugaBengkelRemaja

Page 4: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

04

Mengapakahkajian ini dijalankan?

Secara keseluruhan,756 responden/peserta

Penjaga kanak-kanak kurang upaya

Pihak berkepentingan peringkat kebangsaan,

seperti kementerian kerajaan

Kanak-kanak dan remaja(dengan dan tanpa ketidakupayaan)

Ahli komuniti,seperti pemimpin komuniti dan agama, dan penjaga

kanak-kanak tanpa ketidakupayaan

Pembekal perkhidmatan,seperti pekerja kesihatan,

pekerja pemulihan berasaskan komuniti (PBK), dan guru

Page 5: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

05

Hanya 3 daripada 10 menganggap keadaan perihal tingkah laku dan mental sebagai

suatu ketidakupayaan.

Seperti hiperaktiviti,bersikap agresif, sukarmenumpu perhatian,

sukar belajar

Kurang 2 daripada 10 menganggap tingkah

laku pelik dan antisosial sebagai

suatu ketidakupayaan

Seperti sifat sukamemberontak,

melanggarundang-undang

Walaupun ini secara lazimnya diiktiraf sebagai kategori ketidakupayaan, bukan semua keadaan dianggap sebagai suatu ketidakupayaan oleh masyarakat lazim. Dalam kajian ini, kami mendapati bahawa tanggapan responden mengenai ketidakupayaan adalah seperti berikut:

Penglihatan

Pendengaran

Pembelajaran

Fizikal

Mental

PelbagaiPertuturan

seperti yang ditakrifkan olehKementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat

Apakah yang diketahui respondenmengenai kanak-kanak kurang upaya?

tidak mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai kanak-kanak kurang upaya

inginkan maklumatlanjut mengenai ketidakupayaan58% 87%

KategoriKetidakupayaan7

Secara purata,8 daripada 10 responden menganggap keadaan fizikal sebagai suatu

ketidakupayaan.

Seperti hilangpenglihatan, tidak

berupaya berjalan, hilang pendengaran sepenuhnya dan kecacatan anggota

badan

80% 30% 20%

Page 6: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

06

Penemuan:Responden mempunyai pengetahuanterhad mengenai punca sebenarketidakupayaan.Ramai tidak memahami apakah yang menyebabkan ketidakupayaan.Berikut adalah sebab-sebab yang dikenalpasti:

Kongenital

Genetik

Kemalangan

Penyakit

Kesalahan Ibu Bapa

Lain-lainTakdir/KarmaPersekitaranHukuman

Feng Shui Lemah

SumpahanSyaitan

Kehendak Tuhan

3.8%

3.2%

2.1%

2%

0.8%

0.1%

0.5%

0.3%

23.2%22%

17.8%

14.2%

10%

Page 7: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

07

Di manakah responden mendapatmaklumat mengenai ketidakupayaan?

Berikut adalahSumber maklumat yangteratas mengikut bidang4

Apakah perasaan respondenterhadap kanak-kanak kurang upaya?

Bandar Luar Bandar

Penemuan:Responden mempunyai pengetahuanterhad mengenai punca sebenarketidakupayaan.Ramai tidak memahami apakah yang menyebabkan ketidakupayaan.Berikut adalah sebab-sebab yang dikenalpasti:

Simpati

Takut

Ingin membantuBersyukur merekatidak mempunyaiketidakupayaan

Biasa (tiada perasaan tertentu)

Ingin mengelak

Perasaan lain

34%

3%

28%

17%

8%

1%

9%

TV

Internet

Surat Khabar

Radio

31%

23%

20%

11%

26%

25%

20%

11%

Page 8: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

08

“Lukisan ini memaparkan dua insan kurang upaya. Salah seorang daripada mereka tidak boleh berjalan kerana telah kehilangan kakinya dalam kemalangan manakala

seorang lagi dilahirkan buta. Mereka berada di taman permainan dan meminta bantuan dari orang lain. Kanak-kanak tanpa ketidakupayaan berasa sedih apabila

melihat budak lelaki yang berada atas kerusi roda sebab mereka kasihan pada beliau yang tidak dapat bermain bola sepak. Tetapi budak lelaki tersebut berasa gembira

mengenangkan masa lampau beliau bermain bola sepak sebelum kehilangan kakinya.”– Lukisan oleh budak-budak lelaki tanpa ketidakupayaan, Sarawak

