kaedah vakt

14
Kaedah Mengajar Bacaan Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah mengajar bacaan kepada kanak-kanak. Antara kaedah yang sering digunakan adalah: i. Kaedah abjad/huruf ii. Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan iii. Kaedah fonik/bunyi iv. Kaedah Gabungan Bunyi-kata Kaedah Abjad/huruf Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a – z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal ( a, e, i, o, u ), huruf-huruf konsonan, dan diftong ( ai, au,oi ). Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah. Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya.

Upload: gituen-sann

Post on 12-Aug-2015

269 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kaedah vakt

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH  VAKT

Kaedah Mengajar Bacaan

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah mengajar bacaan kepada kanak-kanak. Antara kaedah yang sering digunakan adalah:

i. Kaedah abjad/hurufii. Kaedah pandang sebut/seluruh perkataaniii. Kaedah fonik/bunyiiv. Kaedah Gabungan Bunyi-kata

Kaedah Abjad/huruf

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a – z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal ( a, e, i, o, u ), huruf-huruf konsonan, dan diftong ( ai, au,oi ). Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca.

Page 2: KAEDAH  VAKT

Kaedah Pandang dan Sebut / Kaedah Seluruh Perkataan

Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

Kaedah Fonik / Bunyi

Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.

Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam kaedah fonik, huruf “a” tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].

[ b ] + [ a ] = [ ba ][ t ] + [ a ] = [ ta ][ ba ] + [ta ] = [ bata ]

Page 3: KAEDAH  VAKT

Kaedah Gabungan Bunyi – Kata( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )

Dalam Kaedah Gabungan Bunyi – Kata ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).

Contoh:

i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut.

ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.

iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.

iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.

v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.

vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).

vii. Murid menulis atau menyurih huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu.

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut;

i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan).

ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja).

Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.

Page 4: KAEDAH  VAKT

6.6 Kaedah Khas Pemulihan Bacaan

Terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang serius dan memerlukan kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Disleksia, kanak-kanak pemulihan, dan kanak-kanak berkeperluan khas (PKBP). Antara kaedah bacaan yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah seperti kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham, dan semua kaedah ini digolongkan sebagai pendekatan kinestetik.(Margaret, Lynne, Janet, 1989).

Kaedah VAK

Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :

i. memerhati perkataan yang hendak dipelajariii. menyebut perkataan ituiii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, daniv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal

Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.

Kaedah Membaca Pelbagai Deria – VAKT(Multisensory Reading Method)

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;

V - visual (penglihatan)A - audio (pendengaran)K - kinesthetic ( pergerakan )T - tactile ( sentuhan)

Page 5: KAEDAH  VAKT

Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri atas premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran .

Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:

- kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar bacaan- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10”

( menggunakan krayon )- Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf

dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.

- Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ;

i. lihat huruf (V)ii. dengar guru sebut huruf (A)iii. menyebut huruf (A)iv. dengar huruf yang disebut (A)v. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)vi. rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T)vii. lihat pergerakan tangan semasa membuat surihan (V)viii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.

Page 6: KAEDAH  VAKT

Kaedah Fernald

Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.

Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:

i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi,

ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam

petikan, daniv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam

teks.

Peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald adalah seperti berikut ( Guy L. et.al. 1994):

Peringkat 1:

- Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas.

- Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T – K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A).

- Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) .- Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat

contoh.

Intipati peringkat ini adalah supaya kanak-kanak mempelajari perkataan melalui surihan jari perkataan sambil menyebut setiap bahagian (huruf) perkataan itu. Aktiviti ini diulang-ulang sehingga kanak-kanak dapat menulis perkataan itu tanpa melihat contohnya.

Page 7: KAEDAH  VAKT

Peringkat 2:

- Sama seperti peringkat 1, kecuali kanak-kanak tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi belajar sesuatu perkataan dengan hanya melihat perkataan itu, menyebutnya, dan menulis perkataan tersebut tanpa melihat contohnya.

- Pelajar akan menyimpan perkataan yang dipelajari dalam fail perkataan.

Peringkat 3:

- Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks).

- Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada petikan mudah atau buku.

Peringkat 4:

- Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari.

- Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.

Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan kaedah VAKT.

Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu:

i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan,

ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan,dan

iii. hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.

Page 8: KAEDAH  VAKT

Kaedah Gillingham

Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970-an difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum).

Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya.

Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf –huruf. Enam kesatuan asas itu adalah:

i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan dengan bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.

ii. A-V (Auditory-Visual). Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja.

iii. A-K (Auditory – Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.

iv. K-A (Kinesthetic – Auditory). Tangan murid dibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut.

v. V-K (Visual – Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis.

vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.

Page 9: KAEDAH  VAKT

Langkah-langkah pengajaran;

Langkah 1:

- Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid.

- Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru.

- Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya

- Soalan guru , “Apakah bunyi huruf ini?”

Langkah 2:

- Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf.

- Soalan guru, “Berikan nama huruf yang bunyinya [ č ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan

Langkah 3:

- Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.

- Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu.

- guru mula memperkenalkan tulisan sambung.

Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun huruf- huruf menjadi perkataan.

Sebagai rumusan, semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan pelajarnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.

Page 10: KAEDAH  VAKT

Latihan:

Bezakan antara kaedah abjad dengan kaedah fonik dalam mengajar bacaan.

6.7 Kesimpulan

Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian daripada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.