kajian sukatan pelajaran matematik

36
PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik Topik 8 Kajian Sukatan Pelajaran Matematik 8.1 Pengenalan Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu. Ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak mereka menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak bermasalah pembelajaran yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, ibu bapa seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing- masing. Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, melalui Program Pendidikan Khas, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan,golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi! 87

Upload: nur-fazillah-tan

Post on 15-Dec-2015

170 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

Topik 8 Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

8.1 Pengenalan

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu. Ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak mereka menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak bermasalah pembelajaran yang mempunyaisifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, ibu bapa seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, merekamasih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting,kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.

Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa juabidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya,melalui Program Pendidikan Khas, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan,golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!

8.2 Apa Dia Pendidikan Khas ?

……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan- keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan- perkhidmatan sekolah biasa “.

8.3 Program Pendidikan Khas

Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:- • Sekolah Khas • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif) • Pemulihan Khas • Program Disleksia • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

8.4 Kategori Pendidikan Khas

Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :

87

Page 2: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

• Masalah Pembelajaran • Masalah Pendengaran • Masalah Penglihatan

8.5 Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP)

Progtram Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas dari pelbagaikategori seperti Sindrom Down, perkembangan lewat, autisme dan hiperaktif.Kurikulum untuk pelajar biasa terlalu tinggi untuk murid-murid PKBP yang secara amnya sangat rendah, dan peningkatan pencapaian yang bertahap perlahan dan minimum.Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2)menyatakan bahawa “ Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung

kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripadapengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya

mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan kecuali murid-murid yang berikut: a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan b) murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat

8.6 Struktur Sukatan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sukatan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah dirangkakan secara pakej

dan merangkumi kemahiran-kemahiran untuk sekolah rendah dan menengah. Struktur keseluruhan dalam huraian sukatan pelajaran PKBP diagihkan kepada 4

bidang iaitu Bidang 1: Pengurusan Kehidupan Bidang 2: Akademik Berfungsi, Bidang 3: Kerohanian dan Nilai-Nilai Murni dan Bidang 4: Sosial, Riadah dan Kreativiti

Komponen Matematik merupakan salah satu komponen Bidang 2 (Akademik Berfungsi) . Bidang ini terdiri daripada komponen-komponen Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Teknologi Maklumat dan Komuniklasi (TMK)

8.7 Skop Sukatan Komponen Matematik dalam Sukatan Pelajaran PKBP

Fokus sukatan komponen matematik adalah untuk menegaskan penggunaan matematik di dalam situasi harian dan kerjaya dan memberi asas matematikyang diperlukan mempelajari mata pelajaran yang lain. Komponen matematik

88

Page 3: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

ini akan dilaksanakan dengan harapan ia akan memberi pengalaman yang mengembirakan, bermakna, mencabar dan berguna kepada murid-murid.Selain daripada itu, komponen ini diharap dapat menyediakan pengalaman pembelajaran matematik secara amali supaya murid-murid dapat berdikari.

Dua aspek utama matematik telah ditetapkan dalam PKBP iaitua) Matematik Asas b) Matematik Sosial

8.8 Objektif Komponen Matematik

Komponen matematik ini membolehkan murid:i) mengetahui dan memahami konsep nombor.ii) menguasai dan mengaplikasikan kemahiran tambah, tolak, darab dan bahagi.iii) mengenali bentuk-bentuk asas yang terdapat di dalam alam sekeliling serta ciri- cirinya. iv) menguasai kemahiran penyelesaian yang melibatkan operasi matematik.v) menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam pengurusan

kehidupan seharian secara berkesan dan bertanggungjawab.vi) menguasai kemahiran mengukur dan menggunakan alt-alat asas matematikvii) menguasai kemahiran penggunaan wang dalam kehidupan harianviii) mengetahui konsep masa dan waktu

8.9 Isi kandungan/ kemahiran

Terdapat 14 topik besar (objektif) yang dikategorikan di dalam Huraian Sukatan Pendidikan Khas rmasalah Pembelajaran . Sila rujuk Lampiran A: (Huraian sukatan PKBP dalam bentuk yang ringkas)

8.10 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Pada dasarnya, kurikulum pendidikan untuk murid berkeperluan khas masih lagi mengalami pelbagai kekurangan iaitu daripada guru terlatih dalam bidang pendidikan khas, kewangan, kemudahan, pakar dan termasuk kurikulum yang sesuai. Di samping itu, belum lagi wujud program intervensi awal yang teratur dan komprehensif bagi membantu kanak-kanak istimewa ini dan juga ibu bapa mereka sebelum mereka masuk ke sekolah.

