kajian tindakan meningkatkan kemahiran membaca perkataan bahasa arab dan ayat al quran

Download Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Bahasa Arab Dan Ayat Al Quran

If you can't read please download the document

Upload: saya-naniey

Post on 11-Aug-2015

1.150 views

Category:

Documents


103 download

TRANSCRIPT

SK (2) TAMAN KERAMAT LAPORAN KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN BAHASA ARAB DAN AYAT AL-QURAN Oleh: NAZRI BIN SAMSUDIN (No. KP: 780304-10-6075) Guru Pendidikan Islam j-QAF (Opsyen Bahasa Arab) SK (2) Taman KeramatISI KANDUNGAN Abstrak 1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu 2. Fokus Kaji an 3. Objektif Kajian 3.1 Objektif Am 3.2 Objektif Khusus 4. Kumpulan Sasaran 5. Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah 5.1.1 5.1.2 Pemerhatian Ujian Pengesana n 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.2.1 5.2.2 Analisis Pemerhatian Analisis Ujian Pe ngesanan 5.3 Tindakan yang dijalankan 5.4 Pelaksanaan Aktiviti 5.4.1 Aktiviti 1: Pengenal an Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris 5.4.2 Aktiviti 2: Penge nalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem Tanda dan Baris 5.4. 3 Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat AlQuran yang mudah 5.4.4 Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra setiap hari satu muka surat 25.5 Refleksi Kajian 5.5.1 5.5.2 Penilaian Pencapaian Murid Rumusan Pemerhatian 6. Cadangan seterusnya 7. Bahan yang diperlukan 8. Anggaran kos 9. Jadual Pelaks anaan 10. Lampiran-lampiran: Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Ba hasa Arab dan Laporan Pencapaian j-QAF 2009 (Analisa Khatam Al-Quran) Lampiran B : Borang Pemerhatian Lampiran C: Kertas Soalan Ujian Pengesanan Lampiran D: Cont oh Huruf-huruf Tunggal Arab tanpa Sistem Tanda dan Baris Lampiran E: Contoh Huru f-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem Tanda dan Baris Lampiran F: Co ntoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan mad (panja ng) Lampiran G: Contoh satumuka surat Buku Iqra 3MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN BAHASA ARAB DAN AYAT AL-QURAN Oleh NAZR I BIN SAMSUDIN Guru Pendidikan Islam j-QAF (Opsyen Bahasa Arab) SK (2) Taman Ker amat ABSTRAK Kajian ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam me mbaca perkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Arab dan ayat-ayat Al-Quran menggunakan kaedah Iqra sebagaimana yang dilaksanakan dala m Program j-QAF melalui Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Arab, Khatam Al -Quran 6 Bulan Pertama dan Tasmik. membaca perkataan Bahasa Kelemahan murid dala m kemahiran Arab adalah berpunca daripada kelemahan mereka dalam menguasai kemahiran membaca Buku Iqra. Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid yang masih membaca Buku Iqra 4 dan 5 dari kelas 6 Setia, SK (2) Taman Keramat, Gombak, Selangor. Kajian bagi me ngenalpasti masalah ini adalah melalui pemerhatian dan analisis terhadap markah Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan Pencapaian j-QAF (Oktober 2 009)1. Kajian tindakan ini adalah penting untuk dilaksanakan bagi tujuan mereali sasikan dan mencapai objektif dan matlamat program j-QAF, khususnya melibatkan k umpulan pertama murid j-QAF 2005 yang akan menamatkan persekolahan rendah mereka pada tahun 2010 ini. Lihat Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan P encapaian j-QAF 2009, SK (2) Taman Keramat. 1 41. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam (Khatam Al-Quran) kelas 6 Setia. Saya dapati murid ya ng masih membaca Buku Iqra 4 dan 5 tidak dapat menguasai kemahiran membaca perkat aan Bahasa Arab sepertimana yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Arab. Pengajara n dan Pembelajaran (P&P) Khatam Al-Quran yang dilaksanakan dengan hanya mengguna kan Buku Iqra sebagai Bahan Bantu Mengajar adalah tidak mencukupi bagi mengatasi masalah ini. Hasil keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab mendapati mereka tidak dapat menjawab soalan yang menguji kemahiran membaca malah sukar un tuk menjawab soalan kerana mereka tidak pandai membaca perkataan Bahasa Arab den gan betul dan lancar. Oleh itu, saya perlu berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka dengan mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran ser ta bahan bantu mengajar dalam P&P Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran. 2. FOKUS KAJIAN Daripada refleksi di atas didapati murid gagal atau sekadar mend apat markah