kajian tindakan perdagangan 2009

Upload: fallon-stanley

Post on 14-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 kajian tindakan perdagangan 2009

    1/6

    Kajian Tindakan Matapelajaran Perdagangan2009

    Armnza/ SMKBD 1

    REFLEKSI MASALAH P&P YANG LALU

    Permasalahan yang sering timbul apabila mendapat Skrip peperiksaan para pelajar,

    saya mendapati para pelajar amat lemah dalam menjawab Bahagian B Kertas II

    Matapelajaran Perdagangan iaitu di bahagian Kajian Kes. Bahagian Kajian Kes merupakan

    soalan wajib dijawab oleh semua pelajar dan merupakan bahagian yang mempunyai markah

    yang besar iaitu 25 Markah. Malah ada terdapat pelajar yang tidak menjawab langsung

    di bahagian ini kerana malas untuk membaca kes yang terlibat serta tidak memahami apa

    yang diceritakan dalam kajian kes tersebut. Saya mendapati para pelajar ini seakan bosan

    untuk menghabiskan penceritaan kes tersebut terutamanya bagi para pelajar yang lemah

    dalam 3M dan dengan jalan yang ringkas mereka tidak menjawab soalan tersebut.

    Saya mendapati para pelajar ini kurang kefahaman dalam menguasai fakta-fakta

    serta konsep-konsep penting dalam subjek Perdagangan dan menyebabkan mereka tidak

    memberikan tumpuan serta bercakap sesama sendiri. Berdasarkan refleksi tentang amalan

    P&P yang lalu saya mengaitkan kelemahan para pelajar saya mungkin kerana kurangnya dari

    segi BBM, hubungan guru dengan pelajar serta belajar pelajar saya.

    Strategi yang harus diberikan penekanan agar pelajar menjawab bahagian ini ialah

    dengan membuat strategi untuk menjawab soalan bahagian ini seumpama menjawab soalan

    Bahasa Melayu Pemahaman. Kelemahan yang ketara ialah bahagian Kajian Kes ini mencampur

    adukkan topik-topik dalam satu soalan menyebabkan hanya sebahagian sahaja yang dijawab

    oleh para pelajar. Melalui latihan secara intensif serta teknik sumbangsaran dengan guru

    serta rakan-rakan memberikan semangat yang baru kepada para pelajar terutamanya dalam

    menghadapi Peperiksaan SPM yang bakal ditempohi.

  • 7/30/2019 kajian tindakan perdagangan 2009

    2/6

    Kajian Tindakan Matapelajaran Perdagangan2009

    Armnza/ SMKBD 2

    ISU / KEPRIHATINAN YANG DIKAJI

    Semasa menjalankan aktiviti latihan di dalam kelas, saya mendapati 40% pelajar

    tidak dapat menjawab soalan yang telah diberikan. Apabila diajukan soalan kebanyakan

    pelajar tidak dapat mengingati fakta-fakta yang lepas termasuklah konsep-konsep yang

    sepatutnya dikuasai oleh para pelajar. Situasi ini juga berlaku kerana para pelajar tidak

    dapat menguasai istilah-istilah dalam perdagangan contohnya Syer, Maisir, Gharar, Al

    Maidah, Al Musyarakah dan banyak lagi.

    Kebanyakan para pelajar juga menyalin semula jawapan yang berada dalam kajian

    kes serta tidak mengaitkan jawapan dengan kes yang dibincangkan. Contohnya dalam

    soalan kajian kes mengenai En. Abu yang mempunyai premis perniagaan, dan soalan

    bertanyakan mengenai En. Abu tetapi para pelajar memberikan jawapan yang umum tanpa

    mengaitkan dengan En. Abu. Keadaan ini menyebabkan markah akan berkurangan dan

    menjejaskan markah keseluruhan Kertas II.

    Senario ini memberikan dorongan kepada saya khususnya sebagai guru

    Perdagangan untuk melaksanakan kajian bagi memudahkan para pelajar saya menguasai

    dan memahami istilah-istilah dalam Matapelajaran Perdagangan.