Justeru, usaha mewujudkan pendidikan khas yang berkualiti disertai dengan pelbagai

89

. PERBINCANGAN: Dalam kumpulan yang kecil, buat rujukan

kepada Huraian sukatan PKBP dalam bentuk yang ringkas dalam lampiran A dan lukiskan satu peta minda yang menghubungi semua topik terdapat dalam sukatan tersebut.

LATIHAN: Pilih mana-mana 2 topik besar dan buat keperincian struktur topik itu sehingga peringkat ‘kandungan’.

Page 4: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

cabaran-cabaran, antaranya: 1) Penyediaan guru terlatih khusus dalam bidang pendidikan khas murid bermasalah pembelajaran yang mencukupi di semua sekolah.

2) Rancangan pendidikan dan kurikulum yang sesuai dan relevan dengan kanak- kanak berkeperluan khas dan bermasalah pembelajaran mengikut keperluan semasa. 3) Penyediaan kewangan dan peralatan-peralatan yang sesuai dan mencukupi. 4) Penyediaan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu yang mencukupi seperti ahli psikologi kanak-kanak, audiologi dan pakar terapi pertuturan. 5) Pelaksanaan intervensi awal yang rapi.

Pada mulanya murid PKBP akan menduduki pra ujian. Murid akan dinilai melalui pra ujian tersebut kemahiran operasi matematik yang mana mereka lemah.

Murid yang telah dikenal pasti lemah ini akan diberi kelas intervensi dalam satu tempoh tertentu dan kemudiannya akan diberi pascaujian bagi melihat tahap penguasan mereka. Murid yang telah melepasi tahap yang ditetapkan akan ditamatkan kelas intervensi dan akan mengkiut kelas arus perdana.

Secara am, segala aktiviti yang berkesan dapat dilaksanakan berdasarkan Model Pembelajaran Lesh, Post dan Behr (1987) seperti ditunjukkan dalam gambarajah

berikut. (Sekurang-kurang 2 daripada 5 mod perwakilan digunakan secara serentak dalam sesuatu aktiviti pelajaran.

Model Lesh, Post dan Behr : Mod-mod perwakilan pengajaran & pembelajaran Sumber: Modul 2 : Pendidikan Matematik Sekolah Rendah secara PJJ, BPG & EPRD, KPM

Proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) dalam pendidikan khas memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid.Justeru, beberapa pendekatan p&p telah dicadangkan dalam huraian sukatan PKBPiaitu: i. analisis tugasan ii. belajar melalui bermain iii. pengajaran bertema iv. pengajaran pengalamian v. pembelajaran masteri vi. pendekatan kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)

90

Gambar

Situasi kehidupan sehari

Bahan manipulatif Simbo

l bertulisBahasa

lisan

Page 5: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

Bil. Pendekatan Ciri

1 Analisis tugasan -Melibatkan pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai danoleh seseorang murid

2 Belajar melalui bermain - Penerokaan, penemuan dan pembinaan secara seronok dan gembira dilakukan dalam aktiviti bermain.

3 Pengajaran bertema - Aktiviti p&p disusunkan mengikut tema yang bersesuaian dengan persekitran dan kehidupan murid

4 Pengajaran pengalamian

- pengajaran yang mengambil kira kesediaan dan keupayaan individu. misalnya, memilih tajuk berdasarkan minat pelajar

5 Pembelajaran masteri -memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya,

6 Pendekatan kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)

- merangkumi latihan kemahiran kerja, bengkel terlindungdan pelbagai kaedah terapi

91

. PERBINCANGAN: Dalam kumpulan yang kecil, pilih satu

kemahiran dari mana-mana tajuk dalam Huraian sukatan PKBP bentuk yang ringkas( sila rujuk Lampiran A). Dalam bentuk peta minda, rancangkan aktiviti –aktiviti pengajaran & pembelajaran berdasarkan satu daripada 6 pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Bentangkan hasil anda dalam kelas.

LATIHAN: Berdasarkan hasil perbincangan yang telah dibentangkan, anda dikehendaki mengenalpasti mod-mod perwakilan p&p dalam Model Lesh, Post dan Behr yang terjumpa dalam aktiviti- aktiviti yang telah dirancangkan.

Page 6: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

8.6 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK (SATU KUMPULAN YANG BELAJAR TOPIK YANG SAMA)

Tarikh : 25-03-2010 (Khamis) Masa: 10:20p.m. - 11:20p.m. Kelas : 3B Bilangan Murid : 6 orangTopik : JisimSub Topik : Penambahan kg dan gKemahiran : 6.3.1 Operasi penambahan kg dan gPengalaman Sedia Ada : Murid sudah dapat menguasai kemahiran menambahObjektif : Selepas aktiviti pengajaran,murid-murid dapat: i) melksanakan algoritma operasi penambahan jisim kg dan g ii) menyelesaikan masalah penambahan jisim kg dan g (murid-murid dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan jisim dari lembaran kerja dengan boleh menjawab dengan betul 6 soalan daripada 9 soalan)KBKK : menyelesaikan masalah, menjana idea Penerapan Nilai : menjaga kesihatan, kasih sayang, tolong- menolong, bekerjasama, patuh kepada pemimpin, berhati-hati