lulus paling minimum dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab kerana: a. Murid kurang mahir tentang sistem tanda dan baris dalam huruf dan per kataan Bahasa Arab menyebabkan mereka sukar untuk membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. b. Ada murid yang sudah boleh mengenal dan mengaplikasikan si stem tanda dan baris bagi huruf-huruf tunggal Arab, tetapi sukar untuk mengenal dan mengaplikasikannya bagi huruf-huruf Arab yang bersambung dalam satu perkataa n. 5Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana sikap murid yang malas untuk membua t latihan dan mengulangkaji bacaan Buku Iqra walaupun saya sering berpesan kepada mereka untuk membaca hanya satu muka surat pada setiap hari kerana setiap Buku Iqra mempunyai lebih kurang 30 muka surat yang boleh dihabiskan dalam masa sebula n. P&P Khatam Al-Quran 6 Bulan Pertama sebanyak 4 waktu seminggu (2 jam) di seko lah adalah tidak mencukupi bagi mengatasi masalah ini kerana realitinya guru han ya mampu mendengar bacaan setiap murid secara individu selama 2-3 minit sahaja d alam setiap P&P yang dijalankan. Keadaan ini bertambah buruk apabila terdapat mu rid yang langsung tidak mempunyai Buku Iqra di rumah mereka. 3. OBJEKTIF KAJIAN i. Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca perka taan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan menggunakan persembahan multimedia dan powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik serta latih tubi bacaan Buku Iqra sat u muka surat pada setiap hari di sekolah. ii. Objektif Khusus Objektif khusus kajian ini adalah supaya : Murid dapat memahami cara mengaplikas ikan sistem tanda dan baris dalam huruf tunggal, huruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab. Murid dapat membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan betul dan lancar. Murid dapat mengurangkan kesilapan dalam menjawab soalan peper ikaan. Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid. 64. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid yang masih membaca Buku Iqra 4 d an 5 dari kelas 6 Setia, SK (2) Taman Keramat yang terdiri daripada 8 orang muri d lelaki dan 2 orang murid perempuan. Murid-murid ini mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran iaitu mereka be lum menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. 5. PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah 5.1.1 Saya Pemerhatian membuat kaedah pemerhatian2 dalam untuk mengesan tahap penguasaan murid-murid kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. 5.1.2 Ujian Pengesanan Melalui ujian pengesanan3, saya dapat menilai tahap kecekapan murid dalam kemahi ran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dija lankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran m embaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. 2 3 Lihat Lampiran B: Borang Pemerhatian Lihat Lampiran C: Kertas Soalan Ujian Penge sanan 75.2.1 Analisis Pemerhatian Dalam setiap P&P Bahasa Arab, salah satu aktiviti wajib yang saya akan jalankan adalah meminta murid membaca perkataan dan ayat dalam Buku Teks Bahasa Arab, tul isan saya di papan hitam atau yang dipaparkan pada Kad Imbasan. Hasil pemerhatia n saya, hanya murid yang sudah pandai membaca Al-Quran sahaja yang boleh membaca perkataan dan ayat Bahasa Arab dengan betul dan lancar. Ini adalah kerana merek a sudah mahir untuk mengaplikasikan sistem tanda dan baris bagi huruf tunggal, h uruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab. Begitu juga dalam P&P Khatam Al-Quran , apabila saya meminta mereka membaca perkataan atau ayat Al-Quran, mereka sukar untuk melakukannya walaupun diminta membaca setiap huruf demi huruf yang bersambung da n diletakkan pelbagai tanda dan baris itu dalam satu perkataan. 5.2.2 Analisis Ujian Pengesanan Berdasarkan ujian Bahasa Arab dan Al-Quran, masalah yang sama sering berlaku. In i menyebabkan markah keseluruhan bagi ujian tersebut terjejas. 5.3 Tindakan yang dijalankan Tindakan yang dijalankan berdasarkan analisis yang telah dijalankan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memberi g alakan kepada muridmurid terbabit untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membac a perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. Tindakan selanjutnya ialah: 8Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris kepada murid-murid. Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab dan bersambung dengan s istem tanda dan baris kepada murid-murid. Membaca perkataan Bahasa Arab dan poto ngan ayat Al-Quran yang mudah. Latih tubi bacaan Buku Iqra setiap hari satu muka surat. 