kamil gci-1

Upload: muhammad-kamil

Post on 04-Mar-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gci

TRANSCRIPT

Nasib Muslim Myanmar-utusan onlineOleh JUANI MUNIR ABU BAKARGambar FARID JANUDIN

Pendidikan kanak-kanak Rohingya terus terabai disebabkan konflik berpanjangan yang berlaku di negara itu. - Gambar hiasanUMAT Islam Myanmar kini berhadapan masalah pembersihan etnik oleh kerajaan tentera negara itu sehingga menyebabkan mereka menerima pelbagai ancaman termasuklah dibunuh secara zalim, tragis dan tidak berperikemanusiaan.Walaupun baru-baru ini dikejutkan dengan konflik pembersihan etnik di negeri Rakhine yang terletak di barat Myanmar, namun kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku terhadap umat Islam negara itu. Tragedi berkenaan merupakan lanjutan daripada beberapa peristiwa yang telah menimpa mereka sebelum ini.Hal ini dilihat dengan masjid dan surau dibakar. Malah wanita digantung dan dibakar hidup-hidup.Hal itu menyebabkan ribuan umat Islam terkorban akibat daripada tindakan tanpa belas kasihan.Akhirnya umat Islam di Myanmar terpaksa hidup merempat persis dalam buangan di negara sendiri. Ada juga segelintir yang teraniaya itu mengambil keputusan nekad melarikan diri ke negara lain seperti Malaysia.Namun, tindakan itu hanya dapat meredakan kerisauan terhadap ancaman nyawa, sebaliknya di negara baru itu mereka terpaksa pula berhadapan dengan masalah kewangan, tempat tinggal dan sebagainya.Polemik yang tiada kesudahan itu hanya dapat diselesaikan jika mereka diberikan bantuan oleh negara-negara Islam lain selain memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar supaya menghentikan konflik tersebut.Sebaliknya menurut bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, selain dua perkara itu, soal peluang pendidikan harus diutamakan agar masyarakat Islam Myanmar hidup dalam berpengetahuan.Melalui pendidikan ujar beliau, perkara itu bakal membuka peluang dalam sektor ekonomi, pekerjaan dan sebagainya lalu memberi kesan kepada kelangsungan kehidupan umat Islam Myanmar."Kini tiba masanya untuk dibuka peluang pendidikan kepada masyarakat Islam Myanmar agar mereka mendapat pelbagai manfaat dan hasil daripada perkara tersebut."Pelaburan pendidikan itu akan mengubah nasib mereka selain menyelesaikan konflik melalui cara diplomasi," kata Abdullah ketika menyampaikan ucaptama forum antarabangsa bertajukNasib MuslimBurma Pada Abad Ke-21: Inisiatif Penyelesaian dan Jalan Kehadapananjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Dalam pada itu, konflik umat Islam Myanmar seharusnya ditangani segera dengan mencari kaedah dan jalan penyelesaian serta jawapan kepada masalah berlarutan sejak sekian lama itu.Abdullah yang merupakan Penaung IAIS berkata, konflik berpanjangan itu perlu diatasi melalui saluran diplomasi sekiranya setiap pihak berbincang untuk mencari jalan terhadap masalah tersebut.Sehubungan itu, beliau menggesa supaya konflik itu dibawa ke dalam Asean yang dianggotai oleh 10 negara Asia Tenggara."Namun bukan mudah untuk menyelesaikan konflik itu melainkan jika semua bekerjasama," kata Abdullah.Beri tekananSuara sama turut dilontarkan oleh salah seorang panel forum iaitu Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST),Dr. Chandra Muzaffardengan menggesa agar negara-negara ASEAN supaya memberi tekanan kepada Myanmar untuk menghentikan kekejaman kepada umat Islam di negara itu.Chandra berkata ASEAN harus diberi tanggungjawab untuk menangani isu tersebut dalam misi mengubah umat Islam Myanmar.Beliau turut bersetuju dengan pendapat bekas Perdana Menteri itu agar isu itu diselesaikan melalui saluran diplomasi berbanding kekerasan kerana tindakan tersebut sebenarnya mengeruhkan lagi keadaan."Dalam soal ini semua pihak boleh memainkan peranan termasuk anggota masyarakat sivil bagi menggesa kerajaan masing-masing untuk menekan kerajaan Myanmar."Melalui cara ini, isu berpanjangan itu boleh diselesaikan," kata Chandra.Terdahulu, beliau berkata walaupun kerajaan Myanmar kini melakukan pelbagai perubahan daripada segi politik dan ekonomi, namun mereka tetap mempunyai pemikiran rejim ala tentera setelah mengamalkannya sejak sekian lama.Jelas beliau, tindakan itu tidak bermakna mereka telah melakukan perubahan dan hal ini termasuklah nasib yang menimpa umat Islam Myanmar.Kata penganalisis itu, kerajaan Myanmar sebelum mengadakan pilihan raya dengan membenarkan pemimpin pro-demokrasi, Aung San Suu Kyi dan lain-lain perubahan namun mereka tetap mengamalkan pemikiran rejim ala tentera.Forum sehari itu turut menampil empat panel lain iaitu Penasihat Khas Komuniti Muslim Burma, Saw Clo Saydan Koordinator Program, Komuniti Pelarian Rohingya Arakan (RARC), Mohammad Sadek.Selain mereka, panel lain adalah Felo Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Dr. Maung Zarni dan Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohammad Raimi Ab. Rahim.

Artikel Penuh:http://ww3.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130625/ba_03/Nasib-Muslim-Myanmar#ixzz2aUli0MVQ Utusan Melayu (M) Bhd