ABM : model sayur, model buah-buahan, kad, gambar, flash kad, marker pen, lembaran kerja, papan

gulung

LANGKAH ISI PENGAJARAN AKTIVITI P&P CATATANSet

Induksi(5 minit)

Model sayur-sayuran :

420g 300g

Model buah-buahan :

160g 135g

Jisim sayur-sayuran : 420 g + 300 g 720 g

1) Guru bertanya murid :a) Adakah kamu pernah pergi ke pasar bersama

ibu untuk membeli sayur-sayuran? Ada/Tidak

2) Guru meminta murid- murid berimaginasi sekarang pergi ke

pasar bersama ibu untuk membeli sayur-sayuran

3) Guru meletakkan beberapa model sayur-sayuran yang dilabel jisimnya.4) Guru memilih beberapa model sayur- sayuran dan buah-buahan.5) Guru bertanya :

a) Emak telah membeli berapa gram sayur dan buah-buahan? 720g sayur dan 95g buah- buahanb) Bagaimana kamu mendapat j jawapan ini?

ABM : model sayur, model buah-buahan, kad

KBKK: menjana idea

Penerapan nilai :sayang kepada ibu, menjaga kesihatan

92

Page 7: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

Jisim buah-buahan : 160 g + 135 g 295 g

Dengan operasi (+) 6) Guru mengemukakan tajuk pembelajaran hari ini iaitu - operasi penambahan bagi jisim dlm kg dan g

LANGKAH ISI PENGAJARAN AKTIVITI P&P CATATANLangkah

1(20 minit)

Cerita : Pada masa dahulu, terdapat sekeluarga biri-biri tinggal di dalam hutan. Mereka saling sayang-menyayangi. Pada suatu hari, tiba-tiba hujan lebat dan ribut petir dan telah menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal. Bapa biri bercadang pindah rumahnya ke “Big Big Town”.

Mereka perlu menyeberangi suatu sungai. Di atas sungai itu, terdapat dua batang jambatan. Sekarang mereka perlu pilih mana satu batang jambatan?

Gambar biri-biri :

55kg 32kg

16 kg

1) Guru menceritakan satu cerita.

2) Guru menampalkan gambar sambil bercerita3) Guru meminta murid- murid menolong sekeluarga biri-biri

a) Bapa biri-biri hendak menyeberangi jambatan dahulu, ia patut memilih mana satu jambatan? kenapa? Jambatan A. Kerana beratnya telah melebihi 50 kg.b) Mama biri dan Baby biri hendak menyeberangi jambatan bersam-sama? Mereka hendak memilih mana satu jambatan? kenapa? Jambatan B. Kerana berat mereka tidak melebihi 50 kg. (16kg+32kg=48kg)

c) Bapa biri dan Mama biri hendak menyeberangi jambatan bersama-sama? Mereka hendak memilih mana satu jambatan? Mengapa? Jambatan A. Kerana jisim mereka telah melebihi 50 kg. (55kg+32kg=87kg)d) Kalau mereka hendak menyeberangi jambatan bersama- sama. Mereka hendak memilih mana satu jambatan? Mengapa?

Jambatan A. Kerana jisim mereka telah melebihi 50kg. (87kg+16kg=103kg)

4) Guru meminta beberapa orang murid keluar untuk menyelesaikan masalah itu.

5) Yang lain, guru akan meminta mereka keluarkan sekeping kertas untuk menyelesaikan masalah itu bersama-sama.6) Akhirnya, guru berterima kasih dan

memberi galakan kepada murid kerana berjaya menolong sekeluarga biri- biri menyeberangi jambatan.

7) Guru berbincang jawapan dengan murid.

8) Guru menerapkan nilai murni - berhati-

ABM : Gambar-gambar biri-biri

KBKK : menjana idea, menyelesaikan masalah

Penerapan nilai : tolong-menolong, berhati-hati

93

Tidak Melebihi Had 50 kgTidak

Melebihi Had 150 kg

Page 8: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

hati supaya murid tidak akan terlupa menulis unit jisim iaitu kg dan g

Langkah 2(20 minit)

Aktiviti Kumpulan(Lampiran1)

1) Guru akan menjalankan aktiviti kumpulan.

2) Guru memberitahu murid-murid tentang peraturan aktiviti. a) semasa menjalankan aktiviti kumpulan, setiap kumpulan harus saling bekerjasama. b) Guru akan membaca beberapa soalan dan murid diminta mendengar dengan penuh hati dan berhati-hati. c) Guru akan memberi markah bonus kepada kumpulan yang paling bekerjasama dan teratur.