5.4 Pelaksanaan Aktiviti 5.4.1 Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris Walaupun secara asasnya murid-murid sudah belajar dan me ngenal hurufhuruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris4 ini ketika Tahun 1, tetapi adalah tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang guru untuk mengulangk aji perkara ini dalam peringkat pengenalan untuk kumpulan murid Tahun 6 yang lem ah ini supaya mereka benar-benar menguasainya dengan betul dan lancar kerana bia sanya mereka tahu menyebut dan membaca huruf-huruf tunggal Arab ini dengan betul tetapi tidak lancar. Aktiviti dijalankan seperti berikut: a. Guru menunjukkan s emua huruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris. b. Guru membaca semua huru f tunggal Arab tersebut dan meminta murid membaca mengikut contoh bacaan guru se cara ramai, individu atau mengikut giliran. 4 Lihat Lampiran D: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris 9c. Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab kepada setiap murid. d. Guru meminta wakil murid untuk menyebut satu huruf dan murid yang mempunyai kad huruf tersebut diminta menunjukkannya atau menampalnya di papan hitam. Proses ini dilakukan sehingga se lesai semua huruf. e. Guru menyebut satu huruf dan meminta murid menuliskan huru f tersebut di papan hitam. Proses ini dilakukan sehingga selesai semua huruf. f. Guru meminta setiap murid membaca huruf yang ada pada kad imbasan mereka. Kad-k ad tersebut boleh ditukar supaya setiap murid dapat peluang membaca huruf-huruf yang berbeza. Pemerhatian Setiap murid tidak semestinya diberikan satu kad huruf sahaja, tetap i apabila mereka sudah dapat menyebut dan membaca satu huruf dengan betul dan la ncar, maka mereka boleh diberikan dua hingga lima kad huruf sekaligus supaya dap at membiasakan diri apabila membaca perkataan pula. Refleksi Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid lebih cepat menguasai kemahiran membaca huruf-huruf tunggal Arab kerana kepelbag aian aktiviti walaupun menggunakan satu bahan bantu mengajar sahaja. 105.4.2 Aktiviti 2: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem Tan da dan Baris5 Berbeza dengan tulisan huruf Rumi, huruf Arab sama ada tunggal atau bersambung p erlu diletakkan tanda dan baris bagi peringkat kemahiran asas dan sederhana (sek olah rendah dan menengah) supaya murid dapat mengenal dan membaca huruf dan perk ataan dengan betul dan lancar. Aktiviti ini dijalankan seperti berikut: a. Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal Arab berbaris satu di atas dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan indivi du. b. Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal Arab berbaris satu di bawah dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan indiv idu. c. Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal Arab berbaris satu di depan dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan indiv idu. d. Guru menunjukkan dan membaca setiap huruf tunggal Arab yang berbaris satu di atas, satu di bawah dan satu di depan, dan meminta mu rid mengikutnya secara ramai dan individu. e. Guru menunjukkan dan membaca setia p huruf tunggal Arab yang berbaris dua di atas, dua di bawah dan dua di depan, dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu. 5 Lihat Lampiran E: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem T anda dan Baris 11f. Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab pelbagai baris itu kepada set iap murid dan meminta mereka membaca huruf berbaris tersebut secara individu. Ka d-kad tersebut boleh ditukar supaya setiap murid dapat peluang membaca hurufhuru f yang berbeza barisnya. g. Guru menyebut satu huruf berbaris yang berbeza dan meminta murid menuliskan huruf dengan barisnya di papan hitam. Proses ini dilaku kan sehingga selesai semua huruf. h. Kali ini, guru menunjukkan satu perkataan y ang terdiri daripada huruf-huruf yang bersambung dengan pelbagai baris. Pada per ingkat permulaan, murid diminta untuk membaca setiap huruf berbaris itu satu per satu secara ramai atau individu. i. Apabila sudah lebih lancar, guru menunjukkan beberapa perkataan yang mengandungi huruf-huruf yang bersambung dengan baris ya ng berbeza. Murid diminta untuk membacanya secara ramai atau individu. Pemerhatian Setiap murid tidak semestinya diberikan satu kad huruf sahaja, tetap i apabila mereka sudah dapat menyebut dan membaca satu huruf dengan betul dan la ncar, maka mereka boleh diberikan dua hingga lima kad huruf sekaligus supaya dap at membiasakan diri apabila membaca perkataan pula. 12Refleksi Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid lebih cepat menguasai kemahiran membaca huruf-huruf tunggal Arab kerana kepelbag aian aktiviti walaupun menggunakan satu bahan bantu mengajar sahaja. 