Ibu bapa kepadakanak-kanak kurang upaya

“Kita tidak seharusnya memanggil mereka cacat. Bagi saya, sebagai ibu bapa, saya tidak suka kalau anak saya dipanggil begitu. Bukannya kita mahu mereka dilahirkan macam itu. Mereka sendiri pun tidak mahu menjadi begitu. Namun demikian, kita perlu menerimanya, tetapi janganlah panggil mereka cacat, kasihan mereka, saya tidak mahu. …”

Page 9: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

09

Sejauh manakah responden dapat menerima kanak-kanak kurang upaya?Adakah anda menggalakkan anak anda untuk berkawan dengan semua kanak-kanak, termasuk mereka yang kurang upaya? Kebanyakan ibu bapa yang mengambil bahagian dalam kajian ini membenarkan anak mereka bermain dengan kanak-kanak kurang upaya, bergantung pada jenis ketidakupayaan. Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan mental dan pembelajaran adalah antara mereka yang kurang diterima.

Kanak-kanakKurang Upayadi Malaysia

Ketidakupayaan yang paling diterima:ketidakupayaan pendengaran, pertuturan, fizikal dan pembelajaran

Kira-kira separuh daripada responden tidak mahu tinggal di

kawasan kejiranan yang sama dengan

kanak-kanak kurang upaya mental.

Kurang daripadasuku responden dapat menerima jika teman lelaki/teman wanita anak mereka

mempunyaiketidakupayaan

mental.

87% daripada responden tidak menerima anak

mereka berkahwin dengan seorang yang

mempunyai ketidakupayaan

mental.

Ketidakupayaan yang kurang diterima:ketidakupayaan mental dan pembelajaran

7 daripada 10 responden tidak

keberatan jika teman lelaki/teman wanita anak mereka ialah

seorang yang mempunyai

ketidakupayaan sedemikian.

6 daripada 10 responden tidak

keberatan jika anak mereka berkahwin

dengan seorang yangmempunyai mana-mana

ketidakupayaan ini.

9 daripada 10 responden tidak keberatan untuk

tinggal di kawasan kejiranan yang sama atau jika anak mereka berkawan baik dengan

kanak-kanak yang mempunyai salah satu

ketidakupayaan ini.

Page 10: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

10

Apakah pengalaman responden dengan ketidakupayaan?Kanak-kanak kurang upaya biasanya disembunyikan dan tidak dapat dilihat.

1 daripada 3berpendapat bahawa kanakkanak kurang

upaya ‘disembunyikandari masyarakat’

1 daripada 8berpendapat bahawa kanak-kanak kurang

upaya membawa rasa malu kepada

keluarga mereka

1 daripada 4berpendapat bahawa kanak-kanak kurangupaya membebankan

keluarga mereka

Seorang abang remaja kepadabudak lelaki yang mempunyaiPalsi Serebral, Sarawak

“Tiada sesiapa yang kurang upaya di sekolah, hanya adik saya sahaja. Adik saya berumur sembilan atau sepuluh tahun. Dia OKU. Dia tak pandai bercakap dan tak tahu mengira, tak tahu buat apa-apa lah... Dia pergi ke PBK. Saya rasa dia OKU. Saya rasa mempunyai ketidakupayaan ialah sesuatu yang menyedihkan dan tersisih.Sukar mempunyai adik yang OKU, kadang-kadang saya kesepian juga. Di belakang rumah saya ada sebuah gelanggang bola keranjang. Saya bermain bola keranjang di sana setiap hari tetapi saya seorang sahaja di seluruh kampung yang bermain bola keranjang. Saya kesepian. Saya ingin mempunyai adik biasa seperti orang lain... Saya ingin mempunyai peluang untuk mengajar adik ‘biasa’ saya bermain bola keranjang... Saya impikan bahawa bukan saya seorang sahaja yang bermain bola keranjang di belakang rumah saya. Ini sungguh sedih bagi saya.Kadang-kadang saya rasa malu. Apabila saya keluar bersama keluarga dan mereka membawa adik saya, saya tidak berjalan dengan mereka. Kadangkadang masyarakat yang membuat saya sedih, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mereka menjadi lebih terbuka. ...Saya rasa orang kurang upaya boleh menyumbang kepada masyarakat. Seperti dalam sukan, di mana saya menonton banyak video mengenai orang tidak mempunyai kaki yang mengambil bahagian dalam sukan Paralimpik. Dan mereka dapat menyumbang kepada permainan bola keranjang berkerusi roda di Amerika Syarikat.”