ABM : flash kad, marker pen

KBKK : menyelesaikan masalah

Penerapan nilai : bekerjasama, patuh kepada pemimpin

Langkah 3(10minit)

Lembaran kerja(Lampiran 2)

1) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid dan meminta mereka menyiapkan dalam masa yang ditetapkan.

2) Guru berbincang jawapan dengan murid.

ABM : lembaran kerja

Penutup(5 minit)

Sajak 1) Guru menggantung papan gulung.2) Guru meminta murid-murid

membaca sajak.3) Guru membuat kesimpulan.

ABM : papan gulung

Lampiran 1

1. Jia Rong berat 46kg, Mei Ling berat 39kg.Jumlah berat kedua-dua orang itu adalah berapa kg?2. Berat badan Ah Siong ialah 38 kg, berat badan Lee Xiang adalah 8kg lebih berat daripada berat badan Ah Siong. Berapakah berat badan Lee Xiang?3. Jisim sebiji oren ialah 186g, jisim sebiji mangga ialah 295g. Cari jumlah jisim kedua-dua buah-buahan ini.4. Bapa telah membeli dua biji durian yang berjisim 344g dan 268g. Cari jumlah jisim dua biji durian tersebut.5. Kedai Ah Meng mempunyai 312g marjerin,Ah Meng membeli lagi 257g marjerin kemudian. Ah Meng mempunyai berapa gram marjerin?

Lampiran 2

1) 256kg + 96 kg = 2) 608g+322g =

3) 12kg+54kg = 4) 227g +659g=

94

Page 9: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

Topik 9 Perancangan Rancangan Mengajar/Pengajaran Harian

9.1 Sinopsis

Topik ini akan cuba mengupas elemen-elemen penting dalam merancang dan menyediakan

satu bentuk penulisan Rancangan Mengajar Harian pemulihan matematik untuk murid-murid

bermasalah pembelajaran. Penulisan Rancangan Pengajaran Harian yang baik sewajarnya

dapat menjelaskan prosedur pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan

mudah kepada pembacanya.

9.2 Hasil Pembelajaran

Diakhir sesi ini pelajar akan dapat:

1. menghasilkan format penulisan rancangan pengajaran harian yang sesuai dan berkesan

untuk kelas pemulihan

2. menterjemah topik yang akan diajar menerusi penulisan hasil pembelajaran yang tepat.

3. membuat pemilihan dan menentukan prosedur melaksanakan aktiviti pembelajaran

4. membuat pemilihan bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan sumber

pengajaran dan pembelajaran.

5. Penulisan Refleksi

9.3. Kerangka Kursus

9.4 Pendahuluan dan Reka Bentuk Pengajaran & Pembelajaran Pemulihan

95

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Elemen Utama RPH

Format Penulisan RPH

Page 10: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

Topik ini adalah bertujuan untuk membimbing dan membantu para pelajar akan tatacara

mereka bentuk, merancang dan menstrukturkan isi pelajaran bagi sesuatu rancangan

pengajaran matematik pemulihan. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik

pemulihan yang baik sewajarnya mengambil kira pelbagai aspek yang boleh dilibatkan dalam

rangka merealisasikan objektif pembelajaran matematik pemulihan itu sendiri.

Aktiviti 1

Anda telah diberi tanggung jawab mengendalikan satu topik untuk kelas matematik pemulihan yang terdiri dari tujuh orang pelajar. Bagi tujuan melaksanakan tanggung jawab tersebut anda perlu menyediakan satu rancangan pengajaran yang komprehensif.

Senaraikan kesemua perkara-perkara penting yang perlu anda pertimbangkan bagi membantu anda merancang dan mereka bentuk proses pengajaran tersebut.

9.5 Elemen-elemen Utama Dalam Mereka Bentuk Rancangan Pengajaran Harian

(RPH)

Sebelum kita meneruskan perbincangan ini, anda perlu melaksanakan Aktiviti 1 diatas.

Tanpa anda sedari, sebenarnya anda sedang merangka dan mereka bentuk suatu

proses pengajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan

tidak sewajarnya dibuat hanya dengan berdasarkan pertimbangan, persepsi, pendapat

dan pengalaman anda sahaja. Untuk menjadikan proses pengajaran yang kita hasilkan

lebih bersifat ilmiah dan tekal kita perlu merujuk pendapat atau saranan dari mereka

yang ahli dalam bidang ini.

