131939430 anduh dan balutan pertolongan cemas

15
1 PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS Ab. Alim Abdul Rahim (1998) mendefinisikan pertolongan cemas sebagai rawatan yang diberikan sementara waktu kepada mangsa kemalangan atau pesakit. Pertolongan cemas ini diberikan sebelum pesakit mendapat bantuan perubatan selanjutnya daripada doktor atau orang yang lebih pakar. Manakala menurut tulisan buku Manual Pertolongan Cemas (2008), pertolongan cemas merupakan bantuan awal atau bantuan rawatan yang diberikan kepada seseorang yang tercedera atau sakit secara tiba-tiba. Manakala tujuan pertolongan cemas ialah untuk mengurangkan bahaya, mengurangkan kecederaan dan juga mengurangkan atau bahaya kecederaan. Matlamat utama dalam memberikan pertolongan cemas kepada mangsa ialah untuk menyelamatkan nyawanya dan mengelakkan kecederaan yang dialami daripada menjadi bertambah buruk. Selain itu, pertolongan cemas juga diberikan bagi mengurangkan kesakitan dan sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor.

Upload: -

Post on 15-Feb-2015

825 views

Category:

Documents


49 download

TRANSCRIPT

Page 1: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

1

PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

Ab. Alim Abdul Rahim (1998) mendefinisikan pertolongan cemas sebagai

rawatan yang diberikan sementara waktu kepada mangsa kemalangan atau pesakit.

Pertolongan cemas ini diberikan sebelum pesakit mendapat bantuan perubatan

selanjutnya daripada doktor atau orang yang lebih pakar.

Manakala menurut tulisan buku Manual Pertolongan Cemas (2008),

pertolongan cemas merupakan bantuan awal atau bantuan rawatan yang diberikan

kepada seseorang yang tercedera atau sakit secara tiba-tiba. Manakala tujuan

pertolongan cemas ialah untuk mengurangkan bahaya, mengurangkan kecederaan

dan juga mengurangkan atau bahaya kecederaan.

Matlamat utama dalam memberikan pertolongan cemas kepada mangsa ialah

untuk menyelamatkan nyawanya dan mengelakkan kecederaan yang dialami

daripada menjadi bertambah buruk. Selain itu, pertolongan cemas juga diberikan

bagi mengurangkan kesakitan dan sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh

doktor.

Page 2: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

2

PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS

Mengikut tulisan buku Siri Kegiatan Ko-Kurikulum : Panduan Pertolongan Cemas

(2007), terdapat beberapa peraturan yang perlu dijadikan panduan untuk ahli-ahli

pertolongan cemas. Di antaranya :

1. Ahli-ahli pertolongan cemas tidak seharusnya menakutkan pesakit atau orang

yang ditimpa kemalangan dengan kata-kata yang kurang meyakinkan.

Sebaliknya ahli-ahli pertolongan cemas perlu menaikkan semangat orang

yang ditimpa kemalangan.

2. Ahli-ahli pertolongan cemas perlulah memberi bantuan terhadap mana-mana

keadaan yang merbahaya terlebih dahulu.

3. Ahli-ahli pertolongan cemas perlulah melonggarkan pakaian pesakit agar ia

sentiasa berada dalam keadaan selesa dan mendapat udara yang

secukupnya. Jangan tanggalkan pakaiannya jika tiada mustahak.

4. Elakkan orang ramai daripada berkumpul di sekeliling pesakit. Ini dapat

mengurangkan tekanan pesakit dan juga membenarkan udara mengalir

dengan secukupnya untuk pesakit.

5. Mendapatkan butiran peribadi pesakit seperti nama, alamat, nombor telefon

dan sebagainya supaya memudahkan perhubungan dengan pihak-pihak

tertentu.

6. Jangan cuba untuk memberikan bantuan yang berlebih-lebihan kerana

dikhuatiri akan memudaratkan pesakit.

7. Cuba pulihkan pernafasan sekiranya berhenti. Ini supaya dapat

menyelamatkan nyawa pesakit kerana setiap saat adalah sangat penting.

8. Jika berlaku pendarahan, cuba hentikan pengaliran darah tersebut daripada

keluar dengan banyak.

Page 3: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

3

9. Ahli-ahli pertolongan cemas hendaklah cuba menguruskan kenderaan dengan

seberapa segera untuk membawa pesakit itu mendapatkan rawatan

selanjutnya di hospital.

