kajian tindakan sekolah rendah

14
Contoh Kajian Tindakan (masalah penulisan) MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS BENTUK DALAM BAHASA MALAYSIA BAGI MURID TAHUN 1 OLEH: CIK.MARIAYEE A/P SUPPIAH SJK TAMIL SUNGAI SALAK 71010 LUKUT, NSDK PANITIA BAHASA MALAYSIA 2011 PENGHARGAAN Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya kajian tindakan yang bertajuk MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS BENTUK HURUF DALAM BAHASA MALAYSIA BAGI MURID TAHUN 1 dapat disempurnakan. Saya memilih tajuk ini diatas beberapa sebab. Sebab utamanya ialah membentuk displin penulisan. Kebanyakan guru Bahasa Malaysia kurang memberikan perhatian dalam perkara ini. Melalui kajian ini semua pihak memahami tentang bentuk huruf adalah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Sepanjang proses pelaksanaannya, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberikan kepercayaan kepada Panitia Bahasa Malaysia bagi menjalankan kajian ini untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Saya sangat berhutang budi kepada Encik M.Krishnamoorthy (Guru Besar), Cikgu A.Manoharan dan Puan R.Paramewari yang telah membantu saya dalam segala aspek kajian. Selain daripada itu, mereka juga menjadi fasilitator dalam kelas serta menyampaikan laporan pada saya dalam waktu yang ditetapkan. Semoga dengan adanya kajian tindakan ini dapatlah ia dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak yang memerlukannya pada masa-masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Upload: prabu-sanasi

Post on 17-Feb-2015

1.445 views

Category:

Documents


127 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan khas guru sekolah rendah bagi Bahasa Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Sekolah Rendah

Contoh Kajian Tindakan (masalah penulisan)MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS

BENTUKDALAM BAHASA MALAYSIA   BAGI MURID

TAHUN 1

OLEH:CIK.MARIAYEE A/P SUPPIAHSJK TAMIL SUNGAI SALAK

71010 LUKUT, NSDK

PANITIA BAHASA MALAYSIA 2011

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya kajian tindakan yang

bertajuk MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS BENTUK HURUF DALAM BAHASA MALAYSIA BAGI MURID

TAHUN 1 dapat disempurnakan.

Saya memilih tajuk ini diatas beberapa sebab. Sebab utamanya ialah membentuk displin penulisan.

Kebanyakan guru Bahasa Malaysia kurang memberikan perhatian dalam perkara ini. Melalui kajian ini semua pihak

memahami tentang bentuk huruf adalah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.

Sepanjang proses pelaksanaannya, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang

telah memberikan kepercayaan kepada Panitia Bahasa Malaysia bagi menjalankan kajian ini untuk memantapkan

lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.

Saya sangat berhutang budi kepada Encik M.Krishnamoorthy (Guru Besar), Cikgu A.Manoharan dan  Puan

R.Paramewari yang telah  membantu saya dalam segala aspek kajian. Selain daripada itu, mereka juga menjadi

fasilitator dalam kelas serta menyampaikan laporan pada saya dalam waktu yang ditetapkan.

Semoga dengan adanya kajian tindakan ini dapatlah ia dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak yang

memerlukannya pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Page 2: Kajian Tindakan Sekolah Rendah

SJK TAMIL SUNGAI SALAK, LUKUT

AHLI JAWATANKUASA KAJIAN TINDAKAN 2011

PENASIHAT                :         EN. M.KRISHNAMOORTHY (GB)PENGERUSI                :         EN.A. MANOHARAN  (GPK1)PENYELIDIK                :         CIK.S.MARIAYEE (KETUA PANITIA B.MALAYSIA)

AJK                             :       PN.R.PARAMESWARI (GURU B.MALAYSIA TAHUN 2)

PN.M.PARIMALA (GURU B.MALAYSIA TAHUN 3)

                                                PN. PM.SHIELA (GURU B.MALAYSIA TAHUN 4)

                                                CIK.K.SARALA (GURU B.MALAYSIA TAHUN 5)

                                                EN.K.SATHYA PRABU(GURU B.MALAYSIA TAHUN 6)

                                                CIK. R.PAVITRA DEVI(GURU B.MALAYSIA TAHUN 1)

1.0   ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji punca masalah tulisan tidak kemas seorang murid pemulihan yang

bernamaTumresh. Beliau merupakan seorang murid yang dimasukkan ke kelas Pemulihan Khas disebabkan tulisan

yang tidak kemas. Kajian ini dijalankan berdasarkan kajian terdahulu yang dilaksanakan oleh Levine (1987) serta

Pressey dan Pressey (1926). Saya telah melaksanakan beberapa tindakan iaitu mengajar cara memegang pensel

dengan betul, menulis dengan postur badan yang betul, serta menyediakan banyak latihan menulis.

