kajian tindakan 2014

5
Program Kasih Sayang & "AF" hari membantu murid prasekolah menguasai kemahiran membaca Bahasa Malaysia. MOHAMAD FAREEZ BIN MAZLAN SEKOLAH KEBANGSAAN PENYABONG JKR 803, JALAN SIMPANG PENYABONG 86900 ENDAU JOHOR NOVEMBER 2014 Nama pengkaji : Mohamad Fareez bin Hj Mazlan Tajuk : Program Kasih Sayang & "AF" hari membantu murid prasekolah menguasai kemahiran membaca Bahasa Malaysia. 1 MEREFLEK

Upload: eda-muryanti

Post on 18-Feb-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian tindakan penyelidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan 2014

Program Kasih Sayang & "AF" hari membantu murid prasekolah menguasai kemahiran membaca Bahasa Malaysia.

MOHAMAD FAREEZ BIN MAZLAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PENYABONGJKR 803, JALAN SIMPANG PENYABONG

86900 ENDAU JOHOR

NOVEMBER 2014

1

Page 2: Kajian Tindakan 2014

Nama pengkaji : Mohamad Fareez bin Hj MazlanTajuk : Program Kasih Sayang & "AF" hari membantu murid prasekolah menguasai

kemahiran membaca Bahasa Malaysia.

2

MEREFLEKSaya mengajar di kelas Prasekolah Seri Permata, SK Penyabong. Masalah utama bagi murid saya ialah mereka tidak dapat menguasai kemahiran membaca Bahasa Malaysia.

Saya telah menjalankan ujian pra bagi mendapatkan data.

Analisis yang didapati daripada soal selidik adalah seperti berikut :

Dua orang murid saya masih lagi di tahap membatangkan dua suku kata terbuka.

Mereka berdua tidak dapat menguasai kemahiran membaca disebabkan guru cuti sakit selama dua bulan. Jadinya, apabila guru kembali semula ke sekolah pada 28.4.2014, mereka perlu belajar semula dari awal mengenal ABC.

Punca kedua adalah murid selalu tidak hadir ke sekolah disebabkan bangun lewat.

MERANCANG

Pelaksanaan tindakan yang akan saya jalankan ialah :

Kaedah Kasih Sayang.1. Jemput dan berbincang dengan ibu bapa datang ke sekolah mengenai prestasi anak.2. Hubungi ibu bapa sekiranya anak tidak hadir ke sekolah.3. Datang ke rumah ibu bapa murid untuk melihat kehidupan murid.4. Wujudkan program pembimbing rakan sebaya.5. Token ekonomi.

Kaedah "AF".1. Kaedah ini kaedah fonik.2. Kaedah ini diajarkan ibu bapa supaya P&P berjalan di rumah.3. Dijalankan setiap hari.

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca.

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan menggunakan kaedah Kasih Sayang dan "AF".

Kaedah Kasih Sayang merupakan satu kaedah agar murid berada di sekolah.

Kaedah "AF" akronim "Azian Fareez" merupakan kaedah membaca secara fonik.

Objektif kajian :-

1. Membantu murid membaca Bahasa Malaysia.

Kajian ini melibatkan dua orang murid prasekolah berusia enam tahun.

Page 3: Kajian Tindakan 2014

3

BERTINDAK26/10/2014 -10/11/ 2014

Tindakan yang telah saya jalankan adalah seperti berikut:

BIL AKTIVITI LANGKAH HASIL REFLEKSI

1. Ujian pra i. Saya menjalankan soal selidik atas dua orang murid yang dipilih sebagai subjek kajian tindakan.

Hasil analisis data murid masih berada di tahap BM 3.3.

2. Menjalankan intervensi selama tiga minggu.

i. Menjalankan Program Kasih Sayang.ii. Kaedah "AF'

Intervensi yang dijalankan melibatkan ibu bapa, guru, dan rakan sebaya. Penggunaan pembelajaran interaktif turut disertakan.

3.Ujian pos.

i. Ujian Pos dijalankan untuk kesahan maklumat.

Hasil intervensi yang dijalankan mendapati bahawa terdapat peningkatan pencapaian murid dalam kemahiran Bahasa Malaysia.

Guru menjalankan soal selidik bagi mendapatkan data tinjauan masalah.

Yang berikut adalah analisis soal selidik.

A B0

20

40

60

80 7062

76 70

Analisis Keputusan

SebelumSelepas

Murid

Pera

tusa

n(%

)

Rajah 1 menunjukkan analisis soal selidik.

Rajah 1 menunjukkan intervensi yang dijalankan menunjukkan bahawa berlaku peningkatan pencapaian ke atas murid. Murid A menunjukkan peningkatan sebanyak 6 peratus manakala Murid B menunjukkan peningkatan sebanyak 8 peratus.

Hal ini menunjukkan bahawa intervensi yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian murid menguasai kemahiran membaca Bahasa Malaysia.

Page 4: Kajian Tindakan 2014

4

MEMERHATI

Berdasarkan keputusan ujian pos yang telah dianalisis, saya mendapati bahawa, Program Kasih Sayang dan Kaedah 'AF"

dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran membaca Bahasa Malaysia.

Intervensi yang dijalankan melibatkan komitmen ibu bapa dan guru adalah kekuatan intevensi yang dijalankan. Sekiranya

ibu bapa tidak komitmen, pasti intervensi yang dijalankan tidak akan berjaya.

Sekiranya murid diberikan ruang dan masa yang lebih lama lagi, pencapaian murid dapat dicapai sehingga 100%.

(PELAPOR) (PENILAI)

………………………………… …………………………………(En Mohamad Fareez bin Mazlan)