10. Berilah bantuan dan kerjasama yang sepenuhnya kepada polis dan doctor

jika diperlukan.

Page 4: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

4

PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Mengikut tulisan buku Siri Kegiatan Ko-Kurikulum : Panduan Pertolongan Cemas

(2007), di antara prinsip-prinsip asas pertolongan cemas ialah seperti berikut :

KESAKSAMAAN

Tidak akan membezakan antara kaum, bangsa, agama ataupun darjat semasa

memberi bantuan kepada pesakit.

BERKECUALI

Tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dari segi fahaman politikm ideologi dan

sebagainya semasa memberi bantuan kepada pesakit.

SUKARELA

Setiap bantuan dan pertolongan yang diberikan haruslah dilakukan secara sukarela

dan tidak mengharapkan keuntungan daripada pertolongan yang diberikan.

BERKEYAKINAN

Setiap ahli pertolongan cemas hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang

berkeyakinan dan tenang semasa menghulurkan bantuan.

CEPAT DAN TANGKAS

Ahli pertolongan cemas mesti berada dalam keadaan bersedia, cepat dan tangkas

tetapi tidak gopoh-gapah.

Page 5: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

5

PETI PERTOLONGAN CEMAS

Semua pengguna mesti mengetahuI asas tentang pertolongan cemas. Peti

pertolongan cemas hendaklah diletakkan ditempat yang mudah dilihat

dan diambil. Kandungannya perlu selalu diperiksa untuk memastikan tiada bahan

atau ubat yang telah luput tarikh penggunaan.

Peti pertolongan cemas

Kandungan dalam peti pertolongan cemas

Page 6: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

6

Kandungan dalam Peti Pertolongan Cemas:

Kotak PVC

Acriflavine (ubat kuning)

Antiseptik Burnol Plus

Dettol antiseptik

Minyak ubat

Plastik forsep

Pembalut elastik

Pita pembedahan

Jalur plastik

Gunting

Putik kapas

Kapas gulung

Gauze swabs

Panadol Pembalut tigasegi

Page 7: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

7

Penutup luka dan balut-membalut

Mohd Nur bin Abdul Rahman (2006) menjelaskan tentang penutup luka atau pelapik

(dressing) yang digunakan semasa memberikan pertolongan cemas.

1. Tujuan

a) menolong menahan darah daripada keluar.

b) Menolong menahan luka daripada bernanah.

c) Mencegah atau mengurangkan kejangkitan.

2. Cara membalut luka

Gunakan sterile dressing (pelapik sucihama) sama ada kain khasah (kain Gauze)

atau kain pelempang (kain lint) yang telah disediakan iaitu bersih daripada

kuman. Ini dibalutkan dengan pembalut (bandage).

3. Membalut semasa kecemasan

Jika sterile dressing tiada, boleh juga menggunakan :

a) Sapu tangan yang bersih

b) Kain yang bersih

Semua ini boleh digunakan buat sementara waktu sahaja sehingga mendapat

sterile dressing.

Page 8: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

8

ANDUH

Mohd Nur bin Abdul Rahman (2006) turut menerangkan tentang jenis-jenis anduh

yang digunakan bagi tujuan pertolongan cemas beserta gambar-gambar bagi

menjelaskannya. Terdapat 4 jenis anduh utama iaitu :

1. Anduh besar

2. Anduh kecil

3. Anduh lengan dan leher

4. Anduh Saint John atau anduh tiga persegi

Page 9: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

9

Kegunaan

Anduh-anduh ini adalah digunakan bagi mengampu dan merehatkan anggota atas

yang tercedera.

Anduh Gantian

Anduh-anduh gentian ini boleh disediakan serta-merta dengan beberapa jalan :

a) Sematkan lengan baju kepada pakaian di badan

b) Dengan memusingkan hujung baju ke atas dan disematkan

c) Dengan memasukkan tangan ke dalam baju yang berbutang

d) Kain selendang, tali leher, tali pinggang dan sebagainya boleh digunakan

Page 10: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

10

PEMBALUT

Mohd Nur bin Abdul Rahman (2006) menjelaskan tentang beberapa jenis dan

kegunaan pembalut.