Page 11: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

11

Apakah kebimbangan masa depan untuk kanak-kanak kurang upaya?Kebajikan dan perlindungan ialah kebimbangan paling besar yangdihadapi oleh penjaga kanak-kanak kurang upaya.

“Saya dipukul sehingga berdarah.”– Lukisan oleh budak lelaki remajadengan Sindrom Down, Selangor

Ibu kepadaseorangkanak-kanakkurang upaya

“Saya pernah bertemu seorang ibu bapa yang berkata, ‘Saya rasa lebih baik kalau saya boleh hidup lebih lama daripada anak saya,kerana saya tak perlu fikir tentang siapa yang nak jaga dia’. Satu lagi ibu bapa berkata, ‘Apabila tiba masanya, saya akan membawanya bersama saya’, dan saya memahami maksudnya kerana anak lelaki beliau mempunyai autisme yang teruk. Beliau berkata, ‘Saya pernah lihat apa yang mereka lakukan... perkhidmatan yang mereka [rumah penginapan] sediakan, dan ia bukanlah kehidupan yang baik untuk anak saya. Walaupun dia mempunyai autisme yang teruk, saya tidak inginkan anak saya menghadapi kehidupan seperti itu’.”

Wakil pusat pemulihanberasaskan komunitidari Sabah

“Kita tidak tahu masa depan mereka... Katakan apabila kita meninggal dunia... apakah yang akan terjadi pada mereka?”

Page 12: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

12

Adakah kanak-kanak kurang upaya lebih terdedah?Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran dan masyarakat di keliling mereka sebab mereka ‘mudah dipengaruhi oleh orang lain’ dan ‘tidak tahu yang betul dari yang salah’. Kegiatan buli dan manipulasi dilaporkan sebagai perkara biasa bagi kanak-kanak kurang upaya.

Mereka diajar oleh rakan mereka yang berupaya untuk mengakses bahan lucah dan kandungan lainyang tidak sesuai melalui telefon bimbit mereka.

Penjaga kanak-kanak kurang upaya(seperti guru dan pekerja PBK) berkongsi pemerhatian mereka

Kanak-kanak kurang upaya dipaksa menghisap vape, merokok, menjual dadah, menonton bahan lucah dan, dalam sesetengahkes, melacur.

bersetuju bahawa mereka lebih berisiko terhadap penderaan seksual.

Pihak berkepentingan bersetuju bahawa kanak-kanak dengan Sindrom Down dan ‘pelajar lembam’ adalah yang paling terdedah kepada penderaan seksual.

67.2%

Mereka dilihat sebagai mudah untuk diusik, dibuli dan dipukul, dan juga terdedah kepada penderaan seksual seperti rogol.

Kanak-kanak kurang upaya sering dilihat sebagai sasaran mudah dan dipersalahkan kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mempertahankan dirimereka sendiri.

Page 13: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

13

10%

Q:

Adakah pendidikan untuk kanak-kanak kurang upaya senang diakses?Patutkah kanak-kanak kurang upaya mempunyai akses kepada pendidikan arus perdana? Pendapat yang diterima adalah berbelah-bahagi.

Tahap penerimaan kanak-kanak di sekolah, mengikut jenis ketidakupayaan

berkata bahawakanak-kanak perempuan ataupun lelaki kurangupaya tidak perlubersekolah.

daripadaresponden

Adakah ia mengganggu kanak-kanak untukbersekolah dengan kanak-kanakkurang upaya?

Secara purata,separuh daripadaresponden dapatmenerima

kanak-kanak kurang upaya fizikal di

sekolah.

Namun demikian, lebih daripada70% berpendapat bahawa kanak-kanak kurang upaya mental

tidak seharusnya berada di sekolah yang sama dengan kanak-kanak

tanpa ketidakupayaan.

Kira-kira separuhtidak keberatandengan kanak-kanakkurang upaya

pembelajaran disekolah.

