kajian fabrik

7
Gambar pokok kapas KAJIAN FABRIK Kajian fabrik meliputi klasifikasi gentian, kegunaan dan cirinya. Pengetahuan tentang fabrik dapat membantu kita untuk memilih fabrik yang sesuai untuk pakaian dan kelengkapan rumah tangga. KLASIFIKASI FABRIK Gentian ialah serabut serat dan filamen daripada bahan asli dan buatan yang dijadikan yarn untuk menghasilkan fabrik. Gentian boleh diklasifikasikan kepada : (i) Gentian asli (ii) Gentian buatan (i) GENTIAN ASLI Sejak zaman purba, manusia telah menggunakan pelbagai sumber semulajadi untuk melindungi tubuh mereka. Kulit haiwan dan sumber tumbuhan seperti daun dan kulit pokok merupakan pilihan utama mereka. Perubahan masa dan pengetahuan sains dan teknologi kini berupaya menghasilkan pelbagai fabrik yang bermutu. Gentian asli boleh diklasifikasikan kepada : (a) Gentian tumbuhan (b) Gentian haiwan (a) Gentian Tumbuhan Gentian tumbuhan boleh diklasifikasikan kepada kapas dan linen. Gentian ini mengandungi 70% hingga 80% selulosa daripada biji, batang, daun dan buah. Kapas diperoleh daripada buah pokok kapas manakala linen diperoleh daripada serat pokok fleks. - Kapas Kapas dihasilkan daripada buah pokok kapas. http://sharifahshafie.blogspot.com/ Page 1

Upload: coffee-white-eikin

Post on 26-Jul-2015

737 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Fabrik

Gambar pokok kapas

KAJIAN FABRIKKajian fabrik meliputi klasifikasi gentian, kegunaan dan cirinya. Pengetahuan tentang fabrik dapat membantu kita untuk memilih fabrik yang sesuai untuk pakaian dan kelengkapan rumah tangga.

KLASIFIKASI FABRIKGentian ialah serabut serat dan filamen daripada bahan asli dan buatan yang dijadikan yarn untuk menghasilkan fabrik. Gentian boleh diklasifikasikan kepada :

(i) Gentian asli (ii) Gentian buatan

(i) GENTIAN ASLISejak zaman purba, manusia telah menggunakan pelbagai sumber semulajadi untuk melindungi tubuh mereka. Kulit haiwan dan sumber tumbuhan seperti daun dan kulit pokok merupakan pilihan utama mereka. Perubahan masa dan pengetahuan sains dan teknologi kini berupaya menghasilkan pelbagai fabrik yang bermutu. Gentian asli boleh diklasifikasikan kepada :

(a) Gentian tumbuhan (b) Gentian haiwan

(a) Gentian Tumbuhan Gentian tumbuhan boleh diklasifikasikan kepada kapas dan linen. Gentian ini mengandungi 70% hingga 80% selulosa daripada biji, batang, daun dan buah. Kapas diperoleh daripada buah pokok kapas manakala linen diperoleh daripada serat pokok fleks.

- Kapas Kapas dihasilkan daripada buah pokok kapas.

http://sharifahshafie.blogspot.com/ Page 1

Page 2: Kajian Fabrik

Gambar pokok fleks

Kategori, ciri dan kegunaan kapas

Kategori Ciri KegunaanKapas Sea Island Panjang dan halus

35mm – 65mm Berwarna putih

Membuat benang kapas Membuat fabrik nipis dan

bermutuKapas Mesir Panjang dan halus

Berwarna krim Membuat benang kapas Membuat fabrik nipis

Kapas Amerika Tebal dan berat 20mm – 35mm Berwarna krim keputihan

Membuat fabrik sederhana tebal

Membuat pakaian dan kelengkapan rumah tangga

Kegunaan sendiriKapas India Kasar

Berkualiti rendah Panjang 10mm – 25mm

Membuat selimut dan ambal

Contoh fabrik kapas :- Maslin- Denim- Gingham

- Linen Linen ialah sejenis gentian asli sumber tumbuhan yang paling kukuh dan paling halus. Selulosa daripada pokok fleks merupakan bahan asas untuk fabrik ini. Gentian linen juga mengandungi gam dan lilin untuk mengekalkan bentuknya. Fabrik linen boleh digunakan untuk membuat pakaian dan kain kelengkapan rumah tangga.