Terdapat 4 jenis pembalut :

a) Pembalut tiga persegi (Triangular Bandage)

b) Pembalut lebar (Broad Bandage)

c) Pembalut panjang (Narrow Bandage)

d) Pembalut gulung (Roller Bandage)

4 kegunaan utama:

1. Bagi menetapkan tuap (splint) dan menjadikan tulang-tulang itu tidak bergerak

dan juga bagi menetapkan pelapik (dressing) pada lukanya.

2. Bagi mengampukan anggota yang tercedera itu dengan cara anduh.

3. Menahan daripada keluar darah.

4. Mengurangkan daripada bengkak.

Page 11: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

11

JENIS-JENIS PEMBALUT

Page 12: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

12

Page 13: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

13

Catatan :

- Pelapik cincin

Digunakan semasa membalut luka

di mana terdapat benda luar seperti

kaca da sebagainya ataupun luka

itu disertakan dengan patah.

Page 14: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

14

RUMUSAN

Pertolongan cemas merupakan rawatan yang diberikan sementara waktu

kepada mangsa kemalangan atau pesakit. Pertolongan cemas ini diberikan sebelum

pesakit mendapat bantuan perubatan selanjutnya daripada doktor atau orang yang

lebih pakar. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau

kecederaan. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan

semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia

merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem

perubatan yang menyeluruh. Setiap ahli pertolongan cemas mestilah menguasai

kemahiran dan teknik memberikan bantuan kecemasan supaya dapat diaplikasikan

pada kemudian hari.

Pertolongan cemas amat diperlukan ketika waktu kecemasan dan kecederaan

berlaku. Tujuan pertolongan cemas adalah untuk menyelamatkan nyawa mangsa,

membantu pemulihan dan menenangkan perasaan mangsa dengan membuat

mereka berasa selesa dan memulihkan kesakitan yang mereka alami. Mereka yang

memberikan pertolongan cemas mestilah tahu apa yang perlu mereka lakukan dalam

keadaan-keadaan yang berbeza. Kesilapan dalam memberikan rawatan boleh

memburukkan lagi keadaan mangsa.

Selain itu, kebiasaannya pertolongan cemas melibatkan penggunaan anduh

dan balutan. Oleh itu, ahli PBSM mestilah mengetahui dan memahami bagaimana

cara untuk menggunakan jenis anduh dan balutan bagi luka-luka yang tertentu.

Balutan yang dibuat pada luka dapat mengurangkan pengeluaran darah dan juga

mengelakkan daripada sebarang jangkitan dengan menggunakan dressing yang

sesuai.

Manakala, Anduh-anduh ini adalah digunakan bagi mengampu dan

merehatkan anggota atas yang tercedera. Terdapat empat jenis anduh yang

digunakan dalam pertolongan cemas iaitu anduh besar, anduh kecil, anduh lengan

dan leher serta anduh Saint John atau anduh tiga persegi. Bagi pembalut pula,

terdapat empat jenis pembalut iaitu pembalut tiga persegi, pembalut lebar, pembalut

panjang dan pembalut gulung.

Page 15: 131939430 Anduh Dan Balutan Pertolongan Cemas

15

RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahim (1998). Buku Panduan Pertolongan Cemas. Selangor : Oxford Fajar.

Bulan Sabit Merah Malaysia Universiti Sains Islam Malaysia (2011). Melalui laman http://bsmm-usim.blogspot.com/2011/07/peti-pertolongan-cemas.html.

Manual Pertolongan Cemas (2008). Selangor : Golden Books Centre Sdn Bhd.

Mohd Nur bin Abdul Rahman (2006). Buku Manual Pertolongan Cemas. Kuala Lumpur : Penerbitan Asia.

Persatuan Bulan Sabit Merah SMKDABB (2010). Melalui laman http://pbsmsmk dabb .blogspot.com/2010/07/definisi-pertolongan-cemas-rawatan.html.

Siri Kegiatan Ko-Kurikulum : Panduan Pertolongan Cemas (2007). Kuala Lumpur : MUST Sdn Bhd.

Video jenis-jenis anduh dan balutan. Melalui laman http://www.youtube.com/watch? v=hVkXQ9EzRjw.

Warisan Cemerlang Baru Sdn Bhd (2010). Melalui laman http://warisancemerlang barusdnbhd.blogspot.com/2010/03/peti-pertolongan-cemas-first-aid-kits.html.