5.4.3 Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-Quran yang mudah Aktiviti ini dilaksanakan sama ada menggunakan kad imbasan, slaid multimedia/pow erpoint, buku teks dan buku Iqra. Ia sedikit berbeza dengan aktiviti 2 kerana pad a peringkat ini terdapat penambahan sistem tanda asas seperti tanda sukun (mati) , syaddah (sabdu) dan mad (panjang)6. Aktiviti ini dijalankan seperti berikut: a . Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu huruf diletakkan pelba gai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan tanda sukun (mati). b. Guru menun jukkan contoh bacaan yang betul dan meminta murid membacanya secara ramai atau i ndividu. c. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu huruf dileta kkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan tanda syaddah (sabdu). d. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta murid membacanya secara ramai atau individu. Lihat Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (s abdu) dan mad (panjang) 6 13e. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu huruf diletakkan pelb agai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan tanda syaddah (sabdu). f. Guru m enunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta murid membacanya secara ramai at au individu. g. Guru mengedarkan kad imbasan kepada murid-murid atau memaparkan pada slaid, perkataan Bahasa Arab atau potongan ayat Al-Quran yang mempunyai pel bagai tanda dan baris. h. Guru meminta murid membacanya dengan betul dan lancar. Pemerhatian Apabila murid sudah dapat mengaplikasikan sistem baris dalam membaca perkataan Bahasa Arab, dengan menggabungkan sistem tanda sukun (mati) dan syadd ah (sabdu) ke dalam sistem baris, maka murid dapat mengenal dan membaca perkataa n Bahasa Arab dengan betul. Refleksi Pada peringkat ini, murid sudah boleh membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan betul dan lancar kerana mereka sudah mengenali dan menguas ai sistem tanda dan baris yang asas dalam huruf tunggal dan huruf bersambung ser ta perkataan Bahasa Arab. 5.4.4 Oleh Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra setiap hari satu muka surat kerana murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran ini didapati 14mereka malas dan tidak membuat latihan mengulangkaji bacaan Buku Iqra di rumah, m aka saya perlulah mengadakan aktiviti setiap hari satu muka surat7 di sekolah. Car a aktiviti ini dijalankan seperti berikut: a. Guru meminta murid membawa Buku Iq ra milik sendiri dari rumah atau menggunakan Buku Iqra milik sekolah pada setiap h ari persekolahan. b. Pada hari yang diadakan P&P Khatam Al-Quran iaitu 3 hari (6 waktu=3 jam), maka aktiviti ini dilaksanakan dalam waktu P&P. c. Baki 2 hari la gi diadakan aktiviti ini pada waktu P&P Tasmik. Pemerhatian Aktiviti ini jika dapat dilakukan secara berterusan tanpa gangguan s eperti guru dipanggil mesyuarat/berkursus atau terdapat aktiviti/program sekolah lain, maka murid yang lemah ini dapat dipulihkan penguasaan bacaan mereka walau pun mereka tidak mengulangkaji atau membuat latih tubi bacaan di rumah. Refleksi Apabila aktiviti ini dilakukan secara berterusan tanpa gangguan dan yan g paling penting di bawah bimbingan dan pemantauan guru, maka ia adalah lebih ba ik daripada meminta murid ini membuat latih tubi bacaan sendiri tanpa pengawasan ibu bapa/penjaga di rumah. 7 Lihat Lampiran G: Contoh satu muka surat Buku Iqra 155.5 Refleksi Kajian 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid Selepas kajian dijalankan saya dapat melihat perubahan positif ke atas murid-murid saya dan saya sendiri. Sebel um ini, saya tidak mempelbagaikan alat dan bahan bantu mengajar dengan hanya mem bataskan kepada penggunaan papan hitam, Buku Teks dan Buku Iqra sahaja. Apabila m enggunakan buku sahaja, maka aktiviti yang berpusatkan murid tidak dapat dipelba gaikan dan diperbanyakkan. Setelah semua aktiviti ini dijalankan, saya dapati pe ningkatan dalam menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Qu ran adalah sangat baik khususnya bagi Aktiviti 1 dan Aktiviti 2. Kesemua aktivit i yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan keyakinan diri murid juga menu njukkan perubahan yang lebih positif. Walaupun dalam ujian PKBS 1, markah yang d iperolehi mereka tidak cemerlang (A) atau baik (B), tetapi sekurang-kurangnya sa saran saya untuk mengeluarkan mereka daripada mendapat markah gagal (E dan D) ke pada markah lulus dengan memuaskan (C) sedikit sebanyak tercapai. 