Contoh fabrik linen :- Linen jarang- Damask- Linen berat

(b) Gentian Haiwan

http://sharifahshafie.blogspot.com/ Page 2

Page 3: Kajian Fabrik

Ulat sutera

Kambing biri-biri

Gentian haiwan boleh diklasifikasikan kepada dua kategori mengikut sumbernya. Sutera diperoleh daripada ulat sutera manakala benang sayat didapati daripada kambing biri-biri atau haiwan lain seperti unta, Ilama dan kambing gurun.

- Sutera Sutera merupakan sejenis gentian yang teguh, lembut dan halus yang dihasilkan oleh lelehan ulat sutera. Gentian ini sesuai digunakan untuk membuat tudung, tali leher, blaus, kemeja, langsir, sarung kusyen dan sebagainya.

Contoh fabrik sutera :- Broked- Satin - Jacquard

- Benang Sayat Kambing biri-biri merupakan sumber utama gentian benang sayat. Bulu haiwan lain juga dijadikan sumber. Contohnya bulu kambing Angora yang menghasilkan Mohair. Kualiti gentian benang sayat bergantung kepada baka biri-biri, iklim dan kaedah penternakan. Gentian ini sesuai digunakan untuk pakaian dan alat kelengkapan rumah tangga.

Contoh fabrik benang sayat :- Tweed- Twill- Jersi

(i) GENTIAN BUATAN

http://sharifahshafie.blogspot.com/ Page 3

Page 4: Kajian Fabrik

Perkembangan teknologi yang pesat telah merealisasikan penghasilan pelbagai fabrik daripada bahan kimia. Tindak balas bahan kimia dengan bahan mentah akan menghasilkan fabrik yang dikategorikan sebagai gentian buatan. Bahan mentah yang lazim digunakan termasuklah selulosa, petroleum dan arang batu. Gentian buatan terbahagi kepada dua jenis iaitu :

(a) Gentian selulosa terjana semula(b) Gentian sintetik

(a) Gentian selulosa terjana semula Gentian selulosa terjana semula merupakan hasil campuran sebatian bahan kimia dengan selulosa daripada kayu atau serpihan kapas. Antara gentian yang dihasilkan termasuklah viskos, asetat dan triasetat.

- Viskos Viskos dihasilkan daripada campuran kayu atau biji kapas dengan soda kaustik dan karbon sulfida melalui proses pemintalan basah. Viskos murah dan popular digunakan untuk membuat pakaian dan kain kelengkapan rumah tangga seperti cadar dan sarung bantal.

- Asetat Asetat dihasilkan melalui proses pemintalan kering serpihan kayu pulpa, asid asetik, anhidrida, dan aseton. Fabrik asetat sesuai dijadikan pakaian seperti kemeja, tali leher, pakaian formal, blaus, langsir dan sebagainya.

- Triasetat Gentian triasetat juga dihasilkan melalui pemintalan kering. Gentian ini dihasilkan daripada campuran selulosa asetik anhidrida dengan metilena klorida. Kaedah penghasilannya sama seperti gentian asetat tetapi keadaan pengeluaran dan jenis pelarut yang digunakan telah diubahsuai. Fabrik triasetat sesuai dijadikan pakaian sukan dan skirt.

(b) Gentian sintetik Gentian sintetik ialah hasil daripada campuran arang batu atau petroleum dengan bahan kimia. Secara amnya bahan kimia yang digunakan terdiri daripada satu asid dan satu bes untuk membentuk polimer dan seterusnya menghasilkan cecair pekat. Cecair ini dimasukkan melalui spineret untuk menghasilkan yarn melalui proses pemintalan cair. Gentian sintetik terdiri daripada poliamida atau nilon, poliester, dan akrilik.

- Poliamida / Nilon Poliamida atau nilon dihasilkan melalui pemintalan cair. Bahan asas yang terlibat ialah arang batu, udara dan air. Gentian ini boleh dipintal daripada yang paling halus hingga yang paling tebal mengikut kegunaannya. Gentian yang halus sesuai dibuat pakaian dalam, payung, baju hujan, dan sebagainya. Tali, khemah, dan layar kapal pula dibuat daripada gentian nilon yang tebal.

- Poliester Poliester dihasilkan melalui pemintalan cair campuran bahan kimia terbitan petroleum, asid terftalik, dan gliko etilena. Gentian ini sesuai untuk membuat fabrik bertenun dan fabrik berkait kerana keteguhan dan tidak mudah renyuk.