7

SetujuTiada Jawapan

Tidak Setuju48.8%43.1%8.1%

80% 30% 20%

Page 14: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

14

Patutkah kanak-kanak kurang upaya belajar di sekolah yang sama dengan kanak-kanak tanpa ketidakupayaan?

Guru dalampendidikan Khas“Jika kanak-kanak kurang upaya mempunyai kemampuan dan keupayaan, mereka harus diberi peluang untuk belajar dalam pendidikan arus perdana.”

“Mustahil untuk mengajar kanak-kanak dengan dan tanpaketidakupayaan dalam kelas yang sama.Mereka sepatutnya diajar dalam kelas khas atau di sekolah khas.”

Guru dalampendidikan arus perdana

Page 15: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

15

Ibu kepada anaklelaki kurang upaya fizikaldi Sabah

“Saya membawa dia [anak saya] ke sekolah. Saya pergi ke sekolah ini kerana ia berhampiran dengan rumah saya, dan saya benar-benar ingin hantarnya ke sekolah itu. Saya tahu anak saya ingin belajar, jadi saya membawanya ke sana. Tetapi guru besar sekolah tersebut berkata, ‘Kami tidak menerima kanak-kanak jenis ini’. Saya menjawabnya dan terus bertanya, ‘Apakah anda bermaksud dengan JENIS INI?’Guru besar tersebut kemudian berkata, ‘Semua pelajar saya adalah biasa tetapi anak anda adalah macam itu, dan kami tidak menerima kanak-kanak jenis ini.’ Saya bercakap dengan terus terang dengan guru besar sebab saya ingin tahu apa yang beliau maksudkan dengan ‘kanak-kanak jenis ini’. Guru besar pula tidak ingin bercakap dengan saya. Dia membuka pintu dan terus keluar. Kemudian saya pergi ke sekolah lain dan meminta tempat untuk anak saya. Mereka juga berkata bahawa sekolah itu juga tidak mahu menerima kanakkanak jenis ini. Mereka kata saya perlu mencari sekolah yang akan menerima anak saya, dan pergi ke sekolah tersebut. Seorang lagi guru besar meminta saya pergi ke jabatan kebajikan untuk bertanya mengenai sekolah yang boleh dihadiri oleh anak saya. ..”

3%

1%

9%

Page 16: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

16

Kanak-kanak Kurang Upaya: Bagaimanakah mereka dilihat?Adakah responden mempunyai maklumat mencukupimengenai kanak-kanak kurang upaya?

Membesar sebagai seorang kanak-kanak kurang upaya.

5 daripada 10responden tidak

mempunyai maklumatmengenai kanak-kanak

kurang upaya.

Namun demikian, 87% inginkan lebih maklumat

mengenai ketidakupayaan.

3 daripada 5tidak menganggap

masalah pembelajaran sebagai suatu

ketidakupayaan.

3 daripada 10berkata bahawa

kanak-kanak kurangupaya disembunyikan.

6 daripada 10bersetuju bahawa

kanak-kanak kurang upaya mempunyai risiko penderaan

seksual yang lebih tinggi.

1 daripada 10tidak berasa selesa

bekerja dengan seorang yang mempunyai

ketidakupayaan.

Page 17: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

17

Pendidikan untuk kanak-kanak kurang upaya.

4 daripada 10bersetuju bahawa ia

mengganggu kanak-kanak yang berada di sekolah

yang sama dengan kanak-kanak kurang

upaya.

Hanya 16%dapat menerima kanak-kanakkurang upaya mental untuk

berada di sekolah.

Kekangan kewanganmenghalang kanak-kanak kurang upaya

dan adik-beradiknya menghadiri sekolah.

Lebih daripada separuh berpendapat bahawa

kanak-kanak kurang upaya mempunyai

kemungkinan yang lebih tinggi untuk didera.

Sebilangan respondenberpendapat bahawamengikat ataumengawal kanak-kanak kurang upaya boleh diterima.

Sebilangan respondenberpendapat bahawamereka perlukanmakanan yangkurang daripadakanak-kanak lain.

Kurang upaya mental mempunyai stigma paling tinggi.

Hanya 58% akantinggal dalamkawasan kejirananyang sama dengankanak-kanak kurangupaya mental.