...rujuklah kepada mereka yang ahli dalam bidangnya. Jika tidak, tunggulah akan

kehancurannya....(maksud hadis)

Bagi menterjemahkan maksud di atas memadalah anda merujuk Model ASSURE

sebagai rujukan. Kita perlu mengaklui hakikat bahawa Sesuatu pengajaran yang

terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran

Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat

berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai

satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru penyampaian pengajaran

96

Page 11: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

perlu disusun secara berperingkat-peringkat. Peringkat-peringkat berkenaan adalah:

1. Tarik perhatian pelajar.

2. Beritahu objektif pembelajaran.

3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.

4. Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran.

5. Bimbing pembelajaran pelajar.

6. Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.

7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.

8. Taksir pencapaian pelajar.

9. Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran.

Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media

dalam bilik darjah masing-masing. Pengajaran yang berasaskan media atau bahan adalah

amat bersesuaian sekali untuk tujuan matematik pemulihan.

Model ASSURE

Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan.

1. Analyse Learners (Analisis Pelajar)

2. State Objectives (Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)

3. Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan sumber)

4. Utilize media and materials (Guna media dan bahan sumber)

5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)

6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)

97

Page 12: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

1. Analisis Pelajar

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita

merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat

dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:

1. Ciri-ciri umum pelajar.

2. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

3. Gaya belajar

Ciri-ciri umum pelajar

Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan /

daerah / kawasan, budaya dan seumpamanya. Pemilihan kaedah, sumber dan bahan

dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam

penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar,

bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia ada

Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuan dan

sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat

kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian

praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih

dahulun mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat

tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari,

mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang

sesuai yang akan digunakan.

Gaya Pembelajaran Pelajar

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu

merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai

pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu

guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn,

model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa

contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi

cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi

dan tingkah laku belajar.

98

Page 13: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

2. Nyatakan Objektif/ Hasil Pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah

sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar

boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian

yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa

menyatakan objektif terlebih dahulu.

Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:

1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)

2. Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan4. baru)

3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)

4. Adakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

5. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)

Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran. Kumpulan sasar yang dimaksudkan

ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti

pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru)

Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang

dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat

dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas

situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah

melakar

menamakan

meramal

membaca

menjawab

melukis

menilai

melabel

menjelas

Situasi dan Syarat Perlakuan

Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran

99

Page 14: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat

diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru

menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran

Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)

Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat

membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media

yang sesuai.

Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah

ketepatan, kualiti atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan

sebagainya. Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru

menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang belum mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti

pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif.

Contih penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat

menambah 2 nombor, 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula dari nilai

tempat “SA” kepada nilai tempat “PULUH” dengan betul.

Menambah 2 nombor, 2 digit dengan 2 digit dengan mengumpul semula dari nilai

tempat “SA” kepada nilai tempat “PULUH” dengan betul.

4. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media,

kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan

tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:

Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak

dicapai.

Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.

Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih

bahan sumber yang sesuai soalan-soalan berikut perlu ditanya.

Adakah bahan ini menepati kurikulum?

Adakah isipelajaran menepati kurikulum?

Adakah laras bahasanya jelas?

100

Page 15: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?

Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar?

Adakah bahan ini berkualiti?

Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?

Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?

Adakah ada panduan pengguna?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan

pembelajaran dapat menjimatkan masa.

5. Gunakan Media dan Bahan Sumber

Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan

pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memastikan kejayaan

penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh

guru. Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru

hendaklah mengkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum

digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai

dengan kumpulan pelajar dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.

Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

6. Libatkan pelajar dalam pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif

akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori

pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya

pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran.

Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan

sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti

pembelajaran. Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat

membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto,

slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan,

dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.

7. Nilai dan Semak Semula

101

Page 16: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini

menyentuh dua aspek penilaian atau penilaian pembelajaran dan penilaian

pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai

dengan keupayaan pelajar.

9.6 Penulisan Hasil Pembelajaran

Berikut adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang anda boleh jadikan

rujukan. Ingatlah bahawa anda adalah pakar dalam konteks murid-murid anda.

Andalah orang yang paling hampir dengan mereka. Justru, anda lebih berhak dan

bertanggung jawab untuk menyesuaikan aktiviti-aktiviti untuk murid-murid anda.

(RPH ini dirancangkan kepada pelajar yang telah boleh menamakan nombor , tetapi belum lagi menulis nombor dalam simbol atau perkataan )

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PELAJARAN (RPH) UNTUK KUMPULAN SAMA KEBOLEHAN PEMULIHAN MATEMATIK UNTUK PROGRAM PKBP

format KSSR mulai 2010

Murid: Tahun 1

Bidang: Nombor Bulat

Tajuk: Membilang nombor 1 hingga 10

Masa: 30 minit

Standard kandungan:

Menama dan menentukan nilai Nombor Bulat Hingga 10

Standard Pembelajaran:

Murid berupaya untuk:

Membilang objek secara menaik dari 1 hingga 5

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

1. Persediaan Pengukuhan pengetahuan sedia ada. Mengaitkan

Pelajar diberi 5 jenis item yang berbeza yang mempunyai bilangan 1 hingga 10.(1 pensel, 2 pemadam, 3 guli, 4 kepingan bentuk bintang ,

Boleh susunkan benda-benda dengan baik-baik??