- Akrilik

http://sharifahshafie.blogspot.com/ Page 4

Page 5: Kajian Fabrik

Akrilik dihasilkan daripada campuran petrokimia akriolonitril dengan ammonia dan air melalui proses pemintalan kering. Akrilik sesuai digunakan untuk membuat pakaian seperti jersi, kardigan, stoking, dan kelengkapan rumah tangga seperti langsir dan permaidani.

Ciri-ciri Gentian Asli

Ciri / Gentian Kapas Linen Sutera Benang SayatKeteguhan Teguh ketika

kering atau basah

Paling teguh Sel berpoligon

Teguh ketika kering

Lemah 20% apabila basah

Teguh apabila kering

Kurang teguh apabila basah

Penyerapan lembapan

Mudah menyerap

Bersifat hidrofilik

Baik Boleh

menyerap sehingga 20%

Cepat kering kerana kurang rongga dan gentian

Daya penyerapan baik

Boleh menyerap 20%

Mampu menyerap kelembapan sehingga 30%

Keselesaan Struktur yang nipis dan berpintal membuatnya selesa dipakai

Sejuk dipakai Ringan, lembut dan sangat selesa dipakai

Lembut dan selesa dipakai

Kekonduksian haba

Pengalir haba yang baik

Pengalir haba yang baik

Penyerap haba yang baik, fabrik cepat kering

Pengalir haba yang baik

Penebat yang baik

Tidak mudah terbakar

Kekenyalan Mudah renyuk jika tidak diberi kemasan khas

Mengecut semasa cucian pertama

Tidak kenyal Mudah renyuk

Tidak renyuk Tidak memberi Tidak

mengecut

Baik Tidak mudah

renyuk Kepegasan baik

Ketahanan terhadap suhu

Tahan pada suhu yang tinggi

Tahan pada suhu yang tinggi

Sensitif pada suhu yang tinggi

Rosak pada suhu yang tinggi

Ketahanan terhadap cahaya

matahari

Tahan pada cahaya matahari

Tahan pada cahaya matahari

Tidak tahan pada cahaya matahari

Gentian menjadi keras dan kering jika terdedah terlalu lama

Ketahanan terhadap

bahan kimia

Tahan pada asid lemah dan alkali

Tahan pada asid lemah dan alkali

Mudah rosak oleh asid dan alkali

Rosak oleh asid dan alkali pekat

Ciri-ciri Gentian Buatan

http://sharifahshafie.blogspot.com/ Page 5

Page 6: Kajian Fabrik

Ciri / Gentian Viskos Asetat dan triasetat

Poliamida / Nilon

Poliester Akrilik

Keteguhan Sederhana teguh

Berkurang 40% apabila basah

Lemah 35% apabila basah

Paling teguh

Keras dan teguh

Teguh Teguh dan berkurangan 20% apabila basah

Penyerapan lembapan

Baik Berupaya

menyerap 30% air

Menyerap lembapan sederhana

Mengalami elektrostatik

Menyerap 7%

Mengalami elektrostatik

Menyerap sedikit

Gentian hidrofobik

Mudah mengalami elektrostatik

Menyerap 4%

Gentian hidrofobik

Mengalami elektrostatik

Keselesaan Selesa dan sejuk dipakai

Selesa kerana lembut

Tidak selesa

Sesuai untuk pakaian kalis peluru

Tidak selesa dipakai

Melekap pada tubuh

Selesa Gentian

cuci dan pakai

Kekonduksian haba

Pengalir haba sederhana baik

Pengalir haba sederhana

Penebat haba yang baik

Penebat haba yang baik

Penebat haba yang baik

Kekenyalan Tidak kenyal

Mudah renyuk

Lebih kenyal daripada viskos

Kenyal dan kepegasan tinggi

Kenyal dan tidak mudah renyuk

Sederhana, mudah renyuk dan tidak memberi

Ketahanan terhadap suhu

Haba tinggi akan menukar warna

Suhu sederhana

Suhu sederhana

Suhu sederhana

Suhu sederhana

Ketahanan terhadap cahaya

matahari

Lemah jika terdedah lama

Tahan pada cahaya matahari

Tahan pada cahaya matahari

Tahan pada cahaya matahari

Paling tahan

Ketahanan terhadap

bahan kimia

Lemah pada asid

Tahan pada alkali

Lemah pada alkali pekat

Tahan pada asis dan alkali lemah

Tahan pada asid dan alkali

Tahan pada asid dan lemah pada alkali

http://sharifahshafie.blogspot.com/ Page 6