Hanya 6% akanmenerima anakmereka mendapatteman lelaki atauteman wanita yangkurang upaya mental.

Apakah halangan yang dihadapi oleh kanak-kanak kurang upaya?

Diskriminasi dan stigma dikaitkan kepada orang yang mempunyai kad OKU.

Kekurangan infrastruktur di kawasan awam.

Pengangkutan yangterhad dan mahal.

60%6% 13%

Kanak-kanak kurang upaya menghadapi lebih risiko penderaan.

Page 18: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

18

Betapa mudahkah akses perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada kanak-kanak kurang upaya?

Penjaga berkongsi pengalaman mereka mengatakan pekerjakesihatan dianggap kurang sensitif dan tidak profesionalkerana kurang kesedarandan latihan.Pendidikan

KhasPenjagaanKesihatan

KebajikanSosial

Lain-lainPemulihan (PBK) Infrastruktur

awam

Menurut responden kaji selidik, beberapa perkhidmatan khas disediakan untuk kanak-kanak kurang upaya

[Penjaga kesihatan] “tidak dapat memberi masa dan perhatian yangdiinginkan oleh setiap pesakit, dan mereka juga menghadapi pelbagaikekangan.”

Seorang penjaga

kekurangan penjagaan khas masa menunggu yang lama

bekalan alat bantuan yang terhad tempoh rundingan yang pendek

pengedaran dan liputan perkhidmatan yang ditawarkan adalah tidak saksama

Kekangan yang dihadapi dalamperkhidmatan penjagaan kesihatan adalah

Kanak-kanak kurang upaya mempunyai keperluan penjagaan kesihatan yang tertentu. Secara amnya, pekerja kesihatan adalah ‘titik hubungan pertama’ mereka dan dianggap sebagai hab maklumat mengenai kesihatan dan ketidakupayaan.

28%25%

8%9%

16%14%

Page 19: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

19

Apakah kekangan yang dihadapi pada masa kini?

Pengedaran PBK di Sabah dan Sarawak ‘masih ketinggalan’ berbanding Semenanjung Malaysia

Kekangan pengangkutan dan kewangan untuk mengakses penjagaan di kawasan luar bandar

Penjagaan pakar yang disediakan di pusat PBK kerajaan tidak mencukupi, berkualiti rendah, dan tidak mempunyai kesinambungan dalam penjagaan

Latihan yang tidakmencukupi & kadar pusing ganti yang tinggi untukpekerja PBK

Pusat pemulihan berasaskan komuniti (PBK) menyediakan ruang yang penting untuk penyepaduan, rangsangan dan pembelajaran kanak-kanak kurang upaya.

Betapa bergunakah perkhidmatan pemulihan berasaskan komuniti (PBK) kepada kanak-kanak kurang upaya?

Kemajuan positif yang dilaporkan selepas menghadiri pusat PBK termasuk:

Pekerja PBK bukan sahaja memberi sokongan kepada kanak-kanak, tetapi juga kepada keluarga dalam bidang berikut:

Pekerja PBK bersetuju penambahbaikan diperlukan dalam bidang berikut

SosialisasiPembangunankemahiran

Pengurusansendiri

Teknikpenjagaanrumah Maklumat mengenai

sumber-sumber utama

Penilaian kemajuandan pencapaiankanak-kanak

Peluanglatihan

Pengalamanteknikal

Insentif

Pengiktirafan

Page 20: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

67.2%

20

11% tidak selesa bekerja dengan orang kurang upaya

Akibatnya, pekerjaan dalam sektor korporat dianggap sebagai tidak realistik/tidak bolah dicapai.

Diskriminasi ditempat kerja

Peluang pekerjaan yang terhad Sokongan terhad

di tempat kerja

Gaji yang kurang

Apakah prospek pekerjaan untuk remaja kurang upaya di Malaysia?

Orang memandang rendah apabila anda tidak mempunyai pekerjaan,

tidak dapat sara diri sendiri, tidak dapat memenuhi peranan anda dalam

masyarakat, tidak boleh menyumbang kepada

komuniti atau masyarakat.

Ini adalah kepercayaan umum yang dipegang oleh orang yang ada atau tiada

ketidakupayaan. Namun demikian, ia dianggap bahawa latihan tambahan atau peningkatan kemahiran tidak

disediakan untuk membimbing remaja kurang upaya menghadapi

peringkat dewasa dan juga di tempat kerja.