Saya menfokuskan bentuk tulisan yang betul dan kemas. Tinjauan awal yang dibuat melalui pengumpulan data

menunjukkan bahawa murid kurang peka terhadap kepentingan bentuk  semasa menulis sesuatu ayat. Oleh itu, saya

menggunakan sistem tiga garisan untuk mensifarkan kesalahan bentuk semasa menulis. Saya dengan bantuan AJK

telah merancang beberapa langkah. Pelaksanaan langkah-langkah tersebut dapat memberikan satu keputusan yang

baik berbanding sebelumnya. Murid-murid tersebut juga menunjukkan sikap lebih positif dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

            Masalah tulisan yang tidak kemas bagi seseorang murid akan menyebabkan proses pengajaran dan

pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Saya seorang guru Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil Sungai Salak, Lukut. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah Gred B yang  mempunyai kira-

kira 150 orang murid. Terdapat seramai 12 orang guru di sekolah ini. Sekolah ini mempunyai 7 buah kelas biasa.

Page 3: Kajian Tindakan Sekolah Rendah

Pada awal tahun ini, saya telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk kelas

Tahun 1. Bagaimanapun untuk kelas Bahasa Melayu Tahun 1, masalah yang menjadi fokus saya adalah masalah

tulisan murid yang tidak kemas. Walaupun kebanyakan murid telah menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Jumlah murid yang agak ramai sehingga mencecah 25 orang dalam sekelas menyebabkan saya tidak dapat

memberikan tumpuan kepada setiap murid. Murid-murid yang tidak mendapat tumpuan inilah yang kadang-kadang

keciciran di dalam proses pembelajaran.

Dalam kajian ini, saya menengahkan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang murid dari kelas Tahun 1.

Masalah yang dihadapi oleh kelas tersebut ialah tulisan cakar ayam. Tulisan mereka buruk, bengkang bengkok, tidak

menulis mengikut garisan yang terdapat pada buku latihan dan saiz antara perkataan tidak sama. Tulisan mereka

juga sukar untuk dibaca. Antara kesilapan gaya penulisan yang sering didapati dalam kalangan murid ini ialah cara

memegang pensel yang tidak betul, kedudukan tangan dan buku yang tidak betul, saiz antara perkataan yang tidak

konsisten, ruang antara perkataan yang tidak tepat dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul.

Kajian tindakan yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid dalam kelas Tahun 1,

menulis dengan teratur dan kemas. Kaedah ansur maju merupakan kaedah murid mempelajari kemahiran menulis

secara beransur-ansur yang bermula dengan langkah paling asas dan kemudian beralih kepada langkah yang lebih

sukar sehingga mereka menguasai kemahiran menulis. Beberapa instrumen seperti soalan temu bual, borang soal

selidik, borang taburan keputusan murid dan borang pemerhatian telah digunakan untuk mengumpul data kajian.

Data kemudian dianalisis menggunakan peratus dan bilangan. Secara keseluruhannya, kajian mencadangkan

kaedah ansur maju mempunyai kesan dalam membaiki tulisan murid. Kebanyakan murid berpandangan kaedah

ansur maju yang dipilih sesuai dalam membaiki tulisan tulisan mereka agar menjadi kemas dan teratur.

3.0   Fokus kajian

Kajian ini bermula apabila saya memulakan latihan mengajar di kelas Tahun 1. Terdapat lima orang murid

dari kelas Tahun 1 yang bermasalah tulisan mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya mendapati murid-murid ini

sebenarnya tidak bermasalah dalam bacaan, tetapi bermasalah dengan tulisan. Murid-murid ini boleh dikategorikan

sebagai murid berpotensi kerana kesemua mereka boleh membaca dengan baik. Tulisan yang tidak kemas

menyukarkan guru-guru lain untuk menyemak hasil kerja murid- murid ini. Salah satu keperluan akademik di sekolah

ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal

akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun

yang susah hendak dibaca.