Apakah nombor untuk mewakili guli, bintang, pensel, kacang hitam dan pemadam (‘tiga’),

102

Page 17: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

kepada pengetahuan baru.

5 kacang hitam.

Murid menyebut nombor yang berkaitan dengan bilangan benda dalam sesuatu kelompok.Pelajar menyusun benda dalam kelompok mengikut jenis

(‘empat’), (‘satu’), (‘lima’), (‘dua’),

Tunjukkan benda yang paling sedikit , yang terbanyak. (pensel, kacang hitam)

2. Fasa Imaginasi(penjanaan ide)

(sintesis ide)

- Murid mengenal istilah ‘tertib menaik’ dan ‘tertib menurun’ berdasarkan cerita naik dan turun anak tangga- Murid diminta melambangkan dengan tangan bagaimananya

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

2. Fasa Imaginasi

a) bilangan yang bertambah dari sedikit kepada yang terbanyak dan sebaliknya b) memanjat & menurun bukit- Murid menyusun benda- benda-benda atas kecerunan garis mengikut tertib menaik dan kemudian mengikut tertib menurun

Bolehkah susun benda-benda mengikut tertib menaik atau menurun?Guru perlu membimbing supaya mendapat konsep yang betul ‘mengikut tertib menaik’ dan ‘mengikut tertib menurun’

Gambar 1 Gambar 2 ... sambung3. Fasa

Perkembangan

(Penambahbaikan)

(Menilai)

- Murid membilang secara mengikut tertib menaik atau menurun untuk 5 jenis benda dari 1 hingga 5.

Soalan:

Boleh sebutkan bilangan-bilangan benda seperti dalam i) Gambar 1 ‘mengikut tertib menaik’ ?

103

Page 18: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

(‘satu’,’dua’,’tiga’,’empat’ & ‘lima’) ii) Gambar 2 ‘mengikut tertib menurun’ ? (‘lima’,’empat’, ’tiga’,’dua’,& ‘satu’)Guru membetulkan salah konsep:Ada pelajar tidak mengambil kira bilangan benda tetapi menyusun berdasarkan ‘panjang’ dan memilih Soaljawab.

4. Tindakan

(Pelaksanaan

)

Agihkan pelajar dalam 3 kumpulanGuru memberi kad gambar untuk bilangan bagi 4 kelompok kacang hitam kepada pelajar dalam kumpulan

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

Pelajar menyusun dengan menggunakan kacang hitam mengikut tertib menaik dan menurun

Pelajar secara individu diminta memilih sendiri 4 kelompok dengan bilangan benda yang berbeza dari 1 hingga 5,menyusun secara menaik atau menurun serta membilang mengikut turutan

Murid membuat latihan dalam lembaran kerja

Boleh sebutkan bilangan kacang hitam mengikut tertib i) menaik ii) menuruni) (‘satu’,’dua’,’tiga’,’lima’)ii) (’lima’,’tiga’, dua’, satu’)

104

Page 19: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PELAJARAN (RPH) UNTUK 2 - 3 KUMPULAN PELAJAR PROGRAM PEMULIHAN MATEMATIK

NAMA GURU : EN. BASAR BIN AHMAD SEKOLAH : SK TAMAN PERMAS JAYA 3, PERMAS JAYA, MASAI, JOHORKELAS/ DARJAH : 2 SETIA, 3 RAJIN BIL. MURID: 6 UMUR PURATA : 9 TAHUN TARIKH: 25 FEBRUARI 2012MATA PELAJARAN : MATEMATIK MASA: 1 JAM (60 MINIT)

KUMPULAN A B CNama Murid Chin Mee Fong , Siti Haliza bt. Nurman Gobi a/l Nathan , John Mathews Razali bin Mat, Adrian Wong

Tajuk Bhg 3 Operasi Tambah 3.2 Menambah sebarang 2 nombor

Bhg 3 Operasi Tambah 3.2 Menambah sebarang 2 nombor

Bhg 8 Wang 8.2 Menentukan Nilai Wang

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran, murid boleh

menambah 2 nombor, 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula dari nilai tempat ‘SA’ kepada nilai tempat ‘PULUH’dgn betul

Pada akhir pelajaran, murid boleh menambah 2 nombor, 2 digit dengan 2 digit dengan mengumpul semula dari nilai tempat ‘SA’ kepada nilai tempat ‘PULUH’dgn betul

Pada akhir pelajaran, murid boleh- menulis ayat matematik untuk menunjukkan jumlah nilai wang sekelompok wang syiling yg diberikan - menentukan jumlah wang sekelompok wang syiling yg diberikan dgn betul.