Page 21: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

21

Pekerjaan adalah amat terhad untuk OKU [Orang Kurang/KelainanUpaya]. Seperti saya, saya telah menghadiri banyak temuduga. Sebab mereka [tidak memberi saya pekerjaan] ialah kerana mereka inginkan orang biasa. Saya juga pernah fikir, jika mereka hanya inginkan orang biasa yang boleh melihat, maka apakah kerja yang harus dilakukan oleh OKU? Kami tidak boleh menjual tisu dan membuat urutan sahaja. Kami juga ingin mengalami bekerja di pejabat, atau apa-apa kerja lain yang dilakukan oleh orang biasa... Iasedih bahawa kerajaan tidak begitumenghiraukan mengenai aspek pekerjaan OKU.

Seorang peserta cacatpenglihatan di SelangorApakah yang kanak-kanak

kurang upaya inginkanuntuk diri merekasendiri?

6 bidang penambahbaikan teratas untuk kanak-kanak kurang upaya, menurut responden

Mendapatpendidikantinggi

Mendapat pekerjaanyang stabil

Mempunyai keluargamereka sendiri

Tigaaspirasiutama:

1 Menambahkan bantuan kewangan 19%2 Peluang pendidikan yang lebih baik 18%3 Pemulihan berasaskan komuniti (PBK) 14%4 Perkhidmatan perubatan yang lebih baik 13%5 Kumpulan sokongan 12%6 Latihan vokasional yang lebih baik 11%

Sebaliknya, sekumpulan dewasa dengan Sindrom Down yang mengambil bahagian dalam kajian di Selangor tidak bimbang tentang pekerjaan dan yakin bahawa mereka akan bekerja di ‘McDonalds’, di ‘Stesen minyak Petronas’ atau di ‘pejabat besar’.

Page 22: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

22

4 kekangan teratas yang dihadapi oleh kanak-kanak kurang upaya menurut responden

• Proses untuk memohon dan mendapatkan kad OKU dianggap sebagai rumit dan memakan masa.

1) Pendaftaran kanak-kanak kurang upaya

• Kawasan luar bandar mempunyai masalah pengangkutan yang lebih besar akibat jarak ke perkhidmatan.

• Penjaga yang tidak mempunyai kenderaan mereka sendiri menanggung kos yang lebih tinggi.

• Pelaksanaan dan pengawalan tempat letak kereta bagi orang kurang upaya merupakan suatu kebimbangan.

• Diskriminasi daripada pemandu bas dan teksi menjadikan pengangkutan awam sebagai satu cabaran.

3) Kekangan pengangkutan

2) Kekangan kewangan• Perbelanjaan untuk kanak-kanak kurang upaya termasuk

pengangkutan khas, bil perubatan, makanan tambahan kesihatan, lampin, dan alat bantuan.

• Penjaga sepenuh masa menerima elaun ketidakupayaan yang terhad, oleh itu meningkatkan lagi beban kewangan.

• Ini boleh menjejaskan kehadiran ke sekolah atau perkhidmatan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya dan adik-beradiknya.

• Kekangan infrastruktur seperti tiada lif, tanjakan tangga, atau bilik mandi yang diubah suai dan lain-lain ialah kekangan utama untuk dimasukkan.

• Kekurangan perancangan membuat tempat awam tidak dapat diakses oleh kanak-kanak kurang upaya.

4) Kekangan fizikal/infrastruktur

Page 23: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

23

Bagaimanakah boleh kita menangani stigma, diskriminasi dan pendedahan yang dihadapi oleh kanak-kanak kurang upaya hariini? Dengan mengubah sikap kami terhadap mereka...

Berikut adalah beberapa cadangan utama yang diajukan oleh responden dan pihak berkepentingan:

Bagaimanakah boleh kita wujudkan masyarakat yang lebih inklusif?

Kanak-kanak dan remajatanpa ketidakupayaan

Penglibatan komuniti

Aktiviti-aktiviti bertumpukankanak-kanak untuk mengubahnorma sosial

Platform bagi remajamenyuarakan idea dan pendapat merekaBahan-bahan dan media

sosial yang bertumpukan remaja

Mewujudkan kesedaranmengenai toleransisifar untuk diskriminasi

Mengetengahkan orang kurang upaya dengan melibatkan duta berprofil tinggi

Menggunakan bahasa yang diseragamkan dan boleh diterima secara konsisten

Perkongsian Organisasi berasaskan komuniti dan NGO untuk memulakan dan melaksanakan inisiatif.