4.0  Tinjauan awal masalah

Dengan itu, saya merancang beberapa tindakan bagi membantu murid-murid ini untuk memperbaiki tulisan

mereka. Saya merangka beberapa tindakan untuk murid-murid ini berdasarkan pembacaan saya mengenai cara

memperbaiki tulisan melalui kajian-kajian

terdahulu. Matlamat utama saya ialah, di akhir tahun, murid-murid ini dapat memperbaiki tulisan mereka. Untuk

kajian ini, saya memberi fokus kepada murid yang bernama Tumresh.

Rajah 1 menunjukkan hasil tulisan Tumresh pada 13 Jan 2011 iaitu sebelum pelaksanaan tindakan saya.

Tumresh, seorang murid kelas Tahun 2, petah bercakap dan bijak. Dia amat aktif semasa proses p&p

berlangsung. Tumresh juga mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. Semasa dalam kelas, dia suka bertanya

Page 4: Kajian Tindakan Sekolah Rendah

dan menjawab soalan. Di samping itu juga, saya dapati dia amat suka membaca. Kebanyakan masa di dalam kelas

pemulihan, Tumresh amat suka membaca buku-buku cerita yang terdapat pada rak bacaan. Pada pendapat saya,

Tumresh adalah murid yang sangat bijak dan amat rugi apabila beliau dihantar ke kelas pemulihan kerana tulisannya

yang tidak kemas. Oleh kerana itu, saya bertekad untuk membantunya memperbaiki tulisannya, agar dia dapat

kembali belajar di dalam kelas biasa.

Tinjauan awal saya mendapati cara Tumresh memegang pensel adalah salah. Menurut Levin (1987), cara

memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus

menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan memasang

manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor.

Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada alat tulis (Levine, 1987). Kanak-

kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanakkanak

yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan

cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan

jari untuk menulis. Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata pensel

menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine (1987), semua ini adalah faktor yang menyumbang

kepada pembentukan huruf yang kurang cantik.

Pemerhatian saya mendapati Tumresh sering menggenggam keseluruhan penselnya. Teknik memegang

pensel secara menggenggam ini menyebabkan Nur merasa sakit pada jarinya. Selain itu, Tumresh  juga mengalami

kesukaran untuk mengerakkan jarinya untuk membentuk huruf yang dia kehendaki. Levine (1987) menegaskan cara

kanak-kanak memegang pensel dengan cengkaman yang kurang kemas menyebabkan pergerakan pensel menjadi

tidak licin. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kinestetik biasanya mencengkam pensel secara kuat dengan

meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk dan jari hantu ketika memegang alat tulis. Kanak-kanak begini tidak gemar

menulis kerana aktiviti ini menjadi pengalaman yang menyakitkan bagi mereka.

Di samping itu, saya mendapati Tumresh suka menggunakan pensel yang amat pendek menyebabkan dia

selalu tunduk ketika menulis. Menurut Norhadi Sarponen (2009), penggunaan pensel yang kurang sesuai juga

merupakan salah satu punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis. Postur badan begini

menyebabkan dia merasa tidak selesa semasa menulis.

Sassoon (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas

khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz

huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah

menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang

cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam

kehidupan seseorang. Murid-murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak menulis dengan cara yang betul.

Dalam mengejar celik huruf, guru-guru kadang-kadang kurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk

huruf mengikut pergerakan yang betul.

5.0 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan untuk memastikan Tumresh memegang pensel dengan betul semasa menulis; dan memperbaiki

tulisan Tumresh agar menjadi lebih kemas dan boleh dibaca melalui latihan menulis yang kerap.

6.0  Persoalan kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.

Adakah wujud hubungan cara memegang pensel (dyspraxia) Tumresh

dengan kekemasan tulisannya?

Bagaimanakah latihan menulis yang kerap membantu murid memegang

Page 5: Kajian Tindakan Sekolah Rendah

pensel dengan betul serta mempertingkatkan kekemasan tulisan Tumresh ?

7.0 .Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

7.1 Perancangan tindakan

Bagi mencapai objektif kajian ini, saya telah merancang beberapa aktiviti bimbingan untuk Tumresh . Pengajaran

pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh.

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkat mekanis dan peringkat untuk

pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis

sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot,

tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata dilaksanakan dalam kalangan murid dari awal-awal lagi.

Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas,

pelajaran tulisan yang dirancang haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk

bebas.

Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan pergerakan

tangan terlebih dahulu seperti mengerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan pada kertas. Tujuannya

ialah supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas untuk menulis dengan selesa dan sempurna.

Latihan seperti membentuk bulatan di udara, meja, lantai, dan di atas pasir atau rumput tanpa mengunakan alat tulis

seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan.

