kajian tindakan berasaskan sekolah

4
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH NAMA : NAZATUL FIRDAUS BT ZAINON SEKOLAH: SMK BUKIT GARAM II TAJUK KAJIAN: Meningkatkan Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum di SMK Bukit Garam II Melalui Token Kehadiran dan Token Ahli Cemerlang. 1.0 MEREFLEK Saya merupakan guru penasihat bagi Persatuan Bulan Sabit Merah SMK Bukit Garam II. Dalam tempoh dua bulan menjadi guru penasihat, sebanyak tiga kali perjumpaan mingguan telah diadakan. Berdasarkan pemerhatian sepanjang tempoh tersebut, terdapat ahli persatuan yang menunjukkan kurang aktif untuk melibatkan diri secara sepenuhnya semasa perjumpaan mingguan dijalankan. Hal ini dapat dilihat apabila segelintir pelajar yang tidak mengambil bahagian semasa aktiviti perjumpaan dijalankan. Oleh yang demikian, nilai-nilai yang terkandung menerusi aktiviti kokurikulum ini tidak dapat dihayati dengan mendalam dalam diri setiap pelajar. Hal ini setentang dengan objektif utama aktitivi kokurikulum dijalankan di setiap sekolah iaitu demi mengembangkan potensi individu meliputi pelbagai aspek seperti peluasan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu, pembentukan sahsiah dan disiplin, peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri, peningkatan kemahiran dan komunikasi serta semangat cintakan bangsa dan negara. Oleh yang demikian, suatu penambahbaikkan perlu dilakukan demi mencapai objektif yang diinginkan. 2.0 TUJUAN KAJIAN Secara amnya tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif iaitu:

Upload: nazatul-firdaus-zainon

Post on 25-Sep-2015

208 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAHNAMA: NAZATUL FIRDAUS BT ZAINONSEKOLAH: SMK BUKIT GARAM IITAJUK KAJIAN: Meningkatkan Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum di SMK Bukit Garam II Melalui Token Kehadiran dan Token Ahli Cemerlang.

1.0 MEREFLEK

Saya merupakan guru penasihat bagi Persatuan Bulan Sabit Merah SMK Bukit Garam II. Dalam tempoh dua bulan menjadi guru penasihat, sebanyak tiga kali perjumpaan mingguan telah diadakan. Berdasarkan pemerhatian sepanjang tempoh tersebut, terdapat ahli persatuan yang menunjukkan kurang aktif untuk melibatkan diri secara sepenuhnya semasa perjumpaan mingguan dijalankan. Hal ini dapat dilihat apabila segelintir pelajar yang tidak mengambil bahagian semasa aktiviti perjumpaan dijalankan. Oleh yang demikian, nilai-nilai yang terkandung menerusi aktiviti kokurikulum ini tidak dapat dihayati dengan mendalam dalam diri setiap pelajar. Hal ini setentang dengan objektif utama aktitivi kokurikulum dijalankan di setiap sekolah iaitu demi mengembangkan potensi individu meliputi pelbagai aspek seperti peluasan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu, pembentukan sahsiah dan disiplin, peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri, peningkatan kemahiran dan komunikasi serta semangat cintakan bangsa dan negara. Oleh yang demikian, suatu penambahbaikkan perlu dilakukan demi mencapai objektif yang diinginkan.

2.0 TUJUAN KAJIAN

Secara amnya tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif iaitu:i. Untuk mengkaji faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulumii. Untuk mengkaji langkah-langkah yang berkesan dalam meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Populasi kajian adalah terdiri daripada 30 orang pelajar lelaki dan perempuan bagi Persatuan Bulan Sabit Merah SMK Bukit Garam II. Pemilihan sampel ini akan dilakukan secara rawak tanpa mengira tahap penglibatan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

5.0 METODOLOGI

Kajian ini akan dilakukan berdasarkan kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah dalam bentuk soal-selidik. Secara rasionalnya kaedah soal-selidik ini digunakan adalah untuk memperoleh maklumat daripada responden berkenaan dengan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Kaedah ini digunakan untuk mengumpul data dari sampel yang kecil untuk membuat generalisasi terhadap populasi yang lebih besar.

6.0 CADANGAN AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUMBerdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan, saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang difikirkan sesuai dalam usaha meningkatkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum demi mengembangkan potensi pelajar. i. Token kehadiranSetiap pelajar yang berjaya menghadirkan diri pada setiap kali perjumpaan mingguan diadakan akan dihadiahkan satu token kehadiran. Token kehadiran ini perlulah disimpan oleh setiap pelajar dan pelajar yang berjaya mengumpul token yang terbanyak sepanjang tahun akan dihadiahkan pingat kehadiran penuh. Hal ini akan menarik minat pelajar untuk terus menghadirkan diri demi mengumpulkan token kehadiran.

ii. Token Ahli CemerlangToken ahli cemerlang ini akan diberikan kepada ahli yang menunjukkan prestasi yang cemerlang pada setiap perjumpaan mingguan diadakan. Hal ini akan dinilai berdasarkan penglibatan setiap pelajar semasa aktiviti dijalankan mengikut kriteria yang akan ditetapkan iaitu: Mengikut peraturan persatuan dari segi pemakaian baju uniform Aktif semasa aktiviti persatuan dijalankan Berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan cemerlangPelajar yang berjaya mengumpul token ahli cemerlang yang terbanyak sepanjang tahun akan dihadiahkan pingat ahli cemerlang. iii. Hands on aktiviti Pelajar akan diberikan pengajaran secara teori dan praktikal bagi silibus yang melibatkan asas pertolongan cemas iaitu bantuan CPR dan balutan anduh. Pembelajaran melalui praktikal akan memudahkan pelajar memahami serta menarik minat pelajar untuk terus mengikuti aktiviti persatuan. Oleh yang demikian, setiap pelajar hendaklah mempunyai sehelai kain anduh bagi menjalankan praktikal asas balutan.

iv. Mengadakan simulasi bencana alam semasa perkhemahan tahunan PBSMSimulasi bencana alam ini merupakan suatu aktiviti praktikal bagi setiap ahli persatuan yang merangkumi segala topik yang telah dipelajari dalam PBSM. Simulasi ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar pengalaman sebenar dalam menghadapi suatu situasi yang menuntut kepada segala pengetahuan yang dipelajari dalam PBSM.

7.0 KESIMPULANAktiviti kokurikulum lebih menekankan kepada pembangunan potensi individu selaras dengan falsafah pendidikan kearah mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bidang kokurikulum juga dapat membantu pelajar untuk cemerlang dalam akademiknya kerana melalui kegiatan yang dijalankan oleh para pelajar secara tidak langsung akan memperoleh ilmu pengetahuan ke arah membangunkan modal insan yang berjaya. Diharapkan menerusi aktiviti yang dicadangkan akan dapat melahirkan ahli persatuan yang produktif dan bermatlamat.