Page 24: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

24

Penjaga kanak-kanakkurang upaya

Pendidikan penjaga, melaluikumpulan belajar dan platform maya

Kumpulansokongan

Model peranan danmenggalakkanpengalaman positif

Forum sokongan rakan ke rakan untuk menyatukan kanakkanak dan remaja dengan dan tanpa ketidakupayaan

Memperkenalkan duta kurang upaya sebagai model peranan positif

Mengkaji impak keganasan, penderaan dan manipulasi dalam talian ke atas kanakkanak dan remaja kurang upaya di MalaysiaPenyertaan konstruktif oleh

kanakkanak dan remaja kurang upaya untuk merancang, membentuk dan melaksanakan program

Mengetengahkan kanak-kanak dan remaja kurang upaya

Kanak-kanak dan remajakurang upaya

Page 25: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

25

Meningkatkan kerjasama antara agensi dari segikesihatan, pendidikan,pemulihan dan perlindungan

Penggunaan bahasadan terminologi yang seragam dan konsisten dalam strategi komunikasi

Meningkatkaninfrastruktur dibangunan awam untuk orang kurang upaya

Memudahkan danmenyeragamkanproses pendaftaran

Menyediakanpendidikan inklusifuntuk kanak-kanakkurang upaya

Memperkukuhkanpolisi kebangsaan danmengekalkan piawaianantarabangsa

Penglibatan sektorswasta melaluitanggungjawab sosialkorporat

Meningkatkan penjagaan kesihatan untuk kanak-kanakkurang upaya

Rundingan pelbagai pihak dengan pihak yang mempunyai kepentingan yang berlainan

Cadangan peringkat kebangsaan

Page 26: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

26

Pembekalperkhidmatan

Latihan dalam pencegahan,pengesanan awal, diagnosis dan bantuan perubatan.

Sediakan bimbingankepada penjaga

Amalkan kod tingkah laku etika yang mantap.

Meningkatkan pengetahuan mengenai ketidakupayaan,perkhidmatan dan sumber.

Pekerja kesihatan

Mengiktiraf isuisu pembangunan dengan secepat mungkin.

Memberi keutamaan kepada organisasi berasaskan komuniti dan NGO yang berkenaan.Guru dalam pendidikan

inklusif, bersepadu dankhas dimaklumkanmengenai manfaatpendidikan inklusif.

Diperkasakan untuk membentuk rancangan pendidikan peribadiuntuk kanak-kanak kurang upaya.

Bimbingan pekerjaan dan kerjaya untuk kanak-kanakkurang upaya.

Latihan dalam kaunselingdan sokongan psikososial.

Latihan dalam kaunselingdan sokongan psikososial.

Semua sekolah bolehdiakses oleh kanakkanakkurang upaya.

Latihan ulang kaji yang berkala.

Page 27: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

27

Perkhidmatan kebajikan sosial

Dilengkapi denganpengetahuanyang diperlukan

Sumber yang mencukupidengan peralatan yang diperlukan

Perkaitan yang lebih kukuhkepada perkhidmatan perubatan dan pendidikan

Menambahkanbilangan pekerjaPBK Menawarkan penjagaan

pemulihan di rumah

Gaji yang sewajarnyaLatihan yang diseragamkan dan latihan ulang kaji yang berkala

Page 28: Kanak-kanak Kurang Upaya di Malaysia - · PDF filekeperluan khas dalam masyarakat. Saya tidak mengatakan ... Kanak-kanak kurang upaya dilihat sebagai terdedah kepada persekitaran

“Dalam gambar ini saya sedang mengajar kawan saya yang buta untuk bermain permainan komputer dan juga berjalan dengannya.

Dia memakai cermin mata hitam supaya orang lain tidak memperlinya. Ramai orang suka mempersendakan orang kurang upaya.”

– Lukisan oleh seorang budak lelaki tanpa ketidakupayaan, Sarawak

Diterbitkan pada 2017

#ThisAbility