5.5.2 Rumusan Pemerhatian Apabila murid-murid ini sudah dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca mereka dari satu tahap yang rendah ke tahap yang lebih baik, a tau sebelum ini mereka selalu gagal dan sekarang boleh lulus dalam ujian, maka s aya dapat lihat perubahan sikap yang lebih positif dalam diri mereka seperti 16bertambah minat untuk belajar Bahasa Arab dan lebih rajin membuat latihan yang d iberikan oleh guru. 6. CADANGAN SETERUSNYA Saya dapati kajian penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran ini perlu diperluaskan kepada tiga lagi aspek kem ahiran bahasa yang lain iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahi ran menulis. Dengan melengkapkan kajian ini meliputi kesemua empat aspek kemahir an bahasa ini, maka ia dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang m asalah dan penyelesaian P&P Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran. Tambahan pula, kajian ini buka n sahaja dapat menghasilkan kesan yang positif kepada diri saya sendiri sebagai seorang guru, tetapi apa yang lebih penting ialah ia dapat meningkatkan penguasa an murid. Saya juga bercadang untuk meneruskan program ini untuk meningkatkan pe nguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran bagi murid le mah di tahap lain pula. Kajian ini juga menjadikan guru sentiasa berfikiran posi tif, kritis, kreatif dan inovatif sentiasa fleksibal dalam melaksanakan pengajar an dan pembelajaran yang lebih berkesan. 7. BAHAN YANG DIPERLUKAN Bahan- bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian i ni adalah seperti : Kad Manila = 10 (untuk setiap huruf tunggal tanpa baris, hur uf tunggal berbaris satu/dua di atas/di bawah/di depan) Marker Pen = 3 (tiga war na iaitu hitam, biru dan merah) Gunting, pembaris, pen, pensel, pensel warna, ke rtas A4 Kertas Soalan Ujian Bahasa Arab Kertas Soalan Ujian Pendidikan Islam (Kh atam Al-Quran) 178. ANGGARAN KOS Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan ialah : Kad Ma nila = 10 x RM 0.50 = RM 5.00 Marker Pen = 3 x Rm 2.00 = Rm 6.00 9. JADUAL PELAK SANAAN (1 Februari 2010 28 Februari 2010) BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 1 5 16 AKTIVITI Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal Merancang tindakan-individu Membuat Pemerhatian Ujian pengesanan Melaksanakan ti ndakan- aktiviti 1 Analisis tindakan aktiviti 1 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 Analisis tindakan aktiviti 2 Melaksanakan tindakan- aktiviti 3 Analisis tindaka n aktiviti 3 Melaksanakan tindakan- aktiviti 4 Analisis tindakan aktiviti 4 Refl eksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan laporan kajian TEMPOH PELAKSANAA N 2 hari 1 hari 2 hari 1 hari 1 hari 3 hari 1 hari 3 hari 1 hari 3 hari 1 hari 3 hari 1 hari 1 hari 3 hari 1 hari 18Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Nama Abd Hannan bin Ahmad Shalaby Abd Wahed bin Mawi Ahmad Saini bin Sifih udin Alias bin Fauzi Budiyanto bin Sadi Meor Mohd Aikal bin Meor Mohd Redzuan Mu hd Akmal bin Ahmad Tarmizi Zulkifli bin Rafie Intan Syafinaz bt Mohd Shobri Nor Shasha Melissa bt Pakaruddin Kertas 1 (30%) 10 19 8 20 18 15 17 6 17 25 Kertas 2 (70%) 22 21 19 13 22 28 24 23 26 22 Jumlah 32 40 27 33 40 43 41 29 43 47 Gred D C D D C C C D C C Laporan Pencapaian j-QAF 2009 Analisa Khatam Al-Quran Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Nama Abd Hannan bin Ahmad Shalaby Abd Wahed bin Mawi Ahmad Saini bin Sifihudin A lias bin Fauzi Budiyanto bin Sadi Meor Mohd Aikal bin Meor Mohd Redzuan Muhd Akm al bin Ahmad Tarmizi Zulkifli bin Rafie Intan Syafinaz bt Mohd Shobri Nor Shasha Melissa bt Pakaruddin Iqra 4 6 4 Tidak 4 4 4 4 4 4 Jumlah Markah Ayat (60) 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 Kualiti Bacaan (40) 15 20 15 25 15 15 15 15 15 15 19Lampiran B: Borang Pemerhatian 20Lampiran C: Kertas Soalan Ujian Pengesanan C 21Lampiran D: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris 22Lampiran E: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem Tanda d an Baris 23Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan mad (panjang)24Lampiran G: Contoh satu muka surat Buku Iqra 25