Di samping itu, murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari,

mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Setelah mahir dalam aktiviti- aktiviti tersebut, murid-

murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melibatkan

koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan

rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah

dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis

lurus secara bebas. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam

fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka

usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun

murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah

dipelajari ketika murid masih kanak-kanak lagi, seperti pada umur empat tahun setengah. Latihan permulaan untuk

kanak-kanak ini haruslah menggunakan pensel, atau

krayon. Untuk kes Tumresh , saya menggunakan langkah-langkah ini bagi membantunya

menulis dengan betul. Oleh kerana Tumresh adalah murid yang cepat belajar,

saya hanya perlu menerangkan cara-cara memegang pensel ini sekali sahaja dan dia dapat melakukannya dengan

baik. Beberapa langkah-langkah yang telah dijalnkan:

8.0     LANGKAH YANG DIJALANKAN

            Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang dijalankan ialah

memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya  sekiranya ada kesungguhan. Murid

lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka adalah penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun

hanya betul penulisan bentuk huruf pada permulaan ayat sahaja.

AJK Kajian Tindakan merancangkan beberapa aktiviti untuk mengatasi masalah ini seperti:

i.              Bentuk huruf salah di warnakan

Page 6: Kajian Tindakan Sekolah Rendah

ii.             Menulis di atas huruf yang dicetakiii.            Latihan melukisiv.           Cara dudukv.            Menulis di atas pasirvi.           Latihan kordinasivii.          Mencontengviii.         Melukis bentukix.           Melukis dan mewarna bentuk geometrix.            System tiga garisanxi.           Menulis perkataan dari bawah ke atas

9.0   PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/ PENILAIAN

9.1   Pelaksanaan Aktiviti

            Perancangan ini akan dilaksanakan setiap kali mata pelajaran Bahasa Malaysia bermula dari bulan Januari.

Langkah 1

Pada mulanya, saya telah menjadi role model kepada murid. Saya menunjukkan kepada mereka cara memegang

pensel yang betul. Saya kemudian melatih mereka memegang pensel mengikut cara yang telah ditunjuk cara.

Rajah 1: Cara memegang pensel yang betu

Cara memegang pensel yang betul

Langkah 2:

Semasa langkah ini, saya melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku latihan yang sesuai dan

selesa. Saya menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis. Kemudian, saya meminta murid

mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. Mereka dikehendaki mempraktik sehingga menguasai kemahiran

tersebut.

Rajah 2: Kedudukan tangan dan buku ketika menulis

Rajah 2: Kedudukan tangan dan buku ketika menulis

Langkah   3

            Menulis di atas huruf yang berputus  dicetak. Guru telah mengenal pasti huruf-huruf yang selalu

mengelirukan murid. Dengan bantuan komputer guru mencetak huruf berkenaan dengan saiz yang besar dan kecil.

Murid-murid diminta menggunakan jari telunjuk dan pensil menulis atas huruf berkenaan mengikut arah jam. Cara ini

dapat mengukuhkan kemahiran. Ia dibuat secara latih tubi. Murid digalakkan membuat latihan ini di rumah.

Langkah   4

            Latihan melukis dan mewarna. Fotostatkan gambar-gambar yang menarik. Murid digalakkan melukis

mengikut bentuk gambar tersebut. Bandingkan gambar-gambar tersebut dari segi warna dan coraknya. Cara ini

menambahkan imaginasi murid dan memberikan banyak latihan pada saraf tangan.

Page 7: Kajian Tindakan Sekolah Rendah

Langkah   5

            Cara duduk. Cara duduk adalah sangat penting semasa aktiviti penulisan. Guru harus menitiberatkan

kedudukan badan semasa mereka menulis. Jangan sandar tepi, tunduk dan meniarap atas meja. Tambahan pula,

pastikan cara pegangan pensil ltu betul. Perkara-perkara diatas adalah sangat kecil tetapi lama-kelamaan ia boleh

menimbulkan masalah kepada murid semasa aktiviti pembelajaran. Kalau tidak dibetulkan pada permulaan, ia akan

dibawa selama-lamanya.

Langkah 6

Menghasilkan bentuk tulisan dengan menggunakan batu, biji dan kayu. Pastikan bentuk tulisan

hendak  dihasilkan gunakan batu kecil, biji-biji manik dan lidi supaya menghasilkan bentuk yang betul.