Pengalaman Sedia Ada

Murid dapat membuat - operasi tambah terhadap 2 nombor 1 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula

Murid dapat membuat operasi tambah terhadap 2 nombor, 2 digit dengan 1 digitdengan mengumpul semula.

Murid telah mempelajari cara mengenalwang syiling sehingga RM 1.

Bahan- Bantu Mengajar

Blok Dienes – jalur –jalur sepuluh & petak ‘Sa”, kad nilai tempat,, lembaran kerja, kad ayat mt penambahan nombor –nombor 2 digit dan 1 digit

Blok Dienes – jalur –jalur sepuluh & petak ‘Sa”, kad nilai tempat,, lembaran kerja, kad ayat mt penambahan nombor –nombor 2 digit dan 1 digit

lembaran kerja , wang syiling mainanpelbagai nilai – 1, 5, 10, 20, 50 sen & RM 1

KemahiranBerfikir

Meninjau bahagian keseluruhan dan kecilMembanding dan membeza, menyelesaikan masalah

Meninjau bahagian keseluruhan dan kecilMembanding dan membeza, menyelesaikan masalah

Meninjau bahagian keseluruhan dan kecilMembanding dan membeza, menyelesaikan masalah

Penerapan Nilai Bekerjasama, Berdikari, membuat perhatian dengan teliti

Bekerjasama, Berdikari, membuat perhatian dengan teliti

Bekerjasama, Berdikari, membuat perhatian dengan teliti

105

Page 20: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

KUMPULAN A B CNama Murid Chin Mee Fong , Siti Haliza bt. Nurman Gobi a/l Nathan , John Mathews Razali bin Mat, Adrian WongSet Induksi(10 minit)

Guru melekatkan gambar –gambar ikan dan udang yang bernombor pada papan hitam. Setiap pelajar kumpulan A, B dan C diminta memilih secra sesuka hati sekeping gambar ikan ATAU udang dari kawasan A, B, dan C masing-masing. (Lampiran X)Semua pelajar diminta melihat di belakang keping gambar ikan atau udang yang mereka pilih dan memberitahu apa yang mereka lihat.Guru membimbing pelajar menyatakan kemahiran yg akan dipelajari oleh mereka (mengikut tajuk dan kemahiran masing-masing)

Perkembangan (Langkah 1)

Langkah 1 Pengukuhan ( 20 minit) (ulangkaji latihan yg lepas)

Dengan bantuan Blok Dienes, pelajar membuat latihan berkaitan denganfakta asas untuk (+) untuk mengimbas balik fakta (+) , khasnya yang melibatkanpengumpulan semula.

1) 2 + 6 = ___ 2) 5 + 3 = ___ 3) 3 + 7 = ___ 4) 8 + 2 = ___5) 4 + 8 = ___ 5) 5 + 6 = ___6) 5 + 9 = ___ 7) 8 + 8 = ___ 8) 8 + 9 = ___ 9) 9 + 9 = ___

Pelajar diminta membandingkan jawapan.Ulangkaji:

Guru meminta pelajar menyelesaikanmasalah berkaitan dengan penambahan 2 nombor, 2 D dengan 1 D tanpa mengumpul semula (yg mereka baharu belajar.

Pengajaran Kemahiran Baru ( 15 minit)

-Guru membimbing pelajar meyusun ayat mate, 2 nombor, 2 D & 2 D dalam bentuk lazim spt telah dipelajari dulu.- Dengan bantuan Blok Dienes, , guru menunjukcara mengumpul semula dari ‘Sa’ kpd. ‘Puluh”

Ulangkaji ( 15 minit) (ulangkaji latihan yg lepas)

Guru menyedarkan wang syiling mainan kepada pelajar Kumpulan C dan minta mereka menjawab Soalan 1 dalam Lembaran kerja.

Guru minta pelajar dalam kumpulan mengumpul wang syiling seperti ditunjukkan dalam Lembaran kerja untuk Soalan 2 dan cuba membilang mengikut pengalaman seharian mereka.

106

52 + 29 Pu Sa 5 2+ 3 9

<mengumpul semula>

Puluh Satu

5 2

+ 3 9

8 1 JAWAPAN52 + 5

Pu Sa 5 2+ 5 5 7

Page 21: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

KUMPULAN A B CLangkah 2 Pengajaran Kemahiran Baru

( 15 minit)Pengukuhan ( 15 minit)

Permainan: (ulangkaji) (15 minit)

Guru tunjuk cara satu contoh yang melibatkan penambahan 2 nombor, 2-digit dengan 1-digit dengan mengumpul semula dengan bantuan Blok Dienes. Pu Sa 2 7 27 + 6 ==> + 6

Guru tunjukcara satu contoh lagi.yg melibatkan ungkapan berikut dengan bantuan lukisan Blok Dienes

Pelajar diminta menyelesaikan 1 soalan dibelakang kad gambar ikan secara berpasangan

Pengajaran Kemahiran Baru ( 15 minit)Pelajar diberi kayu penyepit dan diminta menyepit kepingan wang syiling ke dalam cawanKemudian,mereka diminta membilang wang syiling yang dikumpulkan

107

36 + 29 = ___.