  • 7/30/2019 kajian tindakan perdagangan 2009

    3/6

    Kajian Tindakan Matapelajaran Perdagangan2009

    Armnza/ SMKBD 3

    OBJEKTIF KAJIAN

    Kajian ini diharapkan agar dapat menghasilkan pelajar/ responden:

    Objektif Umum

    Meningkatkan prestasi mengingat fakta dengan menguasai istilah-istilah dalam perdagangan

    serta 100% pelajar menjawab Bahagian Kajian Kes

    Objektif Khusus

    Pelajar dapat menguasai istilah-istilah dalam perdagangan serta konsep-konsep penting

    Pelajar tidak lagi beranggapan bahawa Bahagian Kajian Kes ini adalah sukar dan membosankan

    Peratus para pelajar mendapat A1 dan A2 meningkat dan peratus gagal berkurangan

    seterusnya mendapat kelulusan 100%

    Mempunyai teknik yang betul dalam menjawab soalan Bahagian Kajian Kes

    Mempunyai kesedaran bahawa Bahagian B: Kajian Kes membantu Kertas II Matapelajaran

    Perdagangan

    Kumpulan Sasaran

    Kumpulan sasaran kajian ini ialah seramai 72 orang yang merangkumi 2 kelas utama tingkatan

    lima iaitu 5K2 dan 5K4

  • 7/30/2019 kajian tindakan perdagangan 2009

    4/6

    Kajian Tindakan Matapelajaran Perdagangan2009

    Armnza/ SMKBD 4

    TINDAKAN YANG DICADANGKAN

    Tindakan / Aktiviti yang dicadangkan ialah; saya akan menjalankan aktiviti-aktiviti

    berikut bagi membantu murid menguasai kemahiran mengingat fakta serta menjawab

    Bahagian Kajian Kes:

    Tinjauan masalah- bertujuan memahami masalah dengan lebih mendalam

    Melaksanakan latihan secara intensif soalan-soalan kajian kes

    Menjawab soalan-soalan kajian kes dari soalan-soalan SPM yang lepas

    Menyenaraikan istilah-istilah yang sukar diingati contohnya seperti Al- Musyarakah,

    Al Maidah, overdraf, gharar, maisir, subrograsi dan sebagainya

    Penerangan kaedah-kaedah mengingat fakta contohnya dengan menggunakan kata kunci yang

    sesuai untuk sesuatu fakta. (Kehendak...hendak, Pengeluaran....proses, Pengkhususan...Khusus)

    Mengadakan ujian Pra Pemahaman

    Mengadakan sesi sumbangsaran dengan guru serta rakan-rakan dalam latihan menjawab

    soalan

  • 7/30/2019 kajian tindakan perdagangan 2009

    5/6

    Kajian Tindakan Matapelajaran Perdagangan2009

    Armnza/ SMKBD 5

    JADUAL PELAKSANAAN

    BILAKTIVITITARIKHCATATAN 1.Mengenalpasti masalahMinggu 1 (Februari)2.Menulis

    proposal kajianMinggu 2 (Februari)3.Merancang TindakanMinggu 3 (Februari)4.Melaksanakan

    Aktiviti (ii)

    Dan Ujian MacMinggu 4 (Februari) dan Minggu 1 (Mac)

    Melakukan latihan sekurang-kurangnya 4 soalan dalam satu minggu 5.Membincangkan Masalah

    dalam Aktiviti (ii)Minggu 2 (Mac)Teknik Sumbangsaran dan guru menunjukkan teknik yang betul

    dalam menjawab Kajian Kes6.Melaksanakan Aktiviti (iii)

    Minggu 3 (Mac) dan Minggu 4 (Mac)

    Melakukan latihan sekurang-kurangnya 4 soalan dalam satu minggu 7.Membincangkan Masalah

    dalam Aktiviti (iii)Minggu 1 (April)Teknik Sumbangsaran dan guru menunjukkan teknik yang betul

    dalam menjawab Kajian Kes8.Melaksanakan Aktiviti (iv)

    April - Mei

    Menyenaraikan semua istilah-istilah yang sukar untuk difahami 9.Ujian Mengesan Pencapaian

    PelajarJun10.Refleksi KajianJulai11.Menulis Laporan KajianSeptember

  • 7/30/2019 kajian tindakan perdagangan 2009

    6/6

    Kajian Tindakan Matapelajaran Perdagangan2009

    Armnza/ SMKBD 6

    KOS KAJIAN

    BILJENIS BAHANJUM. BAHANKOS SEUNIT

    (RM)JUM.KOS

    (RM)1.Soalan Intensif (Fotostat) 72 salinan0.1072.002.Kertas A4 untuk nota/ istilah-istilah2rim13.0026.003.Soalan Peperiksaan SPM yang lepas kajian kes (2004,2005)

    72 salinan2.50180.00JUMLAH278.00

    Penutup

    Kajian tindakan yang akan dijalankan ini diharapkan menjadi satu wadah baru serta

    menjadi garis panduan untuk menuju Kecemerlangan serta Pemantapan Matapelajaran

    Perdagangan terutamanya dalam menguasai Bahagian B: Kajian Kes. Semoga ia akan lebih

    memotivasikan guru serta pelajar dengan mengesan cabaran dalam mencemerlangkan pelajar

    dengan menjadikan ia sebagai peluang.

    Sekian, terima kasih.