  Langkah 7

Menulis di atas permukaan pasir. Ini adalah satu aktiviti tradisional amat berkesan. Murid menggunakan

jari telunjuk semasa menulis bentuk. Jari ditekan dengan kuat semasa menulis supaya murid-murid dapat mendalami

bentuknya.

Langkah   8

Memberikan latihan kordinasi tangan, jari dan mata. Ini menambahkan tumpuan murid.

Langkah   9

Menconteng secara  bebas. Memberikan kebenaran untuk menconteng papan hitam mengikut citarasa

murid. Cara ini memberikan kebebasan untuk minda murid –murid menghasilkan banyak bentuk. Guru menerangkan

dengan sedikit pengubahsuaian bentuk tersebut boleh dijadikan huruf.

  Langkah 10

 

Membentuk corak / Menconteng bentuk. Melukis bentuk bulatan, garisan lurus, garisan melintang. Guru

mencantumkan bentuk tersebut supaya menjadi bentuk huruf yang betul.

Langkah 11

Sistem tiga garisan. Guru menerangkan fungsi sistem tiga garisan. Menerangkan cara penulisan di atas garisan itu.

Latih tubi dijalankan.

Langkah   12

Menulis perkataan dari bawah ke atas. Cara ini menambahkan tumpuan murid pada hasil kerja mereka. Aktiviti ini

juga memperlahankan pergerakan tangan dan menambahkan pemerhatian. 

10.0 Metodologi

10.1 Teknik Mengumpul Data

Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan data deskriptif agar gambaran

yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian ini diperoleh. Untuk tujuan tersebut, tiga teknik

utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan tindakan saya gunakan iaitu:

10.1.1 Pemerhatian

Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian merupakan teknik berkesan

dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian, saya melihat-lihat, mendengar, memerhati dan bertanya

untuk mendapatkan maklumat serta untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian,

saya dapat merapatkan diri dengan murid di samping memerhati cara Nur menulis.

10.1.2 Temu Bual

Saya juga menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan perbualan antara saya dengan

guru pemulihan serta Tumresh untuk mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam kajian ini, saya

Page 8: Kajian Tindakan Sekolah Rendah

adalah guru (guru pelatih) dan juga penyelidik. Saya menemu bual Tumresh tentang pendapat atau pemahamannya

tentang pengajaran penulisan yang dilaluinya.

10. 1.3 Bukti Dokumen

Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga memperolehi data daripada dokumen. Pengutipan

maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya menambah, membandingkan dan memperkukuh lagi data-data

yang diperoleh daripada teknik pemerhatian dan teknik temu bual. Dokumen ini kemudiannya saya analisis untuk

melihat bentuk, pola dan trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti teknik temu

bual dan pemerhatian. Untuk kajian ini, dokumen yang saya kutip adalah hasil kerja murid iaitu tulisan.

11.0  Teknik Menganalisis Data

Data yang saya perolehi terutamanya data dokumen iaitu hasil kerja murid dalam bentuk tulisan, saya analisis

berdasarkan carta yang dinamakan The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwritng. Carta ini boleh

disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan

yang tidak dapat dibaca.

Antara bentuk-bentuk yang tidak dapat dibaca berdasarkan carta tersebut adalah seperti yang ditunjukkan pada

Jadual 1.

Jadual 1: Carta berbagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca

Page 9: Kajian Tindakan Sekolah Rendah

31. i tanpa titik32. k seperti h33. l tertutup34. m seperti w35. n seperti v36. n seperti s37. o seperti a38. o seperti r39. o tidak tertutup40. o seperti u41. r seperti s42. r seperti i43. r terlalu kecil44. r seperti n45. r seperti u46. r seperti e47. s tidak jelas48. s seperti r49. s sperti c50. t seperti l51. t tangkai jauh52. t tiada tangkai53. t tangkai di kanan54. t tangkai di kiri55. u seperti oi56. ur seperti w57. v seperti n58. v seperti r59. w seperti v60. w seperti m61. wr seperti ur62. d tidak ditutup63. I seperti cI64. T seperti I

Page 10: Kajian Tindakan Sekolah Rendah

Kesalahan tulisan Semak1.         Perkataan terlalu rapat2.         Terlalu condong3.         Perkataan berpecah4.         Huruf-huruf terlalu dekat5.         Barisan terlalu dekat6.         a seperti u7.         e tertutup8.         a seperti o9.         a seperti oI10.       b seperti Ii11.       b seperti I12.       b seperti k13.       b seperti f14.       n seperti u15.       c seperti e16.       c seperti i17.       c seperti a18.       d seperti cI19.       d sepeti l20. d seperti a21. e seperti o22. e terlalu tinggi23. e seperti c24. f seperti b25. g seperti y26. h seperti li27. h seperti p28. h seperti b29. h seperti l30. i seperti c

Daripada penyelidikan Pressey (1926), saya telah menyediakan carta untuk menganalisis tulisan Tumresh .