Page 22: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

Guru tunjukcara satu contoh lagi. yg melibatkan

Contoh: 28 + 17

Pelajar digalakkan berbincang untuk mendapatkan jawapan yang betul

Pelajar dicabar untuk menjawab soalan secara individu dan dengan bantuan lukisan sahaja

Mereka diminta menyelesaikan semua ungkapan nombor yang dijumpai di belakang gambar ikan dan udang dalam Kawasan B

Pengajaran Kemahiran Baru (15 minit)Guru menunjukkan cara untuk menulis ayat matematik bagi wang syiling yang telah disepitkan dalam cawan

Contoh:

Ditulis sebagai

50 sen + 20 sen + 10 sen = 80 sen

Guru menunjuk cara beberapa contoh lagi

LAMPIRAN X

KAWASAN A KAWASAN B KAWASAN C

108

50sen

20sen

10sen

<mengumpul semula>

Puluh Satu

2 6

+ 7

2 3 JAWAPAN

36 + 9 = ___

Page 23: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

109

4 6 + 4 7

7 2 + 9

3 7 + 7

1 9 + 4

2 8 + 6

4 6 + 5

4 3 + 7

5 2 + 3 9

2 8 + 1 7

1 6 + 7 9

3 4 + 5 8

6 4 + 8

50sen

20sen

10sen

5sen

6 5 + 2 5

1RM

Page 24: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

Lembaran Kerja untuk Kumpulan C (Wang)

1 Isi ruang kosong untuk nilai duit syiling yang ditunjukkan.

1 sen _sen _sen _sen _sen _ringgit(RM)

2. Lengkapkan ayat matematik dengan mengisi ruang kosong yang diberi.

Tuliskan jumlah nilai duit- duit syiling yang di berikan,

Duit-Duit syiling Ayat matematik

1 sen + 1 sen + 1sen + 1sen + 1sen = ___ sen

5 sen + 5 sen = _ sen

__ sen + __ sen + __ sen = ___ sen

__ sen + __ sen + __ sen + __sen = __ sen

__ sen + ___ sen = ___ sen Ini sama nilai dengan ___ Ringgit

3. Tulis jumlah nilai pelbagai duit syiling yang di berikan. Duit-Duit syiling Ayat matematik

__ sen + __ sen + __ sen + __sen = __ sen

__ sen + __ sen + __ sen = ___ sen

__ sen + __ sen + __ sen + __sen = __ sen

4. Lukis gambar beberapa duit syiling sesuka hati . Kemudian tuliskan ayat matematik dan

110

5sen

10sen

20sen

50sen

1sen1sen

1sen1sen

1sen

5sen

10sen

10sen

20sen

20sen

20sen

50sen

20sen

20sen 10

sen

10sen

10sen

20sen

20sen

5sen

5sen

1sen50sen

50sen

Page 25: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

Beritahu jumlah nilainya .

111

Page 26: Kajian Sukatan Pelajaran Matematik

PKB3108 Kaedah Khas Pengajaran & Pembelajaran Matematik

Aktiviti 2

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian, RPH yang telah dibincangkan di atas, anda dikehendaki membuat pengubahsuaian aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan kemahiran murid-murid anda sendiri.

Anda dikehendaki menggunakan Hasil Pembelajaran yang sama.

9.7. Penutup

Adalah diharapkan bahawa anda telah mendapat gambaran sebenar

bagaimana untuk menghasilkan satu reka bentuk pengajaran bagi kumpulan

murid-murid matematik pemulihan

Bacaan/ Rujukan

Gagne, R. & Driscoll (1988).Essentials of Learning for Instruction. New Jersy.

Prentice Hall

Mager, R.F.(1995) Preparing Instructional Objectives. Kuala Lumpur: Golden

Books Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1989). Psikologi, strategi pengajaran dan penilaian matematik.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Tipps, J.K. (2011). Guiding Children’s Learning of Mathematics

(12th Edition). USA. Wadsworth Cengage Learning

Lampiran A (Huraian Sukatan PKBP bentuk ringkas)

Laman web Yang Boleh Dilayari:

Education Resources Infromation Center:

http://www.eric.edu.gov/

EDU3105 Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

http://edu3105-amin.blogspot.com/2011/06/model-assure_28.html

112