kain-anduh

7
KAIN ANDUH Anduh Terdapat 5 jenis balutan anduh: -Anduh lengan -Anduh kepala -Anduh lutut/siku -Anduh pergelangan tangan -Anduh tapak kaki kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila : ANDUH LENGAN. -Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera . -Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. -Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.

Upload: amanda-cheah

Post on 25-Jun-2015

4.817 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

kain-anduh

TRANSCRIPT

Page 1: kain-anduh

KAIN ANDUH

Anduh

Terdapat 5 jenis balutan anduh:-Anduh lengan -Anduh kepala-Anduh lutut/siku-Anduh pergelangan tangan-Anduh tapak kaki

kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila :

ANDUH LENGAN.

-Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .-Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.

Page 2: kain-anduh

ANDUH LUTUT.

-Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera .-Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) .-Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas .

ANDUH KEPALA.

-Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala .-Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila .-Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .

ANDUH PERGELANGAN TANGAN/TAPAK KAKI.

-Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah. 1 .)-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah)-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah.-Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut .

Page 3: kain-anduh

KAIN PEMBALUT KASA

Bebat (Dressing)

• Adalah kain kasa berlapis digunakan untuk menutup luka

Jenis

• Hospital dressing/gauze

• Wound dressing/pressure bandage

Page 4: kain-anduh

• Field dressing

Kegunaan

• Menutup luka

• Pembersih luka

• Meletakkan ubat

• Mengawal pendarahan

Pembalut (bandage)

• Kain kasa bergulung dibuat sebagai pengikat

Jenis

• Roller bandage (pembalut gulung)

• Crepe bandage (pembalut kenyal)

• Triangular bandage (pembalut tiga segi)

Kegunaan

• Mengikat bebat di tempat luka

• Mengikat tuap (splint) di tempat patah

• Mengampu dan menyokong

• Luka-luka tidak wajar didedahkan kerana bahaya dihinggapi kuman-kuman dan dicemari oleh kekotoran atau racun.

• Dengan itu, luka akan bernanah dan menjadi lebih besar dan akan menimbulkan banyak masalah

FUNGSI BEBAT DAN BALUTAN

• Mengawal pendarahan

• Menggalakkan pembekuan

• Menghindarkan jangkitan kuman

Page 5: kain-anduh

• Menyerap discaj seperti darah, nanah dan serum

• Melindungi luka daripada kecederaan lain

Tatacara Am Membebat Luka

• Tangan penolong kecemasan perlu bersih sebelum melakukan pembebatan luka. Gunakan sarung tangan.

• Tentukan saiz bebat yang sesuai bagi menutup luka (saiz mesti lebih besar sedikit daripada luka)

• Bersihkan luka di kawasan sekeliling sebelum melakukan pembebatan.

• Menetapkan serta mengemaskan bebat di bahagian luka.

• PASTIKAN BEBAT YANG DIGUNAKAN ADALAH SUCI HAMA

PEMBALUT TIGA SEGI

• Sebarang kain yang digunakan bagi menutup, mengampu, menghentikan pergerakan serta meningkatkan tekanan pada anggota yang cedera

Fungsi

• Menentapkan bebat dan tuap.

• Memberi tekanan secara langsung ke atas bebat bagi mengawal pendarahan.

• Mengampu anggota yang cedera serta menghindar pergerakan.

• Mengawal bengkak.

• Digunakan sebagai pelapik.

Kain Anduh Tiga Segi

• Sesuai dibuat dari kain jenis belacu.

• Berukuran 90cm x 90cm x 130cm

• Direka pada tahun 1831 oleh Dr. John Meyer

LARUTAN ANTISPETIK

Page 6: kain-anduh

KAPAS

KRIM ANTISPETIK

PENAMPAL LUKA

Page 7: kain-anduh