Beberapa huruf didapati sering menimbulkan kerumitan, sebagai contohnya, huruf kecil ‘r’, ‘n’, ‘e’, ‘a’, ‘o’, ‘s’ dan ‘t’

menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50 peratus (%). Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah ‘r’,

diikuti dengan huruf ‘n’. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis ‘r’ seperti ‘I’; ‘n’ seperti u; menutup ‘e’; membuat

‘d’ seperti ‘cl’; ‘o’ seperti ‘a’; dan ‘a’ seperti ‘u’. Huruf besar biasanya mudah dibaca, kecuali huruf ‘L’. Oleh kerana

tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika

pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik

seperti ini telah menyebabkanTumresh  menghasilkan tulisan yang memuaskan.

12.0   DAPATAN KAJIAN

            Setelah semua aktiviti mengikut  langkah yang ditetapkan telah dijalankan. Pencapaian dapat dilihat. Murid

memahami konsep sebenar kepentingan bentuk sesuatu huruf. Guru dinasihatkan supaya sebelum memberikan

sesuatu aktiviti penulisan, harus memberikan peringatan tentang kepentingan huruf. Disamping itu, AJK telah

menjalankan satu aktiviti tulisan untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

KEPUTUSAN:

PERINGKAT JUMLAHBaik 20%

Memuaskan 60%Kurang memuaskan 20%

Page 11: Kajian Tindakan Sekolah Rendah

Ada murid yang masih tidak mencapai objektif yang ditetapkan. Murid lain pun dapat menguasai kemahiran

penulisan huruf dengan baik.

13.0 RUMUSAN PEMERHATIAN

Selepas menjalani kajian tindakan ini, saya telah dapat membaiki mutu pengajaran dan pembelajaran saya.

Saya berjaya membimbing pelajar saya menguasai kemahiran menulis dengan betul, teratur, dan kemas. Dari segi

pelajar-pelajar itu pula, mereka berasa gembira. Semasa saya berbual-bual dengan mereka, mereka melahirkan

perasaan cukup gembira kerana mereka tidak lagi dimarahi oleh guru-guru lain kerana tulisan mereka cakar ayam.

Malah, ada yang dipuji kerana berjaya menulis dengan baik.

Dari segi minat terhadap pengajaran dan pembelajaran , mereka lebih berminat untuk belajar berbanding

dengan dahulu. Namun, pencapaian akademik mereka masih belum ada

menunjukkan kemajuan yang ketara. Ini kerana mereka agak lemah dalam akademik sejak sekolah rendah. Saya

sarankan kajian tindakan ini perlu lagi didedahkan kepada mereka untuk membantu mereka menguasai kemahiran

membaca, mengira, dan sebagainya.

Dari segi pelajar pula, mereka melahirkan perasaan cukup gembira kerana berjaya menulis dengan kemas, teratur

dan mudah dibaca berbanding dengan tulisan mereka dahulu. Dari segi, minat terhadap pengajaran dan

pembelajaran, mereka lebih berminat untuk menulis berbanding dengan sikap mereka dahulu.

Page 12: Kajian Tindakan Sekolah Rendah

BIbliografi

Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders.

Cambridge, Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.

Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan. Dimuat

turun daripada http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-

pemulihan-tulisan.html pada 19 Oktober 2009.

Norhadi Bin Sarponen. (2009). Kemahiran asas menulis. Dimuat turun

daripada http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantumengajar/

html pada 20 Oktober 2009.

Pressey & Pressey. (1926). Analyses of Three Thousand Illegibilities in the

Handwriting of Children and Adults, Educational Research Bulletin, VI

(13).

Sassoon, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turun

daripada http://books.google.com.my/books?id=7CZF2vcg7soC&pg=

RA1-PA132&lpg=RA1-PA132&dq= sassoon+1993&source pada 20

Oktober 2009.

Stout, K. L. (1998). How to teach handwriting. Dimuat turun daripadahttp://www.designastudy.com/teaching/tips-1198.html pada 13 Ogos2008